proposal kajian tindakan presentation

21
TAJUK KAJIAN ‘Folio-Meningkatkan Kemahiran Menjawab Soalan Esei,Kertas II Bahagian A bagi Mata Pelajaran Perdagangan dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat’

Upload: hamidah-samsiah

Post on 01-Jul-2015

11.024 views

Category:

Technology


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Proposal kajian tindakan Presentation

TAJUK KAJIAN

‘Folio-Meningkatkan Kemahiran Menjawab Soalan Esei,Kertas II Bahagian A bagi Mata Pelajaran Perdagangan dalam Kalangan

Pelajar Tingkatan Empat’

Page 2: Proposal kajian tindakan Presentation

1.0) Nama Pengkaji

1. Nur Jauharatudini binti Noordin

2. Samsiah binti Hapi

3. Damsiah binti Darlis

2.0) Nama Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Perantau Damai, Muadzam Shah,Pahang

Page 3: Proposal kajian tindakan Presentation

3.0) Latar Belakang Kajian

Mata pelajaran elektif Tingkatan 4 dan 5 Kesinambungan daripada mata pelajaran

Kemahiran Hidup (kecuali aspek kira-kira) Tujuan: memberi pendidikan perdagangan dan

keusahawanan supaya pelajar mengetahui, memahami dan dapat menggunakan prinsip-prinsip dan amalan-amalan positif dalam bidang perniagaan dan perkhidmatan yang bersangkutan.

Bagi mata pelajaran Perdagangan ini, kertas II mempunyai pemberat 60% daripada jumlah markah keseluruhan.

Page 4: Proposal kajian tindakan Presentation

4.0) Pernyataan Masalah

Memainkan peranan utama dan memberi sumbangan penting kepada pembangunan ekonomi, khususnya dalam mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan dan menghasilkan pendapatan kepada individu, masyarakat dan negara.

Tidak bergantung pada pengetahuan tentang unsur-unsur perdagangan semata-mata, tetapi juga kepada penghayatan nilai-nilai dan amalan sifat-sifat keusahawanan yang positif.

Page 5: Proposal kajian tindakan Presentation

Samb... Melalui pemerhatian yang dilakukan, didapati

terdapat beberapa pelajar yang masih tidak dapat menulis jawapan esei dengan lebih mudah dan jelas.

Mengingati isi penting itu adalah mudah, tetapi pelajar tidak tahu bagaimana untuk menjawab soalan esei mengikut kehendak soalan dan format jawapan yang sebenar.

Page 6: Proposal kajian tindakan Presentation

Samb... Terdapat dua fenomena yang mungkin

menyebabkan pelajar tidak tahu teknik menjawab soalan esei yang diberikan berdasarkan pemerhatian pengkaji:

i) Pelajar tidak didedahkan dengan satu teknik atau cara yang memudahkan mereka untuk mengingati fakta-fakta yang penting yang

mempunyai hubungkait dengan topik-topik yang lain dalam sesuatu topik yang

dibincangkan.

Page 7: Proposal kajian tindakan Presentation

Samb... ii) Guru lebih banyak menekankan teori pembelajaran semata-mata, di mana pelajar mudah berasa bosan semasa proses P&P.

Berdasarkan pemerhatian dan praktikal yang pernah dijalankan melalui pengalaman pengkaji, pelajar akan mudah mengingati sesuatu perkara itu berdasarkan praktikal berbanding teori semata-mata.

Page 8: Proposal kajian tindakan Presentation

5.0) Fokus Kajian kajian ini hanya memfokus kepada kertas II

bahagian A kerana mendapati pelajar mempunyai kelemahan yang paling ketara dalam bahagian ini.

Kajian ini penting untuk dijalankan kerana guru perlu mengetahui punca kelemahan pelajar dalam menghurai jawapan esei dan mengenal pasti kaedah yang paling berkesan untuk meningkatkan kemahiran berfikir, menulis serta keyakinan pelajar dalam menjawab soalan

Page 9: Proposal kajian tindakan Presentation

Samb... Antara kelemahan yang dihadapi ialah:-

i) Pelajar tidak tahu untuk menghubungkaitkan isi penting dengan huraian yang

bersesuaian.ii) Pelajar tidak memahami kehendak soalan yang sebenar.iii) Pelajar tidak dapat membezakan antara isi penting dengan konsep atau fakta bagi sesuatu topik.

Contoh: Sukar untuk membezakan konsep pengeluaran dengan kepentingan pengeluaran

Page 10: Proposal kajian tindakan Presentation

6.0) Objektif Kajian

Setelah kajian ini dijalankan, diharap agar para pelajar dan guru mata pelajaran akan mencapai

objektif berikut: i. Meningkatkan kemahiran pelajar dalam penulisan esei

bagi kertas II bahagian A.

ii. Memberi penekanan dan memupuk minat pelajar kepada mata pelajaran Perdagangan ini.

iii. Dapat membezakan topik-topik yang ada dari segi konsep, penggunaan, kepentingan dan kesan-

kesannya.

Page 11: Proposal kajian tindakan Presentation

Samb...

iv. Memahami sesuatu soalan berdasarkan kata kunci yang diberikan dan dikaitkan dengan isi penting yang ada.

v. Memberi peluang kepada pelajar untuk melakukan aktiviti di luar bilik darjah secara praktikal berbanding dengan teori semata-mata supaya memudahkan mereka untuk mengingati sesuatu fakta atau isi penting.

vi. Memberi idea kepada guru mata pelajaran dalam menyelesaikan masalah dan mengatasi kelemahan pelajar berkenaan.

Page 12: Proposal kajian tindakan Presentation

7.0) METODOLOGI KAJIAN

7.1) Reka Bentuk Kajian

Model Kajian Tindakan Somekh

Page 13: Proposal kajian tindakan Presentation

7.2) Sasaran KajianKajian ini dilaksanakan secara kolaboratif di antara tiga orang pengkaji. Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan ini juga melibatkan seorang guru mata pelajaran Perdagangan dan sebuah kelas pelajar Tingkatan 4 Cekap, seramai 35 orang.

7.3) Instrument Kajian Ujian-ujian Penilaian

-Ujian Pra:Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauhmana kefahaman dan tahap penguasaan mereka mengenai kemahiran yang dikaji. Ujian pra ini mengandungi 1 soalan esei dan perlu dijawab dalam masa 25 minit.-Ujian Pos: Untuk menilai keberkesanan tindakan yang diambil, satu Ujian Pos diberikan kepada pelajar. Langkah dan soalan yang sama dengan Ujian Pra sebelum ini diberikan bertujuan menilai peningkatan dalam pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan menghuraikan jawapan soalan esei.

Soal selidik-Borang soal selidik diberikan kepada murid sasaran dengan membuat pilihan mengapa mereka tidak dapat menjawab soalan ujian pra dengan betul.

Page 14: Proposal kajian tindakan Presentation

Pemerhatian

-Pemerhatian dilakukan terhadap perubahan-perubahan tingkah laku, mendengar, serta reaksi atau gerak balas terhadap sesuatu tindakan, keadaan atau suasana yang wujud disebabkan tindakan, perkembangan hubungan dan interaksi dan sebagainya di dalam bilik darjah sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

7.4) Metod Analisis Ujian-ujian Penilaian

-Analisis markah pencapaian pelajar melalui Ujian Pra dan ujian pos yang dilakukan.

Pemerhatian-Pemerhatian secara langsung yang dilakukan pengkaji disertai dengan membuat catatan tentang pergerakan dan keaktifan pelajar, suasana pembelajaran dan penerimaan aktiviti yang dijalankan oleh pengkaji ketika sesi pembelajaran.

Page 15: Proposal kajian tindakan Presentation

7.5) PERANCANGAN TINDAKAN Aktiviti 1: Folio

Bahan-bahan: Kertas, pensil, pen, kad manila, warna, ring

Aktiviti 2: Penulisan JurnalMelalui penulisan jurnal, pelajar dapat menulis catatan mereka

mengenai apa yang telah dipelajari, pendapat, komen ataupun kritikan. Penulisan ini akan dijalankan selepas proses (P&P). Mengambil masa lebih kurang 15 minit dan dilakukan sekali sahaja dalam setiap minggu. Bahan yang diperlukan:

1-Sebuah buku latihan sama ada baru atau terpakai

2-Sebuah rak khas di dalam bilik darjah

Aktiviti 3: Pembentangan

Selepas proses P&P dan penulisan jurnal, pelajar secara berkumpulan diminta untuk membentangkan tentang kefahaman mereka mengenai topik yang dipelajari semasa proses P&P. Bahan yang diperlukan: Kertas mahjong & Marker Pen

Page 16: Proposal kajian tindakan Presentation

7.6) Pelaksanaan Tindakan

Aktiviti 1: Folio

i) Memberi pelajar tajuk berkaitan dengan topik yang bersesuaianii) Memberi pelajar tempoh 2 minggu untuk menyiapkan folio tersebutiii) Memberi arahan kepada pelajar cara dan teknik untuk membuat folio secara ringkas dan tepat. iv) Pelajar diarahkan untuk membuat huraian secara gambarajah, peta minda dan carta aliran.v) Tinjauan akan dilakukan dari semasa ke semasa untuk memudahkan pelajar bertanya sebarang masalah berkaitan dengan proses membuat folio mereka.vi) Pembetulan boleh dilakukan selepas guru membuat pemeriksaan

sehingga folio yang dikehendaki siap dilakukan.vii) Pelajar mudah memahami dan mengkaitkan sesuatu topik tersebut dengan lebih jelas dan terperinci.

Page 17: Proposal kajian tindakan Presentation

Aktiviti 2: Penulisan Jurnal

i) Pelajar perlu menyediakan sebuah buku latihan sama ada baru atau terpakai. Pelajar perlu menulis nama masing-masing di atas kulit jurnal mereka.

ii) Setelah selesai proses P&P, dalam masa 15 minit pelajar akan menulis dalam jurnal masing-masing tentang apa yang baru mereka

pelajari, pendapat, komen ataupun kritikan. Dengan cara ini, mereka boleh membuat renungan yang lebih menyeluruh.

iii) Setiap kali selepas pelajar menulis dalam jurnal, pengkaji akan membaca dan menulis respon pengkaji di bawah komen mereka.iv) Setelah selesai dibaca, buku jurnal itu akan dikembalikan ke rak buku yang disediakan di dalam bilik darjah supaya pelajar bebas membacanya pada bila-bila masa. Pengkaji akan sentiasa memberi

respond yang positif untuk meningkatkan keyakinan pelajar melalui catatan penulisan mereka.

Page 18: Proposal kajian tindakan Presentation

Aktiviti 3: Pembentangan

i) Setelah penulisan jurnal, pelajar dikehendaki duduk dalam kumpulan dan membuat satu kesimpulan tentang kefahaman mereka berkaitan topik yang diajar.

ii) Hasil perbincangan perlu dibentangkan di hadapan guru menggunakan bahan yang disediakan.

iii) Aktiviti ini dapat: Memberi peluang kepada pelajar untuk bekerjasama

(semangat berpasukan). Menggalakkan percambahan idea. Memberi keyakinan kepada pelajar untuk berkomunikasi .

Page 19: Proposal kajian tindakan Presentation

8.0 Jadual Pelaksanaan Kajian

BIL AKTIVITI TARIKH PELAKSANAAN

1 Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data

12 Julai 2010

2 Menulis proposal kajian 15 Julai 2010

3 Merancang tindakan 19 Julai 2010

4 Mesyuarat pembinaan ujian pra / pos 22 Julai 2010

5 Pelaksanaan ujian pra 26 Julai 2010

6 Memproses data ujian pra 29 Julai 2010

7 Mesyuarat perancangan untuk pemerhatian 2 Ogos 2010

8 Analisis data untuk pra dan pemerhatian 9 Ogos 2010

9 Pelaksanaan uian pos 16 Ogos 2010

10 Refleksi kajian 23 Ogos 2010

11 Penulisan laporan kajian 24 Ogos 2010

12 Pembentangan dapatan kajian 2 September 2010

Page 20: Proposal kajian tindakan Presentation

9.0 Kos Kajian

BIL. JENIS BAHAN KUANTITI X

HARGA SEUNIT

JUMLAH KOS

1 Kertas A4 2 x RM 8.50 RM 17.00

2 Printer Cartridge 1 x RM 50.00 RM 50.00

3 Kamus Dewan 1 x RM 45.00 RM 45.00

4 Fotostat bahan & laporan kajian

RM 30.00

5 Buku catatan guru 3 x RM 2.00 RM 6.00

JUMLAH RM 148.00

Page 21: Proposal kajian tindakan Presentation

SEKIAN

Terima Kasih