contoh proposal kajian tindakan

21
1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Kertas dua Bahasa Melayu penulisan mengandungi tiga bahagian wajib dijawab oleh calon iaitu bahagian A,bahagian B dan bahagian C. Bahagian A dikenali sebagai item memindahkan maklumat. Calon dikehendaki memindahkan maklumat daripada bahan ransangan kepada maklumat berbentuk ayat. Ayat yang dibina haruslah gramatis iaitu betul struktur dan tatabahasanya. Sebarang bahan rangsangan berbentuk grafik seperti gambar tunggal, gambar bersiri, graf, carta, rajah dan peta boleh digunakan. Jawapan calon perlulah mengandungi perkara-perkara tersurat yang dilihat daripada bahan rangsangan berkenaan. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab bahagian ini selama lima belas minit. Markah yang cemerlang antara lapan hingga sepuluh markah dan calon perlulah menggunakan ayat yang gramatis iaitu mengikut prinsip-prinsip tatabahasa dan ayat pula haruslah menepati maklumat tersurat dalam bahan grafik. Kajian ini merupakan kajian mengenai masalah berhubung kait dengan penulisan ayat di bahagian A kertas dua mata pelajaran Bahasa Melayu. 1.2 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Serta Sorotan Literatur Berdasarkan refleksi pangajaran penyelidik, didapati murid mengalami masalah membina ayat yang lengkap dalam penulisan terutama dalam penulisan bahagian A. Kelemahan murid dalam aspek ini akan mengganggu murid mendapat markah yang baik dalam penulisan Bahasa Melayu. Masalah ini bukan sahaja memberi kesan kepada markah dan pencapaian murid, akan tetapi penyelidik juga berpendapat bahawa ianya juga memberi kesan kepada murid dalam penulisan karangan. Murid yang mempunyai masalah membina ayat dengan baik juga mempunyai masalah dalam membina karangan yang baik di bahagian B dan bahagian C. Oleh itu, secara 1

Upload: laura-adi-petrus

Post on 12-Apr-2016

448 views

Category:

Documents


19 download

DESCRIPTION

contoh kajian tindakan

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Proposal Kajian Tindakan

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kertas dua Bahasa Melayu penulisan mengandungi  tiga bahagian wajib dijawab oleh

calon iaitu bahagian A,bahagian B dan bahagian C. Bahagian A dikenali sebagai item

memindahkan maklumat. Calon dikehendaki memindahkan  maklumat daripada bahan

ransangan kepada maklumat berbentuk ayat. Ayat yang dibina haruslah gramatis iaitu

betul struktur dan tatabahasanya. Sebarang bahan rangsangan berbentuk grafik seperti

gambar tunggal, gambar bersiri, graf, carta, rajah dan peta boleh digunakan. Jawapan

calon perlulah mengandungi perkara-perkara tersurat yang dilihat daripada bahan

rangsangan berkenaan. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab bahagian ini selama

lima belas minit. Markah yang cemerlang antara lapan hingga sepuluh markah dan

calon perlulah menggunakan ayat yang gramatis iaitu mengikut prinsip-prinsip

tatabahasa dan ayat pula haruslah menepati maklumat tersurat dalam bahan grafik.

Kajian ini merupakan kajian mengenai masalah berhubung kait dengan penulisan ayat

di bahagian A kertas dua mata pelajaran Bahasa Melayu.

1.2 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Serta Sorotan Literatur

Berdasarkan refleksi pangajaran penyelidik, didapati murid mengalami masalah

membina ayat yang lengkap dalam penulisan terutama dalam penulisan bahagian A.

Kelemahan murid dalam aspek ini akan mengganggu murid mendapat markah yang

baik dalam penulisan Bahasa Melayu. Masalah ini bukan sahaja memberi kesan kepada

markah dan pencapaian murid, akan tetapi penyelidik juga berpendapat bahawa ianya

juga memberi kesan kepada murid dalam penulisan karangan. Murid yang mempunyai

masalah membina ayat dengan baik juga mempunyai masalah dalam membina

karangan yang baik di bahagian B dan bahagian C. Oleh itu, secara keseluruhannya

kelemahan membina ayat lengkap yang baik berupaya memberi impak markah kertas

dua mata pelajaran ini.

1

Page 2: Contoh Proposal Kajian Tindakan

Masalah membina bina ayat oleh murid dikesan semasa penyelidik menyemak

latihan murid di dalam buku latihan penulisan dan juga lembaran kerja. Didapati murid

tidak mempunyai kemahiran membina ayat dengan baik. Struktur ayat yang mereka

gunakan tidak tersusun dengan betul. Selain itu, murid juga gemar menggunakan

bahasa pasar dan juga menyelitkan bahasa ibunda semasa menulis ayat. Dari segi

penggunaan tanda bacaan pula ditulis tidak menepati ciri-ciri penulisan yang tepat.

Murid meletakkan tanda baca di tempat yang kurang sesuai dan tidak tepat. Walau

bagaimanapun, penyelidik berpendapat bahawa kelemahan murid bukan sahaja

disebabkan faktor dalaman murid itu sendiri, tetapi faktor luaran seperti strategi

pengajaran guru juga merupakan salah satu faktor menyebabkan masalah ini berlaku. 

Strategi pengajaran penting kerana menurut Esah Sulaiman (2003) dan Noor

Azizah Ahmad (2006), pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh

digunakan seperti pendekatan berpusatkan guru, pendekatan berpusatkan murid dan

pendekatan berpusatkan bahan. Pemilihan dan perancangan guru dalam menentukan

pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti dalam sesuatu pengajaran untuk mencapai

objektif adalah dikatakan strategi pengajaran.

Kelemahan daripada penggunaan teknik pengajaran yang tidak sesuai turut

mengekang keseluruhan pencapaian pelajar. Menurut Abd. Aziz Abd. Talib (2007)

pula, teknik pengajaran konvensional secara syarahan yang berpandukan buku teks,

buku latihan topikal dan nota pensyarah masih menjadi amalan oleh guru-guru

sekarang. Ini juga menyebabkan topik menjadi tidak menarik, di samping menjadikan

pelajar tidak dapat menumpukan perhatian kepada pengajaran penulisan. Ismail Zin

(2006) menyatakan bahawa masalah pengajaran yang kurang memberikan penekanan

kepada peluasan kosa kata. Oleh itu, penyelidik mengambil tindakan untuk mencuba

kaedah dan strategi pengajaran lain untuk meningkatkan kemahiran murid dalam

membina ayat dengan betul.

2

Page 3: Contoh Proposal Kajian Tindakan

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN

Pemilihan skop kajian ini adalah berdasarkan tinjauan awal penyelidik tentang masalah

yang perlu diperbaiki terlebih dahulu bagi mempertingkatkan pencapaian murid dalam

kertas dua Bahasa melayu. Kumpulan yang menjadi sampel kajian ini adalah murid

tahun 5 yang dipilih berdasarkan keputusan ujian lepas mempunyai markah yang

rendah dalam kertas dua. Penyelidik mendapati murid-murid ini tidak mempunyai

masalah lisan dan bacaan tetapi gagal membentuk ayat yang baik dan lengkap.

Berdasarkan isu ini, penyelidik mengambil insiatif untuk memperbaiki kemahiran

murid dalam pembinaan ayat bagi mengelakkan murid tercicir dalam aspek penulisan.

2.1 Tinjauan Masalah

Penyelidik menjalankan tinjauan awal bagi pernyartaan masalah kajian berdasarkan

pemerhatian, analisis dokumen (pemeriksaan buku latihan / hasil kerja murid) dan juga

ujian pra.

2.1.1 Pemerhatian

Penyelidik membuat pemerhatian ke atas tingkahlaku murid melalui sesi pembelajaran

dalam pengajaran di dalam kelas. Didapati bahawa murid mempunyai masalah

membina ayat dengan betul. Pada awalnya, penyelidik berpendapat murid belum biasa

membina ayat dengan baik dan tersusun kerana mereka baru berada di tahap 2. Tetapi

selepas sebulan , murid masih lagi belum menguasai cara untuk membina ayat secara

dengan betul dan tersusun malah sering menggunakan bahasa pasar dalam penulisan

ayat..

2.1.2 Pemeriksaan buku latihan.

Hasil analisis penyelidik terhadap buku latihan dan hasil kerja murid, didapati

kekerapan murid melakukan kesilapan dalam pembinaan ayat adalah tinggi. Murid juga

cenderung meletakkan ayat tersirat dalam pembinaan ayat. Murid juga hanya mampu

3

Page 4: Contoh Proposal Kajian Tindakan

membina ayat tunggal dan membina ayat yang tidak berkaitan dengan gambar yang

diberikan.

2.1.3 Ujian pra.

Ujian pra telah dijalankan ke atas satu kelas murid tahun 5 untuk menguji tahap

penulisan murid yang terkini. Hasil ujian ini digunakan untuk membuat perbandingan

dengan ujian pasca yang akan dijalankan selepas intervensi dilaksanakan. Hasil dapatan

daripada ujian pra menunjukkan pencapaian murid di bahagian A masih di tahap yang

kuramg memuaskan.

2.2 Analisis Masalah

2.2.1 Keputusan Ujian Mac (Bahagian A – Kertas 2)

Keputusan ujian bulan mac menunjukkan pencapaian murid untuk bahagian A kertas 2

menunjukkan satu pencapaian yang kurang memuaskan. 52 peratus murid mendapat

markah antara 3 hingga 4 daripada 10 markah. Ini menunjukkan, masih ramai murid

yang mempunyai masalah dalam membina ayat berdasarkan bahan rangsangan dengan

baik. Kelemahan murid di bahagian ini menunjukkan mereka juga lemah di bahagian B

dan C. Dalam kajian ini, penyelidik tertumpuh kepada 7 orang murid yang mendapat

markah 4 dan ke bawah.

2.2.2 Keputusan Ujian Pra (Bahagian A – Kertas 2)

Penyelidik selaku gurru mata pelajaran telah menjalankan ujian Pra untuk membuat

perbandingan selepas intervensi dijalankan. Dapatan dalam jadual 1.1 masih

menunjukkan sebilangan besar murid masih lemah dalam pembinaan ayat dengan betul.

Berdasarkan pemerhatian penyelidik ke atas cara menjawab murid semasa ujian pra,

didapati murid hanya mampu menulis ayat tunggal, menggunakan bahasa pasar dan

penulisan ayat yang tidak teratur. Keputusan ini akan digunakan oleh penyelidik dalam

mmbuat perbandingan pencapaian muid dalam ujian pos selepas ujian tersebut telah

4

Page 5: Contoh Proposal Kajian Tindakan

diaksanakan. Dalam kajian ini, terdapat tujuh subjek kajian yang dikenal pasti iaitu

murid-murid yang mendapat markah 4 dan ke bawah iaitu seramai tujuh orang murid.

Jadual 1.1 : Analisis Keputusan Ujian March dan Ujian Pra BM (Bahagian A)

3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN

3.1 Objektif Umum

Objektif umum kajian ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan penguasaan murid

dalam kemahiran membina ayat lengkap dan betul seterusnya meningkatkan

pencapaian murid dalam kertas penulisan bahagian A..

5

Pencapian MuridUjian Mac Ujian Pra

Bil Peratus Bil PeratusCemerlang(8 Hingga 10 Markah) 5 22% 5 22%

Baik(5 Hingga 7 Markah) 11 48% 11 48%

Memuaskan(3 Hingga 4 Markah) 6 26% 6 26%

Pencapaian Tahap Minimun( 0 Hingga 2 Markah) 1 4% 1 4%

Page 6: Contoh Proposal Kajian Tindakan

3.2 Objektif Khusus

Objektif Khusus kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk:

1. Meningkatkan kemahiran murid dalam membina ayat menggunakan perkataan

yang sesuai dan betul.

2. Membolehkan murid menggunakan tanda baca yang betul dalam membina ayat.

3. Membolehkan murid menggunakan lebih banyak kosa kata dalam pembinaan

ayat.

4. Meningkatkan kemahiran membina ayat murid tahun 5 menggunakan kaedah

pelan maklumat dan kata tanya.

5. Memperbaiki  amalan pengajaran guru dalam penulisan bahasa melayu agar

memberi kesan yang positif terhadap pemahaman dan pencapaian murid melalui

penggunaan Pelan Maklumat dan Kaedah Kata Tanya.

3.3 Persoalan Kajian

Penyelidik telah menyatakan beberapa persoalan sebelum memulakan kajian ini. Antara

persoalan-persoalan tersebut ialah :

1. Adakah kaedah Pelan Maklumat dan Kata Tanya dapat meningkatkan kemahiran murid dalam membina ayat sesuai dan betul?

2. Adakah intervensi ini membolehkan murid menggunakan tanda baca yang betul dalam membina ayat?

3. Adakah kaedah ini membolehkan murid menggunakan lebih banyak kosa kata dalam pembinaan ayat?

6

Page 7: Contoh Proposal Kajian Tindakan

4. Adakah kaedah pelan maklumat dan kata tanya boleh meningkatkan kemahiran membina ayat murid tahun 5?

5. Adakah amalan pengajaran ini (kaedah pelan maklumat dan kata tanya) memberi kesan positif terhadap kemahiran dan pencapaian murid dalam penulisan bahagian A?

4.0 KUMPULAN SASARAN

Lokasi kajian dijalankan adalah di Sekolah Jenis Kebangsaan Yuk Nam Tenom. Kajian

yang dijalankan ini melibatkan dua puluh tiga orang murid kelas tahun 5A tetapi

penyelidik hanya menumpuhkan kepada tujuh orang murid yang mempunyai keputusan

sederhana dalam penulisan bahagian A. Ketujuh-tujuh murid mempunyai purata

markah yang hampir sama dalam penulisan bahagian A. Penyelidik mendapati ketujuh-

tujuh subjek kajian mempunyai persamaan dari segi :

a. Menulis dengan tanda baca yang tidak tepat.

b. Penulisan huruf kecil dan huruf besar yang tidak bersesuaian.

c. Struktur ayat yang dibina tidak lengkap.

d. Penggunaan kosa kata yang terhad.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

Penyelidik memilih model Stephen Kemmis dalam melakukan penyeledikan. Menurut

Stephen Kemmis, terdapat empat peringkat dalam penyelidikan Model Reka Bentuk

Kajian oleh Stephen Kemmis (1983) dan McTaggart (1988). Rekabentuk ini

menunjukkan kitar-kitar dalam kajian tindakan yang mana setiap kitar mempunyai 4

bahagian iaitu refleksi, rancangan, tindakan, dan pemerhatian. Bahagian-bahagian ini

kemudian diulang dengan perancangan hasil ulangkaji dan tindakan yang seterusnya.

7

Page 8: Contoh Proposal Kajian Tindakan

Rajah 1.1 : Model Reka Bentuk Kajian oleh Stephen Kemmis dan McTaggart(1988)

a. Mereflek

Melalui peringkat mereflek, pengkaji mendapati bahawa subjek kajian berhadapan

dengan masalah dalam membina ayat dengan betul dan gramatis. Masalah ini dilihat

sebagai masalah yang perlu ditangani kerana membina ayat merupakan salah satu

kemahiran yang penting dalam kemahiran menulis.

b. Merancang

Penyelidik merancang satu pelan tindakan iaitu satu kaedah pengajaran yang dikenali

sebagai kaedah pelan maklumat dan kata tanya yang akan digunakan oleh murid dalam

membantu mereka menguasai kemahiran membina ayat. Melalui keadah ini, murid-

murid akan didedahkan kepada dua aktiviti yang menjurus kepada penguasaan

8

Page 9: Contoh Proposal Kajian Tindakan

kemahiran membina ayat dimulai dengan bahagian untuk memperbanyak kosa kata,

serta beberapa bahagian lain seperti menyenaraikan isi berdasarkan gambar dan

membina ayat lengkap menggunakan tanda baca yang betul.

c. Bertindak

Penyelidik melaksanakan intervensi yang dirancangkan kepada subjek kajian selama

satu jam bagi setiap sesi yang akan dilakukan pada hari ahad iaitu di luar waktu

persekolahan. Hal ini kerana penyelidik tidak mahu menggangu sesi pengajaran dan

pembelajaran pada waktu persekolahan serta dapat memberikan tumpuan yang lebih

kepada subjek kajian yang terlibat.

d. Memerhati

Penyelidik membuat pemerhatian yang tidak berstruktur terhadap subjek kajian

sepanjang proses PdP modul berlangsung. Penyelidik mendekatkan diri dengan subjek

kajian agar dapat mengetahui dengan lebih dekat situasi subjek kajian. Hal ini

membolehkan pengkaji mengetahui secara dekat tingkah laku dan masalah yang

dihadapi oleh subjek kajian. Menurut Meriam ( 1988) dalam Wee Eng Lee (2001)

menyatakan bahawa kaedah pemerhatian dapat memberi gambaran yang jelas tentang

perlakuan peserta kajian kerana penyelidik berpeluang untuk melihat peserta kajian

secara terus. Dengan cara ini penyelidik dapat melihat sendiri aspek kelemahan dan

bagaimana subjek kajian menggunakan modul yang diberikan.

5.1 Perancangan Tindakan

Kajian bermula awal Julai 2015 sehingga penghujung bulan Oktober 2015. Subjek

kajian iaitu seramai tujuh orang murid dalam kelas tahun 5A merupakan kumpulan

sasaran dalam kajian ini. Walaubagaimanapun, penyelidik selaku guru mata pelajaran

melaksanakan pengajaran menggunakan kaedah bina pelan maklumat dan kata tanya.

Penyelidik memperuntukkan 2 waktu (60 minit) pada setiap hari Ahad untuk

9

Page 10: Contoh Proposal Kajian Tindakan

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran  menggunakan kaedah ini. Penyelidik

menggunakan 1 waktu  untuk perbincangan dan aktiviti pengajaran-pembelajaran

menggunakan kaedah ini manakala 1 waktu lagi untuk murid-murid membuat latihan

membina ayat. Penyelidik akan membuat penilaian terhadap keberkesanan kaedah ini

dengan mengadakan ujian pada hujung setiap bulan dalam tempoh kajian ini.

Penyelidik telah melaksanakan beberapa langkah pengajaran dan pembelajaran

menggunakan kaedah ini. Berikut adalah Rancangan Pelajaran yang telah disediakan

untuk sesi pengajaran tersebut.

Perkara AktivitiSet Induksi Baca arahan soalan dengan teliti sambil menggaris klu

soalan.Fahami kehendak sebenar soalan.

Langkah 1 Teliti bahan grafik dan catat sekurang-kurangnya lima maklumat  yang tepat. Sekiranya grafik gambar,utamakan aktiviti yang dipaparkan.

Langkah 2 Bina pelan maklumat. Guru membimbing murid menggunakan teknik tarik dan tulis maklumat pada bahan grafik.

Langkah 3 Menggunakan kata tanya( siapa,bagaimana dan di mana) pada setiap maklumat yang diperolehi.

Langkah 4 Latihan membina dan menulis ayat yang gramatis berpandukan pelan maklumat.

Penutup Semak ejaan,tanda baca,imbuhan dan ayat supaya tiada kesalahan.

10

Page 11: Contoh Proposal Kajian Tindakan

Penyelidik memulakan langkah pengajaran dan pembelajaran dengan menyuruh

murid membaca arahan dengan teliti  sambil menggarisi klu soalan agar mereka

memahami kehendak soalan samada menulis ayat berdasarkan aktiviti atau situasi

berdasarkan bahan grafik. Ini untuk menarik minat dan perhatian mereka. Seterusnya di

dalam langkah yang sama, murid dikehendaki meneliti bahan grafik untuk memahami

aktiviti atau situasinya. Selepas itu, murid diminta menyenaraikan sekurang-kurannya

lima maklumat yang tepat yang terdapat dalam gambar. Sekiranya grafik berkaitan

gambar, murid-murid hendaklah mencatatkan lima kata kerja yang sesuai berdasarkan

gambar. Sekiranya berkaitan data atau jadual, murid-murid hendakah mencatatkan isi

penting  tentang grafik tersebut.

Seterusnya adalah langkah  kedua yang mana penyelidik menunjukkan cara

untuk membina pelan maklumat dengan menggunakan teknik tarik dan tulis.

Berdasarkan bahan grafik, murid-murid hendaklah membuat garisan pada gambar dan

mencatatkan aktiviti yang dilakukan.

Seterusnya di dalam langkah ketiga, penyelidik  membimbing murid

menggunakan kata tanya bagi setiap aktiviti yang ditulis.

Contoh soalan : Siapakah yang mendirikan khemah?Contoh jawapan murid : Dua orang budak lelaki dan seorang budak perempuan.

Contoh soalan : Di manakah mereka mendirikan khemah?Contoh jawapan murid : Mereka mendirikan khemah di kawasan tanah lapang.

Contoh soalan : Bagaimanakah mereka mendirikan khemah?Contoh jawapan murid : Mereka membina mereka mendirikan khemah

Menggunakan khemah pasang siap.

11

Page 12: Contoh Proposal Kajian Tindakan

Untuk langkah yang terakhir, penyelidik memberi latihan membina ayat kepada

murid-murid. Semasa membuat latihan, penyelidik memberi bimbingan secara individu.

Penyelidik membimbing dan melatih  mereka membina ayat supaya gramatis dengan

menggunakan kosa kata yang tepat. Setelah murid-murid selesai menulis ayat, mereka

diarahkan supaya menyemak ayat masing-masing supaya tiada kesalahan ejaan, tanda

baca sebagainya.

Contoh ayat yang gramatis :

Dua orang budak lelaki dan seorang budak perempuan sedang mendirikan khemah di tanah lapang dengan menggunakan khemah pasang siap.

Selepas melaksanakan beberapa siri pengajaran dan pembelajaran menggunakan

kaedah ini penyelidik akan mengadakan dua siri ujian pos.  Ujian ini diadakan pada

hujung setiap bulan dalam tempoh pelaksanaan kajian ini. Tujuan ujian ini diadakan

adalah untuk mengkaji keberkesanan kaedah yang digunakan terhadap pencapaian

subjek kajian dalam Penulisan Bahasa Melayu.

5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data

Kajian ini menggunakan pemerhatian (senarai semak), analisis dokumen (keputusan

ujian lalu dan hasil kerja murid) dan ujian dalam proses mengumpul data. Guru akan

menyediakan menggunakan senarai semak sebagai landasan bagi guru dalam membuat

pemerhatian di dalam kelas. Selain itu, guru juga akan memerhati tindak balas murid

terhadap sesuatau sesi pengajaran dalam pembelajaran dan juga latihan yang

dilaksanakan di dalam kelas. Keputusan ujian lalu dan hasil kerja murid juga dianalisis

bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid dan menilai tahap pencapaian

murid dalam mata bahasa melayu penulisan. Bagi menilai pencapaian semasa murid

12

Page 13: Contoh Proposal Kajian Tindakan

sebelum intervensi dijalankan, guru membuat satu ujian pra agar dapat dibandingkan

dengan ujian pos selepas intervensi dijalankan ke atas murid dalam sampel kajian ini.

5.2.1 Borang Senarai Semak

Borang senarai semak terdiri daripada tiga bahagian iaitu kenyataan mengenai tahap

kemahiran murid dalam membina ayat dan aspek-aspek lain pada subjek kajian seperti

pengunaan tanda baca, kosa kata, dan ayat yang murid bina.

5.2.2 Ujian Pra

Ujian Pra mengandungi satu bahagian sahaja iaitu membina ayat berdasarkan gambar

atau grafik lain. Tujuan Ujian Pra adalah untuk mengenal pasti pencapaian semasa

murid dan perbandingan akan dibuat selepas intervensi dilaksanakan.

5.2.3 Ujian Pos

Ujian Pos akan diberikan kepada murid untuk meihat pencapaian murid selepas

pelaksanaan tindakan di mana ujian tersebut mengandungi soalan yang sama seperti

Ujian Pra. Perbandingan akan dibuat untuk mengetahui samaada kaedah yang

digunakan membawa perubahan terhadap pencapaian murid dalam mata pelajaran

tersebut dan perubahan terhadap tahap kemahiran murid atau pun sebaliknya.

5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data

Cara menganalisis data kajian ini adalah melalui pemerhatian menggunakan senarai

semak, analisis dokumen dan analisis keputusan ujian pra dan ujian pos. Semua

instrumen kajian akan dianalisi menggunakan Perisian Microsoft Excel.

13

Page 14: Contoh Proposal Kajian Tindakan

5.4 Perancangan Pelaksanaan Kajian

5.4.1 Jadual Pelaksanaan Kajian

Berikut adalah jadual pelaksanaan kajian dalam tempoh masa yang telah ditentukan:

Jadual 1.2 : Jadual Pelaksanaan Kajian

Tarikh Aktiviti Catatan

25 Mei 2015 Refleksi isu / masalah keperihatinan

02 – 10 Jun 2015 Tinjauan Awal:

i. Mereka bentuk soalan untuk ujian pra dan ujian pos bagi mengenal pasti kemahiran murid

ii. Mereka bentuk senarai semak

i. Item ujian

ii. Item Senarai Semak

Perkara-perkara di perhatikan

11 – 15 Jun 2015 i. Menjalankan ujian pra (20 minit)

ii. Membuat perhatian terhadap sikap murid sebelum aktiviti intervensi

i. Soalan ujian

ii. Senarai Semak

16 –19 Jun 2015 Analisis Data Tinjauan awal

20 Jun - 05 Julai

2015i. Menganalisis, merekod dan melapor

markah ujian pra - bilangan dan

peratus yang lulus/yg dapat menjawab

dengan betul.

14

Page 15: Contoh Proposal Kajian Tindakan

ii. Menganalisis dokumen

iii. Menganalisis hasil pemerhatian

Julai 2015 Merancang dan menyusun aktiviti

intervensi:

i. Aktiviti 1: Mereka bentuk Pelan

maklumat dan kata tanya dan

memperkenalkan kaedah tersebut

kepada murid-murid.

ii. Aktiviti 2: Memberi soalan latih tubi

untuk mengenal pasti kemahiran murid

menterjemahkan maklumat dalam

perkataan menggunakan pelan

maklumat dan kata tanya.

iii. Aktiviti 3: Memberi latih tubi - murid

perlu menulis ayat lengkap

berdasarkan gambar.

Ogos 2015 a. Melaksanakan aktiviti intervensi

sebagaimana yang dirancang

secara satu persatu

b. Melakukan pemerhatian dan

membuat perekodan terhadap

perubahan sikap dan tingkah laku

murid

15

Page 16: Contoh Proposal Kajian Tindakan

September 2015 Menjalankan ujian pos untuk menilai

tahap perubahan tingkah laku terhadap

teknik yang diperkenalkan.

September 2015 Menjalankan ujian pos untuk menilai

tahap perubahan tingkah laku terhadap

teknik yang diperkenalkan.

Oktober 2015 a. Menganalisis data ujian pos

b. Menganalisis Dapatan Senarai

Semak

c. Menyediakan jadual dan pelaporan

hasil analisis data

Oktober 2015 Menulis refleksi kajian dan membuat

cadangan

Oktober 2015 Mengemas kini laporan - editing,

memastikan isi kandungan, rujukan dan

lampiran dilengkapkan

16

Page 17: Contoh Proposal Kajian Tindakan

5.4.2 Anggaran Perbelanjaan Kajian

Berikut adalah anggaran kos perbelanjaan pelaksanaan kajian dalam tempoh masa yang

telah ditentukan:

Jadual 1.3 : Kos Kajian

Bil Butiran Harga Per unit x unit (RM)

Jumlah(RM)

1 Kertas Berwarna 14.60 x 1 Rim 14.60

2 Kertas A4 10.50 x 1 Rim 10.0

3 Dakwat pencetak 60.00 x 1 katraj 60.00

4 Artline 3.00 x 3 9.00

5 Bahan fotostat 0.70 x 50 helai 35.00

6 Thumb drive 25.00 x 1 25.00

JUMLAH KESELURUHAN 154.10

17

Page 18: Contoh Proposal Kajian Tindakan

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Abd Majid ( 2007 ) Guru Sebagai Penyelidik , Kuala Lumpur , PTS            Profesional Publishing Sdn Bhd.

Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia , Modul Kajian            Tindakan Teknologi Pendidikan

Bahagian Perancangan , Penyelidikan Dasar Pendidikan : Panduan Asas Menulis             Laporan Kajian Tindakan , Kementerian Pelajaran Malaysia

Sulaiman Masri , Abdullah Yusof , Mohd Ra’in Shaari (2006), Bahasa Melayu : Dimensi Pengajaran dan Pembelajaran ,Kuala Lumpur , Utusan Publication & Distributor Sdn Bhd.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (2011) Pengajaran , Teknologi dn Penaksiran 2 KPD             3026.

Bahagian Pendidikan Guru. (2001). Garis panduan pelaksanaan kursus penyelidikan tindakan maktab perguruan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Gan Teck Hock. (1999). Mencari titik perseimbangan di antara keunggulan teori dan kenyataan praktis: satu kes pelaksanaan pembelajaran koperatif dalam pengajaran matematik sekolah rendah. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Maktab Perguruan Sarawak, Jilid 2, No 1, 68-85.

Jeffery anak Menggu. (2003). “Aya Du.” Dalam Prosiding Seminar Kajian Tindakan 2003, 8-9 Oktober 2003. Terbitan bersama Maktab Perguruan Tun Abdul Razak, Samarahan dan Jabatan Pendidikan Bahagian Sri Aman, 133-147.

18

Page 19: Contoh Proposal Kajian Tindakan

Haji Razali Yahya. (2010). Karangan Imperatif Tahun 4,5 dan 6. Serdang: Cemerlang Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1999). Buku Panduan Guru, Bahasa Malaysia Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 

Nor Aslina Mamat. (2007). Contoh Karangan Memindahkan Maklumat/Ulasan: PNI Neorun. Sdn. Bhd. 

19