proposal kajian tindakan

Upload: zarah-ahmad

Post on 08-Mar-2016

160 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Peringkat sarjana

TRANSCRIPT

  • PENGGUNAAN KAEDAH PERMAINAN PROGRAM REALITI TELEVISYEN

    KE ATAS MINAT, SIKAP DAN PENCAPAIAN PELAJAR SAINS

    TINGKATAN 1 DALAM TOPIK HABA

    ZARAH BINTI AHMAD

    PROPOSAL TESIS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN

    DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN

    FAKULTI PENDIDIKAN

    UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

    BANGI

    2013

  • ii

    KANDUNGAN

    Halaman

    BAB 1 PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan 1

    1.2 Latar belakang kajian 1

    1.3 Pernyataan masalah 2

    1.4 Tujuan kajian 5

    1.5 Objektif kajian 6

    1.6 Persoalan kajian 6

    1.7 Kepentingan kajian 7

    1.8 Batasan kajian 8

    BAB 2 KAJIAN LITERATUR

    2.1 Pengenalan 9

    2.2 Kaedah pengajaran melalui permainan 9

    2.3 Penggunaan Teknik Permainan dalam P & P Sains 10

    2.4 Kajian Tindakan 11

    BAB 3 METODOLOGI

    3.1 Reka bentuk kajian 13

    3.2 Sampel kajian 13

    3.3 Lokasi kajian 14

    3.4 Instrumen kajian 14

    3.5 Kajian rintis 16

    3.6 Alat bantu mengajar 16

    3.7 Tatacara pemerolehan data 17

    3.8 Kaedah pelaksanaan kajian 18

    3.9 Kaedah analisis data 20

    KESIMPULAN 21

    RUJUKAN 22

    LAMPIRAN

    A Soal selidik tinjauan dalam topik haba

    B Ujian Pencapaian topik haba

    C Soal selidik sikap dan minat dalam topik haba

    D Protokol temubual

  • i

    BAB 1

    PENDAHULUAN

    1.1 PENGENALAN

    Sains merupakan satu cabang ilmu yang dinamik dan sistematik dalam membangunkan

    agenda negara. Sains adalah penyelidikan terhadap fenomena alam semula jadi dan dipelajari

    melalui interaksi secara langsung dengan alam semula jadi. Pembelajaran sains bukan

    semata-mata menghafal fakta dan maklumat, tetapi aspek berkaitan amali sains perlu

    ditekankan iaitu dengan pelajar hendaklah berusaha sendiri untuk memperoleh maklumat

    melalui penyiasatan atau eksperimen yang dilakukan secara berulang kali bagi memahami

    dan memperjelaskan fenomena alam yang berlaku (Aziz dan Md Nor Akmal 2011). Justeru

    itu, sebagai sebuah negara membangun kemajuan dalam bidang sains dan teknologi amat

    penting dalam memastikan warga atau masyarakatnya berdaya saing dalam era globalisasi.

    Peranan ini digalas oleh warga pendidik dalam memastikan generasi baru mempunyai nilai

    dan etika yang patut diamalkan dalam membina masyarakat berteknologi tinggi tanpa

    mengabaikan nilai ketimuran yang luhur.

    1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

    Setiap manusia dewasa menempuhi alam kanak-kanak dengan aktiviti permainan ketika

    proses tumbesaran. Permainan adalah satu gerak kerja rangsangan yang menggembirakan

    seseorang serta mengembangkan fizikal dan mental mengikut peraturan-peraturan tertentu

    Pelbagai pendapat diutarakan berkaitan dengan permainan iaitu permainan adalah suatu

    aktiviti mengisi masa lapang dan aktiviti yang menyeronokkan kerana tidak memerlukan

    daya fikir yang maksimum (Noor Akmar 2008). Sebaliknya dari sudut pendidikan, permainan

    juga merupakan bahan rangsangan yang digunakan semasa sesi induksi pengajaran, pada

    pertengahan atau akhir sesuatu pelajaran bagi menarik minat dan perhatian pelajar supaya

    pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dalam suasana yang menyeronokkan

    (Nur Hazwani 2008). Kini, konsep permainan dalam pendidikan telah diperkenalkan dalam

    kalangan murid-murid prasekolah.

    Justeru itu, kebanyakan kajian pengajaran dan pembelajaran berbentuk permainan di

    Malaysia adalah menerusi kajian belajar sambil bermain yang diterapkan dalam kalangan

    kanak-kanak prasekolah (Fauziah 2008; Ku Faizah Ku Marzuki 2009; Linah Summase 2009;

    Rajaswari 2009; Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali 2011) berbanding kelompok pelajar sekolah

    menengah. Sebagai contoh yang dijalankan Fauziah (2008) ke atas kanak-kanak prasekolah

    di daerah Kubang Pasu mendapati bahawa permainan kreatif, fizikal, kumpulan dan

    imaginasi menjadi kecenderungan guru dan kerap dijalankan berbanding permainan jenis

    struktur dan bebas. Berbanding dengan di barat, senario kaedah pengajaran dan pembelajaran

    berbentuk permainan telah diperluaskan di dalam kurikulum pembelajaran jururawat (Horsley

    2010; Blakely et al. 2009; Henderson 2005: Montpas 2004), serta di peringkat universiti

  • ii

    (Chow, Woodford dan Maes 2011) iaitu di kalangan pelajar siswazah yang mengambil kursus

    asas pengenalan statistik dan di kalangan pelajar kolej jurusan kimia (Keck 2000). Oleh itu,

    dapat disimpulkan bahawa kaedah belajar menerusi bermain memainkan peranan yang sangat

    penting dalam memupuk perkembangan dan penyuburan individu secara menyeluruh dan

    seimbang (Ku Faizah Ku Marzuki 2009; Rajaswari 2009) dan boleh diterapkan di kalangan

    pelajar pada subjek sains sekolah menengah bagi memastikan mereka menumpukan sepenuh

    perhatian di dalam kelas serta meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran.

    1.3 PERNYATAAN MASALAH

    Pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sains dipengaruhi oleh pelbagai aspek. Aspek

    kurang kecemerlangan pelajar dalam mata pelajaran sains dipengaruhi oleh cara

    pembelajaran pelajar, pengajaran guru, pengaruh rakan sebaya dan juga minat (Ismail dan

    Khairunizam 2010). Pelbagai laporan dan kajian berkaitan fenomena minat terhadap sains

    semakin menurun telah diutarakan semenjak 1990an lagi menerusi program PIER (Nor

    Aziah, Haziah, Salemah Rosmawati 1998) dan sehingga kini (Fatin Aliah Phang, Mohd

    Salleh, Mohammad Bilai dan Salmiza 2012; Ahmad Nurulazam, Rohandi dan Jazman 2010;

    Kamisah, Zanaton dan Lilia 2007) pelbagai pandangan telah diutarakan untuk menjelaskan

    situasi berkenaan sama ada di media elektronik atau bukan elektronik.

    Fenomena penurunan minat terhadap sains juga dikaitkan dengan Polisi Pengajaran

    dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang telah

    diperkenalkan mulai tahun 2003. Pengkaji mendapati minat pelajar Melayu dari Sekolah

    Harian Bandar dan Luar Bandar menunjukkan peratusan tinggi tidak berminat dengan subjek

    Sains apabila mata pelajaran ini di ajar dalam Bahasa Inggeris. Menerusi kajian lapangan

    yang telah dijalankan dari tahun 2004 hingga 2008 di beberapa sekolah terpilih di negeri

    Selangor dan Terengganu mendapati keputusan peperiksaan pertengahan tahun dan

    peperiksaan akhir tahun dalam subjek sains dan matematik di dapati semakin merosot di

    sekolah menengah harian bandar dan luar bandar. Hasil kajian juga mendapati pihak-pihak

    yang terlibat tidak memahami istilah /konsep Inggeris dalam subjek tersebut khususnya

    pelajar, tidak menguasai asas bahasa Inggeris itu sendiri, pengajaran guru tidak jelas dan

    kekurangan bahan pengajaran (Junaidi & Mohd Fuad 2010). Menerusi penulisan Rizol Md

    Ariff (2012), seorang pegawai penyelidik di Universiti Sains Malaysia (USM) menyatakan

    bahawa kini pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang merupakan produk dasar

    PPSMI tidak berminat pada aliran sains disebabkan kemungkinan besar mereka tidak

    memahami sains yang telah diajar dalam bahasa Inggeris. Apabila bahasa menjadi

    penghalang kepada proses pengajaran dan pembelajaran, maka hasilnya minat terhadap mata

    pelajaran berkenaan akan menjadi berkurangan.

    Selain itu, sikap pelajar juga menyumbang kepada faktor pencapaian dan minat

    seseorang terhadap sesuatu mata pelajaran. Pelajar yang tidak menunjukkan sikap positif

    terhadap sains akan memperoleh pencapaian yang kurang baik dalam mata pelajaran sains.

    Sebaliknya pelajar yang mempunyai minat yang tinggi terhadap sesuatu mata pelajaran akan

    senantiasa berusaha menguasai pengetahuan dan kemahiran yang terkandung dalam mata

  • iii

    pelajaran tersebut (Norshidah 2012; Hasmizan 2001). Sebaliknya, Nor Azizah (2001, dalam

    Siti Nurhanim 2006) menegaskan minat selalunya dikaitkan dengan pencapaian kerana minat

    merupakan faktor dalaman yang boleh merangsang pelajar untuk belajar. Oleh itu, pelajar-

    pelajar yang meminati sains akan memperuntukkan lebih banyak masa dalam mempelajari

    sains (Hasmizan 2001) dan terlibat dengan aktiviti pembelajaran seperti amali sains dan

    aktiviti-aktiviti sains yang dirancang oleh guru sains di dalam kelas. Oleh yang demikian,

    kemerosotan minat pelajar terhadap sains antaranya dipengaruhi oleh kelemahan dalam

    kaedah pengajaran dan pembelajaran.

    Kaedah pengajaran dan pembelajaran sains yang menarik mampu meningkatkan

    minat pelajar untuk mendalami mata pelajaran berkenaan. Menurut Sabri (2012), hasil

    dapatan Nor Azizah (2011) menyatakan pelajar yang cemerlang dalam sesuatu mata pelajaran

    menunjukkan minat dan kecenderungan yang positif terhadap mata pelajaran tersebut.

    Petikan syarahan perdana bertajuk Dampak Penyelidikan Pembelajaran Sains terhadap Perubahan Kurikulum oleh Tamby Subahan (1999), menyatakan kaedah pengajaran dan pembelajaran pada awal 1950-an sehingga akhir 1960-an adalah berdasarkan kurikulum

    tradisi mata pelajaran sains yang mementingkan fakta. Pelajar yang lahir dari kursus ini tidak

    mempunyai kefahaman tentang sains dan tidak diberi penekanan dalam latihan untuk

    pemikiran saintifik tetapi mempunyai pengetahuan fakta yang luas. Sehubungan dengan itu,

    suatu kaedah pembelajaran yang efektif perlu diperkenalkan kepada pelajar bagi memastikan

    tahap minat pelajar adalah konsisten di sepanjang sesi pembelajaran.

    Justeru itu, menerusi pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji mendapati

    sebahagian pelajar di SMK Dato Abu Bakar Baginda yang lemah dalam pencapaian mata pelajaran sains adalah disebabkan kekurangan minat dalam subjek berkenaan. Kekurangan

    minat adalah disebabkan pelajar tidak menguasai bahasa Inggeris dengan baik dan teknik

    pengajaran guru yang agak membosankan. Berdasarkan analisis peperiksaan akhir Sekolah

    Menengah Kebangsaan Dato Abu Bakar Baginda tahun 2010 peratus pelajar tingkatan satu yang mendapat gred A dalam mata pelajaran sains mencatatkan sebanyak 2.17% iaitu

    seramai 7 orang sahaja daripada 322 orang pelajar. Peratus kelulusan bagi pelajar yang

    mendapat gred A D mencatatkan 55.90 % iaitu seramai 180 bilangan pelajar. Seterusnya, pada peperiksaan akhir tahun 2011, peratus gred A di dalam mata pelajaran sains merosot

    dengan catatan sebanyak 0.65% sahaja iaitu hanya 2 orang pelajar berjaya berbanding 309

    orang pelajar Bilangan pelajar yang mendapat gred A- D seramai 164 orang dengan peratus

    kelulusan mencatatkan sebanyak 53.07% . Pencapaian pelajar tingkatan 1 dalam mata

    pelajaran Sains (2010-2011) dapat dilihat seperti Jadual 1.1.

    Jadual 1.1 : Pencapaian pelajar tingkatan 1 dalam mata pelajaran Sains (2010-2011)

    Tahun

    BILANGAN CALON

    Daftar Gred

    A

    Gred

    B

    Gred

    C

    Gred

    D

    Gred

    E

    Bilangan

    Lulus

    Peratus

    Lulus

    2010 332 7 38 62 73 142 180 55.90

    2011 309 2 21 67 74 145 164 53.07

  • iv

    Sumber : Juliawati 2010, Laporan Post Mortem Peperiksaan Akhir Tahun SMKDABB 2010;

    Juliawati 2011, Laporan Analisis Keseluruhan Mata Pelajaran Peperiksaan Akhir

    Tahun SMKDABB 2011

    Dalam kajian ini, fokus kajian adalah dalam topik haba. Pelbagai kajian telah

    dilakukan berkaitan meningkatkan pemahaman pelajar dalam aspek haba dan suhu (Mndez

    2013; Kele, Ertas, Unzu dan Cansiz 2010; Molohides, Hatzikraniotis, Kallery dan Psillos 2009; Mohd Ali 2008). Kajian lepas berkaitan konsep haba dalam termodinamik bagi

    kurikulum pelajar berumur 14-15 tahun melaporkan topik haba merangkumi bab pemindahan

    tenaga, graf pemanasan dan spesifik haba (Mndez 2013). Pengkaji mendapati kebiasaannya

    keputusan para pelajar kurang memuaskan disebabkan kaedah pengajaran tidak

    memudahkan pembelajaran pelajar. Namun begitu, apabila pelajar didedahkan dengan

    pembelajaran koperatif dan penggunaan teknologi dalam memastikan konsep haba dipelajari,

    perubahan konsep dapat diperhatikan. Kekeliruan konsep asas berkaitan haba dan suhu masih

    lagi wujud dalam kalangan pelajar, namun begitu, dengan adanya strategi pengajaran yang

    inovatif mampu meningkatkan kefahaman pelajar dengan lebih progresif.

    Penyelidik mentadbir soal selidik untuk mengenal pasti pelajar lemah dalam

    menguasai topik haba (Lampiran A). Penyediaan set soalan ini telah dijalankan oleh pengkaji

    Mariah (2000) dalam kajian beliau berkaitan dengan kefahaman konsep haba dan suhu di

    kalangan pelajar tingkatan satu di sekolah menengah. Berdasarkan analisis frekuensi

    penyelidik berjaya membuktikan soalan yang dibina dapat mengukur salah tanggapan atau

    miskonsepsi pelajar tentang kefahaman konsep haba dan suhu. Konsep haba dan suhu adalah

    salah satu aspek dalam topik haba secara asas dalam sukatan pembelajaran sains tingkatan

    satu (Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM 2011). Sehubungan itu, instrumen yang

    ditadbir mengandungi 3 bahagian iaitu bahagian A meliputi aspek demografi pelajar,

    bahagian B merupakan set soalan objektif dan subjektif yang merangkumi 20 soalan,

    manakala bahagian C adalah set soalan eksperimen ringkas berkaitan haba dan suhu adalah

    masih relevan diguna pakai dalam kajian ini kerana menepati sukatan pembelajaran.

    Analisis kekerapan dan peratusan keputusan pelajar ditunjukkan dalam Jadual 1.2

    menunjukkan kebanyakan pelajar gagal menjawab soalan item yang dalam fokus soalan yang

    telah ditetapkan. Soalan-soalan yang gagal dijawab sepenuhnya oleh pelajar adalah B7, C1c,

    C1d, C2d, B11, B12, B19, C3b, C3c, C3d dan B15.

    Jadual 1.2 Kekerapan dan peratusan responden berkaitan konsep haba dan suhu

    Fokus soalan Item

    Betul Kurang tepat Salah

    Bilangan % Bilangan % Bilangan %

    Definisi haba B1

    B6

    23

    18

    71.9

    56.3

    -

    -

    9

    14

    28.1

    43.7

  • v

    Alat dan unit

    menyukat suhu

    B2

    B16

    B17

    18

    13

    8

    56.3

    40.6

    25.0

    -

    -

    2

    6.3

    14

    19

    22

    43.7

    59.4

    68.7

    Konsep haba B7

    B8

    B9

    B20

    C1c

    C1d

    C1e

    C1f

    C2c

    C2d

    -

    8

    4

    12

    -

    -

    6

    -

    2

    -

    25.0

    12.5

    37.5

    18.8

    6.3

    -

    -

    -

    -

    -

    -

    -

    4

    -

    -

    12.5

    32

    24

    28

    20

    32

    32

    26

    28

    30

    32

    100.0

    75.0

    87.5

    62.5

    100.0

    100.0

    81.2

    87.5

    93.7

    100.0

    Konsep suhu B11

    B12

    B13

    B14

    B18

    B19

    C1a

    C1b

    C2b

    C2a

    -

    -

    10

    3

    4

    -

    30

    1

    8

    -

    31.3

    9.4

    12.5

    93.7

    3.1

    25.0

    -

    -

    -

    -

    -

    -

    -

    -

    -

    5

    15.6

    32

    32

    22

    29

    28

    32

    2

    31

    24

    27

    100.0

    100.0

    68.7

    90.6

    87.5

    100.0

    6.3

    96.9

    75.0

    84.4

    Aplikasi berkaitan

    haba

    B3

    B10

    C3a

    23

    1

    18

    71.9

    3.1

    56.3

    -

    3

    -

    9.4

    9

    28

    14

    28.1

    87.5

    43.7

    Teori atom dan

    konduktor haba

    B4

    B5

    C3b

    C3c

    C3d

    18

    7

    -

    -

    -

    56.3

    21.9

    -

    -

    -

    -

    -

    14

    25

    32

    32

    32

    43.7

    78.1

    100.0

    100.0

    100.0

    Kesan haba terhadap

    suhu

    B15 - - 32 100.0

    Sehubungan dengan itu, satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menarik perlu

    diperkenalkan untuk meningkatkan minat dan sikap pelajar dalam mata pelajaran sains

    khususnya topik haba. Justeru itu, kajian ini direka bentuk untuk menggunakan kaedah

    permainan realiti televisyen dalam mata pelajaran sains bagi meningkatkan kefahaman

    pelajar tingkatan satu

    1.4 TUJUAN KAJIAN

    Berdasarkan pernyataan masalah kajian yang dibincangkan di atas, kajian ini dilakukan untuk

    melihat penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran berbentuk permainan program

    realiti televisyen dalam topik haba ke atas sikap, minat dan pencapaian pelajar sains tingkatan

    satu. Di samping itu, kajian ini adalah untuk mengetahui lebih mendalam amalan pengajaran

  • vi

    dan pembelajaran melalui pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah permainan

    program realiti televisyen dalam aktiviti pengukuhan topik haba, pelaksanaannya dan

    bagaimana pengkaji mengalami pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kaedah tersebut

    dengan menggunakan reka bentuk kajian tindakan.

    1.5 OBJEKTIF KAJIAN

    Terdapat tujuh objektif kajian yang dibentuk bagi tujuan kajian iaitu:

    i. Melihat sejauh mana penggunaan permainan realiti televisyen dalam topik haba sebagai aktiviti pengukuhan dalam sesi pembelajaran pelajar tingkatan 1

    ii. Melihat sejauh mana penggunaan permainan program realiti televisyen dalam topik haba terhadap sikap, minat dan pencapaian pelajar tingkatan 1 setelah menjalani

    permainan

    iii. Mengkaji penggunaan permainan program realiti televisyen terhadap minat dan sikap pelajar tingkatan 1 dalam topik haba

    iv. Mengenal pasti penggunaan permainan program realiti televisyen terhadap ujian pencapaian pelajar tingkatan 1 dalam topik haba

    v. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan bagi minat dan sikap pelajar terhadap kaedah permainan realiti televisyen antara ujian pra dan pos

    vi. Melihat pandangan pelajar tingkatan 1 terhadap penggunaan kaedah permainan program realiti televisyen sebagai aktiviti pengukuhan dalam topik haba

    1.6 PERSOALAN KAJIAN

    Terdapat tujuh persoalan kajian yang dibentuk bagi tujuan kajian iaitu :

    i. Sejauh manakah terdapat peningkatan dalam aktiviti pengukuhan dalam sesi pembelajaran pelajar tingkatan 1 setelah terlibat dalam kaedah permainan realiti

    televisyen dalam topik haba?

    ii. Sejauh manakah penggunaan permainan program realiti televisyen dalam topik haba dapat meningkatkan sikap, minat dan pencapaian pelajar tingkatan 1 setelah menjalani

    permainan?

    iii. Apakah penggunaan permainan program realiti televisyen dalam topik haba terhadap sikap dan minat pelajar setelah menjalani permainan?

    iv. Apakah penggunaan permainan program realiti televisyen dalam topik haba terhadap pencapaian pelajar setelah menjalani permainan?

    v. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi sikap dan minat pelajar terhadap kaedah permainan realiti televisyen antara ujian pra dan pos?

  • vii

    vi. Sejauh manakah pandangan pelajar tingkatan 1 terhadap penggunaan kaedah permainan program realiti televisyen sebagai aktiviti pengukuhan dalam

    pembelajaran?

    1.7 KEPENTINGAN KAJIAN

    Kajian ini juga dapat memberikan maklumat kepada pihak yang terlibat dalam bidang

    pendidikan iaitu guru, institusi-institusi latihan perguruan dan Bahagian Pendidikan Guru,

    Kementerian Pelajaran Malaysia.

    i. Guru

    Hasil kajian dapat memberi panduan kepada guru tentang kepentingan pengajaran melalui

    permainan khususnya dalam reka bentuk kajian tindakan. Penggunaan panduan yang

    terancang dapat memberi panduan yang jelas kepada guru-guru sains dalam melaksanakan

    suatu kaedah yang kreatif dan inovatif bagi menarik minat dan tumpuan pelajar. Pengajaran

    ini adalah berpusatkan pelajar dan penyediaan bahan pengajaran yang bersesuaian dengan

    tahap akademik pelajar serta persekitaran fizikal yang menyokong pelaksanaan kajian mampu

    menggalakkan proses pembelajaran. Perubahan minat akan mengubah sikap seterusnya

    pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dapat diperkukuhkan.

    ii. Panitia sains

    Dapatan dari hasil kajian dapat membantu pihak panitia sekolah merancang satu sesi

    pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusatkan pelajar serta berdasarkan huraian

    sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Pihak panitia juga boleh membuat dokumentasi bagi

    menilai keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran sains tulen

    seperti Biologi, Fizik dan Kimia..

    iii. Institusi-institusi Latihan Perguruan

    Menerusi hasil penyelidikan kajian ini, pihak-pihak yang terlibat dalam penyediaan tenaga

    pengajar menyedari kepentingan pendekatan ini dalam mempelbagaikan pendekatan yang

    kreatif dan berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran Sains. Guru pelatih sama ada di

    maktab atau di universiti seharusnya didedahkan dengan kaedah pengajaran yang berpusatkan

    pelajar bagi membentuk pelajar yang holistik.

    iv. Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia

    Hasil penyelidikan ini dapat memberi sumbangan supaya modul pengajaran melalui

    permainan dapat dibentuk agar boleh digunakan oleh guru-guru. Pihak Kementerian juga

    boleh membantu dari segi peruntukkan untuk menerbitkan buku panduan atau cakera padat

    (CD) kepada guru Sains hasil daripada perbincangan penyelidik-penyelidik yang telah

    menjalankan kajian berkenaan kaedah permainan.

  • viii

    1.8 BATASAN KAJIAN

    Kajian ini berbentuk kajian tindakan yang mempunyai batasan-batasan seperti berikut:

    i. Kajian ini hanya dijalankan dalam tempoh lapan minggu. Oleh itu, keputusan yang diperoleh hanya merujuk kepada kesan pengajaran dalam tempoh yang singkat sahaja.

    Oleh itu, generalisasi yang dapat dilakukan adalah terhad kepada sampel yang dikaji

    sahaja. Peruntukkan masa pengajaran adalah 60 minit iaitu 2 waktu dan pengajaran

    dilakukan 2 kali seminggu.

    ii. Sampel dan populasi kajian terbatas kepada sebuah sekolah sahaja iaitu SMK Dato Abu Bakar Baginda. Sampel kajian terhad kepada 33 orang pelajar tingkatan satu dan

    majoriti pelajar berbangsa Melayu. Kajian ini juga terbatas kepada pelajar tingkatan

    satu sahaja di mana proses pemindahan pembelajaran mereka masih di peringkat

    rendah dan minat mereka mudah dipupuk.

    iii. Kajian ini terbatas kepada penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan program realiti televisyen iaitu sains Jeopardy ke atas sikap, minat dan

    pencapaian pelajar terhadap mata pelajaran Sains khususnya topik haba. Permainan

    berbentuk kuiz berbantukan komputer dengan menggunakan perisian Power Point

    interaktif serta berkonsepkan latih tubi dalam menguji pemahaman pelajar menerusi

    persaingan positif antara kumpulan.

    iv. Kajian ini dijalankan secara kajian tindakan. Guru yang mengendalikan pengajaran di dalam kelas berpengalaman mengajar Sains melebihi 10 tahun dan berpengetahuan

    dalam isi kandungan. Penekanan aspek kajian tindakan praktikal dilakukan kerana

    memudahkan sesi pengumpulan dan menganalisis data.

    v. Kajian ini hanya melibatkan sebuah topik dalam mata pelajaran sains iaitu topik Haba. Pemilihan topik bab 7 dalam sukatan pelajaran sains tingkatan 1 kerana bersesuaian

    dengan konsep kesepaduan iaitu pendidikan sains harus dihubungkaitkan dengan

    bidang lain dan kehidupan seharian untuk mengukuhkan lagi pengajaran dan

    pembelajaran sains. Dapatan kajian lepas, hampir satu per tiga daripada 485 pelajar

    Tingkatan Empat di sekitar Perlis, Kedah dan Pulau Pinang didapati miskonsepsi

    terhadap haba di dalam kajian Lee dan rakan-rakan pada tahun 1992 (Mohd Ali 2008).

    Sehubungan dengan itu, hasil dapatan kajian lepas menjadi justifikasi untuk topik

    Haba dikaji dalam penyelidikan ini.

  • ix

    BAB 2

    TINJAUAN LITERATUR

    2.1 PENGENALAN

    Bab ini membincangkan kajian literatur dan sorotan kajian lepas berkaitan dengan kajian

    tindakan atau penyelidikan tindakan bagi memandu arah kajian pengkaji dalam mendapatkan

    gambaran nyata untuk merangka perkara yang berkaitan dengan pemboleh ubah yang dikaji.

    Kepentingan kajian literatur dalam kajian tindakan diperjelaskan oleh pengkaji terdahulu iaitu

    membolehkan penyelidik membina kerangka konsep kajian (Mc Niff dan Whitehead 2009),

    menentukan topik yang sesuai, relevan dan tidak ad hoc untuk dikaji, sebagai kerja asas

    dalam suatu penyelidikan serta dapat menyediakan unsur waspada kepada penyelidik bagi

    suatu kajian yang berpotensi (Macintyre 2000). Dengan itu, kajian literatur adalah suatu yang

    bermakna dalam penyelidikan tindakan bagi memastikan kajian adalah menepati sasaran

    atau objektif yang hendak dicapai. Selain itu, kajian lepas merupakan tinjauan literatur

    sebagai asas dan rujukan bagi setiap pemboleh ubah penyelidikan yang berhubung kait

    dengan kaedah pengajaran permainan realiti televisyen. Kajian lepas di dalam dan di luar

    negara juga dipaparkan dalam bab ini bagi menyokong penyelidikan tindakan yang

    dilakukan. Malahan, perbincangan yang terperinci dengan pemboleh ubah kajian dan

    diharapkan dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sains.

    2.2 KAEDAH PENGAJARAN MELALUI PERMAINAN

    Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan

    muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sistematik dan teliti untuk

    melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak

    dan memotivasikan pelajar supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperoleh ilmu

    pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. Dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran, amalan pengajaran guru mempunyai kesan positif kepada pembangunan diri

    pelajar. Pengajaran sebagai suatu bidang sains adalah merupakan satu siri aktiviti yang

    bercorak saintifik kerana pengajaran yang berkesan hanya boleh berlaku atas penggunaan

    prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah mengajar yang telah dikaji dan diuji oleh pakar-pakar

    pendidik berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu (Ee

    Ah Meng 1999). Pengajaran juga bermaksud tindakan seseorang (guru-guru) yang cuba

    membantu orang lain mengembangkan potensi mereka ke tahap maksimum dalam semua

    aspek pembangunan diri (Mohd Hisyam Yong Kassim Yong Ah Kiew 2005). Pendapat

    Kamaruddin dan Siti Hajar (2003) pula menyatakan pengajaran merujuk kepada proses

    menyampaikan spesifikasi oleh guru kepada pelajar untuk menghasilkan pembelajaran.

    Pelaksanaan pengajaran dalam konteks kajian ini merujuk kepada pelaksanaan guru dalam

    mengendalikan pengajaran menggunakan permainan program realiti televisyen secara

    sistematik dan memastikan pelajar mempelajari dan menguasai topik haba. Sehubungan itu,

  • x

    sebarang aspek pendekatan kaedah permainan perlu diperjelaskan bagi memudahkan kajian

    dilaksanakan.

    2.3 PENGGUNAAN TEKNIK PERMAINAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS

    Pengajaran dan pembelajaran sains menggunakan permainan adalah salah satu teknik

    pengajaran yang kreatif dan inovasi bagi memastikan tumpuan pelajar adalah konsisten

    ketika sesi pengajaran berlaku. Permainan menjadikan minda manusia sedar dan

    menyesuaikan diri secara langsung sebagai seorang pemain, malahan dapat memahami sama

    ada seorang pelajar itu belajar atau tidak dengan bantuan dalam aspek pembangunan

    permainan dan dapat memberi gambaran masa depan mereka (Zyda 2007). Selain itu,

    Gruending et al. (1991) menegaskan bahawa permainan dalam pendidikan direka untuk

    mencapai hasil pembelajaran yang diharapkan. Oleh yang demikian, aspek berkaitan

    permainan dikupas secara terperinci bagi meyakinkan permainan dalam pengajaran dan

    pembelajaran sains dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak sama ada tenaga

    pengajar dan pihak pelajar (murid).

    Kajian lepas (Gosen & Washbush 2004; Proserpio & Gioia 2007; Zantow, Knowlton

    & Sharp 2005) menunjukkan bahawa permainan mempunyai potensi untuk menarik pelajar-

    pelajar dalam proses pembelajaran dan menggalakkan mereka untuk melibatkan diri dengan

    persekitaran yang lebih interaktif (Afari, Aldridge & Fraser 2012). Pelbagai kaedah

    permainan telah diterapkan di peringkat sekolah rendah. John Dabell (2010) dalam buku

    penulisannya bertajuk Games, Ideas and Activities for Primary Science telah merekodkan

    sebanyak 32 jenis permainan yang boleh dilaksanakan di dalam kelas peringkat sekolah

    rendah. Kebanyakan permainan yang diperkenalkan bertujuan untuk memperkayakan

    perbendaharaan kata dan meningkatkan pemahaman mengenai istilah-istilah sains,

    mengukuhkan hubungan di antara konsep dan idea-idea utama dan mempertimbangkan jenis

    sumber maklumat yang pelajar digunakan untuk menjawab soalan-soalan berkaitan

    Dalam kajian Geraldine Monggillo (2010) yang menggunakan pendekatan permainan

    realiti televisyen yang berbeza, pengkaji memerhatikan dan menyelidik kaedah permainan

    menerusi seorang guru sains bernama Puan Wood. Guru ini merupakan seorang pemegang

    ijazah dalam pendidikan yang berpengalaman dalam mengajar sains selama 10 tahun serta

    telah dilatih khas dalam program sains. Pengkaji mendapati guru berkenaan mempunyai

    matlamat jangka pendek iaitu untuk memberi peluang kepada pelajar bagi membina dan

    berkongsi pemahaman mereka tentang kandungan mata pelajaran sains yang mereka alami

    dalam aktiviti tidak formal seperti permainan serta aspek koperatif di kalangan pelajarnya.

    Pendedahan permainan di lakukan terhadap kumpulan pelajar berpencapaian sederhana

    dalam purata umur 12 tahun. Guru sains tersebut telah memilih sebanyak 26 perbendaharaan

    kata berdasarkan setiap unit sains yang meliputi konsep dan tatabahasa. Hasil dapatan

    menunjukkan peratusan pelajar mencapai tahap konsep literasi saintifik adalah pada kadar

    yang tinggi dalam setiap permainan yang diperkenalkan. Selain itu, soalan-soalan konsep

    sains yang diajukan kepada peserta melalui ujian pencapaian juga menunjukkan tahap literasi

    yang memberangsangkan. Oleh yang demikian, pengkaji mendapati kaedah permainan dari

  • xi

    aspek pendidik atau tenaga pengajar boleh menggunakan kemahiran sedia ada pelajar bagi

    memudahkan kandungan pembelajaran dicapai melalui penambahbaikan yang mempunyai

    unsur keseronokan dalam kurikulum sains.

    Selain itu, pelbagai kajian melaporkan kaedah permainan Jeopardy ini dikaitkan

    dengan sesi pengukuhan pelajar bagi memastikan minat, sikap dan pencapaian pelajar

    menunjukkan tahap peningkatan yang memberangsangkan. Permainan Jeopardy adalah suatu

    permainan yang sangat baik untuk mempelajari maklumat baru, mengaplikasi konsep dan

    mengulang kaji maklumat (Stern 1989; Azriel et al. 2005), malahan boleh digunakan sebagai

    hari terakhir sesi pembelajaran atau sesi kesimpulan selepas suatu bahan atau subjek telah

    dibentangkan dan dibincangkan dalam kelas, seperti kajian semula bahan lama atau sebagai

    bahan untuk suatu pembentangan (Cook 1997). Sebaliknya dalam kajian Alessandro et al.

    (2002), menyatakan permainan ini digunakan sebagai kaedah intervensi dalam suatu program

    sesebuah residen, permainan ini merupakan satu alat penyediaan yang efektif sebelum ujian

    (Bayer-Hummel 2010). Gibson (1991) menjelaskan permainan Jeopardy dapat

    mengorganisasikan pelajar dalam penyediaan peperiksaan dan merangsang semangat pelajar

    dalam sesuatu topik. Kini, penggunaan permainan ini berasaskan web telah di implementasi

    bagi tujuan sesi ulang kaji bagi mengukuhkan pengetahuan konsep (Massey, Brown &

    Johnston 2005). Oleh itu, permainan sains Jeopardy merupakan permainan yang berkesan

    membolehkan pengkaji mengaplikasi dalam sesi pengukuhan selepas pembelajaran topik

    haba bagi memastikan pelajar tingkatan 1 mengukuhkan pemahaman berkaitan haba.

    2.4 KAJIAN TINDAKAN

    Setiap penyelidikan memerlukan pengkaji memahami maksud atau konsep sesuatu kajian.

    Pengkaji memilih kajian tindakan sebagai pilihan kerana ketetapan bahagian tajaan

    pendidikan dalam penyelidikan. Kajian tindakan dalam pendidikan secara asasnya

    diperkenalkan oleh Stephen Corey dalam tahun 1953. Perkembangan kajian tindakan di

    peringkat luar negara adalah menggalakkan seperti di Eropah, Amerika Syarikat dan

    Australia semenjak 1970an sehingga kini. Mulai era 1990-an, kajian tindakan di Malaysia

    diperkembangkan oleh pihak tertentu dan diurus setia oleh Bahagian Perancangan dan

    Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) yang berperanan sebagai penggerak utama projek

    pemupukan budaya penyelidikan di kalangan guru. Selain itu, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)

    dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) di semua negeri adalah bertanggungjawab dalam

    merealisasikan juga matlamat memupuk budaya penyelidikan di kalangan guru sekolah

    (BPPDP KPM 2008). Sehubungan dengan itu, guru bertindak sebagai penyelidik sewajarnya

    mengetahui pelaksanaan sesuatu kajian bagi mempertingkatkan kualiti sesi pengajaran dan

    pengajaran.

    Penekanan konsep kajian tindakan adalah dalam aspek prinsip kajian yang diutarakan

    oleh Mc Niff dan Whitehead (2002). Penjelasan prinsip-prinsip dinyatakan seperti bawah:

    1. Kajian tindakan adalah satu cara tertentu penyelidikan pembelajaran pengkaji sendiri. Ia adalah cara yang praktikal untuk melihat amalan pengkaji bagi memeriksa sama

    ada penyelidikan itu perlu dilaksanakan. Jika pengkaji merasakan bahawa amalan itu

    adalah suatu kes maka beliau akan cuba menghasilkan bukti untuk menyokong kajian.

  • xii

    Sebaliknya, jika pengkaji merasakan bahawa amalan itu memerlukan perhatian dan

    memerlukan suatu kaedah yang perlu diambil tindakan untuk ditingkatkan, seterusnya

    pengkaji perlu mengemukakan keterangan bagi menunjukkan sesuatu amalan itu telah

    bertambah baik.

    2. Kedua-dua pengkaji menjelaskan kajian tindakan yang dilakukan oleh seseorang individu maka ia dikenali sebagai pengamal kajian (practitioner research). Selain itu,

    ia melibatkan cara penyelidik berfikir dengan teliti tentang apa yang dilakukan, maka

    ia juga boleh dipanggil amalan reflektif kendiri (self reflective practice).

    3. Penyelidik tindakan menyiasat kehidupan mereka sendiri dan berhubung dengan orang lain sebagai rakan sekerja. Kajian tindakan adalah suatu siasatan refleksi

    kendiri, yang dijalankan dalam sesuatu organisasi bersama rakan sejawat yang

    bertindak sebagai peserta kajian dan rakan pembelajaran kritikal.

    4. Idea kajian tindakan merujuk kepada rangka kerja teori yang memberi petunjuk kepada amalan yang dilakukan. Selain itu, penyelidikan tindakan merupakan satu

    syarat yang menandakan satu proses interaksi manusia di antara satu sama lain.

    5. Penyelidik tindakan berkongsi set tertentu seperti kepercayaan, komitmen dan harapan. Apa yang mereka lakukan (penyelidikan tindakan) adalah satu set amalan

    yang menunjukkan kepercayaan manusia, komitmen dan harapan dalam sesuatu

    amalan. Penyelidik menjalankan penyelidikan untuk membantu mereka belajar

    bagaimana untuk mewujudkan suatu harapan sosial (Rorty 1999) dan mengambil

    tindakan untuk cuba merealisasikan harapan berkenaan dari segi evolusi sosial.

    Sehubungan dengan itu, dalam menjalankan kajian tindakan pegangan konsep perlu

    dipatuhi bagi memastikan seorang penyelidik mempunyai dasar pemahaman yang kukuh

    berkaitan penyelidikan dan kajian yang dijalankan mematuhi landasan yang telah ditentukan.

    Peranan guru sebagai penyelidik juga dapat meningkatkan kepakaran seseorang guru

    dalam suatu mata pelajaran (Chow dan Jaizah 2011). Guru yang mempunyai iltizam yang

    tinggi dan bertindak sebagai agen perubahan dapat meningkatkan pencapaian murid dan

    pencapaian sekolah. Guru-guru dan pentadbir perlu mengenal pasti dengan jelas teknik

    berkesan untuk meningkatkan pembelajaran pelajar dan bagaimana untuk membangunkan

    satu set amalan pengajaran yang berjaya berdasarkan pengetahuan berkaitan pembelajaran

    pelajar (Airasian 2001). Berdasarkan pelaksanaan dan perkongsian penyelidikan yang

    dilaksanakan mampu mengelakkan pengulangan amalan (Othman 2011) dan seorang guru

    yang berperanan sebagai penyelidik hendaklah menjalankan kajian mengikut etika dan

    memahami setiap peringkat (kitaran) kajian dalam memastikan hasil ilmiah yang dilaporkan

    dapat dimanfaatkan bersama.

  • xiii

    BAB 3

    PENDAHULUAN

    3.1 PENGENALAN

    Kajian-kajian lepas telah membuktikan bahawa kaedah permainan memberi kesan positif

    dalam membentuk proses pemindahan pembelajaran di kalangan pelajar. Sebenarnya, kaedah

    ini bukan sahaja dapat memberi keseronokan malah ia juga merupakan sumber motivasi yang

    mendorong pelajar menggunakan kemahiran-kemahiran yang dipelajari untuk mencapai

    sesuatu matlamat. Dalam kajian ini, metodologi yang digunakan tertumpu pada penggunaan

    kaedah permainan dalam mengukuhkan pemahaman pelajar sepenuhnya dalam topik haba

    dan bagaimana penggunaan kaedah permainan dapat mengatasi kelemahan tersebut. Bab ini

    membincangkan reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, kaedah melaksanakan

    kajian dan tatacara penganalisisan data.

    3.2 REKA BENTUK KAJIAN

    Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan bagi melihat perubahan minat ,sikap

    dan pencapaian pelajar dalam topik haba dengan menggunakan kaedah permainan program

    realiti televisyen. Fleeming (2000) menyatakan kajian tindakan adalah siasatan yang

    sistematik dalam sekolah atau situasi bilik darjah dengan niat memberi inspirasi kepada

    kualiti pengajaran dan pembelajaran dan mendapat pemahaman yang lebih mendalam tentang

    suatu kandungan yang kompleks di mana kejadian atau fenomena(situasi) yang di kaji

    berlaku. Selain itu, kajian tindakan yang dilakukan oleh guru di sekolah merupakan

    pendekatan penyelidikan bersifat kualitatif kerana ini mengutamakan aktiviti kajian yang

    boleh dilakukan dalam alam persekitaran atau situasi yang sebenar di sekolah serta

    pengupasan tindakan yang diambil dalam sesuatu situasi dapat diselidik secara terperinci

    dengan menggunakan kaedah deskriptif (Alis 2009). Kebanyakan pengkaji-pengkaji

    terdahulu menekankan aspek pengumpulan data menggunakan pendekatan kualitatif dalam

    kajian tindakan (Othman 2008; Zailah 2005). Sebaliknya, Creswell (2012) menyatakan kajian

    tindakan menggunakan pengumpulan data berdasarkan sama ada kaedah kuantitatif atau

    kualitatif atau kedua-duanya. Beliau juga menekankan bahawa kajian tindakan berbeza

    berbanding kajian lain kerana ia spesifik kepada suatu isu praktikal dan bertujuan untuk

    mendapatkan penyelesaian kepada masalah. Pernyataan ini turut di sokong oleh. Sehubungan

    dengan itu, kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif.

    3.3 SAMPEL KAJIAN

    Populasi kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 1 Gigih berjumlah 33 orang iaitu

    18 perempuan dan 15 lelaki yang berbangsa Melayu. Saiz sampel dalam penyelidikan

    kualitatif yang dijalankan dalam suatu tempat kejadian biasanya kecil atau sering dalam

    jumlah yang sangat terhad (Wiersma dan Jurs 2005). Walau bagaimanapun, pemilihan

  • xiv

    kesemua pelajar dalam kelas ini adalah bertepatan memandangkan ia adalah reka bentuk

    kajian tindakan yang bermatlamat untuk menyelesaikan masalah yang di hadapi oleh guru

    atau pendidik terhadap pencapaian pelajar dalam pembelajarannya. Pemilihan peserta kajian

    tindakan atau dikenali sebagai penerima tindakan adalah berdasarkan fokus kajian yang

    hendak dilakukan oleh penyelidik dalam situasi proses pengajaran dan pembelajaran bilik

    darjah dengan penerima tindakan iaitu pelajar memperoleh kemahiran atau mencapai

    keputusan yang lebih baik dari dahulu untuk subjek tertentu (Chuah Kim Hwa 2010). Dengan

    demikian, kajian tindakan adalah amat sesuai bagi penyelidik yang ingin mencari

    pemahaman mendalam ke atas isu, peristiwa atau fenomena yang menjadi bahan kajian

    3.4 LOKASI KAJIAN

    Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Abu Bakar Baginda yang terletak di daerah Sepang. Sekolah ini terletak di antara Institut Pendidikan Guru Kampus

    Pengajian Islam dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM). Kedudukan sekolah ini

    berdekatan dengan Bandar Baru Bangi dan dikategorikan sekolah Gred B. Pada 4 Januari

    2010, sekolah ini telah mula menerima pelajar-pelajar sulungnya seramai 523 orang dan 52

    orang guru. Pada ketika itu, hanya 14 buah kelas tingkatan satu, 4 buah kelas tingkatan dua, 2

    buah kelas tingkatan 4 dan dua kelas pendidikan khas yang dibuka. Kini, populasi pelajar

    seramai 1247 orang dan kebanyakkan pelajar adalah berbangsa Melayu dan berasal dari

    kampung-kampung di sekitar Sungai Merab dan kawasan perumahan Bandar Baru Bangi.

    Taylor dan Bogdan (1994, dalam Othman 2009) menekankan aspek pemilihan lokasi dan

    sekolah juga mestilah mengambil kira perkara berikut, iaitu :

    (i) Mudah dan boleh dimasuki

    (ii) Terdapat situasi yang kaya dengan proses melalui responden, program, interaksi dan struktur yang diminati oleh responden

    (iii)Penyelidik dapat membina peranan serta hubungan erat (rapport) dengan responden

    (iv) Kualiti dan kredibiliti data yang diperoleh agak terjamin

    3.5 INSTRUMEN KAJIAN

    3.5.1 Soal Selidik

    Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian bagi mengumpul data

    yang diperlukan dalam kajian. Soal selidik telah digunakan secara meluas dalam penyelidikan

    kuantitatif kerana seragam, reka bentuk yang sangat berstruktur adalah serasi dengan

    pendekatan kuantitatif. Penggunaan soal selidik dalam kajian tindakan digunakan penyelidik

    untuk mendapatkan pendapat (Macintyre 2000; Kemmis & McTaggart 1998), sebagai alat

    pengumpulan data atau memperoleh data dengan mudah (Othman 2011; BPPDP KPM 2008;

    McNiff & Whitehead 2006; Madzniyah et al. 1995) Pembinaan soal selidik telah dilakukan

    berdasarkan andaian :

  • xv

    i. Responden dapat membaca dan memahami item-item.

    ii. Responden mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang mencukupi untuk

    menjawab item-item soal selidik.

    iii. Responden secara sukarela dan ikhlas menjawab soal selidik.

    Oleh yang demikian, soal selidik yang dibina pengkaji ( Lampiran B) dalam

    memastikan minat dan sikap pelajar diukur sebelum dan selepas penggunaan kaedah

    permainan realiti televisyen adalah memastikan responden khususnya pelajar tingkatan 1

    dapat memberikan maklum balas yang dikemukakan dalam pembinaan item yang menepati

    kehendak kajian.

    3.5.2 Temu bual

    Protokol temu bual adalah satu borang yang dibina oleh pengkaji yang mengandungi arahan

    untuk proses temuduga, soalan-soalan yang akan ditanya dan ruang untuk mengambil nota

    jawapan daripada yang di temu duga (Creswell 2012). Pembinaan protokol temu bual dirujuk

    daripada kajian-kajian lepas, Noor Akmar (2000) dan Iriani (2006) yang menggunakan

    kaedah permainan dalam sesi pembelajaran sains bagi melihat perspektif pelajar terhadap

    mata pelajaran sains(Lampiran C). Penyelidik kajian tindakan menggunakan kaedah temu

    bual sebagai salah satu alat pengumpulan data dalam kajian tindakan (Kemmis & McTaggart

    1988; McNiff & Whitehead 2005). Temu bual adalah kaedah terbaik untuk meneroka (probe)

    dan mendapatkan maklumat daripada informan seperti pelajar dengan secara mendalam

    terhadap kajian yang dijalankan (BPPDP KPM 2005). Selain itu, protokol temu bual yang

    dibina melibatkan proses kesahan daripada pakar yang terlibat dengan mengemukakan

    permohonan bersurat bagi memastikan soalan yang dikemukakan menepati persoalan kajian.

    Pemilihan responden di kalangan pelajar adalah berdasarkan pandangan daripada guru subjek

    yang terbabit dalam kajian. Pengkaji juga perlu memainkan peranan yang sesuai mengikut

    situasi yang dihadapi dengan responden supaya kualiti perbualan dapat dipenuhi (Chow dan

    Jaizah 2011). Oleh itu, soalan-soalan yang dikemukakan dalam temu bual dapat memastikan

    pengkaji berupaya menjawab persoalan kajian dan pembinaan protokol temu bual menepati

    proses pembinaan instrumen kajian.

    3.5.3 Ujian pencapaian

    Penggunaan ujian dalam kajian tindakan adalah salah satu sumber untuk mengumpul

    tindakan yang dilaksanakan oleh penyelidik terhadap pelajar (Chuah Kim Hwa 2010) dan

    sebagai aspek penilaian untuk melihat kelemahan pelajar (Yusof dan Walter Alvin Jiniti

    2010). Dalam kajian ini, ujian pencapaian sains merupakan ujian yang sama dan digunakan di

    dalam ujian pra dan ujian pos. Ujian pencapaian mengukur secara khusus sejauh mana pelajar

    telah menguasai isi suatu mata pelajaran yang diajar (Siti Rahayah 2008). Ujian dalam

    penilaian ini dibina oleh penyelidik berdasarkan topik Haba. Topik ini berdasarkan buku teks

    yang dibekalkan kepada pelajar. Tajuk haba yang disenaraikan adalah merangkumi 6 sub

    topik yang iaitu konsep haba sebagai satu bentuk tenaga, kesan pengaliran haba, kesan haba

    dan jirim, aplikasi prinsip pengembangan dan pengecutan jirim, penyerap dan pembebas haba

    yang baik dan faedah pengaliran haba (Lampiran D). Ujian pra dilaksanakan sebelum kaedah

    permainan dilaksanakan. Ujian ini dijalankan dengan tujuan untuk menentukan sejauh mana

    pemahaman pelajar dalam aktiviti pengukuhan dari segi pencapaian sebelum penggunaan

  • xvi

    kaedah permainan realiti televisyen diperkenalkan. Ujian pos dilakukan setelah kaedah

    permainan dilaksanakan. Ujian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti sejauh

    mana peningkatan pencapaian responden (pelajar) selepas kaedah permainan realiti

    televisyen dilaksanakan. Oleh yang demikian, pembinaan ujian pencapaian perlu dirancang

    dengan teliti supaya perkara yang hendak diukur dapat dicapai.

    3.6 KAJIAN RINTIS

    Kajian rintis adalah kajian yang dibuat sebelum kajian sebenar dijalankan yang bertujuan

    bagi memastikan alat-alat kajian mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi serta

    dapat menyelesaikan masalah-masalah yang mungkin berlaku semasa kajian sebenar

    dijalankan. Morrison (1971) menegaskan kajian rintis dapat membantu penyelidik

    memperoleh petunjuk awal tentang mana-mana bahagian kajian yang mungkin tidak tepat

    atau gagal serta mengenal pasti kaedah atau instrumen kajian yang tidak betul atau kurang

    sesuai (Md Nor dan Tay Chien Wey 2010). Berdasarkan pendapat Siegal (1988) tujuan kajian

    rintis ialah untuk mengetahui kesesuaian item yang dibina kepada responden kajian terutama

    dari segi penggunaan istilah dan struktur ayat serta mengenal pasti sama ada responden

    memahami setiap pernyataan bagi item yang dibina. Dengan itu, penyelidik membenarkan

    responden bertanya jika terdapat pernyataan item yang kabur dan kurang difahami.

    Tambahan beliau lagi, kajian rintis juga bertujuan untuk memastikan responden memahami

    kehendak setiap item di dalam instrumen yang diedarkan. Dalam kajian ini, perjalanan kajian

    rintis instrumen di jelaskan secara ringkas. Penyelidik melaksanakan kajian rintis ini di

    Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil, Selangor. Sekolah ini dipilih kerana ia merupakan

    sekolah harian dan mempunyai pelajar yang hampir sama tahap pencapaiannya dengan

    populasi sebenar kajian. Dari segi kedudukan geografi pula, lokasi sekolah rintis iaitu di

    Dengkil, tidak jauh daripada lokasi populasi sebenar iaitu di pinggir Bandar Baru Bangi.

    Kajian rintis dijalankan ke atas 45 orang pelajar tingkatan 1 bertujuan untuk kejelasan

    maksud item. Pentadbiran kajian rintis dijalankan dengan kebenaran guru subjek ke atas

    responden terpilih di dalam kelas. Selain itu, sebelum kajian rintis penyelidik juga

    menunjukkan borang kepada penyelia bagi mendapatkan pandangan dan rakan yang lebih

    berpengalaman untuk mendapatkan gambaran dalam melaksanakan kajian rintis. Namun

    begitu, kajian rintis yang dijalankan hanya sekali disebabkan kekangan masa dan responden

    kajian bercuti secara bergilir kerana pihak sekolah telah mengeluarkan notis cuti bagi

    menghadapi peperiksaan PMR.

    3.7 ALAT BANTU MENGAJAR

    Pembangunan alat bantu mengajar memainkan peranan penting dalam kajian ini bagi

    memastikan penggunaan kaedah permainan realiti televisyen terhadap sikap, minat dan

    pencapaian pelajar tingkatan satu dapat diperhatikan. Penggunaan bahan bantu mengajar

    yang sesuai akan mendorong minat pelajar untuk melalui prose pembelajaran yang

    menyeronokkan (Norma 2004). Kaedah permainan realiti televisyen adalah permainan

    Jeopardy yang dibina menggunakan perisian power point interaktif. Penggunaan komputer

    atau kaedah ICT dalam pembelajaran sains dapat melibatkan diri pelajar secara aktif dalam

    proses pembelajaran dengan menunjukkan peningkatan minat dan tumpuan perhatian (Zurida

  • xvii

    et al. 2006). Permainan Jeopardy adalah suatu permainan kuiz berbentuk pendidikan yang

    telah diubahsuai oleh seorang profesor matematik dari Universiti Akron, Amerika Syarikat

    berdasarkan siaran realiti televisyen yang popular di Amerika yang mengandungi topik-topik

    seperti sejarah, seni, budaya pop, sains dan sukan. Permainan ini mempunyai format soalan-

    jawapan yang unik di mana peserta dipaparkan jawapan sebagai petunjuk untuk mereka

    memberikan jawapan dalam bentuk soalan atau suatu frasa ayat pertanyaan (Afari et al.

    2012). Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan permainan ini sebagai suatu aktiviti

    pengukuhan dalam topik haba setelah pelajar tamat mempelajari topik berkenaan.

    3.8 TATACARA PEMEROLEHAN DATA

    Kebenaran daripada pihak sekolah dipohon terlebih dahulu bagi menjalankan kajian tindakan.

    Setelah mendapat kebenaran daripada pengetua sekolah (Lampiran T) untuk melaksanakan

    kajian tindakan ini, perbincangan dengan ketua panitia sains dilakukan bagi menentukan

    subjek kajian dan seterusnya menjayakan kajian ini. Selain itu, perbincangan antara rakan

    kolaboratif iaitu guru subjek kelas kajian merangkap ketua panitia sains sesi petang turut

    dilakukan bagi memudahkan pemerolehan data. Permohonan untuk menjalankan kajian juga

    dipanjangkan kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kaedah

    pemerolehan data penyelidikan kajian tindakan di lakukan dengan melibatkan data kuantitatif

    dan data kualitatif. Mills (2011) telah mengklasifikasikan teknik pengumpulan data

    penyelidikan tindakan kepada tiga dimensi yang melibatkan aspek data kualitatif dan

    kuantitatif iaitu :

    i. Mengalami peristiwa (Experiencing) adalah melalui pemerhatian dan nota lapangan yang melibatkan peserta yang aktif (participant observation), pemerhati yang aktif

    dan pemerhati yang pasif

    ii. Sesi pertanyaan (Enquiring) merujuk kepada penyelidik mendapatkan maklumat daripada responden melalui sesi temu bual tidak berstruktur dan berstruktur, edaran

    soal selidik, pentadbiran ujian standard dan skala berkaitan sikap sama ada berbentuk

    Likert atau semantik

    iii. Memeriksa (Examining) adalah takrifan berkaitan penggunaan dan membuat rekod daripada jurnal, artifak, nota lapangan, bahan arkib, peta, rakaman audio dan video

    Contohnya dalam kajian Aplikasi Permainan Sebagai Komponen dalam Pengajaran dan Pembelajaran Biologi Tingkatan 4 oleh Iriani Razali (2006), penyelidik menggunakan kajian kuantitatif sebagai sokongan dan dijalankan menggunakan kaedah tinjauan berbentuk soal

    selidik sebagai instrumen kajian. Menurut Newman dan Benz (1998) menyatakan data

    kuantitatif digunakan untuk menyokong data kualitatif. Sebaliknya, penggunaan data

    kualitatif digunakan untuk menyokong dapatan data kuantitatif bagi mengukuhkan dapatan

    kajian (Ali 2005). Oleh itu, pengkaji menekankan aspek pemerolehan data secara kuantitatif

    dan kualitatif dalam kajian tindakan ini untuk mencapai objektif yang diharapkan.

  • xviii

    3.9 KAEDAH PELAKSANAAN KAJIAN

    Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan, maka proses pelaksanaannya adalah

    tertakluk kepada gerakannya dalam satu kitar lengkap. Dalam kajian ini, model Kemmis dan

    McTaggart (1988) digunakan. Model Kemmis dan McTaggart adalah merupakan model

    paling ringkas dan hanya melibatkan empat langkah utama serta tidak menekankan kepada

    bilangan lingkaran, mahupun aspek kolaboratif, namun model ini menyediakan asas utama

    dalam pelaksanaan kajian tindakan (Zailah dan Zaida 2009). Mills (2003) menghuraikan

    Stephen Kemmis mencipta suatu representasi(Model Kemmis) yang terkenal berkaitan

    lingkaran kajian tindakan yang merangkumi ciri-ciri penting dalam model Lewin termasuk

    aspek peninjauan, perancangan, langkah tindakan pertama, pemantauan, mencerminkan,

    pemikiran semula dan penilaian. Namun begitu, berdasarkan pandangan Kemmis dan

    McTaggart (1988), sifat (semula jadi) kitaran pendekatan Lewin mengakui bahawa keperluan

    untuk merancang tindakan adalah untuk menjadi fleksibel dan responsif. Tambahan penulis

    lagi dalam melakukan kajian tindakan perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah

    aspek tematik (isu pendidikan atau persoalan berkaitan pendidikan) yang berkait dengan

    empat aspek asas yang dinamik dalam suatu kitaran yang melengkapkan antara satu sama lain

    iaitu :

    i. Untuk membangunkan pelan tindakan secara kritikal bagi memperbaiki apa yang sudah berlaku

    ii. Untuk bertindak untuk melaksanakan rancangan

    iii. Melihat kesan tindakan kritikal yang didapati dalam konteks situasi ia berlaku

    iv. Untuk mereflek kesan maklumat sebagai asas merancang pelan lanjutan dalam kitaran yang seterusnya

    Oleh yang demikian, dapat disimpulkan dalam kitaran kajian tindakan melibatkan aspek

    pembangunan pelan tindakan dengan mengenal pasti isu dan masalah untuk mencari fokus

    kajian atau merancang tindakan berdasarkan fokus kajian, melaksanakan tindakan mengikut

    perancangan iaitu menjalankan intervensi, membuat pemerhatian dengan pengumpulan data

    dilakukan melalui beberapa instrumen daripada pelbagai sumber, membuat refleksi terhadap

    dapatan kajian dan menilai tindakan serta langka akhir adalah merancang semula dalam kitar

    seterusnya melalui ubahsuai pelan tindakan.

    Berdasarkan reka bentuk kajian, fasa merancang dan melaksanakan kajian tindakan di

    lakukan sebanyak dua kali iaitu kajian pertama yang dinamakan gelung pertama (G1) dan

    kajian kedua pula dinamakan gelung kedua (G2). Pelaksanaan kajian tindakan ini bermula

    secara rasmi hampir kepada penghujung cuti sekolah dan pengkaji perlu memastikan pelajar

    telah didedahkan secara keseluruhan berkaitan topik haba. Penggunaan kaedah permainan

    realiti televisyen adalah sebagai aktiviti pengukuhan pelajar dan dilaksanakan sebanyak 6 kali

    dengan pendedahan selama 60 - 80 minit bagi setiap sesi P & P dengan setiap gelung

    mempunyai tempoh pelaksanaan pendedahan permainan yang berbeza. Ini bagi memastikan

    kajian tindakan praktikal yang dilakukan oleh guru sebagai penyelidik dapat dilaksanakan

    dalam 2 kitaran spiral . Oleh yang demikian, pengkaji perlu memastikan setiap gelungan yang

  • xix

    dilalui mencapai tujuan untuk melakukan penambahbaikan dalam amalan yang dikaji.

    Kemmis & McTaggart (1988) menegaskan bahawa tiada dinyatakan berapa banyak atau

    bilangan dan tempoh kitaran yang perlu dilakukan oleh seorang penyelidik kerana ia

    bergantung pada isu atau fokus kajian yang diselidik. Sebaliknya berdasarkan pandangan

    BPPDP KPM (2008), kajian tindakan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di bilik

    darjah, proses merancang dan melaksanakan kajian tindakan berdasarkan langkah-langkah

    seperti berikut :

    a. Melakukan proses refleksi terhadap amalan pengajaran dan pembelajaran

    b. Mengenal pasti fokus kajian

    c. Mengenal pasti objektif kajian

    d. Menentukan kumpulan sasaran

    e. Merancang dan melaksanakan tindakan bagi mengatasi permasalahan

    Pengkaji merupakan seorang penyelidik guru yang baru. Pengkaji telah menghadiri beberapa

    kursus kajian tindakan yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi mendedahkan aspek kajian

    tindakan dalam kelas iaitu kajian tindakan praktikal. Kajian tindakan praktikal mengandaikan

    penyelidik guru mampu membuat keputusan dalam memilih bidang fokus kajiannya,

    menentukan teknik koleksi datanya, menganalisis dan mentafsir pelan tindakan berasaskan

    dapatan kajian (Mills 2003). Justeru itu, kajian tindakan yang dilakukan oleh pengkaji adalah

    dalam lingkungan 2 bulan dengan sesi intervensi iaitu penggunaan kaedah permainan realiti

    televisyen dalam topik haba berlaku dalam jangka 1 bulan yang melibatkan 2 kitaran. Kitaran

    kira-kira sebulan atau kurang adalah yang berharga untuk belajar tentang proses kajian

    tindakan, walaupun memilih gelung yang lebih pendek bermakna hanya mengambil

    sebahagian daripada isu atau tema yang lebih mencabar dan diberi perhatian (Kemmis &

    McTarggart 1988). Secara umum, kaedah pelaksanaan kajian dapat ditunjukkan seperti

    Jadual 3.10. Paparan jadual pelaksanaan bertujuan memberikan gambaran yang menyeluruh

    bagi memudahkan pembaca memahami proses serta langkah-langkah yang terlibat (Zailah

    2005).

    Jadual 3.10 : Fasa pelaksanaan kajian tindakan

    Aktiviti Catatan

    Soal selidik kajian (tinjauan awal) Dijalankan 2 bulan lebih awal untuk

    mengenal pasti isu kajian dan menulis

    proposal

    Gelung pertama

    kajian (G1)

    Fasa merancang

    pertama

    Mendapatkan kebenaran melakukan

    kajian daripada pihak sekolah

    Mendapatkan maklumat berkaitan

    peserta kajian daripada guru kelas dan

    guru subjek yang terlibat

    Membentuk jawatankuasa kecil

    Pembinaan bahan bantu mengajar

    Pembinaan instrumen kajian

    Fasa bertindak pertama Melaksanakan aktiviti intervensi

  • xx

    berdasarkan RPH

    Pemerhatian dan rakaman video

    Catatan dalam nota lapangan

    Fasa memerhati

    pertama

    Pemerhatian secara langsung sebagai

    pemerhati yang aktif

    Catatan dalam nota lapangan

    Fasa membuat refleksi Refleksi pengkaji

    Menilai pengumpulan data

    Cadangan tindakan susulan jika perlu

    Gelung kedua

    kajian (G2)

    Fasa perancangan

    semula

    Memperbaiki kaedah permainan

    berdasarkan refleksi dan maklumat

    yang diperoleh

    Mengolah ABM

    Fasa bertindak kedua Melaksanakan aktiviti intervensi

    berdasarkan RPH

    Pemerhatian dan rakaman video

    Pentadbiran soal selidik

    Fasa memerhati kedua Pemerhatian secara langsung sebagai

    pemerhati yang aktif

    Catatan dalam nota lapangan

    Fasa membuat refleksi Refleksi pengkaji

    3.10 KAEDAH ANALISA DATA

    Proses analisa data dilakukan setelah pengumpulan data dan maklumat kajian dilakukan.

    Proses analisa data adalah penting dalam proses kajian tindakan kerana ia melibatkan satu

    prosedur yang sistematik dan berterusan bagi menyediakan asas untuk memberi makna

    kepada data tersebut (Othman 2011). Dalam menganalisis data kajian tindakan, Sagor (2005)

    berpendapat penyelidik perlu memenuhi dua matlamat berikut iaitu :

    i. mengesan sebarang perubahan prestasi yang berlaku dalam usaha untuk mencapai sasaran utama pencapaian kajian

    ii. memahami sebarang faktor-faktor yang berkaitan atau keadaan yang menyumbang kepada suatu perubahan

    Sehubungan itu, teknik analisis data yang digunakan dalam kajian ini melibatkan data

    kualitatif dan data kuantitatif. Teknik analisis data pada penyelidikan tindakan bergantung

    pada jenis data yang diperoleh, boleh menggunakan teknik statistik ataupun analisis kualitatif

    (Tamby Subahan, Mohd Amin, Alias dan Nor Azizah 2000). Pengkaji hendaklah memahami

    data kajian sama ada berbentuk numerik atau pun perkataan bagi memahami kandungan data

    kajian secara menyeluruh. Namun begitu, faktor penting dalam analisis data kajian tindakan

    adalah refleksiviti penyelidik iaitu kebolehan penyelidik berfikir dan mereflek secara kritikal tentang apa yang telah dikumpul dan apa yang masih diperlukan (Othman 2011).

    Pada setiap peringkat gelung, pengkaji perlu menganalisis dan membuat refleksi untuk

    mendapatkan maklumat dan memastikan langkah yang perlu diambil pada gelung yang

  • xxi

    berikutnya. Berdasarkan Macintyre (2000) dan McNiff (1992) , analisis data dan refleksi

    dalam penyelidikan tindakan adalah untuk menghuraikan maklumat yang didapati, sebagai

    usaha masalah yang tidak terduga serta perubahan terhadap penambahbaikan keadaan sesi

    pengajaran dan pembelajaran (Zaharatul Laili 2007). Oleh yang demikian, proses

    menganalisis data dilakukan selepas pengkaji melakukan sesi interaksi dengan peserta kajian

    dan mengikuti langkah-langkah mengurangkan bias supaya data kajian boleh dipercayai

    KESIMPULAN

    Kajian yang dijalankan bertujuan untuk melihat penggunaan permainan program realiti

    televisyen iaitu Sains Jeopardy dalam aktiviti pengukuhan topik haba terhadap pencapaian,

    sikap dan minat pelajar tingkatan 1. Kaedah permainan ini merupakan satu bentuk inovasi

    pengajaran dan pembelajaran guru sains dalam sesi latih tubi sesuatu topik agar dapat

    menarik perhatian pelajar. Seramai 33 orang pelajar dari sebuah kelas tingkatan 1 di Sekolah

    Menengah Kebangsaan Dato Abu Bakar Baginda dipilih sebagai sampel. Kajian ini dijalankan selama 8 minggu. Skor pencapaian dari Ujian Pra dan Pos serta rakaman video

    pelajar sebelum dan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran kaedah permainan akan

    dibandingkan bagi menjawab persoalan kajian

    Dapatan-dapatan kajian lepas dan pengetahuan daripada bacaan-bacaan literatur yang

    merupakan asas kepada kajian yang dilaksanakan dan sokongan kepada metodologi yang

    dipilih serta dapatan yang didapati daripada sesuatu kajian. Dengan itu, teori-teori dan prinsip

    yang dihuraikan dapat memberi penjelasan dan sokongan kepada pelaksanaan kajian iaitu

    pendekatan-pendekatan yang dipilih dalam pengkaedahan, metodologi yang akan digunakan

    dan mampu menyokong dapatan kajian yang akan diperoleh. Reka bentuk kajian melibatkan

    prosedur penyelidikan tindakan yang dilaksanakan mengikut Model Kemmis & MacTaggart

    (1988) yang melibatkan penekanan fasa merancang, bertindak, memerhati, mereflek dan

    merancang semula dan berlangsung dalam 2 kitar atau gelung (spiral). Pemilihan sampel

    bertujuan adalah bersesuaian dengan kajian bagi melihat secara deskriptif dan

    penambahbaikan yang diingini.

    Prosedur dapatan kajian yang dilakukan oleh guru sebagai penyelidik dan fasilitator dalam

    kajian ini adalah merupakan instrumen kajian dalam pendekatan kualitatif. Penyelidik

    menganalisis dapatan kajian berdasarkan pandangan penyelidik kajian tindakan terdahulu

    dengan mengikuti langkah-langkah yang disarankan supaya dapatan data yang terhasil adalah

    sah dan boleh dipercayai serta berupaya memperbaiki amalan pengajaran. Oleh yang

    demikian, sebagai penyelidik guru perlu memahami tujuan pelaksanaan kajian tindakan

    dilakukan di dalam bilik darjah supaya perancangan proses penambahbaikan dalam setiap

    aspek kajian yang melibatkan pendekatan kualitatif dan kuantitatif dalam sesi pengajaran dan

    pembelajaran guru adalah berkesan untuk memperbaiki kualiti amalan hasil daripada refleksi

    terhadap kesan-kesan tindakan.

  • xxii

    RUJUKAN

    Afari, E., Aldridge, J. M. & Fraser, B. J. 2012. Effectiveness of Using Games in Tertiary-

    Level Mathematics Classrooms. International Journal of Science and Mathematics

    Education 10 :1369-1392.

    Aziz Nordin & Md.Norakmal Abdul Latip. 2011. Amalan Pengajaran Guru Pelatih Utm

    Dalam Pendidikan Sains. http://eprints.utm.my/11805/1/Amalan_Pengajaran

    _Guru_Pelatih_UTM _Dalam_ Pendidikan_Sains.pdf [31.12.13].

    Bahagian Pembangunan Kurikulum. 2011. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah:

    Spesifikasi Kurikulum Sains Tingkatan 1. Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia

    2008. Buku Manual Kajian Tindakan. Putrajaya.

    Bayer-Hummel, T. 2010. The Effects of Jeopardy as a Test Preparation Strategy for

    Nursing Students. Teaching and Learning in Nursing 5:12-15.

    Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud. 2011. Kajian Tindakan: Konsep & Amalan Dalam

    Pengajaran. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

    Dabell, J. 2010. Games, Ideas and Activities for Primary Science. United Kongdom:

    Pearson Education Limited.

    Ee Ah Meng. 1999. Pendidikan Di Malaysia I: Falsafah Pendidikan Guru Dan Sekolah.

    Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

    Fatin Aliah Phang, Mohd Salleh Abu & Mohammad Bilal Ali. 2012. Faktor Penyumbang

    Kepada Kemerosotan Penyertaan Pelajar Dalam Aliran Sains: Satu Analisis Sorotan

    Tesis. Seminar Majlis Dekan Pendidikan IPTA 2012,. Anjuran The Zon Regency,

    Johor Bahru, Johor, 7 - 9 Oktober 2012.

    Fauziah Md. Jaafar. 2008. Kepentingan Aktiviti Bermain Di Dalam Pendidikan

    Prasekolah.

    http://www.fp.utm.my/medc/journals/vo13/3.%20KEPENTINGAN%20AKTIVITI%

    20BERMAIN%20DI%20%20DALAM%20PENDIDIKAN%20PRASEKOLAH.pdf

    [18.5.2012].

    Hasmizan Abdul Aziz. 2001. Kajian Pengekalan Minat Terhadap Sains Di Kalangan

    Pelajar-Pelajar Tingkatan Empat. Tesis Ijazah Sarjana Muda Sains dengan

    Pendidikan (Kepujian), Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Henderson, D. 2005. Games: Making Learning Fun. Annual Review of Nursing Education.

    3: 165-183.

    Horsley, T. L. 2010. Innovative Learning Activity. Education Theory and Classroom

    Games: Increasing Knowledge and Fun in the Classroom. The Journal Of Nursing

    Education 49(6): 363-364.

    Juliawati Sakiman. 2010. Laporan Post Mortem Peperiksaan Akhir Tahun SMKDABB

    2010. Unit Peperiksaan, SMK Dato' Abu Bakar Baginda. Bangi, Selangor

    Juliawati Sakiman. 2011. Laporan Analisis Keseluruhan Mata Pelajaran Peperiksaan Akhir

    Tahun Smkdabb 2011. Unit Peperiksaan., SMK Dato' Abu Bakar Baginda. Bangi,

    Selangor

    Junaidi Awang Besar & Mohd Fuad Mat Jali. 2010. Pemansuhan Dasar PPSMI: Tinjauan

    Daripada Persepsi Parti Politik,Ahli Akademik Dan Ngo Serta Pengalaman Di

    Sekolah. Jurnal Melayu 5: 177-197.

    Kamisah Osman, Zanaton Hj Iksan & Lilia Halim. 2007. Sikap Terhadap Sains Dan Sikap

    Saintifik Di Kalangan Pelajar Sains. Jurnal Pendidikan 32 :39-60.

    Kemmis, S. & Mctaggart, R. 1988. The Act Research Planner. Australia: Deankin

    University.

  • xxiii

    Ku Faizah Ku Marzuki. 2009. Keberkesanan Kaedah Belajar Melalui Bermain Dalam

    Komponen Bahasa Melayu Di Kelas Prasekolah. Tesis Ijazah Sarjana Muda, Fakulti

    Pendidikan dan Bahasa, Open Universiti Malaysia.

    Linah Summase. 2009. Belajar Sambil Bermain.Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM

    KBL Tahun 2009. hlm. 92-101.

    http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/seminarpapers /2009/10%20Linah.pdf

    [18.5.2012].

    Mariah Samad. 2000. Kefahaman Konsep Haba Dan Suhu Di Kalangan Pelajar Tingkatan

    Satu Di Sekolah Menengah. Tesis Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan,

    Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

    Massey, A. P., Brown, S. A. & Johnston, J. D. 2005. Its All Fun and Games until Students Learn. Journal of Information Systems Education 16(1): 9-14

    Mndez, D. 2013. The Experience of Learning Physics through the Application of Ict.

    Energy Education Science and Technology Social and Educational Studies 5(2):

    1309-1320.

    Mohd Ali Samsudin. 2008. Kesan Penggunaan Perancahan Kognitif Dalam Pembelajaran

    Berasaskan Masalah Terhadap Metakognisi, Kemahiran Penaakulan Saintifik Dan

    Pencapaian Pelajar Dalam Topik Haba. Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Fakulti

    Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Montpas, M. E. 2004. Comparison of Jeopardy Game Versus Lecture on Associate Degree Nursing Students Achievement and Retention of Geriatric Nursing Concepts. Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Detroit, Michigan

    Norshidah Mohamad Salleh. 2012. Penggunaan Permainan Dalam Pengajaran Pendidikan

    Islam: Satu Kajian Kes Di Sekolah Rendah Pendidikan Khas Masalah Penglihatan.

    International Conference On Research In Islamic and Arabic Language Education

    2012 (ICRIALE 2012). Anjuran Association of Malaysian Muslim Intellectuals &

    The Islamic Academy Cambridge, Elaf Kinda Crescent Hotel, Mecca, Saudi Arabia,

    1st 2nd June 2012, hlmn 361-372. Noor Akmar Taridi. 2000. Keberkesanan Permainan Sains Dalam Pembelajaran Sains

    Tingkatan Dua. Tesis Ijazah Sarjana Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti

    Malaya.

    Nur Hazwani Azmi. 2008. Kesan Penggunaan Kaedah Pembelajaran Berasaskan Modul

    Permainan Ke Atas Pelajar Tingkatan 2. Tesis Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

    dengan Kepujian (Sains), Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Pendidikan Sultan

    Idris.

    Othman Lebar. 2011. Kajian Tindakan Dalam Pendidikan. Tanjong Malim, Perak:

    Penerbit Universiti Pendidikan Sulatan Idris.

    Ismail Kailani & Khairuzaman Ismail. 2010. Mengenal Pasti Faktor-Faktor Yang

    Menyebabkan Pelajar Kurang Cemerlang Dalam Mata Pelajaran Sains. Satu Kajian

    Tinjauan Di Sebuah Sekolah Menengah Luar Bandar. Universiti Teknologi

    Malaysia. 25.3.2013

    Rajaswari a/P Perumal. 2009. Kajian Tentang Pelaksanaan Kaedah Belajar Melalui

    Bermain Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Empat Jenis Tadika Di

    Gelang Patah. Tesis Ijazah Sarjana Muda, Fakulti Pendidikan dan Bahasa, Open

    Universiti Malaysia.

    Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali. 2011. Pendekatan Bermain Dalam Pengajaran Bahasa

    Dan Literasi Bagi Pendidikan Prasekolah. Jurnal pendidikan Bahasa Melayu 1(2): 1-

    15.

  • xxiv

    Stern, S. B. 1989. Creative Teaching Strategies. The Journal of Continuing Education in

    Nursing 20:95-96.

    Zailah Zainudin. 2005. Kemantapan Interaksi Verbal Dalam Pengajaran Fizik Melalui

    Pengajaran Reflektif - Satu Kajian Tindakan Kolaboratif. Tesis Ijazah Doktor

    Falsafah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Zyda, M. 2007. Creating a Science of Games. Communications of ACM 7(50): 27-29.

  • xxv

    LAMPIRAN A

    NO ID PELAJAR:

    SOAL SELIDIK BERKAITAN KONSEP HABA DAN SUHU DALAM MATA

    PELAJARAN SAINS TINGAKATAN 1

    ARAHAN

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

    Pelajar- pelajar yang budiman,

    Sukacita dimaklumkan kaji selidik ini dilaksanakan bagi pelajar-pelajar Tingkatan Satu yang

    sedang mengikuti mata pelajaran sains.

    Tujuan kaji selidik ini adalah sebagai tinjauan awal berkaitan kefahaman pelajar terhadap

    konsep haba dan suhu.

    Soal selidik ini mengandungi empat bahagian iaitu:

    Bahagian A: Demografi/Latar Belakang Sampel

    Bahagian B : Soalan objektif dan struktur

    Bahagian C : Soalan Amali

    Sebarang maklumat yang diberikan dalam soal selidik ini akan dianggap rahsia dan

    digunakan untuk penyelidikan sahaja. Sila jawab dengan jujur, ikhlas dan seberapa tepat yang

    boleh.

    Sila beri jawapan anda mengenai kenyataan-kenyataan berikut dengan menanda coret ( / ) di

    dalam salah satu petak yang paling sesuai bagi diri anda. Bagi soalan objektif, sila bulat dan

    hitamkan ( ) mengikut pilihan anda. Untuk soalan yang memerlukan penjelasan, sila

    tuliskan jawapan anda pada ruang yang disediakan.

    Atas kerjasama yang pelajar-pelajar berikan, saya dahulukan ucapan ribuan terima kasih.

    Yang Benar

    Zarah Ahmad

    Program Sarjana

    Fakulti Pendididkan UKM

  • 1

    BAHAGIAN A : PROFIL DEMOGRAFI

    Sila jawab soalan berikut mengenai demografi anda. Sila tulis dan tandakan ( ) jawapan yang

    sesuai.

    1. Jantina

    Lelaki

    Perempuan

    2. Pencapaian sains dalam UPSR:

    3. Pencapaian band tertinggi dalam mata pelajaran sains :

    BAND

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    Gred (Markah)

    A (80-100)

    B (60-79)

    C (40-59)

    D (20-39)

    E (01-19)

  • 2

    BAHAGIAN B : SOALAN-SOALAN BERKAITAN HABA DAN SUHU

    1. Suhu ialah A. Darjah kepanasan B. Darjah kesejukan C. Darjah kepanasan dan kesejukan D. Kadar pengembangan cecair

    2. Suhu badan kita boleh dinyatakan dalam A. Darjah kepanasan B. Darjah Celcius C. Darjah ketinggian D. Sentimeter

    3. Seketul air lebur setelah dibiarkan beberapa minit dalam gelas. Ini adalah satu dari kesan A. Dedahan B. Haba C. Angin D. Masa

    Rod Kuprum

    A B C D Paku tekan berlilin

    Panaskan

    Rajah 1

    4. Hasil daripada eksperimen dari Rajah 1 A. Paku-paku itu jatuh serentak B. Paku-paku itu terus melekat di rod kuprum C. Paku-paku itu jatuh satu persatu bermula dari A D. Hanya paku A sahaja yang jatuh

    5. Eksperimen di Rajah 1 menunjukkan haba A. Dipindahkan oleh atom-atom kuprum yang bergerak balas B. Dipindahkan terus ke paku-paku tekan itu C. Dipindahkan oleh atom-atom kuprum yang bergetar ke paku D. Melompat dari punca kepanasan ke paku-paku tekan

  • 3

    6. Haba adalah sejenis A. Kuasa B. Daya C. Tenaga D. Suhu

    7.

    Rajah 2

    Berpandukan Rajah 2, bekas A berisi air panas dibahagikan sama banyak kepada bekas B dan C.

    Apakah terjadi pada kepanasan air dalam bekas A dan B

    Air dalam bekas ______________________________________________________

    8. Bekas M berisi air sejuk, Bekas N berisi air panas. Kedua-dua bekas mempunyai isi padu air

    yang sama banyak. Jika A dan B dicampur, apakah terjadi pada kepanasan air itu. Tandakan X

    pada garis melintang di bawah di bawah ini.

    Sejuk Panas

    9.

    +

    Sejuk Panas

    Bekas I berisi air sejuk yang isipadunya lebih banyak daripada bekas II yang berisi air panas.

    Apakah yang terjadi jika air dari bekas 1 dan bekas II dicampurkan. Tandakan pada garis

    melintang di atas.

    A

    C B

    I II

    I

  • 4

    10. Tuliskan 3 kesan haba dalam kehidupan seharian yang pernah kamu lihat:

    a._____________________________________________

    b._____________________________________________

    c._____________________________________________

    11. Air di bekas A suhunya 300C + air di bekas B suhunya 30

    0C __________

    0C

    isipadunya sama banyak

    12. Air di bekas X 100 C + Air di bekas Y 80

    0C ______________

    0C

    13. Suhu air tulen mendidih _______________0C

    14. Selepas mendidih suhu air tulen terus dipanaskan/dibekalkan haba. Berapa suhunya sekarang

    _________________0C

    15. Suhu bahan biasanya _____________________ bila haba dibekalkan dan

    _____________________ bila kehilangan haba.

    16. Alat menyukat suhu adalah ____________________________________

    17. Unit ukuran bagi suhu ialah __________________________________

    18.

    Rajah 4

    Berpandukan Rajah 4 jika bekas P dan Q berisi air tulen dipanaskan.

    Berapa suhu didih P? _________________________0C

    19. Suhu didih bagi bekas Q adalah _____________________0C

    20. Jika P dan Q disentuh jari kita akan berasa

    A. P dan Q sama panas

    B. Q lebih panas daripada P

    C. P berasa lebih panas daripada Q

    D. P dan Q berkurangan panasnya

    Q P

    I

  • 5

    BAHAGIAN B : Eksperimen dan soalan berkaitan dengan haba dan suhu

    Rajah 5 : Eksperimen 1

    1.

    a. Bikar A dan Bikar B mengandungi air tulen yang mendidih pada suhu _________0C

    b. Jika pemanasan terus dilakukan selepas air dalam A dan B mendidih berapa suhunya selepas 5

    minit _________________0C

    c. Bikar yang manakah mempunyai tenaga haba yang paling banyak

    _______________________________________________________________________

    d. Tuliskan sebabnya:

    ________________________________________________________________________

    ________________________________________________________________________

    e. Eksperimen ini menunjukkan

    Haba dan suhu adalah _______________________________________________________

    f. Haba yang terkandung dalam suatu objek bergantung kepada

    i._____________________________

    ii._____________________________

  • 6

    Rajah 6 : Eksperimen 2

    Berpandukan Rajah 6 di atas, selepas radas S dipanaskan selama 10 minit keluarkan pemberat

    200g dan 100g, masukkan dalam bikar Q dan P.

    2.

    a.Lengkapkan keputusan di bawah

    Bacaan suhu Bikar P Bikar Q

    Suhu akhir maksimum

    Suhu awal

    Kenaikan suhu

    b. Kedua-dua pemberat berada pada suhu yang ___________________di awal ujikaji.

    c. Mengapa terdapat perbezaan suhu air pada bikar P dan Q

    ___________________________________________________________________________

    ___________________________________________________________________________

    d.Bahan yang mempunyai jisim yang lebih jika dipanaskan akan

    ___________________________________________________________________________

    ___________________________________________________________________________

    Radas S

  • 7

    Rod Logam

    R S

    Panaskan A B C D Paku tekan berlilin

    Rajah 7 : Eksperimen 3

    3.

    a.Selepas dipanaskan apakah yang dapat kamu perhatikan

    ___________________________________________________________________________

    ___________________________________________________________________________

    b. Tandakan arah pergerakan haba pada rod logam di atas

    c. Susunan atom-atom dalam logam adalah _____________________________memudahkan

    ___________________________________________________________________________

    d. Mengapa lilin lebur/cair apabila dipanaskan _____________________________________

  • 8

    LAMPIRAN B

    NO ID PELAJAR:

    SULIT

    UJIAN PRA

    SAINS

    Ujian pra

    Oktober

    1 jam Satu jam lima belas minit

    ________________________________________________________________________

    JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

    1. Kertas ini mempunyai Bahagian A iaitu soalan objektif dan Bahagian B iaitu

    soalan subjektif.

    2. Jawab semua soalan. 3. Bahagian A mengandungi soalan 1 hingga

    20, tiap-tiap soalan diikuti oleh empat

    pilihan jawapan A,B,C dan D. Pilih satu

    jawapan yang terbaik. Bahagian B

    mengandungi 3 soalan struktur.

    4. Tandakan jawapan anda pada kertas jawapan yang disediakan bagi Bahagian

    A.

    5. Fikir dengan teliti ketika memilih jawapan. Jika anda hendak menukar

    sesuatu jawapan, padam sehingga bersih

    tanda yang telah dibuat. Kemudian

    hitamkan jawapan anda yang baru.

    6. Semua jawapan hendaklah ditulis pada ruangan yang disediakan bagi Bahagian

    B.

    7. Rajah yang mengiringi soalan dimaksudkan untuk memberi maklumat

    yang berguna bagi menjawab soalan.

    Rajah tidak semestinya dilukis mengikut

    skala.

    _____________________________________________________________________________

    Kertas ini mengandungi 16 halaman bercetak

    Bahagiaan Nombor

    soalan

    Jumlah

    Markah Markah

    A 1-20 20

    B

    1 12

    2 8

    3 10

    Jumlah 50

    SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO ABU BAKAR BAGINDA JLN MAKTAB, SUNGAI MERAB SEPANG, 43650 BANDAR BARU BANGI

    SELANGOR

  • 9

    BAHAGIAN A

    Arahan : Kertas soalan ini mengandungi 20 soalan. Setiap soalan diikuti empat pilihan

    jawapan, iaitu A, B, C dan D. Pilih jawapan yang betul bagi setiap soalan.

    1. Apakah unit yang digunakan untuk mengukur tenaga haba ? A. Joule B. Kelvin C. Ampere D. Darjah Celcius

    2. Rajah 1 menunjukkan secawan kopi yang panas.

    Rajah 1

    Apakah faktor yang menentukan jumlah haba dalam kopi panas itu?

    I Jisim

    II Tekanan

    III Suhu

    A I dan II sahaja

    B I dan III sahaja

    C II dan III sahaja

    D I, II dan III

    3. Rajah 2 menunjukkan tiga gelas air.

    Rajah 2

    Antara yang berikut, manakah urutan menurun bagi kandungan haba?

    A N, K, M

    B K, L, M

    C M, K, L

    D L, K, M

  • 10

    4. Rajah 3 menunjukkan satu fenomena.

    Rajah 3

    Apakah fenomena ini?

    A. Bayu laut B. Bayu darat C. Angin monsun D. Cuaca kering

    5. Satu eksperimen dijalankan untuk menyelidik pemindahan haba melalui satu keping rod besi

    seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4?

    Rajah 4

    Antara paku tekan A, B, C, dan D, manakah akan mengambil masa yang paling lama sebelum ia

    jatuh?

  • 11

    6. Rajah 5 menunjukkan satu kelalang dasar bulat telah diisikan dengan air berwarna dan diletakkan dalam bikar yang diisikan dengan air panas?

    Rajah 5

    Apakah pemerhatian anda terhadap paras air berwarna dalam tiub kapilari ?

    A Tiada perubahan.

    B Paras air berwarna menurun.

    C Paras air berwarna menurun dan kemudian meningkat.

    D Paras air berwarna meningkat dan kemudian menurun.

    7. Rajah 6 menunjukkan tiga keadaan dalam kehidupan seharian.

    Rajah 6

    Antara yang berikut, yang manakah benar mewakili pemindahan haba di dalam X, Y dan Z ?

    X Y Z

    A Perolakan Konduksi Sinaran

    B Konduksi Perolakan Sinaran

    C Perolakan Radiasi Konduksi

    D Sinaran Konduksi Perolakan

  • 12

    8. Proses fizikal manakah yang menyebabkan zarah-zarah dalam jirim bergerak berjauhan antara satu sama lain?

    I Kondensasi

    II Peleburan

    III Penyejatan

    A. I dan II sahaja B. I dan III sahaja C. II dan III sahaja D. I, II dan III

    9. Rajah 7 menunjukkan proses-proses dalam perubahan keadaan jirim

    P Q

    R

    Rajah 7

    Antara yang berikut, yang manakah mewakili P, Q dan R ?

    P Q R

    A Pembekuan Kondensasi Peleburan

    B Peleburan Pendidihan Pemejalwapan

    C Pendidihan Pembekuan Kondensasi

    D Kondensasi Pemejalwapan Pembekuan

    10. Rajah 8 menunjukkan segelas jus buah-buahan yang mengandungi ais.

    Rajah 8

    Namakan proses fizikal yang menyebabkan pembentukan titisan air pada dinding luar gelas

    tersebut.

    A. Pembekuan

    B. Kondensasi

    C. Pemejalwapan

    D. Peleburan

    Pepejal Cecair Gas

  • 13

    11. Rajah 9 menunjukkan sebiji bola logam yang dipanaskan dengan kuat.

    Selepas

    Rajah 9

    Bola logam tidak boleh melepasi gelung logam selepas dipanaskan. Mengapakah hal ini berlaku?

    A. Gelang telah berubah dari segi bentuknya B. Gelang telah mengecut C. Bebola telah mengembang D. Gelang telah mengembang

    12. Rajah 10 menunjukkan kabel-kabel elektrik yang dipasang secara kendur.

    Rajah 10

    Apakah tujuan memasang kabel-kabel itu secara kendur?

    A Untuk menguatkan kabel-kabel

    B Untuk membenarkan kabel-kabel mengalirkan elektrik

    C Supaya kabel-kabel itu boleh kekal lebih lama

    D Untuk membenarkan kabel-kabel mengecut tanpa putus

    Tiang Kabel kendur

  • 14

    13. Rajah 11 menunjukkan dua gelas yang serupa terlekat di antara satu sama lain.

    Rajah 11

    Untuk memisahkan dua gelas itu, gelas Q direndamkan ke dalam air panas untuk beberapa minit.

    Apakah keadaan yang membolehkan dua gelas itu dipisahkan?

    A Gelas Q mengecut lebih daripada gelas P

    B Gelas Q mengembang lebih daripada gelas P

    C Gelas P dan gelas Q mengembang pada kadar yang sama

    D Gelas P dan gelas Q mengecut pada kadar yang sama

    14. Mengapakah merkuri digunakan dalam termometer?

    A. Merkuri mengecut apabila dipanaskan

    B. Merkuri tidak peka terhadap perubahan dalam suhu C.

    C. Merkuri mengembang apabila dipanaskan dan mengecut apabila disejukkan.

    D. Merkuri merupakan cecair yang mempunyai ketumpatan yang paling tinggi.

    15. Rajah 12 menunjukkan satu penggera kebakaran automatik.

    Rajah 12

    A

    B C

    D

  • 15

    Antara komponen A, B, C dan D, yang manakah menggunakan prinsip pengembangan dan

    pengecutan jirim dalam memastikan sistem penggera kebakaran beroperasi apabila litarnya

    lengkap?

    16. Rajah 13 menunjukkan ruang pada landasan kereta api

    Rajah 13

    Mengapakah keadaannya sebegini?

    A. Untuk menjimatkan kos dan bahan bangunan B. Untuk membenarkan landasan kereta api mengembang semasa hari panas C. Untuk membolehkan kereta api bergerak lebih cepat dan lebih lancar D. Untuk mengurangkan geseran antara landasan dan roda kereta api

    17. Sebuah kerusi logam terasa lebih sejuk daripada kerusi kayu apabila disentuh. Ini kerana

    kerusi logam

    A. Mempunyai suhu yang lebih rendah B. Mengandungi haba yang kurang C. Mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi D. Mengkonduksikan haba pada kadar yang lebih cepat

    18. Rajah 15 menunjukkan dua orang perempuan masing-masing memakai baju kemeja-T hitam

    dan putih.

    P Q

    Rajah 15

  • 16

    Mengapakah perempuan P berasa lebih panas daripada perempuan Q?

    A Pakaian hitam menyerap lebih haba

    B Pakaian hitam memantulkan lebih haba

    C Pakaian hitam ialah penebat haba yang baik

    D Pakaian hitam ialah konduksi haba yang baik

    19. Antara yang berikut, yang manakah yang dipadankan dengan betul?

    Permukaan yang gelap dan

    malap

    Permukaan yang putih dan

    berkilat

    A Pemant