proposal kajian tindakan

40
1.0 PENDAHULUAN Tajuk ini mengandungi sub-sub tajuk iaitu, pengenalan kajian, refleksi pengajaran dan pembelajaran dan refleksi nilai pendidikan. 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan satu proses terancang untuk mewujudkan suasana proses pengajaran dan pembelajaran antara guru dan murid supaya proses tersebut menjadi lancar dan dapat mengembangkan potensi diri masing- masing. Usaha melahirkan generasi yang produktif beberapa aspek perlu diberi penekanan seperti jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Perkembangan murid dari segi jasmani kini dilihat sebagai satu keperluan untuk seseorang murid itu berkembang dan membina karakternya. Mata pelajaran Pendidikan Jasmani merupakan salah satu mata pelajaran teras yang diajar di sekolah-sekolah di Malaysia. Proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani adalah satu proses yang menyeluruh merangkumi kesemua aspek domain seperti psikomotor, kognitif dan afektif serta meliputi aspek sosial dan emosi selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Mata pelajaran Pendidikan Jasmani ini dibahagikan kepada 3 tunjang iaitu kecergasan, kemahiran dan kesukanan. Murid-murid diberi peluang untuk untuk mempelajari asas permainan dalam tunjang kemahiran. Antara permainan yang dijadikan

Upload: si-harubiru

Post on 24-Nov-2015

429 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

meningkatkan penguasaan kemahiran servis badminton

TRANSCRIPT

1.0PENDAHULUAN

Tajuk ini mengandungi sub-sub tajuk iaitu, pengenalan kajian, refleksi pengajaran dan pembelajaran dan refleksi nilai pendidikan.

1.1Pengenalan

Pendidikan merupakan satu proses terancang untuk mewujudkan suasana proses pengajaran dan pembelajaran antara guru dan murid supaya proses tersebut menjadi lancar dan dapat mengembangkan potensi diri masing-masing. Usaha melahirkan generasi yang produktif beberapa aspek perlu diberi penekanan seperti jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Perkembangan murid dari segi jasmani kini dilihat sebagai satu keperluan untuk seseorang murid itu berkembang dan membina karakternya. Mata pelajaran Pendidikan Jasmani merupakan salah satu mata pelajaran teras yang diajar di sekolah-sekolah di Malaysia. Proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani adalah satu proses yang menyeluruh merangkumi kesemua aspek domain seperti psikomotor, kognitif dan afektif serta meliputi aspek sosial dan emosi selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Mata pelajaran Pendidikan Jasmani ini dibahagikan kepada 3 tunjang iaitu kecergasan, kemahiran dan kesukanan. Murid-murid diberi peluang untuk untuk mempelajari asas permainan dalam tunjang kemahiran. Antara permainan yang dijadikan sukan teras adalah permainan badminton. Setiap permainan ini telah dibahagikan mengikut kemahiran-kemahiran asas bagi memastikan teknik lakuan yang betul dapat diajar kepada murid supaya murid dapat menguasai permainan badminton ini. Servis bawah tangan merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid. Teknik lakuan yang salah akan menyebabkan bulu tangkis tidak dapat sampai ke sasaran ataupun tidak cukup tinggi.

Proses pengajaran yang berkesan dapat dilaksanakan melalui kaedah pengajaran yang sesuai dan menarik. Terdapat banyak kaedah yang dapat diguna pakai dalam proses pengajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Mosston dan Ashworth (2002) mengatakan spektrum pengajaran adalah rangka kerja model pendidikan berdasarkan guru dan murid. Model ini memberi pilihan kepada guru untuk mempelbagaikan kaedah atau gaya pengajarannya mengikut kesesuaian. Kaedah resiprokal ini menekankan kepada pengajaran secara berpasangan. Penggunaan senarai semak kriteria serta gambar teknik lakuan kemahiran pengajaran menjadi lebih mudah dan terancang. 1.2Refleksi Sesi pengajaran dan Pembelajaran

Semasa melaksanakan praktikum fasa ketiga, pengkaji telah dihantar ke sekolah di kawasan Sri Permaisuri. Sama seperti guru-guru lain, pengkaji ditugaskan untuk mengambil alih beberapa kelas untuk tempoh selama tiga bulan. Dalam tempoh tersebut, pengkaji ditugaskan untuk mengenalpasti masalah yang berlaku di dalam konteks pengajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Tumpuan diberikan dalam skop isi pengajaran melibatkan murid tahun 5.

Setelah beberapa bulan di sekolah tersebut, beberapa masalah telah berjaya dikenalpasti. Pengkaji mengenalpasti masalah-masalah ini setelah membuat rujukan terhadap guru pembimbing dan melakukan satu ujian terhadap subjek. Berdasarkan pengajarannya terhadap kelas-kelas tahun 5 sebelum ini, guru pembimbing menekankan kemahiran-kemahiran dalam permainan badminton merupakan masalah lazim yang sering berlaku dalam kalangan para muridnya. Oleh sebab itu, pengkaji menjalankan satu ujian ringkas bagi menguji tahap penguasaan dalam permainan badminton. Hasil dari keputusan ujian tersebut mendapati hanya beberapa orang yang mendapat skor yang tinggi dan sederhana. Subjek yang lain kebanyakannya daripadanya tidak dapat melakukan servis bawah tangan dengan baik malah terdapat juga subjek yang langsung tidak dapat memukul bulu tangkis ketika melakukan servis bawah tangan tersebut.

Dalam Huraian Sukatan Pelajaran untuk Tahun 5, kemahiran servis merupakan salah satu daripada kemahiran yang perlu diajar melalui sesi pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran servis digunakan untuk memulakan permainan. Penguasaan subjek dalam sesuatu permainan dilihat khususnya dari segi penguasaan kemahiran asasnya. Melihat kepada jumlah murid yang tidak dapat melakukan kemahiran asas ini, satu intervensi perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah tersebut.

Pemerhatian yang lebih khusus dilaksanakan bagi mengenalpasti faktor yang menyumbang kepada penguasaan kemahiran servis bawah tangan yang lemah dalam kalangan murid tahun 5. Teknik lakuan yang salah merupakan antara penyebab utama murid tidak dapat melakukan kemahiran itu dengan baik. Teknik lakuan kemahiran ini melipouti pelbaghai aspek seperti postur badan, kelajuan hayunan, trajektori bulu tangkis dilepaskan dan lain-lain lagi. Dalam situasi ini setiap murid mempunyai masalahnya sendiri seperti tidak mengetahui kedudukan postur badan serta hayunan yang terlalu laju atau terlalu perlahan untuk melakukan servis bawah tangan yang baik. Murid-murid kelas 5 Delima ini tidak dapat mengikuti butiran mengajar yang diberikan.

Faktor lain yang menyebabkan murid-murid kelas 5 Delima tidak dapat melakukan aktiviti dengan baik adalah kerana faktor kekuatan tangan. Kemahiran servis bawah tangan ataupun high serve memerlukan murid untuk memukul bulu tangkis tinggi ke bahagian belakang gelanggang. Kemahiran seperti ini memerlukan kekuatan tangan yang mencukupi bagi memastikan hayunan tersebut cukup kuat untuk memukul bulu tangkis bagi mencapai ketinggian dan jarak yang diperlukan.

Selain itu juga, faktor motivasi diri yang rendah juga dapat mendorong masalah ini berlaku. Kekurangan motivasi diri akan menyebabkan murid berasa tidak yakin dan berasa malu untuk melakukan akiviti kerana takut ditertawakan. Faktor ini jelas dilihat ketika murid disuruh melakukan kemahiran servis bawah tangan. Murid-murid menolak-nolak rakan-rakan mereka untuk melakukan kemahiran tersebut dahulu dan apabila disuruh mereka akan mencari alasan.Kesemua faktor yang disenaraikan ini merupakan penyumbang kepada berlakunya masalah ini. Berdasarkan faktor-faktor yang disenaraikan, tinjauan awal haruslah dilaksanakan bagi mengenalpasti punca utama masalah ini. tinjauan yang dilaksanakan nanti akan menunjukkan faktor manakah yang lebih menyerlah. 1.3Refleksi Nilai Pendidikan

Pendidikan merupakan satu aset bagi seseorang guru. Kemampuan sesorang guru ini dilihat dari sejauh mana bekalan ilmu yang dibawa oleh seseorang guru ini untuk digunakan dan disampaikan. Pelbagai strategi,pendekatan dan kaedah dapat digunakan dalam satu-satu pengajaran. Tetapi guru perlu memilih langkah yang paling mudah dan berkesan untuk pengajarannya. Dalam situasi ini, pengkaji akan memilih langkah yang paling sesuai bagi menjalanakan intervensi berdasarkan faktor yang dikenalpasti semasa tinjauan awal.

Pelbagai langkah dilaksanakan bagi mengenalpasti langkah pengajaran yang sesuai dilaksanakan untuk masalah ini. Hasil dari perbincangan dengan rakan-rakan dan rujukan melalui beberapa sumber pengajaran berdasarkan maklum balas adalah sesuai untuk pengajaran melibatkan kemahiran-kemahiran dalam permainan lebih-lebih lagi permainan yang banyak melibatkan teknik lakuan seperti badminton. Pengajaran melibatkan maklum balas ini juga tidak mengkhususkan maklum balas itu perlu datang dari guru tetapi bersifat terbuka dimana rakan-rakan juga boleh memberikan maklum balas kepada pelaku. Kaedah yang menjurus kepada pengajaran melibatkan maklum balas ini adalah pembelajaran gaya resiprokal yang diperkenalkan oleh Mosston melalui Spektrum Gaya Pembelajarannya.

Terdapat beberapa kajian yang melibatkan pembelajaran gaya resiprokal dan kemahiran-kemahiran dalam permainan. Melalui kajian lepas yang dilaksanakan oleh Nur Ajlali Asmaa Binti Ismail (2013), menunjukkan gaya pengajaran resiprokal dapat meningkatkan ketepatan pukulan dalam kemahiran memukul dalam permainan hoki. Jessrey T. dan Steven T. (1997) dalam artikelnya mengatakan pengajaran gaya resiprokal ini sesuai dilaksanakan untuk pengajran melibatkan kemahiran motor. Begitu juga hasil daripada kajian oleh Tzetzis G. & Votsis E. (2006) yang menunjukkan peningkatan dari segi penguasaan kemahiran-kemahiran dalam sukan badminton setelah didedahkan dengan pengajaran berasaskan maklum balas. Magill (2011) berpendapat kombinasi maklumbalas yang memberitahu teknik lakuan yang betul dan maklum balas yang membetulkan kesalahan dapat memotivasikan seseorang individu itu untuk terus berlatih bagi meningkatkan penguasaannya.

Spektrum Gaya Pembelajaran yang diperkenalkan oleh Mosston pada tahun 1966. Spektrum ini menumpukan kepada kerangka pilihan dalam hubungan guru dan pelajar. Terdapat 10 kaedah dimana guru dan murid masing-masing memainkan peranan dan bertanggungjawab dalam pengajaran dan pembelajaran. Gaya atau kaedah pengajaran ini boleh dibahagi kepada dua aspek iaitu berpusatkan guru dan pelajar.Gaya atau kaedah resiprokal ini boleh menjadi satu kaedah yang afektif dalam perubahan terhadap kaedah mengajar di dalam kelas. Gaya ini berada dibawah kategori berpusatkan guru. Dalam gaya pengajaran ini adalah guru akan menentukan apa yang akan dipelajari. Guru juga akan memberikan penerangan sebelum memulakan aktiviti dan membuat pemerhatian ke atas murid-murid. Murid-murid pula akan melakukan aktiviti ini secara berpasangan. Seorang murid akan melakukan aktiviti dan pasangannya bertindak sebagai pemerhati. Pelajar yang menjadi pemerhati akan menilai pasangannya berdasarkan kriteria perlakuan yang telah disediakan. Secara menyeluruhnya guru akan berperanan bertanggungjawab sepenuhnya pada awal proses pengajaran dan pengajaran. Walaupun kaedah ini dilaksanakan dalam bentuk berpasangan, pelaku akan menilai sendidri perlakuan yang telah dipelajarinya. Melalui kaedah resiprokal ini juga guru akan bertindak dengan menyediakan senarai semak dan lampiran gambar kepada pelajar. Fokus kaedah ini adalah kepada perhubungan sosial di samping mempelajari kemahiran.

Secara umumnya kaedah pengajaran yang bertepatan dan sesuai perlu dipilih untuk kajian ini supaya iainya boleh menyumbangkan sesuatu dalam bidang pendidikan. Selain itu kajian pengkaji juga adalah untuk membantu murid menjadi cergas, aktif, dan berpengetahuan melalui pemupukan kemahiran, nilai, dan amalan kecergasan dalam Pendidikan Jasmani (Sukatan Pelajaran Rendah dan Menengah, 1999)

2.0FOKUS KAJIANKajian ini secara khususnya mengfokuskan untuk meningkatkan kemahiran servis bawah tangan dalam permainan badminton dalam kalangan murid tahun 5 Delima. Fokus kajian ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu isu kajian, tinjauan literatur dan istilah kajian.

2.1Isu Kajian

Dalam sub tajuk ini akan dihuraikan secara terperinci mengenai tinjauan awal kajian, analisis tinjauan awal dan kriteria pemilihan fokus kajian.

Permainan badminton merupakan antara permainan yang perlu dipelajari menurut Huraian Sukatan Pelajaran bagi Tahun 5 (Sukatan Pelajaran Rendah dan Menengah, 1999). Ini bermakna subjek perlu diberi pendedahan mengenai kemahiran-kemahiran dalam permainan badminton ini.Pengkaji berpendapat bahawa penguasaan kemahiran asas dapat menambah minat subjek untuk terus bersukan. Oleh sebab itu, penguasaan kemahiran ini sangat penting bagi memastikan murid tidak ketinggalan ketika subjek lain menjalankan aktiviti.

2.1.1Tinjauan Awal

Pengkaji menjalankan tinjauan awal selepas merujuk kepada guru pembimbing mengenai masalah yang berlaku dalam skop Pendidikan Jasmani. Satu ujian telah dijalankan bagi menguji tahap penguasaan subjek terhadap kemahiran servis bawah tangan oleh murid Tahun 5 Delima. Semua murid dikehendaki melakukan servis bawah tangan sebanyak 10 percubaan ke arah sasaran yang telah ditetapkan. Skor 8 dari 10 di anggap tinggi, 5 dari 10 dianggap sederhana dan 4 ke bawah dianggap lemah. Pengkaji mendapati hampir semua subjek mendapat skor yang rendah walaupun mereka selalu pernah bermain badminton sebelum-sebelum ini. Pengkaji telah menunjukkan demonstrasi kepada subjek-subjek tetapi mereka masih tidak mampu melakukannya.

Melalui tinjauan awal, pengkaji telah mengenalpasti 3 faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran servis bawah tangan yang rendah iaitu teknik lakuan, motivasi diri dan kekuatan otot tangan. Oleh itu, 3 ujian diognostik telah dilaksanakan bagi menguji faktor utama masalah ini berlaku. Ketiga-tiga ujian ini telah ditadbir sendiri oleh pengkaji dan dibantu oleh guru pembimbing dan beberapa orang rakan.

Ujian yang pertama adalah Ujian Kriteria Servis Bawah Tangan. Ujian ini bertujuan untuk menguji teknik lakuan yang dilakukan oleh murid. Pengkaji telah telah mengadaptasi dari buku teks untuk menghasilkan senarai semak, salah seorang jurulatih badminton peringkat 2 dari England. Kriteria mengenai teknik lakuan servis bawah tangan dimasukkan dan dijadikan sebagai senarai semak. subjek diberi 3 kali percubaan dan pengkaji sendiri akan menyemak kriteria perlakuan subjek.

Untuk faktor kekuatan tangan, pengkaji menggunakan keputusan Ujian Tekan Tubi yang dilaksanakan dalam ujian SEGAK. Keputusan itu merupakan keputusan terkini kerana ujian SEGAK baru saja dijalankan untuk murid Tahun 5. Dalam ujian tekan tubi ini, subjek dikehendaki membuat aktiviti tekan tubi sebanyak mungkin mengikut prosedur yang telah ditetapkan dalam masa seminit. Subjek-subjek telah diberikan 2 kali percubaan.

Faktor motivasi diri ataupun keyakinan diuji melalui soal selidik. Pengkaji telah menyiapkan borang soal selidik dan borang itu telah diedarkan kepada semua murid kelas 5 Delima. Soal selidik itu mengandungi item berkaitan pengalaman subjek dan perasaan subjek terhadap kemahiran dalam sukan badminton.

Keputusan untuk ketiga-tiga ujian tersebut telah dicatat dan dianalisis. Berdasarkan keputusan kesemua ujian tersebut, pengkaji mendapati bahawa masalah penguasaan kemahiran servis bawah tangan yang lemah berpunca dari teknik lakuan yang tidak betul.

2.1.2Analisis Tinjauan Awal

Pengkaji menekankan kepada keputusan dari Ujian Kriteria Servis Bawah Tangan kerana ianya menunjukkan subjek-subjek tidak mengetahui teknik lakuan yang betul. Keputusan bagi kelas 5 Delima adalah seperti berikut:

Kemahiran Servis Bawah TanganBilangan MuridPeratusan

Dapat melakukan dengan teknik yang betul310%

Tidak dapat melakukan dengan teknik yang betul2790%

Keputusan analisis menunjukkan hanya 3 orang subjek dari 30 dapat melakukan dengan teknik yang betul dengan peratusan 10%. 27 orang subjek lagi tidak dapat melakukan kemahiran tersebut dengan dengan peratusan 90%. Subjek yang dapat memukul masuk bulu tangkis ke tempat lawan tetapi teknik perlakuannya salah dikira sebagai tidak dapat melakukan dengan teknik yang betul.

Terdapat 4 item yang ditekankan dalam teknik lakuan servis bawah tangan ini iaitu fasa persediaan, hayunan tangan, pukulan bulu tangkis dan ikut lajak. 3 orang subjek yang dapat melakukan dengan teknik yang betul berjaya dalam pengujian keempat-empat item. Daripada 27 orang yang tidak dapat melakukan kemahiran tersebut, 20 daripadanya atau 74.1% tidak berjaya pada 3 item yang sama iaitu item fasa persediaan, hayunan tangan dan pukulan bulu tangkis. Cuma ada 7 orang subjek ataupun 25.9% yang hanya bermasalah pada satu item sahaja iaitu pukulan bulu tangkis. Walaubagaimanapun, kesemua subjek dapat menunjukkan teknik ikut lajak dengan betul.

Pengkaji telah memilih 27 orang murid yang gagal dalam Ujian Kriteria Servis Bawah Tangan untuk menjalankan intervensi untuk mengatasi masalah tersebut. Intervensi untuk subjek- subjek ini berlandaskan pengajaran kemahiran menggunakan kaedah pengajaran resiprokal atau timbal balik.

2.1.3Kriteria Pemilihan Fokus Kajian

Terdapat beberapa kriteria yang menyebabkan pengkaji memilih isu tersebut sebagai fokus kajian antaranya ialah aspek kebolehtadbiran, kepentingan, kebolehgunaan, kawalan, kolaborasi dan kerelevanan kepada sekolah.

i. Kebolehtadbiran

Pengkaji yakin bahawa kajian yang dilakukan ini dapat ditadbir sepenuhnya kerana terdapat beberapa faktor yang membolehkan kajian ini boleh ditadbir. Pertamanya adalah kerana pengkaji merupakan guru matapelajaran Pendidkan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan bagi semua subjek yang terlibat dengan intervensi ini. Walaupun hanya mengajar bagi 2 bulan, pengkaji yakin bahawa subjek dari kelas berkenaan boleh mendengar arahan dengan baik serta selesa untuk memberi kerjasama dengan pengkaji.

Faktor kedua adalah kerana kaedah resiprokal atau timbal balik ini sudah biasa digunakan oleh pengkaji semasa pengajaran di dalam kelas. Pengkaji juga turut mendapat pendedahan di dalam kuliah di kampus. Kaedah ini sangat sesuai dilaksanakan untuk pengajaran melibatkan teknik kemahiran. Pengkaji juga yakin dengan penggunaan kad kriteria dan gambar, murid-murid lebih mudah untuk memahami dan mengenalpasti kesalahan yang dilakukan.Faktor yang ketiga adalah kerana pengkaji akan menjalankan intervensi dalam hari subjek terlibat dengan kelas Pendidikan Jasmani. Tempoh bagi melaksanakan intervensi hanyalah 4 minggu. Pengkaji menetapkan untuk mengadakan intervensi pada setiap minggu iaitu pada Khamis. Pengkaji akan meminta kebenaran dari pihak sekolah untuk mengadakan intervensi pada waktu rehat.

ii. Kepentingan

Penguasaan kemahiran servis ini adalah penting kerana kemahiran ini merupakan asas bagi permainan badminton. Permainan badminton ini merupakan salah satu permainan yang wajib dipelajari oleh murid-murid Tahun 5 berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 5 dan kemahiran servis merupakan antara kemahiran asas yang perlu dipelajari oleh murid Tahun 5 (Sukatan Pelajaran Rendah dan Menengah, 1999).

Penguasaan subjek terhadap servis bawah tangan ini dapat meningkatkan lagi minat subjek terhadap suka badminton ini. Kebanyakan murid tidak bermain badminton kerana tidak tahu cara bermain. Dengan menguasai kemahiran asas ini, subjek akan lebih berminat untuk mempelajari permainan badminton. Selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menggalakkan murid berkembang secara seimbang dari segi semua aspek termasuk aspek fizikal atau jasmani.

iii. Kebolehgunaan

Kaedah pengajaran yang digunakan dalam intervensi kajian ini adalah kaedah resiprokal. Tumpuan kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan salah satu kemahiran subjek dalam sukan badminton. Kaedah resiprokal ini menumpukan kepada pengajaran melalui maklum balas yang dibekalkan oleh pasangan pelaku yang bertindak sebagai pemerhati. Pemerhati akan dibekalkan dengan senarai senarai semak kriteria dan gambar teknik lakuan yang betul. Hasil keputusan kajian ini akan membantu guru-guru untuk memilih kaedah pengajaran yang lebih sesuai untuk mengajar teknik kemahiran dalam satu-satu permainan.

iv. Kawalan

Pengkaji merupakan guru bagi matapelajaran Pendidikan Jasmani bagi kelas 5 Delima. Subjek-subjek dari kelas 5 Delima sudah biasa dengan pengajaran dari pengkaji. Ini memudahkan pengurusuan kajian kerana murid-murid 5 Delima ini mampu mendengar arahan pengkaji dengan baik. Persekitaran yang terbuka dan selamat membolehkan pengkaji menjalankan kajian dengan lancar dan selamat.

Selain itu juga, intervensi yang dilaksanakan dijalankan dalam masa yang pendek bagi memastikan subjek tidak mempunyai lebihan masa boleh menyebabkan mereka melakukan aktiviti diluar daripada kajian. Pengkaji juga akan lebih mudah untuk mengawal pergerakan subjek jika mereka mampu mendengar arahan dengan baik.

v. Kolaborasi

Untuk menjalankan kajian ini dengan lancar, kerjasama dari pihak sekolah. Kolaborasi dengan pihak sekolah yang dimaksudkan disini adalah melibatkan pihak pentadbir, guru kelas dan -subjek kajian. Kolaborasi bersama pihak sekolah adalah sangat penting semasa menjalankan kajian supaya kajian dapat diadakan dan dijalankan dengan lancar. Memandangkan kajian ini dijalankan pada waktu persekolahan, maka kebenaran untuk menjalankan kajian dimaklumkan pada pihak pentadbir. Pengkaji juga merujuk kepada pensyarah tetapi hanya untuk beberapa kali sebelum praktikum bermula.

vi. Kerelevanan

Kerelevenan dapat dilihat dari sudut meningkatkan penguasaan kemahiran servis bawah tangan subjek dalam permainan badminton. Masalah ini dikaji disebabkan pengkaji ingin meningkatkan tahap penguasaan subjek kajian melalui pendekatan yang digunakan kerana tidak semua subjek kajian mempunyai bakat pengalaman pemainan yang sama. Guru-guru Pendidikan Jasmani yang meningkatkan penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran menggunakan kaedah resiprokal atau timbal-balik ini sebagai salah satu kaedah pengajaran.

Pengkaji juga sudah memeriksa peralatan yang terdapat dalam stor sukan sekolah dan mendapati peralatan yang hendak digunakan mencukupi dan selamat. Keadaan persekitaran sekolah yang sesuai dan lengkap dengan kemudahan seperti gelanggang badminton membolehkan kajian yang dilaksanakan relevan dan boleh diterima.

2.2Tinjauan Literatur Berkaitan dengan Isu Kajian

Sub-tajuk ini menerangkan perkara berkaitan dengan penggunaan teori, model, strategi dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

2.2.1Kajian berkaitan Teori, Model, Pendekatan dan Strategi berkaitan

Pemilihan teori, model atau pendekatan dan strategi ke atas sesuatu pengajaran selalunya akan dinilai terlebih dahulu dari tahap keberkesanannya melalui pemerhatian dan juga dari kajian-kajian yang dilaksanakan. Pengkaji terlebih dahulu merujuk kepada kajian-kajian tertentu yang melibatkan teori dan model yang hendak digunapakai. Dalam konteks ini, pengkaji merujuk kepada kajian yang melibatkan kaedah pengajaran resiprokal.

Kajian yang menjurus kepada kaedah pengajaran resiprokal ini dilaksanakan oleh Jeffrey T. & Steven T. (1997) dari National Institute of Education di Singapura. Kajiannya menekankan latihan dan kaedah resiprokal dalam pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah rendah. Kajian ini membandingkan kedua-dua kaedah ini dalam pengajaran Pendidikan Jasmani. Dalam kajian ini, pengkaji mendapati bahawa kaedah latihan berkesan untuk melatih kemahiran motor tetapi kaedah resiprokal ini mampu membina kemahiran sosial ketika sesi pengajaran. Subjek yang terlibat dengan pengajaran resiprokal akan membina karekter sebagai jurulatih dan perkara ini menyumbang kepada subjek menimba lebih pengalaman berbanding dengan subjek yang terlibat dengan kaedah latihan.

Kajian yang dilaksanakan oleh Tzetzis G. dan Votsis E (2006). menekankan kesan maklum balas terhadap penguasaan latihan. Melalui kajian ini, pengkaji mendapati maklum balas yang lengkap iaitu merangkumi teknik lakuan yang betul serta kesalahan yang dilakukan, mampu meningkatkan penguasaan murid ke tahap yang optimum. Kepentingan maklum balas ini dibuktikan melalui hasil dapatan kajian tersebut.

Sharifah Fakhira (2013) menjalankan kajian untuk meningkatkan kemahiran servis rendah badminton dengan menggunakan maklum balas penambahbaikan dalam kalangan murid Tahun 5. Dalam kajiannya, pengkaji telah membahagikan subjek kepada dua kumpulan. Satu kumpulan akan menjalankan latihan dengan maklum balas penambahbaikan manakala satu lagu kumpulan akan menjalankan latihan tanpa maklum balas penambahbaikan. Hasil kajian menunjukkan kumpulan dengan latihan yang disertakan maklum balas penambahbaikan mempunyai peratusan peningkatan yang lebih tinggi berbanding dengan kumpulan tanpa maklum balas penambahbaikan.Kajian oleh Vassiliki D. dan Maria P. (2007) mengkaji mengenai kemahiran motor dan perbezaan mengenai dua kaedah pengajaran. Satu kaedah iaitu kaedah arahan dan satu lagi kaedah penemuan terbimbing. Kaedah arahan ini lebih berpusatkan kepada guru manakala kaedah penemuan terbimbing ini lebih berpusatkan murid. Dalam kajiannya ini, 59 subjek terdiri dari kanak-kanak berumur 6 dan 7 tahun ditugaskan melaksanakan The Test of Gross Motor Development. Dalam kajiannya, murid yang terlibat dengan kaedah berpusatkan murid lebih berpengetahuan dan pengajaran penemuan terbimbing ini lebih berkesan berbanding dengan pengajaran kaedah arahan.2.2.2Kajian berkaitan permainan

Sub-tajuk ini menerangkan mengenai kajian-kajian yang mempunyai perkaitan di dalam permainan badminton ataupun menjurus kepada penguasaan sesuatu kemahiran dalam permainan.

Kajian yang paling berkait rapat dengan kajian ini merupakan kajian yang telah dilaksanakan oleh Tzetzis G., & Votsis E., (2006) dari Aristotelian University of Thessaloniki. Kajian mereka adalah untuk mengkaji kesan memberi tiga jenis rangsangan maklum balas kepada tiga kumpulan yang berasingan. Sebanyak 48 subjek yang terdiri dari atlet remaja lelaki dibahagikan kepada tiga kumpulan yang sama banyak. Ketiga-tiga jenis rangsangan maklum balas yang diberikan adalah maklum balas perlakuan yang betul, maklum balas kesalahan perlakuan dan maklum balas perlakuan yang betul dan kesalahan perlakuan. Dua kemahiran telah yang diuji adalah kemahiran servis belakang tangan dan servis bawah tangan. Dalam perbincangan kajian mereka, maklum balas yang menyeluruh mengenai teknik perlakuan dan kesalahan pelaku merupakan maklum balas yang paling sesuai untuk diberikan kepada atlet-atlet remaja.

Selain itu terdapat kajian yang melibatkan kesan latihan yang berbeza dari segi intensistinya terhadap penguasaan kemahiran ketiga-tiga servis yang dilaksanakan oleh Sinah G. dan Richard A. M (1986). Kajian ini akan membantu jurulatih untuk menilai semula jadual latihan supaya atlet dapat meningkatkan tahap penguasaannya ke tahap optimum. Selepas menjalankan latihan yang berbeza-beza, semua subjek akan diuji dengan menggunakan French Short Serve Test dan Scott and Fox Long Serve Test. Hasil dapat akan menunjukkan kesan latihan manakah yang memberi kesan yang optimum terhadap tahap penguasaan kemahiran ketiga-tiga servis.

Kajian-kajian lain yang melibatkan permainan badminton ini merupakan membentuk corak fisiologi servis pendek: perspektif psikofisiologi terhadapa kewaspaan dan kebangkitan oleh Farnaz F. dan Mohammad V. M (2011). Dalam kajian ini, pengkaji telah memantau kadar degupan jantung serta tahap konduktiviti kulit ketika melaksanakan servis pendek sebanyak 30 kali. Subjek yanh dipilih merupakan 20 atlet berpengalaman dan 20 atlet baru dalam sukan badminton.

2.3Istilah Kajian

ServisServis bermaksud hantaran (pukulan atau tamparan) pertama bola dalam permainan badminton, tenis, skuasy, dan sebagainya (Kamus Dewan 2010). Dalam kajian ini servis membawa maksud lakuan memukul bulu tangkis kepada pihak lawan bagi memulakan permainan.

ResiprokalResiprokal ini membawa maksud timbale balik (Kamus Dewan 2010). Dalam konteks kajian ini, resiprokal bermaksud proses memberi dan menerima maklum balas dalam pengajaran melibatkan dua orang subjek.

Maklum balasMaklum balas adalah maklumat yang diterima kembali sebagai menjawab pertanyaan (soal selidik dan sebagainya atau sebagai reaksi dan sebagainya sesuatu tindakan (kegiatan, keputusan, dan sebagainya). Dalam konteks kajian ini, maklum balas membawa maksud maklumat yang diberi oleh pemerhati setelah pelaku melakukan sesuatu perlakuan samada maklum balas itu bertujuan membetulkan kesalahan atau meningkatkan motivasi.3.0OBJEKTIF KAJIAN

Sub-tajuk ini pula menjelaskan objektif umum, objektif khusus dan persoalan kajian yang ditetapkan oleh pengkaji merujuk pada masalah yang dikenalpasti.

3.1Objektif Umum

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran servis bawah tangan dalam permainan badminton menggunakan pengajaran kaedah resiprokal.

3.2Objektif Khusus

Murid-murid Tahun 5 Delima akan dapat : Melakukan servis bawah tangan permainan badminton dengan betul sebanyak 8 kali dari 10 kali percubaan. Melakukan servis bawah tangan permainan badminton dengan teknik lakuan yang betul dan tepat mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Meningkatkan penguasaan kemahiran servis bawah tangan permainan badminton menggunakan kaedah pengajaran resiprokal.

3.3Persoalan Kajian

Antara persoalan-persoalan kajian yang timbul dalam kajian ini adalah : Adakah murid Tahun 5 Delima dapat melakukan servis bawah tangan permainan badminton dengan betul sebanyak 8 kali dari 10 kali percubaan? Bagaimanakah murid Tahun 5 Delima hendak melakukan servis bawah tangan permainan badminton dengan teknik lakuan yang betul dan tepat mengikut kriteria yang telah ditetapkan? Dapatkah murid Tahun 5 Delima meningkatkan penguasaan kemahiran servis bawah tangan permainan badminton menggunakan kaedah pengajaran resiprokal?

4.0KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 27 orang subjek daripada 30 orang keseluruhannya, daripada Tahun 5 yang mana terdiri daripada 11 orang subjek kajian lelaki dan 16 subjek kajian perempuan. Kesemua 27 orang subjek kajian ini dipilih melalui ujian diagnostik yang telah dijalankan oleh pengkaji sedang menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Ujian diagnostik ini mengandungi 4 item utama merujuk kepada tiga fasa yang terdapat dalam kemahiran servis bawah tangan. Fasa persediaan, fasa perlaksanaan dan fasa ikut lajak. Fasa perlaksanaan dipecahkan kepada 2 iaitu hayunan tangan dan pukulan bulu tangkis.

Kesemua subjek yang dipilih merupakan murid gagal melaksanakan kemahiran servis bawah tangan mengikut kesemua kriteria yang terdapat dalam senarai semak. Ini menunjukkan subjek ini tidak mempunyai pengetahuan serta kemahiran untuk melaksanakan servis bawah tangan ini.

5.0TINDAKAN YANG DICADANGKAN

Menurut Model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin (1946) melalui Buku Garis Panduan Kursus Penyelidikan Tindakan Untuk Maktab Perguruan Malaysia (2001), mempunyai proses kitaran yang terdiri dari lima langkah iaitu mengenal pasti aspek amalan, perancangan, tindakan, pengumpulan data dan refleksi. Tetapi langkah mengenal pasti aspek amalan hanya dilaksanakan sekali dan tidak termasuk dalam kitaran.

5.1Kitaran 15.1.1Perancangan

Setelah menjalankan ujian diagnostik untuk mengenal pasti masalah iaitu subjek tidak dapat melakukan servis bawah tangan permainan badminton dengan betul, satu kitaran intervensi telah dirancang. Intervensi tersebut akan dilaksanakan sebanyak empat sesi iaitu pada hari Khamis untuk tempoh empat minggu. Sesi intervensi akandilaksanakan pada waktu rehat supaya tidak mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran. Intervensi yang dilaksanakan melibatkan pengajaran menggunakan kaedah resiprokal

Pengkaji mestilah terlebih dahulu memohon kebenaran dari pihak sekolah dan juga kebenaran daripada ibu bapa kepada subjek yang terlibat. Jadual perlaksanaan sesi intervensi perlu disediakan bagi memudahkan perjalanan sesi intervensi tersebut. Persiapan intervensi seperti kad kriteria, gambar teknik lakuan dan borang senarai semak kriteria untuk ujian pra dan pasca telah disediakan. Peralatan-peralatan lain yang digunakan dalam intervensi seperti raket, bulu tangkis dan jaring badminton akan diperiksa bagi memeriksa tahap keselamatannya.

5.1.2Tindakan

Ujian Kriteria dengan menggunakan senarai semak yang telah digunakan untuk mengenalpasti punca masalah. Pengkaji seterusnya memilih untuk menjalankan ujian French Long Serve Test sebagai ujian pra. Ianya bertujuan untuk mengetahui tahap penguasaan kemahiran servis bawah tangan dalam badminton dalam kalangan subjek dari 5 Delima. Subjek seterusnya akan menjalankan intervensi seperti yang dirancang. Selepas itu, subjek akan menjalankan ujian pasca pula dan keputusan kedua-dua ujian tersebut akan disimpan datanya. Pengkaji akan menganalisis data yang diperolehi daripada ujian kedua iaitu ujian pasca untuk menentukan samada intervensi yang dijalankan mendatangkan kesan atau tidak.

Instrumen yang digunakan dalam ujian pra dan pasca adalah Scott and Fox Long Serve Test. Kemahiran servis jauh atau servis bawah tangan dapat dinilai dengan ujian yang telah dicipta oleh Scott & French (1959) melalui Sinah G. & Richard A. M (1986). Di dalam ujian ini, pelaku akan berdiri di dalam right service court. Pengkaji dikehendaki menanda 5 garisan melengkung berpusatkan titik pertemuan singles sideline dan long service line. Setiap garisan melengkung tersebut mempunyai lebar 5cm dan masing-masing diletakkan pada jarak 55cm,75cm, 95cm, dam 115cm dari titik pertemuan tersebut. Satu tali direntangkan selari dengan jaring pada ketinggian 2.6m dan pada jarak 4.3m dari jaring. Bulu tangkis yang melepasi rentangan tali tersebut akan menggandakan mata yang diperolehinya. Subjek akan diberi peluang yang mencukupi untuk melakukan servis kerana setiap subjek akan diberi sebanyak 10 kali percubaan. Servis yang menyebabkan bulu tangkis yang mendarat di luar kawasan yang ditanda tidak akan mendapat sebarang mata.

Untuk menjalankan ujian pra, satu borang skor untuk Scott and Fox Long Serve Test telah disediakan. Markah untuk setiap subjek akan dicatatkan dan akan dibandingkan dengan keputusan ujian pasca. Borang pemarkahan adalah seperti berikut:

NAMAULANGAN / SKORJUMLAH

12345678910

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

Borang skor markah Scott and Fox Long Serve Test

Dalam memastikan kajian yang dilaksanakan berjalan dengan lancar, pengkaji telah menyediakan jadual perancangan dan perlaksanaan kajian.

PerancanganPerlaksanaan

1. Ujian PraScott and Fox Long Serve Test

2. Pengumpulan DataBorang Skor Scott and Fox Long Serve Test

3. IntervensiPengajaran kemahiran servis bawah tangan menggunakan kaedah resiprokal

4. Ujian PascaScott and Fox Long Serve Test

5. Pengumpulan dataBorang Skor Scott and Fox Long Serve Test

5.1.3Pemerhatian

Tempoh Intervensi yang dirancang adalah 4 minggu. Dalam tempoh masa yang ditetapkan itu, sebanyak 8 sesi yang telah diaturkan iaitu dua sesi untuk setiap minggu. Bagi melancarkan proses kajian yang dijalankan, pengkaji telah membahagikan beberapa kriteria yang ingin ditekankan dalam intervensi mengikut sesi-sesi pada setiap minggu.

Terdapat empat kriteria yang ditekankan dalam intervensi ini kriteria ini telah dirujuk didalam buku teks Pendidikan Jasmani Tahun 5. Kriteria yang telah dipilih adalah fasa persediaan, hayunan tangan pada fasa perlaksanaan, pukulan buku tangkis pada fasa perlaksanaan dan juga fasa ikut lajak. Dua sesi telah diperuntukkan bagi setiap kriteria pada setiap minggu. Untuk minggu pertama, aktiviti yang dijalankan menjurus kepada fasa persediaan. Untuk sesi pertama subjek akan didedahkan dengan postur badan dan kedudukan kaki. Untuk sesi kedua pula subjek akan didedahkan dengan kedudukan kedua-dua tangan dan pegangan raket. Aktiviti yang dilaksanakan lebih kepada perbincangan dan demonstrasi subjek bersama pasangan.

Minggu kedua pula memperlihatkan intervensi melibatkan hayunan tangan. Untuk sesi pertama, pengkaji memilih aktiviti yang melibatkan pergerakan kedua-dua tangan. Sesi kedua pula menekanakan kepada hayunan tangan yang memegang raket dari belakang ke depan. Aktiviti yang dipilih melibatkan demonstrasi dan pemerhatian oleh setiap pasangan. Setiap subjek akan melakukan perlakuan dan pasanganya akan memerhatikannya.

Minggu ketiga pula melibatkan pukulan bulu tangkis. Sesi pertama untuk minggu ketiga ini akan menekankan kepada titik kontak bulu tangkis dan raket sementara sesi kedua menekankan posisi aksi pukulan itu dilaksanakan. Pengkaji memilih aktiviti pukul belon dan demonstrasi memukul. Sama seperti intervensi pada minggu pertama dan kedua, intervensi untuk minggu ketiga ini juga dilaksanakan bersama pasangan.

Minggu keempat atau minggu terakhir menekankan kepada fasa ikut lajak.Untuk sesi pertama, subjek dikehendaki melakukan demonstrasi hayunan tangan dan diikuti oleh fasa ikut lajak. Untuk sesi kedua, subjek akan melakukan lakuan penuh kemahiran servis bawah tangan menggunakan bulu tangkis dan raket. Aktiviti yang dilaksanakan adalah secara berpasangan seperti sebelum-sebelum ini.

Selepas kesemua intervensi dijalankan, pengkaji akan menjalankan ujian pasca bagi melihat kesan intervensi tersebut. Jika hasil yang diperolehi tidak menunjukkan kesan atau perbezaan. Kitaran kedua akan dilaksanakan.

5.1.4Refleksi

Dalam melakukan intervensi ini, terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan supaya tidak berlakunya masalah semasa proses intervensi ini berlangsung. Pengkaji perlu menilai semula semua perkara yang melibatkan intervensi tersebut.

Pengkaji berpendapat bahawa pihak sekolah banyak membantu proses intervensi tersebut walaupun bantuan tersebut bukanlah secara langsung. Pihak sekolah telah menyediakan pelbagai peralatan yang dapat digunakan semasa intervensi sepert raket, bulu tangkis, belon dan tali. Kemudahan seperti gelangang badminton juga disediakan disamping kawasan zon permainan yang lapang dan luas. Pihak sekolah juga membenarkan pengkaji menggunakan dewan terbuka jika hari hujan. Penggunaan dewan terbuka juga boleh dilaksanakan untuk cuaca yang terlalu panas. Pihak sekolah juga memberi kebenaran untuk menggunakan waktu rehat murid untuk menjalankan sesi intervensi. Intervensi yang dirancang perlu dilakukan dalam waktu rehat kerana intervensi tidak boleh dibenarkan dijalankan dalam waktu pengajaran dan pembelajaran. Pada waktu petang pula, sekolah petang menggunakan kawasan permainan. Dengan kebenaran oleh pihak sekolah ini, masalah kekurangan waktu dapat diatasi.

Walaupun begitu, masalah yang timbul di sini adalah peralatan yang disediakan tidak berkualiti dan tahap ketahanannya adalah rendah. Peralatan yang dimaksudkan adalah raket dan bulu tangkis. Penggunaan yang kerap akan menyebabkan bulu tangkis dan raket menjadi rosak. Sesi intervensi yang dirancang melibatkan tempoh masa empat minggu. Peralatan yang digunakan perlulah mampu bertahan sehingga tempoh intervensi itu tamat.

Penambahbaikan untuk masalah tersebut adalah dengan menjaga peralatan yang mudah rosak itu dengan baik. Penggunaan raket dan bulu tangkis itu perlu dikurangkan. Raket dan bulu tanglkis hanya digunakan apabila subjek dikehendaki melakukan pukalan terhadap bulu tangkis. Semasa aktiviti demonstrasi, pengkaji boleh menggunakan peralatan lain dahulu. Selain itu, pengkaji boleh mengatasi masalah itu dengan menyediakan sendiri peralatan yang diperlukan. Sebagai contoh, pengkaji boleh membeli raket dan bulu tangkis ataupun meminjamnya dari pihak institut perguruan. Masalah kekurangan alatan seperti ini perlulah dibendung supaya sesi intervensi dapat dilaksanakan dengan lancar.

5.2Cara Pengumpulan Data

Sub-tajuk ini menerangkan bagaimana pengkaji mengumpulkan data bagi melihat tahap keberkesanan sesi intervensi yang telahpun dirangka. Pengumpulan data yang berkesan memudahkan lagi pengkaji merumuskan samada intervensi telah berjaya atau tidak berjaya. Pengumpulan data yang tidak berkesan akan menyebabkan keputusan yang diperolehi dari analisis tidak kukuh dan tidak boleh digunapakai.

5.2.1Ujian

Ujian yang dilaksanakan dalam kajian ini adalah ujian Scott and Fox Long Serve Test. Ujian ini telah dirujuk daripada kajian oleh Sinah G. dan Richard A. M. (1986) dari Louisiana State University. Ujian ini akan menghasilkan data berbentuk skor mentah. Ujian ini digunakan semasa ujian pra dan ujian pasca dan hasil dari kedua-dua ujian tersebutkan dibandingkan. Perbandingan yang diperolehi akan merumuskan keberkesanan tahap intervensi sekaligus membuktikan kajian yang dilakukan berjaya atau tidak.

5.2.2Pemerhatian

Pengkaji akan melakukan pemerhatian ke atas sesi intervensi yang dilaksanakan. Pengkaji perlu peka terhadap perkembangan subjek dan sesi intervensi tersebut. Hasil pemerhatian ini akan dijadikan panduan untuk merancang sesi intervensi seterusnya samada sesuatuperkara itu perlu diubah ataupun tidak.

5.3Cara Menganalisis DataSub tajuk ini menerangkan tentang perancangan pengkaji untuk menganalisis data yang diperolehi. Hasil analisis ini akan membolehkan pengkaji merumuskan keberkesanan intervensi yang dilaksanakan.

5.3.1Ujian

Terdapat dua ujian yang dilaksanakan iaitu ujian pra dan juga ujian pasca. Ujian pra merupakan penetu tahap sebenar subjek sebelum mendapat pendedahan. Ujian pasca pula merupakan penanda yang menunjukkan tahap perkembangan penguasaan kemahiran servis bawah tangan permainan badminton. Kemudianya kedua-dua data ujian ini akan direkod dan dianalisis secara statistik deskriptif dalam bentuk jadual perbandingan dengan mencari min dan sisihan piawai. Borang skor telah digunakan untuk merekodkan skor setiap subjek.

5.4Perancangan Perlaksanaan Tindakan

5.4.1Jadual Perlaksanaan

BilMingguAktiviti

1Pertama(Fasa Persediaan) Taklimat ringkas berkenaan ujian pra Ujian pra - Scott and Fox Long Serve Test Data dikumpulkan menggunakan borang skor.

Sesi Pertama Demostrasi postur badan dan kedudukan kaki.

Sesi Kedua Demonstrasi pegangan raket dan kedudukan kedua-dua belah tangan.

2Kedua(Hayunan Tangan)Sesi Pertama Demonstrasi pergerakan kedua-dua tangan

Sesi Kedua Demonstrasi hayunan tangan

3Ketiga(Pukulan Bulu Tangkis)Sesi Pertama Pukul Belon

Sesi Kedua Demonstrasi memukul

4Keempat(Ikut Lajak)Sesi Pertama Hayun tangan dan ikut lajak

Sesi Kedua Demonstrasi lakuan penuh dan ikut lajak

Ujian pasca - Scott and Fox Long Serve Test Data dikumpulkan menggunakan borang skor.

5.4.2Kos Kajian

Kajian ini tidak memerlukan perancangan dari segi kos perbelanjaan alatan dan tempahan gelanggang kerana kerana dan kemudahan sudah disediakan dan boleh dipinjam dari pihak institut perguruan.

6.0RUJUKAN1. Fahimi, F. & Mousavi M. V. (2011), Physiological patterning of shortbadminton serve: a psychophysiological perspective to vigilance and arousal. World Applied Sciences. 12 (3): 347-3532. Goode, S. & Magill, R.A. (1986), Contextual interference effects in learning three badminton serves. Research Quarterly for Exercise and Sport. 57, 308-3143. Jeffrey, T. & Steven, T. (1997), Practice and reciprocal styles of teaching in primary school physical education. REACT. (1), 46-504. Magill, R.A. (2011). Motor learning and Control: Concepts and applications (9th ed.). New York: McGraw-Hill5. Mosston, M., Ashgworth, S. (2002). Teaching Physical Education. (5th ed.). San Francisco: Benjamin Cummings.6. Noresah, B. (2010). Kamus Dewan Bahasa edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.7. Tzetzis, G. & Votsis, E. (2006), The effect of different feedback methods on badminton skills acquisition and retention. Perceptual and Motor Skills. (102: 275-284, 2006)8. Tzetzis, G. & Votsis, E. (2008), The effect of different corrective feedback methods on on the outcome and self confidence of young athletes. Journal of Sports Science and Medicine.7, 371-3789. Vassiliki, D. & Maria, P. (2007),Motor skills and concept acquisition and retention: a comparison between two styles of teaching. Intenational Jornal of Sport Science. (3), 37-47