proposal kajian tindakan

37
19 1. PENDAHULUAN Alat Bantu Mengajar (ABM) merupakan istilah yang digunakan untuk menggambarkan penggunaan alatan dalam membantu pengajaran guru menjadi lebih berkesan terutamanya dalam menarik minat murid dan membantu ke arah pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks yang lebih besar, alat bantu sememangnya dicipta untuk memudahkan kerja manusia. Setiap kerja yang ingin dilaksanakan akan mempunyai alat bantuan yang spesifik yang telah dicipta mengikut ciri-ciri kerja yang perlu dilakukan. Begitu juga dalam konteks pengajaran di mana penggunaan alat bantu mengajar hendaklah sesuai dengan tajuk yang di ajar. Dalam konteks mengajar Pendidikan Jasmani, guru perlu bersifat kreatif dan berani mencuba dengan melakukan pengubahsuaian terhadap peralatan yang digunakan bagi memenuhi kehendak aktiviti yang dicipta. Penggunaan alatan dalam aktiviti Pendidikan Jasmani sangat penting bagi menjadikan sesebuah aktiviti kelihatan lebih menarik. Murid akan menjadi teruja untuk

Upload: zulfazakmalhusna-ibnu-mai

Post on 04-Oct-2015

60 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

oum

TRANSCRIPT

1. PENDAHULUANAlat Bantu Mengajar (ABM) merupakan istilah yang digunakan untuk menggambarkan penggunaan alatan dalam membantu pengajaran guru menjadi lebih berkesan terutamanya dalam menarik minat murid dan membantu ke arah pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks yang lebih besar, alat bantu sememangnya dicipta untuk memudahkan kerja manusia. Setiap kerja yang ingin dilaksanakan akan mempunyai alat bantuan yang spesifik yang telah dicipta mengikut ciri-ciri kerja yang perlu dilakukan. Begitu juga dalam konteks pengajaran di mana penggunaan alat bantu mengajar hendaklah sesuai dengan tajuk yang di ajar. Dalam konteks mengajar Pendidikan Jasmani, guru perlu bersifat kreatif dan berani mencuba dengan melakukan pengubahsuaian terhadap peralatan yang digunakan bagi memenuhi kehendak aktiviti yang dicipta. Penggunaan alatan dalam aktiviti Pendidikan Jasmani sangat penting bagi menjadikan sesebuah aktiviti kelihatan lebih menarik. Murid akan menjadi teruja untuk bermain apabila melihat alatan yang digunakan oleh guru walaupun guru hanya memegang sebiji bola. Secara langsung, pelbagai soalan yang diajukan oleh murid berkaitan permainan apa yang ingin dimainkan menggunakan sebiji bola. Situasi ini memberikan gambaran jelas bahawa penggunaan alatan sangat penting dalam pengajaran Pendidikan Jasmani sehinggakan ia menjadi satu kewajiban untuk menggunakan alat bantu mengajar dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, penggunaan alatan yang tidak sesuai mampu menjadikan aktiviti kelihatan bosan dan mendapat reaksi yang negattif daripada murid-murid sehingga menyebabkan mereka tidak berminat untuk mengikuti kelas Pendidikan Jasmani. Penggunaan alatan sememangnya menjadi faktor penting untuk menarik minat murid dalam menyertai aktiviti Pendidikan Jasmani. Satu kajian berkaitan penggunaan alatan dalam Pendidikan Jasmani telah dilaksanakan oleh Howard Mades (1978), beliau menyatakan bahawa penggnaan alatan yang tepat akan menghasilkan keputusan yang baik sekiranya diolah dengan cara yang terbaik. Oleh sebab itu, kemahiran guru untuk mengenalpasti alatan yang sesuai amat penting di samping cara guru mengendalikan alatan tersebut dalam aktiviti yang dirancang. Pengubahsuai alatan daripada guru untuk memenuhi kehendak aktiviti amat penting untuk memotivasikan penglibatan murid secara keseluruhan.1.1 Refleksi Pengalaman lalu

Setelah melaksanakan beberapa interaksi bersama murid tahun 5 Jujur di Sekolah Kebangsaan Paya, penyelidik telah menerapkan konsep Teaching games for understanding (TGFU) dengan melaksanakan pengajaran menggunakan penciptaan dan pengubahsuaian untuk membentuk permainan kecil yang menarik. Masalah utama yang dihadapi adalah murid kurang berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti Pendidikan Jasmani. Faktor utama yang dikenalpasti menjurus kepada masalah ini adalah penggunaan alatan yang kurang sesuai dengan jenis aktiviti yang dirancang. Keadaan ini mengakibatkan murid tidak berminat menyertai aktiviti kerana mereka mengalami kecederaan kecil seperti sakit terkena bola walaupun di peringkat awal mereka menunjukkan minat yang baik. Penyelidik terpaksa menggunakan alatan yang sedia ada untuk melaksanakan aktiviti yang dirancang walaupun ia kurang sesuai. Penyelidik telah merekodkan masalah ini pada catatan refleksi yang bertarikh 22 Februari 2014 dengan kenyataan seperti berikut,

Guru tidak menggunakan alatan yang sesuai untuk mendorong murid menyertai aktiviti pengajaran dan pembelajaranKeadaan ini mewujudkan kesulitan kepada pengkaji di mana objektif pembelajaran tidak dapat dicapai 100% kerana terdapat murid yang tidak mahu melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Oleh itu, keadaan ini perlu diperbaiki untuk memastikan pengkaji dapat menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik. Oleh sebab itu, kajian perlu dilakukan untuk pengkaji membuktikan perkaitan antara pengubahsuaian alatan dengan peningkatan motivasi murid untuk menyertai aktiviti Pendidikan Jasmani.2. FOKUS KAJIANKajian yang dilaksanakan berfokuskan kepada pengubahsuaian alatan mengikut permainan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Penggunaan alatan yang sesuai mampu memberi impak yang lebih baik dalam perlaksanaan aktiviti tertentu. Pengkaji ingin membuktikan bahawa pengubahsuaian alatan sedia ada mampu memotivasikan murid untuk menyertai aktiviti Pendidikan Jasmani.

Pengubahsuaian yang alatan melibatkan beberapa bahagian seperti jenis bahan, saiz alatan, fungsi alatan dan sebagainya. Ia bertujuan untuk menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan kelihatan lebih menarik dengan penggunaan alatan yang sesuai. Selain itu, ia mampu menjana kreativiti murid untuk mencipta alatan dengan kemahiran mereka sendiri untuk bermain tanpa mengharapkan alatan yang dibeli semata-mata..2.1 Tinjauan dan analisis masalah

Sekolah merupakan sebuah institusi yang perlu dibekalkan dengan kelengkapan dari segi prasarana dan infrastruktur yang mencukupi bagi memastikan penyampaian ilmu dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa halangan atau gangguan. Pendidikan Jasmani merupakan bidang yang sering dianaktirikan di sekolah-sekolah kerana kebanyakan pentadbiran sekolah mementingkan perkembangan akademik berbanding bidang sukan. Oleh sebab itu, alatan untuk melaksanakan aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah tidak diberi perhatiam sepenuhnya. Stor Pendidikan Jasmani hanya dibekal dengan alatan untuk permainan seperti bola sepak, bola baling, bola jaring dan alatan-alatan olahraga. Alatan ini boleh digunakan untuk perlaksanaan permainan yang dirancang semasa kelas Pendidikan Jasmani namun ia kurang sesuai. Ini kerana penggunaan alatan yang tidak sesuai mampu meningkatkan risiko untuk murid mendapat kecederaan-kecederaan kecil. Akhirnya, murid menjadi takut untuk melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh guru.

Berpandukan kepada konsep Teaching Games For Understanding (TGFU) yang diperkenalkan oleh Bunker and Thorpe (1982). Mereka mencadangkan pengajaran Pendidikan Jasmani dilaksanakan menerusi penciptaan permainan-permainan kecil yang menerapkan kemahiran yang ingin diajar dalam permainan yang dilaksanakan. Murid tidak diajar sesuatu kemahiran itu secara terus sebagaimana kaedah-kaedah tradisional tetapi mereka akan memahami kemahiran yang diajar setelah malakukannya permainan-permainan tertentu. Di sini timbul masalah yang melibatkan perancangan aktiviti kerana sumber alatan yang terhad. Sekaligus menjadikan aktiviti yang dirancang kurang berjaya memotivasikan murid untuk meyertainya. Ini kerana, penciptaan aktiviti memerlukan guru mengambil kira faktor keselamatan murid serta alatan yang dimiliki. Selain itu, penggunaan alatan yang sama dalam setiap permainan akan mengakibatkan permainan tersebut kelihatan kurang menarik. Dalam interaksi pengajaran yang lalu, saya telah melaksanakan aktiviti permainan kategori serangan dengan penggunaan alatan bola dan tin. Aktiviti ini merupakan sebuah aktiviti permainan tradisional yang sering dimainkan oleh kanak-kanak pada zaman dahulu. Perlaksanaan aktiviti ini menumpukan kepada komponen kecergasan iaitu masa tindak balas murid untuk mengelak daripada terkena bola yang dibaling oleh pihak lawan. Dalam masa yang sama, mereka akan cuba menyusun tin untuk menyelesaikan misi yang telah ditetapkan. Pada peringkat awal, murid bermain dengan baik tanpa sebarang masalah sehinggalah berlaku konflik di antara mereka. Terdapat murid yang mengadu mengalami kesakitan dan kecederaan kecil apabila menerima atau terkena bola yang dibaling. Hal ini sekaligus menjadikan keadaan permainan tidak menarik dan mengakibatkan murid tidak mahu bermain kerana takut sakit sekiranya terkena bola. Ini kerana berlaku kerana sifat bola baling yang keras. Hal yang sama juga terjadi sekiranya penggunaan bola baling ditukar dengan penggunaan bola getah.Selain itu, penggunaan tin yang sedikit menyebabkan misi untuk menyusun menjadi mudah dan kurang mencabar. Ini kerana, guru tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk mengumpul bilangan tin yang banyak selain daripada masalah membawa tin-tin tersebut ke sekolah kerana jumlahnya yang banyak. Keadaan ini menyebabkan peluang untuk kedua-kedua pasukan bertukar peranan agak tipis seterusnya mengakibatkan pasukan yang menyerang menjadi bosan serta hilang minat untuk meneruskan permainan. Oleh sebab itu, saya memfokuskan kajian ini kepada pengubahsuaian alatan dapat memotivasikan murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti Pendidikan Jasmani. Alatan yang digunakan memainkan peranan penting bagi memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dalam suasana yang riang dan ceria. Penggunaan alatan yang tidak sesuai akan menimbulkan pelbagai konflik yang membawa kepada kesan-kesan yang negatif terutamanya penglibatan murid dalam aktiviti dan meminimakan pencapaian objektif pengajaran. Guru hanya perlu menggunakan kreativiti yang dimiliki untuk melakukan sedikit pengubahsuaian pada alatan dari segi penggunaan bahan, bentuk, saiz dan sebagainya. Ia bertujuan memastikan alatan tersebut bersesuaian dengan aktiviti yang dilaksananakan seterusnya mampu meningkatkan minat murid untuk menyertai aktiviti tersebut dan menangani sebarang masalah yang timbul.Keadaan ini dapat dikenal pasti secara kasar menerusi pemerhatian yang dilakukan semasa aktiviti berlangsung. Keseronokan individu ketika bermain akan diluahkan menerusi beberapa cara iaitu mimik muka yang ditonjolkan, bunyi suara yang bergelak ketawa serta komunikasi yang wujud di antara murid, pergerakan individu semasa melakukan aktiviti dan sebagainya. Dengan memerhatikan beberapa ciri ini, saya dapat membuat kesimpulan awal berkaitan tahap aktiviti yang dilaksanakan sama ada berjaya atau tidak. Selain itu, reaksi murid di peringkat awal juga dapat dilihat sewaktu penerangan aktiviti sama ada mereka berminat atau tidak. Sesi bersoal jawab dengan soalan ringkas di bahagian penutup dapat memberikan maklumat penting kepada saya dalam mengetahui pandangan murid berkaitan aktiviti yang dilaksanakan sama ada mereka berminat atau tidak.3. OBJEKTIF KAJIAN3.1 Objektif Umum :Memotivasikan murid untuk melibatkan diri dengan aktiviti Pendidikan Jasmani melalui pengubahsuaian alatan permainan yang digunakan.

3.2 Objektif Khusus :i. Memotivasikan murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti Pendidikan Jasmani.

ii. Meningkatkan tahap keberkesanan aktiviti dalam memastikan objektif yang telah ditetapkan tercapai.iii. Menggalakkan murid untuk mencuba dan meneroka alatan yang baru dengan menyertai aktiviti Pendidikan Jasmani.3.3 Persoalan Kajian :i. Apakah penggunaan alatan yang sesuai dapat memotivasikan murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti Pendidikan Jasmani?

ii. Adakah penggunaan alatan yang diubahsuai dapat membantu keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani?iii. Adakah pengubahsuaian alatan dapat mendorong murid untuk meneroka sesuatu yang baru dengan melibatka diri dalam aktiviti Pendidikan Jasmani?4. KEPENTINGAN KAJIANPenglibatan murid merupakan salah satu faktor yang menentukan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Jenis aktiviti, alatan dan suasana kelas menjadi di antara faktor yang menyumbang kepada penglibatan murid di dalam sesebuah aktiviti. Kajian ini bertujuan untuk membuktikan bahawa pengubahsuaian alatan dapat memotivasikan murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti Pendidikan Jasmani. Kajian ini dapat membantu pengkaji untuk meningkatkan lagi kualiti pengajaran yang sedia ada dengan menjadikan alatan sebagai pemangkin motivasi murid untuk bermain bukan sebaliknya. Selain itu, ia membuka peluang kepada pengkaji untuk meneroka dunia kanak-kanak dengan lebih mendalam. Penerokaan ini dapat memberi input yang penting kepada pengkaji berkaitan dunia kanak-kanak iaitu apa kemahuan mereka, apa yang diminati mereka dan sebagainya. Hal ini sekaligus membantu pengkaji untuk mencipta permainan dan alatan yang berkesan berdasarkan minat dan keperluan murid.Kajian ini membuka peluang kepada murid untuk menyertai aktiviti permainan yang menarik dengan penggunaan alatan yang berkesan tanpa rasa takut kepada kecederaan yang disebabkan oleh alatan. Ini kerana pengubahsuaian alatan akan mengambilkira beberapa faktor penting terutamanya keberkesanan kepada aktiviti pengajaran serta keselamatan kepada murid bagi memastikan keseronokan bermain dapat dicapai tanpa halangan. Selain itu, golongan guru akan lebih berfikiran kreatif untuk mencipta alatan yang berkesan dan selamat bagi memastikan perlaksanaan aktiviti berjalana lancar dan mencapai objektif pengajaran. Secara tidak langsung, alatan di stor Pendidikan Jasmani akan bertambah dari masa ke semasa dengan pelbagai jenis alatan yang telah diubahsuai dengan pengeluaran kos yang lebih kecil.5. DEFINISI ISTILAHPengubahsuaian alatan dapat memotivasikan murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti Pendidikan Jasmani. Menurut Kamus Edisi Pelajar, ubah bermaksud perubahan daripada rupa atau warna yang asal, menjadikan berbeza daripada yang semula. Ubahsuai pula bermaksud membuat perubahan dan sebagainya pada sesuatu supaya menjadi sesuai dgn sesuatu keadaan, keperluan, kegunaan dan sebagainya (Kamus Dewan Edisi Keempat). Perkataan alat didefinasikan sebagai benda yang dipakai untuk mengerjakan sesuatu (Kamus Besar Indonesia).Secara umumnya, pengubahsuain alatan ini melibatkan daya usaha pemikiran yang kreatif untuk menghasilkan alatan yang lebih baik daripada alatan yang sebelumnya. Pengubahsuaian ini dilakukan secara keseluruhan atau mengikut beberapa elemen yang dikehendaki sahaja pada sesebuah alatan. Ia melibatkan perubahan bentuk, warna, saiz, bahan yang digunakan dan sebagainya. Pengubahsuian alatan ini bertujuan untuk memenuhi kehendak aktiviti yang dirancang.dalam memastikan murid berminat serta bermotivasi untuk bermain dengan menggunakan alatan tersebut.

6. KUMPULAN SASARANPengkaji telah memilih murid tahun 5 Jujur Sekolah Kebangsaan Paya, Perlis sebagai responden untuk mengumpul data yang diperlukan dalam kajian ini. Sekolah Kebangsaan Paya merupakan sebuah sekolah yang terletak di kawasan luar bandar. Namun begitu, kebanyakan murid-muridnya terdiri daripada golongan keluarga yang berpendidikan tinggi seperti guru, pegawai bank dan sebagainya. Faktor utama yang mendorong ibu bapa menempatkan anak-anak mereka di sini adalah kedudukan sekolah yang berada di tepi jalan utama menuju ke bandar Kangar. Kelebihan ini digunakan oleh golongan ibu bapa yang bekerja di Kangar dengan menempatkan anak-anak mereka di sini kerana ia berada di laluan mereka ke tempat kerja. Sekolah ini mempunyai prestasi akademik yang tinggi di negeri Perlis dan telah dianugerahkan Baiah selama 3 tahun berturut-turut dengan ranking sekolah di Band 1. Tahun 5 Jujur terdiri daripada 28 orang murid iaitu 12 lelaki dan 14 perempuan. Sebahagian daripada mereka tinggal berjauhan dari kawasan sekolah. Setiap hari, ibu bapa akan menghantar mereka ke sekolah dengan menaiki kereta sebelum meneruskan perjalanan ke tempat kerja di bandar Kangar. Hanya 15% sahaja murid yang tinggal di sekitar sekolah ini. Kebanyakan murid 5 Jujur bersifat periang dan meminati aktiviti Pendidikan Jasmani. Namun, keriangan mereka mula menurun apabila penggunaan alatan yang tidak sesuai dan menarik mengikut aktiviti yang dirancang. Keadaan ini sekaligus mengurangkan minat mereka untuk menyertai aktiviti lain yang dirancang. Pengkaji telah memilih 8 murid lelaki dan 8 murid perempuan sebagai sample bagi mewakili kelas 5 Jujur dalam menjalankan kajian.7. TINDAKAN YANG DICADANGKANDalam merealisasikan kajian yang dirancang, pengkaji telah menetapkan untuk menggunakan model Kurl Lewin (Tam, 2007) sebagai model utama untuk mengkaji pengubahsuaian alatan dapat memotivasikan murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti Pendidikan Jasmani.

Kurl Lewin merupakan seorang pelopor kepada bidang penyelidikan tindakan dengan mengkaji hubungan dan interaksi manusia. Beliau berbangsa Jerman dan memegang gelaran bapa penyelidikan tindakan. Karl Lewin menjelaskan bahawa manusia memperkembangkan potensi diri dengan inkuiri diri sendiri dan hubungan dengan orang lain. Istilah action research buat pertama kalinya diperkenalkan oleh beliau pada tahun 1946 dalam kertas pembentangan bertajuk Acion Research and Minority Problems. Dapatan kajiannya memberi gambaran terhadap penglibatan serta pertalian antara gaya hidup, persepsi dan tingkah laku individu dengan sosial masyarakat.

Rajah 1.0 Gelung asas proses penyelidikan tindakan

Penyelidikan tindakan mempunyai beberapa langkah yang khusus sebagaimana yang telah dinyatakan pada rajah 1.0 iaitu melibatkan proses mengenalpasti fokus masalah, merancang tindakan, melaksanakan tindakan, mengumpul data, menganalisis data dan tindakan, membuat refleksi serta merangka pelan tindakan bagi menangani masalah yang dihadapi. Secara ringakasnya, ia dikenali sebagai lingkaran beberapa tahap.

7.1 Perancangan TindakanKajian ini dilaksanakan untuk mengkaji hubungan antara pengubahsuaian alatan dengan motivasi murid di bawah tajuk pengubahsuaian alatan dapat memotivasikan murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti Pendidikan Jasmani. Dengan berpandukan kepada model Kurt Lewin, pengkaji telah menghasilkan satu lingkaran mengikut tahap-tahap yang telah ditetapkan.

Dalam tahap pertama (merancang), pengkaji akan melakukan pengubahsuaian dengan menghasilkan bola yang mesra murid. Bola ini dihasilkan daripada bahan yang lembut iaitu kertas. Kertas akan digumpal dan digabungkan untuk menghasilkan bentuk bulat mengikut saiz yang dikehendaki. Tape dilekatkan di sekitar bola bagi memastikan bentuk bola dapat dikekalkan. Penggunaan kertas sangat relevan kerana ia bersifat lembut dan mempunyai ruang udara yang banyak apabila digumpal menjadi bentuk bulat. Ruang udara yang banyak akan menyerap momentum bola apabila ia bersentuhan dengan badan murid sekaligus tidak meninggalkan implikasi seperti sakit atau lebam. Seterusnya, bola akan dibalut dengan plastik dan di ikat dengan getah. Ia bertujuan menjaga bola tersebut daripada hancur sekiranya terkena air atau embun pagi.

Seterusnya, pengkaji menggunakan kad manila untuk menghasilkan bongkah-bongkah kecil bagi menggantikan penggunaan tin. Setiap bongkah akan dilekatkan dengan huruf-huruf tertentu yang bertujuan membentuk perkataan 1 SK PAYA . Permainan akan menjadi lebih mencabar dan menarik apabila murid perlu menyusun bongkah dengan menghasilkan perkataan yang betul. Walaupun bilangan bongkah tidak banyak, situasi ini meningkatkan tahap kesukaran menyusun bongkah kerana murid perlu mengenalpasti kedudukan huruf terlebih dahulu. Bongkah ini bersifat fleksibal di mana ia boleh dilipat supaya mudah dibawa oleh guru ke mana sahaja. Selain itu, ia dapat menjimatkan ruang di stor penyimpanan barang Pendidikan Jasmani.

7.2 Perancangan cara mengumpul dataBeberapa kaedah pengumpulan data digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat bagi meneruskan kajian ini. Cara pengumpulan data yang dilaksanakan adalah menerusi pemerhatian dan soal selidik.

Pemerhatiam

Pemerhatian merupakan kaedah pengumpulan data yang biasa digunakan dalam perlaksanaan penyelididkan tindakan. Pemerhatian terhadap tingkah laku manusia boleh dilaksanakan dengan dua cara iaitu pemerhatian turut serta (Pemerhati mengambil bahagian dalam situasi yang diperhatikan) dan pemerhatian tanpa turut serta (pemerhati memerhatikan situasi tanpa mengambil bahagian). Kaedah pemerhatian mengandungi beberapa instrumen yang boleh digunakan untuk mendapatkan data kajian seperti senarai semak pemerhatian, rakaman video dan sebagainya.

Dalam memperolehi data, pengkaji telah menetapkan untuk menggunakan 3 instrumen iaitu senarai semak, rakaman video dan nota lapangan. Pengkaji menggunakan senarai semak untuk memudahkan proses pengumpulan data dengan mengenalpasti dan merekod aspek-aspek yang ingin dinilai untuk melihat perubahan yang berlaku dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji menetapkan terlebih dahulu beberapa aspek yang ingin dinilai dengan menulis setiap tingkah laku atau keadaan aktiviti tersebut di dalam senarai semak. Semasa aktiviti berlangsung, pengkaji hanya perlu menandakan sama ada murid mencapai atau tidak perkara-perkara yang ingin dinilai melalui pemerhatian yang dilaksanakan. Pengkaji menggunakan rakaman video untuk merakam setiap tingkah laku yang berlaku sepanjang aktiviti dijalankan untuk melihat reaksi murid sepanjang aktiviti berlangsung.. Rakaman ini boleh digunakan sebagai bahan yang boleh di imbas kembali dan pemerhatian dapat dilakukan dengan lebih teliti secara berulang kali untuk mendapatkan data-data yang penting. Rakaman video sangat penting kerana ia dapat merekodkan semua pergerakan, bunyi dan perjalanan aktiviti secara serentak.

Nota lapangan digunakan untuk mencatat perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Sebarang idea atau rumusan yang dilakukan oleh pengkaji diperingkat awal pemerhatian akan dicatat menggunakan nota lapangan. Ini kerana, rakaman video tidak mampu untuk merakam maklumat tersebut. Nota lapangan digunakan bagi memastikan maklumat tersebut tidak hilang atau dilupakan. Ia akan digunakan sebagai rujukan untuk mengenal pasti suatu maklumat yang diperoleh. Soal Selidik

Soal selidik merupakan merupakan sebuah instrumen penilaian yang mempunyai proses kemudahtadbiran yang tinggi. Pengkaji akan menyediakan soalan bercetak untuk dijawab oleh responden secara individu tanpa dipengaruhi oleh anasir luar. Penggunaan kaedah ini adalah untuk mengumpil data kuantitatif dalam masa yang singkat dengan sekali tadbir sahaja. Soal selidik terbahagi kepada beberapa jenis atau bentuk iaitu Jenis Ya/Tidak, Jenis Setuju/Tidak, Jenis skala 5-Likert, Jenis Semantik, dan sebagainya mengikut kesesuaian kajian.Pengkaji telah memilih untuk mernggunakan kaedah mengumpul data yang mana ternyata ia lebih mudah. Pengkaji akan menyediakan beberapa soalan untuk dijawab oleh murid dengan menanda dua pilihan jawapan sahaja iaitu Ya atau Tidak. Pengkaji akan mengedarkan borang soal selidik secara berperingkat dan membawa murid terlibat ke tempat yang selesa untuk menjawab soalan-soalan yang telah dicetak. Dengan cara ini, murid akan dapat menjawab soalan soal selidik dengan lebih berkesan tanpa pengaruh rakan-rakan sekiranya ia dijawab secara berkumpulan. Dengan ini, keputusan soal selidik yang diperolehi mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang lebih tinggi.7.3 Perancangan cara menganalisis dataData dapat dianalisis dalam dua bentuk iaitu kualitatif dan kuantitatif. Analisis data kualitatif adalah satu proses mencari kenyataan umum mengenai hubungan antara kategori data bagi membina satu teori asas untuk memahami suatu fenomena yang sedang dikaji secara maksimum. Analisis data kuantitatif pula ialah satu proses memberi makna terhadap data-data yang dikumpulkan dalam bentuk angka ataupun skala (Buku Menguasai Penyelidikan Tindakan). Analisis data penyelidikan tindakan biasanya kurang kompleks dan kurang terperinci berbanding dengan bentuk penyelidikan lain yang melibatkan 4 langkah iaitu membaca, memilih data, mempersembahkan data dan menginterprestasi data dan membuat keputusan (Fraenkel & Wallen, 2012). Pengkaji akan menganalisis data secara kualitatif iaitu membuat kenyataan umum berdasarkan perhubungan yang wujud di antara murid dan alatan berdasarkan data pemerhatian yang diperolehi dengan merujuk kepada senarai semak yang telah ditanda. Senarai semak ini akan membuktikan kewujudan unsur-unsur yang sepatutnya terhasil daripada pengubahsuaian alatan dalam permainan. Data kuantitif akan dianalisis dengan mengambil bilangan kekerapan setiap jawapan murid berdasarkan soal selidik yang dijalankan. Data tersebut akan dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf dengan mencari angka-angka yang dikehendaki. Ini kerana, angka tersebut akan menceritakan segala hasil kajian yang dilakukan.7.4 Perancangan Perlaksanaan Tindakan7.4.1 Jadual Pelaksanaan Kajian TindakanBulanFebruariMacApril

Minggu

Aktiviti123412341234

Mengenalpasti isu dan penetapan tajuk

Merancang tindakan pengumpulan maklumat

Membuat jadual perlaksanaan

Merangka proposal kajian

Perbincangan proposal(pembimbing)

Penambahbaikan proposal kajian

Menghantar dan pengesahan proposal

7.4.2 Anggaran KosPengakji telah menggunakan beberapa jenis bahan untuk menjalanakan kajian ini terutama dalam mengubahsuai alatan. Kos bahan yang digunakan telah direkodkaan di dalam jadual.

BilBahanUnitRMJumlah (RM)

01Kad manila40.502

02Gam/Getah/Tape30.200.60

03Beg Plastik 20.200.40

04Kertas A42 Rim1224

05Kos fotostat1000.1010

06Kos jilid buku kulit keras560300

07Dakwat pencetak250100

08Fail dokumen313

Jumlah Perbelanjaan440

8. TINJAUAN LITERATUR

Kajian berkaitan pengubahsuaian alatan tidak banyak dilakukan oleh pengkaji sama ada di dalam dan di luar negara terutama untuk bidang Pendidikan Jasmani. Namun begitu, terdapat beberapa kajian yang pada pendapat pengkaji mempunyai kaitan dengan kajian yang akan dilaksanakan ini. Ini dibuktikan dengan beberapa kajian berkaitan penggunaan alat bantu mengajar oleh guru dalam menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan. Dalam membuat alat bantu mengajar, mereka sebenarnya telah melakukan pengubahsuai atau penciptaan alatan dalam menjadikan ia sebagai sumber pengajaran.Christopher Lu Wei Wang (2012) telah menjalankan satu kajian tentang kesan penggunaan alat bantu mengajar visual dalam pengajaran subjek sains tahun 3. Kajian ini memfokuskan kepada penggunaan alat bantu mengajar yang berbentuk visual untuk menarik perhatian murid serta mendorong mereka melibatkan diri secara aktif sewaktu prose pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Beliau menggunakan kaedah penyediaan bahan visual yang pelbagai dan menarik dalam setiap proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Ini kerana, penyampaian maklumat dalam bentuk bahan visual dalam subjek sains sangat berkesan untuk mendorong murid memberi peerhatian dan melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana mereka boleh melihat dan meyentuh alat bantu mengajar yang digunakan.

Abdul Rasid Jamian (2013) telah melaksanakan kajian yang bertajuk Perlaksanaan Pembelajaran Menyeronokkan Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu. Dalam kajian ini, beliau telah menyentuh aspek penggunaan alat bantu mengajar yang menarik menjadi salah satu faktor kepada wujudnya suasaana pembelajaran yang menyeronokkan. Guru-guru perlu rajin memerah idea dan menggunakan daya fikir yang ada untuk menghasilkan alat bantu mengajar yang menarik dan berkesan bagi memastikan murid berminat untuk mengikuti pembelajaran yang dilaksanakan. Lai Kim Leong, Khaw Ah Hong dan Seah Ai Kuan (1998) telah menjalankan kajian berkaitan kepentingan penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah rendah. Hasil kajian mereka menunjukkan bahawa hampir keseluruhan murid mendapat kefahaman yang optimum dengan pembelajaran menggunakan alat bantu mengajar. Ini disebabkan oleh minat mereka untuk belajar meningkat setelah melihat bahan bantu mengajar yang digunakan. Kesannya, penglibatan murid dalam proses penhajaran dan pembelajaran amat luar biasa dengan peratusan yang sangat tinggi.Berdasarkan kepada tinjauan yang dilaksanakan daripada kajian-kajian lepas yang berkaitan, jelas membuktikan bahawa alatan merupakan elemen yang sangat penting dalam pengajaran kerana ia mempu membina kefahaman murid, mendorong penglibatan muridm, meningkatkan minat murid dan sebagainya. Penggunaan alatan tidak terhad kepada beberapa mata pelajaran sahaja namun ia digunakan untuk semua bidang pengajaran dengan penghasilan alatan tersebut mengikut kehendak pengajaran dan pembelajaran yang ingin dilaksanakan.9. SUMBER RUJUKANAzizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, dan Abdul Rahim Haman (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang (2008). Pengurusan Kurikulum. Puchong: CIPTA Printing

&Publishing (M) Sdn Bhd.Kartini Abdul Mutalib, etc. (2012). Menguasai Penyelidikan Tindakan : Untuk

PISMP dan DPLI. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia

Mohd. Sofian Omar Fauzee. (2006). Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani.

Shah Alam: Karisma Publication Sdn. Bhd.

Chuah Y.P (2006), Kaedah Penyelidikan, Buku 1. Malaysia: McGraw-Hill

(Malaysia) Sdn. Bhd.10. LAMPIRANSenarai Semak Pemerhatian Tahap Aspek Lemah

(1)Sederhana

(2)Baik

(3)Terbaik

(4)

Penglibatan murid di dalam aktiviti

Keseronokan

Reaksi murid semasa beraktiviti

Komunikasi antara murid

Berkeyakinan menggunakan alatan

Borang Soal Selidik

Jawab soalan dengan menandakan (/) di ruangan Ya atau Tidak.

Bil.SoalanYaTidak

1Saya berasa seronok menghadiri kelas Pendidikan Jasmani

2Saya suka permainan yang menggunakan pelbagai jenis alatan

3Saya gemar bermain aktiviti permainan yang mencabar.

4Saya takut mengalami kesakitan semasa bermain.

5Saya tidak akan meneruskan permainan sekiranya badan saya berasa sakit apabila terkena alatan.

6Saya suka bermain menggunakan alatan yang dibuat oleh guru.

7Saya berasa teruja untuk bermain alatan yang baru dilihat

8Saya berasa bosan apabila guru menggunakan alatan sama dalam setiap kelas Pendidikan Jasmani.

Ke gelung atau kitaran kedua

PENYELIDIKAN TINDAKAN