proposal kajian tindakan

20
1.0 NAMA SEKOLAH Sekolah yang saya kaji ialah Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru iaitu sekolah dimana saya menjalani latihan praktikum selama enam bulan. Sekolah ini terletak di Johor Bahru dan merupakan sekolah aliran teknik dan vokasional yang mempunyai pelajar Tingkatan 6. 2.0 NAMA PENYELIDIK Nama penyelidik yang terlibat dalam kajian tindakan ini ialah Nurhidaya Binti Gani yang merupakan pelajar tahun akhir dalam bidang Pengajian Malaysia dengan Pendidikan (AT58) di Universiti Pendidikan Sultan Idris. 3.0 TAJUK KAJIAN Kajian tindakan yang akan dijalankan ialah “Penggunaan Buku Akhma dalam Pengajaran Esei Pengajian Am penggal 3 ” bagi murid tingkatan 6 Atas Kemanusiaan 1 (6AK1) di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru. Soalan Esei adalah merupakan Bahagian C yang memperuntukkan markah sebanyak 50 markah daripada 80 markah keseluruhan. Dalam bahagian C, pelajar perlu menjawab 2 soalan daripada 3 soalan esei yang dikemukakan. Lazimnya, soalan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan dasar-dasar dan isu-isu semasa dalam dan luar negara (Majlis Peperiksaan Malaysia). 1

Upload: musliha-ismail

Post on 24-Sep-2015

557 views

Category:

Documents


29 download

DESCRIPTION

contoh propasal tentang masalah tidur dalam kelas

TRANSCRIPT

1.0 NAMA SEKOLAHSekolah yang saya kaji ialah Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru iaitu sekolah dimana saya menjalani latihan praktikum selama enam bulan. Sekolah ini terletak di Johor Bahru dan merupakan sekolah aliran teknik dan vokasional yang mempunyai pelajar Tingkatan 6.

2.0 NAMA PENYELIDIKNama penyelidik yang terlibat dalam kajian tindakan ini ialah Nurhidaya Binti Gani yang merupakan pelajar tahun akhir dalam bidang Pengajian Malaysia dengan Pendidikan (AT58) di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

3.0 TAJUK KAJIANKajian tindakan yang akan dijalankan ialah Penggunaan Buku Akhma dalam Pengajaran Esei Pengajian Am penggal 3 bagi murid tingkatan 6 Atas Kemanusiaan 1 (6AK1) di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru. Soalan Esei adalah merupakan Bahagian C yang memperuntukkan markah sebanyak 50 markah daripada 80 markah keseluruhan. Dalam bahagian C, pelajar perlu menjawab 2 soalan daripada 3 soalan esei yang dikemukakan. Lazimnya, soalan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan dasar-dasar dan isu-isu semasa dalam dan luar negara (Majlis Peperiksaan Malaysia).4.0 LATAR BELAKANG KAJIANPengajian Am adalah merupakan salah satu mata pelajaran peringkat STPM yang menyatupadukan pelbagai ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam pembelajaran sepanjang hayat. Kandungan mata pelajaran ini meliputi aspek sains sosial, kenegaraan, isu dan cabaran semasa. Kemahiran yang ditekankan dalam mata pelajaran ini ialah keupayaan untuk berfikir secara kritis, kreatif dan juga inovatif, melaksanakan kajian saintifik serta menggunakan pelbagai bentuk komunikasi dalam pembelajaran dan kehidupan seharian (Majlis Peperiksaan Malaysia). Pengajian Am adalah merupakan subjek yang amat digeruni oleh sebahagian besar pelajar STPM. Hal ini demikian kerana, bidang Pengajian Am ini adalah terlalu luas dan memerlukan pelajar peka dan mempunyai pengetahuan yang luas mengenai isu-isu semasa dalam dan luar negara. Kelemahan pelajar dalam mempelbagaikan ilmu pengetahuan dan cakna terhadap isu-isu semasa dalam dan luar negara menyebabkan ramai diantara mereka mengalami kesukaran untuk menguasai subjek ini khususnya dalam penulisan Esei. Kelemahan inilah yang menyebabkan pelajar tidak dapat menjawab soalan peperiksaan Pengajian Am dengan baik dan memperolehi keputusan yang kurang baik dalam peperiksaan STPM. Semasa menyemak keputusan peperiksaan STPM pelajar 6AK1 bagi subjek pengajian AM penggal 1 dan 2, saya mendapati hanya seramai 13 orang daripada 20 orang pelajar sahaja yang mendapat keputusan lulus penuh iaitu mendapat gred C hingga A bagi kedua-dua penggal. Malah apa yang lebih mendukacitakan terdapat beberapa orang pelajar mendapat gred F iaitu gagal. Walhal subjek pengajian Am adalah merupakan subjek wajib lulus dalam peperiksaan STPM. Justeru itu, langkah yang positif harus difikirkan dalam mempertingkatkan lagi minat dalam kalangan pelajar untuk menambahkan ilmu pengetahuan yang ada. Mereka seharusnya diberi penekanan untuk menambah koleksi sumber rujukan dan tidak terhad kepada nota dan satu buku rujukan sahaja. Memandangkan pelajar-pelajar tingkatan enam tidak diberikan buku teks khusus untuk dijadikan rujukan mereka walaupun skop pembelajaran mereka amat luas, jadi guru-guru perlu bijak merekayasa bahan-bahan untuk pengajaran (Dahlia, 2007)

Usaha menerapkan penggunaan Buku Akhma sebagai salah satu sumber rujukan para pelajar boleh dianggap sangat berguna dan merupakan aktiviti yang amat menarik. Dengan menentukan tajuk atau kategori tertentu, maklumat-maklumat yang dikumpulkan boleh dibukukan dan dijadikan bahan koleksi untuk pelbagai tujuan yang terancang. Buku Akhma adalah singkatan dari perkataan akhbar dan majalah yang menggambarkan kegunaan keratan akhbar dan majalah untuk dimanfaatkan bersama. Keratan akhbar dan majalah merupakan salah satu sumber yang tidak terdapat di dalam buku teks. Namun begitu, ia boleh dianggap sebagai sumber alternatif serta pengayaan di dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaannya boleh diaplikasikan dalam mata pelajaran yang diajar. Keratan akhbar yang dikumpulkan sebagai satu koleksi bersiri berperanan sebagai pembina dan penjana minda untuk mendapatkan idea-idea yang kreatif dan mempunyai nilai-nilai Kemahiran Berfikir secara Kreatif dan Kritis (KBKK) yang diperlukan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran.

Idea ini juga turut di sokong oleh Thompson (2008) yang menyatakan bahawa penggunaan akhbar penting dan berkesan sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah kerana dapat meningkatkan minat dan motivasi belajar. Dengan itu, pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan, disesuaikan dengan konsep pengayaan. Hal ini demikian kerana akhbar mempunyai bahan-bahan yang boleh diagihkan mengikut tahap dan keupayaan pembacaan pelajar (Chew Fong Peng & Rusdaini, 2013). Dalam pada itu, Reilly (2003) juga turut berpendapat bahawa penggunaan akhbar amat perlu dititikberatkan dalam pengajaran di peringkat menengah tinggi kerana salah satu kemahiran penting yang perlu diajar kepada pelajar-pelajar menengah tinggi ialah pemikiran kritis. Tambahan lagi, beliau turut menggariskan beberapa manfaat penggunaan akhbar dalam pengajaran, antaranya termasuklah pengajaran menjadi lebih menarik, pengajaran merentasi kurikulum, dapat mengubah suasana dan persekitaran belajar, pengajaran berpusatkan pelajar, membantu pelajar membina kemahiran belajar, pelajar dan guru boleh mengumpul bahan pelajaran, pengajaran dapat disesuaikan dengan penerapan nilai murni, memberangsangkan pelajar untuk belajar, dan menghubungkan pelajar dengan dunia nyata (Chew Fong Peng & Rusdaini, 2013). 5.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LEPASSemasa menjalani latihan praktikum di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru saya telah diberi tanggungjawab untuk mengajar Pengajian Am penggal 3 bagi kelas tingkatan 6 Atas Kemanusiaan 1 (6AK1). Semasa pengajaran, saya mendapati bahawa tahap penguasaan pelajar terhadap topik pengajaran dan tahap pengetahuan umum pelajar adalah amat lemah. Kelemahan ini dapat saya kenal pasti melalui pertanyaan soalan secara umum di dalam kelas semasa sesi pengajaran dan juga semasa melakukan sesi penilaian di akhir pengajaran. Semasa mengajar saya banyak mengajukan soalan bagi menguji tahap pengetahuan umum pelajar, namun rata-rata pelajar didapati tidak dapat menjawab soalan yang saya ajukan dengan baik. Malah mereka juga cenderung berdiam diri dan tidak menjawab soalan yang saya berikan dengan alasan mereka tidak tahu dan soalan yang saya ajukan tidak terdapat dalam buku rujukan mereka. Tambahan lagi, semasa saya memberi latihan karangan kepada pelajar dan meminta mereka untuk menyiapkan karangan tersebut mengikut masa yang diperuntukkan iaitu selama 45 minit, mereka tetap gagal menyiapkan karangan tersebut walaupun masa yang diperuntukkan melebihi masa yang sepatutnya digunakan dalam peperiksaan sebenar STPM. Melalui pemerhatian dan pertanyaan kepada pelajar, saya dapati punca utama masalah ini adalah disebabkan oleh tahap pengetahuan umum pelajar mengenai topik sangat lemah. Pelajar tidak mampu menghuraikan isi dan menggunakan fakta atau maklumat yang relevan untuk menjelaskan isi karangan. Selain itu juga, melalui perbincangan yang dibuat bersama dengan guru pembimbing, kelemahan penulisan esei karangan dalam kalangan pelajar adalah disebabkan kelemahan pelajar dalam menghuraikan isi dengan tepat dan jelas serta disokong oleh fakta dan maklumat yang relevan. Keadaan inilah yang menyebabkan markah yang diperoleh kebanyakan pelajar berada pada tahap sederhana dan lemahMelalui permasalahan yang timbul ini, saya telah cuba untuk mengaplikasikan beberapa cara bagi membolehkan pelajar meningkatkan tahap pengetahuan mereka, namun tindakan ini dilihat kurang berkesan bagi pelajar saya. Contoh aktiviti yang saya aplikasikan ialah aktiviti pembentangan kumpulan. Tujuan saya mengadakan aktiviti ini ialah untuk membolehkan pelajar membaca topik yang diberi dan mencari maklumat tambahan bagi berkongsi maklumat dengan rakan yang lain. Namun, kaedah ini di lihat kurang berkesan kerana, pelajar kelas ini hanya bergantung kepada rujukan dalam sebuah buku sahaja iaitu buku rujukan yang dibekalkan oleh pihak sekolah. Semasa melakukan pembentangan, pelajar juga cenderung membaca sahaja apa yang terkandung dalam buku tersebut dan tidak membuat persediaan yang sewajarnya. Kelemahan dan masalah yang wujud ini membuatkan saya berfikir untuk mencari jalan penyelesaian yang membolehkan pelajar ini mendapatkan maklumat mengenai info-info semasa yang boleh membantu dalam meningkatkan tahap pencapaian mereka bagi subjek Pengajian Am. Justeru itu, penggunaan Buku Akhma ini saya lihat sebagai satu cara yang difikirkan sesuai kerana melalui pengumpulan sumber daripada akhbar dan majalah ini dapat memudahkan dan menarik minat membaca di kalangan pelajar-pelajar dan secara tidak langsung dapat menjana minda mereka untuk menjadi lebih peka dan kreatif.

Sukatan pelajaran Pengajian Am 2012 yang dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia telah menyenaraikan bidang-bidang yang perlu dipelajari oleh pelajar iaitu Hubungan Diplomatik Malaysia dan negara luar, penglibatan, peranan dan sumbangan Malaysia di peringkat global dan serantau serta isu dan caran dari aspek sosiobudaya, politik, ekonomi dan sains dan teknologi. Bidang-bidang yang disenaraikan ini semuanya terdapat di dalam akhbar harian dan juga majalah. Selain bukan sahaja mudah didapati, pentingnya penggunaan akhbar dan majalah ini dalam penulisan esei adalah disebabkan oleh maklumat yang terdapat didalamnya adalah pelbagai dan bersifat terkini. 6.0 FOKUS KAJIANFokus kajian yang dijalankan dalam kajian tindakan ini ialah meningkatkan tahap penguasaan pelajar tingkatan 6 Atas Kemanusiaan 1 (6AK1) terhadap penulisan esei bahagian C dalam peperiksaan dengan menggunakan kaedah pembelajaran menggunakan Buku Akhma. Kajian ini menggunakan akhbar dan majalah sebagai bahan utama dimana bahan-bahan bacaan daripada majalah dan surat khabar ini akan dikumpulkan dan disatukan menjadi sebuah buku seperti buku skrap dan dilabelkan mengikut subtopik pengajaran dalam sukatan pelajaran. Setelah buku ini dihasilkan ia akan digunakan dalam proses PdP di dalam kelas dengan mengaplikasikannya menerusi pelbagai cara seperti mengaplikasikannya dalam teknik perbincangan, bercerita, simulasi, perbahasan dan kuiz. Tujuannya adalah untuk melihat keberkesanan penggunaan kaedah ini dalam meningkatkan pengetahuan umum pelajar disamping boleh merangsang pelajar di awal proses pengajaran dan pembelajaran serta melahirkan minat untuk mengikuti tajuk atau topik yang diajar yang mana secara tidak langsung membantu pelajar dalam menghasilkan sebuah penulisan esei yang sangat baik.7.0 OBJEKTIF KAJIAN 7.1 Objektif Umum

Untuk melihat sejauhmana penggunaan Buku Akhma dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran esei pengajian am bagi pelajar pelajar tingkatan 6AK1.7.2 Objektif Khusus

Untuk melihat adakah penggunaan Buku Akhma dapat membantu pelajar menghasilkan idea dan menghuraikan fakta dengan jelas dalam penulisan esei Bahagian C dalam peperiksaan STPM8.0 Methodologi kajiani. Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian adalah seperti yang digambarkan dalam rajah 1. Lokasi kajian ini adalah di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru. Kajian ini melibatkan keseluruhan pelajar tingkatan 6 AK1 yang berjumlah seramai 20 orang. Sebelum pengajaran, responden akan diberikan ujian pra dan selepas 12 minggu responden akan diberikan ujian pasca bagi melihat keberkesanan penggunaan kaedah Buku Akhma ini.

ii. Sasaran Kajian

Kumpulan sasaran dalam kajian ini ialah merupakan pelajar tingkatan 6 Atas kemanusiaan 1 (6AK1) berjumlah seramai 20 orang yang terdiri daripada 6 orang pelajar lelaki dan 14 orang pelajar wanita. Tahap pencapaian pelajar kelas ini pada penggal 1 dan 2 dilihat kurang memuaskan apabila hanya terdapat seramai 13 orang sahaja daripada 20 orang pelajar yang memperolehi keputusan lulus penuh dalam mata pelajaran pengajian Am. iii. Batasan KajianKajian ini dijalankan terhadap pelajar tingkatan 6 Atas Kemanusiaan 1 bagi subjek pengajian Am bahagian C iaitu penulisan esei. Tempoh masa kajian dijalankan adalah selama 12 minggu.9.0 INSTRUMEN KAJIANInstrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada;

i. Pemerhatian

Pemerhatian akan dibuat sepanjang kajian ini dilaksanakan. Melalui kaedah ini guru akan memerhatikan keterlibatan pelajar dalam setiap aktiviti yang dibuat oleh guru sepanjang kajian ini dilaksanakan. Selain itu, selesai proses pengajaran guru akan meminta pelajar menghasilkan sebuah karangan berdasarkan hasil perbincangan topik pengajaran menggunakan isu yang diketengahkan dalam Buku Akhma. Berdasarkan daripada karangan tersebut guru akan menilai tahap pencapaian dan peningkatan penguasaan pelajar dalam menghasilkan sebuah esei.

ii. Temu bual

Temu bual juga dilakukan oleh guru bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam penulisan esei. Setelah mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar guru akan cuba mengaplikasikan penggunaan Buku Akhma dalam proses pengajaran dan mempelbagaikan teknik penggunaan Buku Akhma ini bagi merangsang minat pelajar dan juga memupuk kemahiran kreatif pelajar dalam mengolah bahan tersebut untuk menghasilkan sebuah esei yang menarik. iii. Soal Selidik

Sepanjang tempoh kajian ini, satu set borang soal selidik akan diedarkan kepada responden kajian bagi menilai keberkesanan penggunaan Buku Akhma ini dalam penulisan esei di kalangan pelajar. Soal selidik ini terdiri daripada 10 item berdasarkan kepada keperluan kajian yang dilampirkan dalam lampiran 1.

iv. Ujian Pra dan Pasca

Sebelum kajian ini dilaksanakan ujian pra akan dibuat bagi melihat tahap pencapaian pelajar sebelum aplikasi penggunaan Buku Akhma dalam proses pengajaran penulisan esei. Ujian pasca pula akan digunakan selepas Buku Akhma ini diaplikasikan terhadap pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ujian pra dan pasca dibuat dengan mengedarkan dua soalan esei mengikut format STPM dan meminta pelajar menjawab soalan tersebut mengikut masa yang diperuntukkan iaitu selama 60 minit. Melalui soalan yang disediakan guru juga turut menyediakan format jawapan bagi soalan yang diberikan. Keputusan Ujian ini akan dibandingkan bagi melihat keberkesanan aplikasi teknik ini dalam membantu pelajar menghasilkan penulisan esei yang baik. 10. 0 KAEDAH ANALISIS DATAData yang diperolehi akan dianalisis secara deskriptif dan menggunakan perisian Microsft excel. Persembahan data akan diterjemahkan dalam bentuk yang ringkas menggunakan graf dan juga carta. 11.0 PELAKSANAAN KAJIAN11.1 Tinjauan Masalah

Dalam melaksanakan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian, temu bual, ujian pra dan ujian pasca.

i. Pemerhatian

Melalui kaedah ini, saya membuat pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Apabila soalan isu semasa berkaitan dasar dalam dan luar negara dikemukakan, saya dapati murid kurang memberi respon disebabkan kurang pengetahuan mengenai soalan tersebut. Selain itu, semasa memberi latihan karangan secara spontan di dalam kelas idea yang diutarakan oleh pelajar adalah bersifat umum dan amat terbatas.

ii. Temu bual

Saya juga turut melakukan temu bual dengan pelajar tingkatan 6 AK1 ini bagi mengetahui masalah yang mereka hadapi dalam membuat esei bahagian C. Hasil daripada temu bual, saya mendapati bahawa kebanyakan daripada responden ini mengalami masalah kekurangan idea dan pengetahuan mengenai isu yang dikemukakan dalam soalan esei tersebut. Masalah ini berpunca daripada sikap kurang membaca dan terdedah dengan isu-isu semasa khususnya yang berlaku di luar negara.

iii. Ujian Pra

Sebelum kaedah pengajaran menggunakan buku Akhma ini dijalankan, saya telah mengedarkan dua set soalan karangan kepada responden dan meminta mereka menjawab soalan tersebut mengikut masa yang diperuntukkan dalam peperiksaan STPM iaitu selama 60 minit. Kemudian, hasil penulisan esei ini akan dinilai mengikut skema pemarkahan STPM sebenar.11.2 Pelaksanaan Tindakani. Tindakan awalan

Minggu pertama kajian ini dijalankan, saya membahagikan pelajar kepada empat kumpulan yang mana setiap kumpulan terdiri daripada lima orang ahli. Setiap kumpulan akan di minta menghasilkan sebuah buku skrap yakni Buku Akhma mengikut kreativiti masing-masing dengan memaksimumkan penggunaan akhbar dan majalah. Dalam buku Akhma tersebut, haruslah mengandungi isu-isu semasa berkaitan dengan topik-topik yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Setiap kumpulan diberi tempoh masa selama seminggu untuk menghasilkan buku tersebut. Kegagalan pelajar dalam menyiapkan Buku Akhma mengikut tempoh yang diberikan akan di kenakan denda iaitu pelajar akan diminta menghasilkan buku Akhma tersebut secara persendirian dan juga segala aktiviti yang dibuat juga akan dilakukan secara persendirian. Tambahan lagi, pelajar yang mampu menghasilkan buku Akhma dengan kreatif, bermaklumat dan mengikut peruntukkan masa yang ditetapkan akan diberikan ganjaran berbentuk hadiah. Tujuan denda dan ganjaran ini dikenakan adalah untuk mengelakkan pelajar bersikap sambil lewa terhadap pelaksanaan kajian ini disamping menarik perhatian pelajar untuk lebih bersemangat menghasilkan buku ini.

ii. Tindakan Semasa

Selepas tempoh seminggu pelajar menghasilkan Buku Akhma, guru akan mengaplikasikan penggunaan buku tersebut dalam pengajaran yang di tulis dalam Rancangan Pengajaran Harian mengikut topik yang terdapat dalam sukatan pelajaran. Semasa pengajaran dan pembelajaran beberapa teknik akan diaplikasikan oleh saya dalam memanfaatkan penggunaan Buku Akhma ini bagi menarik minat pelajar agar tidak bosan dengan proses pengajaran iaitu menggunakan teknik perbincangan, Kuiz, Perbahasan, Simulasi dan bercerita. Selain itu juga, dalam menghasilkan esei, pelajar akan dapat berkongsi maklumat yang terdapat dalam Buku Akhma dan keadaan ini membolehkan pelajar memasukkan fakta yang tepat dalam huraian isi karangan. Membiasakan pelajar dengan berkongsi pengetahuan mengenai isu-isu semasa yang terdapat dalam majalah dan surat khabar dapat mengatasi kelemahan pelajar dalam menghuraikan isi karangan. Hal ini secara tidak langsung dapat mengatasi kelemahan pelajar yang mana kekurangan pengetahuan umum disamping kurang mengamalkan sikap membaca menyebabkan mereka hanya mampu menghasilkan idea dan huraian yang bersifat umum tanpa pembuktian yang jelas.

Selain itu, diakhir setiap sesi pengajaran dan pembelajaran, guru akan meminta setiap pelajar menghasilkan sebuah karangan berdasarkan tajuk pengajaran dengan memasukkan fakta dan bukti yang jelas dengan menggunakan Buku Akhma sebagai sumber rujukan utama serta menyenaraikan rujukan tersebut dengan menggunakan APA system. Sistem rujukan ini, telah pun didedahkan kepada pelajar tingkatan 6Ak1 melalui kerja Kursus yang menjadi salah satu tugasan wajib pelajar STPM. iii. Tindakan AkhirPelajar akan dinilai melalui ujian pasca dimana selepas lapan minggu kajian ini dibuat, guru akan menyediakan 2 soalan esei mengikut format STPM dan meminta pelajar menjawab soalan tersebut dan menyiapkan penulisan tersebut dalam tempoh masa 60 minit. Jawapan pelajar akan disemak oleh guru pembimbing yang lebih arif mengenai skema pemarkahan penulisan esei tersebut. Hasil daripada keputusan ujian tersebut akan dinilai dan dibandingkan dengan markah ujian pra bagi melihat keberkesanan penggunaan teknik ini dalam penulisan esei karangan oleh pelajar tingkatan 6. 11.3 JADUAL PELAKSANAAN TINDAKANBILAKTIVITITARIKH PELAKSANAAN

1. Mengenal pasti dan mengumpul data30 Jun- 12 Julai 2015

2. Menulis proposal kajian13 Julai-19 Julai 2015

3. Merancang tindakan kajian20 Julai- 26 Julai 2015

4. Melaksanakan kajian26 Julai- 18 Oktober 2015

5. Ujian Pasca19 Oktober 2015

6. Refleksi kajian20 Oktober- 25 Oktober 2015

7. Menulis Laporan kajian 26 Oktober- 1 November

8. Pembentangan dapatan kajian2 November 2015

Jadual 11.0 Jadual Pelaksanaan Tindakan12.0 REFLEKSIRefleksi akan dilakukan selepas tempoh pelaksanaan kajian Tindakan tamat. Keberkesanan penggunaan Buku Akhma ini akan dinilai oleh guru pembimbing semasa menjalani latihan praktikum di sekolah ini. BIBILIOGRAFI

Chew Fong Peng & Rusdaini (2013). Keberkesanan Penggunaan Akhbardalam Pengajaran Karangan Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Enam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, Vol. 3, Bil. 2 (Nov. 2013): 18-30Dahlia Janan. (2007). Merekayasa amalan pemilihan bahan bacaan Bahasa Melayu. Diges Pendidik. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan: Universiti Sains MalaysiaMajlis Peperiksaan Malaysia. Sukatan Pelajaran Pengajian Am Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)

LAMPIRAN 1

Borang Soal Selidik: Keberkesanan Penggunaan Buku Akhma Dalam Penulisan Esei Kertas Pengajian Am Bahagian C STPM

Bil Item Setuju Tidak setuju

1. Saya dapat menghasilkan karangan bahagian C dengan baik

2. Penggunaan Buku Akhma meningkatkan tahap pengetahuan umum saya mengenai isu-isu semasa dalam dan luar negara

3Saya dapat menghuraikan isi karangan dengan baik dan mengaplikasikan fakta ke dalam penulisan

4Saya dapat menjawab kedua-dua esei yang diberikan mengikut masa yang ditetapkan

5Buku Akhma dapat menarik minat saya untuk membaca bahan yang bersifat ilmiah

6Pelaksanaan aktiviti menggunakan buku Akhma dapat membantu saya untuk mengingat banyak fakta dan isu-isu semasa

7Buku Akhma membolehkan saya dan rakan-rakan berkongsi pengetahuan umum di dalam kelas

8. Kaedah belajar menggunakan buku Akhma dapat menjana pemikiran yang kreatif dan kritis

9Penggunaan Buku Akhma ini dapat diaplikasikan dalam mata pelajaran lain seperti Bahasa Melayu

10Kaedah ini wajar diteruskan dan dapat meningkatkan kemahiran penulisan esei

Tinjauan Awal

Pemerhatian Dan Analisis Data

Refleksi Dan Penilaian

Melaksanakan Tindakan

Merancang Tindakan

13