proposal kajian tindakan

24
1 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN : MEMPERTINGKATKAN PENGUASAAN SEBUTAN DAN PERBENDAHARAAN KATA BAHASA INGGERIS MENGGUNAKAN SIMULASI WATAK (ROLE PLAY SIMULATION) KPR5063 : KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN KUMPULAN : E AHLI KUMPULAN : NORAZURA BINTI YAHYA L20101006102 NOR HASLINA BINTI ROSLI L20101006101 NOR AMIRA BINTI NOOR ALI L20101006107 ABDOL RAHIM BIN AHMAD L20101006103 DISEDIAKAN UNTUK: PROF.MADYA HJ.ABD LATIF BIN HJ. GAPOR

Upload: mones

Post on 07-Sep-2015

77 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

proposal kajian tindakan sebutan

TRANSCRIPT

  • 1

    UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

    KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN : MEMPERTINGKATKAN

    PENGUASAAN SEBUTAN DAN PERBENDAHARAAN KATA BAHASA INGGERIS

    MENGGUNAKAN SIMULASI WATAK (ROLE PLAY SIMULATION)

    KPR5063 : KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

    KUMPULAN : E

    AHLI KUMPULAN :

    NORAZURA BINTI YAHYA L20101006102

    NOR HASLINA BINTI ROSLI L20101006101

    NOR AMIRA BINTI NOOR ALI L20101006107

    ABDOL RAHIM BIN AHMAD L20101006103

    DISEDIAKAN UNTUK:

    PROF.MADYA HJ.ABD LATIF BIN HJ. GAPOR

  • 2

    1.0 PENGENALAN

    Kumpulan kami telah membuat kajian tindakan berkaitan pencapaian akademik Bahasa

    Inggeris ke atas pelajar SMK Selayang Bharu, Selangor iaitu sebuah sekolah di daerah

    Gombak. Kami telah memilih tingkatan 2 Silikon yang seramai 30 orang sebagai sampel kajian

    kami. Isu yang hendak dikaji ialah pencapaian pelajar dalam Bahasa Inggeris (B.I). Pemerhatian

    di lakukan semasa sesi pembelajaran B.I berlangsung. Di dapati bahawa pelajar di dalam kelas

    tersebut tidak memberi perhatian sepenuhnya terhadap mata pelajaran tersebut dan tidak dapat

    menguasai B.I dengan baik. Setelah tamat waktu pembelajaran, kami telah bersemuka dengan

    guru mata pelajaran tersebut dan bertanyakan tentang pencapaian akademik B.I bagi kelas

    berkenaan. Selain itu, kami juga meminta rekod pencapaian seperti ujian bulanan peperiksaan

    setengah tahun. Berdasarkan rekod yang di perolehi, didapati bahawa pencapaian pelajaran B.I

    kelas 2 Silikon amat tidak memuaskan. Oleh itu, untuk menaikkan prestasi pelajar kami

    merangka satu pelan tindakan yang bernama Simulasi Watak (Roleplay) supaya pelajar 2 Silikon

    meminati untuk belajar matapelajaran B.I. iaitu dengan menarik minat pelajar untuk memahirkan

    sebutan perkataan dan menguasai perbendaharaan kata dalam Bahasa Inggeris.

    2.0 PERNYATAAN MASALAH

    Sekolah Menengah Kebangsaan Selayang Bharu ini merupakan salah sebuah sekolah

    yang terletak di Selangor merupakan antara sekolah yang berada di luar bandar. Berdasarkan

    rekod pencapaian mata pelajaran B.I di salah sebuah kelas di sekolah berkenaan, didapati

    bahawa tahap pencapaian mata pelajaran tersebut adalah sangat rendah. Ramai pelajar yang

    gagal di dalam ujian B.I bulanan dan pertengahan tahun. Mereka tidak menyedari kepentingan

    B.I merupakan mata pelajaran yang amat penting bukan sahaja di sekolah malah ia penting

    selepas alam persekolahan dan ia perlu diaplikasikan di dalam setiap aspek termasuk semasa di

    peringkat pengajian tinggi.

    Berdasarkan pemerhatian kami, terdapat dua fenomena yang memberikan sumbangan

    kepada gred pencapaian pelajar yang merosot iaitu bagi ujian bulanan dan tahunan merosot dari

    50.% kepada 40% sahaja. Pertama, guru hanya mengajar untuk mereka lulus peperiksaan

  • 3

    semata-mata tetapi tidak dari aspek menanam minat pelajar untuk meminati B.I. Kedua,

    disebabkan pengajaran guru yang kurang berkesan sehingga membosankan pelajar.

    3.0 RASIONAL KAJIAN

    Rasional utama kajian ini dijalankan adalah kerana B.I merupakan mata pelajaran yang

    paling penting. Ini adalah kerana B.I merupakan bahasa antarabangsa seantero dunia. Ia akan

    diaplikasikan apabila pelajar tamat alam persekolahan iaitu semasa belajar diperingkat universiti

    kerana bahasa yang digunakan semasa sesi kuliah adalah dalam B.I. Sekiranya pelajar sudah

    menguasai bahasa ini pada peringkat pengajian maka dengan secara tidak langsung memudahkan

    pelajar tersebut untuk mendapatkan pekerjaan memandangkan semua syarikat swasta mahupun

    kerajaan memerlukan pekerja yang mahir dalam B.I.

    Secara rasionalnya kajian ini dijalankan adalah kerana pelajar bagi kelas akhir Sek Men

    Keb Selayang Bharu (2 Silikon) mendapat keputusan ujian B.I sangat rendah. Ini akan memberi

    impak yang negatif terhadap pelajar dan sekolah itu sendiri. Apabila kajian ini dibuat secara

    rasionalnya dapat membantu pihak sekolah dalam membendung masalah ini agar semua pihak

    terlibat agar sedar betapa pentingnya peningkatan pencapaian B.I.

  • 4

    4.0 FOKUS KAJIAN

    Kami akan memfokuskan kajian kami kepada kemahiran sebutan dan perbendaharaan

    kata agar pelajar dapat melancarkan bacaan dan menigkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Ini

    kerana kebanyakan pelajar tidak dapat membaca Bahasa Inggeris dengan lancar sekaligus

    menyebabkan pelajar berasa bosan untuk mempelajari B.I. Secara langsung akan memberi kesan

    pada markah peperiksaan B.I.

    5.0 OBJEKTIF KAJIAN

    5.1 Objektif am

    Meningkatkan pencapaian pelajar (markah) bagi subjek pendidikan Bahasa Inggeris.

    5.2 Objektif Khusus

    i. Untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Inggeris

    ii. Untuk meningkatkan perbendaharaan kata

    iii. Membantu pelajar menguasai kemahiran menyebut perkataan

    iv. Menbantu pelajar mengusai kemahiran belajar kendiri apabila ketiadaan guru

    v. Membantu guru mempelbagaikan kaedah pengajaran di dalam kelas

  • 5

    6.0 METODOLOGI KAJIAN

    6.1 Reka Bentuk Kajian

    Kajian ini akan dilaksanakan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan seperti model

    berikut:

    Langkah 1 : Pengenalpastian Isu dan Masalah

    Langkah 2 : Perancangan Tindakan

    Langkah 3 : Pelaksanaan Tindakan

    Langkah 4 : Pemerhatian dan Menganalisis Data

    Langkah 5 : Refleksi dan Penilaian

    6.2 Kumpulan Sasaran

    Kajian ini akan melibatkan seramai 30 orang pelajar tingkatan 2 Silikon di

    Sekolah Menengah Kebangsaan Selayang Bharu, Selangor.

    6.3 Instrumen Kajian

    Tinjauan masalah

    Tinjauan masalah dilakukan dengan mengutip data dan mendapatkan maklumat

    dalam kelas yang terlibat. Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah akan dibuat

    berdasarkan temubual dengan guru Bahasa Inggeris, rekod markah ujian bulanan, temu

    bual, soal selidik kepada pelajar dan pemerhatian

    a) Temubual dengan Guru Bahasa Inggeris

    Penyelidik mendapat maklumat daripada temubual bersama tenaga pengajar, iaitu

    Pn. Anisah yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris bagi kelas 2 Silikon dan

    mendapati biasanya murid tidak mendapat markah penuh atau mendapat markah rendah

    dalam subjek Bahasa Inggeris. Guru Bahasa Inggeris ini kecewa kerana pencapaian

  • 6

    rendah pelajar dalam subjek tersebut. Ini merupakan satu kerugian kepada pelajar. Antara

    punca yang menyebabkan pelajar tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik

    adalah :-

    i. Pelajar tidak mahir sebutan dan perbendaharaan kata serta ejaan dalam

    Bahasa Inggeris.

    ii. Tidak bermula dari peringkat asas iaitu dari peringkat sekolah rendah

    iii. Pelajar tidak mahir tatabahasa

    iv. Pelajar tidak biasa membaca maklumat dalam Bahasa Inggeris

    b) Rekod markah ujian bulanan

    Penyelidik telah mendapatkan rekod markah ujian bulanan yang lepas bagi subjek

    Bahasa Inggeris daripada guru pendidikan Bahasa Inggeris. Tujuan rekod markah ujian

    ini adalah untuk melihat pencapaian pelajar sebelum ini, dan bagi mengesahkan

    kebanyakkan pelajar tidak mendapat markah tinggi pada peperiksaan Bahasa Inggeris

    pada ujian bulanan dan peperiksaan pertengahan tahun.

    Bil Nama pelajar Peratus

    1

    Mohd. Zamri

    Kamarudin 42

    2 Nazarudin Mat Tahir 42

    3 Mohd. Syafiq Tahir 40

    4 Mohd. Ladin 38

    5 Nur Syuhada Hambali 38

    6 Nor Shazuani 37

    7

    Noor Intan Atikah

    Sobry 35

    8 Nurlina bt Shahabudin 35

    9

    Mohd Shuhaidi

    Tarmizi 33

    10

    Anwar Asyraf

    Fadzillah 32

  • 7

    c) Soal selidik

    Penyelidik telah memberikan borang soal selidik kepada pelajar. Ini bertujuan

    untuk mengetahui sebab pelajar mendapat markah yang rendah dalam sebutan dan

    pembendaharaan kata untuk subjek Bahasa Inggeris. Berikut adalah borang soal selidik

    yang diberikan:

    11 Naim 32

    12 Nur Maisarah 32

    13 Mohd Nor Hisyam 30

    14 Nor Aqilah Azhari 30

    15 Intan Syamimi 28

    16 Mohd. Asyraf Salleh 28

    17 Nurliyana Sabri 28

    18 Abdul Kamal Oreng 27

    19 Mansor 27

    20 Farah Izzati Zulkifli 25

    21

    Mohd. Al-akeef

    Alamin 25

    22

    Mohd. Azman

    Mahmud 25

    23

    Nor Shuhada

    Shahabudin 25

    24 Mohd. Nazim 23

    25 Idris 22

    26 Mohd. Yunus 22

    27 Abdul Hafifi Meon 20

    28

    Nor Hidayah Abu

    Kasim 20

    29 Abdul Latif 18

    30 Amin bin Isa 15

  • 8

    1. Tidak setuju 2. Setuju

    Bil Pernyataan Tidak Setuju Setuju

    1. Saya tidak lancar menyebut perkataan atau apa-apa bacaan

    menggunakan Bahasa Inggeris.

    2. Saya tidak ada masa untuk menyebut dan meningkatkan

    perbendaharaan kata Bahasa Inggeris

    3. Saya tidak berminat untuk menyebut dan meningkatkan

    perbendaharaan kata Bahasa Inggeris.

    4. Saya sentiasa mengulangkaji topik perbendaharaan kata

    dalam Bahasa Inggeris.

    5. Subjek Bahasa Inggeris merupakan subjek yang mudah

    kerana melibatkan sebutan dan perbendaharaan kata.

    6. Saya sangat meminati subjek Bahasa Inggeris

  • 9

    Analisis soal selidik

    0

    5

    10

    15

    20

    25

    Jumlah

    Pelajar

    P1 P2 P3 P4 P5 P6

    Nombor Pernyataan

    Setuju

    Tidak Setuju

    Jadual: Graf soal selidik berkaitan pandangan pelajar berkenaan subjek Bahasa Inggeris.

    Di dapati ramai pelajar bersetuju dengan pernyataan negatif yang dikemukan dalam soal

    selidik yang disediakan. Pernyataan bagi nombor 1 iaitu saya tidak lancar menyebut perkataan

    atau apa-apa bacaan menggunakan Bahasa Inggeris iaitu seramai 20 orang dan item ketiga

    iaitu saya tidak berminat untuk menyebut dan meningkatkan perbendaharaan kata Bahasa

    Inggeris pula sebanyak 21 orang. Bagi pernyataan no.6 pula sebanyak 23 orang pelajar telah

    bersetuju bahawa mereka sangat meminati subjek Bahasa Inggeis. Ini juga membuktikan dan

    mengesahkan sama dengan hasil dapatan daripada temubual penyelidik dengan guru Bahasa

    Inggeris.

  • 10

    d) Pemerhatian

    Pemerhatian akan dilakukan ke atas tingkah laku murid semasa proses pengajaran

    dan pembelajaran (P&P) berlangsung sebelum dan selepas kajian. Penyelidik

    menggunakan borang check list yang menyenaraikan tingkah laku murid semasa proses

    P&P berlangsung. Hasil dapatan secara keseluruhan dapat memberi gambaran sebenar

    sikap pelajar terhadap sesi P&P B.I berlangsung.

    bil kelakuan Pelajar

    baris 1

    Pelajar

    baris 2

    Pelajar

    baris 3

    Pelajar

    baris 4

    Pelajar

    baris 5

    1. Berbual dengan rakan di

    sebelah

    2. Tidur

    3. Mengganggu rakan

    disebelah

    4 Menjawab soalan yang

    diajukan oleh guru

    5. Bertanyakan soalan di

    luar topik yang diajar

    Senarai tingkah laku dipilih setelah penyelidik terlebih dahulu telah bertanya kepada

    guru terbabit mengenai tingkah laku pelajar yang paling ketara sering dilakukan oleh

    pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

  • 11

    e) Ujian Pra

    Ujian pra telah dijalankan sebelum minggu Bahasa Inggeris dilaksanakan iaitu ketika sesi

    pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, dan juga di luar kelas selama tiga hari berturut-

    turut dengan dibantu oleh guru Bahasa Inggeris. Tujuan ujian pra dijalankan adalah untuk

    mendapatkan maklumat awal tentang tahap dan kadar kekerapan pelajar tingkatan 2 Silikon

    berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Ujian pra ini dilaksanakan dalam bentuk pemerhatian

    tentang penglibatan pelajar tingkatan 2 Silikon. Pemerhatian penglibatan murid terbahagi

    kepada dua, iaitu di dalam bilik darjah dan di luar bilik darjah. Skala pemarkahan diberikan

    berdasarkan kekerapan pelajar berbahasa, iaitu apabila pelajar berkomunikasi satu kali maka

    akan ditandakan 1 dalam borang pemerhatian.

    Analisis Ujian Pra

    Jadual 1 : Borang Analisis Keseluruhan Ujian Pra

    Tempat Masa Bilangan Murid

    Kekerapan Bertutur

    Mengikut Jam

    Dalam Bilik Darjah

    (Dalam Waktu

    Persekolahan)

    8.00-9.00pg 4

    9.00-10.00pg 2

    10.30-11.30pg 2

    11.30-12.30pg 1

    12.30-1.30ptg 2

    Luar Bilik Darjah

    (Di luar waktu

    persekolahan)

    2.30-3.30ptg 0

    3.30-4.30ptg 2

    4.30-5.30ptg 0

    Jumlah 13

  • 12

    Jadual 1 menunjukkan analisis keputusan keseluruhan ujian pra. Daripada 30 pelajar tingkatan 2

    tersebut kekerapan murid berinteraksi dalam Bahasa Inggeris hanyalah 13 kali dalam satu hari.

    Melalui jadual tersebut, didapati bahawa masa berinteraksi dalam Bahasa Inggeris yang kerap

    oleh murid ialah pada jam 8.00 sehingga jam 9.00 pagi, walaupun hanya terdapat 4 kekerapan

    sahaja. Secara keseluruhannya, penglibatan yang ditunjukkan oleh mereka adalah amat kurang

    memuaskan.

    Dalam langkah ini, guru mengedarkan kepada murid beberapa kad imbasan yang tertera

    padanya ayat-ayat komunikasi Bahasa Inggeris yang mudah.

    1. hello! Good morning / afternoon / night,

    2. hi! I am Hassan, what is your name?

    3. My name is Rahman,

    4. I am eight years old,

    5. Teacher, may I go out?,

    6. Ahmad, may I borrow your eraser?,

    7. Sure, here you are

    Pada peringkat ini, guru menunjukkan kepada murid, menyebut dengan jelas apa yang tertera

    pada kad tersebut, seterusnya meminta murid untuk menyebut semula apa yang dipamerkan

    kepada murid.

  • 13

    6.4 Metod Analisis

    a) Temubual: Analisis secara perbincangan tentang keputusan pelajar dan kaedah

    pengajaran guru tersebut.

    b) Rekod markah ujian bulanan: Analisis markah pelajar

    c) Soal selidik: Analisis tentang pandangan pelajar mengenai subjek Bahasa Inggeris

    d) Ujian pra: Analisis markah pelajar

    e) Pemerhatian : analisis secara perbincangan tentang tindakan tindak balas pelajar

    semasa pengajaran di dalam kelas

    7.0 STRATEGI TINDAKAN YANG DICADANGKAN

    7.1 Simulasi Watak (Roleplay)

    Ada banyak kaedah-kaedah pengajaran yang boleh digunakan oleh guru untuk mejadikan

    pengajaran seseorang guru itu lebih menarik, berkesan dan sebagainya. Kaedah-kaedah itu

    terletak di atas satu kontinum yang melibatkan murid-murid belajar secara langsung.

    Di antara kaedah-kaedah yang ada ialah seperti kaedah syarahan, bercerita, projek,

    simulasi, demonstrasi dan sebagainya. Disini penulis hanya akan membincangkan tentang

    kaedah simulasi.

    Daripada pemerhatian yang kami lakukan di SMK Selayang Bharu kami dapati, guru

    Bahasa Inggeris Tingkatan 2 Silikon telah menggunakan satu pendekatan yang amat menarik

    bagi menarik minat pelajar untuk mempelajari bahasa Inggeris iaitu dengan menggunakan

    kaedah simulasi watak.

    Simulasi watak itu telah dilaksanakan oleh guru tersebut dengan cara pelajar disediakan

    sampul yang mempunyai kad bergambar mengandungi watak yang akan dilakonkan oleh

    mereka. Sebelum watak tersebut dilakonkan, pelajar akan diminta untuk mencari maklumat

    berkenaan watak tersebut. Sebagai contoh, pelajar mendapat kad bergambar doktor. Mereka

  • 14

    perlu menyenaraikan perkataan yang memerihalkan tentang watak tersebut seperti pekerjaan,

    pakaian, tugas, lokasi dan sebagainya (apa sahaja) dalam sumbangsaran. Pelajar tersebut akan

    berkongsi dengan pelajar lain hasil dapatan mereka dengan menceritakan semula apa yang telah

    diperolehi. Pelajar tersebut akan melakonkan watak tersebut dengan bantuan watak lain dan guru

    bagi melatih penggunaan bahasa.

    Kaedah simulasi.

    Simulasi adalah suatu pengajaran yang sangat berkesan. Pengunaan kaedah simulasi

    membolehkan para guru mencapai objektif pembelajaran dari segi isi kandungan, konsep,

    kemahiran dan sikap. Kaedah simulasi ini juga boleh memperbaiki kesihatan mental dan

    memudahkan kreativiti.

    Simulasi ini adalah juga suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan

    sengaja diwujudkan sama dengan situasi yang sebenar. Tujuannya ialah untuk menjalankan

    latihan demi untuk menyelesaikan masalah.

    Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, kaedah simulasi

    digunakan untuk membolehkan para pelajar berlatih sendiri aktiviti lakonan dalam keadaan yang

    teratur dan terkawal dengan tujuan mengemukakan cara penyelesaian untuk satu-satu masalah

    yang ditimbulkan, yang mana masalah-masalah yang ditimbukan itu melibatkan satu kajian yang

    rumit, masalah disiplin atau peristiwa-peristiwa yang berlaku di alam sekitar seperti di kedai,

    jalan raya, pasar, sekolah dan sebagainya.

    Jenis-jenis simulasi.

    Kaedah simulasi ini ada dua. Dua jenis yang biasa di gunakan dalam aktiviti

    pembelajaran di dalam bilik darjah. Dua jenis yang di maksudkan ialah sosio drama dan main

    peranan.

    Sosiodrama.

    Sosiodrama adalah merupakan satu aktiviti lakonan yang menarik, ianya adalah

    berdasarkan sesuatu cerita yang menggambarkan sesuatu situasi atau isu berkonflik, mempunyai

  • 15

    perwatakan yang menentang sosial. Oleh kerana sosiodrama adalah merupakan aktiviti lakonan

    yang berdasarkan cerita yang lengkap pada kebiasaannya skrip lakonan akan di sediakan lebih

    awal agar ianya dapat di fahami, di baca, dan membuat persediaan oleh pelajar-pelajar yang

    dipilih untuk melakonkan ssuatu watak yang di berikan oleh guru.

    Main Peranan.

    Main peranan adalah merupakan satu lakonan yang spontan yang melibatkan sekumpulan

    pelajar tanpa menggunakan sebarang skrip, ianya adalah merupakan lakonan yang berdasarkan

    kepada satu masalah yang timbul pda ketika itu. Biasanaya, di dalam aktiviti main peranan

    pelajar membayangkan situasi yang timbul dan kemudian mereka melakonkan situasi yang di

    bayangkan tadi dengan secara sepontan.

    Aktiviti main peranan ini bermula daripada suatu situasi yang direka dan ditimbulkan

    oleh guru. Sebelum mengadakan aktiviti main peranan ini pada kebiasaannya keterangan yang

    ringkas mengenai objektif lakonan dan watak-watak yang terlibat dalam situasi ini akan

    dihuraikan oleh guru. Setelah menerangkan secara ringkas tadi baharulah guru memilih sesiapa

    yang berminat untuk melakonkan situasi tersebut. Oleh kerana aktiviti main peranan ini

    merupakan satu lakonan yang di lakukan secara spontan masa yang di berikan hendaklah pendek

    sahaja iaitu sekitar 5-7 minit sahaja. Setelah selesai penilaian hendaklah dibuat di dalam bilik

    darjah.

    Prinsip-prinsip menggunakan simulasi.

    Jika hendak menggunakan kaedah simulasi ini di dalam bilik darjah dengan berkesan maka guru

    haruslah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip berikut terlebih dahulu:-

    1-Guru hendaklah merancang situasi yang bermasalah dan mewujudkannya secara bertulis atau

    lisan di dalam kelas.

    2- Sebelum menjalankan aktiviti lakonan, penerangan yang ringkas tentang masalah, peranan

    watak-watak dan tempoh masa sesi simulasi hendaklah diberikan.

    3- Pilih pelajar-pelajar yang telah mahir dalam peraturan sebagai pelakon. Ini akan menjamin

    aktiviti lakonan dapat dijalankan dengan lancar.

  • 16

    4- Bagi sosiodrama, skrip lakonan hendaklah disediakan dan diedarkan kepada mereka yang

    dipilih untuk terlebih dahulu.

    5- Jika perlu, sediakan alatan seperti topeng-topeng untuk pelakon.

    6- Semasa sesi simulasi, pastikan para pelajar yang lain menjadi penonton benar-benar

    menumpukan perhatian terhadap aktiviti lakonan itu

    7- Selepas sesi simulasi, guru hendaklah meminta mereka memberi pandangan tentang cara

    penyelesaian masalah seperti yang ditunjukkan dalam lakonan.

    8- Suatu rumusan harus dicapai melalui perbincangan di antara pelajar pada akhir waktu pelajaran.

    Tujuan-tujuan simulasi.

    - Untuk menguasi kemahiran : simulasi melatih bertutur secara spontan melalui aktiviti lakonan.

    Ianya juga melatih murid kemahiran menyusun ayat dan menggunakan sebutan yang tepat.

    - Untuk membina pemikiran secara analitis dan kritis : semasa menjalankan aktivitilakonan,

    murid-murid harus berfikir dan menyusun ideanya secara teratur untuk menggambarkan cara

    penyelesaian yang di lakukan.

    - Untuk membina sikap positif : melalui simulasi yang di lakonkan, konflik sosial itu dapat

    diselesaikan. Sikap atau tingkah laku yang negatif akan dapat diubah dan sikap yang positif akan

    dapat dibentuk dan dipupuk.

    - Untuk mengaitkan isi pelajaran dengan aspek afektif: melalui aktiviti lakonan berdasarkan isi

    pelajaran pendidikan moral, murid-murid dapat menghayati nilai-nilai dan sikap orang lain.

  • 17

    - Untuk mempelbagai aktiviti pembelajaran : simulasi meruakan suatu teknik mengajar tambahan

    yang juga boleh membantu murid-murid mempertingkatkan penguasaan kemahiran bahasa

    dengan berkesan.

    Kelebihan simulasi.

    -Memberi peluang kepada murid memikirkan cara penyelesaian secara spontan dalam situasi

    bermasalah yang diwujudkan.

    -Murid-murid dapat mempertingkatkan kemahiran pertuturan mereka.

    -Simulasi merupakan satu teknik pembelajaran yang menarik dan seronok, dan membawa kepada

    suasana pembelajaran yang berkesan.

    -Murid-murid dapat dilatih berlakon dengan gaya yang betul.

    -Mereka akan dilatih untuk menghadapi situasi bermasalah yang sebenar.

    -Selain menggalakkan interaksi di antara murid-murid, ianya juga memberi kesempatan kepada

    murid-murid untuk menghayati nilai-nilai moral yang baik, seterusnya mengubah sikap negative

    dan membina sikap positif.

    -Dengan menggunakan teknik simulasi, banyak situasi di luar bilik darjah dapat ditunjukkan

    dalam bilik darjah.

    -Secara tidak langsung,bakat lakonan murid dapat diasah.

    Perlaksanaan aktiviti simulasi.

    Perlaksanaan simulasi ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu: peringkat sebelum simulasi,

    peringkat perlaksanaan simulasi, dan peringkat selepas simulasi.

  • 18

    Peringkat sebelum simulasi.

    - Objektif pembelajaran. Guru hendaklah menentukan objektif pembelajaran yang hendak

    dicapai.

    - Kemahiran.Guru mengenalpasti kemahiran yang akan menjadi fokus.

    - Penyerapan nilai.Guru menentukan jenis penilaian yang akan digunakan.

    - Penilaian.Guru menentukan jenis penilian yang akan digunakan dalam simulasi.

    - Pengukuhan dan pengayahan.Guru perlu memikirkan jenis aktiviti pengukuhan dan pengayaan.

    - Alatan.Guru memastikan bahawa semua alatan yang dipelukan telah disediakan

    Peringkat perlaksanaan simulasi.

    - Adakan set induksi untik menarik minat murid Bacakan arahan dengan jelas.

    - Pecahkan kelas kepada beberapa kumpulan.

    - Edarkan kad arahan kepada murid yang mengambil bahagian.

    - Minta murid cuba memahami tugas yang diberikan kepada mereka.

    - Setiap kumpulan menjalankan simulasi berkenaan.

    - Murid yang lain akan mencatatkan dan memerhatikan aktiviti simulasi yang diadakan.

    - Diakhir simulasi penilaian dijalankan

    Peringkat selepas simulasi.

    - Guru berbincang dengan murid tentang masalah yang dikemukakan.

    - Menulis laporan tentang masalah itu.

    - Menulis semula dialog yang digunakan dalam simulasi.

    - Menyediakan carta aliran bagi menjelaskan konsep yang ditonjolkan.

  • 19

    Perlaksanaan sesi main peranan.

    Perlaksanaan sesi main peranan juga memuatkan tiga peringkat iaitu peringtak sebelum sesi main

    peranan, peringkat semasa main peranan, dan peringkat selepas main peranan

    Peringkat sebelum main peranan.

    - Guru menentukan tajuk yang sesuai untuk sesi main peranan.

    - Guru memaklumkan apa yang perlu dilakonkan.

    - Guru memilih peserta serta berbincang dengan murid tentang watak yang ditentukan.

    - Guru menentukan murid-murid lain sebagai pemertahi. Guru memberitahu aspek- aspek yang

    perlu diberi perhatian.

    Peringkat semasa sesi main peranan.

    - Perbincangan dijalankan sama ada dalam kumpulan atau secara kelas.

    - Lakonan semula diadakan jika perlu untuk memperbaiki aspek-aspek lakonan yang tertentu.

    Peringkat selepas sesi main peranan

    Guru menjalankan perbincangan dengan murid-murid. Dia (guru) akan menenyakan kelas

    (murid-murid) tentang siapa yang paling aktif, siapa yang menjalankan main peranan dengan

    baik dan siapa pula yang pasif.

    - Guru memberikan taklimat semula dengan tujuan:

    -Menganalisis kesan main peranan,

    -Membaiki kelemahan jika ada,

    -Menerangkan apa yang berlaku dalam keadaan sebenar,

    -Membantu murid membuat renungan dan mengembangkan satu-satu kemahiran.

  • 20

    -Membantu murid-murid membuat rumusan tentang perlakuan mereka dalam main peranan.

    Langkah-langkah perlaksanaan main peranan.

    - Reka situasi secara terperinci dan teratur sebelum diperkenalkan kepada murid-murid.

    - Adakan perbincangan dengan murid tentang situasi ini.

    - Terangkan peranan kepada murid-murid yang terlibat.

    - Pilih murid-murid yang terlibat secara suka rela.

    - Berikan masa untuk mereka membincangkan tentang masalah yang ada.

    - Pemerhati-pemerhati hendaklah menulis nota tentnag watak-watak agar dapat mereka

    membuat pandangan tentang peranan itu disampaikan.

    - Setelah selesai sesi main peranan, peniaian pesrta hendaklah dibuat.

    - Sebahagian daripada main peranan boleh diulangi serta dibaiki sekiranya ada kekurangan dan

    jika perlu.

    - Sekiranya ada emosi yang sukar untuk dikawal cubalah tukar peranan pelakon.

    - Wujudkan suasana kebebasan serta keselamatan.

    Bermacam-macam kaedah yang ada didalam pengajaran itu tetapi tidak semua kaedah

    sesuai untuk semua mata pelajaran yang ada. Kaedah simulasi ini adalah salah satu kaedah yang

    boleh diguna pakai agar dapat menaikkan minat para pelajar untuk menumpukan perhatian

    mereka pada pelajaran mereka.

  • 21

    8.0 JADUAL PERLAKSANAAN KAJIAN

    BIL AKTIVITI TARIKH PERLAKSANAAN

    1. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data 26 Julai 2010

    2. Menulis proposal Kajian 31 Julai 2010

    3. Merancang Tindakan 5 Ogos 2010

    4. Melaksanakan Tindakan

    1. Mengumpul maklumat

    Temu bual

    Pemerhatian

    Soal selidik

    Strategi tindakan yang dicadangkan mula

    dijalankan (simulasi watak (role play simulation)

    Menjalankan ujian Pra

    9 Ogos 2010 - 30 September 2010

    9 Ogos 2010

    9 Ogos 2010

    9 Ogos 2010

    11 Ogos 2010

    30 September 2010

  • 22

    9.0 KOS KAJIAN

    Bil Jenis Bahan Kuantiti x harga seunit Jumlah kos

    1. Kertas A4 1 x RM12.00 RM12.00

    2. Print RM0.30 x 25 Set RM 7.50

    3. Fofostat bahan RM50

    JUMLAH RM 69.50

    10.0 PENUTUP

    Kajian ini diharap dapat membantu murid-murid dalam mempertingkatkan penguasaan

    B.I mereka. Melalui kajian ini, pelajar dibimbing untuk menyebut sesuatu perkatan dengan betul.

    Sesi pengajaran ini diharap akan diteruskan walaupun tempoh kajian ini berakhir. Dengan

    adanya program seperti ini, diharapkan pelajar 2 Silikon dapat meningkatkan minat mereka

    untuk mempelajari B.I. sekaligus melonjakkan penguasaan B.I dengan baik walaupun ada

    kelemahan dalam penguasaan tatabahasa. Oleh itu, pihak guru yang terlibat diharap dapat

    meningkatkan minat pelajar terhadap penguasaan B.I. dan bukan semata-mata lulus dalam

    peperiksaan serta sebagai seorang guru harus memberi sokongan kepada pelajar untuk

    mempelajari B.I. walaupun guru tersebut bukan khusus dalam subjek tersebut.

  • 23

    BIBLIOGRAFI

    Abdul Rahim Osman (1994). Kanak-kanak Melayu Mundur : Keturunan Atau Persekitaran.

    Isu Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Adnan Kamis (1985) Pertalian Antara Sikap Pelajar Mata Pelajaran Dan Kaitannya

    Dengan Pencapaian Akademik., Jurnal Pendidikan :UKM, 17-36.

    Alis Putih (2008)Kajian Tindakan Di Sekolah, Satu Pengenalan. , Jitra : Pure Honey Enterprise.

    Ee Ah Meng (1997). Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

    Erwin Tripp (1994). Language Acquisation And Communicative Choice. Stanford

    University Press.

    Fathman A. K. (1995). Variables Affecting The Successful Learning Of English As A Second

    Language. New York : Tesol Quarterly.

    Hassan Al. (1996). Mendidik Anak Pintar Cerdas. Kuala Lumpur : Utusan Publication

    And Distributors Sdn. Bhd.

    Ibrahim Saat (1995). Isu Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Jumali Ismail (1992). Sikap, Motivasi Dan Pencapaian Dalam pembelajaran Bahasa Inggeris

    Sebagai Bahasa Kedua Di Kalangan Pelajar Melayu. Jurnal Dewan Bahasa. 11 : 1071 -

    1080.

    Jumrang Mendeng (2004). Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Matematik Dalam

    Bahasa Inggeris. Tinjauan Persepsi Pelajar 3 Buah Sekolah Daerah Kota Kinabalu,

    Sabah. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda.

  • 24

    Kamaruddin Hussin (1999). Psikologi Bilik Darjah : Asas Pedagogi. Kuala Lumpur :

    Utusan Publication And Distributors Sdn. Bhd.

    Mok Soon Sang (1994). Psikologi Pendidikan 2. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.

    Othman Lebar (2009), Modul Kajian tindakan.

    Sinari Mohd Eunos (2003). Persepsi Pelajar Terhadap Pengajaran Guru Dalam Mata Pelajaran

    KHB KBSM. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda.

    Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor (2008). Psikologi Pendidikan

    Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

    Tajul Ariffin Ahmad (1998). Pendidikan Suatu Pemikiran Semula. Kuala Lumpur :

    Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Tarmizi Amran (2003). Penguasaan Bahasa Inggeris Di Kalangan Pelajar Tahun 4 SPA Fakulti

    Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda.

    Tuckmen dan Blair (1998). Factor Associated With Pupil : Attitudes Towards Mathematics In

    Negerian Primary School. Research Technological Mathematics Education. 33 : 247 -

    255.

    Widad Othman (1998). Kaedah Mengajar Lukisan Kejuruteraan. Universiti Teknologi Malaysia

    : Tesis Sarjana Muda.