proposal kajian tindakan

Download Proposal Kajian Tindakan

If you can't read please download the document

Upload: shafiq-azli

Post on 07-Aug-2015

170 views

Category:

Documents


18 download

TRANSCRIPT

MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGHAFAL FAKTA DALAM PENULISAN ESEI BAGI MATAPELAJARAN EKONOMI RUMAH TANGGA MELALUI PENGUNAAN SISTEM PETA MINDA DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI TUALANG TEMERLOH PAHANG. Noraini Yahya ABSTRAK Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tualang bagi mengenal pasti dan mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan 4 untuk mengingat fakta-fakta bagi matapelajaran Ekonomi Rumah Tangga dan kata kunci bagi huraian fakta. Tanpa menguasai kemahiran mengingati fakta dan kata kunci, pelajar akan mengahadapi masalah dalam menguasai matapelajaran ini. Kajian ini melibatkan seramai 30 orang pelajar dan seorang guru. Perancangan tindakan difokuskan kepada pengurusan kemahiran menghafal fakta dan kata kunci bagi huraian fakta dengan menggunakan peta minda. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui analisis Peperiksaan Akhir Tahun bagi matepelajaran Ekonomi Rumah Tangga. Hasil tinjauan menunjukkan pelajar perlu memberi fakta yang tepat dan pengolahan yang mantap bagi membolehkan mereka memperoleh markah yang baik di dalam peperiksaan. Oleh yang demikian, melalui kajian ini diharap ianya dapat membantu para pelajar menghafal fakta dengan baik dan memperbaiki kuputusan peperiksaan mereka.1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN Semasa saya menyemak kertas-kertas soalan matapelajaran Ekonomi Rumah Tangga terutamanya kertas-kertas peperiksaan percubaan dan peperiksaan SPM sebenar, saya mendapati pelajar perlu menghafal dan membuat pengolahan yang mantap bagi memperoleh markah yang telah ditetapkan. Sebagai contoh jika pelajar terlepas aturan dalam suatu masakan atau susun atur yang tidak mengikut urutan, maka pelajar terpaksa menanggung risiko untuk tidak mendapat markah bagi soalan tersebut kerana kesilapan kecil yang dilakukan. Justeru melalui peta minda pelajar dapat menghafal dan mengingat sesuatu perkara dengan tepat dan mengikut urutan serta mampu membuat pengolahan yang baik. Seperti mana yang telah kita ketahui peta minda merupakan salah satu teknik belajar yang pantas dan berkesan. Melalui kajian ini saya berharap pelajar mampu untuk menjawab soalan dengan baik terutamanya bagi soalan-soalan kertas 2 Ekonomi Rumah Tangga.2.0 PERNYATAAN MASALAH Berdasarkan hasil keputusan peperiksaan akhir tahun 2012 pelajar tingkatan 4 SMK Seri Tualang yang mengambil matapelajaran ERT, didapati hampir sebahagian daripada pelajar berkenaan tidak mendapat keputusan yang cemerlang. ini adalah kerana pelajar yang mengambil matapelajaran ERT, sukar untuk menjawab kertas 2 dengan baik terutamanya bagi soalan esei. Ini berdasarkan dari keputasan peperiksaan akhir tahun 2012. Oleh itu adalah penting bagi saya untuk mengakaji kaedah yang paling berkesan bagi membantu pelajar menjawab soalan dengan baik dengan menggunakan teknik yang mudah dan berkesan. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum Objektif kajian ini aadalah untuk meningkatkan keupayaan pelajara dalam menghafal fakta dan kata kunci serta mampu membuat huraian fakta agar pelajar dapat memahami dan mengaplikasikan konsep yang diajar dalam kehidupan seharian. 3.2 Objektif khusus i.Pelajar dapat memberi fakta yang tepat dengan menggunakan kata kunci untuk membuktikan kefahaman pelajar. ii.Pelajar mampu membuat huraian yang berkesan berdasarkan kata kunci iii.Pelajar dapat mengingat, menyatakan semula fakta dan menjelaskan huraian fakta semasa menjawab soalan esei kertas 2. iv.Pelajar dapat menyatakan fakta-fakta yang diajar dalam mata pelajaran Ekonomi Rumah Tangga tanpa kesalahan ejaan.4.0 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran terdiri daripada 30 orang pelajar Tingkatan 4 yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang sederhana dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tualang.5.0 FOKUS KAJIAN Kajian saya berfokus kepada teknik mengingat atau menghafal yang mudah mengikut kumpulan sasaran terutamanya bagi pelajar yang mengalami masalah dalam menjawab kertas 2 dengan baik. Saya akan menggunakan pendekatan yang sesuai dengan kemampuan pelajar saya. Antara pendekatan yang boleh diambil ialah 5.1 Pendekatan Pembelajaran Masteri 5.1.1 Pembelajaran masteri merupakan satu pendekatan dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan pelajar dalam sesuatu yang diajar.(Bloom,1968). Menurut Bloom beliau mentafsirkan pembelaajran amsteri sebagai teknik yang: ii.Mengingati fakta dan kata kunci penting dalam huraian fakta menggunakan peta minda dan jadual. iii.Menggunakan aplikasi set penulisan penerangan huraian yang dihafal untuk menunjukkan kefahaman dan menjawab soalan bentuk esei. iv.Menghafal dan mengingat berulang kali dengan latihan pengukuhan dari semasa ke semasa.6.0 PELAKSANAAN KAJIAN 6.1 Tinjauan masalah Sebelum mengaplikasikan kaedah yang dicadangkan, saya telah ke SMK Seri Tualang dalam mengenalpasti masalah dan mengesan kelemahan pelajar terutamanya dalam menjawab soalan esei. Berdasarkan tinjauan saya mendapati bahawa pelajar menghadapi kesukaran untuk mendapat markah yang baik bagi kertas 2. Melalui sistem pembahagian markah, kertas 1 berjumlah 40 markah manakala kertas 2 berjumlah 60 markah menjadikan markah keseluruhan sebanyak 100 markah. Namun begitu terdapat pelajar yang mendapat markah kurang dari 40 markah. Saya dapat membuat kesimpulan bahawa ketidupayaan pelajar menghafal fakta dan menguraikan fakta dengan baik berdasarkan kata kunci menjadi faktor utama yang perlu diatasi dalam menjawab soalan esei. Tinjauan dijalankan dengan mengutip data seperti berikut: I.Analisis markah Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun 2012. II.Analisa Jawapan Spesefikasi Ujian (JSU) bagi matapelajaran Ekonomi Rumah Tangga tingkatan 4 bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun 2012. Analisis Tinjauan Masalah Melalui dapatan daripada Analisis markah Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun 2013 serta Analisa Jawapan Spesefikasi Ujian (JSU ) Ekonomi Rumah Tangga, didapati pelajar tidak dapat menjawab soalan esei dengan baik kerana kekurangan fakta yang tepat dan huraian yang kurang jelas. perbandingan dengan skema jawapan. Ini berdasarkan7.0 TINDAKAN YANG AKAN DIJALANKAN 7.1 Menghafal fakta dan kata kunci huraian fakta dengan menggunakan peta minda. Cara pelaksanaan: I.Guru menyediakan peta minda dan jadual yang diedarkan kepada para pelajar. II.Pelajar diminta menyalin kata kunci dan menghafalnya. III.Guru menjelaskan setiap kata kunci huraian fakta berserta contoh yang sesuai. IV.Pelajar akan menerangkan kembali kata kunci bagi jawapan mereka bersama huraian dan contoh yang sesuai dengan menggunakan peta minda.8.0 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN. Saya bercadang untuk melaksanakan kajian ini bermula daripada Mula Tamat 24 May 2013 4 Februari 20139.0 CADANGAN KAJIAN. Saya berharap dapat menggunakan lebih banyak responden dan juga variasi pada masa akan datang semasa menjalankan kajian bagi mendapatkan hasil keputusan yang tepat dan jitu.Bibliografi 1.Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia 2001. 2.Pembelajaran Masteri, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia 2001.