proposal kajian tindakan

7
PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP PEMANIS 1 PETI SURAT 42, 85007, SEGAMAT, JOHOR NAMA : SAFRAH BINTI MOHAMAD TAJUK : MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TAHUN 4 CERDAS TERHADAP PERATURAN KESELAMATAN DI BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP MELALUI KAEDAH “KAD KOCEK” 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELARAN LALU Saya mengajar di tahun 4 Cerdas bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup. Setiap kali murid-murid saya masuk ke bengkel untuk menghadiri kelas Kemahiran Hidup hati saya sering berasa gusar, sedih dan kadang - kadang merasa marah. Ini kerana sikap mereka yang sering mengabaikan keselamatan. Pasti ada murid yang berlari di dalam bengkel, bergurau dan tambah membimbangkan lagi ada di antara mereka yang langsung tidak mematuhi peraturan walaupun telah diajar, ditegur dan didenda. Analisis yang saya lakukan terhadap ujian bulanan pada bulan Mac juga meruntun jiwa saya apa bila 20 orang daripada 29 murid tahun 4 Cerdas tidak dapat PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN 1

Upload: safrah-saf

Post on 05-Jul-2015

184 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP PEMANIS 1 PETI SURAT 42, 85007, SEGAMAT, JOHOR

NAMA : SAFRAH BINTI MOHAMAD

TAJUK : MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TAHUN 4 CERDAS TERHADAP PERATURAN KESELAMATAN DI BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP MELALUI KAEDAH “KAD KOCEK”

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELARAN LALU

Saya mengajar di tahun 4 Cerdas bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup.

Setiap kali murid-murid saya masuk ke bengkel untuk menghadiri kelas

Kemahiran Hidup hati saya sering berasa gusar, sedih dan kadang -

kadang merasa marah. Ini kerana sikap mereka yang sering mengabaikan

keselamatan. Pasti ada murid yang berlari di dalam bengkel, bergurau dan

tambah membimbangkan lagi ada di antara mereka yang langsung tidak

mematuhi peraturan walaupun telah diajar, ditegur dan didenda.

Analisis yang saya lakukan terhadap ujian bulanan pada bulan Mac

juga meruntun jiwa saya apa bila 20 orang daripada 29 murid tahun 4

Cerdas tidak dapat menjawab soalan berkaitan peraturan keselamatan di

bengkel Kemahiran hidup

Saya ada mengutarakan kekecewaan saya kepada rakan setugas.

Maklum balas yang saya terima antaranya:

- “Mereka ni semua budak-budak manja tak boleh ditegur langsung”

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN 1

-“ Kau kena garang semasa mengajar baru mereka takut, baru dalam

peperiksaan dapat jawab”

Hati saya terpanggil untuk mengkaji mengapa mereka sukar untuk mematuhi

peraturan ketika dibengkel. Benarkah kita perlu menjadi garang ketika

mengajar? Benarkah pembelajaran akan berlaku sekiranya seseorng guru itu

mengajar dengan garang?

Hasil dari temu bual dengan murid-murid ini saya dapati antara sebab mereka

gagal menguasai dan mematuhi peraturan keselamatan di bengkel ialah:

- Tidak membaca buku/ mengulangkaji pelajaran

- Tidak memahami kepentingan keselamatan di bengkel

- Tidak memahami kehendak soalan.

2.0 ISU KEPERIHATINAN

Hasil daripada pemerhatian tingkah laku dan analisis soalan saya mendapati

murid-murid ini bertindak tidak mematuhi peraturan keselamatan di bengkel

kerana mereka tidak faham dan mengagap keselamat di bengkel hanya salah

satu topik yang perlu mereka pelajari di tahun 4. Situasi ini bertambah berat

lagi apabila mereka tidak membuat ulang kaji ketika di rumah.

Saya yakin jika saya dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran

topik keselamatan di bengkel lebih menarik sikap negatif dan pencapaian

murid akan dapat diperbaiki. Selain itu topik ini juga boleh dijadikan ia

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN 2

sebagai satu kit atau alat yang boleh dirujuk di mana jua murid berada ketika

di kawasan sekolah.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 OBJEKTIF AM

Kajian ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan kepatuhan murid

terhadap peraturan keselamatan di bengkel kemahiran hidup.

3.2 OBJEKTIF KHUSUS

1. Meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran Kemahira hidup.

2. Meningkatkan kefahaman murid terhadap pentingnya mematuhi

peraturan keselamatan di bangkel Kemahiran Hidup.

3. Mengubah cara pengajaran guru supaya murid merasakan proses

Pembelajaran lebih seronok dan lebih bermakna.

4. Meningkatkan daya ingatan murid dengan penggunaan otak kanan

melalui pembinaan kit peraturan keselamatan di bengkel kemahiran

hidup.

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN 3

4.0 KUMPULAN SASARAN

Murid-murid tahun 4 cerdas

Lelaki : 13 orang

Perempuan : 7 orang

Jumlah : 20 orang

5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN

i. Tinjauan Masalah

Sebelum kajian tindakan dijalankan, Tinjuan terhad masalah yang di

kenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih

mendalam masaalah tersebut. Tinjauan dilakuakan dengan mengutip

data seperti berikut:

a. Keputusan Ujian Bulanan Mac.

b. Ujian Khas (Ujian Pra) , menguji tahap kefahaman murid tentang

peraturan keselamatan di bengkel Kemahiran Hidup.

c. Temu bual bersama murid secara tidak fomal.

ii. Kaedah “Kad Kocek”

Cara pelaksanaan:

a. Saya meminta murid memotong kad manila kepada 10 kepingan

bersaiz 7 cm lebar x 5 cm lebar.

b. Seterusnya saya membimbing mereka memindahkan peraturan-

peraturan keselamatan di bangkel ke dalam kad-kad tersebut.

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN 4

c. Murid diminta menghias kad-kad tersebut dengan kretiviti mereka

sendiri.

d. Kad tersebut hendaklah dibawa oleh mereka di dalam kocek walau

ke mana sahaja mereka berada di kawasan sekolah.

e. Saya juga menyoal mereka tentang peraturan keselamatan di

bengkel apabila bertemu mereka di kawasan sekolah.

f. Murid menjalani ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2 . Saya an murid akan

membincangkan jawapan sebagai langkah pengukuhan.

g. Setiap kali saya saya mengajar mereka, saya mengingatkan murid

supaya membaca atau membuat kad-kad untuk mengulangkaji

pelajaran.

6.0 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

BIL AKTIVITI

TARIKH

PELAKSANAAN

1. Mengenal pasti masalah dan mengumpul data awal 28 MAC 2011

2. Menulis proposal Kajian 11 APRIL 2011

3. Merancang Tindakan 13 APRIL 2011

4. Ujian Pra 18 APRIL 2011

5. Melaksanakan Tindakan (Menyiapkan “ Kad Kocek”) 20 APRIL 2011

6. Ujian Pos 1/ Perbincangan bersama murid 25 APRIL 2011

7 Ujian Pos 2/ Perbincangan bersama murid 2 MEI 2011

8. Refleksi Kajian 5 MEI 2011

9. Menulis Laporan Kajian 16 MEI 2011

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN 5