proposal kajian tindakan

Download Proposal kajian tindakan

Post on 10-Dec-2014

60.519 views

Category:

Education

7 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

  • 1. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN : MEMPERTINGKATKAN PENGUASAAN SEBUTAN DAN PERBENDAHARAAN KATA BAHASA INGGERIS MENGGUNAKAN SIMULASI WATAK (ROLE PLAY SIMULATION) KPR5063 : KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN KUMPULAN : E AHLI KUMPULAN : NORAZURA BINTI YAHYAL20101006102 NOR HASLINA BINTI ROSLI L20101006101 NOR AMIRA BINTI NOOR ALIL20101006107 ABDOL RAHIM BIN AHMAD L20101006103 DISEDIAKAN UNTUK:PROF.MADYA HJ.ABD LATIF BIN HJ. GAPOR 1

2. 1.0 PENGENALANKumpulan kami telah membuat kajian tindakan berkaitan pencapaian akademik Bahasa Inggeris ke atas pelajar SMK Selayang Bharu, Selangor iaitu sebuah sekolah di daerah Gombak. Kami telah memilih tingkatan 2 Silikon yang seramai 30 orang sebagai sampel kajian kami. Isu yang hendak dikaji ialah pencapaian pelajar dalam Bahasa Inggeris (B.I). Pemerhatian di lakukan semasa sesi pembelajaran B.I berlangsung. Di dapati bahawa pelajar di dalam kelas tersebut tidak memberi perhatian sepenuhnya terhadap mata pelajaran tersebut dan tidak dapat menguasai B.I dengan baik. Setelah tamat waktu pembelajaran, kami telah bersemuka dengan guru mata pelajaran tersebut dan bertanyakan tentang pencapaian akademik B.I bagi kelas berkenaan. Selain itu, kami juga meminta rekod pencapaian seperti ujian bulanan peperiksaan setengah tahun. Berdasarkan rekod yang di perolehi, didapati bahawa pencapaian pelajaran B.I kelas 2 Silikon amat tidak memuaskan. Oleh itu, untuk menaikkan prestasi pelajar kami merangka satu pelan tindakan yang bernama Simulasi Watak (Roleplay) supaya pelajar 2 Silikon meminati untuk belajar matapelajaran B.I. iaitu dengan menarik minat pelajar untuk memahirkan sebutan perkataan dan menguasai perbendaharaan kata dalam Bahasa Inggeris. 2.0 PERNYATAAN MASALAHSekolah Menengah Kebangsaan Selayang Bharu ini merupakan salah sebuah sekolah yang terletak di Selangor merupakan antara sekolah yang berada di luar bandar. Berdasarkan rekod pencapaian mata pelajaran B.I di salah sebuah kelas di sekolah berkenaan, didapati bahawa tahap pencapaian mata pelajaran tersebut adalah sangat rendah. Ramai pelajar yang gagal di dalam ujian B.I bulanan dan pertengahan tahun. Mereka tidak menyedari kepentingan B.I merupakan mata pelajaran yang amat penting bukan sahaja di sekolah malah ia penting selepas alam persekolahan dan ia perlu diaplikasikan di dalam setiap aspek termasuk semasa di peringkat pengajian tinggi.Berdasarkan pemerhatian kami, terdapat dua fenomena yang memberikan sumbangan kepada gred pencapaian pelajar yang merosot iaitu bagi ujian bulanan dan tahunan merosot dari 50.% kepada 40% sahaja. Pertama, guru hanya mengajar untuk mereka lulus peperiksaan 2 3. semata-mata tetapi tidak dari aspek menanam minat pelajar untuk meminati B.I. Kedua, disebabkan pengajaran guru yang kurang berkesan sehingga membosankan pelajar. 3.0 RASIONAL KAJIANRasional utama kajian ini dijalankan adalah kerana B.I merupakan mata pelajaran yang paling penting. Ini adalah kerana B.I merupakan bahasa antarabangsa seantero dunia. Ia akan diaplikasikan apabila pelajar tamat alam persekolahan iaitu semasa belajar diperingkat universiti kerana bahasa yang digunakan semasa sesi kuliah adalah dalam B.I. Sekiranya pelajar sudah menguasai bahasa ini pada peringkat pengajian maka dengan secara tidak langsung memudahkan pelajar tersebut untuk mendapatkan pekerjaan memandangkan semua syarikat swasta mahupun kerajaan memerlukan pekerja yang mahir dalam B.I.Secara rasionalnya kajian ini dijalankan adalah kerana pelajar bagi kelas akhir Sek Men Keb Selayang Bharu (2 Silikon) mendapat keputusan ujian B.I sangat rendah. Ini akan memberi impak yang negatif terhadap pelajar dan sekolah itu sendiri. Apabila kajian ini dibuat secara rasionalnya dapat membantu pihak sekolah dalam membendung masalah ini agar semua pihak terlibat agar sedar betapa pentingnya peningkatan pencapaian B.I.3 4. 4.0FOKUS KAJIAN Kami akan memfokuskan kajian kami kepada kemahiran sebutan dan perbendaharaan kata agar pelajar dapat melancarkan bacaan dan menigkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Ini kerana kebanyakan pelajar tidak dapat membaca Bahasa Inggeris dengan lancar sekaligus menyebabkan pelajar berasa bosan untuk mempelajari B.I. Secara langsung akan memberi kesan pada markah peperiksaan B.I. 5.0OBJEKTIF KAJIAN 5.1Objektif am Meningkatkan pencapaian pelajar (markah) bagi subjek pendidikan Bahasa Inggeris. 5.2Objektif Khusus i. Untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Inggeris ii.Untuk meningkatkan perbendaharaan kata iii. Membantu pelajar menguasai kemahiran menyebut perkataan iv.Menbantu pelajar mengusai kemahiran belajar kendiri apabila ketiadaan guru v. Membantu guru mempelbagaikan kaedah pengajaran di dalam kelas4 5. 6.0 METODOLOGI KAJIAN6.1Reka Bentuk KajianKajian ini akan dilaksanakan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan seperti model berikut: Langkah 1: Pengenalpastian Isu dan Masalah Langkah 2: Perancangan Tindakan Langkah 3: Pelaksanaan Tindakan Langkah 4: Pemerhatian dan Menganalisis Data Langkah 5: Refleksi dan Penilaian6.2Kumpulan Sasaran Kajian ini akan melibatkan seramai 30 orang pelajar tingkatan 2 Silikon di Sekolah Menengah Kebangsaan Selayang Bharu, Selangor. 6.3Instrumen Kajian Tinjauan masalah Tinjauan masalah dilakukan dengan mengutip data dan mendapatkan maklumat dalam kelas yang terlibat. Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah akan dibuat berdasarkan temubual dengan guru Bahasa Inggeris, rekod markah ujian bulanan, temu bual, soal selidik kepada pelajar dan pemerhatiana) Temubual dengan Guru Bahasa Inggeris5 6. Penyelidik mendapat maklumat daripada temubual bersama tenaga pengajar, iaitu Pn. Anisah yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris bagi kelas 2 Silikon dan mendapati biasanya murid tidak mendapat markah penuh atau mendapat markah rendah dalam subjek Bahasa Inggeris. Guru Bahasa Inggeris ini kecewa kerana pencapaian rendah pelajar dalam subjek tersebut. Ini merupakan satu kerugian kepada pelajar. Antara punca yang menyebabkan pelajar tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik adalah :- i. Pelajar tidak mahir sebutan dan perbendaharaan kata serta ejaan dalam Bahasa Inggeris. ii.Tidak bermula dari peringkat asas iaitu dari peringkat sekolah rendah iii. Pelajar tidak mahir tatabahasa iv.Pelajar tidak biasa membaca maklumat dalam Bahasa Inggerisb) Rekod markah ujian bulanan Penyelidik telah mendapatkan rekod markah ujian bulanan yang lepas bagi subjek Bahasa Inggeris daripada guru pendidikan Bahasa Inggeris. Tujuan rekod markah ujian ini adalah untuk melihat pencapaian pelajar sebelum ini, dan bagi mengesahkan kebanyakkan pelajar tidak mendapat markah tinggi pada peperiksaan Bahasa Inggeris pada ujian bulanan dan peperiksaan pertengahan tahun.6 7. Bil Nama pelajarPeratus Mohd. Zamri 1 Kamarudin 42 2 Nazarudin Mat Tahir 42 3 Mohd. Syafiq Tahir40 4 Mohd. Ladin 38 5 Nur Syuhada Hambali 38 6 Nor Shazuani37 Noor Intan Atikah 7 Sobry 35 8 Nurlina bt Shahabudin 35 Mohd Shuhaidi 9 Tarmizi 33 Anwar Asyraf 10Fadzillah 32 11Naim32 12Nur Maisarah32 13Mohd Nor Hisyam 30 14Nor Aqilah Azhari 30 15Intan Syamimi 28 16Mohd. Asyraf Salleh 28 17Nurliyana Sabri 28 18Abdul Kamal Oreng 27 19Mansor27 20Farah Izzati Zulkifli 25 Mohd. Al-akeef 21Alamin25 Mohd. Azman c) Soal selidik 22Mahmud25 Nor ShuhadaPenyelidik telah memberikan 23Shahabudin25borang soal selidik kepada pelajar. Ini 24Mohd. Nazim 23 bertujuan untuk mengetahui sebab 25Idris 22 26Mohd. Yunus 22pelajar mendapat markah yang rendah 27Abdul Hafifi Meon 20dalam sebutan dan pembendaharaan Nor Hidayah Abu 28Kasim 20kata untuk subjek Bahasa Inggeris. 29Abdul Latif 18Berikut adalah borang soal selidik 30Amin bin Isa15yang diberikan: 7 8. 1. Tidak setuju 2. SetujuBil Pernyataan Tidak Setuju Setuju1. Saya tidak lancar menyebut perkataan atau apa-apa bacaanmenggunakan Bahasa Inggeris.2. Saya tidak ada masa untuk menyebut dan meningkatkanperbendaharaan kata Bahasa Inggeris3. Saya tidak berminat untuk menyebut dan meningkatkanperbendaharaan kata Bahasa Inggeris.4. Saya sentiasa mengulangkaji topik perbendaharaan katadalam Bahasa Inggeris.5. Subjek Bahasa Inggeris merupakan subjek yang mudahkerana melibatkan sebutan dan perbendaharaan kata.6. Saya sangat meminati subjek Bahasa Inggeris8 9. Analisis soal selidik2520 Jumlah 15Pelajar 10 Setuju Tidak Setuju5 0 P1 P2 P3 P4P5 P6Nombor PernyataanJadual: Graf soal selidik berkaitan pandangan pelajar berkenaan subjek Bahasa Inggeris.Di dapati ramai pelajar bersetuju dengan pernyataan negatif yang dikemukan dalam soalselidik yang disediakan. Pernyataan bagi nombor 1 iaitu saya tidak lancar menyebut perkataanatau apa-apa bacaan menggunakan Bahasa Inggeris iaitu seramai 20 orang dan item ketigaiaitu saya tidak berminat untuk menyebut dan meningkatkan perbendaharaan kata BahasaInggeris pula sebanyak 21 orang. Bagi pernyataan no.6 pula sebanyak 23 orang pelajar telahbersetuju bahawa mereka sangat meminati subjek Bahasa Inggeis. Ini juga membuktikan danmengesahkan sama dengan hasil dapatan daripada temubual penyelidik dengan guru BahasaInggeris.9 10. d) Pemerhatian Pemerhatian akan dilakukan ke atas tingkah laku murid semasa proses pengajarandan pembelajaran (P&P) berlangsung sebelum dan selepas kajian. Penyelidikmenggunakan borang check list yang menyenaraikan tingkah laku murid semasa prosesP&P berlangsung. Hasil dapatan secara keseluruhan dapat memberi gambaran sebenarsikap pelajar terhadap sesi P&P B.I berlangsung.bilkelakuanPelajarPelajar Pelajar PelajarPelajarbaris 1baris 2 baris 3baris 4 baris 5 1. Berbual dengan rakan disebelah 2. Tidur 3. Mengganggu rakandisebelah 4Menjawab soalan yangdiajukan oleh guru 5. Bertanyakan soalan diluar topik yang diajar Senarai tingkah laku dipilih setelah penyelidik terlebih dahulu telah bertanya kepadaguru terbabit mengenai tingkah laku pelajar yang paling ketara sering dilakukan olehpelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.10 11. e) Ujian Pra Ujian pra telah dijalankan s