proposal kajian tindakan

7
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2009 TAJUK Mempertingkatkan Kefahaman Pelajar Tingkatan Lima Terhadap Petikan Melayu Klasik Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu Dengan Menggunakan Kaedah ‘Think Pair Share’ (TPS). OLEH: Mohd Azizi bin Sulaiman (P 48607) Suryatee binti Abd Rashid (P 48696) Siti Zubaidah binti Ingsa (P 48581) Siti Khadijah binti Rafli (P48691) Nadiah binti Yusof (P 48681) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan 18500 Machang, Kelantan Darul Naim. KELOLAAN:

Upload: suryatee

Post on 11-Jun-2015

5.169 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Proposal Kajian Tindakan

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2009

TAJUK

Mempertingkatkan Kefahaman Pelajar Tingkatan Lima Terhadap Petikan Melayu Klasik

Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu Dengan Menggunakan Kaedah ‘Think Pair Share’

(TPS).

OLEH:

Mohd Azizi bin Sulaiman (P 48607)

Suryatee binti Abd Rashid (P 48696)

Siti Zubaidah binti Ingsa (P 48581)

Siti Khadijah binti Rafli (P48691)

Nadiah binti Yusof (P 48681)

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan

18500 Machang,

Kelantan Darul Naim.

KELOLAAN:

Fakulti Pendidikan

Universiti Kebangsaan Malaysia

Page 2: Proposal Kajian Tindakan

Tajuk

Mempertingkatkan Kefahaman Pelajar Tingkatan Lima Terhadap Petikan Melayu Klasik

Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu Dengan Menggunakan Kaedah ‘Think Pair Share’

(TPS).

Nama Penyelidik

Mohd Azizi bin Sulaiman (P 48607)

Suryatee binti Abd Rashid (P 48696)

Siti Zubaidah binti Ingsa (P 48581)

Nadiah binti Yusof (P 48681)

Siti Khadijah binti Rafli (P48691)

Alamat Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan

18500 Machang,

Kelantan Darul Naim.

Latar Belakang Kajian

Bahasa Melayu Klasik merupakan Bahasa Melayu Kuno yang mengalami banyak perubahan

dan dipengaruhi oleh Bahasa Arab. Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik yang panjang, berulang

dan berbelit-belit menyebabkan pelajar generasi kini sukar memahami dan mengaplikasi kosa

kata Bahasa Melayu Kalsik dalam penulisan. Justeru, perancangan kajian ini adalah untuk

mempertingkatkan kefahaman pelajar tingkatan lima terhadap petikan Melayu klasik dalam

mata pelajaran Sastera Melayu dengan menggunakan kaedah ‘Think Pair Share’ (TPS).

Page 3: Proposal Kajian Tindakan

Masalah / Fokus Kajian

Masalah yang sering pelajar hadapi ialah apabila mereka sukar memahami petikan bahasa

Melayu klasik akibat ketidakfahaman pelajar terhadap beberapa perkataan dalam petikan

tersebut. Sebagai contoh, arakian, alkisah, hatta dan lain-lain. Kajian ini memfokus kepada

permasalah pelajar terutamanya pelajar tingkatan lima dalam memahami kosa kata klasik.

Rasional Kajian

Rasional kajian ini dijalankan kerana pelajar tingkatan lima masih lagi tidak dapat menguasai

dan memahami Bahasa Melayu Klasik serta sering gagal di dalam ujian apabila menjawab

soalan yang melibatkan perkataan-perkataan kosa kata klasik.

Objektif Kajian

Untuk meningkatkan kefahaman pelajar-pelajar tingkatan lima dalam Bahasa Melayu

Klasik dengan menggunakan kaedah ‘think pair share’.

Untuk membantu pelajar menguasai kosa kata klasik dan mengaplikasikannya dalam

penulisan.

Untuk menyelidik faktor-faktor yang menyokong dan menghalang usaha-usaha

membantu pelajar-pelajar lemah dalam penguasaan Bahasa Melayu Klasik.

Metodologi Kajian

a) Reka bentuk kajian

Penyelidikan ini akan menggunakan kaedah Kajian Tindakan dengan berdasarkan

pelan tindakan lima peringkat langkah:

Peringkat Langkah Pertama : Tinjauan isu dan masalah yang dikaji iaitu

masalah pemahaman petikan Melayu klasik

dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Peringkat Langkah Kedua : Perancangan menggunakan kaedah

pembelajaran “Think Pair Share” ke atas

pelajar.

Peringkat Langkah Ketiga : Pelaksanaan Tindakan.

Peringkat Langkah Keempat : Pemerhatian Tindakan

Page 4: Proposal Kajian Tindakan

Peringkat Langkah Kelima : Refleksi / Renungan dan penilaian kendiri.

b) Sasaran Kajian

Guru-guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan, 18500

Machang, Kelantan Darul Naim dan pelajar tingkatan 5.

c) Batasan Kajian

Petikan yang ditekankan dalam kajian dibataskan kepada aspek berikut:

(i) Ayat

(ii) Ayat yang panjang, berulang dan berbelit-belit.

(iii) Mempunyai banyak ayat pasif.

(iv) Menggunakan bahasa istana.

(v) Banyak menggunakan partikel ”pun” dan ”lah.

(vi) Kosakata klasik seperti Ratna Mutu Manikam, Edan Kesmaran

(Mabuk

Asmara) dan Masyghul (Bersedih).

d) Alat Instrumen Kajian

(i) Pemerhatian : Analisa secara perbincangan aspek-aspek yang

tidak difahami di dalam petikan Melayu Klasik.

(ii) Soalan Latihan: Analisa markah pencapaian pelajar berdasarkan

kaedah pembelajaran ”Think Pair Share”.

(iii) Temubual : Analisa kandungan petikan Melayu klasik.

Kepentingan Kajian

Dapatan kajian ini akan didedahkan kepada:

(i) Ahli Jawatankuasa Penyelidikan Tindakan SMK Seri Intan, 18500 Machang,

Kelantan Darul Naim.

(ii) Pelajar-pelajar tingkatan 5 SMK Seri Intan, 18500 Machang, Kelantan Darul Naim.

(iii) Guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu tingkatan 5 SMK Seri Intan, 18500

Machang, Kelantan Darul Naim.

Page 5: Proposal Kajian Tindakan

Anggaran Belanjawan

PERKARA ANGGARAN

Kertas dan bahan penyelidikan penyelidik dari perancangan

awal sehingga merefleks.RM 200.00

Perjalanan : Ke Pusat Sumber, Perpustakaan Awam dan

kedai buku.RM 300.00

Kertas dan percetakan latihan pelajar, pita rakaman dan

bateri untuk temubual.RM 200.00

Persediaan laporan kajian, kertas dan fotokopi. RM 200.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 900.00