proposal kajian tindakan

20
1.0 Pendahuluan Sains berkaitan dengan pembinaan pengetahuan yang muncul daripada manusia untuk terus hidup. Pemikiran sains atau usaha membina pengetahuan sains dari dua kaedah iaitu belajar dengan alam dan menerusi pengajaran langsung. Kurikulum sains digubal berdasarkan penguasaan kemahiran dan penerapan sikap saintifik serta nilai murni. Fokusnya adalah pada pembelajaran berfikrah dan mengoptimumkan hasil pembelajaran (Pusat Perkembangan Kurikulum,2003). Mata pelajaran sains direka bentuk untuk memberi pengetahuan asas sains, menyediakan murid supaya celik sains. Objektif kurikulum sains ini ialah menguasai kemahiran saintifik iaitu kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif melalui pendekatan inkuiri penemuan (Pusat Perkembangan Kurikulum,2003). Pendekatan inkuiri penemuan ialah pendekatan yang mementingkan pembelajaran melalui pengalaman. Murid yang terlibat dalam pembelajaran sains secara inkuiri berupaya membina kefahaman yang mendalam termasuklah menghargai kefahaman dan proses penemuan dalam sains (Zurida Ismail et al, 2005). Antara kelebihan pendekatan inkuiri dalam pengajaran sains ialah meningkatkan prestasi pelajar dan memupuk literasi saintifik dan pemahaman tentang proses sains (Zurida Ismail et al, 2005). Proses inkuiri bermula daripada satu pemerhatian yang menarik seterusnya mencetuskan persoalan. Sifat ingin tahu seterusnya merangsang tindakan bagi membuat pemerhatian, pertanyaan, ramalan , hipotesis dam kesimpulan awal (Zurida Ismail et al, 2005). 1

Upload: arname

Post on 12-Dec-2014

160 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

proposal kajian tindakan : meningkatkan penguasaan kemahiran mengawal pembolehubah

TRANSCRIPT

Page 1: proposal kajian tindakan

1.0 Pendahuluan

Sains berkaitan dengan pembinaan pengetahuan yang muncul daripada manusia

untuk terus hidup. Pemikiran sains atau usaha membina pengetahuan sains dari dua

kaedah iaitu belajar dengan alam dan menerusi pengajaran langsung.

Kurikulum sains digubal berdasarkan penguasaan kemahiran dan penerapan

sikap saintifik serta nilai murni. Fokusnya adalah pada pembelajaran berfikrah dan

mengoptimumkan hasil pembelajaran (Pusat Perkembangan Kurikulum,2003). Mata

pelajaran sains direka bentuk untuk memberi pengetahuan asas sains, menyediakan

murid supaya celik sains. Objektif kurikulum sains ini ialah menguasai kemahiran

saintifik iaitu kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif melalui pendekatan

inkuiri penemuan (Pusat Perkembangan Kurikulum,2003).

Pendekatan inkuiri penemuan ialah pendekatan yang mementingkan

pembelajaran melalui pengalaman. Murid yang terlibat dalam pembelajaran sains

secara inkuiri berupaya membina kefahaman yang mendalam termasuklah

menghargai kefahaman dan proses penemuan dalam sains (Zurida Ismail et al, 2005).

Antara kelebihan pendekatan inkuiri dalam pengajaran sains ialah meningkatkan

prestasi pelajar dan memupuk literasi saintifik dan pemahaman tentang proses sains

(Zurida Ismail et al, 2005). Proses inkuiri bermula daripada satu pemerhatian yang

menarik seterusnya mencetuskan persoalan. Sifat ingin tahu seterusnya merangsang

tindakan bagi membuat pemerhatian, pertanyaan, ramalan , hipotesis dam

kesimpulan awal (Zurida Ismail et al, 2005).

Dalam mencapai objektif kurikulum sains, guru perlu menyediakan persekitaran

pembelajaran membantu murid menguasai kemahiran proses ( Haji Zohari bin Muda

& Hajah Faridah bt. Darus, 2012). Kejayaan menerapkan kemahiran proses sains

1

Page 2: proposal kajian tindakan

dalam kalangan murid sekolah rendah bergantung kepada strategi dan penyampaian

guru semasa pengajaran ( Haji Zohari bin Muda & Hajah Faridah bt. Darus, 2012).

Dalam pembelajaran sains, pelajar seharusnya tidak duduk sahaja tetapi diberi ruang

untuk meneroka alam sekeliling dan dapat mengaplikasikan kemahiran saintifik

yang terkandung dalam kurikulum sains.

1.1 Refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu

Pengkaji telah menjalani latihan mengajar(praktikum) selama 3 bulan di Sekolah

Kebangsaan Seberang Takir, Kuala Terengganu. Pengkaji telah ditugaskan untuk

mengajar subjek sains bagi kelas tahun 4 Ibnu Khaldun yang terdiri daripada 25

orang iaitu 15 orang murid lelaki dan 10 orang murid perempuan. Tahap penguasaan

akademik murid di kelas tesebut adalah pada tahap yang rendah. Kelas tahun 4 Ibnu

Khaldun merupakan kelas yang terakhir daripada dua kelas tahun 4 di sekolah

tersebut.

Pada minggu ke 4, pihak sekolah telah mengadakan ujian TOV (Target Off

Value). Ketika memeriksa kertas jawapan responden, pengkaji mendapati murid-

murid tidak dapat menjawab soalan dibahagian B terutama soalan yang berbentuk

pembolehubah iaitu pembolehubah manipulasi, pembolehubah malar dan

pembolehubah bergerak balas.

Pada minggu hadapannya (seminggu selepas ujian TOV), saya telah masuk

ke kelas tahun 4 Ibnu Khaldun untuk berbincang dengan murid mengenai cara

menjawab soalan sains di bahagian B. Saya telah menerangkan kepada murid –murid

cara –cara menjawab soalan sains di bahagian B. Selain itu, untuk soalan berkait

dengan pembolehubah, saya memberi pendedahan kepada murid-murid dengan

2

Page 3: proposal kajian tindakan

menerangkan definisi bagi setiap pembolehubah dan cara mengenal pasti setiap

pembolehubah yang terdapat dalam soalan. Bagi pembolehubah manipulasi, saya

mengajar murid-murid dengan meletakkan singkatan, PM dan pembolehubah

bergerak balas, singkatannya pula PB di dalam soalan. Ini bagi memudahkan murid

untuk mengingat nama bagi setiap pembolehubah.

Pada minggu ketujuh, pihak sekolah telah mengadakan ujian OTI 1. Pengkaji

telah menanda kertas ujian OTI 1 dan mendapati murid –murid hanya menjawab

soalan sains bahagian A. Namun,soalan sains di bahagian masih gagal dijawab oleh

murid-murid walaupun pengkaji telah memberi tunjuk ajar. Kebanyakan ruang

jawapan masih ditinggalkan kosong dan terdapat murid yang menulis soalan di ruang

jawapan atau menulis jawapan yang bukan sewajarnya ditulis. Kesannya, hampir

keseluruhan murid di dalam kelas tahun 4 Ibnu Khaldun mendapat markah yang

rendah. Saya berasa kecewa dengan markah yang diperolehi oleh murid-murid untuk

soalan sains di bahagian B.

Setelah dianalisis, permasalahan yang dihadapi oleh murid tahun 4 Ibnu

Khaldun ialah tidak mengetahui cara menulis jawapan berkait dengan pembolehubah

dengan betul. Dalam menjawab soalan berkait dengan pembolehubah, murid perlu

meletakkan parameter dan objek bagi setiap pembolehubah. Parameter ialah satu

perkataan yang boleh menerangkan sifat atau unit ukuran bagi sesuatu objek atau

benda. Contoh, saiz tuala. Saiz merupakan parameter yang menerangkan unit ukuran

bagi tuala dan tuala ialah objek bagi pembolehubah. Namun, hasil pemeriksaan

kertas jawapan, tiada parameter ataupun objek yang menunjukkan jawapan bagi

pembolehubah yang ditulis di ruang jawapan. Sebaliknya, ruang jawapan

ditinggalkan kosong oleh murid. Terdapat sesetengah murid yang menyalin balik

soalan di ruang jawapan atau menulis jawapan yang tiada kaitan.

3

Page 4: proposal kajian tindakan

Selain itu, murid tidak menguasai kemahiran mengawal pembolehubah.

Secara asasnya, murid-murid tidak memahami takrifan pembolehubah

manipulasi,bergerak balas dan malar. Pengkaji pernah menyoal murid-murid, apakah

yang dimaksud dengan pembolehubah manipulasi, pembolehubah bergerak balas dan

pembolehubah malar. Namun, tiada jawapan positif yang diterima oleh pengkaji.

Sebaliknya, ada di antara murid yang mendiamkan diri dan menjawab “ tidak tahu”

apabila ditanya oleh pengkaji. Oleh itu, jika murid –murid tidak memahami takrifan

pembolehubah, mereka tidak dapat menyatakan pembolehubah yang terdapat dalam

ujikaji. Jika masalah ini dibiarkan menyebabkan murid-murid tidak menguasai

kemahiran ini. Kemahiran mengawal pembolehubah perlu dikuasai kerana setiap

soalan di bahagian B mempunyai perkaitan antara satu sama lain, contohnya apabila

hendak menjawab soalan yang bertanyakan tujuan penyiasatan, ia berkait dengan

pembolehubah manipulasi dan pembolehubah bergerak balas.

Oleh itu, pengkaji memikirkan jika masalah ini dibiarkan dan tiada jalan

penyelesaian diambil, hal ini akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran

serta memberi kesan kepada markah murid tahun 4 Ibnu Khaldun. Pengkaji

berpendapat jalan penyelesaian perlu difikirkan bagi mengatasi permasalahan murid

yang tidak mengetahui cara menjawab soalan sains di bahagian B dan tidak

menguasai kemahiran mengawal pembolehubah. Selain itu, pengkaji berminat untuk

membina alat yang membantu murid menguasai kemahairan mengawal

pembolehubah. Alat yang dicipta diharap dapat membantu proses pengajaran dan

pembelajaran serta menarik minat murid untuk mengikuti sesi pembelajaran.

4

Page 5: proposal kajian tindakan

1.2 Refleksi sorotan literatur

Refleksi sorotan literatur terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian pertama

adalah penjelasan berkaitan pendidikan dengan kajian yang dijalankan, teori yang

berkaitan dan model berkaitan. Bahagian ke dua adalah penerangan berkaitan dengan

penyelidikan penyelidikan lepas yang berkaitan dengan penyelidikan yang ingin

dijalankan.

1.2.1 Kurikulum Sains

Menurut Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran Sains

tahap 2 (2002), kemahiran proses sains ialah proses mental yang

menggalakkan pemikiran secara kritis, kreatif, analitis dan sistematik Selain

itu, kemahiran proses sains ialah kemahiran yang membolehkan pelajar

mempersoalkan sesuatu dan mencari jawapan secara bersistem daripada

kemahiran yang mudah kepada kepada yang kompleks (Pusat Perkembangan

Kurikulum,2002). Kemahiran proses sains boleh dibahagikan kepada dua

iaitu kemahiran proses sains asas dan kemahiran proses bersepadu ( D.J.

Martin, 2003). Kemahiran proses sains asas merangkumi memerhati,

mengelaskan, meramal,berkomunikasi dan menggunakan perhubungan ruang

dan masa. Kemahiran proses sains bersepadu pula merangkumi mentafsir

maklumat, mendefinisi secara operasi, mengawal pembolehubah, membuat

hipotesis dan mengeksperimen (Pusat Perkembangan Kurikulum,1993).

Jadual 1 : Kemahiran proses sains (KPS0 beserta takrifan

KPS Takrifan

Memerhati Menggunakan penglihatan, pendengaran, sentuhan,

rasa atau bau untuk mengumpulkan maklumat tentang

5

Page 6: proposal kajian tindakan

objek dan fenomena

Mengelaskan Mengumpul objek berdasarkan ciri sepunya

Mengukur dan

menggunakan

nombor

Membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan

menggunakan nombor dan alat berunit piawai atau alat

yang diseragamkan sebagai unit rujukan. Pengukuran

menjadikan pemerhatian lebih jitu.

Meramal Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa

berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu

atau data yang boleh dipercayai.

Berkomunikasi Menerima, memilih, menyusun dan

mempersembahkan maklumat atau mempersembahkan

maklumat atau idea dalam pelbagai bentuk seperti

tulisa, lisan, jadual,graf, rajah atau model.

Membuat inferens Membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang

mungkin benar atau tidak benar, untuk menerangkan

sesuatu sesuatu peristiwa atau pemerhatian.

Menggunakan

perhubungan

ruang dan masa

Memerihalkan perubahan parameter seperti lokasi,

arah, bentuk, saiz, isi padu, berat dan jisim sesuatu

objek dengan masa

Mentafsir data Memberi penerangan yang rasional tentang

objek,peristiwa atau pola dariapada data yang

dikumpul

Menurut Chin,Y,K (2004), antara sebab murid perlu belajar

kemahiran proses sains kerana kemahiran ini adalah kaedah yang digunakan

6

Page 7: proposal kajian tindakan

oleh saintis dalam menyiasat dan membina jawapan berdasarkan soalan

tentang alam sekeliling. Melalui kemahiran proses sains, murid belajar sains

dengan cara yang sama seorang saintis menjalankan penyiasatan. Selain itu,

pembelajaran yang bermakna berlaku apabila murid-murid menggunakan

kemahiran proses sains dalam meneroka alam sekeliling. Murid-murid juga

tidak hanya menggunakan kemahiran ketika mata pelajaran sains tetapi dapat

diaplikasikan dalam mata pelajaran lain dalam kurikulum.

1.2.2 Teori Perkembangan Piaget

Pada pandangan Piaget, minda boleh berkembang,berubah dan dapat

mengadaptasi masalah yang berlaku apabila berinteraksi dengan persekitaran.

Piaget telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap

mengikut urutan umur iaitu tahap sensori motor (sejak dilahirkan sehingga

umur dua tahun, tahap pra operasi ( 2tahun sehingga 7 tahun), tahap operasi

konkrit( 7 tahun sehingga 11 tahun) dan tahap operasi formal ( 11 tahun

sehingga 15 tahun).

Namun, pengkaji memilih pada tahap ketiga iaitu tahap operasi

konkrit (7 tahun sehingga 11 tahun).Menurut Piaget, pada peringkat ini,

kanak-kanak mengalami perkembangan pesat dalam proses operasi kognitif

dan mengpalikasikan kemahiran berfikir tentang objek, situasi dan orang

yang telah mereka lihat. Beberapa pemikiran yang beransur-ansur dikuasai

oleh kanak-kanak pada peringkat ini ialah pengekalan, mengklasifikasikan

dan mengkategorikan serta juga berupaya membuat perkaitan yang logik.

Oleh itu, apabila guru mendedahkan murid dengan kemahiran mengawal

pembolehubah, pemikiran minda murid secara perlahan –lahan akan

7

Page 8: proposal kajian tindakan

menguasai dan berupaya mengkategorikan setiap pembolehubah yang

dipelajari. Selain itu, murid akan berupaya untuk membuat perkaitan yang

logik antara setiap pembolehubah yang terlibat.

1.2.3 Kajian-Kajian Lepas

Menurut Alfredo et al(2005), kemahiran proses sains adalah asas kepada

sains yang membenarkan setiap orang membuat penyiasatan dan mencapai

kesimpulan. Sains dan mengajar sains kepada murid lebih bermakna daripada

pengetahuan sains. Guru memainkan peranan penting dalam menekankan

kemahiran proses sains dalam kalangan murid. Menurut William Foulds

&John Rowe (1996), kelemahan kemahiran proses sains dalam kalangan

guru merupakan masalah yang meluas. Menurut Fah,L,Y (2003), tahap

pencapaian kemahiran proses sains dalam kalangan guru sains sekolah masih

lemah. Menurut Nooraziyah Mat Ali (2012), kebanyakan murid hanya

bergantung kepada sesi pengajaran dan pembelajaran sains di dalam kelas

yang hanya lima waktu dalam seminggu. Maka, jika tahap penguasaan

kemahairan proses sains yang lemah dalam kalangan guru, bagaimana

kemahiran ini hendak diterapkan dalam kalangan murid. Sedangkan

kebanyakan murid amat bergantung kepada guru sepenuhnya semasa sesi

pengajarandan pembelajaran sepenuhnya. Menurut Tan (1991), penekanan

yang diberikan oleh guru semasa amali adalah cara untuk mendapatkan

jawapan dan bukannya pada proses sains yang perlu dikuasai,akibatnya

pelajar akan kecewa kerana hasil yang diperolehi tidak sama seperti yang

dijangkakan.

8

Page 9: proposal kajian tindakan

Ira Remsen (1989), seorang pelajar telah menyuarakan pendapatnya

bahawa satu-satunya cara mempelajari sains ialah melalui pemerhatian

terhadap keputusannya, menjalankan amali dan bekerja dalam makmal.

Pemerhatian ialah asas kepada kemahiran proses sains (Alfredo et al,2005).

Kebolehan membuat pemerhatian yang baik penting dalam mengembangkan

kemahiran proses sains: berkomunikasi, mengelaskan, mengukur

menginferens dan meramal. Kemahiran berkomunikasi bergerak seiring

dengan pemerhatian. Murid perlu berkomunikasi untuk menyatakan

pandangan terhadap pemerhatian yang dilakukan. Menurut Abu Hassan

Kassim & Rohana Hussin (2001),tahap penguasaan kemahiran proses sains

dalam kalangan murid adalah sederhana.

Dalam kajian yang dilakukan Azmil (2010),murid –murid masih mempunyai

masalah untuk menjawab soalan yang berkait dnegan konsep sains di soalan

Bahagian B seperti tidak dapat mengenal pasti pembolehubah, membina

hipotesis dan membuat kesimpulan bagi ujikaji. Menurut Nooraziyah Mat

Ali(2012), setelah diamati secara mendalam punca kegagalan murid

menjawab kertas soalan bahagian B, ini adalah kerana mereka tidak dapat

mengenal pasti pembolehubah dengan betul. Wan Samilia Wan Shafie (2012)

juga menyatakan masalah yang sama iaitu murid tidak tahu bagaimana

hendak mengenalpasti pembolehubah yang terlibat serta menulis jawapan

yang tepat bagi soalan berkait dengan pembolehubah di dalam satu-satu

soalan.

Hasil kajian Abu Hassan Kassim & Rohana Hussin , menunjukkan

tahap penguasaan kemahiran mengawal pembolehubah responden berada

pada tahap sederhana. Responden hanya mempunyai kebolehan untuk

9

Page 10: proposal kajian tindakan

menentukan pembolehubah yang dikawal pada tahap sederhana sahaja, ramai

dalam kalangan responden gagal membezakan antara pembolehubah yang

dikawal, pembolehubah bergerak balas. Disamping itu, hasil kajian

menunjukkan responden kurang faham tentang keadaan dimana

pembolehubah bergerak balas dipengaruhi pembolehubah dikawal.

2.0 Fokus kajian

Hasil daripada ujian OTI 1, pengkaji mendapati responden masih gagal menjawab

soalan berkait dengan pembolehubah di bahagian B. Kegagalan murid dalam

menjawab soalan berbentuk pemboleh disebabkan oleh murid tidak menguasai

kemahiran mengawal pembolehubah. Oleh itu, pengkaji memililh untuk mengkaji

penguasaan kemahiran mengawal pembolehubah dalam kalangan murid dengan

menggunakan ‘Zi’6’.

2.1Tinjauan masalah

Tinjauan masalah ialah langkah pelaksanaan awal bagi mengenal pasti dan

menghuraikan isu keprihatinan dengan pengalaman dan pengetahuan pengkaji. Oleh

itu, pengkaji membuat tinjauan dengan menggunakan instrumen kajian iaitu

penelitian dokumen (ujian OTI 1).

2.1.1Penelitian dokumen (Ujian OTI 1)

Melalui ujian OTI 1 yang telah dianalisis, pengkaji dapat melihat sejauh

mana kefahaman murid dalam menjawab soalan sains di bahagian B.

Pengkaji mencatat markah yang diperolehi oleh murid pada bahagian B dan

menyediakan senarai semak bagi mencatat kebolehan murid menjawab soalan

10

Page 11: proposal kajian tindakan

berkait dengan pembolehubah serta jawapan yang ditulis murid di ruang

jawapan yang disediakan.

2.2Analisis tinjauan masalah

2.2.1Penelitian Dokumen (ujian OTI1)

Hasil penandaan kertas ujian OTI 1, pengkaji telah menganalisis markah

ujian OTI 1 untuk bahagian B.

Jadual 2 : Analisis Markah Ujian OTI 1 Soalan Sains Bahagian B

Markah ujian bahagian B Bilangan murid

0 10

1 9

2 6

Berdasarkan jadual 2, analisis markah ujian OTI 1 soalan sains

bahagian B. Seramai 10 orang murid tidak memperolehi markah bagi soalan

sains bahagian B, 9 orang murid memperolehi 1 markah di bahagian B

menerusi soalan berkaitan pemerhatian di soalan 1 manakala 6 orang murid

mendapat 2 markah menerusi soalan yang sama iaitu berkaitan pemerhatian.

Namun, kesemua soalan yang berkaitan dengan pembolehubah tidak dapat

dijawab oleh murid. Pengkaji mendapati murid tidak dapat mengenal pasti

pembolehubah yang terdapat dalam soalan.

Senarai semak kebolehan menjawab soalan pembolehubah berdasarkan

ujian OTI 1

11

Page 12: proposal kajian tindakan

Senarai semak ini digunakan bagi melihat bilangan murid yang dapat menulis

pembolehubah manipulasi dan pembolehubah bergerak balas. Pengkaji

menilai murid yang dapat mengenal pasti pembolehubah akan berjaya

menulis pembolehubah di ruang jawapan yang disediakan.

Jadual 3 : Senarai Semak Kebolehan Menjawab Soalan Berkait Dengan

Pembolehubah Berdasarkan Ujian OTI 1

No Aspek

Bilangan murid

Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4

1 Murid dapat menulis

pembolehubah

manipulasi

- - -

2 Murid dapat menulis

pembolehubah bergerak

balas

- - -

Terdapat item di dalam soalan 2, 3 dan 4 yang meminta murid menjawab soalan

berkait dengan pembolehubah iaitu pembolehubah manipulasi dan pembolehubah

bergerak balas. Berdasarkan jadual 3, kesemua murid tahun 4 Ibnu Khaldun tidak

dapat menjawab soalan berkait dengan pembolehubah berdasarkan ujian OTI 1. Bagi

aspek yang pertama iaitu murid dapat menulis pembolehubah manipulasi, tiada

seorang pun murid yang dapat menjawab soalan 2, 3 dan 4. Aspek kedua iaitu murid

dapat menulis pembolehubah bergerak balas menunjukkan hasil yang sama iaitu

tiada murid yang boleh menulis jawapan untuk soalan 2, 3 dan 4.

12

Page 13: proposal kajian tindakan

Senarai semak berdasarkan jawapan yang ditulis murid bagi soalan yang

berkait dengan pembolehubah

Senarai semak ini digunakan bagi menganalisis jawapan yang ditulis oleh murid bagi

soalan yang berkait dengan pembolehubah. Senarai semak ini membahagikan

jawapan murid kepada tiga kategori iaitu tidak menulis jawapan di ruang jawapan,

menyalin balik soalan di ruang jawapan dan menulis jawapan yang tiada kaitan.

Jadual 4: Senarai Semak Jawapan Yang Ditulis Oleh Murid Bagi Soalan

Berkait Dengan Pembolehubah

Bagi

Hasil analisis kertas ujian OTI 1, kesemua murid tahun 4 Ibnu Khaldun tidak

dapat mengenal pasti pembolehubah. Mereka mengosongkan ruang jawapan,

menulis soalan kembali di ruang yang disediakan atau menuliskan jawapan

yang bukan sepatutnya. Berdasarkan jadual 4, Soalan 2, seramai 8 orang

murid tidak menulis jawapan di ruang jawapan bagi soalan pembolehubah , 6

13

Bil Jawapan murid

Bilangan murid

Soalan

2

Soalan

3

Soalan

4

1. Tidak menulis jawapan di

ruang jawapan

8 7 6

2. Menyalin balik soalan di

ruang jawapan

6 8 10

3. Menulis yang tiada kaitan 9 10 9

Page 14: proposal kajian tindakan

orang murid menyalin balik soalan di ruang jawapan dan 9 orang murid

menulis yang tiada kaitan.

Contoh jawapan yang ditulis tiada kaitan:

D. Berdasarkan uji kaji, nyatakan yang berikut:

1. Apakah yang diubah

..............14.....................

2. Apakah yang diukur

...............40.....................

Soalan 3 mencatatkan seramai 7 orang murid meninggal ruang jawapan

tanpa diisi dengan sebarang jawapan. Manakala, seramai 8 orang murid

menyalin balik jawapan dan 10 orang murid menulis yang tiada kaitan.

Contoh jawapan yang ditulis tiada kaitan:

B) tuliskan dua maklumat berdasarkan jadual di atas:

1.........bird.................

2..........rabbit..............

Soalan 4, seramai 9 tidak menulis jawapan pada ruang jawapan yang

disediakan.manakala, 10 orang murid menyalin semula soalan yang diruang

jawapan dan 6 orang murid menulis yang tiada kaitan.

Contoh jawapan yang ditulis tiada kaitan:

B. Dalam penyiasatan ini, nyatakan:

14

Page 15: proposal kajian tindakan

I. Apakah yang diubah-ubah:.....b).......

Ii. Apakah yang diukur: ...c)............

3.0 Objektif kajian / soalan kajian

Bahagian ini membincangkan tentang objektif kajian, soalan kajian, kepentingan

kajian, definisi operasional dan batasan kajian.

3.1 Objektif kajian

3.1.1 Objektif umum

Untuk meningkatkan kefahaman murid dalam menjawab soalan berkait dengan

pembolehubah

3.1.2 Objektif khusus

I. Meningkatkan kemahiran mengawal pembolehubah dengan

menggunakan Zi’6.

II. Meningkatkan pencapaian murid dalam menjawab soalan sains di

bahagian B.

3.2 Soalan kajian

Dalam kajian ini, pengkaji mengemukan beberapa persoalan kajian bagi

menentukan objektif kajian tercapai.

1) Adakah penggunaan zi’6 meningkatkan kemahiran mengawal

pembolehubah dalam kalangan murid ?

2) Adakah penggunaan Zi’6 meningkatkan pencapaian responden

dalam menjawab soalan sains bahagian B?

15

Page 16: proposal kajian tindakan

3.3 Kepentingan kajian

Kajian ini amat penting dalam membantu murid mengenal pasti pembolehubah

manipulasi, pembolehubah malar dan pembolehubah bergerak balas dalam soalan.

Kelemahan murid dalam mengenal pasti pembolehubah menyebabkan murid tidak

dapat menjawab soalan di bahagian B. Selain itu, kajian ini dapat meningkatkan

pencapaian murid dalam matapelajaran sains. Perasaan kurang keyakinan dalam

menjawab soalan di bahagian B dapat dihilangkan dalam kalangan murid, keadaan

akan mencetuskan minat mereka untuk menjawab soalan sains seterusnya terhadap

mata pelajaran sains.

Kajian ini juga dapat membantu guru-guru sains dalam mengajar mengenal pasti

pembolehubah. penggunaan ‘Zi’6’dalam proses pengajaran dan pembelajaran

membantu menjadi suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik.

3.4 Definisi operasional/ istilah

3.4.1 Meningkatkan

Menurut kamus dewan edisi keempat (2007), meningkatkan didefinisikan sebagai

menaikkan atau meninggikan tahap sesuatu. Dalam kajian ini, pengkaji ingin

meningkatkan penguasaan kemahiran mengawal pembolehubah dalam kalangan

murid dengan menggunakan ‘Zi’6’ seterusnya meningkatkan pencapaian murid

dalam menjawab soalan sains bahagian B.

3.4.2 Mengawal pembolehubah

16

Page 17: proposal kajian tindakan

Kamus Dewan edisi keempat(2007), pembolehubah ditakrifkan sebagai sesuatu

faktor (unsur, ciri, angka) yang tidak tetap yang perlu diambil kira dalam sesuatu

perhitungan. Dalam Kurikulum Sains Sekolah Rendah (KBSR),mengawal

pembolehubah ialah mengenalpasti pembolehubah dimanipulasikan,

pembolehubah bergerak balas dan pembolehubah malar.

3.4.3 Zi’6

Zi’6 adalah hasil adaptasi jadual dan direka dalam bentuk kad. Zi’6 mengandungi

dua bahagian iaitu bahagian pertama berkaitan penyenaraian bahan dan

parameter berdasarkan uji kaji dan bahagian dua ialah bahagian pembolehubah.

Bahagian pertama digunakan untuk menyenaraikan bahan atau objek yang

terdapat dalam uji kaji kemudian meletakkan paramater yang bersesuaian. Objek

atau bahan dikelaskan di dalam kotak tiada persamaan atau ada persamaan

berdasarkan persamaan antara setiap objek atau bahan.

Bahan kedua ialah bahagian pembolehubah. bahagian kedua ini mempunyai

perkaitan dengan bahagian pertama yang ruang –ruang pembolehubah diisi

berdasarkan apa yang terlah disenaraikan di bahagian pertama. Objek atau bahan

yang tidak mempunyai persamaan akan dikategorikan sebagai pembolehubah

manipulasi dan pembolehubah bergerak balas. Objek atau bahan yang

mempunyai persamaan dikategorikan sebagai pembolehubah malar.

Tiada

persamaan

Parameter Objek/ benda

17

Pembolehubah manipulasi

PembolehubahBergerak balas

Pembolehubah malar

Page 18: proposal kajian tindakan

Ada

persamaan

3.5 Batasan kajian

Batasan kajian yang pertama ialah dari segi tempat kajian. Kajian ini dibataskan

hanya di Sekolah Kebangsaan Seberang Takir. Sekolah ini merupakan sekolah di

luar bandar. Ada kemungkinan kajian ini tidak sesuai tidak laksanakan di sekolah

lain.

Batasan kajian yang kedua ialah kumpulan sasaran. Pengkaji telah memilih murid

tahun 4 sebagai responden kajian. Kelas yang dipilih ialah tahun 4 Ibnu Khaldun

iaitu kelas kedua daripada dua kelas tahun 4.

Batasan kajian yang terakhir ialah hanya berfokus pada kemahiran mengawal

pembolehubah sahaja iaitu meningkat kefahaman murid dalam mengenal pasti

pembolehubah manipulasi, pembolehubah bergerak balas dan pembolehubah malar

berdasarkan uji kaji.

4.0 Kumpulan sasaran

Kajian ini hanya melibatkan murid tahun 4. Kajian ini dijalankan untuk murid tahun

4 Ibnu Khaldun di Sekolah Kebangsaan Seberang Takir. Pengkaji telah memilih

seramai 5 murid untuk dijadikan responden kajian. Pemilihan responden berdasarkan

pencapaian yang lemah dalam ujian OTI1 dan responden yang tidak dapat menjawab

soalan sains di bahagian B.

18