pen gurus an dan persiapan an

8
PENGURUSAN DAN PERSIAPAN PERKHEMAHAN 1.0 MATLAMAT Matlamat bagi pengurusan dan persiapan perkhemahan ialah melatih menyelesaikan tugasan dengan bertanggungjawab. Selain itu, peserta dapat meluaskan pengetahuan dan memberi pendedahan tentang kehidupan berkhemah. Mereka juga berpeluang mempraktikkan segala kemahiran yang dipelajari. Pesrta juga dapat melatih untuk lebih berdikari. Mereka juga dapat mengeratkan tali persaudaraan diantara ahli BSMM. Kesedaran dikalangan ahli BSMM agar sentiasa bersyukur atas segala kurniaan Tuhan juga dapat dipupuk. Daripada berkhemah ini juga, ahli BSMM dapat melatih hidup berdikari serta mengamalkan pelajaran yang di ajar dalam BSMM.. Tambahan lagi, ahli BSMM dapat berlatih memasak, bermain, belajar, bekerja dan bersuka ria bersama rakan-rakan BSMM lain. 2.0 PENGURUSAN SEBELUM PERKHEMAHAN 2.1 Pemilihan Tempat Pemilihan tempat atau tapak hendaklah berdasarkan objektif perkhemahan, bilangan peserta, tempoh perkhemahan dan juga kemudahan asas yang ada dan diperlukan. 2.2 Ciri tapak atau kawasan

Upload: syababul-islam

Post on 24-Jun-2015

588 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pen Gurus An Dan Persiapan an

PENGURUSAN DAN PERSIAPAN PERKHEMAHAN

1.0 MATLAMAT

Matlamat bagi pengurusan dan persiapan perkhemahan ialah melatih

menyelesaikan tugasan dengan bertanggungjawab. Selain itu, peserta dapat

meluaskan pengetahuan dan memberi pendedahan tentang kehidupan berkhemah.

Mereka juga berpeluang mempraktikkan segala kemahiran yang dipelajari. Pesrta

juga dapat melatih untuk lebih berdikari. Mereka juga dapat mengeratkan tali

persaudaraan diantara ahli BSMM. Kesedaran dikalangan ahli BSMM agar sentiasa

bersyukur atas segala kurniaan Tuhan juga dapat dipupuk. Daripada berkhemah ini

juga, ahli BSMM dapat melatih hidup berdikari serta mengamalkan pelajaran yang di

ajar dalam BSMM.. Tambahan lagi, ahli BSMM dapat berlatih memasak, bermain,

belajar, bekerja dan bersuka ria bersama rakan-rakan BSMM lain.

2.0 PENGURUSAN SEBELUM PERKHEMAHAN

2.1 Pemilihan Tempat

Pemilihan tempat atau tapak hendaklah berdasarkan objektif perkhemahan,

bilangan peserta, tempoh perkhemahan dan juga kemudahan asas yang ada

dan diperlukan.

2.2 Ciri tapak atau kawasan

Diantara ciri tapak atau kawasan yang sesuai dan boleh dijadikan tapak

perkhemahan ialah tapak tersebut hendaklah mendapat kebenaran dan

maklumat terlebih dahulu. Kemudahan asas seperti pengangkutan dan

bekalan air adalah mencukupi. Terdapatnya banyak bahan bakar serta

mempunyai kawasan yang lapang bergantung kepada bilangan peserta.

Selain itu, ketiadaan gangguan bahaya.Tapak tersebut juga hendaklah tidak

terlalu jauh dari penduduk atau perkampungan. Tapak hutan yang menjadi

tapak perkhemahan tidak terlalu terlindung daripada cahaya matahari serta

tempat yang tidak terlalu lembap, tidak becak dan berlumpur. Antara ciri-ciri

Page 2: Pen Gurus An Dan Persiapan an

lain yang perlu diambil perhatian juga ialah cuaca serta arah angin, dahan

atau pokok yang reput, tebing runtuh atau batu besar yang berbahaya dan

juga kawasan yang mudah dinaiki air atau banjir.

2.3 Pembentukan AJK

Pembentukan Ahli Jawatankuasa adalah mengikut keperluan program.

Contoh bagi AJK ialah AJK MAKANAN, AJK PERALATAN, AJK

KEROHANIAN dan juga AJK AKTIVITI.

2.4 Pengurusan sebelum Perancangan

1. Merancang program.

2. Pemilihan kawasan yang sesuai

3. Keselamatan terjamin.

4. Bersesuaian dengan objektif.

5. Berkaitan setiap aktiviti.

6. Mengembirakan peserta .

2.5 Aktiviti yang dirancang

Aktiviti yang dirancang hendaklah dibuat mengikut aspek-aspek seperti

penilaian, pengujian, pertandingan / kuiz, dan juga berhalangan.

2.6 Merancang makanan

Bagi perancangan makanan, aspek-aspek yang perlu diambil kira sewaktu

persediaan makanan ialah tempoh perkhemahan, mempunyai sumber air

yang bersih, cara memasak berpusat atau latihan memasak, memerlukan

makanan basah jika berdekatan kedai atau pasar dan juga memerlukan

makanan dalam tin jika jauh dari kedai atau pasar.

Page 3: Pen Gurus An Dan Persiapan an

2.7 Surat menyurat

Surat-menyurat perlu disiapkan terlebih dahulu sebelum aktiviti perkhemahan

dijalankan. Antara surat yang perlu disiapkan dan disediakan ialah surat

kebenaran, surat  keselamatan dan juga surat pemberitahuan serta lain-lain.

3.0 PERSIAPAN UNTUK HADIR

 Sebelum berangkat perlu ada perbincangan iaitu tempat yang hendak dituju, hari

dan masa bertolak, tempat berkumpul. Kelengkapan yang perlu disediakan oleh

setiap individu dan kumpulan, pengangkutan yang digunakan serta pembahagian

tugas.

4.0 KEPERLUAN-KEPERLUAN

Keperluan terbahagi kepad tiga iaitu keperluan peribadi, keperluan kumpulan dan

juga keperluan memasak. Penyediaan kelengkapan dan peralatan bergantung

kepada tempoh masa perkhemahan, aktiviti dan bilangan peserta.

4.1 Keperluan Peribadi

Diantara keperluannya adalah pakaian seragam, baju-T, pakaian sukan /

pakaian beribadat, selipar / kasut dan lain-lain lagi.

4.2 Keperluan kumpulan

Diantara keperluannya adalah khemah, cangkul, tali, parang atau pisau, gergaji

dan lain-lain lagi.

4.3 Keperluan memasak

Keperluan Memasak perlu dibawa oleh individu atau kumpulan. Diantara

keperluan atau barang yang perlu ialah pisau kecil, kuali, cerek, baldi, papan

cincang, penapis, tali dan lain-laian yang difikirkan perlu.

Page 4: Pen Gurus An Dan Persiapan an

5.0 SEMASA BERANGKAT

Semasa hendak berangkat, peserta perlu memeriksa dan meneliti maklumat atau

keterangan daripada ibubapa / penjaga yang telah diperolehi dan lengkap diisi.

Semua peserta juga berada dalam keadaan sihat. Kelengkapan peralatan individu

dan kumpulan juga dalam keadaan baik dan juga memakai pakaian seragam.

6.0 SEMASA TIBA

Semasa tiba di tapak perkhemahan, peserta bersama guru pembimbing perlulah

menghubungi orang berkenaan serta mendapatkan sedikit maklumat berkenaan

kawasan tersebut. Mereka yang bertanggungjawab juga perlu memeriksa kawasan

sebelum mendirikan khemah.

7.0 SEPANJANG PERKHEMAHAN

Sepanjang perkhemahan, semua peserta perlu terlibat secara langsung di dalam

kesemua aktiviti dan program yang dijalankan. Peserta juga perlu mengetahui

segala peraturan. Antara aktiviti yang digalakkan ialah aktiviti yang melibatkan

penduduk kampung seperti program gotong-royong.

8.0 MENDIRIKAN KHEMAH

Bagi mendirikan khemah, terdapat bebrapa langkah yang perlu diikuti. Langkah

pertama ialah, membersihkan kawasan tapak khemah. Kemudiannya, tentukan arah

tiup angin dan seterusnya dirikan khemah. Ukuran saiz panjang khemah diatas

lantai dibuat, dan ditanam kedua-dua batang tiang  khemah. Naikkan khemah,

pasang bumbung dan tiang dengan betul dan akhirnya, ketuk pancang dan ikat tali

dari kedua-dua batang tiang ke pancang.

9.0 MENURUNKAN KHEMAH

Bagi menurunkan khemah, terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti. Perkara

pertama ialah memastikan segala barang dikeluarkan daripada khemah.

Tanggalkan ikatan tali khemah pada pancang kemudian turunkan khemah.

Seterusnya, kumpulkan pancang khemah dan tiang khemah yang di tanam.

Page 5: Pen Gurus An Dan Persiapan an

Sebelum melipat khemah, pastikan tiada sampah sarap yang melekat pada

khemah. Bagi khemah yang masih lembap, keringkan di bawah cahaya matahari.

Bentangkan khemah di atas tanah. Semua helai pintu, penahan angin dan tali

khemah hendaklah dilipatkan ke bahagian dalam. Selepas itu, khemah perlu dilipat

sehingga lebarnya lebih kurang 0.5 meter.Khemah mesti diikat dengan kemas dan

betul supaya tidak terburai di pertengahan jalan dan akhirnya, bersihkan kawasan

perkhemahan.

Page 6: Pen Gurus An Dan Persiapan an
Page 7: Pen Gurus An Dan Persiapan an