assigment sdp

8
i. Esei Terdapat banyak teknik pengajaran yang boleh digunakan untuk menarik perhatian kanak-kanak dalam pendidikan yang dapat dijadikan sebagai Bahan Bantu Mengajar. Salah satu contoh teknik tersebut ialah boneka. Seluruh dunia menggunakan boneka dalam bercerita, menyampaikan mesej serta hiburan. Boneka mempunyai nilai-nilai estetikanya yang tersendiri. Namun ia memerlukan manusia untuk menghidupkan atau menggerakkan wataknya dalam menyampaikan informasi kepada penonton sekaligus membawa mereka ke dalam dunia fantasi atau situasi sebenar sesuatu cerita. Boneka merupakan salah satu permainan tertua di dunia kerana permainan ini telah menjadi salah satu alat hiburan dalam kalangan orang kebanyakan sejak zaman ketamadunan Yunani, Romawi dan Mesir lagi. Perkataan boneka berasal daripada bahasa Portugis “Boneca” yang membawa maksud hidup. Secara ringkasnya, boneka dapat didefinisikan sebagai sesuatu objek atau benda bukan hidup yang dilakukan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan bagi menyampaikan mesej. Konsep boneka amat mudah difahami kerana setiap objek boleh dijadikan sebagai boneka selagi objek itu digerakkan oleh pemain. Pemain berperanan untuk menghidupkan watak boneka itu untuk menyampaikan mesej secara lisan dan pergerakan tubuh. Boneka boleh terdiri daripada haiwan, bunga, atau sebarang objek untuk dianimasikan dan dimanipulasikan oleh pemain dalam persembahan mereka. Terdapat berbagai-bagai jenis boneka yang telah direka oleh manusia. Sebagai contoh ialah boneka tangan, boneka jari, boneka tali, boneka tongkat, boneka lidi dan boneka layang-layang. Fungsi boneka-boneka ini ialah untuk menyatakan ekspresi, informasi, eksplorasi, persuasi dan melayan. Guru-guru yang mahu menukar suasana pengajaran dan

Upload: jesilivani

Post on 30-Sep-2015

16 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

seni dalam pendidikan

TRANSCRIPT

i. Esei Terdapat banyak teknik pengajaran yang boleh digunakan untuk menarik perhatian kanak-kanak dalam pendidikan yang dapat dijadikan sebagai Bahan Bantu Mengajar. Salah satu contoh teknik tersebut ialah boneka. Seluruh dunia menggunakan boneka dalam bercerita, menyampaikan mesej serta hiburan. Boneka mempunyai nilai-nilai estetikanya yang tersendiri. Namun ia memerlukan manusia untuk menghidupkan atau menggerakkan wataknya dalam menyampaikan informasi kepada penonton sekaligus membawa mereka ke dalam dunia fantasi atau situasi sebenar sesuatu cerita. Boneka merupakan salah satu permainan tertua di dunia kerana permainan ini telah menjadi salah satu alat hiburan dalam kalangan orang kebanyakan sejak zaman ketamadunan Yunani, Romawi dan Mesir lagi. Perkataan boneka berasal daripada bahasa Portugis Boneca yang membawa maksud hidup. Secara ringkasnya, boneka dapat didefinisikan sebagai sesuatu objek atau benda bukan hidup yang dilakukan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan bagi menyampaikan mesej. Konsep boneka amat mudah difahami kerana setiap objek boleh dijadikan sebagai boneka selagi objek itu digerakkan oleh pemain. Pemain berperanan untuk menghidupkan watak boneka itu untuk menyampaikan mesej secara lisan dan pergerakan tubuh. Boneka boleh terdiri daripada haiwan, bunga, atau sebarang objek untuk dianimasikan dan dimanipulasikan oleh pemain dalam persembahan mereka. Terdapat berbagai-bagai jenis boneka yang telah direka oleh manusia. Sebagai contoh ialah boneka tangan, boneka jari, boneka tali, boneka tongkat, boneka lidi dan boneka layang-layang. Fungsi boneka-boneka ini ialah untuk menyatakan ekspresi, informasi, eksplorasi, persuasi dan melayan. Guru-guru yang mahu menukar suasana pengajaran dan pembelajaran boleh menggunakan kaedah teknik boneka untuk menarik perhatian murid. Boneka yang terdiri daripada banyak saiz ini juga mudah dibawa ke mana-mana dan muudah dihasilkan.Di samping itu, boneka mempunyai beberapa kelebihan kerana boneka boleh menyampaikan mesej dengan efektif. Di sebalik teknik boneka yang menggunakan kaedah penceritaan ini, pelbagai mesej positif dan nilai murni dapat diselitkan dalam persembahan tersebut. Guru perlu kreatif dalam merangka perjalanan cerita yang bukan sahaja menarik dan menghiburkan malah mengandungi beraneka nilai murni. Selain itu, teknik boneka memberi pendedahan kemahiran berkomunikasi kepada kanak-kanak. Kanak-kanak yang mempunyai masalah komunikasi seperti kanak-kanak autisme sepatutnya diberi teknik mengajar dengan menggunakan boneka. Mereka akan tertarik dengan penceritaan menggunakan boneka. Hal ini secara tidak langsung dapat memulihkan masalah komunikasi mereka sedikit demi sedikit. Kanak-kanak juga dapat menambah perbendaharaan kata mereka. Tambahan pula, teknik boneka juga dapat mencipta dan merangsang daya imaginasi murid. Bermain sambil belajar juga merupakan salah satu aktiviti yang terdapat dalam tunjang Kurikulum standard Sekolah Rendah iaitu Didik Hibur. Munurut Fauziah Md. Jaafar, aktiviti bermain merupakan satu aktiviti yang menjadi fitrah bagi kanak-kanak. Mereka akan meneroka, menjelajah, inkuiri penemuan dan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semula jadi. Hal ini membuktikan bahawa kanak-kanak perlu didedahkan dengan teknik boneka supaya murid dapat belajar sesuai dengan keperluan mereka. Hal ini membuktikan bahawa teknik boneka amat berkesan untuk pembelajaran kanak-kanak. Pada kali ini, saya telah memilih aktiviti boneka untuk dijadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah iaitu saya telah memilih untuk membuat boneka tangan. Bagi menyediakan boneka jenis ini, saya menggunakan bahan seperti sarung tangan. Kanak-kanak akan memasukkan keseluruhan pergelangan tangan mereka ke dalam watak yang dilukis atau dibentuk. Dengan menggunakan boneka tangan, kanak-kanak lebih bebas membuat pergerakan. Boneka tangan ini sangat bersesuaikan dengan skrip yang telah saya reka. Saya telah mereka kisah kehidupan haiwan yang berada di hutan. Seramai 5 kumpulan murid membuat persembahan boneka. Tajuk cerita boneka adalah Kamarudin Hussain dan Siti Hajar (1998) telah menyenaraikan lapan tujuan dan tujuh kebaikan penggunaan boneka dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti boneka ini dapat membantu murid-murid untuk membuat penerokaan, memperolehi pengalaman dan membuat ekspresi hasil daripada aktiviti yang dijalankan dengan berkesan. Dari segi penerokaan, semasa murid melibatkan diri dalam boneka, mereka akan menggunakan bahan seperti peralatan boneka. Dengan ini mereka akan meneroka bahan tersebut. Biasanya peralatan yang diimprovisasikan atau dimanipulasikan menjadi kegemaran pelajar untuk melakukannya. Mereka boleh diperkenalkan kepadaalatan tertentu dengan cara menggalakkan mereka meninjau dan meneliti alat tersebut. Selain daripada itu melalui boneka ini, murid dapat meneroka personaliti orang lain. Contohnya dalam aktiviti boneka ini, murid akan melakon seperti watak mereka yang sesuai dengan boneka. Dengan ini mereka dapat menerokai watak mereka dalam seseuatu aktiviti boneka dengan mendalam. Apabila melibatkan diri dalam boneka, murid dapat dapat mempelajari bahasa dalam suasana yang menarik dan berkesan serta meluaskan perbendaharaan kata. Melalui boneka ini murid dapat mengguna dan memperkukuhkan kemahiran mendengar dan bertutur melalui pengalaman sebenar yang mengembirakan. Boneka ini Mempercepat dan mempermudahkan pemahaman kenak-kanak terhadap sesuatu peristiwa ataupun cerita. Penggunaan boneka yang pelbagai bentuk, warna dan bentuk boleh menarik minat murid-murid secara tekal dan kekal. Tambahan pula, watak yang sedang ditonton atau dilakonkan itu mempunyai pengalaman manis dalam hidup mereka. Selain daripda itu, dengan aktiviti boneka ini murid dapat menghasilkan skrip, menulis, membuat dan mereka cipta boneka, mengadakan kesan bunyi, teknik menggerakan boneka dan sebagainya. Dengan ini, penggunaan boneka berjaya meningkatkan minat dan motivasi murid-murid terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru boleh menggunakan boneka sama ada pada peringkat set induksi, perkembangan pelajaran ataupun untuk tujuan pengukuhan. Penggunaan boneka dalam pelajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah banyak memberikan pelbagai pengalaman baharu kepada guru-guru dan murid-murid.

Penggunaan boneka dalam pengajaran dan pembelajaran banyak memberikan pengalaman baharu kepada guru-guru dan murid-murid yang terlibat. boneka dapat mengguna dan memperkukuh kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis murid-murid melalui pengalaman sebenar serta aktiviti yang menggembirakan. Selain itu, boneka juga dapat memberi pengalaman kepada kanak-kanak belajar secara berkumpulan, bekerjasama dan berkongsi pengalaman. Pendengar iaitu kanak-kanak akan dapat menghayati dan memahami sesebuah penyampaian dengan khusyuk di samping melihatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka. kanak-kanak dapat mengalami pengalaman langsung dengan derianya mengenai subjek atau hal benda yang digambarkan. Ini membantunya dalam memahami sesuatu idea dan menghubungkaitkan antara satu idea dengan idea yang lain atau dengan pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran. Kanak-kanak dapat membina idea baru dari benda konkrit. Semasa aktiviti membuat boneka murid-murid secara tidak langsung akan berbincang sesama rakan lain dan cara ini dapat memupuk semangat juang dan setia kawan yang tinggi serta bersedia berkongsi pengalaman dan idea untuk menghasilkan boneka yang terbaik. Selain daripada itu, murid dapat mempelajari bahasa dalam suasana menarik. Sebelum persembahan, murid-murid diberi peluang untuk merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti. Semasa persembahan pula, murid-murid berpeluang membaca, menghafal dan menggunakan pelbagai dialog. Manakala selepas persembahan, mereka digalakkan pula berbincang dan bersoal jawab tentang cerita tersebut bersama-sama rakan di dalam bilik darjah. Secara tidak langsung, murid-murid terlibat akan menggunakan pelbagai kemahiran bahasa secara serentak tanpa disedari oleh mereka. Tujuan pembelajaran menggunakan boneka adalah untuk memberikan peluang kepada murid-murid mempelajari bahasa dalam suasana yang menarik dan berkesan. Kaedah ini akan mempercepat serta memudahkan pembelajaran murid terhadap sesuatu cerita, peristiwa atau isi pelajaran yang disampaikan. Penggunaan dialog secara spontan atau dengan skrip membantu menambah keyakinan semasa berhadapan dengan rakan-rakan lain ketika di dalam bilik darjah. Secara tidak langsung proses komunikasi mereka akan lebih berkesan.Selain daripada itu, daripada aktiviti boneka ini juga, murid-murid akan menujukkan fungsi ekspresi. Fungsi ekspresi merujuk kepada pernyataan suka, benci, kagum, marah, bosan,dan sedih. Dengan mendongeng/cerita boneka, baik pencerita mahu pun pendengar akan dapat mengungkapkan pernyataan senang, benci, kagum dan sebagainya. Pencerita boleh melontarkan soalan agar kanak-kanak dapat memperkembangkan ideanya. Selain itu, pencerita juga boleh menimbulkan persoalan agar kanak-kanak berkeinginan untuk bertanya. Dengan cara bergini, kanak-kanak akan dapat mengekspresi diri untuk melahirkan rasa kagum, senang, benci dan sedih. Melalui permainan boneka juga kanak-kanak akan merasa seronok kerana mereka dapat meluahkan apa yang terpendam dalam diri mereka dan ini akan menggalakkan mereka melibatkan diri secara aktif. Mereka juga tidak akan berasa segan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang disediakan oleh guru. Penggunaan boneka memberikan kesan yang cukup baik ke arah pendedahan kanak-kanak untuk berkomunikasi, melahirkan idea kreatif dalam penciptaan sebenar serta merangsang daya imaginasi. Selain itu, boneka juga dapat memberi pengalaman kepada kanak-kanak belajar secara berkumpulan, bekerjasama dan berkongsi pengalaman. Fungsi informasi pula merujuk kepada keupayaan untuk menyampaikan mesej atau maklumat kepada orang lain. Dalam kelas penceritaan, baik pencerita ataupun si pendengar akan dapat menyampaikan mesejnya kepada orang lain. Mesej tersebut pula merupakan perkara-perkara yang biasanya mereka sudah pernah mendengarnya. Akan tetapi pada saat itu, mesej tersebut muncul kembali kerana adanya simulasi. Fungsi ekplorasi pula merujuki kepada keupayaan untuk menjelaskan sesuatu hal, perkara dan keadaan. Kanak-kanak yang kreatif mempunyai kebolehan untuk menjelaskan sesuatu. Ketika ia mengetahui sesuatu maka melalui stimulasi, mereka akan berusaha untuk menjelaskan idenya. Fungsi Persuasi puala merujuk kepada fungsi bahasa yang bersifat mempengaruhi atau mengajak orang lain untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu secara baik. Pada tahap selanjutnya kanak-kanak akan berusaha mengajak atau mendominasi temannya dengan kemahuan atau keinginannya. Bahkan sering kali tejadi pertengkaran di antara mereka untuk mempertahankan pendapat masing-masing. Manakala fungsi melayan pula merujuk kepada keupayaan untuk menghibur. Komunikasi yang wujud setiap hari antara pendengar dan pembicara pastinya mengandung elemen kelucuan bahasa atau ekspresi dan gerak tubuh. Maka dalam penceritaan fungsi menghibur adalah unsur yang mutlak. Seorang pencerita harus dapat menjalankan fungsi itu dengan baikBahasa-bahasa simbol digunakan untuk membuat ekspresi dalam aktiviti-aktiviti seni. Ini akan membantu para pelajar untuk merasa, menyentuh, mendengar dan melihat secara langsung dunia mereka dengan cara tersendiri. Apabila melihat sesuatu masalah, pelajar akan dapat membuat tindakan yang tepat akibat daripada latihan dan pengalaman yang telah diterima. Reaksi pelajar perlulah di dalam tahap sentiasa bersedia dan segala tindakan yang dibuat hendaklah tepat dan betul. Emosi memainkan peranan penting dalam luahan ekspresi diri pelajar. Perasaan atau emosi yang ditonjolkan oleh pelajar kadangkala dapat diterima dan kadangkala dicemuh oleh individu-individu lain. Oleh itu, penting bagi guru untuk menggalakkan pelajar untuk menyertai aktiviti-aktiviti permainan supaya ia boleh mencetuskan suasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalam menghadapi persaingan dan cabaran. Konsep kendiri yang unggul berkait rapat dengan keupayaan kawalan fizikal dan emosi. Oleh itu, pengalaman-pengalaman jasmani bolehlah dianggap sebagai salah satu cara terbaik yang boleh dimanfaatkan untuk memantapkan ciri-ciri konsep kendiri yang unggul itu.Pelajar akan meluahkan pandangan mereka dengan cara yang seakan-akan sama dengan apa yang dialami dan difahami oleh orang lain. Media-media ekspresi boleh dilihat dalam bentuk catan, tubuh badan, suara ataubunyi. Apabila ianya digabungkan secara harmoni, ekspresi yang terhasilmenjadi estetik. Semasa melibatkan diri dalam aktiviti boneka murid dapat mengenali pernyataan suka, benci, kagum, marah, jengkel, sedih. Mereka juga dapat mengenali dan meluahkan perasaan mereka. Contohnya, dengan mendongeng cerita boneka, baik pencerita maupun pendengar dapat mengungkapkan pernyataan senang, benci, kagum dll. Pencerita boleh memberikan pertanyaan agar anak menjawab atau boleh memancing kanak-kanak untuk bertanya, sehingga ketika bertanya pun anak boleh mengekpresikan rasa kagum, senang, benci dan sedih. Selain itu, aktiviti seni visual juga meningkatkan daya imaginatif kanak-kanakselain berupaya mengimbangi emosi mereka. Ianya dijadikan sebagai satu prosespembelajaran kepada kanak-kanak melalui aktiviti imitasi alam sekeliling lalu dipermudahkan menjadi penghasilan simbol abstrak seterusnya menjadikan ianyasatu bentuk hasil karya yang unik. Menerusi imaginasi murid dapat meluahkan perasaan. Contoh semasa menjadi watak dalam aktiviti boneka, murid dapat menonjolkan imaginasi mereka yang paling berkesan dan ia boleh menyentuh perasaan seseorang murid itu. Bagi mereka imej yang dihasilkan dari tajuk contohnya adalah satu cara mengekspresi diri mereka ketika menunjukkan emosi. Satu cara lain bagi meluahkan perasaan ialah melalui berkomunikasi diantara guru dengan murid. Kesimpulannya, dapatan analisis daripada teknik boneka menunjukkan bahawa perlaksanaan teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran amat relevan. Teknik ini wajar dipraktiskan oleh guru untuk memastikan pembelajaran kanak-kanak dapat dijalankan selari dengan perkembangan mereka