tugasan sdp (10%)

50
[email protected] Pengajaran dan pembelajaran dengan pelaksanaan aktiviti seni visual seperti mewarna, melukis, membentuk dan mencorak bukan suatu yang baru dalam pendidikan prasekolah. Namun pengolahan aktiviti sebegini untuk perkembangan domain kreativiti merupakan satu cabaran kepada guru prasekolah yang perlu membekalkan peluang pengalaman pembelajaran ke arah perkembangan domain kreativiti berdasarkan standard pembelajaran dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2009). Untuk memastikan pelaksanaan aktiviti seni visual yang membekalkan peluang pembelajaran ke arah perkembangan domain kreatif, penyelidik telah membangunkan konsep 5K dari kriteria pentaksiran pemikiran kreatif (KPM) untuk diselaraskan ke dalam Model Konstruktivisme 5-Fasa Needham (KSPK, 2009). Rajah .... mengilustrasikan cara pengintegrasikan Konsep 5K dalam langkah Pengajaran dan pembelajaran. Orientasi (pemerhatian melalui deria seni - konsep kesensitifan) Pencetusan Idea (penghubungkaitan pengetahuan sedia ada + idea baru - konsep kelancaran ) (mempelbagaikan idea yang luar biasa – konsep keluwesan) Penstrukturan Semula Idea ( Pemilihan idea yang pelbagai dan menperjelaskannya – Kesensitifan deria pengamatan Pelaksanaan Aktiviti

Upload: sie-ra

Post on 24-Jul-2015

282 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan SDP (10%)

[email protected]

Pengajaran dan pembelajaran dengan pelaksanaan aktiviti seni visual seperti mewarna, melukis,

membentuk dan mencorak bukan suatu yang baru dalam pendidikan prasekolah. Namun

pengolahan aktiviti sebegini untuk perkembangan domain kreativiti merupakan satu cabaran

kepada guru prasekolah yang perlu membekalkan peluang pengalaman pembelajaran ke arah

perkembangan domain kreativiti berdasarkan standard pembelajaran dalam Kurikulum Standard

Prasekolah Kebangsaan (2009).

Untuk memastikan pelaksanaan aktiviti seni visual yang membekalkan peluang

pembelajaran ke arah perkembangan domain kreatif, penyelidik telah membangunkan konsep 5K

dari kriteria pentaksiran pemikiran kreatif (KPM) untuk diselaraskan ke dalam Model

Konstruktivisme 5-Fasa Needham (KSPK, 2009). Rajah .... mengilustrasikan cara

pengintegrasikan Konsep 5K dalam langkah Pengajaran dan pembelajaran.

Orientasi (pemerhatian melalui deria seni -

konsep kesensitifan)

Pencetusan Idea(penghubungkaitan pengetahuan sedia ada + idea baru - konsep kelancaran )(mempelbagaikan idea yang luar biasa

– konsep keluwesan)

Penstrukturan Semula Idea( Pemilihan idea yang pelbagai dan

menperjelaskannya – konsep kejelasan)

Aplikasi(Penghasilan karya kreatif yang asli –

konsep keaslian )

Refleksi

Kesensitifan deria pengamatan

Kelancaran

Keluwesan Kejelasan

Keaslian

Konsep 5K

Pelaksanaan Aktiviti Seni Kreatif

Page 2: Tugasan SDP (10%)

Rajah …..Penyelarasan Konsep 5K dalam Model Konstruktivisme 5 Fasa Needham

Konsep 5K yang terdiri daripada lima peringkat perkembangan pemikiran kreatif telah

diintehrasikan ke dalam Model Konstruktivisme untuk menyempurnakan pelaksanaan Aktiviti

Seni Kreatif. Sepertimana yang diilustrasikan di atas, peringkat kesensitifan deria akan

dilaksanakan dalam fasa orientasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pada fasa ini,

guru disarankan membekalkan banyak contoh karya untuk membekalkan peluang pengalaman

pembelajaran ke arah menajamkan kesensitifan deria seni kanak-kanak. Dengan adanya contoh-

contoh yang pelbagai, murid diberi peluang untuk membanding-bezakan sampel karya yang

dipaparkan sebelum pembentukan idea sendiri dalam peringkat kelancaran yang akan

dilaksanakan pada fasa pencetusan idea.

Dalam fasa pencetusan idea, rangsangan dan motivasi dari guru akan meningkatkan

kelancaran idea sedia ada serta pembentukan idea baru kanak-kanak. Selain itu, keluwesan idea

yang pelbagai sama ada secara logik ataupun tidak logic juga digalakkan oleh guru pada fasa ini.

Pendekatan penghubungkaitan dan pengabung-jalinan sering digunakan untuk membekalkan

ransangan pencetusan idea kanak-kanak. Sehubungan ini, teknik penyoalan serta penceritaan

yang pelbagai disarankan pada fasa ini. Sebagai contoh, guru boleh dikaitkan imej karya dengan

subjek biasa dalam kehidupan seperti wajah figura manusia disamakan dengan bentuk belon

yang biasa diketahui oleh kanak-kanak. Kemudian, guru menggalakkan keluwesan idea dengan

merangsang murid memikirkan alternatif yang pelbagai dengan teknik penyoalan terbuka seperti,

“Selain daripada bentuk ini, bagaimana menggunakan bentuk lain yang menarik untuk mereka

cipta wajah seekor makhluk asing?”

Setelah fasa pencetusan idea yang pelbagai, peringkat perkembangan idea yang jelas

ditekankan oleh guru. Dalam fasa penstrukturan semula idea, peringkat kejelasan dilaksanakan.

Untuk menggalakkan kanak-kanak jelas dengan idea sendiri yang dibentuk, mereka perlu

membuat pilihan idea yang paling jitu melalui pelbagai pertimbangan tersendiri. Guru biasanya

merangsang murid ke arah pemilihan idea dengan arahan yang jelas tetapi tidak ‘menghakimi’

keputusan kanak-kanak seperti, “hasilkan satu kraf yang tersendiri dengan bahan dan kebolehan

yang termampu.”

Page 3: Tugasan SDP (10%)

Peringkat keaslian pada konsep 5K diselaraskan dalam fasa pengaplikasi idea. Pada fasa

ini, pengukuhan idea yang asli, baru dan tersendiri digalakkan oleh guru. Pengiktirafan serta

kata-kata pujian diikuti dengan tepukan atau hadiah kecil seperti ‘sticker. Markah merit dan

sebagainya boleh member galakkan kepada kanak-kanak untuk menghasilkan ‘sesuatu’ yang

asli, baru dan ‘bernilai’.

Proses pelaksanaan ASK akan diteruskan dengan sesi apresiasi dan refleksi karya

masing-masing. Sesi apresiasi ini boleh dilaksanakan secara individu, berpasangan atau

berkumpulan. Refleksi pula penting dalam perkembangan domain kreativiti kerana ia mampu

membawa kanak-kanak ke satu setting yang baru untuk menambah-baikkan idea yang sedia ada.

Ransangan, teguran dan cadangan yang positif menggalakkan gelungan perkembangan kreatif

yang baru. Soalan yang sering digunakan oleh guru ialah “ sekiranya diberi peluang untuk

membaiki semula kraf anda, apa lagi yang boleh anda lakukan?”

Dengan adanya langkah-langkah pelaksanaan ASK yang disarankan di atas, penyelidik

perlu menyelaraskan pelaksanaan ASK ini dengan standard pembelajaran dalam Kurikulum

Standard Prasekolah Kebangsaan (2009). Justeru itu, dokumen standard yang dibekalkan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia mesti dirujuk dalam membuat perancangan pelajaran. Jadual….

adalah standard kandungan dan standard pembelajaran yang dipetik dari tunjang Fizikal &

Estetika, KSPK 2009.

Jadual 2 Standard Kandungan & Standard Pembelajaran Untuk Pelaksanaan ASK (Sumber: KSPK, KPM, 2009)

Standard kandungan

Standard Pembelajaran

KTI 1.1

Menggunakan pengetahuan tentang bahan dan teknik dalam menghasilkan karya seni

(KTI 1.1.2) Mengenal bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu karya contohnya berus.

(KTI 1.1.3) Memilih pelbagai bahan yang sesuai dalam penghasilan karya.

(KTI 1.1.4) Memanipulasi bahan secara kreatif untuk penghasilan karya dengan bimbingan.

Page 4: Tugasan SDP (10%)

(Aplikasi seni)

Nota: Guru perlu memperkenalkan warna kepada murid dahulu.

(KTI 1.1.5) Mewarnakan gambar dalam ruang tertentu.

KTI 1.2

Menzahirkan idea kreatif dalam penghasilan karya (Ekspresi kreatif)

(KTI 1.2.6) Melukis rupa geometric iaitu segitiga, bulat, segiempat, bujur.

(KTI 1.2.7) Menghasilkan karya mengikut kreativiti sendiri melalui pelbagai aktiviti menggambar.

(KTI 1.2.8) Membuat corak dan rekaan mengikut kreativiti sendiri melalui pelbagai aktiviti dengan bimbingan.

(KTI 1.2.9) Menghasilkan bentuk binaan mengikut kreativiti sendiri melalui pelbagai teknik dengan bimbingan.

(KTI 1.2.10) Menghasilkan karya yang menggabungjalinkan pelbagai teknik menggambar.

(KTI 1.2.11) Mereka corak bebas dengan menggabungjalinkan pelbagai teknik membuat corak dan rekaan.

(KTI 1.2.12) Menggunakan bahan kutipan yang sesuai untuk penghasilan sebuah karya kreatif

(KTI 1.2.13) Menghasilkan kraf tradisional yang mudah dengan menggunakan bahan yang sesuai.

KTI 1.3

Menunjukkan apresiasi seni

(KTI 1.3.4) Menceritakan dan mempamerkan hasil kerja sendiri.

(KTI 1.3.5) Menyatakan pandangan secara lisan hasil kerja sendiri dan rakan.

(KTI 1.3.6) Menunjukkan penghargaan terhadap keindahan persekitaran dan alam semula jadi seperti tidak mengotorkan alam sekitar.

(KTI 1.3.7) Menghayati benda yang dilihat, disentuh dan didengar.

Bagi satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang lengkap ke arah pembangunan minda yang

kreatif, penyelidik telah menggunakan ketiga-tiga standand kandungan yang disenaraikan pada

Jadual di atas. Ini kerana ketiga-tiga standard kandungan ini memenuhi kehendak model Model

Konstruktivisme 5-Fasa Needham dan Konsep 5K dalam pelaksanaan ASK. Standard

pembelajaran untuk satu pengajaran harus dipilih mengikut kesesuaian aktiviti dan tema/

subtema pengajaran tersebut. Dua belas Rancangan Pelajaran Slot (RPS) berdasarkan standard

pembelajaran dalam tunjang Fizikal dan Estetika telah dibentuk sebelum menjalankan tindakan

Page 5: Tugasan SDP (10%)

kelas. RPS ini telah menggunakan tema yang disarankan dalam KSPK 2009 seperti diri saya

(lampiran…. & …..), rumah saya (lampiran…..), alam bahan (lampiran …..), alam hidupan

(lampiran….. & ….), alam benda (lampiran….), dunia teknologi (lampiran ….., ….. & …..).

Dapatan temubual dengan guru pelaksana ASK telah menunjukkan bahawa konsep 5K

yang diaplikasikan ke dalam model Konstruktivisme 5-fasa Needham tidak bercanggah dengan

kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia. Standard kandungan dan standard pembelajaran yang

disenaraikan dalam dokumen standard KSPK 2009 mampu terlaksana dengan adanya

pelaksanaan ASK.

SAMPEL ASK Rancangan Pelajaran Harian 1

Tema : Diri SayaObjektif : Murid dapat menghasilkan karya lukisan dengan teknik gurisan secara kreatif.Tempoh Masa : 60 minitBahan/ Media : Kayu pengguris “pencungkil gigi”, warna krayon dan kertas lukisan.Tunjang Pembelajaran Bersepadu : Komunikasi dan Kerohanian & NilaiPerbendaharaan Kata : Warna cerah & warna gelap.

Standard Pembelajaran Domain Kreativiti Seni Visual:KTI 1.1.2 Mengenal bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu karya .KTI 1.2.7 Menghasilkan karya mengikut kreativiti sendiri melalui pelbagai aktiviti menggambar.KTI 1.3.4 Menceritakan dan mempamerkan hasil kerja sendiri.

Fasa-fasa Pelaksanaan ASK CatatanOrientasi

1. Guru meminta murid menghadap belakang rakan yang Set induksi

Page 6: Tugasan SDP (10%)

berada di sebelah. 2. Guru mengarahkan murid untuk mengurut dan

mengguris belakang rakan secara bergilir-gilir dengan menggunakan jari tangan sendiri.

3. Guru mengaitkan aktiviti menggambar dengan teknik gurisan.

4. Guru menunjukkan sampel karya teknik garisan. 5. Guru mendemonstrasikan cara penghasilan karya

langkah demi langkah di depan kelas

Pencetusan Idea1. Sebelum memulakan aktiviti mengguris, murid

dikehendaki melapiskan meja dengan surat khabar sebelum aktiviti mewarna.

Aktiviti menggambar dengan teknik gurisan

Penstrukturan Semula Idea1. Murid mengenalpasti warna cerah dan gelap untuk

diwarnakan pada kertas lukisan. Aplikasi idea

1. Murid bebas menggunakan pelbagai jenis alat pengguris untuk menghasilkan imej lukisan.

Refleksi penutup1. Semua hasil karya murid dilekatkan pada papan notis di

depan kelas. 2. Murid dipanggil untuk menceritakan hasil karya

masing-masing di depan kelas. Murid lain boleh memberi cadangan untuk menambahbaikkan hasil kerja masing-masing.

3. Guru akan merumuskan tentang kelebihan dan kekurangan yang terdapat pada hasil kerja murid.

Page 7: Tugasan SDP (10%)

Lampiran: Proses Penghasilan Gambar Teknik Gurisan

1. Kertas lukisan diwarnakan dengan warna cerah sebagai lapisan pertama.

2. Gunakan warna hitam untuk mewarnakan lapisan kedua

3.Penggunaan kayu/ ranting halus untuk mengguris garisan sehingga menjadi gambar.

4. Penghasilan imej kegemaran murid.

Page 8: Tugasan SDP (10%)

Rancangan Pelajaran Harian 2Tema : Diri SayaSubtema/ tajuk : Kepelbagaian garisan untuk menggambarObjektif : Murid dapat menghasilkan karya lukisan dengan teknik gurisan secara kreatif.Tempoh Masa : 60 minitBahan/ Media : Alat pengguris yang pelbagai seperti ranting, gunting, pembaris, paku, pelbagai jenis“pencungkil gigi” warna krayon dan kertas lukisan.Tunjang Pembelajaran Bersepadu : Komunikasi & Kerohanian NilaiPerbendaharaan Kata : garisan tebal, nipis, membulat, berpusing, lurus dan bersegi.

Standard Pembelajaran Domain Kreativiti Seni Visual:KTI 1.1.2 Mengenal bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu karya .KTI 1.2.7 Menghasilkan karya mengikut kreativiti sendiri melalui pelbagai aktiviti menggambar.KTI 1.3.4 Menceritakan dan mempamerkan hasil kerja sendiri.

Fasa-fasa Pelaksanaan ASK CatatanOrientasi

1. Guru memperkenalkan pelbagai jenis alat pengguris yang boleh dicari dalam alam persekiraran.

2. Guru mengarahkan murid mencari alat pengguris yang pelbagai di sekitar kelas seperti pembaris, gunting, ranting, paku dan pensel.

3. Guru memperkenalkan pelbagai jenis garisan seperti garisan tebal & nipis, garisan berombak, lurus, membulat dan juga bersegi.

4. Murid dikehendaki melukis pelbagai garisan ini dengan jari di udara (secara imaginatif)

5. Guru menunjukkan cara penghasilan karya teknik gurisan langkah demi langkah di depan kelas

Set induksi

Page 9: Tugasan SDP (10%)

Pencetusan Idea1. Sebelum memulakan aktiviti mengguris, murid

dikehendaki melapiskan meja dengan surat khabar sebelum aktiviti mewarna.

Aktiviti menggambar dengan teknik gurisan: meneroka pelbagai jenis garisan

Penstrukturan Semula Idea1. Murid mengenalpasti kepelbagaian jenis garisan yang

terhasil daripada alat penguris yang berbeza. Aplikasi idea

1. Setelah murid selesai mewarna pada kertas lukisan, murid bebas meneroka pelbagai jenis garisan yang diajar dengan menggunakan pelbagai alat pengguris secara bebas pada kertas lukisan yang diwarnakan tadi.

2. Murid bebas menggunakan pelbagai jenis alat pengguris untuk menghasilkan imej lukisan.

Refleksi penutup2. Semua hasil karya murid dilekatkan pada papan notis di

depan kelas. Murid dipanggil untuk menceritakan cara penghasilan garisan yang pelbagai dengan alat pengguris yang berlainan.

3. Guru akan merumuskan tentang pelbagai jenis garisan yang terhasil dari pelbagai jenis alat pengguris melalui penerokaan.

Lampiran: Penerokaan pelbagai garisan dengan Teknik Gurisan

Page 10: Tugasan SDP (10%)
Page 11: Tugasan SDP (10%)

Rancangan Pelajaran Harian 3Tema : Diri SayaSubtema/ tajuk : Rumah impian saya.Objektif : Murid dapat menghasilkan karya lukisan dengan teknik gurisan secara kreatif.Tempoh Masa : 60 minitBahan/ Media : Alat pengguris yang pelbagai seperti ranting, gunting, pembaris, paku, pelbagai jenis “pencungkil gigi”, warna krayon dan kertas lukisan.Tunjang Pembelajaran Bersepadu : Komunikasi dan Kerohanian & NilaiPerbendaharaan Kata : Rumah, tingkap, pintu, bumbung dan tangga.

Standard Pembelajaran Domain Kreativiti Seni Visual:KTI 1.1.2 Mengenal bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu karya.KTI 1.2.7 Menghasilkan karya mengikut kreativiti sendiri melalui pelbagai aktiviti menggambar.KTI 1.3.4 Menceritakan dan mempamerkan hasil kerja sendiri.

Fasa-fasa Pelaksanaan ASK CatatanOrientasi

1. Guru memaparkan gambar-gambar pelbagai jenis rumah sambil memperkenalkan bahagian-bahagian rumah seperti pintu, tingkap dan lain-lain.

Set induksi

Pencetusan Idea1. Guru menyoal beberapa murid berkaitan rumah impian

mereka. 2. Guru menghubungkaitkan garisan-garisan yang pelbagai

pada pembentukan imej sebuah rumah. 3. Langkah-langkah penghasilan karya lukisan dengan

teknik gurisan dihuraikan oleh murid atas bimbingan guru.

Aktiviti menggambar dengan teknik gurisan: meneroka pelbagai jenis garisan

Penstrukturan Semula Idea1. Setelah persediaan alat dan bahan yang diperlukan,

murid memulakan aktiviti mewarna dengan krayon. 2. Murid dikehendaki menghasilkan imej dengan tema

yang ditetapkan.

Page 12: Tugasan SDP (10%)

Aplikasi idea1. Murid diberi kebebasan untuk pemilihan alat pengguris

semasa menggambar rumah impian masing-masing.

Refleksi penutup1. Setelah selesai proses penghasilan karya, murid

digalakkan menunjukkan karya sendiri kepada rakan sebelah.

2. Murid berinteraksi sambil menceritakan karya lukisan masing-masing kepada rakan.

3. Guru mempamerkan semua karya murid pada papan notis sambil memberi penghargaan kepada semua murid.

Lampiran: Penghasilan karya bertemakan rumah impian serta refleksi bersama rakan sebaya.

Page 13: Tugasan SDP (10%)
Page 14: Tugasan SDP (10%)

Rancangan Pelajaran Harian 4Tema : Alam Bahan Sub tema/ Tajuk : AirObjektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat menghasilkan corak bebas dengan teknik tiupan. Tempoh Masa : 1 jamBahan/ Media : Kertas lukisan, cat air, berus cat/penyedut minumanTunjang Pembelajaran Bersepadu : Literasi Sains & Teknologi dan Fizikal & estetika.Perbendaharaan Kata : Air, angin, warna asas (biru, kuning & merah)

Standard Pembelajaran Domain Kreativiti Seni Visual:KTI 1.1.3 Memilih pelbagai bahan yang sesuai dalam penghasilan karya.KTI 1.2.8 Membuat corak dan rekaan mengikut kreativiti sendiri melalui pelbagai aktiviti dengan bimbingan.KTI 1.3.5 Menyatakan pandangan secara lisan hasil kerja sendiri dan rakan. Fasa-fasa Pelaksanaan ASK CatatanOrientasi

1. Guru menunjukkan hasil karya mencorak di depan kelas.

2. Guru merangsang murid untuk meneliti warna yang digunakan dalam karya mencorak.

3. uru memperkenalkan alat dan bahan yang diperlukan untuk menghasilkan corak bebas dengan catan air. Warna asas diperkenalkan kepada murid sambil menyebut ejaan warna tersebut dengan kad perkataan.

Set induksi

Pencetusan Idea1. Setiap langkah penghasilan karya ditunjukkan dan dipaparkan pada papan notis secara terperinci di depan murid. Dengan menggunakan cat cair, murid menitiskan cat air yang telah dicampurkan dengan air ke atas kertas lukisan.

Aktiviti mencorak dengan teknik tiupan

Penstrukturan Semula Idea1.murid dibimbing untuk Keluwesan/

kejelasan

Page 15: Tugasan SDP (10%)

Aplikasi idea1. Straw’ diberikan kepada semua murid untuk meniup

titisan air pada kertas. lukisan secara bebas.Refleksi penutup

1. Setelah selesai karya mencorak, murid dikehendaki mengeringkan karya masing-masing di bawah kipas.

2. Beberapa orang murid dipanggil untuk menerangkan karya masing-masing di depan kelas.

3. Murid melaksanakan sesi refleksi dengan bimbingan guru. Guru memberi penghargaan kepada semua murid yang berjaya menghasilkan karya mencorak.

Lampiran: Sampel hasil kerja murid dengan cat air

Proses meniup dengan straw. ABM guru – corak bebas dengan catan air (warna asas)

Page 16: Tugasan SDP (10%)

Hasil karya murid dalam kumpulan berpasangan

Karya murid dalam kumpulan berpasangan

Rancangan Pelajaran Harian 5Tema : Alam Hidupan Sub tema/ Tajuk : Tumbuh-tumbuhanObjektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat menghasilkan karya mencorak yang bertema tumbuhan dengan teknik tiupan. Tempoh Masa : 1 jamBahan/ Media : Kertas lukisan, cat air, berus cat/penyedut minumanTunjang Pembelajaran Bersepadu : Literasi Sains & Teknologi dan Fizikal & estetika.Perbendaharaan Kata : Daun, ranting, dahan, pokok.

Standard Pembelajaran Domain Kreativiti Seni Visual:KTI 1.1.2 Mengenal bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu karya.KTI 1.2.8 Membuat corak dan rekaan mengikut mengikut kreativiti sendiri melalui pelbagai aktiviti dengan bimbingan.KTI 1.3.6 Menunjukkan penghargaan terhadap keindahan persekitaran dan alam semula jadi seperti tidak mengotorkan alam sekitar. Fasa-fasa Pelaksanaan ASK Catatan

Page 17: Tugasan SDP (10%)

Orientasi

1. Guru menunjukkan karya gambar pokok yang dihasilkan dengan teknik tiupan.

2. Guru memperkenalkan penghasilan warna hijau melalui campuran warna kuning dan biru.

3. Guru menunjukkan cara menghasilkan karya mencorak yang

bertemakan tumbuh-tumbuhan dengan menggunakan straw dan catan air.

Set induksi

Pencetusan Idea1. Murid digalakkan berimaginasikan rupa dan bentuk

tumbuh-tumbuhan yang ada pada persekitaran mereka. 2. Murid dikehendaki mencampur warna kuning dan biru

untuk mendapat warna hijau sebelum mula penghasilan corak pokok dengan teknik tiupan.

Aktiviti mencorak dengan teknik tiupan

Penstrukturan Semula Idea1. Murid mengenalpasti kepelbagaian corak yang terhasil

melalui teknik tiupan.

Aplikasi idea1. Murid diberi kertas putih A4 dan memulakan aktiviti

meniup secara individu.

Refleksi penutup1. Hasil karya yang kering dipaparkan di depan kelas.2. Murid diberi peluang untuk mengapresiasikan karya

sendiri dan rakan.3. Murid melaksanakan sesi refleksi dengan bimbingan

guru. Cadangan penambahbaikan karya masing-masing dikemukakan oleh murid dan guru agar murid boleh membaiki karya masing-masing di rumah.

Lampiran: Sampel hasil kerja murid dengan cat air

Page 18: Tugasan SDP (10%)

Proses mendapat warna hijau dari warna asas.

ABM guru – corak tumbuhan dengan warna hijau

Hasil karya murid secara indibvidu Karya murid yang bertemakan tumbuhan

Page 19: Tugasan SDP (10%)

Rancangan Pelajaran Harian 6Tema : Alam Hidupan Sub tema/ Tajuk : Haiwan & Tumbuh-tumbuhanObjektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat menghasilkan karya mencorak yang bertema tumbuhan dengan teknik tiupan. Tempoh Masa : 1 jamBahan/ Media : Kertas lukisan, cat air, berus cat/penyedut minumanTunjang Pembelajaran Bersepadu : Literasi Sains & Teknologi dan Fizikal & Estetika.Perbendaharaan Kata : Daun, ranting, dahan, pokok & haiwan.

Standard Pembelajaran Domain Kreativiti Seni Visual:KTI 1.1.4 Memanipulasi bahan secara kreatif untuk penghasilan sesuatu karya dengan bimbingan.KTI 1.2.11 Mereka corak bebas dengan menggabungjalinkan pelbagai teknik membuat corak dan rekaan. KTI 1.3.5 Menyatakan pandangan secara lisan hasil kerja sendiri dan rakan. Fasa-fasa Pelaksanaan ASK CatatanOrientasi

1. Guru menunjukkan karya teknik capan dengan corak alam hidupan seperti rama-rama, ulat dan bunga.

2. Guru memperkenalkan penghasilan jari-jari yang ada pada tangan.

3. Guru menunjukkan cara menghasilkan karya mencorak

Set induksi

Page 20: Tugasan SDP (10%)

alam hidupan dengan menggunakan mengecap jari tangan sendiri dengan warna catan air.

Pencetusan Idea1. Murid digalakkan berimaginasikan rupa dan bentuk

tumbuh-tumbuhan dan hidupan yang ada pada persekitaran mereka.

2. Murid dikehendaki mewarnakan jari tangan dengan warna catan air mengikut pilihan warna yang dikehendaki.

3. Murid diberi kertas putih A4 dan memulakan aktiviti mengecap secara individu.

Aktiviti mencorak dengan teknik capan

Penstrukturan Semula Idea1. Murid mengenalpasti kepelbagaian jenis rupa dan bentuk yang terhasil daripada teknik capan

Aplikasi idea

Refleksi penutup

1. Hasil karya murid dipamerkan pada papan notis di depan kelas.

2. Murid diberi peluang untuk mengapresiasikan karya sendiri dan rakan.

3. Murid melaksanakan sesi refleksi dengan bimbingan guru. Cadangan penambahbaikan karya masing-masing dikemukakan oleh murid dan guru agar murid boleh membaiki karya masing-masing di rumah.

Page 21: Tugasan SDP (10%)

Lampiran: Sampel ABM guru dan hasil kerja murid dengan teknik capan

Hasil demonstrasi guru di depan kelas dengan teknik capan

ABM guru – corak tumbuhan dengan teknik capan dengan jari tangan

Hasil karya murid umur 5+ secara individu.

Karya murid yang bertemakan tumbuhan.(karya murid umur 6+ )

Rancangan Pelajaran Harian 7

Page 22: Tugasan SDP (10%)

Tema : Alam Benda Sub tema/ Tajuk : Alam bendaObjektif : Pada akhir pembelajaran bersiri selama 6 hari, murid dikesan dengan peningkatkan pemikiran kreativiti dengan menyiapkan lembaran kerja 5K. Tempoh Masa : 1 jam sehari dari 30/3/2011 hingga 7/4/2011Bahan/ Media : pensel warnaTunjang Pembelajaran Bersepadu : Komunikasi dan Fizikal & estetika.

Standard Pembelajaran Domain Kreativiti Seni Visual:KTI 1.1.5 Mewarnakan gambar dalam ruang tertentu. KTI 1.2.10 Menghasilkan karya menggabungjalinkan pelbagai teknik menggambar. KTI 1.3.5 Menyatakan pandangan secara lisan hasil kerja sendiri dan rakan. Fasa-fasa Pelaksanaan ASK CatatanOrientasi

1. Guru memberi salam dan memastikan murid dalam keadaan bersedia sebelum memulakan aktiviti seni.

2. Semua murid dibekalkan dengan sekotak pensel warna dan lembaran kerja 5K.

Set induksi

Pencetusan Idea3. Guru menerangkan cara-cara menyiapkan lembaran

kerja masing-masing.Aktiviti menggambar dengan lembaran kerja konsep 5K.

Penstrukturan Semula Idea1. Murid duduk dalam kumpulan sebelum memulakan

aktiviti melukis secara individu. 2. Murid dihadiahkan sekeping ‘sticker’ sebagai

penghargaan kepada sesiapa yang melengkapkan lembaran kerja.

3. Seterusnya mereka diberi lembaran baru untuk meneruskan aktiviti menggambar secara kreatif.

Page 23: Tugasan SDP (10%)

Aplikasi idea

1. Murid dirangsang untuk menghasilkan imej tanpa meniru rakan lain.

2. Murid dibimbing semasa menghadapi masalah semasa melaksanakan aktiviti yang dikehendaki.

Refleksi penutup1. Kesemua lembaran kerja 5K dikumpul dan ditaksir

untuk mengesan perkembangan domain kreativiti murid secara individu.

2. Hasil karya murid dipamerkan pada papan notis.

3. Guru merumuskan aktiviti menggambar ini yang mementingkan pemerhatian teliti, pemikiran imaginatif dan penghubungkaitan idea untuk pengetahuan sedia ada. Idea pelbagai murid dan rakan mesti dihargai semua.

Lampiran: Turutan pengedaran lembaran kerja 5K yang dilengkapkan oleh murid.

Lembaran konsep Keaslian 1(PRE-TEST)

Lembaran konsep keaslian 1(PRE-TEST)

Lembaran konsep kesensifan 1 Lembaran konsep kesensifan 2 Lembaran konsep kesensifan 3 Lembaran konsep kesensifan 4

Page 24: Tugasan SDP (10%)

Lembaran konsep kelancaran 1 Lembaran konsep kelancaran 2

Lembaran konsep keluwesan 1 Lembaran konsep keluweasan 2

Lembaran konsep kejelasan 1 Lembaran konsep kejelasan 2

Page 25: Tugasan SDP (10%)

Lembaran konsep Keaslian 2(POST-TEST)

Lembaran konsep kesensifan 2(POST-TEST)

Page 26: Tugasan SDP (10%)

Rancangan Pelajaran Harian 8Tema : Dunia Teknologi Sub tema/ Tajuk : PembinaanObjektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat menghasilkan karya yang bertemakan pembinaan dengan menggunakan bongkah kayu. Tempoh Masa : 1 jamBahan/ Media : bongkah kayuTunjang Pembelajaran Bersepadu : Komunikasi dan Fizikal & estetika.Perbendaharaan Kata : kenderaan dan tempat kediaman

Standard Pembelajaran Domain Kreativiti Seni Visual:KTI 1.1.4 Memanipulasikan bahan secara kreatif untuk penghasilan karya dengan bimbingan.KTI 1.2.9 Menghasilkan bentuk binaan mengikut kreativiti sendiri melalui pelbagai teknik dengan bimbingan.KTI 1.3.5 Menunjukkan penghargaan terhadap keindahan persekitaran dan alam semula jadi seperti tidak mengotorkan alam sekitar. Fasa-fasa Pelaksanaan ASK CatatanOrientasi

1. Murid dirangsang oleh guru supaya banyak memberi pemerhatian teliti kepada pembinaan yang wujud pada alam sekitar.

Set induksi

Pencetusan Idea1.Guru menanya murid sama ada mereka pernah

berpengalaman dengan permainan LIGO dalam pembinaan.

2.Murid dibahagikan kepada kumpulan untuk menghasilkan karya pembinaan dengan bongkah kayu yang dibekalkan.

Aktiviti menghasilkan bentuk binaan dengan bongkah kayu.

Penstrukturan Semula Idea1. Murid mengenalpasti kepelbagaian jenis garisan yang terhasil daripada alat penguris yang berbeza. Aplikasi idea

1. Murid digalakkan memikirkan karya binaan yang pernah dilihat dan kemudian berimaginasikan pelbagai

Page 27: Tugasan SDP (10%)

bentuk dalam pembinaan. 2. Murid bekerja dalam kumpulan kecil untuk mendirikan

pembinaan masing-masing.

Refleksi penutup1. Penghargaan ‘sticker’ diberi kepada semua ahli

kumpulan yang berjaya menghasilkan bentuk binaan. 2. Murid diberi peluang untuk menerangkan karya binaan

masing-masing. 3. Murid melaksanakan sesi refleksi dengan bimbingan

guru. Cadangan penambahbaikan karya dikemukakan oleh murid dan guru.

Lampiran: Hasil binaan murid.

Murid bekerjasama menghasilkan bentuk binaan.

Bentuk binaan oleh murid umur 5+

Page 28: Tugasan SDP (10%)

Hasil karya murid umur 5+ secara individu.

Karya binaan murid umur 6+

Rancangan Pelajaran Harian 9Tema : Dunia Teknologi Sub tema/ Tajuk : PembinaanObjektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat menghasilkan karya yang bertemakan pembinaan dengan menggunakan bentuk kubus. Tempoh Masa : 1 jamBahan/ Media : Kuboid sponge dan kotak kuboidTunjang Pembelajaran Bersepadu : Literasi sains dan Fizikal & estetika.Perbendaharaan Kata : ringan dan berat; tinggi dan rendah

Standard Pembelajaran Domain Kreativiti Seni Visual:KTI 1.1.4 Memanipulasikan bahan secara kreatif untuk penghasilan karya dengan bimbingan .KTI 1.2.9 Menghasilkan bentuk binaan mengikut kreativiti sendiri melalui pelbagai teknik dengan bimbingan.KTI 1.3.5 Menunjukkan penghargaan terhadap keindahan persekitaran dan alam semula jadi seperti tidak mengotorkan alam sekitar.

Page 29: Tugasan SDP (10%)

Fasa-fasa Pelaksanaan ASK CatatanOrientasi

1. Guru menunjukkan gambar bangunan dan kenderaan yang unik untuk menarik perhatian murid.

Set induksi

Pencetusan Idea1. Guru menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada murid dalam menghasilkan pembinaan kreatif murid berdasarkan prinsip imbangan.

Aktiviti menghasilkan bentuk binaan dengan kuboid sponge/ kotak kuboid.

Penstrukturan Semula Idea1. Murid digalakkan memikirkan karya binaan yang luar

biasa. 2. Prinsip imbangan ditekankan oleh guru untuk

merangsang murid mendirikan binaan secara kukuh.

Aplikasi idea1. Murid diberi kebebasan sama ada menghasilkan bentuk

binaan secara individu ataupun kumpulan.

Refleksi penutup1. Penghargaan ‘sticker’ diberi kepada murid yang siap

dalam pembinaan masing-masing. 2. Murid diberi peluang untuk menerangkan bentuk binaan

masing-masing.3. Murid melaksanakan sesi refleksi dengan bimbingan

guru. Cadangan penambahbaikan karya dikemukakan oleh murid dan guru.

Lampiran: Hasil binaan murid.

Page 30: Tugasan SDP (10%)

Murid mendiri kuboid sponge secara individu

Bentuk binaan oleh murid umur 6+

Hasil karya murid umur 5+ secara individu.

Karya binaan murid umur 5+

Hasil binaan murid umur 5+ Hasil binaan murid umur 6+

Page 31: Tugasan SDP (10%)

Rancangan Pelajaran Harian 10Tema : Dunia Teknologi Sub tema/ Tajuk : PembinaanObjektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat menghasilkan karya yang bertemakan pembinaan dengan menggunakan bongkah kayu. Tempoh Masa : 1 jamBahan/ Media : bongkah kayuTunjang Pembelajaran Bersepadu : Literasi Sains dan Fizikal & Estetika.Perbendaharaan Kata : imbangan, sama berat.

Standard Pembelajaran Domain Kreativiti Seni Visual:KTI 1.1.4 Memanipulasikan bahan secara kreatif untuk penghasilan karya dengan bimbingan .KTI 1.2.9 Menghasilkan bentuk binaan mengikut kreativiti sendiri melalui pelbagai teknik dengan bimbingan.KTI 1.3.5 Menunjukkan penghargaan terhadap keindahan persekitaran dan alam semula jadi seperti tidak mengotorkan alam sekitar. Fasa-fasa Pelaksanaan ASK CatatanOrientasi

1. Guru memberi salam dan memastikan murid bersedia untuk aktiviti penambahbaik binaan dengan bongkah kayu.

2. Guru merangsang murid ke arah konsep keluwesan dan kejelasan dalam penghasilan bentuk binaan yang luar biasa berdasarkan prinsip imbangan.

Set induksi

Pencetusan IdeaAktiviti menghasilkan bentuk binaan dengan bongkah kayu.

Penstrukturan Semula Idea1. Prinsip imbangan ditekankan oleh guru untuk

merangsang murid mendirikan binaan secara kukuh.

Page 32: Tugasan SDP (10%)

Aplikasi idea2. Murid digalakkan membaiki binaan yang pernah

dihasilkan sebelum ini. 3. Murid diberi kebebasan sama ada menghasilkan

bentuk binaan secara individu ataupun berkumpulan.

Refleksi penutup1. Penghargaan ‘sticker’ diberi kepada murid yang siap

dalam pembinaan masing-masing. 2. Murid diberi peluang untuk menerangkan bentuk binaan

masing-masing.3. Murid melaksanakan sesi refleksi dengan bimbingan

guru. Cadangan penambahbaikan karya dikemukakan oleh murid dan guru.

Lampiran: Hasil binaan murid.

Murid membuat binaan dengan bongkah kayu.

Bentuk binaan oleh murid umur 6+

Page 33: Tugasan SDP (10%)

Hasil karya murid umur 6+ secara kumpulan.

Rancangan Pelajaran Harian 11Tema : Dunia Teknologi Sub tema/ Tajuk : PembinaanObjektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat menghasilkan karya yang bertemakan pembinaan dengan menggunakan ‘tube paip’. Tempoh Masa : 1 jamBahan/ Media : pelbagai saiz tube-tube paip Tunjang Pembelajaran Bersepadu : Literasi Sains dan Fizikal & Estetika.Perbendaharaan Kata : Panjang & pendek.

Standard Pembelajaran Domain Kreativiti Seni Visual:KTI 1.1.4 Memanipulasikan bahan secara kreatif untuk penghasilan karya dengan bimbingan.KTI 1.2.9 Menghasilkan bentuk binaan mengikut kreativiti sendiri melalui pelbagai teknik dengan bimbingan.

Page 34: Tugasan SDP (10%)

KTI 1.3.7 Menghayati benda yang dilihat, disentuh dan didengar. Fasa-fasa Pelaksanaan ASK CatatanOrientasi Set induksi

1. Guru memberi salam dan memastikan murid bersedia untuk aktiviti mereka ciptaan dengan tube paip.

2. Guru merangsang murid ke arah konsep keluwesan dan kejelasan dalam penghasilan reka ciptaan yang luar biasa.

Pencetusan Idea1. Guru menunjukkan cara mencantumkan ‘tube paip’

untuk menghasilkan rekaan seperti senapang dan lain-lain.

Aktiviti mereka ciptaan bentuk binaan dengan ‘tube paip’.

Penstrukturan Semula Idea1. Murid digalakkan mereka cipta binaan teknologi yang

luar biasa. Fahaman panjang dan pendek didedahkan kepada murid dengan menggunakan tube paip yang dibekalkan.

Aplikasi ideaMurid diberi kebebasan sama ada menghasilkan bentuk

binaan secara individu ataupun kumpulan.

Refleksi penutup1. Penghargaan ‘sticker’ diberi kepada murid yang

berusaha mereka ciptaan yang unik. 2. Murid diberi peluang untuk menerangkan bentuk binaan

masing-masing. 3. Murid melaksanakan sesi refleksi dengan bimbingan

guru.

Lampiran: Hasil binaan murid.

Page 35: Tugasan SDP (10%)

Murid membuat binaan dengan tube paip.

Hasil karya murid umur 6+

Page 36: Tugasan SDP (10%)

Rancangan Pelajaran Harian 12Tema : Alam hidupan Sub tema/ Tajuk : Haiwan/ makhluk asingObjektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat menghasilkan ciptaan yg bertemakan haiwan dgn menggunakan ubin yg berwarna. Tempoh Masa : 1 jamBahan/ Media : ubin plastik dengan rupa geometri yang pelbagai. Tunjang Pembelajaran Bersepadu : Komunikasi dan Fizikal & Estetika.Perbendaharaan Kata : Anggota badan - kepala, kaki, tangan dan badan.

Standard Pembelajaran Domain Kreativiti Seni Visual:KTI 1.1.4 Memanipulasikan bahan secara kreatif untuk penghasilan karya dengan bimbingan.KTI 1.2.9 Menghasilkan bentuk binaan mengikut kreativiti sendiri melalui pelbagai teknik dengan bimbingan.KTI 1.3.7 Menghayati benda yang dilihat, disentuh dan didengar. Fasa-fasa Pelaksanaan ASK CatatanOrientasi

1. Guru menunjukkan pelbagai gambar binatang sambil menerangkan bahagian-bahagian haiwan tersebut.

2. Murid dikehendaki menyebut bahagian-bahagian haiwan bersama guru.

3. Rupa geometri diperkenalkan sambil menghubungkaitkan dengan bahagian-bahagian haiwan.

Set induksi

Pencetusan Idea1. Murid dibekalkan dengan ubin plastik yang mempunyai

pelbagai rupa geometri.Aktiviti menghasilkan reka bentuk haiwan dengan ubin plastik.

Penstrukturan Semula Idea1. Penghubungkaitan rupa bahagian-bahagian haiwan

diperlukan semasa mereka cipta haiwan yang diimaginasikan oleh murid.

Page 37: Tugasan SDP (10%)

Aplikasi idea

Refleksi penutup

1. Penghargaan ‘sticker’ diberi kepada murid yang siap dalam pembinaan masing-masing.

2. Murid diberi peluang untuk menerangkan bentuk binaan masing-masing.

3. Murid melaksanakan sesi refleksi dengan bimbingan guru. Cadangan penambahbaikan karya dikemukakan oleh murid dan guru.

Lampiran: Sampel hasil binaan murid.

Murid mereka cipta bentuk haiwan dengan ubin plastik.

Page 38: Tugasan SDP (10%)

Hasil karya murid umur 6+.