tugasan sdp

12
PENGENALAN Seni merupakan sesuatu yang subjektif untuk digambarkan. Seni bukan sahaja diaplikasikan dalam satu bidang tetapi seni juga diaplikasikan dalam pengajaran. Seni itu indah dan halus. Perkataan seni itu sendiri terlalu luas untuk ditafsirkan. Di dalam pengajaran memerlukan pemahaman dan pemahaman memerlukan tarikan yang menarik dan kreatif. Untuk memastikan sesuatu pengajaran mempunyai impak yang positif keatas seseorang individu, seni yang disematkan haruslah kreatif dan dapat memberi kesan dalam jangka masa yang panjang. Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran seseorang manusia yang diolah secara halus dan sederhana . (Pahlawi Web Al. Mei 2007). Kenyataan tadi mendefinisikan seni sebagai satu pergerakan yang dinamik dan pemikiran logik manusia yang diwujudkan melalui ketekunan dan kehalusan budi yang ditentukan oleh ilmu, moral, dan ketakwaan manusia terhadap sang pencipta. Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari. Di dalam komponen Pendidikan Seni Visual, warna merupakan elemen yang penting dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan akan menjadi tidak bermakna. Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidak menarik. Warna memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan sesebuah kebudayaan, emosi. dan maksud dalam karya seni visual. Elemen yang seterusnya ialah irama muzik. Irama dapat dinyatakan sebagai rentak yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Dalam kehidupan kita seharian, kita semestinya akan menemui pelbagai irama. Sebagai contoh bunyi kenderaan, bunyi haiwan, bunyi hujan, bunyi bayi menangis dan pelbagai lagi. Semua ini merupakan irama yang wujud disekeliling kita tanpa kita sedari dan kebanyakan ianya berlaku setiap masa. Dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu susunan corak yang berulang dan susunan sekata yang mewujudkan pergerakan. 1

Upload: azrizal-azamir

Post on 10-Feb-2016

58 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Assignment Seni dalam Pendidikan -

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan SDP

PENGENALAN

Seni merupakan sesuatu yang subjektif untuk digambarkan. Seni bukan sahaja

diaplikasikan dalam satu bidang tetapi seni juga diaplikasikan dalam pengajaran. Seni itu

indah dan halus. Perkataan seni itu sendiri terlalu luas untuk ditafsirkan. Di dalam

pengajaran memerlukan pemahaman dan pemahaman memerlukan tarikan yang menarik

dan kreatif. Untuk memastikan sesuatu pengajaran mempunyai impak yang positif keatas

seseorang individu, seni yang disematkan haruslah kreatif dan dapat memberi kesan dalam

jangka masa yang panjang. “Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran

seseorang manusia yang diolah secara halus dan sederhana”. (Pahlawi Web Al. Mei 2007).

Kenyataan tadi mendefinisikan seni sebagai satu pergerakan yang dinamik dan pemikiran

logik manusia yang diwujudkan melalui ketekunan dan kehalusan budi yang ditentukan oleh

ilmu, moral, dan ketakwaan manusia terhadap sang pencipta.

Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan

tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga

seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan

melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada

interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari. Di dalam komponen Pendidikan Seni

Visual, warna merupakan elemen yang penting dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan

akan menjadi tidak bermakna. Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidak

menarik. Warna memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan sesebuah

kebudayaan, emosi. dan maksud dalam karya seni visual.

Elemen yang seterusnya ialah irama muzik. Irama dapat dinyatakan sebagai rentak

yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita mendengar

muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk

mendengar muzik tersebut berulang kali. Dalam kehidupan kita seharian, kita semestinya

akan menemui pelbagai irama. Sebagai contoh bunyi kenderaan, bunyi haiwan, bunyi hujan,

bunyi bayi menangis dan pelbagai lagi. Semua ini merupakan irama yang wujud disekeliling

kita tanpa kita sedari dan kebanyakan ianya berlaku setiap masa. Dalam pendidikan seni,

irama digambarkan sebagai sesuatu susunan corak yang berulang dan susunan sekata

yang mewujudkan pergerakan.

1

Page 2: Tugasan SDP

Kanak-kanak akan mula memahami sesuatu kemahiran yang berbentuk irama

sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari,

melukis corak dan sebagainya. Kanak-kanak seawal satu tahun sudah boleh

menggoyangkan badan apabila mendengar muzik. Ini membuktikan yang sebenarnya irama

dapat meransang minda kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang

dilakukan. Tanpa kehadiran muzik, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar

dan murid akan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran irama dalam aktiviti yang

dilakukan secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti

dengan lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok

melakukan aktviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik.

Menurut Kenneth M.Lansing ( 1973 ) dalam bukunya Art, Artist dan Art Education

menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi sebagai satu

cabang komunikasi. Kebolehan guru dalam menyampaikan pengajaran dan menggunakan

kaedah yang betul akan dapat memenuhi keperluan. Selain itu, guru perlulah memahami

dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual.

Kemahiran guru dalam mengolah sukatan pelajaran dengan menumpukan kepada

perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu dengan menggunakan

pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni Dalam Pendidikan sebenarnya memberi

peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekeliling mereka, yakni apa yang

mereka lihat, sentuh, bergerak dan berfikir dalam setiap aktviti pembelajaran yang mereka

lakukan. Melalui cara ini, secara tidak langsung, ia mengajar murid untuk menguruskan

sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif.

Kesimpulannya, guru perlu mengambil langkah dalam memanipulasikan elemen seni dalam

pengajaran supaya pengajaran mereka akan menjadi lebih berkesan.

2

Page 3: Tugasan SDP

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Kelas : Tahun 5 Bakawali

Masa : 10.40 – 11.40 pagi (60 minit)

Bilangan Murid : 30 orang

Mata Pelajaran : Sains

Tema : Rantai makanan

Liputan Kurikulum :

Mengetauhi jenis tumbuhan dan haiwan yang terlibat dengan rantai makanan.

Memperkenalkan istilah pengeluar, pengguna pertama (primer), pengguna kedua (sekunder)

dan pengguna ketiga (tertiar).

Memperkenalkan simbol ‘’ yang bermaksud dimakan oleh.

Membentuk rantai makanan.

Hasil Pembelajaran :

Memahami Rantai Makanan sebagai hubungan makanan antara hidupan.

Ojektif Pengajaran : Di akhir pengajaran murid dapat :

1. Membina sekurang-kurangnya tiga rantai makanan.

2. Melakukan pergerakan dan menyanyi lagu ‘burung bangau’ dengan baik.

3. Menyanyikan lirik lagu yang dibuat dengan menggunakan rentak ‘burung bangau”

4. Menghasilkan origami burung bangau dengan bimbingan video dan guru.

5. Menghargai rukun alam bahawa sesuatu yang hidup boleh menjadi makanan kepada

benda hidup yang lain.

Pengetahuan sedia ada :

Murid tahu bahawa tumbuhan hijau boleh membina makanannya sendiri.

3

Page 4: Tugasan SDP

Murid tahu tabiat makan haiwan herbivor, karnivor dan omnivor.

Bahan bantu mengajar :

Sebuah komputer, Cd Pengajaran, origami burung yang telah siap, kertas warna.

Persediaan guru :

Persembahan Perisian Pembelajaran yang menunjukkan perkaitan rangkaian makanan.

Video “bangau oh bangau”

Video rantai makanan.

Video bagaimana mengasilkan origami burung.

Bahan maujud origami burung bangau.

Kegiatan/Hasil pembelajaran Isi Pelajaran/Hasil pembelajaran

Kemahiran Generik/Nilai/BBM

SET INDUKSIAktiviti 1: (5 min)

SET PERALIHANAktiviti 1 : (15 min)

1.Guru menayangkan lagu

“bangau oh bangau” dan

murid-murid menyanyi

bersama video yang

ditayangkan.

2. Murid menyanyi sambil

membuat pergerakan dan

gaya.

Hasil pembelajaran:Murid menyanyi sambil membuat pergerakan dengan penuh semangat.

1.Murid diminta menonton

video tentang rantai makanan

dengan senyap.

2. Murid memberi perhatian

Interpersonal

Verbal linguistic

Muzik

Konstektual

BBM Persembahan Slaid

(Video bangau oh

bangau)

Kontekstual

Kecerdasan Visual

BBMPersembahan slaid

(video rantai makanan)

4

Page 5: Tugasan SDP

SET PERKEMBANGANAktiviti 2 : (15 min)

Aktiviti 3 : (15 min)

dan mencatat jika ada istilah

baru yang mereka tidak

fahami.

3. Guru memberi soalan

untuk menguji kefahaman

murid.

Hasil pembelajaran:Murid mendengar, memahami dan menjawab soalan guru dengan baik.

1. Guru menerangkan apa itu

rantai makanan.

2. Guru juga memberi contoh

beberapa jenis rantai

makanan.

3. Murid diminta memberi

contoh rantai makanan yang

mereka tahu.

Hasil pembelajaran:Murid memahami apa itu rantai makanan.

1. Guru menayangkan video

bagaimana membuat origami

burung bangau.

2. Murid diedarkan dengan

kertas warna.

3. Murid menonton video

sambil cuba melipat.

4. Guru memberhentikan

video seketika bagi memberi

peluang murid melipat.

ABMPersembahan slaid

ABMPersembahan slaid

(Video cara melipat

origami burung bangau.)

KBKKKritis menyusun

Kreatif menjana idea

ABMKertas warna

5

Page 6: Tugasan SDP

SESI APRESIASI DAN REFLEKSI (5 minit)

1. Murid mempamerkan hasil

kerja mereka.

2. Guru memberikan refleksi dan

menilai hasil kerja murid samada

baik, sederhana atau kurang

mencapai tahap yang

dikehendaki.

SET PENUTUP (5 minit)

Hasil pembelajaran:Murid mengikut arahan seperti di dalam video dan cuba menghasilkan origami burung bangau.

1. Murid mempamerkan hasil

kerja mereka dan

membandingkan dengan hasil

origami yang guru bawa ke

kelas.

2. Guru memberikan refleksi

dan menilai hasil kerja murid

samada baik, sederhana atau

kurang mencapai tahap yang

dikehendaki.

3. Guru memberi token

kepada pelajar pertama yang

dapat dapat menyiapkan

origami burung bangau.

4. Guru mengedarkan soalan

latih tubi sains dan murid

diminta menyiapkannya di

rumah dan dihantar semula

pada keesokan hari.

Hasil pembelajaran:Murid menghasilkan origami dengan kemas dan baik.

1. Murid diminta

mengemaskan ruang kerja

mereka.

Bahan maujud (origami

burung bangau.

Latihan Sains

6

Page 7: Tugasan SDP

2. Murid menyanyikan lagu

“rantai makanan” dengan

rentak lagu “bangau oh

bangau”.

Helang oh helang

Apa yang engkau makan

Aku suka makan ayam

Ayam makanan aku (2x)

Ayam oh ayam

Apa yang engkau makan

Aku suka makan ulat

Ulat makanan aku (2x)

Ulat oh ulat

Apa yang engkau makan

Aku suka makan sawi

Sawi makanan aku (2x)

Hasil pembelajaran:Murid menyanyi sambil membuat pergerakan dengan penuh semangat.

Verbal Linguistik

Muzik

Interpersonal

BBMSlaid persembahan

7

Page 8: Tugasan SDP

BAHAN BANTU MENGAJAR

Di dalam tugasan ini, dua bahan bantu mengajar perlu dihasilkan iaitu CD Pengajaran dan

juga bahan Maujud. Untuk matapelajaran Sains Tahun 5 dengan tajuk Rantai Makanan,

terdapat beberapa bahan yang telah dimuatnaik dari sumber internet dan dijadikan bahan

bantu mengajar yang dapat menarik perhatian murid. Di dalam CD pengajaran ini, sebuah

Persembahan Power Point telah di siapkan dan merangkumi unsur-unsur seni visual, muzik

dan juga pergerakan. Antaranya ialah video lagu “Bangau oh Bangau”. Murid diminta

menyanyi sambil menggayakan dan membuat pergerakan di dalam kelas.

Video kedua yang terdapat dalam slaid persembahan Power Point ialah Video

tentang rantai makanan. Video ini merupakan video Sains Tahun 5 dibawah tajuk Rantai

Makanan. Video yang mengambil masa 10 minit ini dapat membantu guru menjelaskan

tentang rantai makanan kepada murid-murid.

8

Page 9: Tugasan SDP

Seterusnya, slaid persembahan Power Point juga dibina sebagai tapak kepada

video-video ini. Terdapat nota ringkas tentang rantai makanan, contoh rantai makanan yang

lain dan lirik lagu Rantai Makanan. Di sini unsur seni muzik diselitkan dan murid diminta

menyanyikan lagu ciptaan guru dengan baik.

Akhir sekali ialah video cara membuat origami burung bangau. Video membuat

origami burung bangau ini mengandungi unsur seni visual. Disini murid diminta melipat

kertas warna yang disediakan dan menghasilkan seekor burung bangau. Murid diminta

memberikan perhatian yang penuh sepanjang video ini ditayangkan.

Bahan maujud yang dibawa guru kedalam kelas ialah origami burung bangau yang 9

Page 10: Tugasan SDP

telah siap. Guru akan membawa hasil origami tersebut dan meletakkan pada setiap

kumpulan sebagai panduan murid dalam menghasilkan origami ini.

Akhir sekali guru juga menyediakan latihan yang perlu murid jawab di rumah dan

hantar semula kepada guru pada kelas yang berikutnya.

10

Page 11: Tugasan SDP

REFLEKSI

Alhamdulilah, bersyukur yang tidak terhingga kerana saya dapat melaksanakan

tugasan yang telah ditetapkan oleh pihak IPG pada semester ini. Tugasan Seni dalam

Pendidikan pada semester ini ialah menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan

Bahan Bantu Mengajar (BBM) iaitu Bahan Maujud 2D atau 3D dan juga CD Pengajaran.

Saya perlu menghantar sebuah CD Pengajaran dan RPH yang merangkumi unsur-unsur

seni muzik, seni visual dan juga seni pergerakan. Saya juga perlu mengasilkan sebuah lagu

ciptaan sendiri. Tugasan ini memerlukan saya berfikir dan menerokai ilmu seni dalam

pendidikan dengan lebih mendalam lagi.

Langkah pertama saya ialah mengumpul maklumat dan membuat lakaran tentang

persembahan slaid Power Point yang ingin dihasilkan. Oleh kerana saya perlu meletakkan

unsur Seni dalam Pendidikan untuk matapelajaran KBSR tahun 5 dan 6 kecuali Bahasa

Inggeris, maka saya memilih Sains sebagai subjek KBSR tersebut. Walaupun tidak pernah

membuat Rancangan Pengajaran Harian dalam subjek Sains, saya banyak meminta

bantuan dan pendapat dari guru Sains di sekolah. Sumber dari internet juga banyak

membantu saya sepanjang tugasan ini. Mujurlah dewasa ini pencarian ilmu hanyalah

dihujung jari. Saya banyak menggunakan internet bagi mendapatkan maklumat dan

gambaran tentang rantai makanan, origami dan yang penting sekali bagaimana ingin

menghasilkan CD Pengajaran yang menarik. Maklumat tambahan yang terdapat di dalam

kertas tugasan juga sedikit sebanyak membantu dan memberi panduan pada saya tentang

bagaimana saya ingin memulakan tugasan ini.

Langkah awal saya ialah memilih topik Rantai Makanan dan mencari bahan dari

sumber-sumber yang boleh dipercayai. Saya juga bernasib baik keranan terdapat video

tentang Rantai Makanan di dalam internet. Dengan menggunakan youtube downloader,

saya dapat memuat turun beberapa video dengan sangat mudah. Antaranya ialah video

lagu “Bangau oh Bangau” dan juga video Origami Burung Bangau. Subjek saya ialah murid

tahun 5 seramai 30 orang murid. Didalam RPH saya, saya telah melakukan beberapa aktiviti

seperti nyanyian dengan gerakan, tayangan video dan menghasilkan origami ini. Saya mula

merangka RPH dan memastikan ianya memenuhi kehendak tugasan.

11

Page 12: Tugasan SDP

Selepas merangka RPH, saya mula mencari maklumat dan cara membuat origami.

Apabila jemari menyentuh papan kekunci dan mencari maklumat tentang origami baharulah

saya mengerti mengapa origami begitu unik sekali pada peminatnya. Rupanya ilmu origami

ini cukup meluas dan terdapat pelbagai jenis origami yang boleh dihasilkan. Walaupun pada

awalnya saya rasa agak rumit, namun keinginan untuk menghasilkan yang terbaik

mendorong saya untuk mencuba origami burung bangau ini. Saya memilih burung bangau

kerana burung adalah antara haiwan yang selalu disebut dalam rantai makanan.

Seterusnya, setelah selesai menterjemah dan memahami konsep, saya mula

membuat slaid persembahan Power Point. Saya berjaya menghasilkan 16 slaid yang

merangkumi unsur-unsur Seni dalam Pendidikan. Saya juga mencipta lagu ciptaan sendiri

bertajuk “Rantai Makanan”. Selain itu saya juga menghasilkan beberapa ekor origami

burung bangau dari pelbagai warna. Di dalam menyiapkan tugasan ini saya juga banyak

mendapatkan bantuan dari rakan dan juga guru-guru yang mahir dalam pendidikan seni,

sains dan muzik. Pendapat dan pandangan mereka banyak membantu saya ketika kabur

dan buntu dalam menghasilkan tugasan ini. Selain itu saya tidak dapat menyangkal betapa

pentingnya internet kerana sumber ilmu yang terdapat di laman sesawang ini sangat

membantu terutamanya guru yang masih belajar seperti saya. Kesimpulannya, dapatan ilmu

pada semester ini amatlah bermakna kerana ianya menjadikan saya lebih kreatif dan kritis.

Tugasan sebagai seorang guru bukan hanya mengajar tetapi pengolahan bahan bantu

mengajar amat penting supaya objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai oleh

murid.

12