sdp (autosaved)

24
1.0 Pengenalan Seni Dalam Pendidikan yang menjurus kepada Seni Visual, Seni Muzik, dan juga Seni Pergerakan merupakan salah satu kaedah atau peranan yang mampu membantu ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Malahan, aktiviti yang dilaksanakan juga mampu memenuhi keperluan asas kanak-kanak dari aspek fizikal, mental, sosial, emosi, intelek dan juga estetik. Perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak yang sihat merupakan matlamat utama dalam pendidikan di negara ini. Perkembangan merupakan suatu proses di mana individu mencapai kematangan, manakala pertumbuhan pula adalah suatu perubahan yang dapat diukur dari satu tahap ke satu tahap yang lain. Oleh itu, perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak dapat dikaitkan dengan aktiviti seni samada seni visual, muzik mahupun pergerakan kerana setiap aktiviti seni yang dilaksanakan mempunyai matlamat untuk memenuhi keperluan asas kanak-kanak di sekolah ataupun di rumah. Malahan, aktiviti seni tersebut juga mampu membantu mengoptimumkan ataupun memaksimumkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah. Fungsi seni adalah memimpin kanak-kanak ke arah suatu fahaman tentang seni sebagai cara penyusunan pengalaman.”(John Dewey,1996). Merujuk kepada pernyataan di atas, seni ditafsirkan sebagai suatu kaedah untuk membantu guru mengajar murid di sekolah dan sebagai suatu langkah memaksimakan hasil pembelajaran murid. 1

Upload: nama-saya-khairi

Post on 16-Dec-2015

242 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

note

TRANSCRIPT

SENI DALAM PENDIDIKAN

SENI DALAM PENDIDIKANWAJ31071.0PengenalanSeni Dalam Pendidikan yang menjurus kepada Seni Visual, Seni Muzik, dan juga Seni Pergerakan merupakan salah satu kaedah atau peranan yang mampu membantu ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Malahan, aktiviti yang dilaksanakan juga mampu memenuhi keperluan asas kanak-kanak dari aspek fizikal, mental, sosial, emosi, intelek dan juga estetik.Perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak yang sihat merupakan matlamat utama dalam pendidikan di negara ini. Perkembangan merupakan suatu proses di mana individu mencapai kematangan, manakala pertumbuhan pula adalah suatu perubahan yang dapat diukur dari satu tahap ke satu tahap yang lain. Oleh itu, perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak dapat dikaitkan dengan aktiviti seni samada seni visual, muzik mahupun pergerakan kerana setiap aktiviti seni yang dilaksanakan mempunyai matlamat untuk memenuhi keperluan asas kanak-kanak di sekolah ataupun di rumah. Malahan, aktiviti seni tersebut juga mampu membantu mengoptimumkan ataupun memaksimumkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah. Fungsi seni adalah memimpin kanak-kanak ke arah suatu fahaman tentang seni sebagai cara penyusunan pengalaman.(John Dewey,1996).Merujuk kepada pernyataan di atas, seni ditafsirkan sebagai suatu kaedah untuk membantu guru mengajar murid di sekolah dan sebagai suatu langkah memaksimakan hasil pembelajaran murid. Pendidikan yang mana merupakan suatu proses untuk mengembangkan kecerdasan manusia akan memberikan kanak-kanak kebebasan untuk perkembangan fizikal, emosi dan intelektual iaitu suatu kebebasan untuk melatih kecerdasan fikiran melalui seni. Keperluan seni kanak-kanak amat penting khususnya dalam proses awal penerimaan ilmu pengetahuan ataupun skema pembelajaran. Oleh itu, keperluan seni murid seharusnya diberi penekanan oleh para guru.

2.0 Teori Perkembangan Kanak-Kanak.Perkembangan boleh didefinisikan sebagai perubahan tingkah laku yang tersusun dan teratur. Semua perubahan dalam perkembangan ini akan membantu individu dalam proses mencapai kematangan (Haliza Hamzah :2009). Perkembangan kanak- kanak merupakan satu proses yang teratur iaitu bermula dari bayi hingga meningkat remaja. Terdapat beberapa tokoh yang terkenal dalam memperkenalkan teori-teori perkembangan kanak-kanak antaranya ialah:a) Teori Perkembangan Jean Piagetb) Teori Perkembangan Arnold Gesellc) Teori Perkembangan Erik Eriksond) Teori Perkembangan Lawrence KohlbergTeori Perkembangan Jean Piaget

Piaget merupakan seorang ahli biologi yang cukup terlatih. Beliau berasal dari Switzerland dan telah menggunakan model biologi untuk menghuraikan perkembangan kognitif manusia. Pada pandangan Piaget, minda boleh berkembang, berubah dan dapat mengadaptasi masalah yang berlaku apabila berinteraksi dengan persekitaran. Penyelidikan Piaget bertumpu kepada pemerhatian kanak-kanak di dalam persekitaran semula jadi mereka. Beliau telah mengkaji perkembangan tiga anaknya sendiri. Piaget telah memperkenalkan empat konsep yang penting, iaitu skema, asimilasi, akomodasi, dan adaptasi. Skema adalah dalam bentuk pengetahuan dunia berfungsi untuk memandu tingkah laku individu. Manakala adaptasi merupakan proses mental yang wujud akibat keseimbangan antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. Dua aspek penyesuaian yang dialami oleh seseorang individu, iaitu asimilasi dan akomodasi. Asimilasi dan akomodasi digunakan oleh kanak-kanak ketika dia belajar untuk menyesuaikan diri dengan persekitarannya.Jean Piaget amat terkenal dengan perkembangan intelek. Menurut beliau, tahap perkembangan kognitif bergantung kepada kemampuan berfikir, dengan ini tentu perkembangannya dipengaruhi oleh unsur-unsur biologi. Beliau telah mengutarakan empat peringkat perkembangan intelek, iaitu:

a. Perkembangan semasa bayi (Peringkat Deria Motor)b. Perkembangan semasa awal kanak-kanak (Peringkat Pra Operasi)c. Perkembangan semasa pertengahan dan akhirkanak-kanak (Peringkat Operasi Konkrit)d. Perkembangan semasa remaja (Peringkat Operasi Formal)

Teori Perkembangan Arnold Gesell Arnold Gesell telah mengemukakan satu teori berupa teori kematangan biologi yang mengatakan tingkah laku individu berkembang mengikut jadual masa yang tetap. Bagi beliau kematangan merupakan faktor yang utama dan menentukan proses pembelajaran. Perkembangan bagi kelakuan, pertumbuhan tisu dan organ serta fungsi-fungsi lain berkembang mengikut pola dan urutan yang terkawal. Oleh yang demikian , perlakuan kanak-kanak boleh diramalkan. Ini bererti beliau mementingkan baka sebagai penggerak utama terhadap perkembangan kanak-kanak . Faktor-faktor persekitaran dan kebudayaan hanya bertindak sebagai pengaruh sekunder yang dapat mengubahsuai kemajuan perkembangan. Beliau menghormati hak dan individualiti kanak-kanak dan mempercayai kanak-kanak bebas untuk mendapatkan pendidikan. (Haliza Hamzah :2009). Teori Perkembangan Erik EriksonBerdasarkan Teori Perkembangan Erik Erikson, manusia berpotensi mengalami perkembangan psikologi yang sihat dan mampu mengatasi kesulitan mengikut masa dan pringkat perkembangan tertentu. Terdapat lapan peringkat perkembangan emosi manusia yang dikaji oleh Erik Erikson. Peringkat pertama ialah fasa kepercayaan lawan kecurigaan, peringkat kedua ialah fasa autonomi lawan, peringkat ketiga ialah fasa ikhtiar lawan rasa bersalah, peringkat keempat ialah fasa berdaya usaha lawan rendah diri, peringkat kelima ialah fasa identiti lawan ego rendah. Pada peringkat keenam ini, krisis utama ialah membentuk hubungan intim melalui perkahwinan serta membina kehidupan berkeluarga, peringkat ketujuh ialah fasa generatif lawan stagnasi dan yang terakhir peringkat kelapan ialah fasa integriti lawan rasa kecewa. Teori Perkembangan Lawrence KohlbergKohlberg terkenal dengan teori perkembangan moralnya melalui kajian yang telah dijalankan di Pusat Havard untuk Pendidikan Moral. Teori yang dikemukakan oleh beliau ialah lanjutan daripada Teori Jean Piaget. Menurut Kolhberg, pada tahap perkembangan tertentu, kanak-kanak akan mempelajari apa yang betul dan apa yang salah. Dia juga akan memperaktikkan kebaikan, kejujuran, kesetiaan, kepatuhan dan pelbagai jenis aspek moral yang lain, walaupun beliau tidak mengetahui maksud moral yang sebenar.Teori perkembangan Lawrence Kohlberg berfokus kepada peringkat-peringkat perkembangan moral dalam setiap individu. Lawrence Kohlberg menekankan bahawa individu berbeza membuat penaakulan tentang pendedahan dan dan perkembangan moral masing-masing.Peringkat perkembangan moral bersifat hierarki, berstruktur, bersistematik, dan tidak berbalik. Apabila individu berada pada peringkat yang lebih tinggi bermakna dia telah melalui peringkat moral yang lebih rendah. Cara seseorang menganalisa menginterpretasikan serta membuat keputusan merupakan perkara yang sangat penting dalam perkembangan moral secara keseluruhannya.

3.0 Keperluan Seni Dalam Peringkat Permulaan Proses Pembelajaran.

Seni merupakan sesuatu yang subjektif untuk digambarkan. Seni itu indah dan halus. Seni bukan sahaja diaplikasikan dalam satu bidang tetapi dalam beberapa bidang seperti seni suara, seni tari dan seni lakonan. Kesemua seni ini dinyatakan tadi merupakan seni yang memerlukan pergerakan suara dan ekspresi dalam melahirkan sesuatu yang indah dari dalam diri kita. Seni juga diaplikasikan dalam pengaaran. Pengajaran memerlukan pemahaman dan pemahaman memerlukan tarikan yang menarik dan kreatif. Seni yang disematkan dalam setiap pengajaran haruslah memberi satu nilai dalam jangka masa yang panjang dan memberi impak yang positif untuk seseorang individu.SENI VISUALSeni visual memainkan peranan yang sangat penting dalam membina persekitaran yang harmoni dan menghiburkan. Seni ini bukanlah sekadar mewarna dan melukis sahaja tetapi seni ini mempunyai pelbagai cabang-cabang teknik yang sangat menarik sekiranya kita mengikutinya. Antaranya seperti mencatan, menampal, dan Seni visual ini sangat penting dalam peringkat permulaan proses pembelajaran kerana seni visual ini dapat memupuk kreativiti kanak-kanak. Sifat semula jadi bagi seseorang kanak-kanak ialah memerlukan perhatian, belaian, sentuhan dan sebagainya. Tanpa kita sedari perkembangan seni tampak minda kanak-kanak berlaku dengan begitu pesat sekali. Berdasarkan kajian oleh ahli-ahli psikologi barat, perkembangan seni ini berlaku pada setiap kanak-kanak. Perbezaan mungkin timbul ialah berdasarkan faktor persekitaran, bimbingan berterusan daripada keluarga atau latar belakang pendidikan. Melalui proses membentuk kreativiti dari diri kanak-kanak itu akan terbina dengan baik. (Laura Chapman, 1978).Seterusnya ialah melahirkan masyarakat yang memiliki jati diri. Budaya menunjukkan bangsa. Kata-kata ini jelas kepada kita bahawa sesebuah masyarakat itu mesti meletakkan kepentingan budaya pada satu kedudukan yang tinggi dalam masyarakatnya. Mengekalkan kebudayaan mereka supaya ia dikenali dan dihormati bukanlah satu tugas yang mudah. Kita boleh mengesan sesuatu bangsa melalui perkembangan budayanya. Ada yang berpendapat, mengenali sesuatu bangsa itu lebih mudah dari mengenali budayanya. Masyarakat yang memiliki jati diri yang kuat akan berusaha untuk mengekalkan seni, budaya dan warisannya. Kita mestilah meletakkan tanggungjawab di bahu masyarakat akan kepentingan nilai seni dan estetika. Kefahaman dan tanggungjawab ini perlu dipupuk di peringkat awal lagi. Sekolah dan institusi pengajian tinggi merupakan tempat yang paling wajar. Peranan murid, guru atau pendidik, pensyarah, dan pihak kementerian pendidikan amat penting untuk merealisasikan perkara ini.SENI MUZIKMuzik sentiasa menjadi sebahagian penting dalam sistem pembelajaran kanak-kanak. Misalnya, seorang ibu akan mendendangkan irama lagu semasa mendodoikan anaknya untuk tidur, menyanyikan nada irama kanak-kanak apabila menyampaikan cerita fiksyen atau sejarah, serta aktiviti menyanyi bersama yang dipelajari kanak-kanak semasa di rumah atau di sekolah. Semua rangsangan stimulasi ini memberikan perkembangan yang sihat kepada bayi dan kanak-kanak.Antara kepentingan seni muzik dalam peringkat permulaan proses pembelajaran ialah berkaitan dengan perasaan. Bunyi yang tenang mempunyai kesan menenangkan terhadap manusia. Sehubungan dengan itu, ketenangan ini akan membangkitkan emosi yang positif kepada murid dan dapat mengawal dan mengubah mood murid untuk belajar. Lagu pop atau rancak boleh meningkatkan semangat kanak-kanak, menjadikan mereka gembira dan bertenaga, apabila mereka menari mengikut irama muzik. Sebaliknya, muzik klasikal membantu mengekalkan perhatian dan tumpuan kanak-kanak, menjadikan mereka tenang dan patuh..Selain daripada itu, muzik juga telah dikaitkan dengan peningkatan celik huruf. Malah, muzik sememangnya menjadi komponen penting dalam perkembangan bahasa kerana ia merupakan cara yang baik untuk melibatkan kanak-kanak dalam menerokai bunyi dan perkataan, manakala irama pula alat yang berguna untuk meningkatkan memori. Contoh terbaik adalah lagu huruf. Sesetengah orang dewasa masih menyanyikan huruf ABC hingga Z untuk membaca huruf. Dengan pendedahan muzik dan latihan muzikal, murid berupaya untuk memahami maklumat baru dengan lebih baik dan cepat, kerana muzik meningkatkan keupayaan mental. Satu lagi faktor positif muzik adalah ia merangsang keyakinan dan harga diri murid. Muzik boleh memberikan faktor penting untuk perkembangan dan pembesaran kanak-kanak. Bagaimanapun, ibu bapa dinasihatkan tidak menggunakan pelajaran muzik yang boleh memberi tekanan kepada anak-anak sehingga melampaui keupayaan mereka kerana ini boleh memberikan akibat negatif.SENI PERGERAKANSeni pergerakan dapat membantu perkembangan diri individu. Seni pergerakan ini dapat menarik minat murid untuk belajar. Pergerakan seperti menari dan sebagainya dapat meningkatkan tumpuan yang maksimum terhadap diri murid. Hal ini kerana, seni pergerakan ini dapat merangsang murid untuk menyertai aktiviti-aktiviti aerobik dan terus bergiat cergas sepanjang hayat jika aktiviti ini mendatangkan keseronokan dan kepuasasn kepada mereka. Dari segi emosi pula, pergerakan mampu menghilangkan stress dan tekanan ketika belajar. Selalunya guru akan menyuruh murid-murid berdiri dan mengerakkan badan ketika murid penat dan mengantuk ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Hal ini menimbulkan perasaan yang gembira sekiranya guru menggabungjalinkan seni muzik dan seni pergerakan serentak. Selain itu, seni pergerakan dapat membantu dalam pembangunan sosial seperi menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan masyarakat (Salmah Ayob:1994). Dengan kata lain seni pergerakan berupaya membantu pembangunan sosial individu serta menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan. Selain itu seni pergerakan dapat mengeratkan hubungan antara murid dengan murid, murid dengan guru kerana guru dan murid berinteraksi sesama mereka dalam mewujudkan kelas yang kondusif dan ceria.Bukan itu saja seni pergerakan dapat meingkatkan kecergasan. Kecergasan boleh membantu murid mengawal emosi kerana tubuh badan yang cergas berupayamembantu mengawal perasan dan berupaya mengenalpasti cara mengawal atau melepaskan perasaan. Kecergasan dapat merangsang individu berfikiran positif dan rasional. Keadaan ini boleh melahirkan individu yang seimbang dan berfikiran positif dalam menangani sebarang situasi. Dapat menerapkan nilai murni iaitu menanam sifat kesedaran, kefahaman, keyakinan, kesyukuran,semangat cintakan nilai, menghormati kebaikan dan membenci keburukan, membentuk sikap positifkepada agama, bangsa dan negara, mempunyai displin kendiri, mencapai kecemerlangan dan bertugas dengan penuh dedikasi.

4.0 Keberkesanan Konsep Pembelajaran Yang Melibatkan Eleman Seni Dalam Pendidikan.Pengalaman optima melalui seni membawa kepada keyakinan diri dan kemahiran belajar.Selaras dengan kemajuan teknolog dan sains, seni dalam pendidikan dapat membantu membina keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang sedang berlaku pada hari ini. Pengalaman yang diperoleh melalui seni sememangnya dapat mempengaruhi kehidupan kita. Misalnya dari segi warna yang kita suka dan warna cat rumah yang kita inginkan. Warna yang lembut, ianya dapat memberi keyakinan dalam diri kita. Keyakinan akan membuka minda untuk mendapatkan kemahiran yang kita pelajari.Bukan itu saja, sekiranya murid didedahkan dengan unsur seni dalam pendidikan dari bangku sekolah lagi tidak hairanlah suatu hari nanti mereka boleh mengaplikasikan pengalaman mereka mengenai seni yang dipelajari dengan penuh yakin. Bak kata pepatah sambil menyelam minum air maksudnya disini bukan saja murid dapat belajar mengenai satu subjek contohnya bahasa Melayu tetapi murid juga dapat belajar dan mendapat input mengenai ketiga-tiga seni dalam pendidikan ini. Bagi pengemar karya muzik dan seni mereka boleh meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi lagi untuk menigkatkan kemahiran belajar mereka.

Dapat memperkembang kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi.Pengetahuan tentang teori-teori kesenian dapat membantu kita mengembangkan lagi tahap kemahiran yang sedia ada. Pengaplikasian teori dalam pembelajaran dapat membantu kita memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, intonasi dan nada suara boleh mengambarkan sama ada seseorang itu gembira atau marah , warna boleh menggambarkan peribadi dan tingkah laku seseorang individu.

Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Menjadi Lebih Seronok.

Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni dan berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat murid berasa lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar. Contohnya,kaedah belajar secara bermain dapat membina dan menjalinkan perhubungan sosial sesama murid. Selain itu, perhubungan sesama murid juga dapat bertambah mesra dan dapat bekerjasama melalui aktiviti-aktiviti permainan secara kumpulan. Ini turut membantu dalam penyemaian nilai-nilai murni didalam diri dan meningkatkan motivasi untuk mengikuti proses pembelajaran.

Elemen seni ini juga bertindak sebagai alat untuk mengikis rasa bosan. Dalam waktu persekolahan yang panjang, rasa bosan dan jemu akan dihadapi oleh guru apatah lagi para pelajar. Maka seni dalam pendidikan dapat mengikis perasaan ini dengan kepelbagaian aktiviti yang dijalankan dapat menimbulkan perasaan yang seronok dan gembira sekaligus pelajar dapat menerima pengajaran guru dengan lebih baik.

Memupuk Nilai Kerjasama

Kerja sama atau belajar bersama adalah proses beregu (berkelompok) di mana anggota-anggotanya mendukung dan saling mengandalkan untuk mencapai suatu hasil mufakat. Secara semulajadi, kebanyakan aktiviti Seni Dalam Pendidikan tidak dapat mengelakkan murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan yang berunsur kerjasama. Aktiviti berkelompok menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama . Aksi-aksi yang terdapat dalam Seni Dalam Pendidikan merangkumi aktiviti seni visual,muzik dan pergerakan mempunyai titik tolak interaksi sosial yang terjalin melalui deria sentuh. Komunikasi deria sentuh ini mempunyai asas yang boleh menjalin perhubungan sesama manusia yang membawa kepada konsep perpaduan.

Misalnya aktiviti yang berunsurkan seni pergerakan berkumpulan. Murid akan bersatu padu dan saling berkerjasama dalam menyelesaikan misi yang mereka hendak kecapi. Deria sentuh yang terjalin membolehkan hubungan kemesraan antara guru dengan murid dan murid dengan murid terjalin. Hubungan guru dan murid mempengaruhi perkembangan dan prestasi pembelajaran murid. Membina hubungan yang positif dan berkesan boleh meningkatkan komunikasi yang berkesan antara kedua-dua belah pihak (Haliza Hamzah:2009).

Memenuhi Keperluan Sosial Yang Asas

Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan minat dan kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi ideal yang dapat memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu rasa ketermilikan dan keinginan diterima sebagai anggota kelompok. Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada masa yang sama memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan Seni Dalam Pendidikan, keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja mereka memersembahkan aktiviti yang menarik. Perhubungan mesra antara murid dengan murid dapat mewujudkan suasana yang harmonis dan menyebabkan murid merasakan bahawa guru dan rakan-rakan prihatin terhadap dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki.

5.0 Isi kandungan Kurikulum Standard Sekolah Rendah.Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum adalah didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan negara yang menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.

KSSR diketengahkan dalam bentuk modular yang mana kandungan pembelajaran disediakan berbentuk unit kendiri lengkap yang dinamakan modul. Setiap unit adalah tersendiri dan mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang sudah dikenalpasti untuk dikuasai oleh murid. Bagi tahap 1, kandungan kurikulum disusun dalam Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif manakala tahap 2 dalam bentuk matapelajaran teras dan elektif. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, isi kandungan pembelajaran memiliki standard tertentu yang perlu dicapai oleh setiap pelajar. Pencapaian itu boleh diukur menggunakan sistem penilaian yang telah disediakan iaitu Dokumen Standard Prestasi. Standard Prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang pencapaian atau penguasaan seseorang murid dalam sesuatu topik yang telah dipelajari dalam satu tempoh pembelajaran berdasarkan satu penanda aras yang telah dikenalpasti.

Mengikut laman web rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM, KSSR digubalkan berasaskan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran dimana standard ini merupakan Dokumen Standard Kurikulum yang menggantikan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran. Standard Kurikulum merupakan pernyataan standard tentang apa yang murid patut tahu dan boleh buat seperti yang terkandung dalam KSSR. Standard Kandungan ialah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Manakala Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap Standard Kandungan. Penekanan adalah eleman yang berorientasikan kreativiti dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi.Menerusi teras pembangunan Kurikulum seperti Falsafah Pendidikan Kebangsaan, wawasan 2020 dan sebagainya, lahirlah beberapa hasrat pendidikan seperti murid seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi, global player, warga negara bertanggungjawab dan pekerja berilmu. Antara transformasi kurikulum standard sekolah rendah ialah proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistic kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran , bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Selain itu, kurikulum transformasi sekolah rendah digubal berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran.KSSR turut mewujudkan elemen didik hibur di dalam subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Wujudnya elemen didik hibur dalam kurikulum KSSR ini adalah selaras dengan pemansuhan Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan pelaksanaan program Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Reka bentuk kurikulum turut mengalami perubahan. Reka bentuk kurikulum KBSR adalah linear berasakan tiga bidang tetapi bagi KSSR pula ialah Modular berasaskan enam tunjang. Enam tunjang ini menerangkumi tunjang-tunjang komunikasi, kerohanian,sikap dan nilai, kemanusiaan, perkembangan fizikal dan estetika, sains dan teknologi serta keterampilan diri. Jika sebelum ini KBSR memberi fokus kepada konsep 3M iaitu membaca, menulis dan mengira, pelaksanaan KSSR pula memberi fokus dan penekanan kepada konsep 4M yang meliputi membaca, menulis, mengira dan menaakul. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, menaakul adalah membuat pertimbangan yanglogik. Tambahan lagi, pentaksiran dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Pentaksiran ini bersifat autentik dan holistik.

6.0 Cadangan Baharu Yang Boleh Dilaksanakan Dalam Sistem Pendidikan Dalam sistem pendidikan di Malaysia terdapat beberapa lagi penambahbaikan dapat dilakukan bagi memastikan pendidikan di Malaysia mencapai tahap yang optimum. Ini bagi memastikan pendidikan di Malaysia tidak mundur dari segi pendidikan dan mendapat pendidikan yang sama seperti pendidikan di Negara maju.Salah satu cadangan baharu untuk meningkatkan pendidikan di Malaysia ialah dengan melahirkan rakyat malaysia yang menghayati nilai. Mengapakah perlu? Murid hari ini akan mewarisi dunia yang penuh dengan cabaran hebat, termasuklah kemusnahan alam sekitar dan konik senjata. Kejayaan mengharungi segala cabaran ini bukan sahaja memerlukan murid yang mempunyai kemahiran memimpin, tetapi juga nilai murni sejagat seperti integriti, belas kasihan, adil dan penyayang bagi membimbing mereka dalam membuat keputusan yang beretika. Pada masa yang sama, pembangunan identiti nasional yang kukuh perlu diimbangi dengan pembangunan warganegara yang global. Membangunkan murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1 Sukan, 1 Kelab dan1 Badan Beruniform. Pelibatan dalam aktiviti kokurikulum memberikan murid peluang untuk membangunkan bakat dan minat mereka di luar persekitaran bilik darjah yang formal. Aktiviti seperti ini juga menyediakan peluang yang baik untuk membangunkan kemahiran kepimpinan murid. Oleh itu, setiap murid dijangkakan akan mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya 1 Sukan, 1 Kelab Dan 1 Badan Beruniform. Kementerian juga akan mengkaji kemungkinan mewajibkan pelibatan ini sebagai syarat tamat pengajian dan pemberian biasiswa di peringkat pengajian tinggi. Bagi meningkatkan kualiti aktiviti yang ditawarkan di setiap sekolah, Kementerian akan memberikan latihan khas kepada guru penasihat aktiviti. Kerjasama dengan lebih banyak organisasi komuniti dan sektor swasta akan dijalinkan bagi melaksanakan program ini.Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan juga merupakan cadangan baharu yang boleh dilaksanakan dalam system pendidikan di Malaysia. Kajian antarabangsa menunjukkan bahawa kualiti guru merupakan faktor berasaskan sekolah yang paling signikan dalam menentukan keberhasilan murid. Kualiti sistem tidak boleh melangkaui kualiti guru.. Hal ini bermakna pengajaran mata pelajaran tidak melibatkan murid secukupnya, dan penyampaiannya lebih pasif. Mata pelajaran yang diajar lebih berfokus kepada pemahaman yang tidak mendalam dan tidak memberi tumpuan kepada kemahiran berkir aras tinggi. Selain itu, cadangan yang lain ialah meningkatkan kualiti Continuing Professional Development (CPD) mulai 2013, dengan lebih tumpuan ke atas keperluan individu dan latihan berasaskan sekolah. Guru akan menerima sokongan yang lebih besar untuk membantu mereka mencapai potensi penuh. Guru akan mendapat latihan CPD individu daripada penyelia mereka apabila memulakan profesion. Program CPD termasuk latihan komponen teras dan komponen elektif mengikut keperluan pembangunan diri masing-masing. Kebanyakan program ini akan dijalankan di peringkat sekolah kerana latihan berasaskan sekolah terbukti sangat berkesan. Program ini akan menggunakan jaringan rakan sejawat termasuk pembimbing guru, guru kanan, dan pengetua/guru besar untuk menyebar luas amalan terbaik. Latihan ini membolehkan guru terus meningkatkan tahap kemahiran mereka selaras dengan tahap kecekapan yang jangkakan daripada seseorang guru. Di samping itu, cadangan lain ialah dengan melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi, guru akan ditaksir secara tahunan oleh pengetua/guru besar mereka dengan menggunakan input yang mungkin diberikan oleh rakan sejawat. Pentaksiran ini akan dilaksanakan dengan menggunakan instrumen penilaian baharu, yang memberi tumpuan kepada keupayaan guru menyampaikan pengajaran secara berkesan di dalam dan di luar bilik darjah. Instrumen baharu ini memberikan gambaran yang lebih jelas bahawa tugas utama guru adalah membantu pembelajaran murid. Cadangan lain yang mungkin boleh meningkatkan pendidikan di Malaysia ialah dengan guru berprestasi tinggi akan menikmati kemajuan kerjaya yang lebih pantas. Guru yang cemerlang mungkin akan dinaikkan pangkat daripada gred DG41 kepada DG54 dalam tempoh lebih singkat, kurang daripada 25 tahun yang merupakan purata kenaikan pangkat semasa. Guru yang menghadapi kesukaran dalam mencapai tahap kualiti minimum akan diberikan bimbingan tambahan bagi membantu mereka berada pada landasan yang betul. Guru yang masih gagal mencapai tahap kualiti minimum, walaupun telah diberikan bimbingan tambahan, akan ditugaskan semula untuk menjalankan fungsi yang lain seperti membantu pentadbiran, pengurusan disiplin atau pengurusan kokurikulum. Dari semasa ke semasa, Kementerian akan mengurangkan jumlah kohort guru secara berperingkat melalui penambahbaikan dalam penggunaan masa dan produktiviti guru.

7.0 Kesimpulan Kesimpulannya, kesemua bidang seni dalam pendidikan iaitu seni visual, muzik dan pergerakan perlu diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan tujuan yang sama. Pengintegrasian ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman pelajar tentang tajuk-tajuk yang diajar.

Seni dalam pendidikan menyediakan matlamat yang menarik dengan memberi peluang kepada pelajar untuk menemui potensi ekspresif diri melalui pekataan, bunyi, pergerakan dan visual mereka. Bahasa-bahasa simbol yang digunakan untuk membuat ekspresi dalamaktiviti-aktiviti seni. Ini akan membatu para pelajar untuk merasa, menyentuh, mendengar dan melihat secara langsung dunia mereka dengan cara tersendiri.

Pelajar akan meluahkan pandangan mereka dengan cara yang seakan-akan sama dengan apa yang dialami dan difahami oleh orang lain. Penerokaan, memperolehi pengalaman dan luahah ekspresi merupakan satu aktiviti yang penting pada seni dalam pendidikan. Ini adalah disebabkan pada topik ini pelajar diberi peluang pendedahan mengenai cara-cara untuk penerokaan dan cara-cara untuk pengolahan dan memanipulasi sesuatu aktiviti. Di samping itu juga pelajar telah diberi pendedahan mengenai dengan unsur-unsur perasaan dan emosi pelajar dan tahu bagaimana untuk menguruskan emosi supaya boleh meluhan perasaan terhadap ekspresi diri.

Rujukan Bahagian Pembangunan Kurikulum: Kementerian Pendidikan Malaysia. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Dilayari pada 29 Ogos 2013 daripada http://www.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=311&Itemid=477&lang=enHaliza Hamzah, Joy Nesamalar. Samuel.(2009). Perkembangan Kanak-kanak Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan: Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Hj Zulkafli Bin Hj Md Hashim. Seni Dalam Pendidikan. Dilayari Pada 29 Ogos 2013 daripada Http://Zul9990.Blogspot.Com/Haliza Hamzah, Joy Nesamalar. Samuel. (2009). Siri Pendidikan Guru Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku: Kuala Lumpur. Oxfard Fajar Sdn. Bhd.Salmah Ayob. (1994). Pegerakan Kreatif Dan Pendidikan:Petaling Jaya. Eagle Trading Sdn. Bhd.Open University: Universiti Terbuka Malaysia. (2007). HBEF 1407 Seni Dalam Pendidikan: Selangor. Meteor Doc. Sdn. Bhd.

18