complete bmm

73
PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3101 PENGHARGAAN Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat ALLAH S.W.T. kerana dengan izinnya saya telah berjaya menyelesaikan Tugasan Projek bagi subjek Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini dengan jayanya. Selain itu, jutaan terima kasih saya tujukan kepada pensyarah pembimbing merangkap pensyarah bagi subjek Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, Puan Mazura Binti Sulaiman atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang baik. Saya amat kagum dengan komitmen daripada pensyarah pembimbing yang sudi melakukan semakan bagi setiap tajuk yang diselesaikan untuk memastikan penghasilan yang terbaik. Jasa baik Puan Mazura amatlah dihargai. Selain itu, tidak ketinggalan sekalung penghargaan dan terima kasih saya tujukan kepada kedua ibu bapa saya yang telah memberikan sokongan moral yang amat kuat dalam meneruskan perjuangan ini. Saya juga ingin melafazkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah bersama-sama saya bertungkus lumus menyiapkan Tugasan Projek ini. Saya amat berpuas hati dengan kerjasama rakan-rakan yang sudi berkongsi idea serta pandangan termasuklah perbincangan bersama semasa pelaksanaan tugas ini. Akhir kalam, saya berharap agar tugas saya akan diterima dan akan menjadi yang terbaik diantara yang terbaik. TUGASAN PROJEK | Muhammad Khairi Bin Azmi 1

Upload: muhammad-khairi-bin-azmi

Post on 30-Sep-2015

102 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Complete Bmm

TRANSCRIPT

PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHBMM 3101

PENGHARGAANSaya ingin mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat ALLAH S.W.T. kerana dengan izinnya saya telah berjaya menyelesaikan Tugasan Projek bagi subjek Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini dengan jayanya. Selain itu, jutaan terima kasih saya tujukan kepada pensyarah pembimbing merangkap pensyarah bagi subjek Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, Puan Mazura Binti Sulaiman atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang baik. Saya amat kagum dengan komitmen daripada pensyarah pembimbing yang sudi melakukan semakan bagi setiap tajuk yang diselesaikan untuk memastikan penghasilan yang terbaik. Jasa baik Puan Mazura amatlah dihargai. Selain itu, tidak ketinggalan sekalung penghargaan dan terima kasih saya tujukan kepada kedua ibu bapa saya yang telah memberikan sokongan moral yang amat kuat dalam meneruskan perjuangan ini.Saya juga ingin melafazkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah bersama-sama saya bertungkus lumus menyiapkan Tugasan Projek ini. Saya amat berpuas hati dengan kerjasama rakan-rakan yang sudi berkongsi idea serta pandangan termasuklah perbincangan bersama semasa pelaksanaan tugas ini. Akhir kalam, saya berharap agar tugas saya akan diterima dan akan menjadi yang terbaik diantara yang terbaik.

Yang Benar,

__________________________(MUHAMMAD KHAIRI BIN AZMI)

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah :Memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat , dan negara.Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diriUntuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis darisegi intelek, rohani, emosi, dan jasmani,berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada TuhanSuatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

KATA PENGANTAR

PENDAHULUAN

Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia.Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah.

Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat :membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyatBerperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Mewujudkan asas semangat kewarganegaraan .

Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasai kecekapan :berbahasa berkomunikasimenggunakan tatabahasa secara betul dan tepat

Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Kemahiran bahasa ini membolehkan :murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan; sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup bagi perhubungan sosial, pemerolehan ilmu serta bagi tujuan rekreasi.

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada kemahiran bahasa :Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca,Kemahiran Menulis

Sukatan Pelajaran memberikan gambaran menyeluruh tentang kurikulum Bahasa Melayu yang terdiri daripada: Matlamat ObjektifOrganisasi Kandungan

MATLAMAT

Matlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah untuk melengkapkan murid dengan :

untuk memenuhi:Keperluan diri, Memperoleh ilmu, Perhubungan sosialUrusan harian.

keterampilan berbahasa dan;berkomunikasi

OBJEKTIF

HASIL PEMBELAJARANmembantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran yang relevan dan berkesanHasil Pembelajaran dapat dicapai dengan menggabungjalinkan keempat-empat kemahiran bahasa, sistem bahasa dan pengisian kurikulummembantu dalam membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid.

KEMAHIRAN MEMBACAKemahiran MendengarMerupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti memahami perkara yang didengar.Kemahiran BertuturKeupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan.Kemahiran MembacaKeupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul.Kemahiran MenulisKeupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik, dan kemas.

ORGANISASI KANDUNGAN

PENGISIAN KURIKULUMTerdiri daripada elemen yang menggabungkan perkembangan terkini dalam pendidikan yang meliputi aspek ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah.pendidikan nilai, kewarganegaraan, dan patriotisme diberi penekanan selaras dengan matlamat negara membangunkan masyarakat madani.

SISTEM BAHASAMerujuk kepada bahasa Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa.Aspek tatabahasa merangkumi morfologi dan sintaksisaspek kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah yang terdapat dalam mata pelajaran yang lain

KEMAHIRAN BAHASA

1. KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Kemahiran Mendengar dan Bertutur merupakan keupayaan murid memahami perkara yang didengar dan dituturkan dalam pelbagai situasi pengucapan sama adaperbualan harian atau situasi formal.

1.0 Berbual dengan keluarga, rakan sebaya, dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal.

1.1Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan dengan kehidupan seharian menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi, dan nada yang sesuai.1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.

1.4 Menyatakan permintaan secara berterus terang dan meyakinkan dengan intonasi dan paralinguistik yang sesuai untuk menguatkan permintaan.

1.3 Memberikan dan memahami arahan serta pesanan tentang sesuatu perkara.

1.6 Menyatakan sesuatu kemahuan semasa menjalankan transaksi dalam urusan harian untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan.

1.5 Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat.

2.0Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca , atau dialami.

3.0Menyampaikan maklumat dalam pengucapan yang mudah, betul, menarik, dan berkesan

4.0Berbincang tentang tajuk-tajuk yang relevan secara bertatasusila

2. KEMAHIRAN MEMBACA

Kemahiran Membaca merupakan kebolehan murid membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami bahan yang dibaca.

6.0 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks

7.0 Membaca, menaakul , dan menghayati kandungan teks yang dibaca7.1Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat.7.3 Membaca dan menghayati pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang berkualiti untuk meningkatkan dan memperkukuh minat membaca.7.2 Membaca dan mengenal pasti perkataan, pelbagai jenis ayat, dan gaya bahasa daripada bahan sastera dan bukan sastera

3. KEMAHIRAN MENULIS

Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan membina ayat, serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan.

8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan

9.0Mencatat dan menyusun maklumat

10.0 Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif

10.1 Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel yang mudah, menarik dan bermakna.

10.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan.

10.3 Membuat ringkasan daripada bahan yang didengar dan dibaca.

11.0 Membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton, atau dibaca

1.0 TatabahasaTatabahasa hendaklah dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajarkan secara terancang dalam konteks untuk ketepatan berbahasa.

1.2 SintaksisSintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur , dan binaan atau konstruksi ayat.1.1 MorfologiMorfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk kata, dan penggolongan kata.a) Struktur kata merujuk kepada pola suku kata bagi :kata asli bahasa Melayukata pinjaman bahasa Melayu

Unsur utama yang terdiri daripada kata, frasa, klausa, dan aspek pembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat.Jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan.

b) Bentuk KataKata TuggalKata TerbitanKata MajmukKata GandaProses pembentukan kata bahasa Melayu ialah pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan

Ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasifSusunan ayat, iaitu susunan biasa dan songsang.

Binaan dan proses penerbitan ayat :Ayat dasarAyat TunggalAyat Terbitan atau Ayat majmukAspek tanda baca

c) Golongan KataKata NamaKata KerjaKata AdjektifKata Tugas

3.0 Sebutan Dan Intonasi

Sebutan dan intonasi diajarkan supaya murid dapat menyebut perkataan dan ayat dengan betul serta memahami intonasi dan jeda.i. SebutanSebutan diajarkan supaya murid dapat menyebut sesuatu kata dengan betul. Sebutan bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah hendaklah sebutan bahasa Melayu baku.

ii. IntonasiJenis ayatAyat PenyataAyat TanyaAyat SeruanAyat Perintah

Susunan AyatAyat BiasaAyat Songsang

Sebutan bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah hendaklah sebutan bahasa Melayu baku.

Ragam AyatAyat AktifAyat Pasif

4.0 Kosa Kata

Kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah. Penguasaan kosa kata perlu dipertingkatkan dan diperkembang selaras dengan pertambahan ilmu dalam mata pelajaran peringkat sekolah rendah

5.0 PeribahasaPeribahasa yang merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan , kata-kata hikmat , dan bahasa kiasan perlu diajarkan dalam pendidikan Bahasa Melayu.

5.0 Kemahiran Bernilai Tambah

RANCANGAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

TARIKH: 19 Mac 2012MASA: 9.00 - 10.00 Pagi (60 minit)TEMA: Bencana AlamTAJUK: Tragedi TAHUN: 3 Cempaka ( 25 orang ; Lelaki=15, Perempuan=10 )HPU: 5.0Membaca kuat dengan kelancaran sebutan intonasi dan gaya pembacaan yang sesuai. 1.0 Berbual dengan keluarga, rakan sebaya dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal.HPK: 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca. 1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan mengunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan,intonasi dan nada yang sesuai.

HHP: 5.2Aras 3 i.Membaca lancar teks pelbagai laras bahasa dengan sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai. 1.1Aras 1 i Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami atau dilihat atau yang dibaca.OBJEKTIF: Pada akhir pembelajaran murid dapat :

i. Murid boleh membaca perkataan, frasa dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul serta menyatakan fakta dalam teks.ii. Membina 5 ayat kata nama terbitan. iii. Menyenaraikan 4 daripada 5 kesan buruk daripada pembakaran terbuka.

AKTIVITI P&P:1. Menjawab soalan 2. Membaca3. Membina ayat4. Menyanyi

PENGISIAN KURIKULUM : Sistem Bahasa Sebutan dan intonasi: Sebutan dan intonasi yang betul

Tatabahasa: Sintaksis Membina ayat: Morfologi Kata Terbitan Pengimbuhan Ejaan: Warganegara Kosa Kata: Kemalangan, warganegara Peribahasa: Sudah Jatuh Ditimpa Tangga

Kemahiran Bernilai Tambah : Kecerdasan Pelbagai: Verbal-linguistik, intrapersonal, interpersonal dan muzik Strategi pengajaran: Direktif Kemahiran Generik: Kemahiran belajar, kemahiran berfikir

Penekanan Konsep 5 P : Penggabungjalinan Kemahiran berbahasa mendengar dan bertutur digabungjalinkan dengan kemahiran berbahasa membaca dan menulis.

Penyerapan Ilmu - Sains dan Kajian Tempatan Nilai murni- Rasional Kerjasama Keberanian Yakin diri

Pemulihan Meminta murid-murid membaca semula teks dengan bantuan rakan yang boleh membaca dengan lebih baik.

Pengayaan Membaca teks lain di pusat sumber dan meminta murid membina ayat ringkas kata nama terbitan yang baru dipelajari oleh mereka.

Penilaian Murid dapat menjawab soalan pemahaman yang diberikan oleh guru. Latihan membaca. Latihan membina ayat Kata Nama Terbitan.

Bahan Bantu Mengajar (BBM) Bahan bercetak Petikan daripada teks Gambar

Pengetahuan Perlu Ada

Murid-murid pernah mendengar, membaca dan menonton tragedi atau bencana alam yang berlaku di sekeliling mereka seperti banjir, tanah runtuh dan jerebu.

AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

LANGKAH & MASAISI KANDUNGANAKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARANCATATAN

Set Induksi(5 minit)

1. Gambar-gambar bencana.

2. Gambar :i. Banjirii. Tanah runtuhiii. Pembakaran terbuka ( jerebu )( rujuk lampiran 1)

3. Soalan :

i. Di manakah murid-murid pernah melihat salah satu bencana ini?ii. Apakah cara mengatasi masalah ini?iii. Apakah contoh lain bencana yang kamu tahu?iv. Apakah punca bencana ini berlaku?v. Siapakah yang bertanggungjawab dalam mengatasi masalah ini?a) Guru menunjukkan gambar bencana alam kepada murid.

b) Guru bersoal jawab dengan murid tentang gambar-gambar bencana alam tersebut.

c) Guru memperkenalkan tajuk pelajaran hari ini.

Gambar banjir tanah runtuh jerebu

KBT - Kontekstual: Menghubungkait isi pelajaran dengan pengalaman sedia ada murid.

TKP KP intrapersonal

Langkah 1(15 minit)

1. Memberi satu teks kepada murid.(rujuk lampiran 2)

a) Guru meminta murid membaca teks tersebut.

b) Guru meminta murid menyatakan maklumat penting yang dipaparkan dalam teks dalam satu perenggan. Membaca dan memahami teks dengan cekap.

KP : interpersonal

KP-Verbal linguistik kemahiran menjawab soalan.

Nilai Keberanian Yakin diri

Langkah 2(15 minit)

Langkah 2(15 minit)

Langkah 2(15 minit)

1. Kata nama terbitan:

i. Pembakaranii. Kemalanganiii. Kejadianiv. Pandanganv. Pemanduvi. Kesesakanvii. Perayaan

2. Ayat :

i. Pembakaran secara terbuka perlu dielakkan untuk kebaikan bersama.

ii. Kejadian kemalangan kerap berlaku ketika musim perayaan.

iii. Setiap kejadian bencana yang berlaku adalah disebabkan sikap pentingkan diri sendiri dalam kalangan masyarakat.

iv. Kita perlu mengambil kira setiap pandangan orang ramai demi kepentingan bersama.

v. Pemandu yang berhemah adalah sikap yang harus dijadikan dicontohi.

vi. Kesesakan jalan raya sering berlaku di pusat-pusat bandar.

vii. Kemalangan boleh diatasi jika pemandu tidak bersikap cuai terutamanya musim perayaan.

3. Kata Nama Terbitan yang lain:

i. Terlibatii. Merempuhiii. Terkandasiv. Berpuncav. Dirawat

a) Murid diminta menyenaraikan kata nama terbitan yang dicetak berwarna dalam teks.

b) Murid diminta membina ayat lain berdasarkan perkataan kata nama terbitan yang dicetak berwarna dalam teks.

c) Guru meminta murid menyenaraikan lima kata nama terbitan yang lain.

Sistem bahasa Kosa kata Bina ayat

KP interpersonal intrapersonal

Langkah 3(15 minit)

Langkah 3(15 minit)

1. Keburukan:i. Meningkatkan pencemaran udara, air dan bunyi.

ii. Kejadian tanah runtuh menyebabkan rumah yang dibina di lereng bukit kurang selamat untuk didiami.

iii. Mendatangkan masalah kepada pengguna jalan raya.

iv. Kejadian tanah runtuh menyebabkan kerosakan pada landasan kereta api.

v. Pembakaran terbuka menyebabkan kemalangan di lebuh raya.

vi. Pembakaran menyebabkan terjadinya asap tebal.

2. Cara mengatasi:

i Mengenakan tindakan undang-undang.ii Pihak berkuasa mengenakan saman kepada pihak yang tidak bertanggung-jawab.iii Pesalah dihukum penjara.iv Mengadakan kempen.

a) Meminta beberapa orang murid memberi pendapat tentang keburukan kejadian bencana alam yang berlaku di sekeliling.

b) Mendapatkan tindak balas daripada beberapa orang pelajar.

c) Berbincang bersama-sama bagi mendapatkan cara mengatasi masalah bencana tersebut.

KB Murid memberi ulasan tentang keburukan bencana alam dan cara mengatasi masalah tersebut.

Penutup(10 minit)1. Menyanyikan lagu (Rujuk lampiran 3)

2. Rumusan (kognitif)

Contoh-contoh bencana alam lain yang berlaku.i. Ributii. Gempa bumiiii. Taufaniv. Tsunamiv. Jerebu

Pengajaran:

i. Janganlah bersikap pentingkan diri sendiri terhadap alam sekitar kerana boleh mengancam nyawa orang disekeliling kita.

ii. Bersikaplah tolak ansur, bekerjasama dan prihatin terhadap alam sekeliling.

iii. Kita perlulah bersama-sama berganding bahu menjaga alam sekitar.a) Guru meminta murid menyanyikan lagu Enjut-enjut Semut bersama-sama sambil membuat pelbagai gaya.

b) Guru merumuskan isi pelajaran dengan memberikan beberapa contoh-contoh bencana alam yang berlaku di sekeliling.

c) Guru memberi pengajaran yang boleh dijadikan panduan hidup murid-murid berdasarkan kejadian bencana tersebut. KP muzik

Nilai bekerjasama

Pembelajaran Kontekstual Menghubungkait pengajaran dengan kehidupan murid.

REFLEKSI : LAMPIRAN 1 :

BANJIR

TANAH RUNTUH

JEREBU

LAMPIRAN 2 :

TEKS

Fahami teks.

PEMBAKARAN TERBUKA MEMBAWA PETAKAALOR STAR, 25 Januari Pembakaran jerami secara terbuka oleh petani di kilometer 59.8 Lebuh Raya Utara Selatan, dekat Kobah, di sini telah menyebabkan 21 buah kenderaan terlibat dalam kemalangan di lebuh raya tersebut. Kejadian ini berlaku kerana asap tebal yang berpunca daripada pembakaran jerami di sawah yang berhampiran dengan lebuh raya itu. Asap tebal ini telah mengehadkan jarak pandangan pemandu. Akibatnya, kenderaan yang dipandu telah merempuh kenderaan lain yang berada di hadapan.Lima orang mangsa yang cedera dalam kemalangan itu telah dirawat di Hospital Alor Star. Mereka terdiri daripada penduduk tempatan dan juga warganegara Thailand. Mereka diberi rawatan sebagai pesakit luar.Kemalangan tersebut juga telah menyebabkan kesesakan lalu lintas di lebuh raya berkenaan. Beratus-ratus kenderaan telah terkandas. Situasi ini berlaku kerana orang ramai mula pulang ke tempat masing-masing selepas bercuti di kampong bersempena perayaan Tahun Baru Cina.

LAMPIRAN 3LAGU : ENJIT-ENJIT SEMUT

Enjit-enjit semut,

2 KALISiapa sakit naik atas,Enjit-enjit semut,Siapa sakit naik atas.

Membuang sampah merata-rata,Baunya busuk tidak terkira,Sikap yang degil angkara manusia,Sukar ditegur sukar disapa. Hey!

Hutan yang tebal sudah dimusnah,Manusia rakus gilakan tanah,Di atas sana dibina rumah,Kalaulah runtuh habislah punah. Hey!

Hidupan air menjadi mangsa,Bahan beracun sering diguna,Siapa yang makan turut binasa,Bermacam penyakit akan dirasa. Hey!

Risau di hati kalau fikirkan,Alam yang bersih penuh kotoran,Mengapa terus kita biarkan,Tindakan keras kita kenakan. Hey!

RASIONAL KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAHKemahiran Bernilai Tambah (KBT) ialah kemahiran yang dapat digunakan dalam setiap sesi pengajaran. Kemahiran ini dapat membantu guru mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan melaksanakan aktiviti pengajaran secara berkesan. Ia juga sebagai persediaan murid menghadapi senario dunia global yang sebenar. Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah terdapat tujuh cadangan kemahiran bernilai tambah untuk guru melaksanakan dalam bilik darjah. Setiap Kemahiran Bernilai Tambah itu boleh dilaksanakan secara individu mahupun secara bergabungan. Kemahiran Bernilai Tambah ialah kemahiran yang mengutamakan pengalaman bilik darjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang global. Sebenarnya, kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan pelbagai kemahiran agar memenuhi keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran Bernilai Tambah ini melibatkan aktiviti-aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.Berdasarkan kepada definisi yang diberikan tersebut, dapatlah kita faham bahawa kemahiran bernilai tambah ini merupakan suatu kemahiran yang boleh diajarkan kepada murid-murid dalam membantu meningkatkan keupayaan dan potensi individu seseorang murid. Pelaksanaan atau penerapan Kemahiran Bernilai Tambah ini terhadap murid-murid seharusnya menjadi unsur atau nilai tambah terhadap diri murid-murid untuk diaplikasikan dalam suasana sebenar murid tersebut iaitu dalam kehidupan seharian murid.Kemahiran Bernilai Tambah merupakan suntikan baru kepada pengisian kurikulum, selain mengekalkan elemen pengisian kurikulum yang sedia ada seperti penyerapan nilai murni, ilmu, kewarganegaraan dan patriotisme, dan peraturan sosiobudaya. Tidak dapat dinafikan bahawa Kemahiran Bernilai Tambah yang diterapkan secara eksplisit dalam kurikulum semakan memperlihatkan komitmen Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah melahirkan pendidikan yang berkualiti.

Dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang telah saya rancang, terdapat beberapa elemen utama yang berjaya saya terapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu tahun tiga. Elemen yang dimaksudkan terdiri daripada Kecerdasan Pelbagai, Kemahiran Berfikir dan Pembelajaran Kontekstual.Kecerdasan Pelbagai yang dimuatkan dalam RPH saya adalah interpersonal, intrapersonal, verbal-linguistik dan muzik. Kecerdasan pelbagai pelbagai perlu diaplikasikan dalam pengajaran kerana dapat menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan murid. Di samping itu, kemahiran ini dapat menghasilkan pelajar yang seimbang, model kecerdasan pelbagai membantu murid memperoleh apa yang perlu untuk hidup di abad akan datang. Rasional Kecerdasan pelbagai diaplikasikan dalam pengajaran kerana pelajar dapat menerima persamaan dan perbezaan antara individu dengan mengakui bahawa setiap murid adalah unik dan belajar dengan cara yang berlainan. Kecerdasan pelbagai membantu guru memahami motivasi murid dan kepentingan menggunakan pelbagai cara murid dapat belajar dan menunjukkan kefahaman mereka. Murid lebih bermotivasi untuk belajar dengan cara yang lebih selesa jika cara ini digunakan. Kecerdasan ini membantu individu menangani perasaan serta mengawal kemarahan dan kesedihan.Intrapersonal merupakan kebolehan memahami diri sendiri, dari segi kekuatan dan kelemahan, hasrat dan kehendak termasuk kemahiran mengesan persamaan atau perbezaan persepsi individu. Rasional intrapersonal diterapkan dalam Rancangan Pengajaran Harian saya ialah : murid dapat dapat belajar atas usaha sendiri tanpa merujuk rakan-rakan yang lain. murid mampu tampil lebih yakin dengan jawapan yang dikemukakan sendiri. murid yang dapat menjana idea yang bernas dari hasil usahanya sendiri. tampil lebih kreatif dengan idea yang lain dari murid yang lain.

Interpersonal pula bermaksud kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Rasional kecedasan interpersonal dalam RPH saya ini ialah : murid bebas menyatakan idea-idea mereka murid dapat menjana idea dan memberikan pendapat dengan bernas murid dapat berfikir secara meluas meningkatkan keyakinan diri murid untuk menyatakan idea mereka

Verbal-linguistik ialah kebolehan menggunakan kata-kata (sebutan) dengan berkesan secara lisan dan penulisan, mengingat maklumat, meyakinkan orang lain dan menguasai sistem bahasa. Saya telah meminta murid untuk menyatakan maklumat berdasarkan teks yang diberikan dan perlu memperdengarkan maklumat kepada rakan-rakan dan guru. Rasional kecerdasan Verbal-linguistik dalam RPH saya ini ialah : melatih murid untuk menjawab soalan dengan baik. meningkatkan keyakinan diri murid. menengkatkan kemahiran menjawab soalan. meningkatkan komunikasi dua hala di dalam kelas.Kecerdasan Pelbagai yang terakhir ialah kecerdasan muzik. Kecerdasan muzik kebolehan mengesan irama dan lagu termasuk membezakan dan mengubah rentak dan tempo. Saya telah memperdengarkan irama lagu "enjit-enjit semut" berserta dengan lirik yang digubah bersesuaian dengan tajuk untuk dinyanyikan bersama-sama. Rasional kecerdasan muzik dlam RPH saya ialah : memberi peluang kepada murid meyanyikan lagu kanak-kanak yang sesuai untuk tahap mereka. dapat meredakan ketegangan setelah selesai tajuk pada hari tersebut. dapat menarik minat belajar dalam subjek Bahasa Melayu. dapat mengeratkan lagi ikatan silaturrahim antara guru-murid dan murid-murid.Seterusnya, Kemahiran Bernilai Tambah yang kedua yang dimuatkan dalam RPH saya ialah Kemahiran Berfikir (KB). Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan. Saya mengaplikasikan Kemahiran Berfikir dalam RPH saya dengan meminta murid memberikan ulasan yang jelas terhadap keburukan bencana alam dan cara mengatasi masalah tersebut. Rasional Kemahiran Belajar dalam RPH saya adalah : Meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Murid dapat melontarkan idea dengan lebih matang. Meningkatkan keyakinan diri murid untuk menegemukakan pandangan dan hujah. Meningkatkan kemahiran menjawab soalan secara spontan.Selain itu, saya turut memuatkan Pembelajaran Kontekstual. Pendekatan pembelajaran ini mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian murid, masyarakat dan alam pekerjaan. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna dengan kehidupan mereka. Saya telah menyelikan aktiviti yang melibatkan murid membuat perkaitan tentang pengajaran daripada kejadian bencana alam. Rasional Pembelajaran Kontekstual dalam RPH saya ialah : Murid berjaya membuat perkaitan pengajaran dengan kehidupan seharian. Melatih murid untuk berfikir secara meluas. Murid dapat berimaginasi tentang perkara yang berlaku di sekeliling mereka.Berdasarkan penerangan di atas dapat disimpulkan bahawa Kemahiran Bernilai Tambah memberi idea alternatif kepada guru dan murid menjanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih ceria, bermakna dan berkesan. Kemahiran Bernilai Tambah dapat membantu guru mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan memberi peluang kepada murid melaksanakan Kemahiran Bernilai Tambah dan seterusnya menjadikan pembelajarannya dengan lebih berkesan. Hal ini sesuai dengan tujuan Kemahiran Bernilai Tambah diperkenalkan, iaitu agar dapat diaplikasikan dalam dunia sebenar murid dan dalam senario dunia yang global.

KEKUATAN KSSR BERBANDING KBSR

Bertepatan dengan dasar kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta penghayatan nilai murni, kurikulum kebangsaan telah dikaji semula bagi memastikannya sentiasa holistik dan sentiasa relevan agar generasi ini akan sentiasa dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan.Secara umumnya, pada tahun 1983 satu kurikulum sekolah rendah telah diperkenalkan dan dikenali sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Hampir 10 tahun kemudian, barulah kurikulum sekolah rendah telah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada 1993 sebelum Kementerian Pelajaran menjalankan semakan KBSR pada tahun 2003. Mulai 2011, kurikulum sekolah rendah akan menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.Justeru, terdapat beberapa perubahan yang merupakan penambahbaikan daripada kurikulum sekolah rendah sebelumnya iaitu KBSR. Ternyata perubahan besar dalam KSSR ini amat memberikan impak yang lebih positif terhadap murid-murid berdasarkan beberapa elemen yang akan diterangkan dalam penulisan ini. Dalam kurikulum KBSR menfokuskan konsep 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Namun dalam KSSR, penekanan kepada konsep 3M masih dikekalkan dan ditambah baik dengan pengenalan satu lagi akronim M yang merupakan satu lagi aspek baru iaitu menaakul menjadikannya 4M. Konsep 4M yang dimaksudkan ialah membaca, menulis, mengira dan menaakul.Tiga elemen nilai tambah telah diperkenalkan dalam KSSR iaitu elemen kreatif dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang bertujuan memenuhi keperluan murid dalam membangunkan modal insan yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi, berkemahiran tinggi serta berkeperibadian mulia. Elemen nilai tambah yang diperkenakan di dalam KSSR ini antara lain, adalah langkah pertama kementenan membentuk modal insan yang berpontensi untuk merealisasikan dasar-dasar negara seperti Wawasan 2020, Cabaran Abad ke-21, dan Model Ekonomi Baru pada masa hadapan.Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) menegaskan penggunaan pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang memberi lebih penekanan serta kesan terhadap murid-murid. Penekanan kepada hands-on Teaming seperti inkuiri penemuan, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran secara konstruktivisme, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran masteri dan pembelajaran luar bilik darjah amat diperlukan bagi murid-murid ini untuk menjalani proses P&P yang lebih menarik.KSSR masih mengekalkan prinsip KBSR dengan mempunyai penambahbaikan iaitu menggunakan pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan sama rata untuk semua murid serta pendidikan seumur hidup. Guru-guru pula perlu memberi penumpuan kepada pembelajaran yang berpusatkan kepada murid itu sendiri dan menyediakan ruang serta peluang pembelajaran yang tidak terhad kepada mereka. Pendekatan yang digunakan mesti memberi peluang pembelajaran yang menyeronokkan serta mengambil kira kepelbagaian dan kecerdasan murid-murid tersebut. Selain itu, pengenalan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) dalam KSSR turut mengurangkan tekanan peperiksaan awam, memperkukuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), memperbaiki pembelajaran murid, pentaksiran holistik dan berterusan serta membina modal insan dengan lebih berkesan. KSSR memberi penegasan kepada perlaksanaan kaedah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi menjadikan P&P lebih menyeronokkan dan tidak terlalu berorientasikan kepada peperiksaan seperti yang ditekankan dalam KBSR sebelum ini. Pelbagai kaedah pentaksiran digunakan untuk membolehkan penilaian yang lebih autentik dan holistik. Pelaksanaan KSSR yang mengurangkan tekanan peperiksaan awam adalah lebih baik berbanding KBSR sebelum ini yang berfokuskan pencapaian gred kelulusan A dalam peperiksaan. Maka kebanyakan proses P&P yang berlaku di bilik darjah lebih berupa proses menyediakan pelajar untuk peperiksaan, bukannya bersifat menyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu seperti mana dituntut oleh kurikulum mata pelajaran tersebut. Ini secara langsung mengurangkan keberkesanan usaha ke arah membangunkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berdaya saing, berkemahiran dan mempunyai jati diri seperti modal insan cemerlang yang dihasratkanJusteru, dalam KSSR pentaksiran berasaskan sekolah bersifat formatif dan dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam portfolio. Dokumen itu merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan para guru dan ibu bapa. Pengukuran tahap pembelajaran murid kini dapat dilakukan menerusi standard prestasi yang berupaya menentukan tahap penguasaan mereka mengikut band bermula dari satu hingga enam. Walaupun ujian bertulis masih dijalankan seperti dulu, proses penilaian KSSR mengambil kira kemahiran insaniah dan kebolehan yang ditonjolkan murid dalam kelas. Aktiviti pemulihan, pengukuhan dan penggayaan dilaksanakan mengikut keperluan murid bagi memastikan murid mencapai standard yang ditetapkan.Pelaksanaan KSSR juga secara tidak langsung telah meringankan beban murid-murid yang terbeban dengan jadual waktu yang padat. Hal ini demikian menyebabkan murid-murid terpaksa memikul beg yang amat sarat dengan muatan buku. Namun nasib mereka kini terbela dengan pelaksanaan KSSR yang baru kerana KSSR berjaya menangani isu-isu pendidikan seperti kepadatan jadual waktu, bilangan mata pelajaran yang banyak serta keterlaluan penekanan kepada kecemerlangan akademik. Kesimpulannya, pelaksanaan KSSR yang masih mentah ini perlu diberi perhatian agar kurikulum ini berjaya diteruskan dengan jayanya pada masa hadapan. Kejayaan KSSR sangat memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuklah pelaksana, pengurus kurikulum, ibu bapa dan pihak berkepentingan.

REFLEKSISemasa melaksanakan Tugasan Projek Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya mula lebih mengenali serta memahami tentang pelaksanaan Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Sekolah Rendah, Rasional Kemahiran Bernilai Tambah dan Kekuatan KSSR berbanding KBSR yang sebelum ini saya tidak pernah didedahkan secara terperinci seperti ini. Saya juga mula merasai kepentingan Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini terhadap diri saya kerana sebagai bakal guru, satu hari nanti semua ilmu ini pasti saya perlukan untuk melaksanakan tugas harian sebagai seorang guru yang begitu mencabar. Saya sebagai bakal guru yang akan mengajar di sekolah rendah pasti akan menghadapi pelbagai situasi yang mungkin saya tidak pernah pikirkan sebelum ini. Melalui pembelajaran Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini, sedikit sebanyak telah membantu saya dalam membuat persediaan dalam menghadapi dunia perguruan ini.Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi, dengan izin Allah S.W.T., saya akan praktikan sebaik mungkin nanti. Setelah saya banyak membuat pencarian maklumat, saya berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada para pelajar. Saya juga mula sedar kepentingan subjek Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini di mana dengan hanya betul-betul memahaminya barulah saya dapat melaksanakan tugas saya sebagai guru nanti dengan sebaik mungkin bagi melahirkan modal insan yang sempurna.Selain itu, melalui proses menyiapkan Tugasan Projek ini yang saya laksanakan bersama rakan-rakan telah membuatkan hubungan silaturrahim antara kami semakin rapat. Sikap toleransi dan bekerjasasama pensyarah dan semua rakan-rakan juaga dapat di tingkatkan melaui proses menyiapkan Tugasan Projek ini. Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami.Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah, Puan Mazura Binti Sulaiman dan rakan-rakan bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan Tugasan Projek ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan.Secara keseluruhannya, Tugasan Projek Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara.

BIBLIOGRAFI

Buku

Kamarudin Bin Jeon, Shamsul Yusli Bin Mohamad Yusop, Napisah Binti Muhammad, Zainal Arifin Bin Yusof. (2005). Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.Kamarudin Hj.Husin,Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (1997). Pengajian Melayu 3,(Komunikasi bahasa).Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.Mok Soon Sang , (1998). Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 3. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.Tuan Jah Tuan Yusof PhD dan Faridah Nazir PhD. (2011). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Internet

Ahmad Afendi (2011). Rancangan Pengajaran Harian, (Web Document). Diperoleh pada Februari 20, 2011, Dari: http://wanafindy.tripod.com/minggu_7/addie/rph_addie.pdfAiman (2010). Sukatan Mata Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu 2003, (Web Document). Diperoleh pada Februari 20, 2012. Dari: http://ipgmalaysia.blogspot.com/2010/01/sukatan-mata-pelajaran-kurikulum.htmlHaniff (2011). Rancangan Pengajaran Harian, (Web Document). Diperoleh pada Februari 21, 2012. Dari: http://bme3103hanif.tripod.com/minggu_07/behaviourisme/rphbehaviourisme.pdfSalleh (2012). KSSR : Kurikulum Standard Sekolah Rendah, (Web Document). Diperoleh pada Februari 20, 2012. Dari: http://kulanzsalleh.com/kssr-kurikulum-standard-sekolah-rendah/Zakaria (2011). Rancangan Tahunan Bahasa Melayu Tahun 3, (Web Document). Diperoleh pada Februari 21, 2012. Dari: http://bme3103hanif.tripod.com/minggu_07/behaviourisme/rphbehaviourisme.pdfTUGASAN PROJEK | Muhammad Khairi Bin Azmi2