ulangkaji bmm3111

9
Faktor-faktor Perubahan Makna. Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa unsur ini, maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi sebarang kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang membaca sesuatu yang ditulis. Dalam suatu bahasa, perubahan makna merupakan salah satu fenomena bahasa yang selalu berlaku dalam mana-mana bahasa didunia ini. Oleh sebab sifat dinamis dan evolusinya, dan akibat terdedah kepada pelbagai fenomena seperti perubahan disebabkan oleh; 2.1 Faktor perkembangan bahasa itu sendiri 2.2 Faktor tanggapan penutur 2.3 Faktor peluasan maksud 2.4 Faktor pembatasan atau penyempitan maksud 2.5 Faktor tujuan simbolik dan stilistik 2.1 Perubahan Kerana Perkembangan Bahasa itu Sendiri. Makna kata berubah kerana perkembangan bahasa itu sendiri. Terdapat perkataan-perkataan yang mengalami perubahan dari segi makna dibandingkan dengan makna asal perkataan tersebut. Misalnya perkataan “belayar” pada suatu ketika dahulu digunakan untuk perahu yang ada layer sahaja, tetapi kini telah berubah makna kerana kapal sekarang tidak belayar tetapi menggunakan kuasa tenaga. Demikian juga perkataan “ tangan”, pada asalnya durujuk kepada salah satu anggota badan. Tetapi, makan itu telah berubah mancakupi makna ‘menguruskan’, ‘ mengendalikan’, dalam ayat seperti “ Kita perlu berhati-hati ketika menangani kes ini”. Ada kalanya makna negatif berubah menjadi makna positif disebabkan penggunaan dalam bahasa. Sebagai contoh, kita sering menemukan ayat atau ujaran Gejala penukaran kod amat berleluasa di kalangan pengguna bahasa melayu”. Dalam contoh ini, perkataan ‘gejala’ bukan dinyatakan sebagai suatu unsur negatif, tetapi sebagai suatu kejadian. Perubahan seperti ini banyak berlaku dalam bahasa kerana sebab-sebab perubahan

Upload: sipopoh

Post on 23-Nov-2015

27 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Ulangkaji Bmm3111

TRANSCRIPT

Faktor-faktor Perubahan Makna.

Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa unsur ini, maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi sebarang kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang membaca sesuatu yang ditulis.Dalam suatu bahasa, perubahan makna merupakan salah satu fenomena bahasa yang selalu berlaku dalam mana-mana bahasa didunia ini. Oleh sebab sifat dinamis dan evolusinya, dan akibat terdedah kepada pelbagai fenomena seperti perubahan disebabkan oleh;

2.1 Faktor perkembangan bahasa itu sendiri2.2 Faktor tanggapan penutur2.3 Faktor peluasan maksud2.4 Faktor pembatasan atau penyempitan maksud2.5 Faktor tujuan simbolik dan stilistik2.1 Perubahan Kerana Perkembangan Bahasa itu Sendiri.

Makna kata berubah kerana perkembangan bahasa itu sendiri. Terdapat perkataan-perkataan yang mengalami perubahan dari segi makna dibandingkan dengan makna asal perkataan tersebut. Misalnya perkataan belayar pada suatu ketika dahulu digunakan untuk perahu yang ada layer sahaja, tetapi kini telah berubah makna kerana kapal sekarang tidak belayar tetapi menggunakan kuasa tenaga.Demikian juga perkataan tangan, pada asalnya durujuk kepada salah satu anggota badan. Tetapi, makan itu telah berubah mancakupi makna menguruskan, mengendalikan, dalam ayat seperti Kita perlu berhati-hati ketika menangani kes ini. Ada kalanya makna negatif berubah menjadi makna positif disebabkan penggunaan dalam bahasa. Sebagai contoh, kita sering menemukan ayat atau ujaran Gejala penukaran kod amat berleluasa di kalangan pengguna bahasa melayu. Dalam contoh ini, perkataan gejala bukan dinyatakan sebagai suatu unsur negatif, tetapi sebagai suatu kejadian. Perubahan seperti ini banyak berlaku dalam bahasa kerana sebab-sebab perubahan bahasa itu sendiri.Selain daripada itu perkataan hayat dahulunya perkataan ini dimaksudkan dengan hidup tetapi sekarang ia telah mengalami perubahan. Ini dapat dilihat dari contoh ujaran berikut, Ia menghayati sepenuhnya kandungan syarahan itu. Dalam ayat ini perkataan menghayati bukanlah membawa maksud menghidupkan tetapi mengikuti dengan sepenuhnya. Perkataan hantu dalam contoh Kejadian itu menghantui fikirannya, hantu itu bukan lagi merupakan makhluk tetapi membawa makna mengganggu.Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi banyak perkataan yang telah mengalami perubahan makna. Sebagai contoh, perkataan taman, dimana pada asalnya ia hanya digunakan untuk merujuk kepada kebun bunga, tetapi maknanya telah berubah menjadi kawasan perumahan , kawasan perindusterian, dan kawasan alam semula jadi seperti Taman Negara Bako. Demikian juga dengan perkataan datuk, kini bukan sahaja digunakan untuk merujuk kepada bapa kepada ayah seseorang malah sebagai gelaran kehormat oleh raja-raja bagi orang-orang tertentu kerana jasa mereka.Perkataan sahaya berasal dari bahasa Sanskrit dan membawa maksud abdi dan sahaya itu dalam aspek penggunaan bahasa Melayu merujuk kepada hamba dengan cara yang halus. Tetapi kini, saya ( daripada sahaya) digunakan sebagai kata ganti diri pertama.Demikianlan perubahan berlaku kerana proses perkembangan bahasa itu sendiri dimana pengguna bahasa mengubah makna bahasa itu mengikut peredaran masa dan keadaan semasa.

2.2 Perubahan Kerana tanggapan penutur

Selain daripada perubahan disebabkan oleh perkembangan bahasa iru sendiri tanggapan penutur juga memainkan peranan atau penyebab kepada perubahan maksud sesuatu perkataan itu. Umpamanya perkataan abang, yang asalnya ialah panggilan kepada saudara lelai yang lebih tua, tetapi sekarang ianya digunakan juga untuk memanggil orang lelaki yang lebih tua tanpa mengira saudara atau tidak. Disamping itu ada juga sesetengah orang menggunakan perkataan abang sebagai panggilan untuk suaminya.Perkataan saudara pula pada asalnya dimaksudkan kepada saudara kandung tetapi makna perkataan saudara telah berubah kepada semua orang yang mempunyai pertalian darah atau kekeluargaan. Disamping itu ada juga pengguna atau penutur bahasa melayu cenderung menggunakan perkataan saudara dengan tanggapan yang lebih luas misalnya saudara sesame Islam. Disini nyata, bahawa hubungan itu bukan lagi merupakan hubungan kerana pertalian darah tetapi juga pertalian agama. Daripada dua contoh di atas, tanggapan penutur terhadap sesauatu perkataan juga merupakan faktor kepada perubahan makna perkataan itu sendiri.

2.3 Perubahan Kerana Perluasan Maksud

Perluasan maksud berlaku apabila sesuatu perkataan yang mempunyai satu makna memiliki makna-makna yang lain. Perkataan saudara, misalnya pada mulanya bermaksud orang yang sama ayah dan ibu. Kemudian maknanya diperluaskan meliputi orang yang ada hubungan kekeluargaan. Akhir sekali perkataan ini menjadi sebagai bentuk panggilan sebagai kata ganti nama diri orang kedua, terutamanya kepada orang laki-laki.Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi banyak perkataan yang telah mengalami perubahan makna. Sebagai contoh, perkataan taman, dimana pada asalnya ia hanya digunakan untuk merujuk kepada kebun bunga, tetapi maknanya sekarang telah diperluaskan untuk mencakupi makna tambahan seperti kawasan perumahan , kawasan perindusterian, dan kawasan alam semula jadi seperti Taman Hidupan Liar.Selain daripada dua perkataan di atas, perkataan semangat juga mengelami perubahan kerana perluasan maksud. Pada asalnya makna perkataan semangat ialah jiwa atau roh. Tetapi perkataan ini kemudianya diperluaskan maksudnya menjadi perasaan misalnya semangat kemerdekaan, semangat petriotisme dan juga kepada kemahuan atau keinginan yang tinggi seperti dalam contoh berikut, Dia mempunyai semangat ingin berjaya dalam hidup.

2.4 Perubahan kerana pembatasan atau penyempitan maksud

Makna sesuatu perkataan boleh juga dibataskan untuk tujuan-tujuan tertentu. Sebagai contoh perkataan sarjana, pada mulanya perkataan ini digunakan untuk merujuk orang yang pandai atau bijak, seorang cendekiawan. Pada masa kini, perkataan ini lazimnya telah disempitkan atau dibataskan untuk merujuk kepada orang yang telah lulus ijazah pertama, seperti Sarjana Muda Sastera dan Sarjana Muda Ekonomi atau selepas ijazah pertama, seperti Sarjana Sastera dan Sarjana Ekonomi.Perkataan pendeta asalnya membawa makna orang yang berilmu, seperti Pendeta Zaba, seorang tokoh bahasa. Maksud perkataan ini , mengikut Abdul Chaer (1995) telah di sempitkan untuk mencakupi makna guru agama Kristian. Selain itu dalam bahasa Melayu, perkataan daging telah disempitkan makna untuk merujukkan kepada daging lembu sahaja, tetapi bagi daging lain pula, disebut daging kambing, daging ayam atau daging arnab, sedangkan makna perkataan itu dalam kamus ialah isi pada manusia atau binatang antara kulit dan tulang ( Kamus Dewan, 1994).Timbulnya kepentingan membataskan maksud bagi sesuatu perkataan ini pada umumnya adal untuk menentukan istilah supaya penggunaannya khusus untuk bidang-bidang tertentu. Contohnya perkataan sendi yang asalnya bermaksud tempat ruas tulang berhubung. Dalam ilmu bahasa perkataan sendi dijukan khusus kepada kata-kata yang berfungsi menghubungkan di antara perkataan dengan perkataan atau antara ayat dengan ayat.

2.5 Perubahan kerana tujuan simbolik dan stilistik

Perubahan makna kerana tujuan simbolik dan stilistik ini biasa kita lihat dalam hasil karya berbentuk sastera khususnya dalam puisi. Contohnya perkataan kumbang dan bunga selalu dikaitkan maknanya dengan makna yang tertentu seperti kumbang = lelaki dan bunga = perampuan, bukan lagi ditujukan kepada nama sejenis kumbang dan nama sejenis tumbuhan. Selain daripada itu warna juga dijadikan sebagai simbolik untuk menerangkan sesuatu maksud contahnya, merah dimaksudkan dengan keberanian , hitam dipadankan dengan kesedihan dan putih adalah kesucian.Selain daripada itu unsur-unsur personafikasi juga menunjukkan perubahan makna yang seperti ini. Sebagai contoh daun melambai dan dada langit ianya tidak membawa maksud yang daun boleh melakukan perbuatan melambai sebagaimana perlakuan manusia dan langit mempunyai dada. Daun melambai dan dada langit sebenarnya hanyalah kiasan atau perumpamaan kepada daun yang bergerak akibat tiupan angina dan keluasan dan lapangnya langit apabila dipandang dari bumi. Contoh -contoh seperti ini menunjukkan keindahan bahasa dan merupakan satu gaya penulisannya dapat menggambarkan sesauatu dengan indah dan menarik ( Raminah Sabran dan Rahim Syam, 1984: 290-4).

Proses pembentukan kata

Proses pembentukan kata menerangkan bagaimana sesuatu kata itu dibina dan dibentuk sehingga dapat menghasilkan ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa. Ada perkataan yang berbentuk tunggal, misalnya perkataan satu, baik, sekolah dan panjat. Terdapat perkataan yang terbentuk hasil daripada proses pengimbuhan, misalnya perkataan berkawan, terjunam dan disarankan. Ada juga perkataan yang terbentuk hasil daripada pemajmukan dan penggandaan, misalnyabuku tulis, gambar rajah, kertas kerja, bahan-bahan, bukit-bukaudanbantu membantu.Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa di dunia yang bersifat aglutinatif, iaitu jenis bahasa dan kebanyakan perkataannya terbentuk melalui proses pengimbuhan, iaitu penggabungan morfem kata dasar dengan morfem imbuhan. Proses pembentukan yang bersifat derivatif ini dapat menerbitkan banyak perkataan, iaitu melalui pencantuman kata dasar dengan pelbagai imbuhan yang terdapat dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh, perkataan serap apabila mengalami proses pembentukan kata dapat menerbitkan pelbagai perkataan baharu, iaitu menyerap, menyerapkan, penyerapan, terserap, menyerapi, serapan, terserapkan, daya serap,dan sebagainya.Kaedah pembentukan kata seperti yang terdapat dalam bahasa Melayu ini tidak sama dengan pembentukan perkataan dalam bahasa yang bersifat fleksi seperti bahasa Arab. Cara membentuk dan mewujudkan perkataan dalam bahasa tersebut adalah melalui kejadian perubahan fonem atau bunyi kata dasar bahasa itu sendiri, iaitu berdasarkan golongan kata atau kasusnya.

Secara umumnya , perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu itu wujud melalui dua sumber, iaitu melalui asal-usul bahasa Melayu itu sendiri. Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia dan melalui sumber yang diwarisi itu, sejumlah perkataan yang terdapat dalam bahasa Melayu telah diwujudkan sehingga hari ini. Kedua, perkataan yang dibentuk kemudian daripada itu melalui proses-proses tertentu, antaranya seperti yang berikut:-

a. AkronimPembentukan kata melalui akronim adalah dengan cara memendekkan atau meringkaskan perkataan yang kebanyakkannya terdiri daripada kata nama supaya mudah ditulis tau dilafazkan sebagai satu kata yang wajar. Proses ini banyak berlaku dalam bahasa Melayu pada hari ini. Contohnya:-

JAIS Jabatan Agama Islam Selangor

IPBA Institut Perguruan Bahasa bahasa Antarabangsa

IPG Institu Pendidikan Guru

UPSI Universiti Sultan Idris

b.AnalogiPembentukan kata melalui proses ini adalah dengan mengiaskan kata baharu dengan bentuk kata yang telah seia ada yang telah digunakan sejak dahulu. Misalnya, perkataan tatabahasa memang telah sedia ada dan melalui proses analogi, diciptakan pula bentuk-bentuk seperti tatatertib, tatacara, dan tatahias. Contoh perkataan lain yang dibentuk melalui proses ini adalah seperti berikut:_

Prasangka prasarana, prasekolah, prauniversiti

Jurunikah juruwang, juruaudit, juruacara, juruhebah

Lelabah gegel;ang, jejari, rerambut

c.Peleburan FonemPembentukan kata melalui proses ini adalah dengan cara menggabungkan perkataan agar menjadi suku kata dengan meleburkan atau menggugurkan fonem-fonem tertentu. Misalnya perkataan benda + alir menjadi bendalir terbentuk setelah satu fonem vokal / a / digugurkan.

d. Peluasan MaknaPembentukan perkataan dengan cara ini adalah dengan mengambil kata-kata yang telah sedia ada dan kemudiannya diperluaskan maknanya dalam hal-hal lain. Misalnya, perkataan , family dalam bahasa Inggeris bermakna keluarga tetapi perkataan i i telah diperluaskan maknanya menjadi famili yang bukan sahaja merujuk kepada manusia, malahan kepada haiwan juga.

e.Pemberian Makna khususDalam proses ini sesuatu perkataan atau istilah itu dibentuk dengan cara mengambil kata-kata yang telah sedia ada lalu diberi makna khusus atau dijadikan istilah. Misalnya, perkataan surih pada asalnya bermaksud bekas atau nkesan yang dilalui oleh sesuatu seperti jalan yang dilalui oleh siput di atas daun pisang. Melalui pemberian itu makna khusus, surih juga membawa maksud meniru atau melukis peta.

f.Peminjaman KataPeminjaman kata melalui proses ini sangat lusa digunakan dalam bahasa Melayu dan bahasa-bahasa yang lain. Bahasa Melayu banyak meminjam perkataan daripada bahasa Ingggeris dan bahasa Arab sehingga perkataan tersebut menjadi sebati dengan penutur bahasa Melayu itu sendiri. Proses ini berlaku salam sesuatu bahasa disebabkan dalam bahasa tersebut tidak terdapat perkataan atau istilah sedemikian. Contoh peminjaman kata daripada bahasa lain:

element elemen

mengisteate majistret

diplomat diplomat

g. PenambahanPembentukan kata melalui proses ini adalah dengan memberikan penambahan kepada kata akar suku kata dengan perkataan lain yang terdiri daripada satu suku kata juga. Bentuk kata jenis ini telah sebati dalam masyarakat penutur bahasa Melayu. Contohnya, kata akar satu suku kata bu merujuk kepada benda yang berbentuk bulat kemudian ditambah pula satu suku kata yang lain untuk menunjukkan benda0benda tertentu yang berbentuk bulat seperti contoh yang berikut:

bu + kit bukit

bu + lan bulan

bu + luh buluh

h. PenciptaanPembentukan kata melalui proses penciptaan bermaksud kata-kata baharu dicipta atau dihasilkan tanpa disandarkan kepada perbendaharaan kata yang sedia ada. Dalam proses ini, perkataan dicipta berdasarkan makna yang ditimbulkan oleh masyarakat atau dikiaskan kepada sesuatu benda. Misalnya , perkataan kiwi merujuk kepada nama sejenis burung di New Zealand. Daripada makna tersebut, dicipta pula perkataan mengiwi yang bermaksud perbuatan menggilap dan mengilatkan kasut menggunakan bahan khas

i. PenggemblenganBernama Baerita Nasional Malaysia

Proton -

j. Penyempitan MaknaPembentukan kata jenis ini dilakukan dengan cara mengambil kata yang telah sedia ada dan kemudiannya disempitkan maknanya untuk merujuk kepada sesuatu yang lebih umum. Misalnya, perkataan tuan puteri mempunyai makna yang khusus, iaitu panggilan bagi wanita bangsawan atau wanita keturunan raja. Sebaliknya , pada hari ini terdapat perkataan tuan sahaja yang merujuk kepada lelaki yang patut dihormati. Malahan, jika panggilan ini digunakan dalam urusan surat menyurat rasmi, ia boleh merujuk kepada panggilan hormat bagi lelaki dan perempuan.

k.PenyingkatanMelalui proses penyingkatan ini, perkataan- perkataan tertentu dipendekkan apabila ditulis dan sering pula dianggap sebagai satu perkataan sahaja seperti contoh yang berikut:

tv televisyen

Dr. Doktor

Prof. Profesor

Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu ada yang berbentuk tunggal, terbitan, majmuk dan gandaan. Setiap bentuk tersebut mempunyai cara pengejaannya yang tersendiri serta membawa makna yang khusus sebagai rujukan. Sebagai contoh, bentuk perkataangelung,golong, dangulungtidak boleh disalahgunakan dalam struktur ayat kerana perkataan itu sudah jelas memberikan makna yang berbeza. Perkataangelungmerujuk kepada benda-benda yang berlingkar, lengkung atau ikal seperti tali, rotan dan rambut. Perkataan golong bermaksud mengasingkan ke dalam kumpulan tertentu.Gulungpula membawa maksud benda yang berlembar-lembar atau berutas-utas yang dilipat begitu rupa hingga berbentuk bulat atau bulat panjang. Dalam struktur ayat, kesemua perkataan ini tidak boleh ditukar ganti kehadirannya dalam ayat kerana setiap perkataan berbeza dari segi makna.