tugasan bmm3111

21
BAHAGIAN B – TUGASAN INDIVIDU 2. Bincangkan perubahan leksikal dengan menyertakan contoh- contoh yang jelas. Hurai dan jelaskan bagaimana anda boleh mengaplikasikannya dengan berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. PENGENALAN Terdapat beberapa jenis makna dalam bahasa Melayu antaranya ialah, makna leksikal, makna gramatikal, makna kontekstual, makna asosiatif, makna konotatif, makna stilistik,makna afektif, makna referensial, makna kolokatif, dan makna tematik. Jenis-jenis makna ini d apat memberikan gambaran yang tertentu sama ada maksud tersurat mahupun tersirat. 1. Makna Leksikal Menurut Fatimah Djajasudarma (1993:14) dan Zainuddin (1992), makna leksikal (dalam bahasa Inggeris disebut sebagai lexical meaning, semantic meaning, external meaning) adalah makna unsur-unsur bahasa sebagai lambang benda, peristiwa dan lain-lain. Bagi Maslow (1987 :90) , beliau berpendapat makna leksikal ialah rujukan terhadap satu kandungan tertentu yang spesifik bagi satu perkataan hanya sebagai perbezaan dengan semua perkataan lain. Selain itu, makna leksikal juga membawa maksud makna yang bersifat leksikon, makna yang sesuai dengan referennya, makna yang sesuai dengan pemerhatian alat indera atau makna yang nyata BMM3111 – Aniza binti Abdullah 1

Upload: aniza-abdullah

Post on 14-Dec-2014

270 views

Category:

Education


10 download

DESCRIPTION

Semantik Bahasa Melayu

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan bmm3111

BAHAGIAN B – TUGASAN INDIVIDU

2. Bincangkan perubahan leksikal dengan menyertakan contoh-contoh yang jelas.

Hurai dan jelaskan bagaimana anda boleh mengaplikasikannya dengan berkesan

dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

PENGENALAN

Terdapat beberapa jenis makna dalam bahasa Melayu antaranya ialah, makna

leksikal, makna gramatikal, makna kontekstual, makna asosiatif, makna konotatif,

makna stilistik,makna afektif, makna referensial, makna kolokatif, dan

makna tematik. Jenis-jenis makna ini dapat memberikan gambaran yang

tertentu sama ada  maksud tersurat mahupun tersirat.

1. Makna Leksikal

               Menurut Fatimah Djajasudarma (1993:14) dan Zainuddin (1992), makna

leksikal (dalam bahasa Inggeris disebut sebagai lexical meaning, semantic meaning,

external meaning) adalah makna unsur-unsur bahasa sebagai lambang benda,

peristiwa dan lain-lain. Bagi Maslow (1987 :90) , beliau berpendapat makna leksikal

ialah rujukan terhadap satu kandungan tertentu yang spesifik bagi satu perkataan

hanya sebagai perbezaan dengan semua perkataan lain. Selain itu, makna

leksikal juga membawa maksud makna yang bersifat leksikon, makna yang sesuai

dengan referennya, makna yang sesuai dengan pemerhatian alat indera atau makna

yang nyata (Adrienne Lehrer,1992). Menurut Abdul Chaer (1995) pula, leksikal

merupakan bentuk adjektif yang diturunkan dari bentuk nomina leksikon (vocabulary,

kosa kata, perbendaharaan kata). Ini bermaksud leksikal boleh didefinisikan sebagai

makna yang bersifat leksikon,bersifat leksem dan bersifat kata.

             

Terdapat beberapa contoh yang boleh memberi pemahaman kepada kita berkaitan

dengan leksikal.

a)      Tikus itu mati diterkam kucing.

b)      Padi kali ini gagal akibat serangan hama tikus.

c)      Yang menjadi tikus digudang kami ternyata berkepala hitam.

BMM3111 – Aniza binti Abdullah 1

Page 2: Tugasan bmm3111

Berdasarkan ayat a dan b , kata tikus itu merujuk kepada binatang iaitu tikus.

Berbeza dengan ayat c. Dalam ayat ini tikus bukan merujuk kepada binatang tetapi

merujuk kepada seorang manusia yang perbuatannya memang mirip perbuatan

tikus. Dalam contoh yang lain pula:

a)      Kakak memetik sekuntum bunga .

b)      Kita dapat memetik manfaat dari cerita itu.

                  

                Berdasarkan kata memetik dalam ayat a), kata memetik merujuk kepada

makna leksikal. Dalam ayat b), memetik bukan bermakna leksikal.

Makna leksikal terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:

a) Semantik Leksikal

                Bidang yang meneliti semantik leksikal pada asasnya dinamai leksikologi.

Dengan itu, semantik leksikal secara leksikologis merangkumi makna dan referensi,

denotasi dan konotasi, analisis ekstensional dan analisis intensional ; analisis

komponensial; dan kesinoniman, keantoniman, kehomoniman dan kehiponiman.

b) Fonologi Leksikal

                   

                Menurut John T. Jensen (1995:16), fonologi leksikal ialah penyebutan kata

dan dapat ditentukan dengan perbezaan penyebutan vokal pertama. Oleh itu,

fonologi leksikal merujuk kepada corak nada atau intonasi sesuatu kata itu ketika

dilafazkan. Contoh yang paling mudah ialah dalam bahasa Cina Mandarin iaitu

penggunaan kata “wei”. Jika nada sebutan ‘datar’ (tidak menaik dan tidak menurun)

maka ia membawa maksud kutu kayu. Penggunaan kata “wei” dalam nada ‘naik’

membawa maksud berbahaya dan akhir sekali jika nada yang digunakan ‘turun’ ia

memberi makna takut. Oleh itu, jelaslah bahawa setiap nada atau intonasi yang

diujarkan dapat membezakan makna leksikal setiap kata. 

c) Kata Kerja Leksikal

                 Menurut Asmah Hj. Omar, 1986:95, kata kerja leksikal juga disebut

sebagai kata kerja utama. Kata kerja ini terbahagi kepada dua jenis iaitu kata kerja

BMM3111 – Aniza binti Abdullah 2

Page 3: Tugasan bmm3111

perbuatan dan kata kerja bukan perbuatan. Kata kerja perbuatan ialah kata kerja

yang menunjukkan perbuatan, aksi atau tindakan fizikal oleh Ahmad Khair Mohd Nor

(2009:68). Perbuatan ini termasuklah sengaja atau tidak sengaja. Kata kerja

perbuatan  boleh juga digunakan dalam ayat perintah. Contoh kata kerja

perbuatan:ialah:

a)    Aishah mandi dengan menggunakan sabun.

b)    Adik belajar bersama kawan-kawannya.

Kata mandi dan belajar dalam ayat berfungsi sebagai kata leksikal.

Menurut Asmah Hj. Omar  (1993:85), kata kerja keadaan tidak menunjukkan adanya

gerak perbuatan. Contoh ayat :

a)     Cawan itu pecah.

b)     Lelaki itu sudah mati.

Dalam ayat ini, perkataan pecah dan mati tidak merujuk kepada perbuatan. Subjek

ayat yang merujuk kepada cawan dan lelaki bukanlah pelaku yang melakukan

perbuatan tersebut. Kata kerja dalam ayat di atas dapat menerangkan sesuatu

peristiwa atau menghuraikan sesuatu yang merupakan subjek ayat.

                 Kesimpulannya, menurut Jackendoff (1997:xi), bidang leksikon mampu

menyelesaikan banyak masalah dalam fonologi, sintaksis dan semantik (Hashim Hj.

Musa, 1993:10).

1.1 SEMANTIK LEKSIKAL

Dalam semantik leksikal, kita boleh memberikan makna bagi perkataan dengan meninjau

perhubungan antara unsur-unsur yang membentuk struktur makna bagi sesuatu perkataan.

Struktur makna perkataan dikenali dengan istilah sinonim, antonim, homonim, homofon,

homograf, hiponim, hipernim, polisem,pertindihan , ketaksaan dan meronim.

BMM3111 – Aniza binti Abdullah 3

Page 4: Tugasan bmm3111

SINONIM DAN ANTONIM

1.1. 1 Sinonim

Sinonim bermaksud perkataan yang berlainan bentuk ejaan atau bunyi tetapi

mempunyai makna yang sama atau hampir sama (OÊ Grady, 2000: 118). Contoh bagi

sinonim, iaitu induk ialah ibu atau emak atau yang terutama. Istilah sinonim juga merujuk

kepada fenomena bahasa apabila terdapatnya perkataan-perkataan yang mempunyai

makna yang sama. Walau bagaimanapun, tidak semestinya ada perkataan-perkataan yang

mempunyai makna yang sama secara keseluruhannya. Walaupun ada perkataan-perkataan

yang sama makna, contohnya kereta dan motokar, tetapi penggunaannya tidaklah

menyeluruh.Maknanya memang sama dalam frasa seperti kereta besar dan motokar besar.

Dalam semantik, ada beberapa jenis sinonim, iaitu sinonim pinjaman, konteks, laras sosial,

dan kolokasi. Kesemua jenis sinonim dijelaskan dalam Jadual  1.

Jadual 1 : Jenis Sinonim dan contoh

JENIS SINONIM CONTOHPinjaman - Belalang bermakna patung dalam kebanyakan dialek Melayu.

- Dialek Perak, belalang bermakna cakcibau.

- Dalam dialek Kedah, batas ialah jalan raya, yang maksud

konvensionalnya ialah timbunan tanah yang menjadi sempadan

petak-petak sawah.

konteks Perkataan jemput dan undang banyak digunakan dalam konteks

- Sebenarnya, jemput digunakan dalam konteks lisan

- manakala undang dalam konteks tulisan.

Nota: Konteks mewujudkan perkataan yang sama makna.

Laras sosial Perkataan digunakan dengan berdasarkan status.

- Misalnya penyanyi ialah orang yang bernyanyi,

- manakala biduan bermaksud status yang tinggi dalam profesionalisme

seni.

Kolokasi Perkataan banyak dan ramai mempunyai makna yang sama.

Contoh ayat :

BMM3111 – Aniza binti Abdullah 4

Page 5: Tugasan bmm3111

(a) Banyak kilang kekurangan tenaga pekerja mahir

(b) Ramai pelajar yang gembira setelah memperoleh keputusan yang

cemerlang dalam peperiksaan

Perkataan banyak boleh digunakan, sama ada bagi manusia,tumbuh-

tumbuhan, haiwan dan benda, tetapi pastikan perkataantersebut

bermakna apabila digunakan tanpa kata sifat.

1.1.2 Antonim

Antonim pula ialah perkataan yang berlainan bentuk ejaan atau bunyi tetapi mempunyai

makna yang berlawanan (Kuiper & Allan, 2004: 57). Contoh bagi antonim pula ialah tinggi

yang lawannya rendah. Makna ini juga disebut sebagai antonim berperingkat yang

menunjukkan bahawa skalanya adalah mutlak tetapi berterusan. Terdapat juga antonim

saling melengkapi, iaitu hidup lawannya mati.

Bagi contoh antonim berhubungan pula adalah seperti pensyarah lawannya siswa

yang hubungannya adalah berkait-kait dan bersimetri. Selain itu, terdapat juga antonim

resiprokal, misalnya majikan lawannya pekerja. Bagi antonim, terdapat juga jenis-jenisnya

berdasarkan penelitian. Jenis-jenis tersebut ialah antonim berpasangan, berperingkat dan

berhubungan, seperti yang dijelaskan dalam Jadual 2.

Jadual 2 : Jenis Antonim dan Contoh

JENIS ANTONIM CONTOHAntonim Berpasangan Misalnya perkataan siang lawannya malam. Perkataan-perkataan

tersebut menunjukkan makna yang berlawan tentang alam semula

jadi. 

Antonim Berperingkat Dinamakan antonim berperingkat kerana terdapatnya peringkat,

sama ada usia, ukuran, bentuk dansebagainya. Peringkat ini

berasaskan kata sifat atau kata yangmenunjukkan keadaan dalam

kategori yang sama sahaja.Contohnya ialah muda lawannya tua

dan tinggi lawannya rendah. 

Antonim Berhubungan Kata Bertentangan yang berhubungan. Maksud antonim ini ialah

BMM3111 – Aniza binti Abdullah 5

Page 6: Tugasan bmm3111

perkataan yang berlawan makna tetapi mempunyai hubungan.

Misalnya guru lawannya murid. Jelasnya, jika ada guru, wujudlah

murid.

1.1.3 HOMONIM, HOMOFON DAN HOMOGRAF

Homonim merujuk kepada homofon dan homograf (Finegan, 2004: 195-196). Homofon

pula bererti sebutan adalah sama, tetapi ejaan berlainan (OÊ Grady,2000: 120-121).

Manakala homograf ialah ejaan sama tetapi sebutan berlainan (Finegan, 2004: 195).

Homonim

Istilah homonim berupa dua istilah atau lebih yang sama ejaan dan lafaznya, tetapi

maknanya berbeza kerana asalnya berlainan. Istilah homonim dapat dibezakan

menjadi homograf dan homofon.

homograf

Istilah homograf adalah istilah yang sama ejaannya, tetapi berbeza sebutan ,

contohnya : 

1. a ) semak (belukar) Sebutan abjad e adalah e pepet. b) semak (meneliti dan memeriksa semula) Sebutan abjad e adalah e taling.

2. a) Perang (pergaduhan) Sebutan abjad e adalah e pepet. b) perang (warna blonde) Sebutan abjad e adalah e taling.

homofon

Istilah homofon adalah istilah yang sama lafaznya tetapi berbeza ejaannya

contohnya :

bank dengan bang

massa dengan masa

sanksi dengan sangsi

1.1.4 HIPONIM DAN HIPERNIM

BMM3111 – Aniza binti Abdullah 6

Page 7: Tugasan bmm3111

Maksud hiponim ialah perkataan yang mempunyai makna yang boleh mencakupi makna

perkataan lain, di samping mempunyai hirarki dengan sesuatu perkataan yang merupakan

subordinat bagi sesuatu perkataan yang superordinat (OÊ Grady, 2000: 119-120).

Hiponim wujud apabila ada perkataan yang berfungsi sebagai nama kelas bagi segolongan

perkataan (Abdullah Hassan, 2006: 233).

Contoh: 

kata mawar, melati, cempaka, misalnya masing-masing disebut hiponim terhadap

kata bunga yang menjadi hiperonim atau superordinatnya.

1.1.5 POLISEM, PERTINDIHAN DAN KETAKSAAN

Polisem bermaksud perkataan sama yang mempunyai beberapa makna yang

berkaitan secara konseptual (Kuiper & Allan, 2004: 55). Abdullah Hassan (2006:231) pula

memberikan maksud perkataan yang semula jadi mempunyai banyak makna.

Kewujudan polisem ditinjau dengan berasaskan konteks penggunaan.

Contoh : kata mentah mempunyai set makna yang berikut :

Masih muda (untuk buah-buahan)

Tidak masak (masakan)

Belum masak (makanan)

Belum diproses (bahan galian dan lain-lain)

Belum sempurna akal atau fikiran atau belum matang (untuk orang)

1.1.6 PERTINDIHAN Anda mungkin pernah menulis atau membaca ayat yang mempunyai struktur makna bertindih.

Contoh ayat:

Kumpulan pelajar tersebut sedang menyiapkan tiga tugasan ilmiah.

Jika anda membaca ayat ini dengan teliti, anda tentu ingin tahu tugasan ilmiah tersebut.

Tugasan ilmiah boleh berbentuk tesis, jurnal dan artikel. Justeru, cara terbaik bagi anda

menunjukkan struktur makna pertindihan dengan tepat, maka anda patut menulis ayat

tersebut menjadi :

BMM3111 – Aniza binti Abdullah 7

Page 8: Tugasan bmm3111

Kumpulan pelajar tersebut sedang menyiapkan tiga tugasan ilmiah iaitu tesis, jurnal dan artikel.

1.1.7 KETAKSAAN

Ketaksaan yang terdapat dalam sesuatu ayat juga tergolong sebagai struktur makna

berdasarkan teori semantik. Ketaksaan leksikal melibatkan lebih daripada satu pentafsiran

bagi sesuatu perkataan.

Contoh:

Pelajar perempuan itu begitu teliti menyiapkan tugasannya. Ketaksaan menunjukkan

tentang struktur makna digunakan untuk membayangkan maksud lain yang mempunyai

kaitan rapat dengan ciri makna sesuatu perkataan yang diberikan.

Perkataan teliti mungkin membawa erti kemas, terancang dan sebagainya yang relevan.

(a) Ketaksaan Struktural = melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi suatu konstituen,

seperti frasa, klausa dan ayat.

Contoh,

Dua orang pelajar menerima anugerah inovasi sains yang mengharumkan nama universiti.

b) Ketaksaan Leksikal = melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi sesuatuperkataan.

Contoh,

Pelajar tersebut masih memikirkan sesuatu di dalam kamarnya.

.

(c) Ketaksaan Metafora = melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi unsur-

unsur kiasan

yang pada dasarnya sensitif terhadap budaya.

Contoh,

Perbuatan rakan anda itu biadab.

1.1.8 MERONIM

Istilah meronim adalah istilah yang maujus (entity) yang ditunjuknya merupakan

bahagian dari maujud lain yang menyeluruh. Istilah yang menyeluruh itu disebut

holonim.

Berikut ini adalah bahagian meronim tubuh manusia.

BMM3111 – Aniza binti Abdullah 8

Page 9: Tugasan bmm3111

--kepala

--rambut

--dahi

--dagu

--pipi

--mata

--mulut

---bibir

         - bibir atas

         - bibir bawah

---dagu

2. CARA MENGAPLIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Terdapat pelbagai cara dan teknik yang merangkumi kemahiran lisan , bacaaan dan

tulisan boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menyampaikan

dan memahamkam murid tentang makna leksikal.

Antaranya ialah dengan mengadakan kuiz, menjawab soalan subjektif dan soalan

objektif, mengisi tempat kosong dalam ayat, merujuk kamus ,latih tubi menjawab

soalan , penggunaan peta pemikiran i-Think dan permainan bahasa.

2.1 Kuiz ringkas secara lisan boleh dilaksanakan selepas satu sesi pembelajaran

bagi melihat sejauh mana kefahaman murid tentang makna leksikal. Soalan kuiz

boleh berkisar tentang antonim ,sinonim dan homonim.

Contoh :

Soalan 1 : Farah menanam pokok bunga di halaman rumahnya.

a) Berikan sinonim bagi perkataan halaman.

A. serambi

B. belakang

C. pekarangan

Soalan 2 : Selepas makan, kakak menggulung tikar.

BMM3111 – Aniza binti Abdullah 9

Page 10: Tugasan bmm3111

b) Berikan antonim kepada perkataan menggulung.

A. menganyam

B. membungkus

C. membentang

2.2 Menjawab soalan subjektif dan objektif.

Soalan subjektif boleh berupa bentuk penyataan “betul” atau “ salah”, mengisi

tempat kosong, dan melengkapkan ayat. Manakala soalan objektif boleh

dikemukakan dalam bentuk aneka pilihan. Contohnya, memilih ayat-ayat yang

menggunakan perkataan bergaris dengan betul, ayat-ayat yang betul.

a) Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

Contoh 1 :

I Muka adik masam setelah dimarahi oleh kakak

II Elakkan makanan masam kerana boleh menyebabkan sakit perut.

III Janganlah kita masam hati dengan rakan-rakan.

IV Kakak menambah asam keping dalam kuah laksa supaya lebih masam.

A. I dan II

B. I , II dan III

C. I, II dan IV

D. I, II , III dan IV

Contoh 2 :

I Tapak sireh digunakan ketika majlis pertunangan.

II Abang memagari kawasan tapak semaian orkid.

III Tapak kaki harimau dikesan di tebing sungai itu.

IV Bahan sejarah di tapak warisan Melayu itu dijaga dengan baik.

A. I dan II

B. I , II dan III

C. II, III dan IV

D. I, II, III dan IV

BMM3111 – Aniza binti Abdullah 10

Page 11: Tugasan bmm3111

(b) Tulis “betul” atau “salah” bagi antonim di bawah.

Contoh :

- Panas lawannya sejuk. Betul

- Tinggi lawannya pendek. Salah

- Gemuk lawannya gedempol. Salah

2.3 Penggunaan peta pemikiran i-Think

Lapan peta pemikiran i-Think boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran

berkaitan leksikal. Contohnya, murid boleh membuat definisi sesuatu leksikal dalam konteks

dengan menggunakan peta bulatan. Contoh :

Selain itu, murid boleh menggunakan peta pemikiran lain seperti peta buih, buih berganda , peta pokok, peta dakap ,peta alir ,peta pelbagai alir, peta titi mengikut kesesuaian topik pembelajaran. Penggunaan peta i-Think dan lain peta pengurusan grafik akan memudahkan murid memahami dan mengingat topik pelajaran ini.

2.4 Penggunaan kamus

Mencari maklumat dan makna merupakan salah satu daripada cara murid mendapatkan

jawapan. Guru boleh memberikan latihan berupa beberapa perkataan dan kemudian

meminta murid mencari maklumat berkaitan di dalam kamus. Pada masa kini terdapat

pelbagai jenis kamus di pasaran. Selain kamus dwibahasa, terdapat kamus peribahasa,

BMM3111 – Aniza binti Abdullah 11

Belum masak kurang ilmu

Belumproses masih muda

mentah

Page 12: Tugasan bmm3111

kamus antonim, kamus sinonim, dan kamus elektronik. Contohnya bagi perkataan sinonim,

murid diminta menulis seberapa banyak sinonim bagi satu perkataan yang diberi. Contoh:

a ) Cita-cita = harapan, impian, angan-angan, sasaran

b) mati = maut, meninggal dunia, kembali ke rahmatullah, menemui ajal

2.5 Permainan bahasa

Permainan bahasa merupakan aktiviti atau cara untuk menarik perhatian murid agar terus

merasa seronok mengikuti proses pembelajaran. Lazimnya, perkataan “main” secara terus

akan dapat menjadikan murid gembira, tertarik, ingin tahu dan ingin mencuba. Guru boleh

menggunakan pelbagai bahan seperti “ teka silang kata”, “mencari perkataan tersembunyi”,”

mencari jalan pulang” dan pelbagai jenis permainan bahasa yang boleh diberikan atau

diciptakan nama tersendiri bersesuaian dengan tajuk pelajaran iaitu berkaitan dengan

makna leksikal.

Diharapkan dengan cara atau kaedah yang dicadangkan ini, murid-murid akan lebih faham,

lebih ingat dan dapat mengaplikasikannya dengan betul apabila berkomunikasi, ketika

menjawab latihan mahupun soalan peperiksaan.

KESIMPULAN

Semantik dikatakan sebahagian daripada linguistik yang mengkaji bahasa secara

teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang mengkaji maka

perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya.  Kajian mengenai makna kata

boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam konteks,

hubungan makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk makna

daripada hubungan semantik.

Kata-kata dalam bahasa Melayu yang mempunyai pelbagai jenis makna dapat

dikategorikan kepada beberapa golongan seperti sinonim (perkataan yang

mempunyai makna yang sama dari segi makna nahu tetapi berbeza daripada segi

makna leksikal), antonim (perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan),

hiponim (perkataan yang maknanya sebahagian daripada makna perkataan lain),

BMM3111 – Aniza binti Abdullah 12

Page 13: Tugasan bmm3111

homonim (perkataan yang mempunyai bentuk dan bunyi yang sama tetapi

maknanya berbeza),  polisemi (perkataan yang mempunyai makna yang banyak),

dan peribahasa (beberapa perkataan yang mempunyai satu makna).

Setiap kata yang dituturkan akan membawa makna yang berlainan sekiranya

perkataan itu dituturkan dalam situasi yang berbeza. Setiap perkataan sebenarnya

adalah terdiri daripada pelbagai komponen yang tersendiri. Bagi menggambarkan

perhubungan antara satu perkataan dengan perkataan yang lain terutama bagi

mengkaji sesuatu bidang tertentu, ungkapan komponen makna adalah tercakup

dalam kata-kata tertentu. Komponen makna menunjukkan setiap perkataan yang

diujarkan oleh penutur atau melalui tulisan mempunyai makna-makna lain iaitu

terbentuk daripada beberapa unsur atau komponen-komponen  yang lain. Analisis

komponen makna ini menunjukkan hubungan makna antara kata. Selain daripada

itu, komponen makna juga berguna untuk merumuskan makna yang terdapat dalam

kamus bahasa dan menentukan perkataan yang digunakan sama ada boleh atau

tidak secara semantik.

BMM3111 – Aniza binti Abdullah 13

Page 14: Tugasan bmm3111

RUJUKAN

Abdullah Hassan (2006). Linguistik am. Kuala Lumpur: PTS Professional.

Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’in Shaari (2009). Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Rahimah Hj. Sabran dan Rahim Sham (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan.Petaling Jaya : Fajar Bakti.

Engene A. Nida (1996), Menerokai Struktur Semantik (Mashudi Kadir, Terjemahan). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Dr. Adenan Ayob, Dr. Nathesan Sellapan (2010), HBML3033 Psikologi dan Semantik. Open University Malaysia.

Kamus Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

SUMBER

http://cikgimoon.blogspot.com/2009/10/teori-semantik.htmlhttp://www.tutor.com.my/tutor/stpm/semantik/semantik.htmlhttp.//www.slideboom.com/presentations/79704/Semantik-Bahasa-Melayu

BMM3111 – Aniza binti Abdullah 14

Page 15: Tugasan bmm3111

REFLEKSI

Alhamdulillah, syukur kehadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnia-Nya

saya dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran

kesibukan tugas hakiki harian yang wajib dilaksanakan di sekolah.

Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek BMM 3111 Semantik

dan Peristilahan Bahasa Melayu, saya berasakan tugasan ini amat payah dan sukar

untuk dilaksanakan Saya berasa begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan

tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada saya tentang semantik dan peristilahan

Bahasa Melayu amatlah sedikit. Namun dengan bantuan pensyarah, rakan – rakan

saya meneruskan tugasan ini walaupun terdapat masalah kekangan waktu. Cabaran

dan halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk cuba menghasilkan

tugasan yang terbaik, bermula dengan mencari nota yang berkaitan dan seterusnya

mengkaji aspek makna dalam semantik dan pembentukan istilah.

Dalam menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu pengetahuan tentang semantik dan

peristilahan Bahasa Melayu dapat saya kumpulkan dan saya perolehi maklumat-

maklumat tersebut melalui buku-buku terutamanya buku Tatabahasa Dewan dan

sumber internet. Akhirnya dengan usaha gigih yang saya lakukan, banyak ilmu yang

saya perolehi dan akan saya gunakan ilmu ini semasa proses pengajaran dan

pembelajaran di sekolah nanti.

Secara amnya, tugasan ini bukan sekadar memenuhi peruntukan yang disenaraikan

untuk pemarkahan sahaja, namun lebih dari itu ia memberi kekuatan dan

pengetahuan yang lebih meluas mengenai ilmu semantik dan peristilahan Bahasa

Melayu. Sebagaimana yang kita ketahui semantik merupakan bidang kajian tentang

makna sama ada pada peringkat perkataan atau ayat. Manakala istilah pula

merupakan kata atau perkataan atau rangkai kata atau gabungan kata yang

menyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu

pengetahuan. Bidang kajian tentang makna dalam Bahasa Melayu merupakan

sesuatu yang menarik untuk dikaji. 

Pelbagai maklumat dan input yang berguna dapat saya perolehi melalui tugasan

yang diberikan ini .Sebagai seorang pendidik, ia amat penting dan berguna sekali

dalam proses pengajaran danpembelajaran yang berkesan. Sebagai seorang guru,

BMM3111 – Aniza binti Abdullah 15

Page 16: Tugasan bmm3111

tugasan ini akan saya jadikan sebagai panduan untuk meningkatkan lagi proses

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah.

Akhir kata ,dalam menyiapkan tugasan ini,saya berharap agar hasil tugasan ini

dapat menepati kehendak dan piawaian yang ditetapkan oleh pihak tuan.

Terima kasih.

BMM3111 – Aniza binti Abdullah 16