buku cerita bmm3111.docx

13

Upload: norhayati-ahmad-osman

Post on 22-Dec-2015

236 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buku cerita BMM3111.docx
Page 2: Buku cerita BMM3111.docx

Nama ku Kadir. Aku masih teringat bagaimana orang Jepun boleh

bertapak di Siniawan Jepun. Pada masa itu aku baru berumur 10

tahun. Namun, aku masih ingat semua peristiwa yang berlaku di

Seniawan Jepun kerana aku selalu pergi mengikut nenek ke

Seniawan. Di pangkalan kampung Seniawan ini terdapat tiga

kawasan ladang getah milik orang Jepun. Di situlah dibina

syarikat getah milik mereka.

Salah seorang pekerja Jepun di situ dikenali sebagai

Mohamad . Mohamad telah berkahwin dengan saudara sebelah

nenekku. Nama isteri Mohamad ialah Hajijah bt Rais. Apabila

sudah selesai berkahwin, orang kampung menggelar Mohamad

dengan gelaran Mad Konok. Jadi semenjak itulah Mohamad

Konok menetap di Seniawan .

Page 3: Buku cerita BMM3111.docx

Sejak itu ramai orang jepun bertapak di Seniawan.

Pengangkutan utama di sini ialah menggunakan keretapi. Satu

peristiwa yang masih segar dalam ingatan aku ketika aku berada

di landasan keretapi . Apabila ada Tuan Jepun hendak lalu di

situ, semua orang akan pergi ke tepi landasan kerana tidak

sesiapa pun dibenarkan memintas jalan Tuan Jepun itu. Dari jauh

mereka sudah mengibarkan bendera sebagai tanda ketibaan

mereka.Setiap hari ramai anak-anak muda yang berjalan –jalan di

situ.

Page 4: Buku cerita BMM3111.docx

Beberapa tahun berlalu, Mad Konok telah dikurniakan

anak.Namun kegembiraan merka tidak kekal lama kerana pada

ketika itu Tentera Jepun datang menyerang Sarawak. Aku tidak

tahu entah berapa lama Jepun memerintah di Sarawak kerana

aku masih terlalu muda ketika itu. Tentera Jepun menjadikan

Siniwan sebagai markas setelah mengetahui ada orang Jepun

yang tinggal di situ. Pertempuran berlaku di antara tentera Jepun

dengan orang tempatan dan polis. Lebih kurang dua tahun

tentera Jepun bertapak di situ. Malah ada yang berkahwin

dengan orang tempat.

Page 5: Buku cerita BMM3111.docx

Kehidupan pada zaman itu memang benar- benar susah. Untuk

mendapatkan pakaian pun susah. Orang kampung yang susah

cuma dapat menutup bahagian sulit mereka dengan kain

temeran. Kain temeran ialah kain yang diperbuat daripada kulit

kayu yang ditumbuk dan dijual oleh kaum dayak. Bagi yang ada

saudara mara di Kuching mereka mudah mendapat pakaian.

Keperitan juga dialami oleh penduduk di kuching. Ramai orang

dari Kuching melarikan diri ke Kampung Bangkak kerana

ketakutan. Lebih menakutkan lagi apabila kampung mereka di

bom oleh tentera. Mereka kembali ke Kuching selepas Sarawak

merdeka.

Page 6: Buku cerita BMM3111.docx

Tentera Jepun memang kejam. Ada juga penduduk

tempatan yang disiksa oleh mereka. Aku masih ingat kisah

seorang remaja yang bernama Talib dari kampung Tanjung

Tuang. Dia memang suka mencuri. Apabila perkara diketahui

oleh tentera Jepun, dia telah ditangkap kerana diragui akan

mencuri barang-barang mereka. Banyak siksaan yang dikenakan

kepada Talib. Antara siksaan yang dikenakan kepada Talib ialah

ditenggelamkan di dalam air, ditekan dengan papan dan dipaksa

minun sebaldi air. Namun siksaan itu tidak berjaya untuk

membunuh Talib. Akhirnya Talib berjaya melarikan diri. Sejak

kejadian itu pangkalan di kampung itu sunyi. Ramai orang

melarikan diri ke tempat lain. Kedai –kedai banyak yang ditutup.

Orang Cina yang berniaga melarikan diri ke Kuching.

Page 7: Buku cerita BMM3111.docx

Orang Inggeris datang ke Sarawak apabila mengetahui keadaan

di sini huru-hara. Apabila tentera Jepun menyedari perkara ini

mereka mengambil tindakan membunuh orang –orang berjawatan

seperti penghulu dan ketua kampung.Mereka yang ditangkap

dibawa ke Krokong di hulu Kuching.Tentera Jepun juga telah

menangkap seramai empat orang remaja dari setiap kampung

untuk dijadikan tentera.Tentera Jepun telah menggali sebuah

lubang untuk membunuh tawanan mereka.

Antara yang ditangkap oleh tentera Jepun itu sekampung

dengan ku. Mereka seramai empat orang. Salah seorang

daripada mereka telah memanjat tiang telefon untuk memutuskan

Page 8: Buku cerita BMM3111.docx

talian tentera Jepun. Talian telefon tentera Jepun berjaya

diputuskan menyebabkan talian itu tidak berfungsi lagi. Ramai

juga yang berjaya melarikan diri ke dalam hutan . Ada juga yang

masih berada di Krokong. Orang remaja lelaki dijadikan tentera .

Rambut mereka dicukur dan dibotakkan. Markas Jepun di Sungai

Periuk ini tempat Jepun membuat kapal.

Apabila usiaku mencecah remaja, aku membantu keluarku

bertanam padi. Tetapi banyak padi penduduk kampung Bangkak

dirampas oleh tentera Jepun. Pada suatu malam, bapa saudara

aku datang dari Kuching menyuruh kami menyimpan padi. Ada di

antara kami yang menyembunyikan padi di dalam hutan dan ada

yang menyimpan di bawah tilam. Satu guni memang sengaja

ditinggalkan di tengah rumah untuk mengaburi mata tentera

Jepun. Pada waktu pagi tentera Jepun akan datang dan

mengambil semua padi di setiap rumah. Kasihan ada juga orang

kampung yang tidak sempat menyembunyikan padi mereka.

Habis dirampas oleh tentera Jepun. Memang perit kehidupan

pada ketika itu. Untuk mendapatkan bekalan makanan pun

susah.Cuma ubi ,keladi dan keledek dijadikan makanan.

Page 9: Buku cerita BMM3111.docx

Akhirnya Jepun berundur setelah orang Inggeris berjaya

mengalahkan mereka. Semua orang Jepun telah dihantar balik ke

Jepun. Mad Konok juga turut dibawa pulang oleh orang Jepun.

Semua anak-anak dan isteri ditinggalkan di sini. Anak-anak Mad

Konok berasa sedih mengenangkan nasib ayah mereka. Salah

seorang daripada anak Mad Konok telah berjaya menjawat

jawatan tinggi dan mendapat gelaran Datuk. Datuk Borhan telah

berbincang dengan adik-beradiknya untuk mencari Mad Konok di

Jepun. Apabila mengetahui sememangnya ayah mereka masih

hidup, mereka pun terus ke Jepun untuk membawa ayah mereka

ke Kuching.

Page 10: Buku cerita BMM3111.docx

Setibanya di Kuching semua ahli berasa gembira dan

mengadakan kenduri kesyukuran. Namun ada juga yang masih

menyimpan dendam terhadap orang Jepun yang terkenal dengan

kekejaman mereka. Namun perasaan itu berlalu kerana kita

terikat dengan undang-undang. Apa yang lebih penting bagi kita

ialah sejarah di sebalik pendudukan Jepun di Seniawan. Oleh

kerana orang Jepun bertapak di sinilah inilah nama Kampung

Siniawan Jepun wujud dan kekal hingga sekarang.