tut 1 bmm3111 konsep semantik dan linguistik

25
Konsep Semantik dan Linguistik Berserta Huraiannya Oleh : NUR EL NABILAH SAKINAH SARIFFUDIN

Upload: afniewatie-prillney-quza

Post on 27-Nov-2015

98 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

work

TRANSCRIPT

Page 1: TUT 1 BMM3111 Konsep Semantik Dan Linguistik

Konsep Semantik dan Linguistik Berserta Huraiannya

Oleh : NUR EL NABILAH SAKINAH SARIFFUDIN

Page 2: TUT 1 BMM3111 Konsep Semantik Dan Linguistik

Definisi & Konsep

Page 3: TUT 1 BMM3111 Konsep Semantik Dan Linguistik

Definisi Semantik• Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalisis makna

kata dan ayat. Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan

mempunyai makna. Dalam bahasa, kita dapat menyatakan fikiran,

pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia..

• Definisi daripada segi istilah pula, semantik berasal daripada

perkataan Yunani “semantikos” yang bermaksud penting atau

bererti. Kata ‘bererti’ membawa maksud ‘makna’ yang diertikan

sebagai sesuatu peristiwa yang diharapkan (Tarigan, 1985:9).

• Aristotle, sebagai pemikir Yunani yang hidup pada masa 384-322

SM, adalah  pemikir pertama yang menggunakan istilah “makna”

yang membawa maksud pengertian kata yang  menurut Aristoleles

adalah “satuan terkecil yang mengandung makna”.

Page 4: TUT 1 BMM3111 Konsep Semantik Dan Linguistik
Page 5: TUT 1 BMM3111 Konsep Semantik Dan Linguistik

• Bahkan Plato (429-347 SM) dalam Cratylus  menungkapkan bahawa

bunyi-bunyi bahasa itu secara implisit mengandungi makna-

makna  tertentu.

• Reisig pada tahun 1825 mengungkapkan konsep baharu tentang

grammar (tatabahasa) yang meliputi tiga unsur utama, iaitu etimologi,

kajian asal-usul kata yang berhubungan dengan perubahan bentuk 

mahupun makna; sintaksis, tatakalimat; dan semasiologi, ilmu tanda

(makna). Istilah  semasiologi yang dikemukakan Reisig sebagai ilmu

baharu pada 1820-1925 belum disedari  sebagai semantik.

• Jika dilihat definisi yang diberikan oleh tokoh bahasa, semantik ialah

cabang linguistik yang akan membahas erti atau makna (J.W.M.

Verhar, 1996).

Page 6: TUT 1 BMM3111 Konsep Semantik Dan Linguistik

• Semantik baharu dinyatakan sebagai ilmu makna pada tahun 1890-

an  dengan munculnya Essai de Semantique karya Breal, yang

kemudian disusul oleh karya  dari Stern pada tahun 1931.

• Selain itu semantik merupakan bidang pengkajian linguistik yang

objek penelitiannya makna bahasa (Abdul Chaer, 1994).

• Menurut kamus Dewan, semantik bermaksud kajian tentang makna

perkataan dan penambahan makna sesuatu kata.

• Secara umumnya semantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan

erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang

lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna ,

hubungan antara makna dengan makna lain serta pengaruh

makna terhadap masyarakat.

Page 7: TUT 1 BMM3111 Konsep Semantik Dan Linguistik
Page 8: TUT 1 BMM3111 Konsep Semantik Dan Linguistik

Konsep Semantik

• Menurut Ferdinand de Saussure, semantik merupakan bahasa

yang diucapkan untuk menyampaikan makna.

• Choamsky berpendapat bahawa semantik bermaksud makna ayat

ditentukan oleh struktur permukaan dan konteks apabila ayat

digunakan. Namun, semantik bukan sahaja merujuk kepada makna

tetapi juga kepada perkembangannya yang disebut “semantik

sejarah” (M.Breal, 1893)

Page 9: TUT 1 BMM3111 Konsep Semantik Dan Linguistik

• Kesimpulannya ialah semantik dikatakan sebahagian daripada

linguistik yang mengkaji bahasa secara teliti. Semantik dapat

dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang mengkaji makna perkataan

dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Kajian mengenai makna

kata boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi,

makna dalam konteks, hubungan makna dengan kebudayaan,

perubahan makna dan bentuk-bentuk makna daripada hubungan

semantik.

Page 10: TUT 1 BMM3111 Konsep Semantik Dan Linguistik

• Kata-kata dalam bahasa Melayu yang mempunyai pelbagai jenis

makna dapat dikategorikan kepada beberapa golongan seperti

sinonim (perkataan yang mempunyai makna yang sama dari segi

makna nahu tetapi berbeza daripada segi makna leksikal), antonim

(perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan), hiponim

(perkataan yang maknanya sebahagian daripada makna perkataan

lain), homonim (perkataan yang mempunyai bentuk dan bunyi yang

sama tetapi maknanya berbeza), polisemi (perkataan yang

mempunyai makna yang banyak), dan peribahasa (beberapa

perkataan yang mempunyai satu makna).

Page 11: TUT 1 BMM3111 Konsep Semantik Dan Linguistik

DEFINISI & KONSEP

LINGUISTIK

Page 12: TUT 1 BMM3111 Konsep Semantik Dan Linguistik

Definisi Linguistik

Berikut ialah beberapa pendapat tokoh yang menjelaskan definisi ilmu

linguistik:

 # BLOOMFIELD (1933: 20-34)

• Linguistik adalah sains (science), seperti fizik dan kimia ialah sains.

•  # CHOAMSKY

• Linguistik ialah sebuah generatif yang bersifat mentalistik kerana

tujuan utamanya adalah menjelaskan hakikat competence, dan

bukan performance.

# HJLEMSLEV

• Linguistik adalah sebuah contoh metasemiotika (kajian tentang

bahasa yang juga adalah bahasa itu sendiri).

Page 13: TUT 1 BMM3111 Konsep Semantik Dan Linguistik

# BENVENISTE

• Linguistik adalah perbezaan antara dimensi-dimensi semiotik dan

semantik pada bahasa.

# NEWMARK

• Lingusitik adalah idea dasar yang ada di dalam teks yang

bersangkutan. Boleh dikatakan bahwa makna ini tidak berbeza jauh

dari serangkaian makna leksikal.

# MARTINET (1987: 19)

• Linguistik adalah ilmu yang mengambil bahasa sebagai objek

kajiannya.

# MATTHEWS

• Linguistik didefinisikan sebagai ilmu bahasa atau kajian ilmiah

mengenai bahasa.

Page 14: TUT 1 BMM3111 Konsep Semantik Dan Linguistik
Page 15: TUT 1 BMM3111 Konsep Semantik Dan Linguistik

 # HARIMUTI KRIDALAKSANA

• Linguistik merupakan ilmu tentang tatabahasa

# DUBOIS, JEAN

• Linguistik merupakan kajian ilmiah tentang bahasa

# JOHN LYONS (1968)

• Linguistik sebagai “the scientific study of language”.

# DAVID CRYSTAL (1973)

• Linguistik sebagai kajian bahasa secara saintifik.

# LANGACKER (1987)

• Linguistik sebagai kajian terhadap bahasa manusia.

# FERDINAND DE SAUSSURE (1988)

• Linguistik sebagai kajian mengenai bahasa yang diucapkan oleh

segolongan masyarakat.

Page 16: TUT 1 BMM3111 Konsep Semantik Dan Linguistik

# VERHAAR (1993)

• Linguistik adalah suatu kajian ilmu bahasa. Beliau juga mengatakan

bahawa perkataan linguistik‟ sudah memberikan maksud kajian

yang menyentuh sesuatu kajian bahasa boleh dilaksanakan.

# AITCHISON (1987),

• Ilmu lingustik dapat didefinisikan sebagai penyelidikan yang

sistematik tentang bahasa, iaitu ilmu yang menghuraikan kesemua

aspek bahasa dan merumuskan teori-teori tentang bagaimana

bahasa berfungsi. 

# KAMUS DEWAN (1993)

• Perkataan linguistik diambil daripada perkataan Inggeris yang

bererti pengajian ilmu bahasa.

Page 17: TUT 1 BMM3111 Konsep Semantik Dan Linguistik
Page 18: TUT 1 BMM3111 Konsep Semantik Dan Linguistik

Konsep Linguistik

• Kata linguistik (linguistics-Inggeris) berasal dari bahasa Latin

“lingua” yang bererti bahasa. Dalam bahasa Perancis “langage-

langue”; Italia “lingua”; Spanyol “lengua” dan Inggeris “language”.

• Akhiran “ics” dalam linguistics berfungsi untuk menunjukkan

nama sebuah ilmu, yang bererti ilmu tentang bahasa,

sebagaimana istilah economics, physics dan lain-lain.

• Linguistik ialah suatu sains yang mengkaji bahasa (Abdullah

Hassan, 1984: 2)

• Linguistik ialah pengkajian sains mengenai bahasa kerana

linguistik memenuhi syarat yang diperlukan seperti pengkajian sains

yang lain.

Page 19: TUT 1 BMM3111 Konsep Semantik Dan Linguistik

• Linguistik dikatakan saintifik kerana kaedah yang digunakan

empirikal berdasarkan sesuatu yang dilihat, dirasa, didengar.

• Kajian dalam bidang linguistik hanya mengkaji tentang bahasa.

Menurut Aitchison (1987) mengatakan bahawa “linguistik mencuba

memberikan jawapan kepada persoalan-persoalan asas ‘Apa itu

bahasa?’ dan ‘Bagaimana bahasa itu berfungsi?” 

• Ferdinand de Saussure (1916), yang merupakan bapa linguistik

moden berbangsa Swiss, dalam bukunya Cours de Linguistique

Generale telah membezakan kata Perancis langue dan langage.

Selain itu, beliau juga turut membezakan istilah parole (tuturan)

berdasarkan kedua-dua istilah tersebut.

Page 20: TUT 1 BMM3111 Konsep Semantik Dan Linguistik
Page 21: TUT 1 BMM3111 Konsep Semantik Dan Linguistik

• Menurut beliau lagi, langue merupakan suatu "sistem". Manakala,

istilah langage boleh diertikan sebagai bahasa khas yang ada

pada penutur bahasa seperti yang terdapat dalam ucapan "Di

mana manusia memiliki bahasa, binatang juga memiliki bahasa,

tetapi tidak tuturan".

• Parole yang merupakan 'tuturan' pula adalah bahasa,

sebagaimana yang dipakai secara konkrit dan merujuk kepada

'loghat', 'ucapan', dan 'perkataan'. Dalam bidang kajian ilmu

linguistik, kebanyakan para sarjana bahasa sering menggunakan

istilah Perancis ini (langue, langage dan parole) sebagai suatu

istilah profesional.

Page 22: TUT 1 BMM3111 Konsep Semantik Dan Linguistik
Page 23: TUT 1 BMM3111 Konsep Semantik Dan Linguistik

• Ilmu linguistik dikatakan bersifat umum. Ilmu linguistik juga

dikatakan sebagai ilmu pengetahuan spesifik. Ini bermakna bidang

kajian linguistik, seperti juga disiplin ilmu yang lain, mempunyai

sistem yang teratur bagi merealisasikannya sebagai salah satu

bidang ilmu yang dipelajari. Selain itu, ilmu linguistik dikaitkan juga

dengan ilmu yang bersifat empiris. Ini bermakna ilmu linguistik dan

bidang ilmu yang lain dikaitkan dengan fakta dan data yang dapat

diuji kesahihannya oleh ahli-ahli tertentu dan semua ahli yang lain.

• Kita dapat merumuskan bahawa linguistik merupakan bidang yang

memerlukan kajian yang mendalam dan teliti yang memberi

penekanan kepada bidang kajian bahasa secara khusus serta

menghubungkan bahasa dengan ilmu disiplin yang lain.

Page 24: TUT 1 BMM3111 Konsep Semantik Dan Linguistik

Hubungan Semantik dengan Linguistik

• Linguistik ialah kajian tentang bahasa secara saintifik. Bahasa

Melayu jelas mempunyai makna yang sedia ada dan penambahan

makna melalui proses akronim, pengimbuhan, penggandaan, dan

pemajmukan.

• Contohnya makna kata ‘kebun’ berbeza daripada ‘pekebun’ dan

‘pengebun’, dalam proses pengimbuhan. Kata “kebun” bermaksud

tanah yang ditanami tumbuh-tumbuhan. Kata “pekebun” bermaksud

“orang yang mengurus kebun” sementara kata “pengebun”

bermaksud “orang yang kerjayanya membuat kebun atau bekerja di

kebun.”

Page 25: TUT 1 BMM3111 Konsep Semantik Dan Linguistik

• Dalam proses penggandaan, kata ‘langit’ juga berbeza dengan

‘lelangit’ yang bermaksud keadaan bumi dan atas bahagian dalam

mulut. Dalam proses pemajmukan pula kata ‘buah’ dan ‘hati’

mempunyai makna yang berbeza apabila membentuk kata majmuk

‘buah hati’. Buah ialah benda yang boleh dimakan sementara hati

merupakan organ menjadi makna kekasih apabila perkataan

tersebut digabungkan.