nota ulangkaji edu.doc

23
ULANGKAJI EDU 3108 BAB 1 KONSEP MENGAJAR SEBAGAI SATU PROFESION 1) Pengenalan; - Kamus Dewan (2005) – suatu bidang pekerjaan yang memerlukan pendidikan, kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. - Profesion juga merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting. 2) Ciri-ciri Profesion; - Merupakan perkhidmatan yang unik dan penting dengan matlamat yang jelas untuk masyarakat dan negara. - Pekerja menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa memberi perkhidmatan. - Pekerja mendapat latihan khusus dalam sesuatu bidang kemahiran ikhtisas mengikut satu tempoh masa tertentu. - Pakar dalam bidang pekerjaan. - Mempunyai kuasa autonomi semasa menjalankan tugas. - Mementingkan mutu perkhidmatan. - Berdedikasi dan tidak mementingkan ganjaran dalam menjalankan tugas. - Pekerja terdiri daripada ahli satu organisasi yang berkuasa menentukan kemasukan, mengawal mutu dan penyingkiran ahli. - Mematuhi kod etika profesion 3) Konsep Profesional; - Ciri-ciri atau atribut yang terdapat dalam kalangan ahli dalam suatu profesion. - Ornstein & Levine (1993) - 4 atribut dalam suatu profesion: a) penguasaan ilmu yang mendalam b) kecekapan dan kepakaran dalam bidang c) kod etika d) kebenaran/persetujuan diberi kepada

Upload: norita-mihat

Post on 10-Dec-2015

237 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: NOTA ULANGKAJI EDU.doc

ULANGKAJI EDU 3108

BAB 1 KONSEP MENGAJAR SEBAGAI SATU PROFESION

1) Pengenalan;

- Kamus Dewan (2005) – suatu bidang pekerjaan yang memerlukan pendidikan, kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.- Profesion juga merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting.

2) Ciri-ciri Profesion;

- Merupakan perkhidmatan yang unik dan penting dengan matlamat yang jelas untuk masyarakat dan negara.- Pekerja menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa memberi perkhidmatan.- Pekerja mendapat latihan khusus dalam sesuatu bidang kemahiran ikhtisas mengikut satu tempoh masa tertentu.- Pakar dalam bidang pekerjaan.- Mempunyai kuasa autonomi semasa menjalankan tugas.- Mementingkan mutu perkhidmatan.- Berdedikasi dan tidak mementingkan ganjaran dalam menjalankan tugas.

- Pekerja terdiri daripada ahli satu organisasi yang berkuasa menentukan kemasukan, mengawal mutu dan penyingkiran ahli.- Mematuhi kod etika profesion

3) Konsep Profesional;

- Ciri-ciri atau atribut yang terdapat dalam kalangan ahli dalam suatu profesion.- Ornstein & Levine (1993) - 4 atribut dalam suatu profesion:a) penguasaan ilmu yang mendalamb) kecekapan dan kepakaran dalam bidangc) kod etikad) kebenaran/persetujuan diberi kepada suatu profesion oleh masyarakat untuk beroperasi.

4) Konsep Profesion Perguruan dan Keguruan;

- Perguruan – diertikan sebagai pengajaran (Kamus Dewan,1989)- Keguruan – diertikan sebagai perkara yang berkaitan dengan guru seperti peranan, tugas dan kelayakan sebagai guru (Kamus Dewan,1989).

Page 2: NOTA ULANGKAJI EDU.doc

5) GURU PROFESIONAL VS. NON PROFESIONAL

Guru Profesional;- Mempunyai latihan ikhtisas dalam Latihan Perguruan.- Mempunyai autonomi menentukan kaedah mengajar dalam bilik darjah.- Menjadi ahli kesatuan yg menentukan kod etika sebagai panduan dalam segala aktiviti profesional.- Guru adalah pakar dalam pendidikan.- Pekerjaan guru adalah perkhidmatan yang penting kepada indidvidu dan negara.

Guru Non Profesional;- Tidak terhad kepada guru terlatih sahaja. Cth: guru sandaran, guru sementara- Kemasukan ahli ke dalam profesion keguruan tidak sukar dan tidak banyak persaingan.- Autonomi guru adalah terhad.- Kesatuan guru tidak mempunyai kuasa untuk memecat guru sekiranya guru tersebut tidak mematuhi kod etika.- Bukan semua guru diwajibkan menjadi ahli kesatuan

6) Ciri-ciri guru profesional (Abdul Shukor Abdullah,1998);

- Bersikap profesional- Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori

- Berilmu- Patuh dengan Kod Etika.- Bermoral- Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pengajaran- Prihatin terhadap murid dan ibubapa- Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid.- Mempunyai kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.- Memastikan suasana ‘guru mengajar murid belajar’ dalam bilik darjah.- Melahirkan ‘persekolahan berwatak’ supaya murid mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.- Taat dan setia terhadap perkhidmatannya.- Mempertahankan martabat profesionnya.- Menunjukkan kesetiaan terhadap kerajaan, bebas pendirian & tidak berbelah bahagi.

7) 10 Tret Guru yang Berkesan (McEwan,2002);

- Dorongan oleh misi dan passionate- Positif dan benar- Guru sebagai pemimpin- With-it-ness- Gaya- Kepakaran dalam motivasi- Keberkesanan pengajaran- Pembelajaran kandungan

Page 3: NOTA ULANGKAJI EDU.doc

- Pintar- Celik minda8) Model Guru Profesional -Mohamad Sani,1998) ;

Sahsiah• Bertaqwa• Berakhlak• Berperibadi mulia• Komitmen• Bersopan• Positif• Berkepimpinan• Budaya ilmu

Ketrampilan• Merancang & mengurus p & p• Memilih strategi• Kemahiran teknologi• Kemahiran generik• Kemahiran kaunseling• Menilai p & p

Ilmu• Isi kandungan• Pedagogi• Bahan• Kaedah• Teknologi

9) Seorang guru diberi autoriti dalam aspek-aspek berikut:

- Kaedah mengajar- Kawalan sosial di sekolah- Kawalan disiplin murid- Hal-hal tingkah laku dan perkembangan murid- GERKO- Pembimbing kepada murid

10) Refleksi

- Anda telah mengetahui bahawa terdapat beberapa ciri non profesional dalam profesion keguruan. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan profesional keguruan?- Gunakan alat pemikiran SWOT (Strength, weakness, opportunity, threat) bagi membantu guru melaksanakn pengajaran yang berkesan dan juga menyeronokkan.

Page 4: NOTA ULANGKAJI EDU.doc

BAB 2 KOD ETIKA DAN AKAUNTABILITI KEGURUAN

1.Konsep Etika- sistem tingkah laku kumpulan manusia / organisasi.- nilai moral yang baik / buruk- masyarakat menganalisis, menilai, sama ada mengikut peraturan yang telah ditetapkan.- guru perlu menjaga kod etika demi status, akhlak dan maruah.

2) Kod Etika KeguruanTanggungjawab terhadap pelajar- mengutamakan kebajikan dan dan keselamatan pelajar- bersikap adil terhadap pelajar- merahsiakan maklumat ikhtisas- membimbing /mengajar pelajar tanpa sebarang bayaran- menunjukkan cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku- memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas

Tanggungjawab terhadap ibu bapa- Menghormati tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak mereka.- Mewujudkan hubungan yang mesra dan kerjasama.- Mengganggap semua maklumat yang diberi ibu bapa

sulit.- Memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka.- Mengelakkan daripada menggunakan / dipengaruhi oleh kedudukan social / ekonomi ibu bapa.

Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara- Tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkan pelajar, masyarakat atau negara- Memupuk sikap dan nilai supaya menjadi warganegara yang taat setia,bertanggungjawab- Menghormati masyarakat tempat berkhidmat- Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.- Berpegang pada tingkah laku yang sopan dan diterima masyarakat.

Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion- Mengelakkan diri daripada membuat kenyataan yang boleh mencemarkan nama baik rakan sejawat di hadapan pelajar atau ibu bapa.- Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru.- Berusaha menunaikan tanggungjawab.- Sentiasa membantu rakan yang baru dalam profesion perguruan.- Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan

Page 5: NOTA ULANGKAJI EDU.doc

nama baik profesion perguruan.- Menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

3) Akauntabiliti Guru;

Konsep- Tanggungjawab kepada seseorang/sesuatu- Tanggungjawab kepada profesion perguruan- Leslie Kaplan & William Owings (2001), akauntabiliti guru sebagai;● kualiti guru● kualiti pengajaran.

Akauntabiliti terhadap diri / perlakuan- Berilmu pengetahuan dan berkemahiran menyampaikan maklumat.- Kemahiran interpersonal.- Membentuk soalan penilaian.- Pengurusan bilik darjah- Memotivasikan pelajar- Pengurusan disiplin

Akauntabiliti terhadap murid-murid dan ibu bapa- Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.- Mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid-murid.- Bersikap adil dengan setiap murid.- Membimbing murid-murid tanpa mengenakan

sebarang bayaran.- Memberi contoh yang terbaik kepada murid-murid.

Akauntabiliti terhadap profesion- Melaksanakan aktiviti kurikulum dan kokurikulum.- Menjadi suri teladan yang baik kepada murid-murid.- Membantu rakan sejawat- Tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang mencemarkan profesion perguruan.

Akauntabiliti terhadap bangsa dan negara- Menjalankan tugas menyebarkan cita dan matlamat FPN dan RN.- Memupuk nilai murni yang sesuai dengan masyarakat berbilang kaum.- Memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.- Mengeratkan persefahaman dengan ikhlas dalam kalangan ibu bapa- Memberi sumbangan sukarela kepada negara.

4) Integriti Guru- Integriti bermaksud wholeness atau completeness- kesempurnaan- Nillsen 2004, bermaksud keikhlasan dan kejujuran- Institut Integriti Malaysia - kualiti yg wujud secara keseluruhan dan padu kepada individu dan organisasi- Berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari- Integriti guru bermaksud guru perlu melaksanakan

Page 6: NOTA ULANGKAJI EDU.doc

amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum.- Guru harus mengamalkan Kod Etika Profesion dan Piagam Pelanggan demi mewujudkan budaya kerja organisasi yang bersistem.- Guru yang berintegriti akan melaksanakan tugasnya dengan amanah dan mempunyai keprihatinan serta penuh kasih sayang kepada pelajar- Guru yang melaksanakan tugas dengan ikhlas mampu merancang p&p yang terbaik

5) Refleksi Kendiri- Berdasarkan pengalaman anda di sekolah, imbas kembali salah seorang guru yang anda sanjung sebagai guru yang berintegriti.- Senaraikan ciri-ciri guru pilihan anda yang dapat menyokong pandangan anda bahawa guru berkenaan berintegriti.

BAB 3 ISU ETIKA GURU

Maksud etika :-cara atau hukum yang tidak bertulis berkenaan adab tertib dalam pergaulanMaksud Etika Guru :- Suatu sistem yang diatur sebagaipanduan untuk diikuti oleh guru supaya guru saling menghormati, mempunyai kesantunan, kepedulian terhadap profesionnya serta boleh menguruskan kehidupan dengan baik

Etika perlu dalam profesion perguruan :- Supaya segala tindakan guru dilihat telah menjaga kepentingan masyarakat yang berhubung dengan mereka- Supaya tingkah laku guru sesuai dengan adat kebiasaan yang berlaku dan tidak bertentangandengan hak asasi umum.- Guru dikawal oleh etika perguruan.

Fokus Etika Guru :- Kesantunan guru- Kepedulian guru- Penampilan guru- Berniaga di sekolah- Pengurusan masa- Kerjaya sambilan- Pengurusan kewangan

Page 7: NOTA ULANGKAJI EDU.doc

1.0 ISU KESANTUNAN GURU- Kesantunan merujuk kepada tatacara, adat atau kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat.- Fokus kesantunan guru ialah :a) Perlakuan dalam percakapan- Kawalan suara- Memonopoli sidang perbualan- Cakap banyak- Puji diri secara langsung dan tidakb) Tatacara berkomunikasi- Ikut norma budaya setempat, bukan tatacara kita sahaja.

2.0 ISU KEPEDULIAN GURU- Definisi ; perwakilan komposit perasaan, pemikiran, dan perhatian yang diberikan kepada sesuatu isu/tugas- Perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberikan guru terhadap isu atau tugasnya.- Gabungan perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberi oleh guru terhadap isu yang dihadapisemasa melaksanakan tugasnya.- Kepedulian merupakan kuasa yang akan menggerakkan suatu proses perubahan (Havelock 1995)

- Guru perlu :a) Sedar atas perubahanb) Minat pada perubahanc) Mengenali pembawa perubahan

d) Mengurus perubahane) Menilai kesan perubahanf) Bekerjasama dengan rakang) Membuat penambahbaikan

- Kepedulian dari segi penyempurnaan diri: urus hal kehidupan seharian: jangan sampai masalah kehidupan m’ganggu tugas- Kepedulian terhadp tugas pengajaran: ambil peduli tentang bahan, kaedah dan beban PNP: bimbang terhadap perasaan murid terhadap guru- Kepedulian terhadap impak pengajaran: yakin terhadap kebolehan pelajar: guru lebih fokus kepada keperluan pelajar dan penambahbaikan

Cadangan :- Membuat refleksi terhadap kepedulian harian dan sedia menerima maklum balas daripada guru lain, mentor atau penyelia tentang masalah dihadapi.

Page 8: NOTA ULANGKAJI EDU.doc

BAB 4 PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU

Teori Keprihatinan (Fuller 1969)- Peringkat Keprihatinan Diri- Peringkat Keprihatinan Terhadap Tugas- Peringkat Impak

Prihatin Diri :- Apakah pelajar suka saya?- Bolehkah saya mengajar apabila diselia?- Apakah yang dikatakan oleh guru lain tentang saya.- Apakah BBM saya sesuai dengan murid?Peringkat Impak :- Bagaimana cara saya memotivasikan murid saya?- Apakah cara saya mewujudkan rasa kejayaan dalam kalangan pelajar saya?- Adakah pelajar saya mempunyai disiplin yang tinggi?

Teori 5 Peringkat Perkembangan Guru- Peringkat novis- Peringkat novis lanjutan- Peringkat cekap- Peringkat mahir- Peringkat pakar

Cabaran Guru Permulaan- Dikatakan pasif, tak kreatif dan imaginative- Belum mencapai tahap yang dikehendaki pihak sekolah

- Masalah penyesuaian diri dengan reality sekolah dan bilik darjah.- Mula mengaplikasikan kaedah mengajar- Memahami fakta, konsep dan perkara asas pengajaran- Membentuk kerangka kognitif tugas-tugas guru- Kurang berupaya menangani tugas harian guruGuru Cekap :- Ada kecekapan pada tahap minimum- Guru mula kenali lebih banyak prinsip, konsep dan elemen dengan merujuk situasi khusus.- Guru memiliki kemampuan menyelesaikan masalah PNP.

Guru Mahir- Terbaik dalam bidang- Menjadi teladan profesionalisme- Terlibat sepenuhnya dalam kokurikulum

Guru Pakar- Menyerlahkan diri secara profesionalisme- Idea dan kemahirannya boleh mempengaruhi polisi pengendalian bilik darjah.- Dianggap sebagai bidang yang berautoriti bercakap dalam bidang profesionalnya.

Konsep Sekolah dan Guru BerkesanKonsep sekolah berkesan diperkenalkan dengan matlamat membawa sistem pendidikan kearah

Page 9: NOTA ULANGKAJI EDU.doc

kecemerlangan seiring dengan slogan membawa sistem pendidikan ke taraf dunia. Guru CekapMenjadi guru cekap :- Kecekapan profesionalisme- Kecekapan melaksanakan visi dan prinsip- Keutuhan peribadi- Kecekapan menggunakan teknologi maklumat

Ciri-ciri guru cekap :1) Ciri peribadi – bermatlamat, fikiran positif, yakin dan sabar2) Ciri mengajar – gaya tersendiri, kepakaran, bermotivasi3) Ciri intelektual – suka membaca, mempunyai mental-life yang segar, mempunyaikesungguhan kendiri dan minda sihat dan terbuka.

Prinsip Guru Cekap :- Do It Right First Time : setiap kerja mesti cekap dan kurang silap- Guru mengajar murid belajar : mengajar, membuat persediaan dan beri murid semangat belajar bersungguh-sungguh- Berkongsi visi yang sama- Bakti disemai bukti dituai- Penambahbaikan berterusan

- Mencegah masalah lebih utama dari menyelesaikan masalah : guru perlu proaktif

Ciri guru berkesan :- Profesional- Mempamer kekuatan teori- Kaya ilmu- Bertindak atas landasan etika kerja- Morality yang teguh- Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pengajaran- Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa- Menilai kekuatan dan kelemahan murid sekolah- Melengkapkan diri dengan kemahiran sejajar dengan tuntutan semasa- Menampilkan watak terpuji, berimej, peribadi mulia, berwawasan- Taat setia terhadap perkhidmatannya, memartabatkan profesionnya- Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas berpendirian- Professional dengan PNP di sekolah- Berupaya melahirkan ‘persekolahan berwatak’ supaya pelajar mempunyai ilmu, berpesonalitisihat dan serba boleh.

Guru Mahir- Orang yang memiliki kemampuan dan keahlian khusus dalam bidang keguruan sehingga iamampu melakukan tugas dan fungsi sebagai guru

Page 10: NOTA ULANGKAJI EDU.doc

dengan kemampuan maksima- Orang yang terdidik dan terlatih dengan baik.Guru Berintelek- Guru perlulah menanamkan sifat ingin tahu, yang akan mendorong diri mempelajari dan menyesuaikan diri dalam dunia pendidikan yang sering berubah-ubah (up to date)

Guru mahir perlulah :- Mahir berkomunikasi. Guru yang mahir berkomunikasi dengan anak muridnya akan mghasilkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik- Dapat memberikan motivasi yang berkesan- Murid menerima motivasi secara berhemah dan berhikmah.- Meningkatkan kebolehan penggunaan ICT, mengekalkan guru berkualiti dengan cara sentiasa aplikasi ICT dalam PNP dan tahu kemahiran aplikasi computer. Kesimpulan :Kemahiran guru yang perlu ada :- Kemahiran penyampaian- Kemahiran penilaian- Kemahiran merangsang- Kemahiran pengurusan bilik darjah

Guru Pakar

Definisi Guru Pakar :- Guru pakar ialah guru yang mempunyai kemahiran, pengetahuan, dan kepakaran tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam PNP.Sahsiah guru pakar :- Sahsiah terpuji- Berketrampilan- Berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam- Peka dan prihatin kepada keperluan pelajar- ‘role model’ kepada warga pendidikanPengetahuan guru pakar :- Menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran- Menjadi pakar rujuk PNP- Bijak mengurus masa, bahan dan sumber- Mampu mengenalpasti keperluan dan masalah pelajar

Hasil kerja :- Meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcome)- Memiliki kemahiran komunikasi tinggi dan berupaya menyampaikan idea dan mesej yang berkesan.

Potensi :- Berwawasan, proaktif, responsive, inovatif dalam rangka menjalankan tugas sebagai pendidik.

Page 11: NOTA ULANGKAJI EDU.doc

- Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara- Berupaya menjana idea baru dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan Negara.

Guru Permulaan1) Guru yang baru memulakan perkhidmatan selepas tamat kursus perguruan di IPG atau university2) Sosialisasi didefinisikan sebagai proses saling mempengaruhi antara individu dalam konteks sosial sekolah selepas penempatan baru.3) Guru baru sering berhadapan dengan masalah sosialisasi.Fokus isu :- Guru baru sering menghadapi masalah :: guru besar dan guru: mempelajari peranan sebagai guru di luar bidang tugas mengajar: masalah pembelajaran dan disiplin muridCiri-ciri kelemahan sosialisasi guru permulaan :- Kurang mahir urus Koku- Kurang mahir urus aktiviti sukan- Tidak memahami peraturan dan disiplin sekolah- Kurang yakin kawal disiplin bilik darjah- Kurang teori dan amalan latihan- Tidak cukup kemahiran guna pusat sumber- Kurang kemahiran sosial.

BAB 5 PERANAN GURU SEKOLAH RENDAH

1) Peranan Guru· Pengamal Ilmu dan Kemahiran· Pembimbing· Pengamal Reflektif· Penyelidik· Agen Sosial· Agen Perubahan· Pengganti Ibu Bapa· Pembentuk Tingkah Laku· Pengurus Pembelajaran

2) Pengamal Ilmu dan Kemahiran- Pengamal pengetahuan kandungan pedagogi.- Menstruktur pengajaran dengan mengintegrasikan unsur kemahiran dan nilai.- Mempunyai peranan memindahkan ilmu dan meninggikan adab murid.- Mempraktikkan budaya ilmu – membaca, berfikir, membuat penyelidikan & mencari idea baru.

3) Pembimbing- Menyemai minat dan motivasi terhadap mata pelajaran.- Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid.- Menanamkan minat dan sikap yang sihat pada alam

Page 12: NOTA ULANGKAJI EDU.doc

persekolahan & amalan seharian.- Mengenal pasti & membantu murid yang mengalami masalah spt pelajaran, sosioemosi & kesihatan.

4) Pengamal Reflektif- Membantu guru permulaan menstruktur pemikiran bagi menguasai aspek kandungan pengetahuan.- Meningkatkan tahap profesional guru.- Menambahbaik aktiviti P&P.- Jika diterapkan kepada murid membolehkan mereka memperoleh kemahiran berfikir kritis & kreatif.

5) Penyelidik- Dapat meningkatkan kualiti P&P.- Menjalankan pelbagai jenis penyelidikan yang berkaitan amalan P&P.- Menggunakan BBM dan mengkaji keberkesanannya melalui kajian penyelidikan tindakan.- Guru boleh menjalankan penyelidikan biasa menggunakan kaedah kes, soal selidik, pemerhatian & temubual.

6) Agen Sosial- Guru agen sosialisasi.- Guru bukan sahaja menyampaikan pengetahuan tetapi perlu menupuk sahsiah, sikap dan nilai selaras dengan kehendak budaya masyarakat.- Guru berperanan sebagai pembudayaan masyarakat.

7) Agen Perubahan- Masalah sosial masyarakat satu cabaran besar kepada tanggungjawab guru.- Guru berperanan mengawal kepincangan ini.- Oleh itu guru perlu membina kesepaduan ilmu, kemahiran dan nilai kepada murid.- Menerapkan nilai kepimpinan demokratik.- Peranan guru sebagai agen perubahan meliputi:

Menggunakan strategi pemusatan murid Mengawal sikap penyayang Bersikap proaktif Bersedia menghadapi perubahan

8) Pengganti Ibu Bapa- Guru perlu mendapat kefahaman sosiobudaya anak muridnya.- Guru hendak peka dengan emosi, keperluan dan perubahan sikap & tingkah laku murid.- Murid perlu diberi dorongan dan bimbingan tanpa batasan pilih kasih, prejudis atau diskriminasi.

9) Pembentuk Tingkah Laku- Guru menyampaikan nilai moral, nilai agama, nilai terminal & nilai instrumental bagi membentuk tingkah laku murid.- Bilik darjah yang efektif menekankan pembentuk tingkah laku (kesungguhan, kerajinan, ketekunan, persahabatan, toleransi dan kesabaran).

Page 13: NOTA ULANGKAJI EDU.doc

10) Pengurus Pembelajaran- Meningkatkan keyakinan dan pencapaian pelajar dalam bidang akademik dan sosial.- Mempengaruhi perkembangan emosi dan sosial pelajar.- Memudahkan guru mendapat sokongan dan kerjasama yang baik daripada pelajar.- Pelajar tidak merasakan adanya pilih kasih dan diskriminasi.- Memupuk nilai persahabatan, kerjasama, toleransi dalam kalangan pelajar.- Mengurus pelbagai rutin bilik darjah dan rutin aktiviti murid.- Menguruskan persediaan mengajar teratur dan sistematik seperti RPH, BBM dan membuat rujukan pada bahan lain yang terkini.- Mengurus perancangan penilaian termasuk prosedur dan BBM.

BAB 7 STRUKTUR ORGANISASI PENDIDIKANVISI DAN MISI KPM

1) Visi KPM : SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG

- Unggul bermaksud kehebatan yang patut ada di sekolah sama ada dari aspek kecemerlangan akademik dan kokurikulum mahupun siasah, prasarana dan persekitaran sekolah tersebut.- Misi KPM: ‘Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti’- Pendidikan berkualiti ialah pendidikan yang mampu membina masyarakat yang progresif, berdaya tahan, mampu berdepan dengan perubahan-perubahan di peringkat global tetapi pada waktu yg sama mendukung identiti negara berlandaskan Rukun Negara

2) carta organisasi (http://www.moe.gov.my/?id=143)- KPM didokong oleh 31 Bahagian, 2 Bahagian Berkanun dan 16 Jabatan Pendidikan Negeri(JPN)- Pengetua akan dibantu oleh 3 Penolong Kanan iaitu

PK 1-bertanggungjawab terhadapkurikulum dan pentadbiran

PK2 – bertanggungjawab dlm HEM PK3 – menguruskan hal-hal kokurikulum

Page 14: NOTA ULANGKAJI EDU.doc

4) Tugas Dan Tanggungjawab Guru;- Menyebarkan ilmu- Pengamal dan pelaksana ilmu- Pengamal TMK- Role model- Penerap nilai- Educare/educere- Pakar rujuk- Pemimpin- Mentor- Penyelidik- Agen sosialisasi- Agen perubahan- Pembina Negara Bangsa

5) Jangkaan Guru;- Merupakan harapan dan keinginan guru yg sangat kuat untuk memperoleh sesuatu ganjaran atau hasil setelah melakukan sesuatu tugasan

4 bentuk jangkaan:- jangkaan terhadap pelajar- e.g penentuan hasil pembelajaran- Jangkaan terhadap pentadbir atau pengurus sekolah-e.g pihak pentadbir dapat memimpindengan penuh amanah, berintegriti dan bersungguh-sungguh- Jangkaaan terhadap ibu bapa dan komuniti – e.g merancang strategi bg membina

jambatan yg menghubungkan ibu bapa dan komuniti dengan pihak sekolah- Jangkaan terhadap diri sendiri – e.g meletakkan jangkaan bahawa guru berpeluang yg luasdalam laluan kerjaya di samping insentif dari sudut kebajikan

Page 15: NOTA ULANGKAJI EDU.doc

BAB 8 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU:PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

1) Pembelajaran Sepanjang Hayat

- Seorang guru harus meneruskan pendidikannya sepanjang hayat kerana pendidikan sendiri mengalami pelbagai perubahan.- Senaraikan perubahan-perubahan yang dimaksudkan di atas.

2) Cara guru dapat memenuhi tuntutan Pembelajaran Sepanjang Hayat- Bengkel- Seminar- kursus-kursus pendek- budaya membaca- penyelidikan- lawatan ke sekolah- penandaarasan- projek-projek komuniti- aktif dlm persatuan akademik

3) Pembelajaran Sepanjang Hayat bermaksud motivasi kendiri ke arah pencarian dan peningkatan ilmu secara sukarela berdasarkan keperluan personal atau profesional.

4) Pembelajaran Peribadi- Guru ialah contoh dan rol model paling dekat dengan murid, maka belajar bagaimana belajar ( learn how to learn ) perlu dipaparkan melalui perlakuan dan tindakan guru sendiri.

5) Senaraikan kaedah atau bentuk pembelajaran peribadi / kendiri yang anda tahuSebagai contoh- Program secara “on-line” merupakan perkembangan baru dalam ICT dan guru boleh mendapatkan segala maklumat tentang pengajaran dan pembelajaran secara “on-line”.- Antara contoh ialah VirTEC (Virtual Teacher Education Center) yang dibina dan menjadi satulandasan untuk merangsang guru dalam perkembangan professional guru Bahasa Inggeris (Mohamed Amin Embi),

6) Budaya Membaca;- Guru perlu mengamalkan budaya membaca bagi memastikan mereka sentiasa kemaskinidengan ilmu pengetahuan.- Guru di Malaysia patut menggilap imej guru melalui pembacaan bagi memastikan guru tidak terpinggir daripada kelompok profesional yang lain.

Page 16: NOTA ULANGKAJI EDU.doc

7) Mengapa dan bagaimana? Budaya Menyelidik Kajian Tindakan- Bentuk kajian paling popular dalam kalangan guru Kem. Pelajaran Malaysia.- Suatu pusingan (spiral) yang terdiri daripada perancangan, tindakan, penilaian terhadap tindakan.- Fokus kepada kajian yang spesifik ttg satu aspek pengajaran yang guru perhatikan.- Membentuk budaya reflektif, bersikap terbuka dan mampu menambah baik amalan kendiri.

8) Amalan Reflektif;Antaranya amalan refleksi melalui :- Penulisan reflektif/jurnal- Portfolio pengajaran- Penyelidikan tindakan,- Perkembangan professional on-line- Aktiviti Pusat Kegiatan Guru- As teachers we must believe in change, we must know it is possible, or we wouldn’t be teaching – because education is a constant process of change. Every single time you “teach” something to someone, it is ingested, something is done with it,and new human being emerges (Leo Buscaglia).

9) Kolaborasi dan Musyawarah- Kolaborasi bermaksud bekerja dengan orang lain dlm projek bersama yang mempunyai matlamat yang sama hendak dicapai.

- Musyawarah bermaksud rundingan yang berlangsung dan mencapai kata sepakat terhadap sesuatu tindakan yang diambil

10) Mengapa guru perlu berkolaborasi?Elemen-elemen kolaborasi:- Hubungan kerja berasaskan kepercayaan guru.- Bekerja bersama-sama secara sukarela.- Peningkatan kemahiran sebagai usaha berterusan. Berkolaborasi sebagai usaha berterusan tanpa menyekat individu.- Penghargaan terhadap mereka yang terlibat

11) Latihan dlm Perkhidmatan ( Kursus Dalam Perkhidmatan – KDP)Fokus kepada:- Peningkatan ilmu- Kemahiran guru dalam pengurusan- Pembestarian sekolah- Teknologi maklumat dan komunikasi- Pengurusan kokurikulum- Transformasi kurikulum- Pentaksiran dan penilaian- Pedagogi terkini

12) Pembelajaran Autentik- Bermaksud pembelajaran berasaskan aktiviti dalam suasana sebenar yang membolehkanseseorang pelajar menumpukan pada pengetahuan

Page 17: NOTA ULANGKAJI EDU.doc

dan kemahiran seperti kemahiranberfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah.

13) Akses Maklumat daripada Pelbagai Sumber- Program Adobe- Program ERIC- E-Pembelajaran- E-Perpustakaan- E-Buku- E-JurnalSoalan Refleksi- Sebagai guru permulaan, buktikan bahawa anda telah melengkapkan diri untuk menghadapi cabaran-cabaran masa kini dalam profession keguruan.