isi pelajaran semantik dan peristilhan bahasa melayu psgr bmm3111 1

55
BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU TAJUK 1 SEMANTIK DALAM BAHASA MELAYU SINOPSIS Komponen ini tertumpu kepada kajian semantik yang berkaitan dengan makna kata dan ayat. Kajian ini menumpukan kepada aspek makna bentuk linguistik dan hubungannya dunia rujukannya. Semantik merujuk kepada aspek makna bahasa. Untuk memahami bahasa, kita kita perlu memahami makna kata dan morfem yang membentuknya. Kita juga perlu mengetahui makna kata bergabung menjadi frasa dan ayat yang bermakna. Seterusnya kita perlu menginterpretasikan makna ujaran berdasarkan konteks ayat yang diujarkan. HASIL PEMBELAJARAN 1. Menjelaskan tentang semantik , fitur makna, makna leksikal, dan makna ayat. 2. Menghubungkaitkan antara bidang semantik dengan ilmu linguistik. KERANGKA TAJUK-TAJUK 1

Upload: supiah-husein

Post on 28-Dec-2015

55 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

TAJUK 1SEMANTIK DALAM BAHASA MELAYU

SINOPSIS

Komponen ini tertumpu kepada kajian semantik yang berkaitan dengan makna kata dan ayat. Kajian ini menumpukan kepada aspek makna bentuk linguistik dan hubungannya dunia rujukannya. Semantik merujuk kepada aspek makna bahasa. Untuk memahami bahasa, kita kita perlu memahami makna kata dan morfem yang membentuknya. Kita juga perlu mengetahui makna kata bergabung menjadi frasa dan ayat yang bermakna. Seterusnya kita perlu menginterpretasikan makna ujaran berdasarkan konteks ayat yang diujarkan.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan tentang semantik , fitur makna, makna leksikal, dan makna ayat.

2. Menghubungkaitkan antara bidang semantik dengan ilmu linguistik.

Kerangka Tajuk-tajuk

1.1 Semantik dan Makna

Bidang semantik merupakan bidang yang memberikan perhatian kepada aspek makna dalam bahasa. Dalam kajian semantik kita perlu memahami beberapa istilah penting terutama sekali istilah semantik dan makna. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah semantik? Menurut Palmer (1992), istilah semantik merujuk kepada bidang kajian makna. Istilah ini merupakan istilah yang agak baharu dalam bidang linguistik. Istilah ini sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantikos, yang bermaksud penting atau bererti. Istilah semantik mula-mula diperkenalkan oleh M.Breal daripada kata Perancis semantique. Kini istilah semantik digunakan untuk merujuk kepada kajian makna dalam bidang linguistik. Kata semantik juga diertikan sebagainilmu tentang makna atau erti. Kini makna menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik.Manakala makna pula secara umumnya membawa erti maksud atau erti. Walau bagaimanapun, kata makna boleh diberikan bermacam-macam pengertian yang lain. Kamus Linguistik (1997) memasukkan dua entri bagi kata makna, iaitu:

(i) Erti yang didukung oleh kata atau kumpulan kata, atau

(ii) Pemahaman sesuatu ujaran oleh pendengar, atau pemahaman kata

atau frasa bertulis oleh pembaca.

Ogden dan Richard (1956) pernah memberikan tidak kurang 16 pengertian bagi perkataan makna dalam buku mereka yang berjudul The Meaning of Meanings. Antara pengertian yang diberikan termasuk makna seperti suatu sifat intrinsic, konotasi sesuatu kata, suatu inti, pokok, suatu kemahuan, dan emosi yang ditimbulkan oleh sesuatu. Jadi, berdasarkan pengertian oleh Ogden dan Richard, kita fahami bahawa erti makna cukup menarik tetapi rumit sekali untuk memahami maksud kata makna.1.2 Semantik dan LinguistikKita sudah jelas bahawa semantik adalah sebahagian daripada linguistik. Kini semantik sudah boleh diterima sebagai salah satu komponen penting dalam ilmu linguistic seperti bidang fonetik dan tatabahasa. Ahli-ahli bahasa meletakkan bidang semantik pada sebelah hujung, manakala fonetik pula pada sebelah hujung yang lain, dan tatabahasa atau nahu terletak di tengah-tengah deretan ini.Bidang semantik amat penting kerana kajian bahasa tidak akan menjadi sempurna jika tidak ada unsur makna. Semantik menjadi amat penting dalam tatabahasa, dan tanpanya, kita mungkin dapat membina atau melafazkan ayat atau ujaran yang tepat dari segi rumusnya tetapi tidak tepat dari segi ilmu semantik. Contohnya, kita tidak boleh menerima ayat Kerusi itu sedang menyampaikan ucapan di Dewan Gemilang, sebagai ayat yang betul, walaupun ayat ini menepati aturan bahasa, iaitu menurut susunan subjek dan predikat (S + P) di dalamnya. Hal ini kerana maknanya adalah taksa. Tegasnya, maklumat semantik amat penting dalam linguistik.

1.3 Semantik dan SejarahBerdasarkan sejarah linguistik, pada mulanya istilah semantik digunakan untuk merujuk kepada perkembangan dan perubahan makna dalam bahasa. Sebelum tahun 1930, kajian semantik telah member focus kepada aspek kajian tradisional, iaitu perubahan makna. Tetapi, selepas tahun 1930, perubahan telah berlaku dan semantik sudah mula melihat masalah deskriptif dan struktur dalam semantik (Ullmann, 1996). Tahun 1931merupakan detik bersejarah dalam sejarah semantik. Hal ini kerana pada tahun itu telah muncul tulisan Gustaf Stren yang berjudul Meaning and Change of Meaning with Special Reference to English Language. Penerbitan tulisan ini telah membawa trend baharu dalam bidang semantik. Menurut Ullmann (1996), kajian semantik selepas tahun 1950 tidak lagi member perhatian terhadap perubahan makna dan sebab-sebabnya. Sebaliknya, kajian mula beralih kepada aspek dalaman tentang perbendaharaan kata dan juga daripada prinsip umum kepada kajian bahasa yang tertentu.

Aktiviti Kendiri 1.3.1

(a) Apakah maksud istilah semantik?

(b) Berikan dua definisi tentang bidang semantik

Aktiviti Kendiri 1.3.2

Bidang semantik boleh dibahagikan kepada beberapa subbidang, seperti semantik linguistik dan semantik falsafah. Bolehkan anda menyenaraikan tiga lagi subbidang semantik serta fokus kajiannya bagi setiap subbidang tersebut?

TAJUK 2MAKNA LEKSIKAL DALAM BAHASA MELAYU

SINOPSISTopik ini akan menerangkan tentang leksikal. Dalam sesuatu bahasa, perbendaharaan kata bukanlah tersusun dalam satu senarai yang panjang dan mendatar. Ia juga bukan menegak secara homogen iaitu mengandungi semua perkataan dalam sesuatu bahasa itu, seperti tersusunya dalam bentuk kamus. Sebaliknya, susunannya adalah secara berlapis dalam bentuk strata yang banyak serta nmempunyai hubungan konsepsi antara satu sama lain. Susunan perkataan juga mempunyai perkaitan dari segi penggunaannya. Hal ini bermakna sesuatu perkataan yang digunakan mestilah bersesuaian serta berselarasan dengan sesuatu situasi atau keadaan. Perkaitan tersebut lazimnya mempunyai hubungan dengan kebudayaan. HASIL PEMBELAJARAN

1. Membezakan antara sinonim dan antonim.2.Men jelaskan tentang fitur makna dan makna leksikal dalam bahasa Melayu.

Tajuk-tajuk 2.1 Sinonim dan Antonim2.1.1 Sinonim

Sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yng mempunyai makna yang sama atau hampir sama. Secara umumnya, sinonim disebut sebagai perkataan seerti , misalnya perkataan kereta dan motokar, sejuk dan dingin, suka dan gemar, ganggu dan kacau, lupus dan luput, loncat dan lompat dan sebagainya. Dalam bahasa Melayu, terdapat kamus sinonim yang mengandungi senarai perkataan seerti bahasa Melayu.Dalam kehidupan kita seharian kita biasa bersua dengan penggunaan sinonim di sekeliling kita. Sebagai contoh, di kawasan zoo kita akan melihat papan tanda yang tertulis Tolong jangan usik, kacau atau ganggu binatang-binatang di kawasan ini. Di perpustakaan pula, terdapat kata-kata yang berbunyi Dilarang membuat bising, bercakap dan berbual-bual. Perkataan-perkataan tersebut mempunyai makna yang hampir sama. Walau bagaimanapun tidak terdapat perkataan yang bersinonim atau mempunyai makna yang benar-benar sama secara tepat.

Dalam semantik, ada beberapa jenis sinonim, iaitu sinonim pinjaman, konteks, laras sosial, dan kolokasi.

2.1.1.1 Sinonim PinjamanBelalang bermakna pepatung dalam kebanyakan dialek Melayu. Walau bagaimanapun, dalam dialek Perak, belalang bermakna cakcibau.

Dalam dialek Kedah, batas ialah jalan raya, yang maksud konvensionalnya ialah timbunan tanah yang menjadi sempadan petak-petak sawah.

2.1.1.2 Sinonim Konteks

Perkataan jemput dan udang banyak digunakan dalam konteks protokol. Sebenarnya, jemput digunakan dalam konteks lisan, manakala undang dalam konteks tulisan. Ini bermakna konteks mewujudkan perkataan yang sama makna.

2.1.1.3 Sinonim Laras Sosial

Perkataan-perkataan tersebut digunakan dengan berdasarkan status. Misalnya penyanyi ialah orang yang bernyanyi manakala biduan bermaksud status yang tinggi dalam profesionalisme seni.

2.1.1.4 Sinonim Kolokasi

Sinonim jenis ini wujud dalam konteks penggunaan yang tersendiri. Contohnya perkataan banyak dan ramai mempunyai makna yang sama. Contoh ayat, Banyak kilang kekurangan tenaga pekerja mahir dan Ramai pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut.Perkataan banyak boleh digunakan sama ada bagi manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan benda tetapi pastikan perkataan tersebut bermakna apabila digunakan tanpa kata sifat.Jika anda menyebut Banyak pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut akan menunjukkan makna yang salah. Alasannnya, ramai (untuk manusia sahaja) hanya bermakna jika ada kata sifat (gembira) dalam ayat tersebut.2.1.2 Antonim

Antonim ialah pertentangan makna perkataan atau kata-kata yang mempunyai makna yang tidak sama. Secara umumnya, antonim disebut sebagai perkataan berlawanan, misalnya sejuk lawannya panas, baik lawannya jahat, cantik lawannya hodoh, tinggi lawannya rendah, miskin lawannya kaya dan sebagainya. Namun demikian, tidak semua perkataan mempunyai pertentangan makna satu lawan satu seperti contoh tersebut. Oleh itu kata nafi tidak kadang kala digunakan bagi menunjukkan pertentangan makna tersebut, misalnya perkataan lena lawannya tidak lena ataupun mati bermaksud tidak hidup.

Terdapat beberapa jenis antonim seperti:

(a) Antonim pasangan komplemen

(b) Antonim hubungan darjah(c) Antonim hubungan bertentangan

2.1.2.1 Antonim pasangan komplemen

Antonim pasangan komplemen merupakan pasangan perkataan berlawanan yang saling melengkapi antara satu sama lain. Cotohnya, perkataan tidur-jaga, hidup-mati, duduk-bangun, tajam-tumpul, kembang-kuncup, sihat-sakit, gembira-sedih dan sebagainya.

Selain itu, perkataan perkataan seperti tidak hidup-mati, dan tidak mati-hidup, tidak tidur-jaga dan tidak jaga-tidur dan sebagainya juga termasuk dalam antonim jenis ini.

2.1.2.2 Antonim hubungan darjah

Jenis kedua ialah pasangan kata antonim yang menunjukkan hubungan darjah seperti perkataan besar-kecil, tebal-nipis, tinggi-rendah, panjang-pendek, kurus-gemuk dan sebagainya. Makna kata adjektif yang menunjukkan pasangan kata ini mempunyai hubungan rujukan dengan benda yang dimaksudkan. Sebagai contoh, sebatang kayu itu dikatakan bersiaz panjang dengan merujuk kepada kayu itu secara spesifik berbanding dengan kayu yang sama jenis.Selain itu, perkataan itu sendiri tidaklah menggambarkan darjah secara mutlak. Sebagai contoh, perkataan kecil pada kerbau kecil sebenarnya ,menunjukkan darjah dan makna yang tidak sama pada perkataan tikus kecil. Demikian juga perkataan laju bagi merujuk kepada kereta lumba tentulah tidak sama darjahnya jika merujuk kepada kereta biasa.2.1.2.3 Antonim hubungan bertentangan

Jenis pasangan kata antonim yang ketiga dinamakan hubungan bertentangan. Dalam hal ini, kedua-dua pasangan kata itu dari segi semantiknya membawa makna yang setara, misalnya beri-terima, jual-beli, murid-guru, majikan-pekerja dan sebagainya. Contohnya jika X beri barang pada Y bermakna Y akan terima barang itu.

2.2 Hiponim, Homonim dan Polisem

2.2.1 Hiponim

Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Sebagai contoh, melur, mawar,melati,kemboja dan cempaka ialah hiponim kepada bunga.

Secara umumnya, hiponim merupakan kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kata-kata yang lebih khusus atau dalam erti kata lain ialah kata umum yang mempunyai lingkungan atau anggotanya terdiri daripada kata yang khusus.

2.2.2 Homonim

Homonim merujuk kepada hubungan antara homonim. Iaitu dua kata atau lebih yang mempunyai, sama ada bunyi atau ejaan yang sama, tetapi berlainan makna. Perkataan yang mempunyai sebutan yang sama, tetapi berbeza makna seperti yang disebutka tadi dikatakan mempunyai hubungan homonim. Sebagai contoh, perkataan kepala yang membawa maksud ketua tidak sama maknanya dengan kepada kereta api. kepada manusia dan kepala surat.Penggunaan homonim dalam pertuturan atau ayat boleh menimbulkan kekeliruan jika tidak berlatar belakangkan konteks tertentu. Hal ini kerana homonim mempunyai sebutan dan bentuk ejaan yang sama, tetapi berbeza dari segi makna.

2.2.3 Polisem

Polisem ialah perkataan yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan sama ada secara konseptual atau sedarjah. Dengan kata lain, polisem ialah hubugan kata atau frasa yang mempunyai dua makna atau lebih dan mempunyai etimologi yang sama.

Sebagai contoh, kata bantu tentang boleh bermaksud berkaitran sesuatu perkara. Ada masanya perkataan tentang boleh membawa maksud lawan, seperti dalam ayat Kita tentang habis-habisan. Contoh lain ialah perkataan bisa yang membawa maksud sakit sangat dan boleh. Dalam perbualan di Indonesia, secara normalnya bisa digunakan untuk menggantikan perkataan boleh. Berdasarkan contoh-contoh tersebut, tentang dan bisa bervariasi maknanya, tetapi kewujudan polisem ditinjau dengan berasaskan konteks penggunaan.Aktiviti Kendiri 2.2.3.1(a) Huraikan jenis-jenis sinonim beserta dengan contohnya

(b) Dengan contoh yang sesuai, terangkan perbezaan antara hiponim dan polisem.TAJUK 3MAKNA AYAT DALAM BAHASA MELAYU

SINOPSIS

Topik ini akan menjelaskan tentang makna ayat dalam bahasa Melayu. Seperti yang telah dijelaskan perkataan dan morfem merupakan unit terkecil bahasa yang mempunyai makna. Kita telah pun mempelajari hubungan makna perkataan dan unsur semantik sebagai semantik leksikal sebelum ini. Walau bagaimanapun dalam banyak perkara kita berkomunikasi menggunakan frasa dan ayat. Makna frasa dan ayat bergantung pada makna perkataan yang terkandung dalamnya dan bagaimana perkataan itu distruktur dan digabungkan. Dalam tajuk ini juga akan dihuraikan penganalisisan makna auat Bahasa Melayu mengikut Kerangka Generatif Chomsky untuk menunjukkan perubahan semantik dan pengembangan makna. HASIL PEMBELAJARAN1. Menjelaskan definisi makna ayat.2. Menghuraikan perubahan semantik dan teori pembuktian.

3.1 Makna Ayat

Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa unsur ini, maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi sebarang kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang membaca sesuatu yang ditulis.Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Setiap perkataan dan setiap ayat lazimnya dikaitkan sekurang-kurangnya dengan satu makna. Bagi ayat persoalannya sangat rumit. Dalam setiap bahasa untuk membentuk suatu ayat, perkataan hendaklah disusun dan untuk mendapatkan makna ayat bergatung pada makna perkataan yang terdapat dalam ayat tersebut.Terdapat juga perkataan yang memiliki dua makna dan ada juga yang mempunyai tiga makna. Adakalanya terdapat juga perkataan yang digunakan tanpa membawa apa-apa makna.Dalam konteks berbahasa, kita beranggapan bahawa pendengar atau penulis memehami makna yang ingin di sampaikan sehinggakan kita mengabai ataupun tidak menyebut atau menulis beberapa perkataan. Dalam bahasa Melayu makna ayat boleh dibahagikan makna konotatif dan makna denotatif.3.2 Kerangka Generatif ChomskyBagi Chomskylanguage is not a habit Structure.Hipotesisnya, semua bahasa dilihat dari struktur dalaman adalah sama iaitu menunjukkan tingkat fikiran seseorang. Chomsky telah mengemukakan empat konsep utama dasar analisis Kerangka Generatif iaitu kemampuan berbahasa, perlakuan berbahasa, struktur dalaman dan struktur luaran. Kemampuan berbahasa ialah segala pengetahuan yang terdapat dalam otak manusia secara sedar dan tidak sedar. Proses ini juga mengkaji tentang bagaimana proses mengujarkan bahasa yang terdapat dalam bentuk rumus-rumus.

Perlakuan bahasa ini mengkaji bagaimana cara seseorang itu mengujarkan bahasa dan bahasa apa yang diujarkan serta mampu didengar oleh orang lain. Seterusnya, strukrur dalaman pula wujud daripada kemampuan seseorang untuk berbahasa serta bagaimana cara menyusun ayat-ayat untuk diujarkan. Konsep yang terakhir iaitu struktur luaran ini wujud daripada ujaran bahasa yang dikeluarkan oleh seseorang iaitu apa yang diujarkan. Menurutnya lagi, ayat-ayat yang diungkapkan oleh penutur lahir di bawah pengetahuan dan kesedaran penuturnya. Ia diketahui, disedari dan dinyatakan menerusi bunyi-bunyi dan ejaan.

Aktiviti kendiri 3.2.1

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan makna ayat?

(b) Huraikan empat konsep utama Kerangka Generatif Chomsky.TAJUK 4PERUBAHAN SEMANTIK

SINOPSISTajuk ini akan mengupas tentang perubahan semantik daripada segi pengembangan makna, iaitu satu proses perubahan makna daripada makna yang khusus kepada makna yang lebih umum. Manakala penyempitan makna pula ialah proses perubahan makna daripada makna yang umum kepada makna yang lebih khusus. Akhir sekali anjakan makna yang bermaksud makna yang mengalami proses perubahan berdasarkan situasi atau keadaan.

HASIL PEMBELAJARAN1. Menghuraikan proses pengembangan makna.

2. Menghuraikan perubahan semantik dari aspek penyempitan makna.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

4.1 Pengembangan Makna

Semantik atau makna boleh dilihat dalam dua sudut iaitu pemgembangan makna dan penyempitan makna. Peluasan makna meliputi sintaksis dan pragmatik dan menurut Nor Hashimah Jalaluddin (1992:1) yang memetik pendapat Sperber dan Wilson (1980) bahawa pengkajian makna belum dapat dipastikan makna sepenuhnya mengikut apa yang dihajati pleh penutur.

Cakupan makna sekarang lebih luas daripada makna yang lama.Contohnya berlayar,dulu digunakan dengan pengertian bergerak di laut dengan memakai layar, tetapi sekarang semua tindakan mengarungi lautan atau perairan dengan alat apa saja disebutberlayar. Dahulu kata bapa hanya dipakai dalam hubungan biologis, sekarang semua orang yang lebih tua atau lebih tinggi kedudukannya disebutbapasedangkan segala orang yang dianggap sama darjatnya disebutsaudara.

4.2 Penyempitan Makna

Menurut Chaer (1995), Pateda (1986), penyempitan makna ialah gejala yang terjadi pada kata yang mulanya mempunyai makna yang cukup luas,kemudian menjadi makna yang cukup terbatas hanya pada makna tertentu sahaja. Sedangkan Keraf (1986:97) menyatakan bahawa penyempitan makna sebuah kata ialah proses perubahan makna kata daripada makna yang lebih luas kepada makna yang lebih khusus atau spesifik.

Sebagai contoh kata ahli membawa makna yang lebih luas iaitu keluarga, sanak-saudara atau orang-orang yang memasuki sesuatu golongan. Walau bagaimanapun kata ahli juga telah disempitkan kepada makna orang yang mahir atau pandai dalam sesuatu ilmu atau disebut juga pakar dalam sesuatu bidang.TAJUK 5PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

SINOPSIS

Kursus ini mengandungi pengenalan, definisi, konsep peristilahan, sejarah penggubalan peristilahan, prinsip pembentukan istilah, peranan Dewan Bahasa dan Pustaka, Peranan MABBIM, kepentingan peristilahan dalam Bahasa Melayu, dan cabarannya pada masa hadapan.

Di samping itu, kursus ini juga mengandungi sumber istilah Bahasa Melayu, istilah singkatan dan lambang Bahasa Melayu dan ejaan dan peristilahan Bahasa Melayu

HASIL PEMBELAJARAN

Setelah mengikuti kursus ini, anda dapat :

1. Menjelaskan definisi istilah dalam bahasa Melayu;

2. Prinsip prinsip pembentukan istilah;

3. Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dan MABBIM;

4. Kepentingan Peristilahan dalam Bahasa Melayu;

5. Cabaran dan masa depan peristilahan.

5.1 Pengenalan

Walaupun serumpun dan mempunyai pertalian yang amat erat dari segi sejarah, politik dan ekonomi Malaysia , Indonesia dan Brunei Darussalam bergerak dan memancarkan kepelbagaian corak pengayaan bahasanya. Ketiga tiga negara itu juga mempunyai kaedah tersendiri dalam perkembangan korpus bahasa Melayu.

Dalam usaha menyatukan aspek kebahasaan, terutamanya dari segi peristilahan, Majlis Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM) dan kemudiannya Majlis Bahasa Brunei Darussalam Indonesia Malaysia atau MABBIM telah memainkan peranan untuk mewujudkan satu bentuk ejaan dan istilah yang baku atau seragam sejak tahun 1972. Pembakuan itu dilakukan untuk pengembangan dan pelestarian bahasa Melayu sebagai bahasa maju mengungkap pelbagai ilmu pengetahuan. Istilah ialah lambang linguistik yang berupa huruf, bentuk bebas atau gabungan beberapa bentuk bebas yang gramatis dan sistematik, yang mengandungi timbunan konsep atau objek khas dalam bidang tertentu. Bentuknya telah disepakati oleh sekumpulan pakar melalui jawatankuasa bidang berkenaan sebagai mempunyai nilai komunikatif yang sesuai. Kewujudan sesuatu istilah itu dianggap penting kerana mempunyai nilai komunikatif yang menjadi unsur penyampai ilmu pengetahuan. Melalui istilah, sesuatu konsep dalam bidang ilmu tertentu dapat diungkapkan dan disampaikan kepada khalayak. Kedudukan istilah menjadi lebih penting lagi dalam bidang sains dan teknologi yang mengandungi pelbagai konsep khusus dan bersifat teknikal.

Dari segi teorinya, bidang peristilahan merupakan bidang ilmu yang sama dengan bidang-bidang ilmu yang lain, iaitu mempunyai teori yang tersendiri. Peristilahan merupakan bidang linguistik praktis yang menerapkan Teori Umum Peristilahan (TUP) dalam melaksanakan tugas pembinaan istilah. Teori ini dikembangkan oleh Professor Dr. Eugen Wuster, Vienna. Manakala teori yang lebih khusus, Gumperz (1908) telah memperkenalkan model dari segi tiga teori peristilahan iaitu konsep, simbol dan objek. Teori ini kemudiannya disesuaikan lagi oleh Wuster (1931) dengan Teori Ferdinand de Saussure yang menyatakan empat perkara, iaitu lambang, bahasa lisan/tulisan, makna, dan objek.

Sebagai badan tunggal yang bertanggungjawab mengubal istilah bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mencipta banyak istilah dalam bahasa itu. Hingga kini, DBP telah berjaya menghasilkan lebih daripada sejuta istilah dalam pelbagai bidang ilmu, yang kemudiannya diterbitkan dalam bentuk buku. Pencapaian tersebut amat jelas menunjukkan bahawa DBP begitu kominted untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa berteknologi tinggi dan bertamadun melalui peristilahan. Akan tetapi semua usaha itu tidak memberi manfaat jika pihak masyarakat atau pengguna bahasa Melayu tidak menghargai sumbangan badan berkenaan, dan bersama sama meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang maju di rantau ini dan dunia umumnya.

Latihan 5.11. Nyatakan konsep peristilahan dan pengistilahan

2. Untuk menguji pengetahuan dan kefahaman anda kaitkan peranan Bahasa Melayu dari segi jati diri rakyat Malaysia.

Dapatkan seberapa banyak maklumat dari perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.

5.2 Definisi Istilah

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:591), istilah ialah kata, gabungan kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat di dalam sesuatu bidang ilmu atau profesyen. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya. Menurut Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (1992: 1-3) Tataistilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah ( termasuklah kumpulan istilah yang dihasilkannya). Tata istilah atau terminology pula merupakan kumpulan istilah bagi satu-satu bidang tertentu yang dibentuk menurut peraturan-peraturan yang ada. Misalnya, tataistilah matematik yang ada yang telah dibentuk berdasarkan sistem tertentu. Manakala tatanama ialah kumpulan peraturan untuk menentukan nama dalam bidang ilmu (termasuklah kumpulan nama yang dihasilkannya). Terdapat perbezaan kata biasa dengan kata istilah. Kata biasa atau kata umum ialah kata-kata biasa di dalam bahasa. Namun demikian, kata umum boleh menjadi istilah. Kata istilah ialah kata yang penggunaannya dan maknanya khusus pada bidang tertentu. Contohnya, kata hidrogren, nitrogen, neonatal, fonem, alofon, alormof dan morfem merupakan istilah khusus dalam bidang masing-masing.

5.2.1 Morfem dan Proses Peristilahan

Morfem ialah unit atau fungsi nahu. Morfem peristilahan ialah kata akar dan imbuhan yang digunakan dalam pembentukan istilah. Proses pembentukan istilah Bahasa Melayu ialah pengimbuhan, pengandaan dan penggabungan.

5.2.1.1 Kata akar

Kata akar ialah kata yang belum mendapat imbuhan.

Misalnya: rumah, asid, algebra dan sebagainya.

5.2.1.2 Imbuhan dan Pengimbuhan

Imbuhan ialah morfem yang digunakan untuk mencipta istilah melalui proses pengimbuhan. Misalnya: ber- (berinteraksi), -an (hasilan), peN- -an (pemprosesan).

5.2.1.3 Penggandaan

Penggandaan ialah ulangan kata dasar sama ada sebahagian (rambut = rerambut) atau seluruh (kacang = kacang-kacang) untuk membentuk istilah.

5.2.1.4 Gabungan

Gabungan ialah cantuman dua kata atau lebih untuk membentuk istilah melalui proses penggabungan. Ada 16 kata majmuk yang mantap seperti setiausaha, warganegara, bumiputera dan sebagainya. Walau bagaimanapun, ada juga antara istilah yang digunakan di dalam konteks umum. Dewan Bahasa dan Pustaka (2004), menjelaskan bahawa hal ini berlaku apabila istilah itu digunakan dengan kerap oleh masyarakat pengguna bahasa, dan penggunaannya itu tersebar melalui media massa. Contohnya, kata taqwa merupakan istilah dalam bidang keagamaan Islam dan belanjawan iaitu istilah dalam bidang ekonomi (dewasa ini istilah bajet digunakan), sekarang ini kata-kata berkenaan sudah digunakan secara am di dalam penggunaan bahasa sehari-hari. Usaha penggubalan istilah di Malaysia bermula selepas tertubuhnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam tahun 1956.

Pada peringkat awalnya tidak ada satu sistem organisasi yang memberi panduan dan mengawal kerja-kerja peristilahan. Jawatankuasa istilah ditubuhkan berdasarkan permintaan individu yang berwibawa sebagai pemimpin masyarakat atau sebagai ahli akademik. Jawatankuasa istilah yang paling awal ditubuhkan ialah Jawatankuasa Istilah Ekonomi yang dipengerusikan oleh Profesor Diraja Ungku A. Aziz. Sebagai pengerusi dan pengarah pertama DBP, beliau juga seorang pejuang bahasa kebangsaan. Ungku A. Aziz telah menyaksikan beberapa ciri perkembangan di dalam perwujudan istilah ekonomi yang tidak menyenangkan beliau.

Latihan 5.21. Pada pendapat anda, mengapa pengistilahan amat penting di negara kita?

2. Secara ringkas, nyatakan usaha-usaha yang telah di mainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka terhadap perkembangan dan kemajuan peristilahan di Malaysia.

5.3 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka

Perbincangan tentang perkembangan bahasa di Malaysia tidak akan lengkap sekiranya peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak disentuh. DBP merupakan satu satu badan yang ditubuhkan oleh kerajaan khusus untuk memajukan bahasa Melayu. Sehingga hari ini, peranan Dewan Bahasa dan Pustaka di dalam memajukan bahasa amat penting dan tidak ada badan badan lain yang mampu berperanan sebagaimana yang dimainkannya.

Dewan Bahasa dan Pustaka memainkan peranan yang penting di dalam pembentukan istilah bahasa Melayu. Di dalam bidang bahasa, DBP berperanan membina korpus dan menyebarkan melalui buku buku istilah, tatabahasa dan perkamusan. Bahagian pembinaan dan pengembangan bahasa bertanggungjawab membina dan memperkembangkan istilah, mengadakan penyelidikan dan menyebarkan hasil pemerolehan mereka. Badan ini juga bertanggungjawab mengawal penggunaan bahasa dengan mengeluarkan risalah dan panduan umum kepada sektor awam dan sektor swasta di samping menyediakan khidmat nasihat.

Untuk memperkukuhkan lagi peranannya, Unit Pelaksanaan Bahasa ditubuhkan pada tahun 1980. Unit ini bertanggungjawab menggalakkan penggunaan bahasa Melayu. Ia telah melaksanakan beberapa langkah seperti mengadakan ceramah, taklimat, forum, kursus, rancangan Dewan Bahasa di radio, menyebarkan panduan bahasa, khidmat nasihat, mengadakan kempen Mencintai Bahasa Melayu dan mengawasi penggunaan bahasa Melayu di sektor awam dan swasta. Apa yang jelas, pelaksanaan perancangan bahasa yang dijalankan oleh DBP melalui bahagian - bahagian tersebut di dalamnya bersifat revolusi tetapi teratur dan sistematik.

Di dalam usaha memajukan lagi bahasa Melayu, DBP juga telah mengadakan kerjasama dengan beberapa pihak lain. Kerjasama terbesar DBP ialah dengan Majlis Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM). Kerjasama ini diperluaskan lagi dengan memasukkan Negara Brunei Darussalam. Hasil kerjasama ini terbentuklah istilah baharu yang sesuai digunakan di ketiga tiga buah negara yang terlibat.

Peranan utama DBP ialah melaksanakan usaha bagi memenuhi matlamat Bahagian Peristilahan DBP. Oleh itu, antara peranan yang dilaksanakannya ialah;

Mengumpul istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.

Membentuk istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.

Memperbanyak istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.

Menerbitkan istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.

Mewujudkan Pangkalan Data Peristilahan yang bersistem, sesuai dengan matlamat penyebaran dan pemasyarakatan istilah.

Menyelaraskan istilah dan penggunaan istilah bahasa Melayu dan mengadakan kerjasama dengan Indonesia dan Brunei Darussalam melalui MABBIM, dan negara-negara lain.

Pada tahun 1950-an, apabila dasar pelajaran kebangsaan dirangka dan diluluskan oleh Dewan Undangan Persekutuan dan kemudian oleh Dewan Parlimen Persekutuan Tanah Melayu, pengajaran sains dan teknologi diperkenalkan dan ditingkatkan. Dengan itu, istilah sains dan teknologi perlu diadakan dengan segera. Bagi mendapat hasil yang seragam dan lebih cepat maka disusun pedoman pembentukan ini dalam tahun 1950-an.

Segala istilah ilmu dan nama alat perkakas asing yang sedia ada di dalam bahasa Melayu pada masa itu dipakai terus setelah disesuaikan dengan kemajuan ilmu pengetahuan. Kalau tidak ada di dalam bahasa Melayu di Tanah Melayu, bolehlah diambil istilah yang dipakai di Indonesia, kerana memang bahasa di Tanah Melayu hendak disamakan dengan bahasa di Indonesia. Kalau istilah Indonesia itu tidak sesuai atau tidak memuaskan hati barulah dibentuk baharu. Istilah-istilah asing yang dipakai oleh kebanyakan bangsa-bangsa dunia atau istilah asing yang tidak dapat diterjemahkan dengan setepat-tepatnya bolehlah diterima jadi istilah Melayu. Apabila membentuk istilah baharu hendaklah digunakan akar kata Melayu. Oleh yang demikian, istilah baharu yang dibentuk itu hendaklah menggambarkan benda atau fikiran atau keadaan yang dimaksudkan oleh istilah asing itu. Di bawah ini diberikan contohnya:a) Acid

-asid (bukan acid)

b) Aciditiy

- keasidan (bukan asiditi)

c) Acidic

-berasid (bukan asidik)

Selain itu, adalah dilarang mengambil bentuk Inggeris secara sepenuhnya seperti acid, asiditi, dan asidik, kerana bentuk-bentuk morfologi Melayu berlainan dengan morfologi bahasa Inggeris. Pada penghujung tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an telah disusun semula satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci. Berdasarkan pedoman yang baharu itu, ada beberapa bahagian yang ditetapkan serta diperluas dari segi dasar, cara dan pedoman, iaitu:

i. Pembentukan istilah baharu hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang progresif dan fleksibel bagi bahasa Melayu moden,

ii. Istilah baharu hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau masyarakat pemakai bahasa,

iii. Pembentukan istilah baharu, dalam semua bidang ilmu atau yang popular, hendaklah sentiasa diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia,

iv. Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu dan yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa Melayu-Indonesia; dan

v. Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuk yang jelas dengan istilah asal atau istilah antarabangsa.

Dasar baharu yang ditetapkan ini sudah membawa peluang kepada penggubal-penggubal istilah untuk melihat dengan lebih luas cakupan pandangannya menuju kearah peringkat antarabangsa. Pada masa lalu apabila menggubal istilah, penggubalan itu dibuat dengan melihat ke dalam bahasa Melayu sahaja. Contohnya jika ada kata berakhiran gy dalam bahasa Inggeris maka dalam bahasa Melayu hendaklah dipakai kata kaji, sedangkan kata-kata dasarnya yang lain dicari kata terjemahannya dalam bahasa Melayu. Contohnya adalah seperti yang berikut:

a) Biology

-kajihayat

b) Anthropology

-kajimanusia

c) Sociology

-kajimasyarakat

d) Archeology

-kajipurba

e) Phonology

-kajibunyi

f) Geology

-kajibumi

g) Psychology

-kajijiwa

h) Climatology

-kajiiklim

Berdasarkan conoth contoh di atas bentuk istilah memang baik dan sesuai kerana ia seragam, dan boleh dijadikan panduan untuk membentuk pelbagai istilah dalam bahasa Melayu dalam bidang-bidang yang lain mengikut bentuk di atas seperti kajiserangga, kajibintang, kajihaiwan, kajitumbuhan, kajilautan, kajipenyakit dan berbagai-bagai lagi. Demikian juga daripada bentuk istilah seperti di atas menggambarkan bahawa bahasa Melayu memang cukup kaya dengan istilah dan mudah pula membentuk kata-kata istilah baharu dalam bahasa Melayu.

Penggubalan kata istilah di atas ini berlaku kerana kita cuba hendak mempertahankan keaslian bahasa Melayu dan dalam bentuk istilah Melayu yang sedia ada, tetapi mengapa pula perkataan organ diciplak daripada bahasa Inggeris, bahasa asing juga?

Oleh itu, untuk mengelak daripada berlakunya hal-hal seperti di atas, maka ditetapkan dasar kedua, supaya penggubalan istilah lebih mudah dan lebih praktis, dan kita dapat menggubal istilah dengan lebih pantas dan cepat, terutama sekali bidang-bidang ilmu yang sudah tersebar luas di seluruh dunia, seperti farmasi, farmakologi, filologi, fotosintesis, neurologi, antropologi, linguistik, dan yang seumpamanya. Bagi dasar yang ketiga pun penting, kerana bahasa Melayu dan bahasa Indonesia berakarkan induk bahasa yang sama, iaitu bahasa Melayu Johor-Riau. Persamaannya sangat banyak, jika berbeza pun hanya kerana pengaruh persekitaran dan penjajahan yang berlainan. Kalau di Indonesia ada pengaruh bahasa Belanda, di Malaysia pula ada pengaruh bahasa Inggeris yang kuat. Selain itu kita dapat berkongsi membaca buku-buku rujukan, sama ada yang terbit di Indonesia ataupun yang terbit di Malaysia.

Dasar yang seterusnya ialah menggali lebih banyak kosa kata daripada sumber yang lebih tua, iaitu daripada bahasa Melayu klasik dan bahasa Indonesia. Dengan itu akan dapat memperlihatkan kekayaan bahasa Melayu-Indonesia dan ini akan dapat meningkatkan kemampuan dan kudrat bahasa Melayu-Indonesia dalam dunia ilmu pengetahuan. Dasar yang kelima akan dapat merapatkan hubungan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa dunia antarabangsa yang lain, jika membentuk atau menggubal istilah mengikut arus perdana antarabangsa seperti istilah bahasa Inggeris yang sudah menjadi bahasa induk, atau menyerap istilah daripada bahasa Latin yang menjadi induk bahasa barat yang maju seperti Peranchis, Jerman dan Sepanyol. Oleh itu, untuk merealisasikan dasar dasar berkenaan maka DBP telah menyediakan lapan kaedah atau cara, iaitu:

Bagi istilah pinjam-terjemah.

a) Meminjamterjemahkan istilah asing yang sesuai ke dalam bahasa Melayu.

Misalnya:

i. Fixed price

-harga tetap

ii. Market price

-harga pasaran

iii. Price list

-senarai harga

iv. Cost price

-harga kos

v. Cost section

-bahagian kos

Untuk kepentingan kecekapan, keseragaman, penyelarasan, praktis, ekonomi dan ilmiah, maka (mengikut keutamaan):i. Beberapa istilah asing yang sama konsep/pengertiannya dalam satu bidang ilmu tertentu hendaklah ditetapkan dengan satu sahaja istilah Melayunya;

ii. Sesuatu istilah asing yang hanya satu sahaja pengertiannya, walau dalam apa bidang sekalipun, hendaklah ditetapkan dengan satu sahaja istilah Melayunya; dan

iii. Sesuatu istilah asing, hendaklah ditakrifkan Melayunya dalam bentuk istilah (bukan terjemahan) yang ringkas dan jumlah perkataan atau suku kata yang minimum.

Bagi istilah pinjaman, DBP telah memberi pedoman seperti yang berikut:i. Pengambilan istilah asing dan terus menjadikannya istilah Melayu hendaklah terbatas kepada (menurut keutamaan):

a) Istilah ilmiah dalam bidang-bidang ilmu tertentu. Ini bermakna hanya dalam bidang-bidang seperti perubatan, farmakologi, kejuruteraan, aeroangkasa dan seumpanya.

b) Istilah khusus seperti nama tempat atau negeri, orang atau gelaran atau idiom. Contohnya seperti Greenland, Wellington, Burkina Passo, James Watt dan lain-lain.

c) Istilah asing yang belum pernah ada konsepnya, atau tidak ada persamaan Melayunya, atau tidak ada persamaan atau terjemahan yang setepat-tepatnya. Contohnya seperti computer dan digital camera. Kata-kata istilah ini diserap sahaja dengan penyesuaian ejaan dan tatabahasa Melayu menjadi komputer dan digital kamera.

d) Istilah umum yang didapati telah popular/praktis dalam masyarakat pemakai bahasa Melayu-Indonesia. Contohnya seperti radio, televisyen dan sebagainya.

Pedoman kedua untuk istilah pinjaman yang ditetapkan oleh DBP ialah:

Kata istilah pinjaman yang diambil hanya dalam bentuk dasar, sama ada kata nama atau kata sifat. Pengambilan istilah terbitan asing dibatasi kepada unsur-unsur atau bentuk-bentuk yang dapat disesuaikan dengan struktur dan kudrat bahasa Melayu.Contohnya kita meminjam hanya perkataan atom dan tidak boleh meminjam kata atomic, atomization dan yang seumpamanya. Tetapi perkataan nuklear (daripada nuclear) boleh dipinjam, sekalipun kata akarnya nucleus, kerana ini mempunyai pengertian yang khas.

Pedoman yang ketiga untuk istilah pinjaman yang ditetapkan oleh DBP adalah kata yang dipinjam, pada umumnya, hendaklah berdasarkan ejaan asal dan bukan bunyinya dan keutamaannya adalah seperti yang berikut:

a) mengambil bentuk istilah Romawi-Yunani.

Contohnya seperti nama-nama saintifik untuk tumbuh-tumbuhan dan haiwan.

b) mengambil bentuk asal istilah asing dan disesuaikan dengan sistem ejaan baharu bahasa Melayu-Indonesia. Bagi bahagian ini ada dua pecahannya, iaitu:

i. menyesuaikan ejaan konsonan/vokalnya menurut bentuk asal Rumawi-Yunani atau bentuk istilah asal, terutamanya bagi istilah ilmiah, atau

ii. menyesuaikan bunyi ejaan konsonan/vokal istilah asing dengan bunyi menurut ejaan Melayu-Indonesia, terutama bagi istilah bukan ilmiah.Dalam buku Pedoman Pembentukan Istilah yang baharu di atas, banyak perkara dan tajuk baharu dimasuk dan tiap-tiap tajuk diberi takrifnya sekali, sehingga pedoman ini menjadi panduan yang jelas dan tidak mengelirukan. Antara tajuk-tajuk penting yang dimasukkan ke dalam pedoman ini termasuklah:i. Beberapa konsep dasar seperti definisi istilah, tataistilah dan tatanama, istilah khusus dan istilah umum, morfem peristilahan, kata dasar dan kata akar, imbuhan, kata berimbuhan, kata gabungan, bentuk prototaip dan paradigma kata atau perangkat kata;

ii. Sumber istilah, seperti kosa kata bahasa asing; dan skema tatacara pebentukan istilah yang mengandungi tujuh langkah yang ditetapkan seperti yang berikut:

a) Kata dalam bahasa Melayu yang lazim dipakai,

b) Kata dalam bahasa Melayu yang sudah tidak lazim dipakai,

c) Kata dalam bahasa serumpun yang lazim dipakai,

d) Kata dalam bahasa serumpun yang tidak lazim dipakai,

e) Kata dalam bahasa Inggeris,

f) Kata dalam bahasa asing lain,

h) Pilih yang terbaik antara istilah baharu.5.4 Peranan MABBIM

MABBIM ialah sebuah badan kebahasaan serantau yang dianggotai oleh tiga negara, iaitu Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Asalnya badan ini dinamai Majlis Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM), yang ditubuhkan pada 29 Disember 1972, setelah satu Pernyataan Bersama ditandatangani oleh Allahyarham Tun Hussein Onn, Menteri Pendidikan Malaysia, dan Bapak Mashuri Saleh S.H. Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia, pada 23 Mei 1972 di Jakarta. MBIM menjadi MABBIM apabila negara Brunei Darussalam menganggotai majlis ini pada 4 November 1985. Manakala, Singapura masih menjadi negara pemerhati Majlis sehingga kini.

Matlamat penubuhan MABBIM ini untuk membina dan mengembangkan bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan di tiga buah negara anggota tetap berkenaan. Pendek kata MABBIM bertujuan untuk mendaulat, menyebar dan mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa peradapan yang tinggi bukan sahaja di rantau malah di dunia. Usaha ini boleh menjadi realiti apabila usaha usaha peristilahan berterusan dan lebih mantap. Ini meliputi semua bidang keilmuan seperti sains, teknologi, komunikasi maklumat, perubatan, perundangan, perekonomian, kesusasteraan dan sebagainya.

Latihan 5.4.11. Untuk perkembangan Bahasa Melayu, atas alasan apakah dasar-dasar pembentukan istilah di laksanakan? Mengapa?

2. Nyatakan dasar dasar pembentukan istilah bahasa Melayu di Malaysia.

Latihan 5.4.21. Dengan sokongan pengurusan grafik banding bezakan peranan DBP dengan MABBIM dalam perkembangan Bahasa Melayu.

Layari Internet1. Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

5.5 Dasar Pembentukan Istilah Bahasa Melayu

Pada tahun 1950-an, apabila dasar pelajaran kebangsaan dirangka dan diluluskan oleh Dewan Undangan Persekutuan dan kemudian oleh Dewan Parlimen Persekutuan Tanah Melayu, pengajaran sains dan teknologi diperkenalkan dan ditingkatkan. Dengan itu, istilah sains dan teknologi perlu diadakan dengan segera. Bagi mendapat hasil yang seragam dan lebih cepat maka disusun pedoman pembentukan ini sejak tahun 1950-an. Adalah dilarang kita mengambil sembarangan bentuk Inggeris secara sepenuhnya seperti acid, asiditi, dan asidik, kerana bentuk bentuk morfologi Melayu berlainan dengan morfologi bahasa Inggeris.

Manakala pada penghujung akhir tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an telah disusun semula satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci. Berdasarkan pedoman yang baharu itu ada beberapa bahagian yang ditetapkan serta diperluas dari segi dasar, cara dan pedoman, iaitu:i. Pembentukan istilah baru hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang progresif dan fleksibel bagi bahasa Melayu moden;

ii. Istilah baru hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau masyarakat pemakai bahasa;

iii. Pembentukan istilah baru, dalam semua bidang ilmu atau yang popular, hendaklah sentiasa diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia;

iv. Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu dan yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa Melayu-Indonesia; dan

v. Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuk yang jelas dengan istilah asal atau istilah antarabangsa.

Dasar baharu yang ditetapkan ini sudah membawa peluang kepada penggubal-penggubal istilah untuk melihat dengan lebih luas cakupan pandangannya menuju kea rah peringkat antarabangsa. Pada masa lalu apabila menggubal istilah, penggubalan itu dibuat dengan melihat ke dalam bahasa Melayu sahaja. Contohnya jika ada kata berakhiran gy dalam bahasa Inggeris mala dalam bahasa Melayu hendaklah dipakai kata kaji, sedangkan kata-kata dasarnya yang lain dicari kata terjemahannya dalam bahasa Melayu.5.6 Prinsip Pembentukan Istilah

Usaha usaha memajukan istilah Melayu lebih aktif selepas tahun 1975. DBP dengan kerjasama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa Pedoman Umum Pembentuk Istilah. Jawatankuasa ini berfungsi untuk menghasilkan istilah yang seragam antara Malaysia dengan Indonesia. Di samping itu, badan ini juga bertanggungjawab mengembangkan istilah Melayu dan menghasilkan istilah yang lebih khusus, abstrak dan tepat bersesuaian dengan bidang bidang ilmu yang terdapat di Malaysia. Di dalam proses pembentukan istilah, jawatankuasa ini lebih mengutamakan asas bahasa Melayu atau bahasa bahasa serumpun. Pinjaman juga turut dilakukan. Kerja kerja penggubalan istilah dan pembentukan istilah berdasarkan kepada beberapa prinsip tertentu.

Istilah boleh dibentuk dengan menggunakan;

i. Kata tunggal iaitu kata yang tanpa imbuhan.

ii. Kata terbitan.

iii. Kata ganda.

iv. Kata gabungan.

5.6.1 Istilah Kata Tunggal (Tanpa Imbuhan)

Istilah yang berupa bentuk dasar dipilih antara golongan kata utama, saperti kata nama, kata kerja, dan kata adjektif.

Contoh:

Kata nama: buruj constellation

rawan gristle

cahaya light

Kata kerja: pecut

accelerate

Imbas

scan

reka

invent

Kata adjektif: kenyal elastic

Rawak random

Cemas anxious

Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:26) menjelaskan akronim adalah kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan. Contoh :

Cerpen cereka

tabika

kugiran

pawagamRISDA

MARA

ADUN

BERNAMA PLUS

KOBENABERNAS

5.6.2 Istilah Kata Terbitan

Istilah yang berupa kata terbitan dibina daripada kata dasar dengan imbuhan awalan, akhiran, sisipan atau apitan. Istilah kata terbitan ini juga termasuk kata dasar yang menerima imbuhan bahasa Sanskrit, Arab dan Jawa.

a. Paradigma kata dengan imbuhan ber-

Contoh:

belajar pelajar pelajaran

bertapa pertapa pertapaan

bertani petani pertanian

b. Paradigma dengan Penambah me(N)-

Contoh:

Menulis penulis penulisan

tulisan

mengajar pengajar pengajaran ajaran

mengamal pengamal pengamalan

amalan

membesar pembesar pembesaran -

mengubah pengubah pengubahan

-

mengairi -

pengairan

-

c. Paradigma dengan me(N)-, ber-

Contoh:

memberhentikan - pemberhentian perhentian

-

perkecualian

-

- pembelajar

pelajaran

d. Paradigma kata dengan me(N)-, per-

Contoh:

Mempersatukan pemersatu pemersatuan persatuan

Memperoleh

pemeroleh pemerolehan perolehan

mempelajari

pelajar -

pelajaran

e. Paradigma kata dengan ke - an

Contoh:

saksi

Kesaksian

bermakna

Kebermaknaan

terbuka

Keterbukaan

penduduk

Kependudukan

sesuai

kesesuaian

f. Paradigma Kata dengan Sisiapan -en-, -er-, -el-, -em-, -in-

Contoh:

Gigi

gerigi

susu

tenusu

tapak

telapak

kuncup

kemuncup

sambung

sinambung

5.6.3. Istilah Kata Ganda

Istilah yang terdiri daripada kata ganda boleh merupakan gandaan kata dasar sepenuhnya atau sebahagiannya dengan atau tanpa imbuhan atau perubahan bunyi.

a. Ganda Penuh

Contoh:

langit-langit

kanak-kanak

labi-labi

paru-paru

buku-buku

guru-guru

b. Ganda Suku Kata Awal

Contoh:

Tetikus

rerongga

Cecair

Rerambut

gegua

jejari

c. Ganda Suku Kata Awal dengan Imbuhan

Contoh:

dedaunan

pepohonan

jejarian

d. Kata Ganda Berentak

Contoh:

Warna-warni

Batu-batan

Serta-merta

Bengkang-bengkok

Bolak-balik

Hingar-bingar

Dolak dalih

Mudar mandir

Pupu poyang rempah ratus

5.6.4 Istilah Bentuk Gabungan

Istilah boleh dibentuk dengan menggabungkan dua kata atau lebih. Semua unsur dalam gabungan ini terdiri daripada bentuk bebas, sama ada sudah mendapat imbuhan atau tanpa imbuhan.

i. Tanpa Imbuhan:

Contoh:

garis lintang

atas aras laut

daftar masuk mesin atur huruf

mesin kira tangan segi empat tepat

ganda tiga

kamera laut dalam

ii. Dengan Imbuhan Pada Salah Satu Unsurnya

Contoh- contoh seperti :

saksi pendakwa pelarasan gaji

dalam talian

atas talian

mengambil alih menerima pakai

penerima janji gelombang melintang

iii. Dengan Imbuhan pada Kedua-dua Unsur

Contoh - contoh seperti:

Jagaan perlindungan kedudukan anggaran

Perjanjian meluluskan perbelanjaan terealisasi

Latihan 5.41. Berdasarkan contoh contoh di atas, cuba anda senaraikan contoh contoh lain yang berkaitan dengan istilah kata ganda dan bentuk gabungan.

Itu sahaja yang perlu anda lakukan. Semoga berjaya.

Buku rujukan Abdullah Hassan (ed). (1987). Rencana Linguistik. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur (Bab 7: Semantik ,hlm.145-164)

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1994). Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Amat Juhari Moain (2010)Penggubalan Istilah Ilmiah dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azman Wan Chik.1985. Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 2: Latihan Guru Dan Bahan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka

Darwis Harahap (1994). Binaan Makna. http://www.angelfire.com/id/ahmad awang/meaning.html accessed on 5 July 2007.

TAJUK 6SUMBER ISTILAH BAHASA MELAYU

SINOPSIS

Topik ini akan menerangkan tentang sumber istilah Bahasa Melayu. Ini berdasarkan perbendaharaan kata umum Bahasa Melayu, perbendaharaan kata serumpun, perbendaharaan kata bahasa asal , penyerapan istilah asing, bentuk bentuk istilah (ungkapan) asing yang tetap dan pembentukan istilah pelbagai bidang.6.1 Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu

Pembentukan istilah boleh diambil daripada perbendaharaan kata umum bahasa Melayu termasuk kata dari dialek atau bahasa lama. Sesuatu kata yang dipilih untuk dijadikan istilah itu hendaklah memenuhi syarat yang berikut;

kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang dimaksudkan.

kata yang dipilih adalah yang paling singkat (sekiranya ada sekelompok sinonim).

Contoh:

Hospital dan rumah sakit, dipilih hospital

Fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi

kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang.

6.2 Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun

Istilah juga boleh dibentuk daripada perbendaharaan kata bahasa serumpun dengan bahasa Melayu sekiranya tidak terdapat istilah yang diperlukan daripada bahasa Melayu,

Contoh contoh seperti:

gambut (daripada bahasa Banjar) peat nyeri (daripada bahasa Sunda) pain engkabang (daripada bahasa Iban) ellipenut dermaga (daripada bahasa klasik) wharf dening (daripada dialek Kelantan) yoke6.3 Perbendaharaan Kata Bahasa Asal

Sekiranya istilah yang diperlukan tidak terdapat daripada bahasa Melayu dan bahasa serumpun dengan bahasa Melayu maka bolehlah diambil kata-kata daripada bahasa asal atau bahasa asing. Penulisan istilah ini hendaklah mengutamakan bentuk ejaannya di dalam bahasa sumber (perlu disesuaikan) tetapi penyebutannya hendaklah mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Untuk tujuan keseragaman, bahasa Inggeris yang dianggap paling internasional dijadikan sebagai bahasa sumber melainkan konsep yang berkenaan tidak ada istilahnya dalam bahasa Inggeris.

Contoh contoh seperti:

Istilah Bahasa AsalIstilah Bahasa Melayu

Atom

Electron

Professional

Psychology

Structure

Radio

Television

Radiography Atom

Elektron

Profesional

Psikologi

Struktur

Radio

Televisyen

Radiografi

6.4 Penyerapan Istilah Asing

Istilah asing boleh dipinjam atas dasar;

Sesuai maknanya;

Lebih singkat daripada terjemahan bahasa Melayunya;

Istilah asing yang diserap itu mempermudahkan penyelarasan, sekiranya istilah bahasa Melayunya mempunyai banyak sinonim.

6.4.1 Bentuk-Bentuk Serapan

Kata yang diambil daripada bahasa asing terdiri daripada bentuk akar atau terbitannya. Hal ini bergantung pada:

Konteks situasi dan pemakaiannya di dalam ayat;

Kemudahan belajar bahasa; dan

Kepraktisan.

Pada prinsipnya diambil bentuk tunggal contohnya, spectrum (spektrum) kecuali kalau bentuk jamaknya yang lebih biasa dipakai.

6.4.2 Istilah Asing yang sudah lazim

Istilah asing yang sudah lama digunakan boleh terus dipakai walaupun ada kalanya istilah berkenaan tidak sesuai dengan peraturan. Hal ini dilakukan untuk menjauhkan kekacauan dan kekeliruan.

Contoh contoh seperti :

Istilah AsingIstilah Bahasa Melayu

Campaign

Custom

Dengue

Grant

Pension Kempen

Kastam

Denggi

Geran

Pencen

6.4.3 Ejaan Istilah (Ungkapan) Asing yang Tetap

Istilah asing atau ungkapan tertentu yang sebutan dan ejaannya kekal dalam semua bahasa, digunakan juga dalam bahasa Melayu dengan syarat diberi garis bawah atau dicetak miring.

Contoh:

a. bona fide

b. esprit de corps c. fait accomplic. weltanschauung

d. cal de sac

Latihan 6.1

1. Nyatakan dari mana sumber istilah Bahasa Melayu diperoleh?

2. Bahaskan mengapa ungkapan atau bahasa asing amat di perlukan dalam perkembangan peristilahan di Malaysia?

Rujukan Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1994). Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Amat Juhari Moain (2010)Penggubalan Istilah Ilmiah dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

6.5 Pembentukan Istilah Pelbagai Bidang

Pelbagai istilah telah digubal dan dibentuk di dalam pelbagai bidang. Sebagai contoh, istilah - istilah mengikut bidang berkenaan diberikan di bawah:

a) Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Bahasa InggerisBahasa Melayu

Audioconferencing

Autosave

Broadcast

Client-server

Connection-oriented network

Data scrambler

Digital camera

Digital certificate

Digital purse

Digital signatureSidang audio

Autosimpan

Siaran;siar

Pelanggan-pelayan

Rangkaian berorientasikan sambungan

Pengarau data

Kamera digital

Sijil digital

Dompet digital

Tandatangan digital

b) Istilah Undang Undang

Bahasa InggerisBahasa Melayu

Administrative order

Civil disorder

Civil rights

Double jeopardy

Diplomatic immunity

Extradiction

Fraud

Fugitive offender

Fundamental rights

Judicial review

Legitimacy

Mala fide

Mandatory procedure

Native

Natural justicePerintah pentadbiran

Gangguan awam

Hak sivil

Pendakwaan dua kali

Kekebalan diplomatik

Ekstradisi

Fraud

Pesalah buruan

Hak asasi

Kajian semula kehakiman

Kesahan

Mala fide

Tatacara mandatory

Anak negeri

Keadilan asasi

c) Istilah Komputer

Bahasa InggerisBahasa Melayu

Access

Bench mark

Cursor

Data base

Download

End user

Font

Hardware

Integrated circuit

Local area networkCapaian

Tanda aras

Kursor

Pangkalan data

Muat turun

Pengguna akhir

Fon

Perkakasan

Litar bersepadu

Rangkaian kawasan setempat

d) Ekonomi / Pentadbiran Perniagaan

Bahasa InggerisBahasa Melayu

Balance sheet

Bridging loan

Buy out

Buy-back price

By-product

Capital gain

Cash flow

Certificate of authorization

Chief executive officer

Deed of trust

Investment climate

Long term debt

Short-term financing

Sole agent

Steering committeeKunci kira-kira

Pinjaman penyambung

Beli habis

Harga beli balik

Keluaran sampingan

Laba modal / keuntungan modal

Aliran tunai

Perakuan kuasa

Ketua pegawai eksekutif

Surat ikatan amanah

Iklim pelaburan

Hutang jangka pendek

Pembiayaan jangka pendek

Ejen tunggal

Jawatankuasa pemandu

e) Istilah Perhotelan

Bahasa InggerisBahasa Melayu

Ballroom

Banquet

Budget hotel

Buffet

Business centre

Check-in

Check-out

Cocktail

Day use

Deluxe room

Double room

Function room

Luncheon

Twin bed

Waiter (L); waitress (P)Dewan besar

Bankuet

Hotel jimat / hotel kelas ekonomi

Bufet

Pusat khidmat urusan

Daftar masuk

Daftar keluar

Koktel

Guna siang

Bilik mewah

Bilik kelamin

Bilik majlis

Jamuan tengah hari

Katil-kembar

Pramusaji

f) Fotografi

Bahasa InggerisBahasa Melayu

Abstract photography

Between-the-lens shutter

Camera angle

Daylight film

Effective aperture

Flash

Ground-angle view

Half-length portrait

Invisible light

Latitude of exposure

Main lighting

Out of focus

Periscopic lens

Quartz lens

Reflect cameraFotografi abstrak

Pengatup antara kanta

Sudut kamera

Filem warna cahaya siang

Apertur berkesan

Dengar

Pandangan sudut bawah

Potret separuh

Cahaya halimunan

Latitude dedahan

Pencahayaan induk

Luar fokus

Periskop

Kanta kuarza

Kamera reflex

g) Istilah Matematik dan Statistik

Bahasa InggerisBahasa Melayu

Aerial cable

Affine

Affine geometry

Affine variety

Aggregate

Aggregation

Aggregative

Aggregative index

Aggregative modelKabel aerial

Afin

Geometri afin

Aneka afin

Agregat

Pengagregatan

Berdaya agregat; pengagregatan

Indeks pengagregatan

Model berdaya agregat

6.6 Cabaran Cabaran Pembentukan Istilah

Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa istilah amat mencabar. Kritikan yang dilemparkan kepada mereka datang bertubi tubi, khusus daripada kalangan yang kurang memahami rasional di belakang pemilihan sesuatu istilah; dan kritikan sinis ini sering terdengar. Walau bagaimanapun, bagi orang bahasa, linguis dan pendidik, mereka amat memahami keputusan yang telah dibuat; mereka akur pada istilah yang telah dibentuk dan menerimanya dengan hati terbuka. Bagi orang yang tidak memahaminya, tidak semudah untuk mencapai kesepakatan dan persetujuan di dalam pembentukan istilah baru; tentu sekali banyak cabarannya. Walau apapun kritikan yang dilemparkan jawatankuasa istilah tetap dengan pendirian mereka. Hakikatnya kerja yang mereka lakukan berpandu kepada dua kriteria umum:

Kepesatan ilmu :

i. Perkembangan ilmu dalam bidang-bidang tertentu.

ii. Penyerapan istilah-istilah baru mengikut perkembangan semasa.

Kepakaran :

i. Kekurangan pakar di dalam bidang tertentu.

ii. Penentuan sumber istilah (bahasa asal, bahasa serumpun, bahasa pinjaman)

Latihan 6.21. Suatu masa dahulu, banyak isu yang berkaitan dengan peristilahan oleh media-media massa di Malaysia. Beri pendapat anda tentang kualiti peristilahan yang di gunakan. Adakah anda setuju bahasa yang digunakan itu tepat dengan apa yang hendak dinyatakan?

Sila rujuk pakar-pakar peristilahan yang berdekatan dengan anda.

Buku rujukan Dewan Bahasa dan Pustaka (1992) Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur.

Grace, H. (1975).Syntax ang semantics 3: Speech acts. New York: Seminar Press.

Hashim Hj. Musa (2006). Pengantar Falsafah Bahasa. (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.

Nathesan, S. (2001 ). Makna dalam Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur (Bab2:Kepelbagaian Makna bagi perkataan ,hlm 19-26).

Nik Safiah Karim dan rakan(2008) Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Palmer,F.R, (1992). Semantik. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lu,pur (Terjemahan oleh Abdullah Hassan)

Puteri Roslina Abdul Wahid (2005) Peminjaman Kata Bahasa Inggeris Dalam Peristilahan Undang Undang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

O, Grady, W. (2000). Semantics: The analysis of meaning. Addision Wesley Longman.

TAJUK 7ISTILAH SINGKATAN DAN LAMBANG BAHASA MELAYU

SINOPSIS

Topik ini akan menerangkan dan menjelaskan tentang singkatan dan lambang bahasa. Selain itu, cuba menerangkan perbezaan antara singkatan dengan lambang.

HASIL PEMBELAJARAN

Menjelaskan tentang konsep singkatan, akronim dan lambang

dalam bahasa Melayu.

7.1 Konsep dan definisi singkatan dan Lambang

7.1.1 Definisi Singkatan

Menurut Kamus Dewan (2007: 1501) menyatakan singkatan ialah kependekan, ringkasan , merupakan gejala umum dalam pemakaian bahasa. Manakala Nik Safiah Karim dan rakan-rakan (2008: 66) Akronim adalah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai perkataan utuh. Beliau menyatakan ada tiga cara pembentukan akronim. Manakala Asmah Hj. Omar (2009:27) akronim adalah kata selapis yang dibentuk dengan menggunakan suku kata pada kata-kata unsur. Menurut Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu KPM (1992:15) singkatan terbentuk dengan empat cara melalui penggunaan :a) Menggugurkan satu bahagian atau lebih bahagian daripada dasarnya. Misalnya :

lab ( laboratory)

b) Menyingkatkan huruf ejaan, tetapi sebutannya seperti bentuk lengkap. Misalnya:

sin

- sinus

cm

-sentimeter

cos

-konsinus

hab

-habitat

c) Menggabungkan suku kata atau bahagian kata. Misalnya:

Mara

-Majlis Amanah Rakyat

Perkim-Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia

Bernama-Berita Nasional Malaysia

Tadika-taman didikan kanak kanak

Cerpen- cerita pendek

Kugiran-kumpulan gita rancah

Berdikari-berdiri dengan kaki sendiri

Pawagam-Panggung wayang gambar

Perkeso-Pertubunhan Keselamatan Sosial

d) Menggabungkan huruf pangkal setiap kata, istilah begini dipanggil akronim. Misalnya:

JKR

-Jabatan Kerja Raya

TLDM

-Tentera Laut DiRaja Malaysia

IPGKTAR-Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak

LUTH

-Lembaga Urusan Tabung Haji

ABIM

- Angkatan Belia Islam Malaysia

ADUN

- Ahli Dewan Undangan Negeri

IKIM

-Institut Kefahaman Islam Malaysia

7.1.2 Definisi Lambang

Menurut Kamus Dewan Edisi keempat ( 2007: 876) Lambang ialah tanda yang mewakili entiti linguistik seperti bunyi, fonem,suku kata, morfem dan kata yang diterima dalam transkripsi fonetik atau sistem tulisan.

Lambang huruf ialah singkatan khusus berdasarkan kebiasaan yang terdiri daripada satu huruf atau lebih tanpa titik di belakangnya, dan digunakan untuk menandai sesuatu konsep. Contoh :

meter

-meter

-m

kilogram-kilogram-kg

second-saat

-s

ampere-ampere-A

degree-darjah

-K

candela-kandela-cd

radian

-radian

-rad

steradian-steradian-st

mole

-mol

-mol

hecto

-hekto

-h

centi

-senti

-c

mega

-mega

-M

giga

-giga

-G

Latihan 7.11. Penggunaan lambang lambang istilah belum dikuasai dengan sepenuhnya oleh pelajar atau masyarakat di Malaysia. Beri pendapat anda?

Layari internetSila layari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Tamat. Semoga anda berjaya.

TAJUK 8EJAAN DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

SINOPSIS

HASIL PEMBELAJARAN

Topik ini akan menerangkan tentang transliterasi dan transkripsi. Berdasarkan transkripsi dan transliterasi istilah atau perkataan tersebut digunakan dalam bahasa Melayu tanpa mengubah sebutan dan makna asal atau sumber perkataan tersebut. Dalam bahasa Melayu banyak perkataan diperoleh dan dikenal pasti dalam bahasa sumber yang lain. Bahasa bahasa bereknaan seperti bahasa Arab, bahasa Yunani, bahasa Sankrit dan bahasa bahasa lain.

8.1 Ejaan Transliterasi Dalam Bahasa Melayu

Kamus Dewan (2007:1712) menyata transliterasi ada penukaran huruf 9perkataan dsb)daripada abjad sesuatu tulisan (misalantulisan Arab kepada huruf yang selaras bunyinya dsb dalam abjad system tulisan lain (spt Rumi). Ejaan Transliterasi atau alih huruf boleh mengikut perakuan ISO untuk huruf Arab (Perakuan ISO-R233) atau Perakuan ISO-R315 huruf Yunani. Contoh transliterasi Arab. Contoh :

Bismillahirrahmanirrahim

muslimin

mslimat

untaz

ustazah

haji

hajah

fikir

hadith

gaib

zakat

akad

lafaz

solat

iman

imam

talak

lian

sujud

kiam

8.2 Ejaan Transkripsi Dalam Bahasa Melayu

Transkripsi ialah penulisan sebutan yang menunjukkan sebutan dalam bahasa yang bersangkutan.

Istilah asing yang diserapkan ke dalam bahasa Melayu tanpa diterjemahkan, pada umumnya ditranskripsikan lebih dahulu. Misalnya:

bureau-biro

police

-polis

ambulance-ambulans

Ejaan nama khas, yang dalam bahasa sumber ditulis dengan huruf Latin, tidak diubah. Sekiranya nama khas itu ditulis dengan huruf lain, maka diambil ejaannya yang dalam bahasa Inggeris dan kemudian disesuaikan dengan bahasa Melayu. Misalnya:

Baekelund

Cannizzaro

Aquadag

Dacron

Keops

DmitriIvanovic Mendeleev

Anton Chekhov

Mao Tze Tung

Latihan 8.11. Bezakan antara ejaan transliterasi dengan ejaan transkripsi dalam Bahasa Melayu.

2. Dengan merujuk buku dan internet, senaraikan contoh contoh lain ejaan transkripsi yang berkaitan.

3. Merujuk buku atau bahan internet , senaraikan cotoh contoh ejaan transkripsi yang banyak digunakan oleh media massa terutama media cetak di Malaysia.

Tamat. Semoga anda terus berjaya.

Rujukan Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1994). Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Amat Juhari Moain (2010)Penggubalan Istilah Ilmiah dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azman Wan Chik.1985. Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 2: Latihan Guru Dan Bahan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka

Darwis Harahap (1994). Binaan Makna. http://www.angelfire.com/id/ahmad awang/meaning.html accessed on 5 July 2007.

Dewan Bahasa dan Pustaka (1992) Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur.

Puteri Roslina Abdul Wahid (2005) Peminjaman Kata Bahasa Inggeris Dalam Peristilahan Undang Undang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Teuku Iskandar.2008. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

EMBED Unknown

EMBED Unknown

EMBED Unknown

1