bahan rujukan bmm3111 & 3112

38
25/1/2014 http://kembarabahasa.blogspot.com/2010/10/memperingati-37-tahun-pulangnya-zaba- ke.html ZA`BA DALAM BIDANG BAHASA DAN PERSURATAN Sumbangan Pemikiran Za`ba dalam Pelanjutan Tradisi Linguistik Melayu Prof. Dr. Awang Sariyan [Dlm. Abdul Hamid Mahmood et al. 2005. Memartabatkan Warisan Pendeta Za`ba. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris (hlm. 12 19)] Tradisi linguistik Melayu yang diupayakan oleh tokoh setempat dan serantau di Alam Melayu dapat dikesan titik awalnya pada pertengahan abad ke-19, iaitu dengan mengambil tarikh terhasilnya karya tatabahasa Melayu oleh Raja Ali Haji, tokoh persuratan di Pulau Penyengat, Riau. Karya itu berjudul Kitab Bustan al- Katibin dan terbit pada tahun 1857. Karya tersebut merupakan buku pelajaran ejaan dan tatabahasa Melayu. Pada tahun 1859, Raja Ali Haji menghasilkan Kitab Pengetahuan Bahasa pula, iaitu karya yang dapat dikategorikan sebagai kamus dan sekali gus tatabahasa Melayu. Sesudah Raja Ali Haji, kurang jelas perkembangan penulisan linguistik Melayu oleh anak watan Melayu, sehinggalah kira-kira satu abad kemudian muncul seorang tokoh yang cukup gigih dan giat berusaha memantapkan sistem bahasa Melayu formal melalui penyusunan sistem ejaan Jawi dan Rumi, tatabahasa dan retorik. Tokoh itu ialah Za`ba, yang lahir pada 16 September 1895 di Batu Kikir, Jempul, Negeri Sembilan. Za`ba ( Tan Sri Dr. Zainal Abidin bin Ahmad ) diiktiraf oleh masyarakat dan negara Malaysia, khususnya dan Alam Melayu, umumnya sebagai tokoh cendekiawan yang cukup berwibawa. Beliau pemikir dan pencetus beberapa gagasan besar dalam pelbagai bidang agama, ekonomi, bahasa, sastera, politik, pendidikan, dan kebudayaan sebagai suatu keseluruhan yang menandai tamadun Melayu. Dalam bidang agama, beliau dapat digolongkan sebagai cendekiawan yang mendukung gerakan islah. Dalam bidang politik barangkali ada yang tidak tahu bahawa beliau penggerak aktif dalam menyatukan orang Melayu untuk menolak gagasan Malayan Union kerajaan Inggeris. Daripada sekian banyak bidang yang diceburinya, bidang bahasalah yang tampaknya paling banyak dipertalikan orang dengan ketokohan dan sumbangannya. Sehingga kini, nama Za`ba seakan-akan bersinonim dengan perkembangan bahasa Melayu pada zaman baharu. Hal ini tidak menghairankan kerana memang Za`balah yang meletakkan asas sistem bahasa Melayu baharu, baik dalam bidang ejaan, tatabahasa Melayu mahupun retorik. Za`balah yang menandai awal babak perkembangan ilmu bahasa atau linguistik Melayu baharu

Upload: salaross

Post on 22-Oct-2015

210 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

B

TRANSCRIPT

Page 1: BAHAN RUJUKAN BMM3111 & 3112

25/1/2014

http://kembarabahasa.blogspot.com/2010/10/memperingati-37-tahun-pulangnya-zaba-ke.html

ZA`BA DALAM BIDANG BAHASA DAN PERSURATAN

Sumbangan Pemikiran Za`ba dalam Pelanjutan Tradisi Linguistik Melayu

Prof. Dr. Awang Sariyan

[Dlm. Abdul Hamid Mahmood et al. 2005. Memartabatkan Warisan Pendeta Za`ba. Tanjung

Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris (hlm. 12 – 19)]

Tradisi linguistik Melayu yang diupayakan oleh tokoh setempat dan serantau di Alam Melayu

dapat dikesan titik awalnya pada pertengahan abad ke-19, iaitu dengan mengambil tarikh

terhasilnya karya tatabahasa Melayu oleh Raja Ali Haji, tokoh persuratan di Pulau

Penyengat, Riau. Karya itu berjudul Kitab Bustan al-Katibin dan terbit pada tahun 1857.

Karya tersebut merupakan buku pelajaran ejaan dan tatabahasa Melayu. Pada tahun 1859,

Raja Ali Haji menghasilkan Kitab Pengetahuan Bahasa pula, iaitu karya yang dapat

dikategorikan sebagai kamus dan sekali gus tatabahasa Melayu.

Sesudah Raja Ali Haji, kurang jelas perkembangan penulisan linguistik Melayu oleh anak

watan Melayu, sehinggalah kira-kira satu abad kemudian muncul seorang tokoh yang cukup

gigih dan giat berusaha memantapkan sistem bahasa Melayu formal melalui penyusunan

sistem ejaan Jawi dan Rumi, tatabahasa dan retorik. Tokoh itu ialah Za`ba, yang lahir pada

16 September 1895 di Batu Kikir, Jempul, Negeri Sembilan.

Za`ba ( Tan Sri Dr. Zainal Abidin bin Ahmad ) diiktiraf oleh masyarakat dan negara Malaysia,

khususnya dan Alam Melayu, umumnya sebagai tokoh cendekiawan yang cukup berwibawa.

Beliau pemikir dan pencetus beberapa gagasan besar dalam pelbagai bidang – agama,

ekonomi, bahasa, sastera, politik, pendidikan, dan kebudayaan sebagai suatu keseluruhan

yang menandai tamadun Melayu. Dalam bidang agama, beliau dapat digolongkan sebagai

cendekiawan yang mendukung gerakan islah. Dalam bidang politik barangkali ada yang

tidak tahu bahawa beliau penggerak aktif dalam menyatukan orang Melayu untuk menolak

gagasan Malayan Union kerajaan Inggeris.

Daripada sekian banyak bidang yang diceburinya, bidang bahasalah yang tampaknya paling

banyak dipertalikan orang dengan ketokohan dan sumbangannya. Sehingga kini, nama

Za`ba seakan-akan bersinonim dengan perkembangan bahasa Melayu pada zaman baharu.

Hal ini tidak menghairankan kerana memang Za`balah yang meletakkan asas sistem bahasa

Melayu baharu, baik dalam bidang ejaan, tatabahasa Melayu mahupun retorik. Za`balah

Page 2: BAHAN RUJUKAN BMM3111 & 3112

yang menandai awal babak perkembangan ilmu bahasa atau linguistik Melayu baharu sejak

tahun 1920-an, kira-kira satu dekad lebih awal daripada tokoh linguistik Amerika yang cukup

berpengaruh dalam dunia linguistik Barat pada satu waktu dahulu, iaitu Leonard Bloomfield.

Taraf Za`ba sebagai perintis bahasa Melayu baharu diungkapkan dengan menarik sekali

oleh Profesor Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam pidato umum pengurniaan ijazah

Doktor Kehormat Persuratan kepada Za`ba oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun

1973 dengan kata-kata, “Karangannya yang diberi nama Pelita Bahasa Melayu itu sungguh

benar pelita yang menerangi suasana kelam keliru dan menunjuk jalan ke arah kesedaran

orang Melayu akan nilai bahasanya yang merupakan jiwa bangsa itu. Dialah pemukul rebana

kalbu masyarakat kita dalam Dewan Persuratan dan nyaring debarannya masih terdengar ke

hari ini!”

Seorang sarjana besar dari Indonesia Prof. Dr. Harimurti Kridalaksana (1986) mengangkat

Za`ba sebagai Bapa Tata Bahasa Tradisional Melayu Malaysia, setaraf dengan

Sasrasoeganda yang digelar Bapa Tata Bahasa Tradisional Indonesia. Pengangkatan taraf

itu berasaskan pada pengaruh tatabahasa yang disusun oleh Za`ba yang cukup luas dan

dalam tempoh yang panjang dalam sistem pendidikan di negara ini.

Prof. Dr. Asmah Haji Omar (1975), dengan berasaskan peranan buku tatabahasa karangan

Za`ba yang dijadikan buku pegangan dalam sistem pendidikan di negara ini, menganggap

buku Pelita Bahasa Melayu yang terbit dalam tiga jilid itu sebagai bible bagi guru-guru

bahasa Melayu. Menurut Prof. Asmah lagi, sehingga tahun 1968 semua buku teks bahasa

Melayu yang digunakan di sekolah disusun dengan berasaskan buku tatabahasa Za`ba. Hal

ini bererti bahawa pengaruh Za`ba melampaui tempoh paling tidak 30 tahun dalam

perkembangan bahasa Melayu di Malaysia. Malah sesudah munculnya pelbagai aliran

linguistik dalam percubaan menganalisis jalan bahasa Melayu ketika ini, tatabahasa yang

disusun oleh Za`ba masih tetap dirujuki. Buku Tatabahasa Dewan yang menjadi buku

pegangan Kementerian Pendidikan Malaysia, misalnya, masih tetap menggunakan buku

Za`ba itu sebagai salah satu rujukan penting.

Sering juga kedengaran kata-kata sebilangan sarjana linguistik sendiri bahawa setengah-

setengah konsep yang diperkatakan kini sebenarnya telah sedia ada dalam buku Za`ba

tetapi tidak disedari oleh setengah-setengah ahli linguistik moden yang kadang-kadang tidak

suka menoleh ke belakang untuk mengambil manfaat daripada hasil kerja orang terdahulu.

Sebahagian analisis Za`ba yang ternyata masih dapat dijadikan sandaran untuk analisis

bahasa Melayu kini telah saya kemukakan dalam kertas kerja yang berjudul “Penyusunan

Tatabahasa Melayu di Malaysia : Dari Pelita Bahasa Melayu ke Tatabahasa Dewan” untuk

Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu di Universiti Malaya pada tahun 1989.

Page 3: BAHAN RUJUKAN BMM3111 & 3112

Sebelum terbitnya Pelita Bahasa Melayu dalam tiga penggal pada tahun 1940, 1946 dan

1949 (pada tahun 2000 diterbitkan semula dalam edisi ejaan baharu oleh Dewan Bahasa

dan Pustaka), Za`ba sebenarnya telah menghasilkan buku Ilmu Bahasa Melayu pada tahun

1926 dan 1927. Buku Pelita Bahasa Melayu Penggal I yang terbit pada tahun 1940 telah

mula ditulis pada tahun 1934 dan 11 bab selesai pada tahun 1936. Buku Pelita Bahasa

Melayu Penggal II pula siap ditulis pada tahun 1942 tetapi ditangguhkan penerbitannya ke

tahun 1946 sesudah dibaiki dan disemak. Tiga tahun kemudian terbit pula Pelita Bahasa

Melayu Penggal III. Ketiga-tiga buah buku beliau inilah yang menjulang namanya sebagai

pengasas bahasa Melayu baharu. Maka memang kena pada tempatnya beliau dianugerahi

gelar Pendeta dalam Kongres Bahasa Melayu dan Persuratan Melayu Ketiga pada tahun

1956.

Keunggulan Za`ba terletak pada kekuatan dan ketajaman intuisi serta pemerhatiannya

terhadap sistem bahasa Melayu. Walaupun beliau tidak terdedah secara formal dalam

disiplin linguistik, khususnya linguistik moden, analisis yang dihasilkannya membuktikan

bahawa gagasan-gagasan penting dalam bidang ilmu itu ada dalam intuisinya. Apatah

dihairankan kerana segala gagasan yang dikemukakan oleh ahli-ahli linguistik ternama di

Barat itu pun sebenarnya hasil renungan dan pemikiran mereka juga. Dan kita di Alam

Melayu ternyata memiliki pemikir yang setanding dengan sarjana di Barat. Pada saat istilah

fonologi belum dikenal orang di negara in pada tahun 1930-an, Za`ba telah

mengemukakannya lewat analisisnya tentang sistem ejaan bahasa Melayu. Orang yang

tidak memiliki intuisi tentang fonologi tidak mungkin dapat mengetengahkan analisis sistem

ejaan sesuatu bahasa, kerana ejaan atau huruf merupakan lambang atau gambaran sistem

bunyi bahasa.

Prof. Asmah Haji Omar (1976) dapat mengesan beberapa prinsip fonologi yang melandasi

analisis Za`ba tentang sistem ejaan bahasa Melayu. Antaranya termasuklah :

a. Keutamaan ucapan di atas tulisan (kewujudan bunyi mendahului tulisan)

“Maka sungguhpun ada beberapa banyak bangsa seperti Semang, Sakai dan sebagainya

yang tiada mengerti pada jalan tulis-menulis tetapi sekaliannya bangsa-bangsa itu tahu juga

bersuara dan bercakap.”

(Pelita Bahasa Melayu Penggal I, Bab 1, pecahan 3)

b. Huruf sebagai lambang untuk bunyi

“Manusia itu tatkala bertambah-tambah majunya dapatlah ia merupakan tiap-tiap suatu bunyi

yang disebutnya itu dengan suatu gambar – gunanya untuk menampakkan percakapan itu

Page 4: BAHAN RUJUKAN BMM3111 & 3112

kepada mata, supaya dapat difahamkan dengan dipandang sahaja oleh orang yang tiada

mendengar seperti orang yang jauh jarak tempatnya atau masanya daripada orang yang

punya percakapan itu.”

(Pelita Bahasa Melayu Penggal I, Bab 1, pecahan 5)

c. Hubungan antara fikiran dengan mekanisme bahasa

“...Bunyi itu masuk ke telinga mereka langsung terus kepada otaknya. Maka dengan serta-

merta otak itu mengenal akan dia dan mengerti akan maksudnya. Begitulah juga pada

segala bunyi-bunyi lain yang ada bermakna bagi orang yang punya bahasa

itu.”

(Pelita Bahasa Melayu Penggal I, Bab 1, pecahan 1 – 2 )

Dalam usaha mengemukakan sistem ejaan bagi bahasa Melayu, Za`ba turut

memperlihatkan ketajaman intuisinya tentang konsep-konsep fonetik, walaupun dengan cara

yang cukup sederhana. Za`ba memperkenalkan adanya perbedaan bunyi vokal (yang

diistilahkannya sebagai huruf saksi) dan bunyi konsonan (yang diistilahkannya sebagai huruf

benar). Tentang huruf (sebenarnya bunyi) saksi, Za`ba mengenal pasti adanya bunyi vokal

sempit atau tinggi (seperti bunyi u dan i). Za`ba menggolongkan bunyi a, e, o sebagai bunyi

kasar dan e pepet, e, u sebagai bunyi halus.

Demikian juga Za`ba telah mengetengahkan konsep diftong dan vokal rangkap (istilah beliau

bunyi berkait rapat dan bunyi berkait renggang ), ciri suprasegmental (seperti kepanjangan

bunyi) yang menurutnya bukan sifat bahasa Melayu, dan keharmonian vokal. Tentang

keharmonian vokal yang menjadi asas pengejaan kata yang terdiri daripda dua suku kata

dan lebih, prinsip Za`ba berdasar pada keselarasan vokal halus lawan halus dan vokal kasar

lawan kasar. Katanya :

“Pakailah saksi halus di hujung jika bunyi yang dahulunya halus, dan pakailah saksi kasar di

hujung jika bunyi yang dahulunya kasar.”

(Pelita Bahasa Melayu Penggal I, Bab V, pecahan 54)

Analisis Za`ba yang cukup berpengaruh dalam menentukan jalan bahasa Melayu ialah

dalam bidang tatabahasa. Analisis beliau tentang tatabahasa dapat dibahagi kepada dua

komponen utama, iaitu morfologi dan sintaksis, walaupun beliau tidak menggunakan istilah

tersebut. Selaras dengan pengaruh tatabahasa tradisional yang ketika itu mendominasi

disiplin linguistik, analisis Za`ba ternyata banyak yang terikat oleh pendekatan tersebut. Oleh

Page 5: BAHAN RUJUKAN BMM3111 & 3112

sebab itu istilah-istilah tatabahasa yang digunakannya dan cara beliau menjelaskan sesuatu

konsep tatabahasa seluruhnya berdasar pada makna, iaitu ciri utama linguistik tradisional.

Dalam membicarakan kata, Za`ba menggolongkan kata kepada lima golongan yang utama,

iaitu nama, perbuatan, sifat, sendi, dan seruan. Setiap golonga utama itu dipecah-pecahkan

kepada subgolongan. Misalnya di bawah nama ada nama betul dan ganti nama. Di bawah

kedua-duanya ada pula pecahan yang lebih kecil, iaitu nama am atau nama nika dan nama

khas. Tentang perbuatan pula, dipecahkannya golongan itu kepada perbuatan melampau

dan perbuatan tidak melampau, yang kini kita kenal sebagai kata kerja transitif dan kata

kerja tak transitif. Antara gagasan Za`ba yang menarik tentang perbuatan ialah adanya

perbuatan yang dapat menduduki fungsi nama, iaitu yang disebutnya perbuatan nama dan

nama perbuatan. Jelas bahawa hal yang kini dibincangkan oleh ahli linguistik moden sebagai

bentuk nominal telah dibincangkan jauh lebih awal oleh Za`ba.

Tentang sifat pula, Za`ba membahaginya kepada sifat nama dan sifat kata. Yang pertama

merujuk kepada golongan kata yang dikenal sebagai adjektif, sementara yang kedua

merujuk kepada adverba. Dalam keriuhan perancang bahasa dan pengguna bahasa

mendapati tiadanya golongan kata adverba dalam buku Tatabahasa Dewan (sebelum edisi

baharu 2009), maka sekali lagi tatabahasa yang disusun oleh Za`ba dirujuki untuk

mengambil keputusan memasukkan golongan kata itu dalam edisi baharu buku tatabahasa

terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka itu.

Tentang kata sendi pula, Za`balah yang meletakkan asas penggunaan kata sendi yang

tepat, misalnya antara kata pada dengan kata di, ke dengan kepada, dari dengan daripada,

dan yang lain. Hingga kini, ketetapan yang dibuat Za`ba itu menjadi pegangan pendidik dan

pelajar serta masyarakat umum dalam penggunaan bahasa Melayu rasmi.

Analisis Za`ba tentang ayat bahasa Melayu berkisar di sekitar ayat selapis, ayat berlapis,

ayat berkait, dan ayat bercampur. Penggolongan ayat sedemikian tidak jauh berbeda

dengan yang berlaku dalam bahasa-bahasa lain, dan hal ini memenuhi salah satu ciri asas

kesejagatan bahasa. Ayat selapis merujuk kepada konsep ayat tunggal, iaitu ayat ayat yang

terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Ayat berlapis samalah dengan ayat gabungan,

sementara ayat berkait ialah padanan istilah bagi ayat pancangan walaupun konsep ayat

berkait Za`ba lebih banyak berkaitan dengan ayat pancangan keterangan sahaja. Ayat

bercampur samalah dengan ayat campuran, iaitu ayat yang terdiri daripada pelbagai binaan

ayat. Jelaslah bahawa analisis ayat atau sintaksis yang terdapat dalam buku-buku

tatabahasa kini masih tetap berasas pada analisis yang dibuat oleh Za`ba. Yang

membedakannya hanya soal istilah dan kerangka pendekatannya sahaja. Sebagai contoh,

Page 6: BAHAN RUJUKAN BMM3111 & 3112

sementara Za`ba menggunakan pendekatan tradisional, Tatabahasa Dewan, khususnya

dalam aspek sintaksis, disusun berasaskan pendekatan transformasi–generatif.

Jenis-jenis ayat yang terbahagi kepada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat

seruan pun telah dianalisis oleh Za`ba. Demikian juga ragam ayat yang dikenal sebagai ayat

aktif dan ayat pasif telah digarap oleh Za`ba dengan istilah ayat bangun membuat dan ayat

bangun kena buat. Kajian yang saya lakukan menunjukkan bahawa rumus-rumus ayat pasif

bahasa Melayu rasmi yang dikemukakan oleh sarjana-sarjana linguistik moden tidak ada

perbedaannya sama sekali dengan yang telah dikemukakan oleh Za`ba lebih setengah abad

yang silam.

Selain berjasa besar dalam meletakkan asas sistem bahasa Melayu dalam bidang ejaan dan

tatabahasa, Za`ba berjasa besar juga dalam mengetengahkan ilmu retorik. Karyanya Ilmu

Mengarang Melayu yang mula terbit pada tahun 1934 telah dicetak ulang sebanyak enam

kali dalam edisi Jawi hingga tahun 1956 dan terbit pula dalam edisi Rumi (dengan pindaan

dan pembaikan) pada tahun 1962. Buku tersebut memberikan pedoman yang cukup praktis

dalam kerja karang-mengarang, baik dalam bentuk prosa mahupun puisi.

Prof. Dr. Hashim Awang dalam kertas kerjanya “Retorika Melayu dari Tanggapan Za`ba”

untuk Kongres Bahasa Melayu Sedunia (21 – 25 Ogos 1995) mengangkat Za`ba sebagai

tokoh dan pelopor retorik Melayu. Kata beliau, buku Ilmu Mengarang Melayu Za’ba

mendahului buku tokoh retorik Inggeris Cleanth Brooks dan Robert Penn Warren, iaitu

Modern Rhetoric yang terbit enam tahun sesudah buku Za`ba itu.

Pembicaraan tentang pemikiran dan kesarjanaan Za`ba tidak mungkin terungkapkan dalam

makalah sesederhana ini. Kajian yang mendalam lagi analitis dan kritis diperlukan untuk

menghargai jasa dan sumbangan Za`ba dalam bidang bahasa dan persuratan. Usahlah kita

sekadar mengagumi Ferdinand de Saussure, Leonard Bloomfield, Noam A. Chomsky, M. A.

K. Halliday, John Lyons, dan yang lain dari dunia barat sehingga lupa akan kehebatan Za`ba

dalam meletakkan asas perkembangan ilmu bahasa atau linguistik di Malaysia dan di Alam

Melayu. Usaha Universiti Pendidikan Sultan Idris mewujudkan Kursi Za`ba dalam rangka

mengimarahkan dunia kesarjanaan dalam bidang pengajian Melayu merupakan usaha yang

terpuji, bukan sahaja sebagai mengenang jasa bakti beliau sebagai antara tokoh yang

menjadi tonggak Sultan Idris Training College yang merupakan institusi awal universiti

tersebut, malah sebagai penghargaan yang hak baginya sebagai perintis bahasa Melayu

baharu. Demikian juga, usaha kerajaan Negeri Sembilan mewujudkan Teratak Za`ba yang

bersifat muzium tokoh seakan-akan muzium Hemingway di England itu akan dapat

mengabadikan sumbangan Za`ba dalam melanjutkan tradisi keilmuan di rantau berbahasa

Melayu ini.

Page 7: BAHAN RUJUKAN BMM3111 & 3112

Rujukan

Asmah Haji Omar, 1976. "Za`ba dalam Linguistik : Satu Tinjauan mengenai Aspek-aspek

Bahasa yang Diutarakannya" dlm. Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu ( Esei-

esei Penghormatan kepada Pendeta Za`ba ). Kuala Lumpur : Kementerian Kebudayaan,

Belia dan Sukan.

Awang Sariyan, 1977. "Tatabahasa Za`ba dan Tatabahasa Asmah Haji Omar: Satu

Perbandingan dan Penilaian dari Segi Analisa Ayat Melayu". Latihan Ilmiah, Institut Bahasa,

Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu: Bangi Universiti Kebangsaan Malaysia.

Awang Sariyan, 1996. "Penyusunan Tatabahasa Melayu : Dari Pelita Bahasa Melayu ke

Tatabahasa Dewan” dlm. Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harimurti Kridalaksana, 1986. Kelas Kata dalam Bahasa Indonesia. Jakarta : Penerbit PT

Gramedia.

Hashim Awang, 1995. "Retorika Melayu dari Tanggapan Za`ba". Kertas Kerja Kongres

Bahasa Melayu Sedunia (21-25 Ogos 1995), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Syed Muhammad Naquib al-Attas, 1976. "Pendeta Za’ba : Suatu Penghormatan" dlm.

Bahasa, Kesusasteraan, dan Kebudayaan (Esei-esei Penghormatan kepada Pendeta

Za’ba). Kuala Lumpur : Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Page 8: BAHAN RUJUKAN BMM3111 & 3112

http://www.slideshare.net/rosnabil/savedfiles?s_title=183212911-

alirandantokohtatabahasamelayudocx&user_login=wannoryatini

Pengenalan Bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang terkenal dan tersohor di Asia

Tenggara. Pengangkatan martabat bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi malahan bahasa

pengantar dalam pendidikan menunjukkan betapa gagah perkasanya bahasa ini. Secara

amnya, teori bahasa sesuatu bahasa ialah tatabahasa. Tatabahasa menjadi asas untuk

penglahiran bahasa yang indah dan difahami oleh penggunanya. Oleh itu, bahasa dapat

dieksploitasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri. Dengan itu,

tatabahasa mestilah tepqat, lengkap, tuntas dan mudah difahami serta mencerminkan

kebolehan dalaman penutur jati yang ideal. Tatabahasa dirujuk sebagai peraturan atau

hokum bahasa yang menentukan bahasa dapat berfungsi dengan baik, berkesan atau

sebaliknya. Dengan perkataan lain, tatabahasa itu tidak lain daripada himpunan peraturan

umum struktur bahasa yang meliputi bidang morfologi dan sintaksis. Tatabahasa dahulunya

dikenali sebagai nahu. Awang Sariyan dalam Ceritera Bahasa (2002) secara rin gkas

menyatakan tatabahasa ialah peraturan yang membina bentuk-bentuk bahasa yang betul

bagi sesuatu bahasa tertentu. Contohnya, bahasa Melayu mempunyai peraturan-peraturan

tersendiri untuk membentuk kata, frasa dan ayat. Abdullah Hassan dalam Tatabahasa

Pedagogi Sekolah Menengah (2008) pula mendefinisikantatabahasa sebagai susunan

perkataan yang menjadi ayat. Cara-cara perkataan-perkataan dibina dan kemudian disusun

dalam ayat yang juga mempunyai makna. Cara-cara inilah dikatakan sebagai tatabahasa.

Menurut Siri Hajar (1996), tatabahasa diertikan sebagai peraturan-peraturan bagaimana

perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan-perkataan itu bergabung dengan perkataan-

perkataan lain untuk menghasilkan ayat-ayat gramatis. Dengan perkataan lain, tatabahasa

laiah retetan ucapan, pengelompokan serta pengklasifikasian unsure-unsur ucapan menurut

fungsinya. Sebagai kesimpulannya, tatabahasa ialah sistem atau peraturan ataupun undang-

undang sesuatu bahasa yang diketahui oleh masyarakat penutur bahasa itu. Peraturan atau

hukum-hukum dalam struktur bahasa itu akan menghasilkan rumus-rumus baru yang

dipersetujui oleh masyarakat itu kerana bahasa itu sifastnya dinamik, hidup dan berkembang

bersama-sama dengan masyarakat penuturnya. Terdapat 12 kategori tatabahasa yang

diperkenalkan oleh pakar-pakar bahasa. Hanya 4 kategori tatabahasa yang akan kami

huraikan. Antaranya ialah tatabahasa transformasi generatif, tatabahasa tradisional,

tatabahasa structural dan tatabahasa fungsional. TATABAHASA TRANSFORMASI

GENERATIF Pengenalan Tatabahasa Transformasi Generatif mula diperkenalkan dalam

bidang linguistik pada tahun 1957 oleh Avram Noah Chomsky. Beliau ialah seorang ahli

linguistik , pendidik , aktivis politik dan penulis Amerika Syarikat yang prolifik. Beliau dilahir

Page 9: BAHAN RUJUKAN BMM3111 & 3112

dan dibesarkan di Philadelphia, Pennsylvania. Beliau menamatkan ijazah pertamanya pada

tahun 1945 dan pengajian sarjananya pada tahun 1955 di Universiti Pennsylvania. Chomsky

telah mencipta dan memperkenalkan satu bidang linguistik baharu yang diberi nama

tatabahasa generatif berdasarkan teori yang beliau usahakan sepanjang tahun 1950- an.

Beliau telah menerbitkan teori yang dipanggil tatabahasa tranformasi generatif dalam

bukunya yang bertajuk Syntactic Structures (1975) dan Aspects of the Theory of Syntax

(1965) iaitu buku yang telah menghuraikan nahu tranformasi dengan eksplisit dan formal.

Teori ini terkenal kerana kelainan yang ditonjolkan iaitu penggunaan rumus semacam rumus

matematik. Tatabahasa Transformasi Generatif mendapat sambutan dan popular dalam

kalangan para linguistik antarabangsa termasuklah pakar-pakar bahasa di Malaysia.

Pengaruh terhadap tatabahasa Transformasi Generatif ini bukan hanya setakat di Amerika

sahaja malah telah menular ke negara-negara Eropah dan juga ke Asia Tenggara

khususnya Malaysia. Antara tokoh-tokoh bahasa Melayu yang sealiran dan seangkatan

dengan tatabahasa ini ialah Lutfi Abas melalui bukunya iaitu Linguistik Deskriptif dan Nahu

Bahasa Melayu yang ditulisnya pada tahun 1971 , Abdullah Hassan melalui bukunya iaitu

Linguistik Am tahun 1980 , Nik Safiah Karim melalui buku Tatabahasa Dewan (1991) dan

Bahasa Malaysia Syntax (1978) dan beberapa orang lagi ahli bahasa Transformasi Generatif

Melayu. Tatabahasa Transformasi Generatif (TG) merupakan satu aliran mazhab pengkajian

bahasa. TG memberi tumpuan terhadap bidang sintaksis serta mengutamakan bidang

semantik. Dasar utama teori ini ialah dengan menganggap bahawa setiap ayat yang

dihasilkan sebenarnya mengandungi dua peringkat. Peringkat-peringkat tersebut ialah

struktur dalaman dan struktur permukaan.

Struktur dalaman ialah struktur yang mengandungi bentuk ayat dasar atau ayat inti yang

diperlukan untuk membentuk asas makna ayat atau membentuk semantik ayat. Struktur

permukaan ialah struktur ayat yang biasanya telah mengalami perubahan daripada struktur

dalamannya. Ia juga merupakan bentuk ayat yang akan sebenarnya diucapkan oleh si

penutur untuk ditafsirkan oleh bahagian bunyi bahasa atau komponen fonologi. Menurut Nik

Safiah Karim (1993), teori TG mengandaikan adanya dua peringkat struktur ayat iaitu

peringkat struktur dalaman dan peringkat struktur permukaan. Kedua-dua peringkat struktur

ini diterbitkan oleh dua jenis hukum atau rumus tatabahasa. Rumus-rumus tersebut ialah

Rumus Struktur Frasa (RSF) dan Rumus Transformasi. RSF akan membentuk ayat pada

struktur dalaman manakala Rumus Transformasi akan menerbitkan ayat pada peringkat

permukaan. Ayat-ayat yang terhasil daripada kedua-dua bentuk tersebut biasanya tidak

mempunyai persamaan. Ayat yang terhasil daripada struktur dalaman akan menjadi input

kepada pembentukan ayat pada peringkat permukaan. Teori ini juga mengandaikan bahawa

kedua-dua jenis rumus tatabahasa ini menjadi sebahagian daripada unsur kecekapan

Page 10: BAHAN RUJUKAN BMM3111 & 3112

berbahasa seseorang individu. Menurut Chomsky (1965), nahu terdiri daripada set rumus

untuk menghasilkan ayat yang tidak terhad jumlahnya. Nahu ini menganalisis bahasa

berdasarkan himpunan-himpunan tulisan dan bertujuan untuk memudahkan seseorang yang

mempelajari sesuatu bahasa itu dapat membentuk ayat-ayat baharu dan memahami

pertuturan orang lain yang tidak pernah didengarinya. TG juga dinyatakan bahawa nahu

dibahagikan kepada tiga komponen iaitu sintaksis, semantik dan fonologi. Menurut Hashim

Haji Musa (1993), komponen nahu mengikut aliran TG mengandungi lima komponen iaitu

komponen leksikon, komponen kategori atau struktur frasa, komponen transformasi,

komponen fonologi dan komponen semantik. Komponen leksikon dan komponen struktur

frasa sekaligus membentuk komponen dasar dan bergabung dengan komponen

transformasi untuk membentuk komponen sintaksis. Rumusan Kemunculan Tatabahasa

Transformasi Generatif yang diasaskan oleh Chomsky memberi impak kepada arus

perkembangan tatabahasa sejagat. Aliran tersebut telah memberi satu dimensi baru dalam

suatu kesatuan tatabahasa dunia. Teori ini telah mengisi ruang kosong yang ditinggalkan

oleh aliran-aliran tatabahasa sebelumnya. Pendekatan tatabahasa transformasi generatif

telah pun diterapkan ke dalam pengajaran bahasa Melayu di Malaysia. Penerapan ini

dilakukan dengan beberapa pengubahsuaian dengan kehendak dan kriteria bahasa Melayu.

Tokoh-tokoh bahasa di Malaysia seperti Nik Safiah Karim, Arbak Othman, Asmah Hj Omar

dan Hashim Hj Musa telah menggunakan pendekatan Tatabahasa Transformasi Generatif

dalam penulisan buku teks dan pengajaran bahasa Melayu di peringkat universiti.

Kemunculan Tatabahasa Transformasi Generatif telah mempengaruhi senario penyelidikan

bahasa dan merancakkan lagi perkembangan tatabahasa Melayu di Malaysia.

TATABAHASA TRADISIONAL Pengenalan Tatabahasa Tradisional merupakan nahu tertua

di antara jenis-jenis aliran linguistik. Nahu ini mementingkan peraturan preskriptif yang mesti

dipatuhi dan dituruti. Dalam erti kata lain, menurut nahu ini, undang-undang atau tatabahasa

telah disediakan dan penggunaan bahasa mestilah berdasarkan kepada peraturan yang

telah ditetapkan. Ini bermaksud nahu seperti begini akan mewujudkan satu bentuk bahasa

yang betul dan tepat sepanjang masa. Teori Tatabahasa Tradisional mengutamakan bahasa

tulisan. Kemahiran menulis lebih penting daripada kemahiran lisan yang merangkumi latihan

terjemahan daripada bahasa asaran kepada bahasa ibunda ataupun dikenali sebagai

bahasa pertama. Ini kerana bahasa adalah bersifat sejagat. Pengajaran tatabahasa ini lebih

berkonsepkan secara deduktif. Penghafalan hukum tatabahasa yang diajarkan secara

deduktif dan diaplikasikan ke dalam penulisan. Terdapat juga kekecualian daripada hukum-

hukum biasa kerana setiap hukum tidak dapat elak daripada kekecualian. Kesilapan ini

menjadikan masalah kepada murid dan ianya perlu diberikan perhatian.

PELOPOR TATABAHASA TRADISIONAL

Page 11: BAHAN RUJUKAN BMM3111 & 3112

Tatabahasa tradisional di India telah bermula lebih awal daripada yang diketahui berlaku di

Yunani iaitu seawal 300 SM yang dipelopori oleh Panini.Teori Tatabahasa Tradisional oleh

Panini telah mendefinisikan tatabahasa tradisional sebagai ucapan fikiran dan perasaan

manusia dengan teratur serta menggunakan alat untuk membunyikan suara.

IDEA ASAS PANINI

Pengetahuan linguitik tatabahasa di India berasaskan daripada kajian yang dibuat tentang

bahasa Sanskrit iaitu bahasa yang dianggap suci dan digunakan dalam Rig-Veda.

Tatabahasa Sanskrit ciptaan Panini mengemukakan rencana bahasa yang lengkap serta

teliti yang tidak hanya bersandarkan kepada teori falsafah tetapi berdasarkan penelitian dan

pemerhatian secara deskriptif. Selain itu, ciri nahu teori ini mementingkan bahasa tulisan.

Dalam hubungan ini, semua bahasa mempunyai peraturan yang sama dengan bahasa

Yunani. Lalu bahasa Yunani bertapak kepada tatabahasa Inggeris yang amat

mengutamakan makna bagi sesuatu unit nahu itu. Di samping itu semua penutur diwajibkan

mematuhi peraturan dan kesilapan yang dilakukan dianggap sebagai kesalahan. Konsep

teori ini diikuti oleh huraian. pengajarannya lebih banyak tertumpu pada pengajaran nahu

terjemahan. Penghasilan tatabahasa tradisional pula bersifat anggapan yang merupakan

kajian yang berdasarkan kepercayaan atau tanggapan. Keistimewaan tatabahasa ini terletak

pada caranya dikaji, dihurai dan disusun berdasarkan pemerhatian yang halus.

KEPENTINGAN TEORI YANG DIPELOPORI

Kajian Panini yang mengandungi lebih kurang seribu makalah yang memperlihat gejala

perkembangan ilmu linguistik struktural oleh orang Hindu. Tatabahasa tradisional atau

Sanskrit ini dijadikan pedoman memajukan ilmu linguistik di Eropah yang membuka jalan

kepada ilmu perbandingan bahasa. Tatabahasa dan tatabunyi yang dinyatakan oleh Panini

memperlihatkan cara-cara menganalisis bentuk-bentuk bahasa yang memperlihatkan

kesamaan tertentu di antara bahasa-bahasa yang berhubungan kepada penemuan linguistik

perbandingan. Teori ini seterusnya diperkembangkan oleh Plato yang telah mendefinisikan

ayat sebagai rentetan kata yang mempunyai pemikiran yang lengkap iaitu „Logos‟. Rentetan

sejarah perkembangan Tatabahasa Tradisional Panini ( Zaman India 2- 200 SM) Plato,

Aristotles ( Zaman Yunani-300 SM ) Priscian ( Zaman Romawi- 500 SM ) Al-Khalil, Al-Masri (

Zaman Renaissance ) Jason Grimm ( Zaman Perbandingan ) Linguistik moden Ferdinand de

Saussure ( Abad ke-19 dan 20 )

TATABAHASA STRUKTURAL

Definisi Tatabahasa Struktural

Page 12: BAHAN RUJUKAN BMM3111 & 3112

Tatabahasa Struktural mempunyai konsep yang berupa penghuraian (description). Oleh itu,

aliran Tatabahasa Struktural menekankan bahawa tatabahasa: “….. is concerned with the

observable forms, structural functions and inter- relations of the components of sentences of

stretches of utterance” ( Robins, 1971). Dalam Bahasa Melayu ianya bermaksud “….

merangkumi bentuk –bentuk maujud, fungsi struktural dan hubungan saling perkaitan antara

komponen-komponen ayat dalam rantaian pertuturan”. Tokoh- Tokoh Tatabahasa Struktural

Dalam tahun-tahun empat puluhan dan lima puluhan , muncul tokoh-tokoh bahasa seperti

Bloch, Haris, Wells dan Hocket yang membawa pengertian metadologi mereka. Aliran ini

digelar Struktural, taxonomist dan Bloomfieldian. Tatabahasa Struktural dikait dengan era

Linguistik Moden. Antara tokoh yang menjadi pengasas teori deskriptif ialah Ferdinand de

Saussure. Ferdinand menjadi tersohor kerana hasil karyanya dibukukan oleh murid-

muridnya yang mana buku tersebut dikenal dengan nama Course in general Lingistik.

Sesungguhnya Ferdinand menyatakan bahasa mempunyai jirim dan bentuk. Dengan itu

lahirlah Tatabahasa Struktural yang menekankan aspek sistem dan unsur-unsur huraian

bahasa secara mendalam. Aliran Ferdinand berkembang dengan pelbagai mazhab

antaranya ialah mazhab Geneva, Draha dan Glosematik. Sementara itu di Amerika, L.

Bloomfield , Franz Boas dan Edward Sapir juga banyak menurut langkah Ferdinand.

Seorang lagi ahli linguistik Amerika yang terkenal ialah Z.S Haris menjalankan kajian

linguistik secara struktur. Usaha Haris jelas terpapar dalam buku berjudul Structural

Linguistik (1951). Dalam bukunya itu, Haris didapati sangat mementingkan langkah-langkah

dan kaedah yang patut dijalankan untuk mengkaji bahasa. Sementara itu tokoh Tatabahasa

Struktural Melayu Era Tahun 1960-an ialah Asmah Hj. Omar (1968) -Morfologi- Sintaksis,

Bahasa Melayu (Malaya) dan Bahasa Indonesia Satu Perbandingan Pola.” Asmah Hj. Omar

dan Rama Subbiah (1968) - An Introduction to Malay Grammar. Asmah Hj. Omar (1970) -

Bahasa Malaysia Kini: Satu Pengenalan Melalui Struktural (Buku 1-V) dan asraf (1971) -

Mari Belajar Bahasa Kita. Hasilan Asmah Hj. Omar (1993). Nahu Melayu Mutakhir,Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka dilihat berunsurkan aliran struktural. Hal ini jelas

apabila beliau menyatakan kaedah yang digunakan berdasarkan teori sistematik-fungsional,

dari aliran Linguistik London. Ini kerana asas linguistik Asmah berpangkal daripada Universiti

of London di mana beliau mendapat Ijazah Kedoktoran pada tahun 1969. Pemerian beliau

terhadap nahu secara secara bersistem. Maksudnya kajian Bahasa Melayu dihuraikan dari

tingkat bawah iaitu morfem kepada tingkat yang paling atas iaitu ayat dari segi skala

tatatingkat dalam nahu. Penghuraian beliau lebih cenderung kepada deskriptif iaitu mengkaji

dan menghurai segala bentuk gejala bahasa sebagaimana ia wujud dan digunakan oleh

penuturnya. Asmah Hj Omar juga banyak menerangkan secara terperinci aspek morfologi

dan sintaksis secara mendalam. Fokus pengkajianTatabahasa Struktural ialah aspek

penghuraian struktur bahasa. Struktur bahasa merupakan perkaitan antara fonem, sebagai

Page 13: BAHAN RUJUKAN BMM3111 & 3112

unit bunyi, dengan fonem sebagai unit bahasa. Secara asasnya tiap-tiap bahasa terdiri

daripada satu pertalian struktur tersendiri. Antara ciri-ciri Tatabahasa Struktural ialah:

Bahasa ialah pertuturan bukan tulisan Bahasa ialah satu sistem Sistem bahasa ialah

arbitari Bahasa adalah untuk perhubungan Aliran Struktural menekankan pertalian struktur

tersendiri, maka kajian bahasa dijalankan dalam pelbagai peringkat tatabahasa iaitu

morfologi dan sintaksis. Pada peringkat morfologi, sesuatu kata itu digolongkan dalam kelas

tertentu berdasarkan taburan kata-kata dalam struktur ayat. Pada peringkat sintaksis, aliran

struktul memberi tumpuan kepada perkembangan elemen dalam ayat ataupun konstituen-

konstituen dalam ayat. Hal ini merupakan analisis ayat yang memecahkan bahagian-

bahagian dalam sesuatu ayat kepada konstituennya dan selanjutnya mengaitkan tiap-tiap

konstituen kepada konstituen yang lebih besar. Cara pembahagian ini digelar analisis

konstituen terdekat (Immediate Constituent Analysis).(Fries, 1957). Secara khususnya cirri-

ciri Tatabahasa Struktural ialah Mementingkan bentuk atau struktur yang sebenarnya

terdapat dalam sesuatu bahasa

Tidak bertitik tolak daripada ciri-ciri semantik yang terkandung dalam sesuatu unsur

tatabahasa Tidak ada tatabahasa universal atau tatabahasa sejagat Menghindari faktor

berkaitan dengan psikologi, logika dan metafizik Kajian dibuat secara objektif dan saintifik

dengan bukti yang tepat dan betul Rumusan Aliran strultural lebih menekan terhadap konsep

struktur permukaan kerana dengan jelasnya ia berkaitan tingkah laku, bentuk dan struktur

sesuatu bahasa. TATABAHASA FUNGSIONAL Pengenalan Tatabahasa Fungsional

(Functional Grammar) sebenarnya adalah merupakan nama sekumpulan teori linguistik yang

secara umum dapat digolongkan ke dalam linguistik fungsional (linguistic functionalism),

termasuk di dalamnya functional discourse grammar yang dibangunkan oleh linguis Belanda

Simon Dik dan systemic functional grammar yang dibangunkan oleh linguis Inggeris Michael

A. K. Halliday. Di samping itu juga, pandangan Choamsky yang mendapat penambahbaikan

dari Simon C.Dick (1978) telah mengembangkan tatabahasa fungsional. Tata bahasa ini

didasarkan pada fungsi bahasa sebagai satu alat komunikasi. Dalam pada itu juga, tata

bahasa ini tidak diakui sintaksis sebagai sistem yang otonom, melainkan sistem ini

didasarkan pada semantik (Dick,1978). Tatabahasa fungsional adalah salah satu linguistik

moden. Tatabahasa fungsionalnya juga merupakan instrumen simbolik yang digunakan

untuk tujuan berkomunikasi. Pandangan tatabahasa fungsional mendasarkan bahawa

struktur bahasa tidak akan difahami secara tidak baik apabila prinsip pragmatik diabaikan.

Kajian sintaksis dan semantik dilihat sebagai satu dasar konvensyen pragmatik yang

menentukan penggunaan bahasa sebagai interaksi verbal iaitu sintaksis membentuk

kemampuan gramatikal untuk mengekspresi bahasa, sedangkan pragmatik berkemampuan

menggunakan ekspresi bahasa secara sesuai demi mewujudkan kejayaan sesebuah

Page 14: BAHAN RUJUKAN BMM3111 & 3112

komunikasi. Oleh kerana itu, tatabahasa fungsional melibatkan fungsi sintaksis, fungsi

semantik dan fungsi pragmatik. Secara umumnya, tatabahasa fungsional (TBF) adalah teori

yang berusaha menjelaskan susunan bahasa semulajadi dari segi fungsionalnya. Kerana

itulah pengembangan teori ini memusatkan perhatiannya kepada tiga perkara yang saling

berkaitan, iaitu (1) fungsi bahasa semulajadi, (2) fungsi hubungan yang terjadi pada pelbagai

peringkat susunan tata bahasa, dan (3) sasaran yang ingin dicapai. Untuk merealisasikan

perkara di atas, pembangunan teori-teori tata bahasa fungsional ini harus memenuhi tiga

standard, iaitu: 1. Tipologis. Ertinya, peraturan dan prinsip-prinsip teori ini harus dapat

diterapkan dalam mana-mana bahasa semulajadi. 2. Pragmatik. Ertinya, rumusan yang

dikemukakan harus memberi pemahaman mengenai bagaimana ungkapan-ungkapan dapat

digunakan secara efektif dalam interaksi komunikatif. 3. Psikologi. Ertinya, apa-apa yang

dikemukakan oleh tata bahasa fungsional harus bersesuaian dengan perkara-perkara yang

telah diketahui. Dalam pada itu juga, tatabahasa fungsional ada tiga tingkatan fungsi-fungsi

yang menjadi perhatian, iaitu: 1. Fungsi Semantik (Pelaku [Agent], Pesakit [Patient],

Penerima [Recipient], dsb.) Fungsi ini mendefinisikan peranan yang dimainkan oleh peserta

dalam suatu peristiwa atau perbuatan sebagaimana ditunjukkan oleh predikat. 2. Fungsi

Sintaksis (Subjek dan Objek). Fungsi ini mendefinisikan bagaimana sudut pandang suatu

peristiwa atau perbuatan diwujudkan dalam bahasa-bahasa yang diungkapkan. 3. Fungsi

Pragmatik (Tema dan Ekor [Tail], Topik dan Fokus). Fungsi ini mendefinisikan status

maklumat yang diungkapkan dan menyambung ungkapan-ungkapan yang ada dalam

perbincangan atau wacana yang sedang berlangsung itu. Interaksi verbal yang sedang

berlangsung juga dapat digunakan sebagai alat analisis atas pelbagai aspek bahasa dan

penggunaan bahasa, maka tatabahasa fungsional berupaya sekaligus dapat

memaksimumkan tahap tipologis dan meminimakan peringkat abstraksi analisis

linguistiknya. Usaha ini dilakukan dengan mengurangkan kadar abstraksi (aturan, cara kerja,

atau prosedur), sehingga jarak antara struktur berdasarkan teori ini dapat disusun dan

disempitkan. Sekatan abstraksi dilakukan dengan mengikut prinsip-prinsip berikut: 1.

Mengelakkan transformasi (dalam erti operasi perubahan struktur); 2. Mengelakkan elemen-

elemen kosong dalam struktur utama yang tidak mendapatkan ekspresi; 3. Menolak peranti

penapis (filter devices); 4. Tidak melaksanakan penguraian leksikal yang abstrak (sebagai

gantinya, hubungan semantik antara kata dilakukan melalui definisi makna.) Secara ringkas,

formal grammar (atau umumnya disebut grammar sahaja) adalah seperangkat aturan yang

mengatur pembentukan kata, frasa, atau ayat dalam suatu bahasa atau ilmu mengenai hal

itu. Sementara functional grammar adalah model tatabahasa yang memasukkan unsur

fungsi (pemakaian) yang kontektual dalam suatu rangkaian sistem-sistem yang

disambungkan dalam menghasilkan makna. Dengan kata lain, tata bahasa atau tatabahasa

formal hanya tertarik dengan susunan atau proses penyusunan bentuk kata, frasa, atau ayat,

Page 15: BAHAN RUJUKAN BMM3111 & 3112

sedangkan, tatabahasa fungsional memusatkan perhatiannya pada bagaimana para

pengguna bahasa memilih dan menggunakan bentuk atau susunan kata, frasa, atau ayat

tertentu dalam menyampaikan makna yang mereka inginkan. Pilihan yang mereka gunakan

itu sudah tentu tidak akan hanya mahal bentuknya saja, tetapi juga hal-hal kontekstual yang

lain.

http://ptjmatmie.webs.com/

27/1/2014

SINOPSIS

Tujuan utama tesis ini ialah untuk menyatakan tahap perkembangan tulisan jawi dan

contoh-contohnya dikemukan sebelum ini. Oleh yang demikian kita dapat melihat sejarah

perubahan system tulisan jawi itu sendiri.

Saya menerangkan proses perkembangan tulisan jawi dari tahap yang pertama yang

bersifat unsur arab hingga kepada tahap yang terakhir yang bersifat unsur melayu sahaja.

Dengan memahami proses ini sahaja kita akan dapat membaca bermacam-macam

manuskrip lama ataupun sebarang bahan yang dirakamkan dalam tulisan jawi. Oleh sebab

itu sistem tulisan jawi ini perlu dipelajari oleh mahasiswa tahun pertama di universiti dan

penulis-penulis yang menyelidiki bahasa, sastera dan kebudayaan melayu.

Tesis ini dibahagikan kepada enam bab. Bab 1 mengandungi latar belakang kajian

tulisan jawi, konsep tulisan, pendekatan kajian dan beberapa masalah yang sukar dalam

mengkaji tulisan jawi ini.

Bab ii menyatakan contoh-contoh perkembangan perkataan dan memperkenalkan

tulisan jawi lama yang berasal daripada beberapa bahan yang khusus.

Bab iii memberi penganalisisan system tulisan jawi kuno yang telah dibincangkan

oleh Shellabear bab ini juga menyatakan penganalisisan perkembangan bentuk jawi dari

beberapa perkataan tertentu. Dan ini mengandungi pula cadangan untuk membezakan

Page 16: BAHAN RUJUKAN BMM3111 & 3112

keenam-enam vocal melayu dalam bentuk jawi yang belum diperkatakan sehingga

sekarang.

Bab IV menganalisis cara pembelajaran tulisan jawi. Cara yang boleh diterapkan

dengan mudah asalkan kita mengetahui beberapa kaedah yang dinyatakan dalam bab ini.

Cara ini yang berunsur arab dan cara belajar bahagian yang bukan berunsur arab. Dengan

demikian kita baru mendapat ilmu pengetahuan yang sempurna secara keseluruhan. Satu

perkara lagi yang perlu disebut ialah peranan alif yang sangat penting sehingga saya

menerangkan beraneka ragam sifat alif dalam bab ini.

Bab V menerangkan masa depan tulisan jawi dengan mencadangkan supaya kajian

ini diperkenalkan kepada penulis-penulis dan mahasiswa-mahasiswi diperingkat universiti

yang akan membimbing dunia cendekiawan masyarakat melayu pada masa hadapan.

Akhir sekali bab VI adalah bab penutup bagi tesis ini. Bab ini merupakan intisari bagi

bab-bab yang telah pun dibincangkan sebelumnya.

ASAL-USUL TULISAN JAWI

Tulisan jawi ini asalnya daripada tulisan arab yang dipinjam oleh orang melayu. Oleh sebab

huruf-huruf arab mempunyai kekurangan dari sudut lambang-lambang untuk fonem melayu,

maka orang-orang melayu telah meminjam beberapa huruf arab yang telah di parsikan.

Dengan itu bertambahlah jumlah huruf jawi. Huruf-huruf tambahan ini ialah , , چ , ڽ ڤ dan ,ݢ

untuk (g, p,ny,c) dan ng secara satu persatu yang tidak ada pada bahasa arab. Selainڠ

daripada ini terdapat juga beberapa huruf lain yang digunakan di alam melayu ini seperti tha,

nya tanda~ (untuk dal), serta yang lain-lain. Ini boleh kita dapati daripada kitab-kitab agama

berbaris jawa yang ditulis dengan huruf arab atau bahasa disebut tulisan pegoa.

Tulisan dan ejaan jawi sekalipun telah lama dipelajari oleh orang-orang melayu, tetapi tidak

ada rekod yang menunjukkan bahawa ada orang melayu yang mengkajinya kecuali pada

zaman abad terakhir ini terutama oleh pendeta Za'ba. Beliau telah mengkaji ejaan jawi

dengan mendalam sehingga beliau berjaya menyusun satu pedoman ejaan jawi. Selain

Page 17: BAHAN RUJUKAN BMM3111 & 3112

beliau sebenarnya ada orang lain yang tidak kurang gigihnya dalam menggarap sistem ejaan

jawi serta menyusunnya dalam sebuah karangan, tetapi penyebaran tulisannya hanya

berkisar di negeri Johor sahaja iaitu tempat beliau tinggal dan bertugas. Beliau ialah Mejar

Datuk Haji Muhammad Sa'id bin haji Sulaiman, orang kuat, PBM PB diraja Johor

(Pertubuhan Bahasa Melayu yang mula ditubuhkan pada tahun 1888 masihi).

Pengkaji ejaan jawi yang paling ramai jumlahnya ialah dari barat. Mereka telah mempelajari

dan mengkaji tulisan jawi dengan bersungguh-sungguh. Usaha mereka itu dibuat dengan

gigih kerana ada kepentingan-kepentingan tertentu. Tetapi yang penting sekali ialah untuk

mengetahui bahasa melayu dan hasil karya sasteranya. Antara peminat dan/ atau pengkaji

tulisan jawi ialah Worandly, William Mursedan, Klinkar, Rafles, Shellabear, Winston dan lain-

lain. Diantara mereka ini ada yang mengkaji tulisan jawi hanya bertujuan untuk digunakan

bagi terjemahan kitab injil (Baibel) kedalam bahasa melayu. Contohnya Ladyker telah

menerbitkan injil (Baibel) dalam bahasa melayu dengan tulisan jawi pada tahun 1731-33,

begitu juga Kalenkrah pada tahun 1870. Contoh injil (Baibel) yang diterjemahkan ialah kisah

perbuatan rasul-rasul (Acts of the Apostles) yang penulis sendiri ada memiliki naskhah

jawinya.

Selepas Za'ba tidak ada orang yang mengkaji secara mendalam tentang sistem ejaan jawi.

Kalau ada pun hanya penerbitan buku untuk kegunaan, mengajar, menulis, dan membaca

jawi seperti yang diusahakan. Oleh cikgu Haji Abdul Razak Hamid. Pada tahun 1983 dewan

bahasa dan pustaka baru bergerak kuat dan memandang serius tentang sistem ejaan jawi.

Pihak dewan bahasa dan pustaka telah menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji

sistem ejaan jawi. Walaupun begitu pedoman ejaan jawi yang dibuat oleh Za'ba masih

menjadi pedoman utama. Satu kertas kerja tentang sistem ejaan jawi baru dengan beberapa

tambahan dan pindaan telah dibentangkan dalam konvensen ejaan jawi yang diadakan di

Kuala Terengganu pada tahun 1984. Pada tahun 1986 diterbitkan pedoman ejaan jawi yang

disenpurnakan dan pada tahun 1988 diterbitkan daftar ejaan rumi-jawi oleh dewan bahasa

dan pustaka.

KAJIAN KANG KEUNG SEUK

Dalam masa keghairahan untuk meningkatkan semula penggunaan tulisan jawi maka

muncullah seorang pengkaji yang datang dari luar. Kali ini bukan dari barat tetapi dari timur.

Page 18: BAHAN RUJUKAN BMM3111 & 3112

Secara kebetulan sesuai dengan dasar negara sekarang yang memandang ketimur.

Pengkaji ini tidak lain daripada Encik Kang Keung Seuk seorang sarjana bahasa melayu dari

Korea. Beliau telah membuat kajian tentang Perkembangan Tulisan Jawi Dalam Masyarakat

Melayu. Kajian ini merupakan tesis beliau untuk memenuhi keperluan ijazah sarjana sastera

di Universiti Malaya.

Beliau telah mengkaji tentang perkembangan tulisan jawi sejak ia diperkenalkan dalam

masyarakat melayu hingga ke masa kajian ini dijalankan. Dalam kajian itu beliau telah

merujuk kepada kajian yang telah dibuat oleh pengkaji-pengkaji terdahulu seperti Shellabear

(lihat bab III), selain daripada penelitian beliau sendiri yang berdasarkan bahan-bahan yang

beliau pilih dan temui.

Satu hal yang menarik dalam tulisan saudara Kang ini ialah beliau telah mengemukakan

satu teori tentang perkembangan sistem ejaan jawi dari dahulu hingga sekarang iaitu dari

tarikh kira-kira 1200 masihi hingga 1986 (halaman:29). Beliau telah membahagikan

perkembangan tadi kepada dua bahagian besar iaitu pengaruh arab dan unsur melayu.

Bahagian pengaruh arab dibahagikan kepada dua pecahan lagi iaitu ejaan yang

menggunakan baris dan ejaan yang menggunakan shaddah atau sabdu. Sedangkan

bahagian unsur juga melayu dibahagikan kepada dua iaitu penambahan vokal depan dan

penambahan vokal belakang. Beliau telah menganalisis perkembangan dan perubahan

sistem jawi itu secara gemilang dan mudah difahami. Sebagai contoh ialah ejaan perkataan ‘

:Beliau telah mencabarkan perkembangannya begini .(halaman:29) ’تراللو

ترلل ترلل� تراللو تراللو ترالل

Tetapi disini saudara Kang tidak menyebutkan dan memperincikan tentang kekeliruan-

kekeliruan yang banyak timbul dari sebab sistem ejaan yang bertukar dan digunakan itu. Di

peringkat ini sebenarnya timbul banyak masalah iaitu sukarnya membaca jawi dengan betul

seperti perkataan رنچڠ (sejenis aksara atau tulisan orang-orang melayu pada suatu masa

dahulu): ada yang menyebutnya sebagai (rencang) dan ada yang menyebutnya rencong

(A.Samad). (Ahmad,1957) اوتس : (utus) atau (utas), بوسر (busar) atau (busur) dan lain-lain.

Kesukaran-kesukaran diatas hanya dapat diatasi dengan membubuh huruf-huruf vokal.

Dengan itu berlaku perubahan dari pengaruh arab kepada sistem yang berunsurkan melayu

Page 19: BAHAN RUJUKAN BMM3111 & 3112

iaitu dengan menggunakan huruf saksi atau vokal. Namun demikian penambahan vokal itu

tidak dilakukan sepenuhnya seperti بوم untuk (bumi), الك untuk (laki), لاݢ (lagi) dan lain-

lain. Oleh itu kesamaran masih tetap wujud. Oleh itu berlakulah penambahan vokal belakang

sehingga proses itu menjadi lengkap, dan dengan itu sekaligus hilanglah segala kesamaran.

(Bumi) menjadi بومي dan bukan بوم lagi dan بوم sudah menjadi (bom).

Sebenarnya sebelum ejaan jawi menjadi sempurna banyak kekeliruan timbul. Contohnya

nama tempat Muar itu berasal dari muara (iaitu kuala sungai) tetapi ejaan pada masa itu

ialah , موار maka orang menyebutnya sebagai muara. Begitu juga perkataan سرو

sepatutnya (sarwa) tetapi sekarang disebut seru. Seterusnya perkataan تالدن ada yang

menyebut (teladan) dan ada yang kata (tauladan). Etimologi bagi kata ini ialah توالدا (tulada)

apabila di beri akhiran (an) menjadi Pada ejaan jawi lama di tulis . توالدن bunyinya تالدن

(tuladan) dan kemudian ada yang mengejanya sesuai توالدن dengan penggunaan vokal

depan dengan bunyinya توالدن. Namun demikian berlaku pula perubahan dari segi sebutan:

,menjadi (tauladan). Kedua-duanya sebenarnya salah توالدن menjadi (teladan) dan تالدن

(yang benar ialah توالدن ) tetapi akhirnya dimenangkan juga walaupun masih ada , تالدن

orang menyebutnya توالدن , kerana pada ejaan jawi masih banyak yang ditulis , تو توالدن

hanya boleh berbunyi (tu) atau bunyi (tau) sahaja dan تأ mungkin menjadi (ta) seperti تولن, ia

tetap (taulan) bukannya (telan).

Saudara Kang juga telah memberi contoh tentang perkembangan ejaan bagi perkataan

(kuda) .كودا Contoh yang di beri itu amat menarik (halaman 31) sehingga kita dapat

menelurusi perkembangan sistem ejaan yang dilalui oleh tulisan jawi dalam bahasa melayu.

Saudara Kang begitu yakin dengan penemuannya ini sehingga berdasarkan teorinya itu

beliau telah meragui tarikh prasisti Kuala Berang, Terengganu. 702 Hijrah atau bersamaan

1303 masihi). Kononnya prasisti itu berkemungkinan wujud atau dibina pada zaman yang

lebih kemudian. Tetapi dalam hal ini kita lebih yakin dengan hasil penyelidikan Syed

Muhammad Naquib al-Attas yang mengatakan bahawa prasisti itu bertarikh 702 hijrah/1303

masihi. Sehingga kini hasil penyelidikan Profesor Naquib belum ada ahli sejarah yang dapat

membantah atau menyanggahnya.

Selain daripada kekurangan di atas sebenarnya masih banyak terdapat kekurangan dan

kelemahan lain sama ada dari segi penganalisisan atau kekurangan fakta. Sebagai contoh

pada halaman yang 83 dikatakan terdapat tiga buah badan sahaja iaitu Utusan Melayu,

Page 20: BAHAN RUJUKAN BMM3111 & 3112

Dewan bahasa dan pusta, dan pustaka dian yang masih menggunakan dan

memperkembangkan tulisan jawi. Kenyataan ini tidak tepat kerana ada banyak lagi badan

yang masih tepat menggunakan dan memperkembangkan tulisan jawi seperti pustaka aman,

penerbit sulaiman marai, jabatan agama islam johor, jabatan agama islam kelantan, kerajaan

terengganu dan lain-lain. Badan-badan dan jabatan-jabatan ini menerbitkan buku dan risalah

serta majalah-majalah dengan menggunakan tulisan jawi. Contohnya warak jabatan agama

johor dan majalah al-Ihsan. Semua kitab untuk sekolah-sekolah agama johor adalah

menggunakan tulisan jawi dan penerbitnya adalah jabatan agama isalam johor. jika kita

meninjau lebih jauh kerajaan Brunei Darul Salam yang mempunyai masyarakat Melayu yang

masih kuat dan kental tetap mempertahankan tulisan jawi. Disana di tetapkan bahawa setiap

tulisan jawi mesti ditulis dengan keadaan yang lebih besar daripada tulisan rumi seperti

nama-nama kedai; dan kedai-kedai mesti menggunakan tulisan jawi bagi nama kedai atau

syarikatnya. Saya kira Brunei darul Salam tidak boleh di keluarkan daripada kajian saudara

Kang kerana ia tetap masih dalam lingkungan masyarakat melayu walaupun di luar

Malaysia.

Kekurangan atau kelemahan yang terdapat dalam kajian saudara Kang ini

disebabkan antara lain:

(a) Bahan-bahan kajian yang dijadikan asas dalam kajian ini masih banyak yang tidak di

masukkan. Oleh sebab itu penganalisisan bahan serta hasil penganalisisan menjadi

terbatas. Kalaulah pada waktu beliau mengumpul bahan-bahan kajian dibuat dengan teliti

dan tuntas saya kira tidak akan timbul kekurangan-kekurangan ini. Sebagai contoh buku

katan yang di susun oleh Mejar Datuk haji Muhammad Said Sulaiman tidak ada dalam

bibiliografinya. Begitu juga dengan kaedah mengeja yang di susun oleh orang yang sama –

di situ beliau ada menyebut huruf (dal) (د) bergaris di bawah sebagai ganti kepada (dal)

bertitik tiga di bawah. Ia merupakan satu lambang puning dalam bahasa melayu yang

sekarang tidak digunakan. Tulisan-tulisan Mejar Datuk Hj Muhammad Said adalah penting

kerana beliau adalah ahli bahasa bahkan pendita bahasa melayu yang gigih dan

Page 21: BAHAN RUJUKAN BMM3111 & 3112

menghasilkan karya tulisan yang prolifik. Saudara Kang juga tidak memasukkan manuskrip

buku aka’id nasafi yang ditulis pada 998 Hijrah / 1590 Masihi yang merupakan manuskrip

melayu yang tua. Kalau manuskrip ini beliau baca saya fikir hasil kajiannya akan menjadi

berlainan. Contoh ialah dalam manuskrip tersebut ”hingga” dieja hingga; dihinggakan dieja

dihinggakan, sedangkan dalam manuskrip wilkinas (1903) kata (hingga) di eja hingga

sahaja. Ejaan dalam kitab ako’id an-nasafi untuk (kehidupan) ialah kehidupan,

(memfardukan) (memfardukan), perbuatan (perbuatan), (celaka) celaka, (membahagiakan)

(membahagiakan) dan lain-lain. Pada saya ejaan pada manuskrip ako’id an-nasafi lebih

maju pada beberapa bahagian yang terdapat pada kamus wilkinis yang mula terbit pada

tahun 1903. Dalam kamus Wilkinis di eja hidup hidup. Kemudian sumbat di gunakan untuk

ejaan bagi lima perkataan iaitu, (sumbat), (simbat), (sembat), (sambat), dan (sambut). Ini

sungguh teruk sekali.

Oleh sebab tidak tuntas bahan yang di jadikan sandaran maka terdapat kelemahan

pada teori. Contohnya teori perkembangan tulisan jawi (halaman 29). Di situ dikatakan

penambahan vokal depan di buat dahulu, kemudian baru ditambah vokal belakang. Tetapi

dalam manuskrip ako’id an-nasafi terdapat ejaan budi sebagai badi. Ini jelas menunjukkan

vokal belakang telah dinyatakan tetapi vokal depan belum lagi. Ini bermakna bertentangan

dengan teori yang di sebutkan di atas tadi.

Buku rancang melayu yang di susun oleh Raja Hj Muhammad Tahir bin Marhum

Murshad juga tidak ada dalam senarai bibiliografi tesis saudara Kang. Buku ini penting

kerana kerana dalam buku itu (terkarang pada 24 April tahun 1915 tetapi baru di cetak pada

tahun 1928) terdapat satu huruf baru yang diciptakan pada masa itu iaitu bagi panduan huruf

V dalam tulisan rumi. Dalam buku ini di cadangkan huruf بiaitu huruf jawi dan di ب

atasnya di bubuh huruf (V) rumi yang kecil. Pembentukan huruf ini adalah penting tetapi

orang tidak tahu. Oleh sebab itu pada kenuwisan tulisan jawi terkandung pada tahun 1984

diputuskan untuk membentuk huruf (V) iaitu huruf w (wau) dengan jawatankuasa penyemak

Page 22: BAHAN RUJUKAN BMM3111 & 3112

sistem ejaan jawi dewan bahasa dan pustaka (saya sendiri terlibat) telah di cadangkan huruf

f tetapi dengan titik dibawah menjadi f sebagai padanan huruf rumi (V).

Saudara Kang juga, walaupun telah membaca dan meneliti pedoman ejaan jawi yang

disempurnakan yang di terbitkan oleh dewan bahasa dan pustaka tetapi nampaknya beliau

tidak memanafaatkan sistem ejaan baru yang di cadangkan umpamanya ejaan bagi kata

ganda hendaklah diulang dengan membubuh sempang. Ini bukan bermakna ingin meniru

sistem yang digunakan pada pra asasi melayu dahulu (pra asasi) Kuala Berang, Terengganu

misalnya, melainkan ia ingin meniru sistem yang digunakan pada tulisan rumi. Cadangan ini

asalnya di utarakan oleh seorang ustazah (guru agama) yang saya yakin beliau tidak

mungkin mengetahui tentang sistem ejaan jawi pada zaman dahulu. Dalam pedoman ejaan

jawi yang di sempurnakan (PETYD) banyak cadangan yang dibuat. Bahkan apa yang

dicadangkan oleh saudara Kang sudah pun banyak yang disebut dan digarap dalam buku

tersebut. Hanya saudara Kang tidak mahu menjelaskan lagi dalam tesis.

Kedua ialah saudara Kang, walaupun telah memahami tentang peria kuatnya

pengaruh arab – Islam dalam kebuadayaan melayu, tetapi ada hal-hal yang jelas yang beliau

belum dapat menyelaminya dengan mendalam. Satu perkara yang nyata sekali ialah tentang

ejaan kata-kata agama yang di pinjam daripada bahasa arab. Di sini orang melayu sukar

untuk mengubahnya kerana ada hukum agama yang di tetapkan padanya. Secara yang

lebih tepat lagi mentartilkan bacaan kata-kata al-Qur’an adalah wajib dalam Islam. Kalau

tidak tartil bacaan kan membawa kepada senkasi iaitu berdosa. Itu sebabnya ejaan kata-

kata arab (istilah agama) tidak atau jarang diubah, kerana ejaan di ubah akan mengubah

sebutannya. Mungkin akan ada orang yang menyatakan kalau tidak diberi huruf seperti (alif,

wau, ya) sebutan akan salah. Tetapi kalau di bubuh huruf saksi mungkin boleh mengubah

makna. Itu adalah nahu arab. Seperti ahad atau ahad. Kedua-duanya berbeza maknanya,

kerana berbeza panjang pendek sebutannya. Lagipun dalam sistem pendidikan Islam setiap

pengajian bukan hanya bergantung kepada ejaan atau tulisa, Tetapi hendaklah di terima

juga daripada sebutan guru iaitu di terima daripada mulut kuar. Itulah sebabnya timbul

Page 23: BAHAN RUJUKAN BMM3111 & 3112

kaedah menghafal bagi membaca sesuatu perkataan. Sistem ejaan rumi sekarang pun perlu

di pelajari sebutannya bukan hanya berkandung kepada tulisan seperti sebutan rai,

mengetahui, dutandai, iklan, tidak dan lain-lain. Ia bukan ray, mengetahuy, ditanday,

ditanda’i, i?lan, tida?.

Kesimpulan

Walau apa pun kekurangan bahan penyelidikan tempatan yang di jadikan rujukan

tetapi bukan saudara Kang yang merupakan tesis M.A. beliau ini telah berjaya menerokai

satu arena baru dalam kajian tentang perkembangan sistem ejaan jawi hingga ke masa kini.

Banyak pendapat yang dikemukakannya dan pendapat-pendapat itu memberi faedah kita

bersama.

http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2010/07/sejarah-perkembangan-tulisan-jawi.html

SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN JAWI

Pada asasnya bahasa ialah ujaran yang dikeluarkan oleh organ pertuturan manusia yang secara arbitrari melambangkan maknanya dan digunakan oleh satu masyarakat bahasa untuk perhubungan (Hashim Musa:205). Tulisan pula lahir apabila manusia mengetahui bagaimana hendak menyampaikan fikiran dan perasaannya melalui tanda-tanda tampak atau visual dalam bentuk yang bukan hanya dimengerti sendiri tetapi oleh orang lain juga.

Sistem ejaan yang digunakan dalam tulisan Melayu berhuruf Arab yang dikenali juga sebagai ejaan Jawi. Tulisan Jawi digunakan oleh orang Melayu sejak orang Melayu memeluk agama Islam. Orang Arab menggelar orang Melayu sebagai Jawah atau Jawi. Hal ini disebabkan pada zaman dahulu, daerah Asia Tenggara terkenal sebagai Javadwipa. Di Malaysia, sistem ejaan Jawi bukanlah sistem tulisan rasmi tetapi diajar sebagai satu subjek dalam pengajaran di sekolah manakala di Indonesia pula, sistem ini hanya dikenali oleh para pengkaji naskhah Melayu lama.

Page 24: BAHAN RUJUKAN BMM3111 & 3112

Sebelum Bahasa Melayu menerima mana-mana pengaruh, bahasa itu sudah mempunyai sistem tulisannya yang tersendiri walaupun tidaklah begitu sempurna. Aksara rencong ialah huruf Melayu tua yang lebih tua daripada aksara Jawa kuno (tulisan Kawi). Sisa tulisan ini dapat kita lihat dalam tulisan Rencong yang digunakan di Sumatera Selatan, di daerah Bangkahulu dan Palembang di sebelah hulu, manakala tulisan Kawi di Jawa. Masyarakat yang memiliki tulisan kebiasaannya dianggap telah memiliki peradaban yang lebih tinggi berbanding dengan yang lain.

Hingga abad ke-14, Bahasa Melayu telah mengalami pengaruh daripada tiga bahasa, iaitu Bahasa Sanskrit, Bahasa Jawa dan Bahasa Arab. Pengaruh pertama terhadap Bahasa Melayu ialah Bahasa Sanskrit yang dibawa oleh pedagang-pedagang India atau pedagang Melayu yang berurusan dengan negara India. Akibatnya pengaruh indianisasi berkembang dalam budaya Melayu. Para sarjana berpendapat pengaruh Hindu masuk ke alam Melayu sekitar abad ke-14, iaitu zaman kemuncaknya pengaruh Hindu di kepulauan Melayu. Bahasa Sanskrit dianggap asas kepada Bahasa Melayu yang hidup hingga pada hari ini. Tulisan Bahasa Melayu yang asal, iaitu huruf Rencong tersisih tetapi kosa katanya bertambah kaya. Namun begitu, muncul pula tulisan yang dikenali sebagai tulisan Jawi. Didapati bahawa menerusi tulisan inilah Bahasa Melayu terus maju dalam pelbagai bidang. Kebanyakan mubaligh dan golongan cendekia Melayu mengenal pasti bunyi Bahasa Melayu yang tidak terdapat dalam Bahasa Arab. Kekurangan abjad ini telah menyebabkan mereka memilih huruf Parsi dan huruf lain yang mereka cipta sendiri dengan menambah tanda pada huruf Arab yang sedia ada.

Batu bersurat (Rajah 6.2) memperlihatkan pengaruh Bahasa Arab mula menjalar masuk ke dalam Bahasa Melayu. Batu bersurat di Kuala Berang memperlihatkan satu perubahan radikal terhadap Bahasa Melayu. Tulisan pada batu bersurat tersebut memperlihatkan penggunaan huruf-huruf yang dikatakan tulisan Jawi. Tulisan Jawi yang terdapat pada Batu Bersurat Kuala Berang memperlihatkan bahawa tulisan ini telah mengenal abjad Bahasa Melayu dengan agak lengkap. Misalnya, abjad yang terdapat dalam perkataan yang tertulis pada batu bersurat tersebut. Antaranya ialah a (ada), b (bagi), c (cucuku), r (rasul) dan lain-lain. Didapati juga bahawa keseluruhan wacana yang terdapat pada Batu bersurat Kuala Berang itu hanya huruf ‘q,v,x, dan z’ sahaja yang tidak ditemui. Namun demikian, hal ini tidaklah mengatakan bahawa huruf ‘q’ dan ‘z’ tidak ada pada zaman tersebut kerana huruf tersebut sememangnya wujud dalam huruf Arab, iaitu ‘Qaf’ dan ‘Zai’. Pada masa tersebut juga, penulisan kitab agama mahupun kesusasteraan berkembang dengan subur di Aceh. Ini disebabkan keutamaan yang diberikan oleh kerajaan Aceh tentang penulisan keagamaan dan kesusasteraan bercorak Islam. Para pujangga telah diberikan layanan istimewa. Oleh itu, kita dapati perkembangan tulisan Jawi, sedikit demi sedikit, mula mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Melayu.

Pada abad ke-13 merupakan zaman kegemilangan Islam ke alam Melayu. Perkembangan agama Islam telah meletakkan bahasa rasmi agama Islam ialah Bahasa Arab yang mulai mendapat tempat dalam kalangan penganut agama Islam di daerah ini. Bahasa Melayu Kuno yang menggunakan huruf-huruf India bertukar menggunakan huruf-huruf Arab disebut huruf Jawi. Perkataan Jawi ini bermaksud ‘orang Jawa’ atau ‘berasal dari tanah Jawa’. Penulis-penulis Arab pada zaman klasik termasuk Ibn Batutah dalam bukunya “al-Rehlah” menggelarkan pulau Sumatera sebagai Al-Jawah. Oleh itu, orang Arab memanggil orang

Page 25: BAHAN RUJUKAN BMM3111 & 3112

Melayu di Jawa sebagai Jawi dan tulisan Melayu yang menggunakan huruf Arab sebagai tulisan Jawi. Tulisan ini dicampuradukkan dengan tulisan Arab yang menggunakan 29 huruf dengan lima huruf tambahan bukan Arab yang dicipta oleh orang Melayu sendiri. Lima huruf bukan Arab yang terdapat dalam tulisan Jawi ialah Ca ( چ ), Nga ( ڠ ), Pa (ق ), Ga (گ ), dan Nya ( ڽ ). Huruf-huruf ini dicipta untuk melambangkan bunyi-bunyi yang lazim disebut pada lidah Melayu. Huruf-huruf baharu ini ditiru daripada huruf Arab yang seakan-akan sama bentuknya.

Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu. Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Tulisan ini digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. Contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi (Wikipedia, 2008).

SISTEM EJAAN JAWI

Sistem tulisan dan ejaan Jawi dipengaruhi oleh Bahasa Arab dan Melayu. Unsur Arab dan

Melayu mengalami dua tahap perkembangan. Pada tahap pertama, ejaannya menggunakan

tanda baris sebagaimana yang terdapat dalam mashaf  suci al-Quran.  Penggunaan baris ini

bertujuan mendapatkan bunyi yang betul tetapi mengambil masa yang lama untuk

menulisnya kerana terlalu banyak tanda diakritik yang digunakan. Pada tahap kedua tanda

baris tersebut dihilangkan.  Walau bagaimanapun, bentuk ini sukar dibaca oleh mereka yang

baharu belajar Jawi kerana memerlukan masa untuk menguasai dan menggunakannya. 

Oleh itu, tidak lama kemudian lahirlah huruf Jawi versi Melayu yang merupakan ejaan yang

menggunakan huruf saksi atau huruf vokal, iaitu Alif, Wau dan Ya. Dalam buku William

Marsden, A Dictionary of the Malayan language (1812) dan buku R.J. Wilkinson (1903),

didapati bahawa terdapat ejaan yang bercampur dari segi pemilihan huruf. Oleh itu, pada

tahun 1930-an, muncul ahli-ahli bahasa yang cuba menyusun ejaan Jawi secara berasingan.

Antaranya ialah Mejar Dato’ Haji Mohd Said bin Haji Sulaiman daripada Pakatan Bahasa

Melayu Persuratan Buku-Buku Diraja Johor (P.Bm. P.B. DiRaja Johor)  dan Zainal Abidin

Wahid atau lebih dikenali dengan panggilan Za’ba daripada Maktab perguruan Sultan Idris,

Page 26: BAHAN RUJUKAN BMM3111 & 3112

Tanjung Malim.

Dua usaha penting pada peringkat awal penyempurnaan sistem tulisan dan ejaan Jawi ialah

usaha yang dibuat oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Diraja Johor (P. Bm. P. B) yang

menerbitkan sistem ejaan Jawi pada tahun 1937,  dan usaha yang dibuat oleh Allahyarham

Zainal Abidin Bin Ahmad (seterusnya disebut Za'ba) pada tahun 1939. Tulisan Jawi yang

terpakai di sektor pendidikan dan dalam pelbagai urusan sejak awal abad ini hingga tahun

1986 ialah Sistem Ejaan Jawi Za'ba (seterusnya disebut Jawi Za'ba) yang diasaskan pada

tahun 1939.

Sistem Ejaan P.Bm. P.B. DiRaja Johor disusun dalam bentuk risalah yang berjudul Risalah

Bagi Helaian  P.Bm. P.B. DiRaja Johor yang mengandungi 25 halaman dan diterbitkan pada

tahun 1937 dengan menggunakan huruf Jawi. Sistem ejaan ini agak ringkas dan kata dieja

mengikut bagaimana satu-satu suku kata dibunyikan.  Kaedah ini juga mewujudkan huruf Alif

ke belakang apabila wujud imbuhan pada kata dasar. Dalam panduan ini juga terdapat

peraturan ejaan kata dalam bentuk gabungan kata yang digunakan dalam surat rasmi

kerajaan Johor dan juga dalam Buku Katan Melayu. 

Sistem Ejaan Za’ba pula dilengkapkan pada tahun 1938 dalam sebuah buku berjudul Daftar

Ejaan Melayu (Jawi-Rumi). Sistem ini mempunyai persamaan dengan Sistem Ejaan P.Bm.

P.B. DiRaja Johor. Bezanya keterangan yang diberikan agak panjang. Sistem ini juga

digunakan oleh guru pelatih di MPSI. Penggunaannya juga kemudian agak meluas dan

sebahagiannya digunakan dalam penerbitan Utusan Melayu pada tahun 1939.  Sistem ejaan

ini  diolah semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk melahirkan  Sistem Ejaan Jawi

yang Disempurnakan.  Penyempurnaan sistem ejaan Jawi bertujuan seperti berikut (Ismail

Dahman, 1991): 

a. Untuk mewujudkan satu sistem tulisan dan ejaan Jawi yang kemaskini yang sekali

gus menyelaraskan pelbagai kaedah ejaan Jawi yang tidak seragam dalam penggunaan

(sebelum tahun 1986). 

b. Untuk memperbaiki atau membetulkan beberapa kelemahan atau kekurangan yang

terdapat dalam sistem ejaan Jawi lama yang sedang digunakan, iaitu Sistem Ejaan Jawi

Za'ba. 

c. Untuk memodenkan sistem ejaan Jawi (selaras dengan perkembangan ejaan Rumi)

supaya dapat diperluas dan dipertingkatkan penggunaannya menjadi wahana penulisan

Bahasa Melayu moden, tanpa menghapuskan ciri-ciri khusus sejarah dan budayanya, bagi

menghadapi perkembangan bahasa, bangsa dan negara dalam merealisasikan wawasan

tahun 2020 dan seterusnya.

Page 27: BAHAN RUJUKAN BMM3111 & 3112

Pada tahun 1981, Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia (yang dilantik oleh

Y. B. Menteri Pendidikan) telah memperakukan supaya "Sistem Ejaan Jawi yang ada

sekarang hendaklah dikaji semula dan diperkemas. Sebuah buku Daftar Ejaan Rumi-Jawi

yang lengkap hendaklah diusaha dan diterbitkan dengan segera". Untuk melaksanakan

perakuan tersebut, Dewan Bahasa dan Pustaka telah melantik sebuah Jawatankuasa

Mengkaji Semula Sistem Ejaan Jawi pada bulan Februari tahun 1983 (seterusnya disebut

Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP). Jawatankuasa tersebut dianggotai oleh pakar-pakar sistem

ejaan Jawi yang mewakili Pusat Perkembangan Kurikulum, Jawatankuasa Tetap Bahasa

Malaysia, dan Pusat-pusat Pengajian Tinggi Tempatan. Bidang tugas jawatankuasa ini ialah

membuat kajian semula terhadap Sistem Ejaan Jawi Za'ba (Pelita Bahasa Melayu Penggal I

[Permulaan Nahu Melayu] tahun 1941, dan Daftar Ejaan Melayu [Jawi-Rumi] tahun 1949) ,

Sistem Ejaan Jawi Dian (Majalah Dian) dan sistem ejaan Jawi yang digunakan dalam

penerbitan-penerbitan Syarikat Utusan Melayu Sdn. Berhad, serta beberapa penerbitan Jawi

yang lain.)

Hasil kajian Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP (1983) itu dibentangkan dalam Konvensyen

Tulisan Jawi (Anjuran Yayasan Islam Terengganu, dan Dewan Bahasa dan Pustaka) yang

diadakan pada 9-11 April 1984 di Terengganu. Konvensyen ini dihadiri oleh 150 orang pakar

tentang ejaan Jawi, termasuk mereka yang fasih dalam Bahasa Arab dan ahli agama Islam,

yang terdiri daripada wakil-wakil jabatan kerajaan, pusat pengajian tinggi, institusi dan badan

sukarela di seluruh negara, serta beberapa perwakilan rasmi dari negara Indonesia, Brunei

Darussalam, Singapura dan Thailand. Cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa

Ejaan Jawi DBP telah diterima dengan baik oleh peserta konvensyen di Terengganu itu.

Hasilnya telah dirumuskan dan disusun oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam tahun 1985,

dan diterbitkan pada tahun 1986 dalam bentuk buku berjudul Pedoman Ejaan Jawi yang

Disempurnakan (seterusnya disebut PEJYD).

Pada tahun 1987, Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP telah mengadakan pertemuan dan

menerima pandangan daripada beberapa orang pakar serta bersetuju membuat sedikit

pembaikan ke atas rumusan yang terkandung dalam PEJYD tahun 1986 itu. Kemudian,

naskhah pedoman tersebut diperkemas dan diterbitkan sebagai edisi kedua dengan judul

PEJYD yang sama pada tahun 1987.

Pedoman Ejaan Jawi Yang disempurnakan (PEJYD)

Sistem tulisan dan ejaan Jawi yang digunakan sekarang ialah sistem yang termuat dalam

buku Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan yang diterbitkan secara rasmi oleh Dewan

Bahasa dan Pustaka pada tahun 1986 (edisi kedua. 1987; edisi ketiga, 1993).  Sistem ini

merupakan sistem ejaan Jawi yang digunakan, disempurnakan atau dimantapkan daripada

Page 28: BAHAN RUJUKAN BMM3111 & 3112

Kedah Ejaan Jawi yang digunakan sebelumnya yang berasaskan Kaedah Ejaan Jawi Za’ba

(sebagaimana yang terdapat dalam buku Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi, 1949). Pedoman

Ejaan Jawi yang Disempurnakan (1986) dihasilkan daripada rumusan Konvensyen Tulisan

Jawi Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada tahun 1984. Hasil Konvensyen tahun 1984

itu telah diselaraskan dan diperkemas dengan maklumat yang diperoleh daripada

Konvensyen Tulisan Jawi anjuran Pusat Islam, Jabatan Perdana Menteri, pada tahun 1991

dan Seminar Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan pada tahun 1993. Semua maklumat

tersebut disemak dan disahkan oleh Jawatankuasa Teknikal Ejaan Jawi Pusat Islam dan

Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1993-1994. Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa

Melayu yang termuat dalam buku ini merupakan maklumat terkini tentang sistem ejaan Jawi

yang disusun berdasarkan dokumen-dokumen pedoman ejaan Jawi yang telah diterbitkan

oleh DBP, dan maklumat-maklumat pedoman ejaan Jawi yang diselaraskan selepas itu,

khususnya daripada terbitan-terbitan yang berikut:

a. Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan

Pertama Edisi Ketiga, 1993.

b. Daftar Ejaan Rumi-Jawi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Kedua, 1989.

Tulisan Jawi ditulis (dan dibaca) dari kanan ke kiri (seperti sistem tulisan Bahasa Arab).

Sistem tulisan ini tidak mempunyai huruf besar atau huruf kecil seperti tulisan Rumi, tetapi

perubahan bentuk huruf akan berlaku bagi beberapa huruf tertentu apabila dirangkaikan

dengan huruf yang lain dalam penulisan sesuatu perkataan. Abjad Jawi Bahasa Melayu

sekarang mengandungi 37 huruf bentuk tunggal yang tersusun seperti di Jadual 6.2.

Jadual 6.2: Abjad Jawi, Bahasa Melayu

Huruf Jawi Nama Padanan Rumi

ا   alif a

ب ba b

ت ta t

ta marbutahة t/h

ث sa [tha] s, (th)

ج jim j

چ ca c

ح a],ha [h ),h, (h

خ kha [khO] kh

Page 29: BAHAN RUJUKAN BMM3111 & 3112

د dal d

ذ zal [dhal] z, (dh)

ر ra [rO] r

ز zai z

س sin s

ش syin sy, (sh)

ص Od],sad [s ),s, (s

ض Od],dad [d ),d, (d

ط O],ta [t ),t, (t

ظ O],za [z ),z, (z

ع ain [ain]awal: a, i, u akhir: k, (‘)

غ ghain gh

ڠ nga ng

ف fa f

ڤ pa P

ق qaf k, q, (q)

ك kaf k

ڬ ga g

ل lam l

م mim m

ن nun n

و wau w, u, o

ۏ va v

ه ha h

ء hamzahawal: gugur akhir: k, (’)

ي ya y, i, e taling

Page 30: BAHAN RUJUKAN BMM3111 & 3112

ى ye [ye] e pepet akhir

ڽ ny ny

Dipetik daripadahttp://www.karyanet.com.my/knetbeta/dbp_jawi/pengenalan/3-

01_latarbelakang.htm pada 10 Julai 2008.

Catatan 1: Huruf di dalam tanda kurung ialah padanan untuk transliterasi huruf Arab kepada

huruf Rumi dan padanan untuk mengeja istilah khusus daripada Bahasa Arab.

Catatan 2: Huruf  3 (ta marbutah) disepadankan dengan huruf Rumi h dan t; dan t bagi

padanan transliterasi.

TOKOH-TOKOH KESUSASTERAAN MELAYU

Terdapat beberapa tokoh-tokoh yang terkenal dalam Kesusasteraan Melayu kerana jasa mereka menyumbangkan hasil-hasil karya. Antaranya:

Tun Sri Lanang

Hamzah Fansuri

Raja Ali Haji

Abdullah Munsyi

Syed Syeikh al-Hadi

Ahmad Rashid Talu

Abdul Rahim Kajai

Muhammad Yassin Maamur

Ishak Haji Muhammad

Keris Mas

Shahnon Ahmad

Usman Awang

A. Samad Said

Arena Wati

Muhammad Haji Salleh

Noordin Hassan

Abdullah Hussein

S. Othman Kelantan

1. Tun Sri Lanang

Page 31: BAHAN RUJUKAN BMM3111 & 3112

Nama sebenarnya ialah Tun Muhammad bin Tun Ahmad. Beliau ialah Bendahara Johor semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil (1570 – 1579). Pada tahun 1613, beliau dibawa ke Acheh apabila Johor dikalahkan oleh Acheh. Di sana beliau mengajar bahasa Melayu kepada Syeikh Nuruddin al-Raniri dan menyambung penulisan bukunya, Sejarah Melayu. Buku tersebut membolehkan kita mengetahui sejarah dan budaya bangsa kita pada hari ini.

2. Hamzah Fansuri

Hamzah Fansuri ialah seorang pujangga Melayu-Islam pada zaman kegemilangan Acheh. Beliau dilahirkan di Barus, Sumatera Utara. Beliau terkenal sebagai seorang penyair dan ahli tasauf. Ajarannya ditentang oleh Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf dari Singkel. Sultan Acheh mengarahkan buku-buku karangan Hamzah dibakar. Hamzah mempelopori genre syair di dalam Kesusasteraan Melayu. Beliau menulis Syair Perahu, Syair Burung Pungguk, Syair Dagang, Syair Sidang Fakir dan Syair Burung Pingai. Selain itu, beliau menulis kitab Sarab al-Asyikin dan Asrar al-Ariffin fi-Bayan Ilmu al-Suluk wal-Tauhid.

3. Raja Ali Haji

Raja Ali Haji dilahirkan di Pulau Penyengat, Riau. Berketurunan pembesar Bugis. Beliau terkenal sebagai ahli bahasa. Beliau menulis buku tatabahasa Melayu yang berjudul Bustan al-Katibin (Taman Pujangga) pada tahun 1857. Di samping itu, beliau menulis sebuah kamus yang diberi judul Kitab Pengetahuan Bahasa. Karya beliau yang terkenal ialah Tuhfat al-Nafis. Karya historiografi ini telah memasukkan tarikh mengikut kalendar Hijrah. Selainnya ialah Syair Abdul Muluk, Syair Suluh Pegawai, Syair Siti Sianah, Syair Gemala Mastika, dan Gurindam Dua Belas. Sebagai penulis yang prolifik, beliau bukan sahaja menyumbang kepada bidang kesusasteraan malahan juga sejarah dan bahasa.

4. Abdullah Munsyi

Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Syeikh Abdul Kadir. Abdullah amat meminati bidang penulisan. Sehubungan dengan itu, beliau telah menghasilkan karya asli, terjemahan, dan puisi. Karya asli beliau ialah Kisah Pelayaran Abdullah (1838), Dawa’il Kulub (1838) dan Hikayat Abdullah (1840). Beliau telah menterjemah Hikayat Panca Tenderan (1838). Karya puisi beliau ialah Syair Singapura Terbakar (1830) dan Syair Kampung Gelam Terbakar (1847). Sementara penerbitan naskhah lama yang diusahakannya ialah Sejarah Melayu (1830) dan Kitab Adat Segala Raja-raja dalam Segala Negeri (1837).

Karya Abdullah Munsyi menampakkan ciri moden dan pengekalan ciri sastera klasik. Isi karyanya realistik. Abdullah juga memperkenalkan genre karya yang baru iaitu autobiografi dan memoir. Oleh sebab itu, para sarjana seperti Ismail Hussein, Kassim Ahmad, dan Yahya Ismail melabelkan Abdullah Munsyi sebagai ‘Bapa Kesusasteraan Melayu Moden’. Namun demikian, masih terdapat ciri sastera klasik di dalam karya Abdullah Munsyi. Beliau masih meneruskan penggunaan syair di dalam karyanya. Di samping itu, beliau menyisipkan puisi di dalam karya berbentuk prosa.

5. Syed Syeikh al-Hadi

Nama beliau yang sebenarnya ialah Syed Syeikh bin Ahmad al-Hadi. Beliau dilahirkan di Kampung Hulu, Melaka pada tahun 1867. Beliau mendapat pendidikan di Mekah, Beirut dan

Page 32: BAHAN RUJUKAN BMM3111 & 3112

Kaherah. Pernah belajar dengan Muhammad Abduh, seorang reformis Islam. Beliau mengelolakan penerbitan al-Imam (1906-08) dengan rakannya Syeikh Muhammad Jalaluddin al-Azhari, Syeikh Muhammad Salleh Al-Kalali dan Haji Abbas Mohammad Taha setelah kembali ke tanah air.

Beliau menghasilkan novel saduran pertama berjudul Hikayat Faridah Hanum. Keuntungan jualan novel itu digunakan untuk mendirikan The Jelutong Press, Pulau Pinang. Syarikat percetakan itu menerbitkan majalah al-Ikhwan (1927) dan akhbar Saudara (1928). Syed Syeikh al-Hadi merupakan seorang tokoh sastera, agama, pendidikan, dan wartawan yang berwibawa. Beliau merupakan tokoh reformis Islam yang secara sedar menyuarakan keburukan budaya Barat, kepentingan pendidikan, emansipasi wanita dan Islam yang progresif.

6. Ahmad Rashid Talu

Nama sebenar beliau ialah Ahmad bin Mohammad Rashid. Beliau keturunan Minangkabau. Gelaran ‘Talu’ di hujung namanya ialah nama kampung asal orang tuanya di Sumatera. Ahmad Rashid Talu dilahirkan pada tahun 1889 di Pulau Pinang. Perkenalan dengan Syed Syeikh al-Hadi mungkin menjadi sebab beliau bergiat aktif di dalam bidang penulisan. Beliau pernah berkhidmat dengan akhbar Bahtera pada tahun 1932. Ahmad Rashid Talu terkenal di dalam bidang penulisan novel. Beliau menghasilkan novel Kawan Benar (1927), Iakah Salmah? (1928), Dua Belas Kali Sengsara (1929), Siapakah Jahat atau Datuk Chenchano (1930-31) dan novel yang tidak selesai berjudul Rahmah binti Abdullah.

Beliau pernah menerbitkan majalah cerita yang dinamakan Kawan Bercakap pada tahun 1934 tetapi diberhentikan kerana tidak cukup modal. Ahmad Rashid Talu merupakan pelopor novel Melayu berunsur tempatan. Novelnya Kawan Benar berlatarkan Tanah Melayu, wataknya orang Melayu, serta mengemukakan persoalan dan permasalahan dalam masyarakat Melayu. Beliau juga menghasilkan novel Melayu asli, bukan saduran atau terjemahan atau adaptasi. Di samping itu, beliau merupakan novelis pertama mengemukakan watak bukan Melayu. Watak itu ialah See Ho di dalam novel Dua Belas Kali Sengsara.

7. Abdul Rahim Kajai

Nama beliau yang sebenarnya ialah Haji Abdul Rahim bin Haji Salim. Beliau dilahirkan di Setapak, Kuala Lumpur pada tahun 1894. Abdul Rahim mendapat pendidikan Melayu dan Inggeris. Beliau berkhidmat dengan akhbar Idaran Zaman, Saudara, Majlis, Warta Malaya, Utusan Melayu, Perubahan Baru dan Berita Malai sebagai wakil, penolong pengarang dan pengarang di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Singapura. Beliau diberi gelaran ’Bapa Wartawan Melayu’ kerana usaha yang bersungguh-sungguh memupuk semangat kebangsaan di dalam kalangan orang Melayu.

Di samping itu, beliau merupakan seorang pelopor di dalam bidang cerpen kerana menghasilkan banyak cerpen antara tahun 1936 hingga 1941. Beliau menghasilkan 36 buah

Page 33: BAHAN RUJUKAN BMM3111 & 3112

cerpen yang disiarkan dalam Warta Jenaka dan 12 buah cerpen yang disiarkan dalam Utusan Zaman dan Mastika. Kumpulan cerpen beliau telah dibukukan. Antaranya ialah Pusaka Kajai (1949), Banyak Udang Banyak Garam (1961), dan Lain Padang Lain Belalang (1961). Di dalam bidang kewartawanan, Abdul Rahim Kajai menghasilkan buku Panduan Wartawan (1941). Beliau pernah menghasilkan novel saduran berjudul Cerita Dzul-Ruhain (1930-31).

8. Muhammad Yassin Maamur

Beliau dilahirkan di Brickfield, Kuala Lumpur pada 18 September 1910. Pendidikan yang diterimanya terputus-putus. Memasuki Sultan Idris Training College (SITC) dari tahun 1929 hingga 1931. Pernah menjadi guru penolong, guru besar dan guru pelawat. Minat Muhammad Yassin (Punggok) di dalam bidang kesusasteraan timbul semasa berkawan rapat dengan Abdullah Sidek dan Ibrahim Yaacob di SITC.

Dalam tahun 1933, beliau menulis puisi berjudul ‘Di Tengah Segara’ di dalam Majalah Guru, kemudian diikuti dengan lima buah sajak lagi dalam majalah yang sama. Punggok merupakan penyair yang prolifik pada zamannya. Sajak-sajak awal beliau masih terikat dengan Puisi Melayu Tradisional. Sajak Punggok yang bebas sepenuhnya daripada tradisi lama ialah ‘Tak Disangka-sangka’. Di samping puisi, beliau juga menghasilkan cerpen yang disiarkan dalam Warta Ahad, Warta Jenaka, Majalah Guru dan Majlis. Pada tahun 1936, beliau menghasilkan novel yang berjudul Suka dan Duka.

9. Ishak Haji Muhammad

Nama sebenar beliau ialah Awang Ahmad bin Haji Muhammad. Lahir di Kampung Bukit Seguntang, Temerloh, Pahang pada 14 November 1910. Beliau pernah menjadi Pegawai Pentadbir Melayu, guru, ahli politik, wartawan, dan pengarang. Semasa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu, Ishak menjadi pengarang Berita Malai dan turut menyumbang untuk Semangat Asia dan Fajar Asia. Beliau menulis cerpen dan novel yang bertemakan semangat kebangsaan, kritikan sosial dan ekonomi. Bagi mengenang jasa beliau, kerajaan Malaysia menganugerahkan gelaran Pejuang Sastera kepadanya pada tahun 1973. Ishak meninggal dunia pada tahun 1994.

Di dalam bidang penulisan, Ishak menggunakan nama-nama pena yang lain seperti Pak Sako, Pak Pandir Moden, Isako San, Anuar, Hantu Raya dan Lamri. Cerpen beliau dimuatkan dalam kumpulan Segar. Novel yang beliau hasilkan ialah Putera Gunung Tahan, Anak Mat Lela Gila, Budak Beca, Jalan ke Kota Bharu, Pengantin Baru, Cemburu Celik, Menari yang Lari, Pertemuan di Sungai, Selayang Pandang, Anak Dukun Deraman, dan Tijah Tukang Cukur. Di samping itu, beliau menulis rencana di dalam Warta Malaya dan Suluh Malaya. Beliau juga mengelolakan ruangan pojok dalam Warta Malaya, Utusan Melayu, dan Utusan Zaman.

10. Keris Mas

Nama sebenar beliau ialah Kamaluddin bin Muhammad. Beliau dilahirkan pada 10 Jun 1922 di Kampung Ketari, Bentong, Pahang. Beliau pernah menyertai parti politik, berkhidmat

Page 34: BAHAN RUJUKAN BMM3111 & 3112

dengan akhbar-akhbar Warta Negara dan Utusan Melayu, Ketua Pengarang Dewan Bahasa dan Dewan Sastera, Penulis Tamu di DBP, dan Karyawan Seni di Universiti Malaya. Sasterawan Negara yang pertama ini pernah bergiat dalam ASAS 50 di Singapura. Beliau menulis cerpen dan novel. Keris Mas mengemukakan karya yang menyentuh pelbagai persoalan. Antaranya ialah nasionalisme, darurat, kritikan sosial, ekonomi, politik, dan sebagainya.

Cerpen Keris Mas termuat di dalam kumpulan bersama pengarang-pengarang lain dan perseorangan. Misalnya Mekar dan Segar (1959), Dua Zaman (1963), Patah Tumbuh (1973), Koleksi Cerpen-cerpen Malaysia (1977), Cerpen-cerpen ASEAN (1978), Menunggu Ratu Adil (1985) dan Dongeng Merdeka (1985). Novel-novel yang beliau hasilkan ialah Pahlawan Rimba Malaya (1946), Korban Kesuciannya (1949), Anak Titiwangsa (1967), Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur (1982), dan Rimba Harapan (1986). Keris Mas kembali ke Rahmatullah pada tahun 1995.

11. Shahnon Ahmad

Shahnon Ahmad dilahirkan di Kampung Banggul Derdap, Sik, Kedah pada 13 Februari 1933. Menerima pendidikan di sekolah Melayu, sekolah Inggeris di Alor Setar, dan lulus Senior Cambridge daripada Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar. Pernah menjadi askar, guru, pegawai penyelidik kamus di Universiti Kebangsaan Australia dan pensyarah. Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Sik, Kedah.

Shahnon menulis cerpen, cerpen terjemahan, novel, drama, esei dan kritikan sejak tahun 1954. Koleksi-koleksi cerpen beliau ialah Cepu Kencana, Anjing-anjing, Debu Merah, Selesai Sudah, dan Seketul Hati Seorang Pemimpin. Novel yang telah dihasilkannya ialah Rentung, Terdedah, Ranjau Sepanjang Jalan, Menteri, Protes, Perdana, Srengenge, Kemelut, Seluang Menodak Baung, Al-Syiqaq 1, Tunggul-tunggul Gerigis, Patriarch, Tok Guru, Sutan Baginda, dan Tivi. Namun demikian, karyanya yang paling kontroversi ialah Shit. Drama-drama yang beliau hasilkan ialah Si Anak Rempang, Daging Darah, Monyet, Gembang-gembong Jakarta, dan Anak Rampang Karam di Kota. Di samping semua itu, Shahnon juga gemar menulis esei sastera dan esei sastera Islam serta kritikan. Antaranya ialah ‘Mengapa Aku Menulis Ranjau Sepanjang Jalan’ (1969), ‘Sastera Melayu dan Islam’ (1978), ‘Sastera Kita Merosot’ (1973), dan ‘Pengarang Kurang Gunakan Imaginasi’ (1976).

Shahnon ialah pengarang serba boleh kerana berkeupayaan menghasilkan karya-karya bermutu dalam bidang cerpen, novel, drama, esei dan kritikan. Beliau juga merupakan pengarang yang mahir dengan permasalahan masyarakat desa (membicarakan penderitaan dan kemiskinan petani-petani Melayu). Oleh sebab itu, Allahyarham Tun Abdul Razak pernah memberi gelaran ‘Victor Hugo Melayu’ kepadanya. Beliau ialah penerima Anugerah Sastera Negara yang membawa gelaran Sasterawan Negara ke-2 pada tahun 1982. Di samping itu, beliau dianugerahi gelaran Dato’ oleh Sultan Kedah.

12. Usman Awang

Page 35: BAHAN RUJUKAN BMM3111 & 3112

Usman bin Awang lebih dikenali dengan nama penanya Tongkat Warrant. Beliau dilahirkan pada 12 Julai 1926 di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor. Beliau pernah menjadi petani, buruh paksa, polis, pembaca pruf, pemberita dan pengarang. Sebagai pengarang yang produktif, Usman menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan. Beliau dinobatkan sebagai penerima anugerah Pejuang Sastera (1976), penerima SEA Write Award (1982), penerima Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari Universiti Malaya (1983); dan penerima anugerah Sastera Negara (1983). Sumbangan-sumbangan beliau meliputi genre sajak, cerpen, drama, novel dan esei.

Sajak beliau yang dikumpulkan dalam bentuk buku ialah Gelombang (1961), Duri dan Api (1966), Suara Tujuh (1969) dan Teluk Gong (1967) di samping beberapa kumpulan bersama penyair lain. Walaupun ketokohan Usman lebih menyerlah dalam bidang puisi, beliau juga aktif menghasilkan cerpen dan drama. Cerpen beliau dimuatkan dalam kumpulan-kumpulan cerpen bersama penulis lain seperti Mekar dan Segar (1967), Dua Zaman (1965), Degup Jantung (1963), Pertentangan (1968) dan Cerita-cerita Pendek DBP (1958).

Sumbangan Usman di dalam bidang drama ialah Dari Bintang ke Bintang (1965), Serunai Malam (1966), Tamu di Bukit Kenny (1968), Di Bawah Matahari (1969), Tirai Zaman (1969), Kaki Langit (1971), dan Muzika Uda dan Dara (1967). Di samping genre sajak, cerpen, dan drama, Usman juga menghasilkan novel dan esei. Hanya sebuah novel yang berjaya beliau hasilkan, iaitu Tulang-tulang Berserakan (1966). Esei beliau termuat dalam buku-buku Tema dan Tugas Sastera Melayu Moden, Panduan Menulis Cerpen, dan Titian Zaman.

13. A. Samad Said

Nama penuh beliau ialah Abdul Samad bin Mohammad Said. Dilahirkan di Durian Daun, Melaka pada 9 April 1935. Beliau memulakan kerjaya sebagai kerani di Singapura. Kemudian memegang jawatan pengarang di akhbar Melayu dan Inggeris. Minat beliau dalam lapangan penulisan tumbuh daripada kegemarannya membaca karya sastera di dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu serta berhubung rapat dengan sasterawan setelah menyertai ASAS 50 di Singapura. Beliau menulis karya-karya kreatif yang berbentuk novel, cerpen, drama dan sajak.

Cerpen beliau termuat di dalam kumpulan Liar di Api, Daun-daun Berguguran, Debar Pertama, dan Ke Mana Terbangnya Si Burung Senja. Novel karya A. Samad Said termasuklah Salina, Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri, Sungai Mengalir Lesu, Di Hadapan Pulau, Adik Datang, Daerah Zeni, Langit Petang, Hujan Pagi, dan Wira Bukit. Beliau juga menghasilkan drama dan sajak. Drama beliau berjudul Di Mana Bulan Selalu Retak dan Ke Mana Terbangnya Si Burung Senja. Puisinya tersiar di dalam kumpulan Liar Di Api, Daun-daun Berguguran, Benih Harapan, dan Daun Semalu Pucuk Paku.

Beliau menerima anugerah Pejuang Sastera pada tahun 1976, anugerah SEA Write Award, Anugerah Sastera Negara (1985) dan anugerah bergelar Datuk daripada kerajaan negeri

Page 36: BAHAN RUJUKAN BMM3111 & 3112

Melaka. Pada hakikatnya, A. Samad Said merupakan seorang pengarang yang berani mendedahkan segala kepincangan masyarakat serta masalah sosial seperti pelacuran, penderitaan kaum buruh, masalah setinggan dan sifat kepura-puraan pemimpin serta golongan atasan. Namun demikian, selepas melancarkan mogok seni pada tahun-tahun 1980-an, akhirnya beliau mengumumkan untuk bersara daripada bidang penulisan karya sastera bermula pada 1 Mei 2000, yakni selepas terbit puisi panjang tentang Rasulullah yang berjudul Al-Amin kerana tidak berpuas hati dengan kerenah pengurus kesusasteraan.

14. Arena Wati

Nama sebenar beliau ialah Muhammad@Mohd. Dahlan bin Abdul Biang. Dilahirkan di Kalumpang, Jeneponto, Makasar, Indonesia pada 30 Julai 1925. Menerima pendidikan sehingga ke peringkat Sekolah Menengah Atas (SMA). Menjadi pelaut selama sembilan tahun sebelum menjadi wartawan dan pengarang. Arena Wati melibatkan diri di dalam bidang penulisan sejak tahun 1950-an. Beliau mempunyai pengalaman yang luas hasil daripada penglibatannya di dalam hal-hal pelayaran dan perkapalan serta pengembaraannya ke seluruh Kepulauan Melayu, Amerika Syarikat, Jepun dan Eropah. Beliau bergelar Sasterawan Negara ke-5.

Arena Wati menulis novel dan cerpen. Antara novel beliau ialah Kisah Tiga Pelayaran, Jalan Malam ke Ibu Kota, Gelora, Lingkaran, Gandaria, Sandera, Bunga Dari Kuburan, Kuntum Tulip Biru dan Sakura Mengorak Kelopak. Cerpen beliau yang dikumpulkan dalam bentuk buku ialah Tingkah Manusia, Burung Badai, Johor Bahru dan Dua Zaman (karya bersama).

Arena Wati merupakan seorang sasterawan yang sangat tekun, berpengalaman, dan mampu menghasilkan karya yang bermutu. Contohnya novel Lingkaran memenangi hadiah sagu hati di dalam Peraduan Mengarang Novel anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 1962; novel Sandera memenangi hadiah ke-3 (hadiah paling baik pada masa itu) dalam Peraduan Mengarang Novel Sempena Sepuluh Tahun Kemerdekaan Negara; cerpen beliau seperti ‘Wisata’, ‘Bukan Satu Jalan ke Mekah’ dan ‘Alun Menggulung Perlahan’ memenangi Hadiah Sastera untuk tahun 1971 dan 1972.

15. Muhammad Haji Salleh

Beliau dilahirkan pada tahun 1942 di Trong, Taiping, Perak. Mendapat pendidikan di Sungai Acheh, Bukit Mertajam, dan Maktab Melayu, Kuala Kangsar. Beliau memegang jawatan guru sebelum menjadi pensyarah di beberapa buah universiti di dalam dan luar negara. Beliau mula menulis sajak dalam bahasa Inggeris yang tersiar di dalam majalah tempatan dan luar negara. Manakala sajaknya dalam bahasa Melayu mendapat sambutan masyarakat Malaysia dan pernah dibicarakan di Indonesia dan negara lain. Beliau juga menterjemah karya daripada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu.

Antara karya beliau ialah Sajak-sajak Pendatang; Perjalanan Si Tanggang; Sajak-sajak Sejarah Melayu; Kalau, Atau, dan Maka; dan Sebuah Unggun di Tepi Danau. Di samping itu, beliau banyak menulis artikel, buku tentang sastera bandingan, dan buku pengetahuan,

Page 37: BAHAN RUJUKAN BMM3111 & 3112

misalnya Pengalaman Puisi. Beliau juga seringkali memberi ceramah dan bimbingan kepada penggiat dan peminat sastera. Ketokohan beliau di dalam genre puisi moden terserlah bukan sahaja di tanah air malahan juga di negara jiran seperti Brunei, Singapura, Thailand, Filipina, Indonesia, Jepun dan lain-lain. Sehubungan dengan itu, beliau telah dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara ke-6 pada tahun 1991 dan dianugerahkan SEA Write Award pada 26 September 1997.

16. Noordin Hassan

Beliau dilahirkan di George Town, Pulau Pinang pada 16 Januari 1929. Pernah menjadi guru, pensyarah, dan penyunting drama di RTM. Beliau amat meminati drama dan kesusasteraan Inggeris. Drama pentas pertama yang diarahkannya berjudul Tak Kunjung Kembali. Beliau mendalami pengetahuannya dalam bidang bahasa dan sastera Inggeris di University London pada tahun 1962 dan kursus Drama di dalam Pendidikan di University of Newcastle. Beliau ialah tokoh drama terulung di Malaysia. Dramanya yang berjudul Bukan Lalang Ditiup Angin memenangi Hadiah Sastera dalam bidang drama pada tahun 1972.

Drama-drama lain yang beliau hasilkan ialah Tiang Seri Tegak Berlima, Jangan Bunuh Rama-rama, Sirih Bertepuk Pinang Menari, Anak Tanjung, Malam Ini Penyu Menangis, Cindai, dan Peran. Noordin gemar membentangkan karya yang simbolik, menggunakan aliran surrealisme dan bersifat alegori. Di samping itu, karya beliau menyelitkan unsur-unsur dakwah dan mengkritik golongan oportunis dan hipokrit. Walaupun beliau menggunakan aliran surrealisme dalam mengenengahkan idea, tetapi karya beliau padat dengan unsur tradisional.

Sumbangan beliau di dalam bidang drama mendapat pengiktirafan di dalam dan di luar negeri. Beliau dianugerahkan SEA Write Award di Bangkok pada tahun 1987 dan anugerah Sasterawan Negara ke-7 daripada kerajaan Malaysia pada tahun 1993, serta sudah bergelar Datuk.

17. Abdullah Hussein

Dilahirkan di Sungai Limau, Yan, Kedah pada tahun 1920. Mendapat pendidikan di sekolah Melayu dan Inggeris. Beliau pernah menjadi pengarang di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur; Karyawan Tamu di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang; dan pernah berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei. Abdullah menghasilkan novel, cerpen, karya terjemahan, esei, drama, dan biografi. Antara novel-novelnya ialah Terjebak, Rantau Selamat, Intan, Interlok, dan yang terbaru Imam.

Selain itu, beliau juga menghasilkan cerpen. Dua kumpulan cerpennya yang telah dibukukan ialah Kota ke Kota dan Sebuah Pekan Bernama Semporna. Abdullah ialah pengarang yang kaya dengan pengalaman. Beliau telah dinobatkan sebagai Sasterawan Negara ke-8 dan telah dianugerahkan bintang kebesaran bergelar Dato’ oleh kerajaan negeri Kedah.

18. S. Othman Kelantan

Page 38: BAHAN RUJUKAN BMM3111 & 3112

Nama sebenarnya ialah Syed Othman bin Syed Omar. Dilahirkan pada tahun 1938 di Tebing Tinggi, Kemuning, Kelantan. Pernah menjadi guru, pensyarah, dan Karyawan Tamu di Universiti Malaya. Bidang penulisannya ialah novel, cerpen, rencana, dan sajak. Novel beliau ialah Angin Timur Laut dan Pertentangan. Novel terbarunya ialah Nogogho Astana (1997). Antara cerpennya ialah ’Pusaran’ dan ’Kesementaraan’. Beliau menerima anugerah SEA Write Award (1990) dan anugerah Sasterawan Negara ke-9.

Dicatat oleh Din Senu

E-melkan Ini

BlogThis!

Kongsi ke Twitter

Kongsi ke Facebook

3 ulasan: