topic 7

54
Topik 7: Apa yang anda boleh lakukan dengan seluruh hidup anda selepas Persaraan? 1 Health & Wellness

Upload: geena1980

Post on 12-Dec-2015

46 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Topic 7

TRANSCRIPT

Topik 7: Apa yang anda boleh lakukan dengan seluruh hidup anda selepas

Persaraan?

1Health & Wellness

• Apakah yang perlu dilakukan apabila anda telah sampai ke satu peringkat kehidupan anda di mana

• Tanggungjawab kerja semakin ringan,• Mempunyai lebih banyak masa lapang, dan• Pilihan mengenai cara mengisi masa lapang

boleh menjadi sesuatu yang menggerunkan, menarik dan mencabar?

• Selalunya berlaku pengurangan waktu bekerja, bersara, diberhentikan dari bekerja (atas sebab kesihatan atau sebab-sebab lain).

2Health & Wellness

• Dikendalikan secara berbeza oleh setiap individu

• Dengan penuh kebahagian• Dengan ketakutan / kebimbangan

• Tidak boleh dielakkan kerana kerjaya• telah tamat• akan tamat tak berapa lama lagi• Diperlahankan (slow down)

3Health & Wellness

• Situasi: Bangun dari tidur pada satu pagi dan menyedari bahawa tidak lagi perlu bekerja atau tidak lagi bertanggunjawab ke atas sesuatu.

• Tersandung sekitar tanpa melakukan apa-apa khusus?

• Sama ada anda telah mencipta kehidupan yang anda mahu.

• Pekerjaan/karier tidak lagi merupakan daya penggerak bagi anda.

• Keadaan seperti ini kadang-kadang menimbulkan kebimbangan untuk anda dan ahli keluarga anda.

4Health & Wellness

• Dengan meninjau pilihan dan proses anda, anda akan mendapat satu gambaran kehidupan selepas bersara.

• Sepanjang proses tinjauan ini, anda perlu memberi tumpuan kepada di peringkat manakah anda berada di skala paras aktiviti (Level of Activity) seperti yang diterangkan dalam Bab 1.

• Tidak semestinya anda kekal di satu paras aktiviti sehaja.

• Anda boleh bergerak ke paras yang lebih tinggi atau lebih rendah mengikut keupayaan dan keadaan anda sendiri.

• Sekurang-kurangnya anda mengetahui paras di mana anda berada.

5Health & Wellness

• Kesihatan mental dan kepuasan kehidupan anda akan dipengaruhi oleh penerimaan hakikat mana terletaknya paras aktiviti anda.

• Penting juga mengetahui tentang apa yang anda nikmati dari aktiviti masa lapang yang lakukan:-

• Senaman fizikal• Persaingan• Keakraban (Camaraderie)

6Health & Wellness

• Hobi• Bekerja secara sambilan• Memulakan satu bisnes baru atau

konsultansi• Kerja sukarelawan• Kembali ke sekolah / Pembelajaran

sepanjang hayat.• Melancong• Menulis/mengarang• Melengkapkan senarai ‘bucket’ diri (iaitu

sesuatu yang anda selalu ingin lakukan).

7Health & Wellness

• Setiap orang memang mempunyai sesuatu atau beberapa hobi (sesuatu aktiviti yang mendatangkan keseronokan dan anda dapat mencapai sesuatu daripadanya) sepanjang hayat. Contoh:

• Mengumpul setem, berkebun, bersenam, membaca, golf, menyanyi, memain alat muzik, DIY, dll.

• Definisi Hobi:– Sesuatu aktiviti masa lapang yang anda gemari dan

lakukan selalu.– Aktiviti tersebut juga mengisi masa lapang yang

agak lama dan memberikan anda banyak kepuasan.– Berterusan untuk sekurang-kurangnya beberapa

tempoh masa sehingga anda berhenti kerana kesibukan atau apabila aktiviti tersebut hilang tarikan kepada anda.

8Health & Wellness

• Sesuatu hobi juga boleh menghasilkan pendapatan untuk anda.

• Tetapi akan dikenakan cukai sekiranya ia mendatangkan keuntungan; dan harus mematuhi undang-undang berkaitan dengan Jabatan Hasil Dalam Negeri)

9Health & Wellness

• Ada di antara kita yang mengatakan “Saya tiada hobi.” (Sila rujuk kepada Bab 2 dan “10 Langkah Membina Matlamat Hidup” di mana Langkah pertama menyuruh anda “Memerhatikan kendiri” yang boleh digunapakai untuk mengenalpasti hobi anda.

– Anda memang telah melakukan sesuatu yang anda gemarkan dalam masa lapang anda.

– Gelarkannya ‘Hobi’.• Contoh: menonton TV selepas makan malam,

berjalan di pasar malam, membaca surat khabar, bersenam di gym dll.

– Segala aktiviti yang anda pilih melakukannya, boleh digelarkan sebagai ‘Hobi’; tanpa membuat penilaian sama ada ia menghasilkan sesuatu yang bermakna ataupun ia ‘produktif’.

10Health & Wellness

• Dua nasihat tentang memilih satu hobi:1. Terimalah sehaja apa yang anda lakukan dalam

masa lapang sebagai apa yang anda gemar lakukan;

2. Jangan membuat penilaian tentang apa yang anda telah pilih.

11Health & Wellness

• Peralihan dari bekerja sepenuh masa kepada status bersara merupakan satu perubahan besar dalam kehidupan seseorang dan boleh menimbulkan perasaan kebimbangan (anxiety).

• Kebanyakan orang rasa ‘takut’ dan ‘stressed’ apabila mereka mula berfikir tentang keadaan di mana mereka ‘tiada apa’ (dari segi pekerjaan) yang boleh mereka lakukan.

• Bekerja secara sambilan boleh:-– Meminimakan stres berkaitan dengan bersara,– Memudahkan peralihan ke status bersara,– Menghasilkan pendapatan tambahan yang boleh

digunakan untuk pembelanjaran seperti melancong dan membeli sesuatu yang tidak penting.

12Health & Wellness

• Kerja sambilan tidak mudah diperolehi dan hasil dari kerja sambilan kadang-kadang tidaklah begitu berbaloi.

• Tetapi ia merupakan satu pilihan yang boleh mengekalkan morale/semangat mereka yang telah bersara.

• Sekiranya bekerja sambilan merupakan satu pilihan yang menarik kepada anda, berikut adalah 10 cadangan untuk mendapatkan kerja sambilan:-

13Health & Wellness

1. Berbincang dengan majikan/penyelia anda tentang keinginan anda terus sambung bekerja di jawatan anda sekarang secara sambilan, misalnya 20 jam seminggu dengan pengurangan sesetengah faedah sekiranya ini menjadikan tawaran anda lebih menarik bagi majikan anda.

14Health & Wellness

2. Berbincang dengan majikan tentang kemungkinan anda dipertugaskan untuk sesuatu projek yang ada kaitan dengan kerja anda sekarang dan yang tidak memerlukan anda bekerja sepenuh masa.

3. Setelah berbincang dengan majikan/penyelia, bincang dan meneroka dengan pelanggan, klein dan rakan sejawat tentang kemungkinan anda bekerja secara separah masa untuk sesuatu projek.

15Health & Wellness

4. Siasat peluang bekerja dalam bidang yang sama di syarikat atau penubuhan lain. Pastikan anda tidak mempunyai sebarang halangan bekerja untuk syarikat persaingan sebelum anda memohon atau menerima sesuatu tawaran bekerja di syarikat baru itu.

5. Sekiranya anda sudah bekerja secara sukarela dengan sesuatu organisasi, bincang dengan pegawai berkenaan kemungkinan anda bekerja di organisasi itu secara sambilan.

16Health & Wellness

6. Sekiranya belum dilakukan, bekerja sebagai seorang sukarelawan di sebuah organisasi. Berasaskan hasil kerja anda dan juga menggunakan petua No. 5 di atas, dapatkan satu jawatan yang berupah di organisasi tersebut.

7. Tinjau kemungkinan perubahan ke satu karier yang lain. Berasaskan pengalaman hidup dan kerja, anda mungkin diberi kelebihan/keutamaan jika dibanding dengan pemohon lain yang tiada pengalaman dalam bidang yang dipohon, khasnya anda hanya berminat bekerja secara sambilan atau untuk jangkamasa yang pendek.

8. Sekiranya anda berminat untuk bekerja di kedai runcit, bercakap dengan peniaga yang kerap dikunjungi anda tentang kemungkinan diupah sebagai orang juru jual di kedai tersebut.

17Health & Wellness

9. NETWORK! Pentingnya hajat anda hendak bekerja sambilan diketahui atau dikomunikasikan kepada orang lain. Ada kemungkinan sekurang-kurangnya satu antara mereka yang anda kenal sedang mencari seorang yang bertanggungjawab dan rajin atau mempunyai ciri-ciri yang anda telah paparkan dalam interaksi dengannya.

10. Aktif secara online di media sosial (spt. Facebook, Twitter, LinkedIn dll). Anda boleh poskan resume dan memohon untuk projek dan jawatan melalui platform tersebut. Rangkai on-line akan meningkatkan ‘visibility’ anda. Tetapi berhati-hati dengan isu privasi dan penipuan on line (scams).

18Health & Wellness

• Berkemungkinan besar anda mempunyai cita-cita menjadi bos sendiri. Ini merupakan masanya!

• Memulakan satu bisnes boleh menjadi pengalaman yang paling bermanfaat dalam kehidupan anda.

• Ia juga merupakan cara yang paling sukar dan juga yang paling mengecewakan untuk mendapat keuntungan wang.

• Walaupun demikian, sekiranya anda mempunyai pengalaman yang relevan dan jangkaan yang realistik, peralihan dari seorang pekerja sepenuh masa ke seorang pemilik perniagaan boleh menjadi sesuatu yang menggembirakan.

19Health & Wellness

• Beberapa faktor, khasnya yang akan mempengaruhi liabiliti cukai anda harus diberi perhatian.– perbelanjaan perniagaan yang sah boleh dihapus kira untuk

cukai anda. Ia termasuk semua perbelanjaan seperti kos pemasaran, perjalanan, perbelanjaan undang-undang dan bekalan serta kos untuk pejabat di rumah anda.

– Di bawah peraturan tertentu, anda boleh memotong daripada pendapatan perbelanjaan rumah (pejabat yang beroperasi di rumah anda) tertentu yang mudah dikesan (seperti bahagian pinjaman perumahan atau sewa, utiliti, insurans dan penyelenggaraan). Tetapi aktiviti masa lapang anda mesti memenuhi kriteria-kriteria tertentu untuk dipertimbangkan sebagai bisnes. Kriteria yang penting bukan sama ada aktiviti perniagaan tersebut telah menghasilkan keuntungan sebelum ia dikategorikan sebagai ‘bisnes’.• Petua: Anda perlu melaporkan pendapatan yang anda

terima, tidak kira sama ada ia adalah satu daripada aktiviti dikategorikan sebagai perniagaan atau hobi. Pastikan anda menyemak dengan penasihat cukai.

20Health & Wellness

• Peringatan: Bahagian ini bukanlah mengenai bagaimana memulakan satu bisnes tetapi Bagaimana menggunakan masa lapang anda. – Menganggap diri anda berjaya bekerja jika anda memulakan satu

perusahaan yang anda menikmati dan membolehkan anda sentiasa aktif dan terlibat. Selagi anda tidak memerlukan wang, apa pendapatan yang anda terima akan menjadi nilai tambahan yang mungkin atau tidak mungkin diimbangi dengan perbelanjaan perniagaan.• Petua: Kebanyakan pemilik perniagaan akan memberitahu anda

bahawa bekerja untuk diri mereka sendiri dan memulakan perniagaan adalah kerja yang paling sukar dan yang pernah dilakukan. Anda akan terlibat secara 24x7.

• Anda boleh juga menjalankan perniagaan tertentu seperti sebagai perunding, dalam waktu terhad. Jika anda sedang menerokai pilihan ini untuk mengisi masa lapang dan produktif, anda perlu melakukan banyak penyelidikan mengenai perniagaan yang anda sedang mempertimbangkan supaya anda memasukinya dengan harapan dan jangkaan yang realistik.

21Health & Wellness

• Mungkin anda pernah berfikir - “Terdapat banyak perkara yang saya boleh lakukan untuk membantu, dan saya selalu ingin membantu organisasi (namakan).”

• Berkhidmat sebagai seorang sukarelawan akan mendatangkan manfaat peribadi dan juga membekalkan peluang bagi anda melibatkan diri dan juga mencabarkan.

• Sekiranya anda telah terlibat sebagai seorang sukarelawan dengan sesuatu organisasi, aktiviti sivil, kumpulan agama atau jenis kerja yang tidak menghasilkan upah, anda akan mendapati bahawa wujud banyak organisasi lain yang memerlukan bantuan dan penglibatan anda.

22Health & Wellness

• Kebanyakan daripada kita, sekolah adalah satu keperluan, bukan sesuatu yang kita nikmati.

• Tetapi apabila menjadi dewasa, kita melihat pendidikan dari perspektif yang berbeza.

• Kita mula menghargai pembelajaran sebagai satu peluang, dan bukan kewajipan.

• Sekarang apabila kita mula berfikir tentang masa lapang, kita mungkin ingin mempertimbangkan untuk kembali ke sekolah sebagai satu pilihan.

• Apa yang penting sekarang, berbanding dengan sedekad dahulu, adalah percambahan kursus atas talian, dan batasan fizikal dan geografi tidak lagi menjadi sesuatu penghalang.

• Berikut adalah beberapa jenis program yang mungkin menjadi pilihan anda:-

23Health & Wellness

• Osher Lifelong Learning Institute (OLLI)

• Kolej tempatan

• Continuing Education

• Program bertaraf sijil

• Seminar dan bengkel

• Kursus-kursus untuk mengekalkan kelayakan

• Program siswazah dan bukan Siswazah

• MOOCs (Massive Open Oline Courses)

Menerokai peluang-peluang pembelajaran sepanjang hayat di Malaysia.

24Health & Wellness

• Hampir kesemua orang berminat melancong khasnya pada peringkat lewat kehidupan mereka. Melancong merupakan satu hobi yang digemari ramai orang dan membawa kenangan yang berkekalan.

• Menemui begitu ramai orang dari negara-negara lain – atau dari tempat lain di negara ini - boleh membawa begitu banyak manfaat.

• Sebaliknya terdapat juga banyak aspek melancong yang tidak berapa begitu positif. Penting juga anda menyedari kesukaran, halangan dan tekanan yang boleh menemani anda semasa pelancongan anda.

25Health & Wellness

Berikut adalah satu cara untuk mengaturkan pelbagai lawatan:-• Pakej pelancongan: •Terdapat banyak syarikat pelancongan yang menawarkan pelbagai pakej pelancongan ke pelbagai destinasi. •Pakej lawatan ini boleh menjadi cara yang baik untuk anda belajar tentang tempat baru dan paling sesuai untuk mereka yang tidak berpengalaman atau pelancong yang lebih selesa dengan lawatan dan jadual perjalanan dirancang untuk mereka. • Ia juga merupakan cara terbaik untuk mereka yang membuat lawatan perseorangan, kerana mereka boleh bertemu dengan orang yang menarik dalam kumpulan pakej itu.

26Health & Wellness

•Mengurus dengan agen pelancongan yang profesional adalah cara yang baik untuk mengetahui tentang pelbagai lawatan, dan secara amnya ia tidak meningkatkan kos anda jika dibandingkan dengan anda membuat tempahan lawatan itu diri sendiri.

• Malah, ia mungkin lebih murah kerana agen yang baik bekerja dengan banyak pengusaha pelancongan dan sering boleh mendapatkan tawaran yang lebih baik daripada seseorang individu. •Mencari syarikat pelancongan yang baik boleh menjadi satu cabaran, bukan sahaja kerana terdapat begitu banyak syarikat pelancongan tetapi kerana anda juga berpotensi ditipu.

27Health & Wellness

Berikut adalah beberapa cara yang lain untuk mengaturkan pelbagai lawatan:-

• Perjalanan yang ditajakan oleh universiti: Kumpulan alumni kolej/universiti sering menajakan lawatan, walaupun tidak semua pengembara yang mendaftar adalah ahli alumni. •Pengiklanan melalui kumpulan alumni merupakan satu cara untuk menarik individu-individu yang cenderung untuk menghadiri kuliah dan peluang pendidikan di samping melawat. •Maklumat tentang lawatan ini selalunya disiarkan melalui ‘by word- of-mouth’ untuk alumni dari universiti lain atau rakan-rakan mereka.

28Health & Wellness

Contoh: Road Scholar (US) Dahulu digelar sebagai Elderhostel, Road Scholar

menawarkan pelbagai peluang pendidikan serta lawatan kepada mereka yang berumur 55 tahun dan ke atas.

Road Scholar adalah sebuah organisasi bukan untuk keuntungan; dan program perjalanannya merangkumi perlawatan budaya, perbincangan, mesyuarat di seluruh dunia.

Syarikat ini membekalkan pakar-pakar yang mengendalikan perbincangan dan memaklumkan kepada peserta tentang kawasan mereka menerokai.

Jenis lawatan ini adalah baik untuk perseorangan yang ingin melakukan perjalanan dengan berkongsi minat yang sama dengan orang lain.

29Health & Wellness

Berikut adalah satu cara yang lain untuk mengaturkan pelbagai lawatan:-

• Batuan penerbangan kerap dan mata tetamu yang kerap (Frequent Flyer Programme): Bagi mereka yang mempunyai mata ganjaran ‘frequent flyer’ atau mata ganjaran tetamu kerap di hotel, ini adalah cara yang hebat untuk perjalanan dan mengurangkan perbelanjaan. •Tentunya ada cabaran untuk mendapatkan penerbangan percuma ini (walaupun kurang sedikit halangan dengan hotel), tetapi dengan membuat tempahan jauh lebih awal boleh meningkatkan peluang anda. •Anda biasanya boleh buat tempahan perjalanan 331 hari lebih awal. •Jadi adalah penting untuk merancang dan menempah awal untuk mengambil kesempatan dari tiket percuma ini. •Jika anda cuba menggunakan mata ganjaran frequent flyer tersebut untuk menempah tiket kelas pertama atau kelas perniagaan, syarikat penerbangan itu hanya boleh melepaskan satu tempat duduk pada satu masa. •Peraturan ini boleh mengecewakan; tetapi sekiranya anda boleh berunding dengan syarikat penerbangan tersebut, anda biasanya boleh dapat tempat duduk kedua apabila inventori dilepaskan. (Anda biasanya dimasukkan ke dalam kelas ekonomi dan senarai tunggu untuk kelas pertama.) •Kuncinya seperti yang dikatakan adalah perancangan awal. •Anda juga akan lebih berjaya sekiranya anda boleh menjadi sangat fleksibel pada tarikh.

30Health & Wellness

Berikut adalah satu cara yang lain untuk mengaturkan pelbagai lawatan:-Ekspedisi: •Sama ada anda melancong berseorangan atau tidak, ini merupakan jenis pelancongan yang telah menjadi sangat popular kerana ramai orang suka mengembara untuk mencari pengalaman yang unik. • Anda boleh melawat ke safari; meneroka tempat-tempat eksotik seperti Borneo dan gunung di Thailand, tinggal dengan orang suku bukit; membuat pelayaran di Sungai Amazon; melawat Antartika atau Pulau Galapagos; dan sebagainya. •Sesetengah perjalanan tersebut adalah lebih lasak.

31Health & Wellness

•Biasanya adalah lebih baik sekiranya ekspedisi tersebut dibekalkan dengan pemandu atau melalui syarikat pelancongan yang profesional.

• Terdapat juga beberapa perjalanan direka khusus untuk orang-orang kurang upaya. •Berikut adalah beberapa agensi pelancongan yang berpengalaman merancang ekspedisi pelancongan dengan sangat baik:- www.nationalgeographicexpeditions.com dan www.linbladespeditions.com

Health & Wellness 32

Berikut adalah satu cara yang lain untuk mengaturkan pelbagai lawatan:-

• Pelayaran•Terdapat banyak jenis pelayaran - besar atau kecil, dengan cabaran dan yang santai, berbentuk kekeluargaan atau romantik - untuk menampung minat semua tetapi mereka boleh juga dilaksanakan dengan pelayaran atas kapal yang mewah. •Salah satu perkara yang menarik mengenai pelayaran adalah ia merupakan satu peluang yang hebat untuk orang kurang upaya untuk mengalami perkara baru. • Ia bukan sahaja sangat sesuai bagi perseorangan, kerana ada orang lain di atas kapal yang mempunyai minat yang sama untuk berinteraksi, dan juga sesuai untuk mereka yang membuat perjalanan dengan keluarga. • Carian internet akan menghasilkan berjuta hasil, dan dicadangkan bahawa anda berurus dengan sebuah agensi pelancongan. • Agen itu boleh membantu anda merancang jadual perjalanan yang terbaik dan dengan tawaran yang menarik.

33Health & Wellness

Berikut adalah satu cara yang lain untuk mengaturkan pelbagai lawatan:-

Kerjaya Sukarelawan: •Banyak organisasi menaja perjalanan di mana anda boleh menyumbangkan masa dan kepakaran anda untuk projek-projek tempatan di Amerika Syarikat dan di luar negara. •Anda mengambil bahagian dalam apa yang digelar voluntourism. Bacalah kisah kehidupan tentang Paul dan Jean, yang menawarkan masa dan kepakaran masing-masing untuk sebuah organisasi di Afrika. •Banyak peluang boleh didapati dan anda boleh menggunakan carian AARP yang disebut di laman (www.createthegood.org) di mana peluang-peluang dipaparkan. • Anda juga boleh mencari melalui internet untuk percutian sukarelawan dan mendapat berjuta kemungkinan. •Laman yang boleh dilayari adalah seperti www.volunteerguide.org , www.globeaware.org , dan www.globalvolunteers.org.

34Health & Wellness

Berikut adalah satu cara yang lain untuk mengaturkan pelbagai lawatan:-

RVing: •Sejenis peluang perjalanan popular di mana anda boleh memuatkan barang-barang asas rumah anda - dan haiwan kesayangan anda - ke dalam sebuah van dan menuju keluar di lebuhraya dan terus melancong. • Anda boleh meneroka mengikut kadar anda sendiri. • Terdapat juga beribu tempat untuk anda menyambung kepada bekalan lektrik, air, dan pembetungan. • Kenderaan rekreasi ini boleh melibatkan perbelanjaan tinggi kerana sewanya agak mahal.

•Tetapi anda akan menjimatkan dari segi kos penginapan / hotel dan anda dapat membawa bersama haiwan peliharaan tercinta anda. • Terdapat banyak laman web dan buku yang ditujukan untuk RVing. •Jika anda berminat merancang satu RV di jalan raya, pastikan anda gemar memandu atau berada dalam kenderaan untuk tempoh masa yang lama, kerana itulah merupakan asasnya apa yang anda akan lakukan. •Anda juga tidak akan dapat meletakkan atau menyambung kepada kemudahan di kebanyakan bandar. • Jadi anda perlu memikirkan pengangkutan ke dan dari tempat yang anda ingin melawat.

35Health & Wellness

• Walaupun melancong boleh menjadi menarik, santai dan memberi pengalaman yang amat menyeronokkan, ia juga boleh mengecewakan, mencabar dan penuh dengan kebimbangan utama, khasnya dari segi keselamatan.

• Jika anda merancang untuk melawat mana-mana salah satu daripada destinasi ini lebih eksotik, semak dengan mengakses maklumat terkini.

• Anda boleh mencari isyarat perjalanan serta maklumat penting tentang tempat-tempat tertentu dan sama ada anda memerlukan visa dan lokasi kedutaan Amerika Syarikat.

• Kesihatan diri dan keselamatan merupakan kebimbangan utama. Mengambil langkah-langkah pencegahan yang sesuai boleh mengurangkan risiko.

• Bertawakallah kepada persekitaran anda, merancang perjalanan anda dengan baik dan mengetahui seberapa banyak yang anda boleh tentang tempat-tempat yang anda akan lawati. Mempunyai pelan B apabila berlaku serba salah - termasuk membawa telefon bimbit tambahan untuk kecemasan atau pembungkusan ubat tambahan.

36Health & Wellness

• Paras Aktiviti: • Di mana anda berada di paras skala aktiviti

memainkan peranan yang penting dalam perancangan perjalanan anda. Jika, contohnya, ekspedisi anda adalah untuk orang-orang yang sangat aktif, anda perlu mengetahui betapa aktif yang dimaksudkan, terutamanya jika anda mempunyai apa-apa batasan mobiliti.

• Peluang untuk melancong dan mengalami kekayaan, boleh dialami oleh sesiapa sahaja, tanpa mengira keupayaan fizikal mereka, jika anda melakukan penyelidikan anda dengan sewajarnya.

• Pada masa yang sama, jangan biarkan keperluan Paras Aktiviti anda menghadkan anda.

37Health & Wellness

Perbelanjaan: • Anda boleh melakukan perjalanan secara murah atau mewah. • Ia terpulang kepada anda. • Anda akan mempunyai masa yang hebat asalkan anda selesa

dengan jumlah yang anda belanjar. • Jika anda membajet sebanyak RM5,000 dan menyedari

bahawa bajet tersebut adalah di bawah anggaran, anda tidak akan menikmati pengalaman anda.

• Begitu juga, jika anda berada di dalam lingkungan bajet anda, tetapi menyedari bahawa penginapan tidak mencapai standad atau jangkaan anda, anda akan tidak berpuas hati dan pengalaman tersebut tidak akan menyenangkan.

• Adakan seberapa banyak penyelidikan yang boleh supaya anda tahu apa yang diharapkan dan untuk menentukan sama ada jenis perjalanan sesuai dengan gaya hidup yang anda hendaki dan yang paling nikmati.

Health & Wellness 38

Tempahan hotel dan penerbangan: Tiada yang lebih buruk daripada perjalanan ke sesuatu bandar dan tidak mengetahui sama ada anda mempunyai tempat tidur untuk malam itu. Untuk mengurangkan kebimbangan tersebut, rancang dan mencari satu tempat pagi itu. Mengetahui apa yang anda suka adalah langkah pertama dalam perancangan untuk pengalaman perjalanan yang hebat. Satu lagi pertimbangan mengenai ketersediaan adalah memaksimumkan peluang anda untuk menggunakan pembatuan frequent flyer dan mata ganjaran hotel tetamu. Ia boleh menjadi begitu mengecewakan sekiranya anda mempunyai beribu-ribu mata pembatuan tetapi tidak dapat menggunakannya. Semua ini boleh dielakkan sekiranya anda merancang dengan lebih awal.

39Health & Wellness

Haiwan peliharaan: Melainkan anda memandu atau sanggup membayar wang

tambahan untuk menerbangkan haiwan kesayangan anda, anda perlu membuat perancangan bagi haiwan kesayangan anda yang perlu ditinggalkan di rumah.

Perancangan awal adalah cara terbaik untuk memastikan bahawa haiwan kesayangan anda dilindungi.

Pilihan tersebut adalah termasuk kennels, tempat asrama, dan pengasuh tempatan yang akan menjaga haiwan kesayangan anda di rumah atau semasa anda berada di sesutu tempat jauh.

Semakin lebih banyak hotel dan motel membenarkan haiwan peliharaan dengan syarat dikenakan bayaran tambahan. Tetapi kebanyakan tempat ini menghadkan bilangan bilik di mana haiwan kesayangan boleh diterima.

Buat perancangan awal untuk memastikan ketersediaan.

Health & Wellness 40

Kelewatan:

• Kelewatan berlaku disebabkan pelbagai jenis alasan, termasuk cuaca dan masalah mekanikal. Ada di antaranya tidak dapat dielakkan dan ada yang di luar kawalan anda.

• Tetapi anda boleh mengurangkan kemungkinan alasan lain, dan lebih penting lagi, mengurangkan kesannya.

• Jika anda menuju ke sebuah pulau syurga dan hanya mempunyai satu penerbangan sehari, anda pasti tidak mahu ketinggalan pesawat kerana sesuatu yang anda boleh elakkan, seperti tidak memperuntukkan masa yang mencukupi antara penerbangan, atau tidak mengambil kira trafik ke lapangan terbang, atau masa untuk pemeriksaan keselamatan.

• Masa tambahan yang anda berada di lapangan terbang adalah berbaloi jika dibandingkan dengan risiko ketinggalan penerbangan.

• Untuk mengurangkan risiko kelewatan, elakkan dari memandu ke lapangan terbang atau terbang semasa waktu ‘peak’.

• Pada musim panas, anda mungkin mahu mengelakkan penerbangan lewat petang kerana ribut petir. Beri perhatian kepada laporan cuaca di bandar anda berlepas, dan bandar-bandar ketibaan.

• Jika anda memandu ke destinasi anda, merancang laluan dan cuba mengelakkan perjalanan melalui kawasan bertrafik tinggi pada waktu sibuk.

• Kadang-kadang jalan alternatif boleh menjadi lebih cepat, walaupun ianya adalah lebih panjang dari segi pembatuan. Banyak laman web dan alat atas talian boleh membantu anda memberikan tips perjalanan.

41Health & Wellness

Perseorangan: • Banyak lawatan, pelayaran, dan perjalanan pra-bayar

mendasarkan kadar penghunian berganda dan mengenakan ‘Tambahan Perseorangan’ - yang boleh menjadi sebanyak 50 peratus lebih daripada setengah daripada kadar ‘double’.

• Sebagai contoh, jika kadar penghuni berdua ialah RM100, kadar separuh boleh menjadi sebanyak RM75 (50% lebih daripada RM50).

• Rancang sewajarnya dan sekiranya anda mempunyai rakan dengan siapa anda selesa dengan membuat perjalanan bersama, berkongsi bilk dengannya merupakan salah satu cara untuk menjimatkan wang .

• Sebaliknya jika anda kurang selesa dengan berkongsi bilik yang sempit dan akan menjejaskan perjalanan anda, ia mungkin bukan cara yang terbaik untuk mengurangkan kos.

42Health & Wellness

Masa lapang merupakan masa yang amat sesuai untuk menulis – sama ada menulis novel, surat (kepada kawan dan sepupu atau kepada penerbit surat khabar atau majallah) atau blog.

Salah satu cara terbaik untuk memulakan adalah untuk menulis tentang kehidupan anda.◦ Setiap orang mempunyai cerita dan kebanyakannya agak menarik, bukan

sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk anak-anak dan cucu-cucu kita. Ini adalah cara kami memelihara sejarah dan membantu generasi akan datang mencari akar mereka.

Duduk di hadapan komputer anda dan mula menulis tentang riwayat peringkat awal anda. Jangan mengedit sendiri dan tidak menghadkan diri anda - sekurang-kurangnya tidak pada peringkat awal anda baru bermula.

Hanya mula menaip dan melihat di mana ia pergi. Anda akan kagum betapa mudahnya perkara mula datang. Masukkan seberapa banyak anekdot yang anda boleh ingat, kerana mereka akan menambah warna dan personaliti untuk cerita anda.

Terangkan kepada pembaca anda segala tentang sejarah keluarga anda, di mana anda dibesarkan, apakah maknanya untuk anda. Bayangkan cucu anda duduk di atas riba anda menghirup dan terpesona oleh cerita anda ketika anda masih muda. Apa yang sedang berlaku di dunia apabila anda berumur seperti cucu anda sekarang.

43Health & Wellness

• Fokus kepada apa yang berlaku di dunia - dunia peribadi anda - apabila anda berusia antara 14 sehingga kira-kira 17 atau 18 tahun.

• Terdapat teori yang menyatakan bahawa pegangan anda kini adalah berasaskan apa yang anda melalui semasa di lingkungan usia tersebut kerana ia merupakan usia yang anda mula membentuk falsafah hidup dan kesedaran tentang diri anda.

• Ini berlaku semasa pertengahan remaja. Menjelaskan kepada pembaca apa yang penting kepada anda. Ceritalah tentang perasaan anda.

• Kemudian cerita tentang tahun kemudian anda, kerjaya anda, dan keluarga anda sekarang. Ia adalah satu latihan yang menyeronokkan dan jangan bimbang tentang mendapatkan perkataan sempurna atau tentang ejaan atau tatabahasa.

• Hasilkan cerita-cerita tersebut. Keluarga anda akan suka apa yang anda hasilkan.

44Health & Wellness

• Banyak telah ditulis mengenai mewujudkan dan melengkapkan 'senarai bucket', iaitu satu senarai pencapaian yang anda ingin mencapai atau pengalaman yang anda ingin dalam hidup anda.

• Ia menggambarkan bahawa kehidupan kita tidaklah terhad, jadi kita harus hidup hayat kita dengan sepenuhnya jika boleh.

45Health & Wellness

• Berikut adalah 10 petua untuk mewujudkan dan melengkapkan senarai ‘bucket’ diri kita:-1. Memerhatikan Diri: Ketika berfikir tentang item yang anda ingin

memasukkan dalam senarai bucket anda, rujuk kepada apa yang anda lihat di dalam tingkah laku anda sendiri – seperti anda lakukan apabila membuat senarai matlamat dan hobi.

◦ Dengan mengambil kira kegemaran atau bukan kegemaran anda atau perkara-perkara yang mendorong anda untuk bertindak (atau tidak bertindak) - boleh membantu anda mewujud dan akhirnya melengkapkan senarai ‘bucket’ tersebut.

Health & Wellness 46

2. Melanjutkan apa yang anda lakukan. ◦ Sebaik sahaja anda tahu apa yang anda suka lakukan,

mudahlah bagi anda mencipta item baru untuk senarai anda.

◦ Jika anda telah menikmati memancing, sebagai contoh, anda boleh mengambilnya ke satu tahap yang lebih tinggi dalam senarai bucket anda dengan, katakan, mendaftar di sebuah sekolah memancing atau memasuki pertandingan memancing.

Jika anda suka menonton TV, anda mungkin mahu membuat rancangan TV anda sendiri atau membantu di stesen TV tempatan anda.

3. Perhatikan orang lain. Melihat apa yang orang lain lakukan atau mempunyai

di dalam senarai bucket mereka adalah cara yang baik untuk merealisasikan aspirasi anda sendiri.

47Health & Wellness

4. Berangan-angan. ◦ Biarlah pemikiran anda menjadi bebas.

5. Realistik. ◦ Menilai semula imaginasi liar anda dan bandingkan

dengan kekangan. ◦ Anda mungkin bermimpi melakukan perjalanan ke

angkasa lepas, tetapi melainkan anda mempunyai banyak wang atau kenal seorang yang memiliki kapal angkasa, tidak ada kemungkinan anda akan menyelesaikan perkara ini.

◦ Tahap skala aktiviti juga akan menghadkan senarai bucket anda.

Health & Wellness 48

6. Spesifik. ◦ Senarai bucket tidak boleh dinyatakan secara kurang

jelas atau umum. Jika tidak ia lebih mirip kepada kategori matlamat.

◦ Semakin spesifik, lebih mudah bagi anda melengkapkan senarai tersebut.

◦ Yang lebih penting lagi, semakin khusus item senarai tersebut, lebih mudah ia dijadikan item senarai bucket kerana pelbagai perkara boleh muncul dari satu jenis aktiviti. Misalnya "Belajar Bahasa Sepanyol" adalah terlalu umum.

◦ Sebaliknya cuba "Belajar Bahasa Sepanyol ke satu peringkat supaya boleh mengendalikan perbualan dengan penutur asli, tanpa menggunakan bahasa Inggeris." Kemudian anda juga boleh tambah 'melakukan perjalanan ke Mexico' sebagai satu lagi item senarai bucket.

49Health & Wellness

7. Semak semula senarai anda secara berkala. Senarai ini tidak statik. Anda perlu menyemak secara berkala untuk melihat jika apa yang ada dalam senarai itu masih perlu berada di sana dan masih berkemungkinan.

◦ Sepuluh tahun dari sekarang kemungkinan besar anda tidak lagi berminat melakukan melompat ‘bungee‘ dari sebuah jambatan.

8. Merenong tentang proses mencipta senarai bucket anda.

◦ Apakah senarai tersebut memberitahu anda tentang diri anda? Siapakah anda? Apakah makna senarai bucket ini kepada anda?

Health & Wellness 50

9. Fikirkan tentang apa yang sebenarnya diperlukan bagi melengkapkan sesuatu item.

◦ Mencapai atau menyempurnakan item yang mempunyai manfaat sendiri. Tetapi dalam menganalisis apa yang terlibat, anda mungkin mendapati bahawa proses tersebut tidaklah begitu menarik kepada anda. Misalnya satu item senarai bucket ialah membuat satu perjalanan jalan raya di seluruh negara dan kembali, ini akan melibatkan anda mungkin menghabiskan 90 jam atau lebih untuk memandu.

◦ Adakah anda masih hendak sempurnakan item tersebut?

51Health & Wellness

10. Belajar daripada item lain dalam senarai bucket anda.

◦ Apabila anda telah menyempurnakan satu item, apakah yang anda belajar dari itu?

◦ Adakah ia semata-mata tentang pencapaian anda atau adakah aktiviti itu sendiri yang benar-benar menghasilkan pembelajaran untuk anda? Misalnya belajar bermain piano merupakan segala yang anda harapkan?

◦ Jika ya, mungkin ada sesuatu yang anda boleh tambah kepada senarai tersebut, seperti membuat persembahan dalam satu resital piano. Atau snorkeling di Caribbean adalah menakjubkan untuk anda, berfikir tentang belajar untuk menyelam SCUBA.

Health & Wellness 52

• Masa kecil, kita sering ditanya, "Apa yang anda mahu menjadi apabila anda membesar?“. Sekarang sudah membesar, kita mungkin tidak akan berfikir banyak mengenai apa yang kita hendak jadi.

• Tetapi seperti yang kita merenong tentang kehidupan kita, terutamanya jika kita tidak lagi bekerja sepenuh masa, kita agak bimbang dengan menjawab soalan "Apa yang saya mahu lakukan dengan seluruh hidup saya?“

53Health & Wellness

• Bab ini telah memberikan sedikit panduan untuk anda menjawab soalan tersebut di atas.

• Cadangan sama ada anda terus bekerja, memulakan satu bisnes atau melibatkan diri dalam aktiviti masa lapang atau kerja sukarela harap telah membantu anda memfokus kepada pilihan yang amat sesuai untuk anda.

• Topik ini juga mengilhamkan anda untuk mencuba sesuatu yang baru, menerokai and mengembangkan horizon anda melalui melancong atau hobi baru.

• .

Health & Wellness 54