topic 9 kawalan (1)

Upload: ellina-james

Post on 24-Feb-2018

905 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • 7/24/2019 Topic 9 Kawalan (1)

    1/14

    PENGENALAN

    Kawalan merupakan salah satu daripada empat fungsi utama dalampengurusan. Adalah penting kepada pengurus untuk memastikan kesemuaperancangan, penyusunan dan kepimpinan berjalan dengan lancar seperti yangdiharapkan oleh organisasi. Kawalan tidak diperlukan sekiranya pengurus bolehmemastikan setiap rancangan yang dibuat dan setiap tugas yang diberikankepada pekerja dapat dilaksanakan dengan sempurna dan hasilnya adalahseperti yang dirancangkan. Malangnya, pengurus tidak dapat memastikankeadaan ini akan berjalan dengan lancar tanpa berlakunya sebarang masalahmemandangkan kebanyakan perancangan dibuat oleh manusia dan manusiadikenali dengan kebolehan dan motivasi yang pelbagai. Dalam persekitaran

    perniagaan yang berkembang pesat, bukan sahaja hasil yang dijangkakan mestidikawal, malah perancangan itu sendiri mesti dipantau dan dikawal.

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1.

    Menerangkan terma kawalan dan tujuan utamanya;

    2. Melihat langkah-langkah yang terlibat dalam proses kawalan;

    3. Menghuraikan bentuk-bentuk kawalan; dan

    4. Menganalisa beberapa perspektif dan aktiviti yang perlu dikawal.

    HASIL PEMBELAJARAN

    TTooppii

    99 Kawalan

  • 7/24/2019 Topic 9 Kawalan (1)

    2/14

    TOPIK 9 KAWALAN172

    DEFINISI KAWALAN

    Kawalan pengurusan adalah satu usaha sistematik untuk menetapkan ataumewujudkan standard prestasi melalui objektif perancangan, mereka bentuksistem maklum balas maklumat, membandingkan prestasi sebenar denganstandard yang ditetapkan, menentukan sama ada terdapat sebarang kekurangan

    atau kelemahan dan mengambil tindakan yang sesuai untuk memastikan semuasumber dalam organisasi boleh digunakan dengan cara yang paling efektif dancekap dalam mencapai objektif organisasi.

    Menurut Rue (2000), kawalan adalah proses untuk memastikan bahawa aktivitiorganisasi berjalan mengikut perancangan. Proses ini boleh dilaksanakan denganmembandingkan prestasi sebenar dengan standard yang telah ditetapkan danmengambil tindakan pembaikan untuk membetulkan apa-apa kekurangan yangtidak mematuhi standard.

    Tujuan utama kawalan dalam pengurusan adalah untuk memastikan pengurusbersedia menghadapi masalah di masa hadapan atau yang sedia ada sebelummasalah tersebut menjadi kritikal. Secara am, sebuah organisasi yangmempunyai mekanisme kawalan yang baik akan mempunyai kelebihan bersaing

    berbanding organisasi tanpa sistem kawalan yang baik. Berikut adalah beberapacontoh kepentingan kawalan bagi sesebuah organisasi.

    9.1.1 Jaminan Kualiti

    Kelancaran proses tertentu boleh dipantau dan masalah juga boleh dielakkan

    dengan adanya kawalan. Kawalan juga mampu untuk merangsang organisasiagar memantau dan meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan yangditawarkan. Melalui aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan proses kawalan, ahli-ahli organisasi akan sentiasa terdorong untuk bertindak menurut rancanganyang telah ditetapkan.

    9.1

    Apakah yang anda faham tentang kawalan dalam sebuah organisasitertentu?

    SEMAK KENDIRI 9.1

  • 7/24/2019 Topic 9 Kawalan (1)

    3/14

    TOPIK 9 KAWALAN 173

    9.1.2 Persediaan Menghadapi Perubahan

    Perubahan tidak dapat dielakkan. Ia boleh berlaku akibat daripada faktor-faktor

    persekitaran seperti pasaran, saingan, teknologi dan perundangan. Oleh itu,proses kawalan adalah amat penting bagi pengurus kerana ia membolehkanpengurus bertindak balas terhadap beberapa peluang dan ancaman yang timbuldaripada persekitaran tersebut. Kawalan membantu organisasi menyesuaikanproduknya agar menepati keperluan dan kehendak pengguna di pasaran.

    LANGKAH-LANGKAH DALAM PROSESKAWALAN

    Menurut Rue (2000), proses kawalan mempunyai tiga keperluan asas:menetapkan standard untuk digunakan dalam mengukur tahap prestasi;memantau keputusan dan membandingkannya dengan standard iaitu,perbandingan prestasi organisasi yang sebenar dengan prestasi yang dirancang;

    dan akhir sekali mengambil tindakan pembetulan dalam memperbaiki sebarangkekurangan dan kelemahan yang berlaku dalam mencapai prestasi yang telahditetapkan. Rajah 9.1 menunjukkan langkah-langkah yang terlibat dalam proseskawalan.

    Rajah 9.1:Proses kawalanSumber:Lewis et al. (2001).Management

    9.2

    Apakah yang dimaksudkan dengan kawalan sebagai satu proses?

    LATIHAN 9.1

  • 7/24/2019 Topic 9 Kawalan (1)

    4/14

    TOPIK 9 KAWALAN174

    9.2.1 Menetapkan Standard

    Standard adalah asas perbandingan untuk mengukur tahap prestasi sesebuahsyarikat bagi mengetahui sama ada syarikat itu mematuhi standard ataupuntidak. Standard adalah titik rujukan dalam membuat perbandingan dengan nilaiyang lain. Standard boleh ditakrifkan sebagai apa yang diperlukan daripadatugas atau individu tertentu. Dalam kawalan pengurusan, standard biasanyadiperolehi dari objektif organisasi yang telah ditetapkan. Ia sepatutnya mudahdiukur dan ditafsirkan. Sesuatu objektif khusus yang boleh diukurmenjadikannya lebih sesuai untuk digunakan sebagai satu standard. Sekiranyastandard tersebut kabur dan tidak dinyatakan secara spesifik, ia boleh ditafsirkandengan cara yang berbeza dan akan menimbulkan pelbagai masalah yang bolehmenjejaskan matlamat organisasi.

    Secara amnya, terdapat tiga jenis standard iaitu: standard fizikalseperti kuantitiproduk dan perkhidmatan, bilangan pelanggan dan kualiti produk danperkhidmatan; standard kewangan dinyatakan dalam bentuk wang dan initermasuk kos buruh, kos jualan, kos bahan, hasil jualan, margin keuntungan danlain-lain dan standard masa termasuk kadar prestasi untuk tugas tertentu atautempoh masa yang diperlukan untuk menyelesaikan tugas tertentu.

    9.2.2 Mengukur Prestasi dan Membuat Perbandingan

    Pengukuran prestasi adalah sejenis bentuk kawalan. Keputusan sebenar perlulah

    dipantau untuk memastikan output yang dihasilkan mengikut standard tertentu.Tujuan utama pemantauan prestasi adalah untuk mengumpul data danmengesan penyimpangan dan bahagian yang bermasalah. Pengukuran tidakmempunyai erti jika ianya tidak dibandingkan dengan standard. Langkahseterusnya ialah melaksanakan perbandingan standard. Ini adalah satu proses dimana perbandingan dibuat antara prestasi sebenar dengan standard yang telahditetapkan. Langkah ini adalah penting kerana ia membolehkan apa-apapenyimpangan atau gangguan dikesan dan tindakan pembetulan diambil bagimencapai matlamat yang telah ditetapkan.

    Anda mesti pernah mendengar mengenai standard yang digunakandalam mengukur tahap prestasi syarikat tertentu. Apakah yang andafaham tentang istilah ini dan adakah anda tahu bagaimana standardtertentu terbentuk?

    SEMAK KENDIRI 9.2

  • 7/24/2019 Topic 9 Kawalan (1)

    5/14

    TOPIK 9 KAWALAN 175

    9.2.3 Tindakan Pembetulan

    Dalam kebanyakan kes, didapati pengurus sering mewujudkan standard dan

    memantau keputusan tetapi tidak mengambil tindakan susulan yang sesuai.Langkah pertama dan kedua dalam kawalan akan menjadi sia-sia sekiranyatindakan pembetulan tidak diambil. Sebelum mengambil apa-apa langkah dalammembuat pembetulan, analisis terperinci perlu dijalankan untuk mengetahuifaktor-faktor yang menyebabkan penyimpangan tertentu berlaku.

    Tindakan pembetulan ini mungkin melibatkan perubahan dalam satu atau lebihaktiviti operasi organisasi seperti pengubahsuaian, pembaikan mesin,penyediaan kursus-kursus tertentu dan lain-lain, atau mungkin juga melibatkanperubahan dalam standard yang ditetapkan. Tindakan pembetulan adalah satu

    proses mengenal pasti prestasi yang tersasar, menganalisa gangguan danmembangun dan melaksanakan program-program pembetulan.

    PROSES DINAMIK

    Menurut Williams (2000), pelaksanaan proses kawalan adalah satu tindakanyang berterusan. Proses ini tidak boleh dilakukan hanya sekali untuk mendapatpencapaian yang diharapkan. Oleh itu ia dianggap sebagai proses yang dinamik.Proses dinamik ini bermula dengan melihat prestasi sebenar dan mengukur

    tahap pencapaian prestasi yang tertentu.

    Pengurus kemudian akan membandingkan prestasi yang dicapai dengan prestasiyang telah ditetapkan. Seandainya terdapat apa-apa perbezaan, ia mestidianalisis untuk mengenal pasti punca perbezaan dan ini diikuti dengantindakan pembetulan. Proses ini perlu dilakukan berulang kali dan mesti diberiperhatian sepenuhnya oleh pengurus dalam usaha mencapai matlamat prestasiyang ditetapkan.

    KAEDAH ASAS DALAM KAWALAN

    Menurut Williams (2000), proses kawalan terdiri daripada tiga kaedah asas yangdikenal pasti sebagai prakawalan, kawalan serentak dan kawalan maklum balas.

    9.4

    9.3

  • 7/24/2019 Topic 9 Kawalan (1)

    6/14

    TOPIK 9 KAWALAN176

    Rajah 9.2:Tiga kaedah asas dalam kawalanSumber:Jones, G. R., George, J. M., & Hill, C. W. L. (2000).

    Contemporary management(2nd ed.). Boston: Irwin McGraw Hill

    9.4.1 Prakawalan/Kawalan Awalan

    Kawalan jenis ini juga dikenali sebagai kawalan pencegahan atau kawalanawalan. Ia melibatkan penggunaan maklumat, termasuk maklumat keputusanyang terkini untuk meramal apa yang akan berlaku pada masa akan datangsupaya langkah-langkah pencegahan boleh diambil. Ia dilaksanakan untukmengelakkan perbezaan antara apa yang benar-benar berlaku dengan apa yangdiharapkan berlaku. Pencegahan dijalankan melalui analisis terperinci mengenaiinput sebelum diterima ke dalam proses transformasi organisasi. Input perludipastikan mematuhi piawaian kualiti yang ditubuhkan agar keputusan yangdiperolehi adalah seperti yang dijangka.

    Satu contoh penggunaan kawalan ini adalah apabila pengurus memastikanbahawa sampel bahan mentah yang akan digunakan mematuhi piawaian yangditetapkan oleh organisasi atau berdasarkan spesifikasi tertentu bagimengelakkan kerosakan produk pada masa akan datang.

    9.4.2 Kawalan Serentak

    Kawalan serentak dijalankan semasa proses transformasi sedang berlaku.Apabila kawalan ini dijalankan, tindakan pemulihan, pembetulan ataupengubahsuaian dilakukan selepas gangguan dikesan. Bagi organisasi yang

    berorientasikan pengeluaran, tindakan kawalan akan diambil apabila inputsedang diproses, manakala bagi organisasi yang berorientasikan perkhidmatan,ia akan diambil semasa perkhidmatan sedang diberi kepada pelanggan.

    Melalui kaedah kawalan ini, organisasi akan memantau operasi mereka danpada masa yang sama mengambil tindakan pembetulan yang perlu sebelumproses transformasi selesai. Ini akan membantu untuk mengurangkan kesilapandalam output yang dihasilkan. Antara contoh kaedah kawalan ini adalahpeperiksaan pertengahan penggal, kawalan akaun, kawalan inventori dan lain-lain.

  • 7/24/2019 Topic 9 Kawalan (1)

    7/14

    TOPIK 9 KAWALAN 177

    9.4.3 Kawalan Maklum Balas

    Kawalan maklum balas melibatkan pengumpulan maklumat yang berkaitan

    dengan kelemahan langkah-langkah kawalan selepas sesuatu kejadian berlaku.Kawalan jenis ini dilaksanakan selepas proses transformasi telah selesai dengantujuan untuk mengetahui sama ada seluruh aktiviti berjalan dengan betul danmencapai keputusan seperti yang diharapkan.

    Kawalan ini juga dapat menentukan sama ada program yang akan dijalankanmempunyai kesinambungan dengan program sebelumnya. Ia juga berupayauntuk menilai efektif dan efisien pihak-pihak yang terlibat dalam melaksanakanaktiviti-aktiviti organisasi. Satu contoh kaedah kawalan ini adalah penggunaan

    bahan mentah yang berkualiti rendah yang menyebabkan pengeluaran produk

    berkualiti rendah. Tindakan mengubah bahan-bahan mentah yang digunakanadalah salah satu contoh kawalan maklum balas.

    BENTUK-BENTUK KAWALAN

    Menurut Williams (2000), terdapat lima bentuk kawalan yang boleh digunakanoleh pengurus dalam melaksanakan proses kawalan birokratik, objektif,normatif, bersepadu dan diri. Rajah 9.3 menggambarkan kelima-lima bentukkawalan ini.

    Rajah 9.3:Lima bentuk kawalan yang boleh digunakan oleh pengurus dalam organisasi

    9.5.1 Kawalan Birokratik

    Kaedah ini menggunakan kuasa hierarki untuk mempengaruhi golonganpekerja. Ganjaran diberi kepada pekerja-pekerja yang taat manakala hukumandikenakan kepada pekerja-pekerja yang tidak mematuhi polisi, peraturan danprosedur organisasi.

    9.5

  • 7/24/2019 Topic 9 Kawalan (1)

    8/14

    TOPIK 9 KAWALAN178

    9.5.2 Kawalan Objektif

    Kawalan ini menggunakan kaedah pengukuran pemerhatian terhadap tingkah

    laku pekerja atau output yang dihasilkan untuk menilai prestasi kerja. Penguruslebih tertumpu kepada pemerhatian atau pengukuran terhadap tingkah lakupekerja atau output berbanding polisi atau peraturan. Kawalan objektif terdiridaripada dua bentuk kawalan, kawalan kelakuan dan kawalan output.

    Mari kita lihat apakah yang dimaksudkan dengan kawalan kelakuan dankawalan output. Kawalan kelakuan adalah peraturan tingkah laku dan tindakanyang mengawal tingkah laku pekerja dalam tugas mereka. Kawalan output ialah

    bentuk kawalan yang mengawal output pekerja dengan memberikan merekaganjaran dan insentif. Ciri-ciri penting dalam pelaksanaan kawalan output

    adalah kebolehpercayaan, keadilan dan ketepatan, pekerja dan pengurus yangmeyakinkan untuk mencapai keputusan yang dijangkakan manakala ganjarandan insentif bergantung kepada standard prestasi yang telah ditetapkan.

    9.5.3 Kawalan Normatif

    Setelah melihat dengan terperinci tentang kawalan birokratik dan kawalanobjektif, mari kita lihat kawalan normatif. Ini adalah satu kaedah yang mengaturtingkah laku pekerja dan hasilnya melalui norma-norma dan kepercayaan yangdikongsi bersama di kalangan semua anggota organisasi. Terdapat dua ciriutama dalam kawalan jenis ini, iaitu sensitiviti terhadap pemilihan pekerja

    berdasarkan sikap dan norma mereka, dan mendapatkan inspirasi berdasarkanpengalaman dan pemerhatian pekerja.

    9.5.4 Kawalan Bersepadu

    Ini adalah satu kaedah yang menggunakan norma dan tingkah laku yangdibincangkan, dibentuk dan dipersetujui oleh kumpulan kerja. Bentuk kawalanini memainkan peranan dalam kumpulan kerja berautonomi. Ini adalah

    satu kumpulan kerja yang beroperasi tanpa kehadiran pengurus danbertanggungjawab sepenuhnya dalam kawalan proses, tugas kumpulan, outputdan tingkah laku. Kumpulan kerja autonomi berkembang secara beransur-ansurmelalui dua peringkat kawalan bersepadu. Pertama, ahli bekerja dan belajardaripada satu sama lain, menyelia kerja setiap ahli dan membangunkan normadan kepercayaan yang membimbing dan mengawal mereka. Kedua, rupa danpenerimaan objektif sebagai panduan dan mengawal tingkah laku.

  • 7/24/2019 Topic 9 Kawalan (1)

    9/14

    TOPIK 9 KAWALAN 179

    9.5.5 Kawalan Diri

    Ini adalah satu sistem di mana pengurus dan pekerja mengawal tingkah laku

    dengan menetapkan matlamat mereka sendiri, memantau kemajuan danpencapaian matlamat mereka sendiri dan memberi ganjaran kepada diri merekaapabila matlamat telah tercapai.

    FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DIKAWAL

    Menentukan perkara-perkara yang perlu dikawal adalah sama pentingnyadengan membuat keputusan sama ada untuk mengawal atau dalam kaedah apakawalan perlu dilakukan. Terdapat beberapa bahagian yang perlu dikawal olehpengurus bagi organisasi mencapai matlamat yang diingini.

    9.6.1 KewanganSalah satu aspek penting yang perlu dikawal adalah kewangan. Ada waktunyadi mana prestasi kewangan tidak mencapai standard yang dijangkakan. Jikakeadaan ini masih tidak dapat dikesan dan tindakan yang relevan tidak diambil,kewujudan syarikat tersebut mungkin berada dalam bahaya. Perspektifkewangan secara umumnya berkaitan dengan aktiviti-aktiviti seperti jualan,pembelian dan lain-lain.

    9.6

    Berdasarkan pemahaman anda, nyatakan tiga kaedah asas dalam proseskawalan dan lima bentuk kawalan yang boleh dilaksanakan oleh sebuahorganisasi.

    LATIHAN 9.2

    Dalam mengurus sesebuah organisasi, pengurus bertanggungjawabmemastikan kelancaran proses pengurusan. Beliau perlu memastikan

    bahawa kawalan terperinci dijalankan. Pada pendapat anda, apakah

    faktor-faktor yang perlu dikawal oleh pengurus dalam sebuahorganisasi?

    SEMAK KENDIRI 9.3

  • 7/24/2019 Topic 9 Kawalan (1)

    10/14

    TOPIK 9 KAWALAN180

    Penyata kewangan adalah sumber penting maklumat kewangan bagi sesebuahorganisasi. Kunci kira-kira menunjukkan berapa kukuhnya kedudukankewangan, aset, liabiliti dan kedudukan pemegang ekuiti bagi tempoh kewangan

    tertentu. Penyata untung-rugi atau penyata pendapatan menunjukkan ringkasanaktiviti operasi dan hubungan antara perbelanjaan dan pendapatan bagi tahunkewangan tersebut.

    Menurut Williams (2000), terdapat satu pendekatan baru dalam perspektifkewangan yang dikenali sebagai nilai tambah ekonomi. Nilai tambah ekonomimerupakan jumlah keuntungan syarikat yang melebihi kos modal dalam tahuntertentu. Dalam perspektif ini, pengurus perlu mengenakan kawalan supaya

    jumlah keuntungan syarikat sentiasa melebihi kos modal bagi syarikat itu untukterus meraih nilai tambah ekonomi.

    9.6.2 Sumber Manusia

    Kawalan sumber manusia adalah amat penting dalam sesebuah organisasi. Jikaorganisasi tidak dapat mengawal sumber manusia dengan baik seperti kehilangantenaga pakar, ia akan menjejaskan prestasi dan pencapaian syarikat tersebut.

    Organisasi perlu mempunyai perancangan yang boleh memotivasikan parapekerja. Sebagai contoh, organisasi perlu mengambil berat mengenai masalah yangdihadapi oleh pekerja-pekerja dengan mewujudkan perbincangan yang harmoni

    antara pihak pengurusan dan kesatuan pekerja.

    9.6.3 Operasi Dalaman

    Operasi dalaman organisasi biasanya diukur melalui kualiti. Kawalan operasiadalah sangat mustahak bagi setiap organisasi terutamanya bagi firmapembuatan. Ini adalah kerana efisien dan efektif kawalan operasi akanmenentukan tahap pengeluaran dan prestasi organisasi seperti yang ditetapkanoleh piawaiannya. Nilai kualiti produk dan perkhidmatan yang ditawarkan

    berdasarkan standard akan dapat mengukuhkan tanggapan pelanggan terhadapkualiti barang-barang yang telah mereka beli. Sebagai contoh, kawalan kualitiproduk dapat mengurangkan bahan buangan dan kecacatan produk dan ini akanmenjimatkan kos. Kawalan inventori juga berkesan dalam mengurangkan kospelaburan yang berkaitan dengan inventori.

  • 7/24/2019 Topic 9 Kawalan (1)

    11/14

    TOPIK 9 KAWALAN 181

    9.6.4 Pelanggan

    Menurut Williams (2000), untuk mengukur prestasi pelanggan, organisasi perlu

    mengenakan kawalan ke atas pelanggan yang meninggalkan organisasi danbukannya berdasarkan kajian kepuasan pelanggan. Di sini, pengurus akanmembuat penilaian dengan mengukur kadar peratusan pelanggan yangmeninggalkan organisasi itu. Dengan mengawal pelanggan daripadameninggalkan organisasi, maka syarikat akan dapat meningkatkan keuntunganmereka. Sebagai contoh, kos untuk mendapatkan pelanggan baru adalah limakali lebih tinggi berbanding dengan kos mengekalkan pelanggan yang sedia ada.

    SEMAK KENDIRI 9.3

    Soalan Esei

    Mengapakah perspektif kewangan perlu dikawal?

    Pernyataan BE TUL B) atau SALAH S)

    1. Kawalan merupakan satu proses untuk mengetahui apa yang telahberlaku berbanding standard yang telah ditetapkan.

    2. Keputusan berkaitan kawalan tiada kesan kepada keputusan

    perancangan masa hadapan.

    3. Organisasi yang mengamalkan kawalan birokratik sangat sukaruntuk diubah.

    4. Kawalan masa depan juga dikenali sebagai kawalan pencegahan.

    5. Nilai tambah ekonomi adalah jumlah keuntungan sebuah syarikatyang melebihi kos modal dalam setahun.

    LATIHAN 9.3

  • 7/24/2019 Topic 9 Kawalan (1)

    12/14

    TOPIK 9 KAWALAN182

    Soalan-soalan Aneka Pilihan

    1. Kebanyakan kaedah kawalan adalah berdasarkan kepada:

    A. Kawalan masa depanB. Kawalan maklum balasC. Kawalan serentakD. Kawalan dinamik

    2. Apakah jenis kawalan yang menggunakan kaedah norma dan tingkahlaku yang dibincangkan, dibentuk dan dipersetujui oleh satukumpulan kerja?

    A. BersepaduB. BirokratikC. NormatifD. Diri

    3. Jenis kawalan yang manakah dilaksanakan semasa prosestransformasi?

    A. SerentakB. Pencegahan

    C. ObjektifD. Maklum balas

    4. Yang mana antara berikut BUKANkeperluan asas proses kawalan?

    A. Menetapkan standardB. Membandingkan prestasi yang sebenar dengan standardC. Mengawal beberapa objektifD. Mengambil tindakan pembaikkan sekiranya perlu

    5. Apakah perspektif yang selalu digunakan dalam mengukur prestasi

    operasi sebuah organisasi?

    A. KewanganB. KualitiC. Sumber manusiaD. Pelanggan

  • 7/24/2019 Topic 9 Kawalan (1)

    13/14

    TOPIK 9 KAWALAN 183

    Tujuan utama kawalan pengurusan adalah untuk menyiapkan pengurusmenghadapi masalah yang sedia ada atau yang akan datang sebelum iamenjadi kritikal.

    Kawalan pengurusan mempunyai tiga keperluan asas: mewujudkanstandard; memantau keputusan dan membandingkannya dengan standarddan membuat pembetulan atas apa-apa gangguan yang berlaku di antarakeputusan yang benar dan standard.

    Kawalan adalah satu proses yang dinamik kerana ia adalah satu proses yangberterusan.

    Proses kawalan terdiri daripada tiga kaedah asas: kawalan masa depan yangjuga dikenali sebagai kawalan pencegahan, kawalan serentak dan kawalanmaklum balas.

    Terdapat lima bentuk kawalan yang boleh digunakan oleh pengurus dalammelaksanakan proses kawalan: birokrasi, objektif, normatif, bersepadu dandiri.

    Soalan Kes: Kawalan

    1. Apakah maksud kawalan?

    2. Adakah anda bersetuju dengan jenis kawalan yang digunakan olehpengurus di senario di atas? Mengapa?

  • 7/24/2019 Topic 9 Kawalan (1)

    14/14

    TOPIK 9 KAWALAN184

    Bagi memastikan bahawa organisasi boleh mencapai matlamatnya, beberapaperspektif yang penting mesti dikawal kewangan, sumber manusia, kualitidan pelanggan.

    Bersepadu

    Birokratik

    Kawalan output

    Kawalan pencegahan

    Kawalan tingkah laku

    Kumpulan kerja autonomi

    Normatif

    Objektif

    Tindakan pembetulan