topic 3 olahraga

Download Topic 3 Olahraga

Post on 31-Oct-2015

42 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 39OUM

    TOPIK 3 MELEMPAR CAKERA DAN LONTAR PELURU

    HASIL PEMBELAJARAN:

    Setelah mengikuti topik ini, anda akan

    dapat:

    x Memahami mengenai pelaksanaan acara lempar cakera dan peluru

    x Mencirikan perbezaan dalam teknik lontaran cakera dan peluru

    x Menjelaskan teknik-teknik yang betul dalam lempar cakera dan peluru

    x Mempraktikkan semua teknik yang telah dibincangkan dengan berkesan

    TOPIK 3 MELEMPAR CAKERA DAN LONTAR PELURU

    PENGENALAN

    Acara lempar cakera adalah acara

    lontaran yang mula-mula dicipta sebagai

    acara sukan. Acara ini juga

    dipertandingkan dalam Sukan Olimpik

    Kuno Greek. Namun begitu, cakera yang

    digunakan adalah jauh lebih besar dan

    lebih berat daripada cakera yang

    digunakan pada hari ini. Acara lempar

    cakera mula dipertandingkan dalam

    Sukan Olimpik pada tahun 1896. Acara

    lontar peluru tidak mempunyai sejarah

    yang lama jika dibandingkan dengan

    acara merejam lembing dan melempar

    cakera. Mengikut sejarah, aktiviti

    melontar batu telah dijadikan

    pertandingan bermula pada abad ke-19.

    Orang Scotland dan Ireland telah

    dianggap sebagai golongan pertama

    yang mencipta acara lontar peluru,

    berdasarkan pertandingan melontar batu

    yang mereka lakukan ketika itu.

    Bagaimanapun, acara lontar peluru tidak

    dapat diterima sebagai acara sukan di

    kedua-dua buah negara ini.

    RINGKASAN TOPIK

    Pengenalan

    3.1 Melempar Cakera

    3.1.1 Fasa Pergerakan Melempar Cakera

    3.1.2 Teknik Pegangan Cakera

    3.1.3 Teknik Melempar Cakera Gaya Berdiri

    3.1.4 Teknik Melempar Cakera Gaya Berpusing

    3.1.5 Peraturan Asas Acara Lempar Cakera

    3.1.6 Ukuran Cakera

    3.1.7 Kawasan Lemparan Cakera

    3.1.8 Cara Mengukur Jarak Lemparan Cakera

    3.2 Lontar Peluru

    3.2.1 Fasa Pergerakan dalam Lontar Peluru

    3.2.2 Gaya Lontar Peluru

    Rumusan

    Topik 1: Sukan Olahraga

    Topik 2: Lompat Kijang dan Lompat Jauh

    Topik 3: Melempar Cakera dan Lontar

    Peluru

    Topik 4: Merejam Lembing dan Lompat

    Tinggi

    Topik 5: Lari Pecut, Lari Berpagar dan

    Lari Berganti-ganti

    Topik 6: Lari Jarak Sederhana dan Jarak

    Jauh

    Topik 7: Perancangan Pengurusan

    Kejohanan Olahraga

    Topik 8: Perancangan Pengurusan

    Kejohanan Olahraga (Teknikal)

    Topik 9: Persediaan Sebelum Kejohanan

    Olahraga

    Topik 10: Peranan Semasa dan Selepas

    Kejohanan Olahraga

  • 40OUM

    TOPIK 3 MELONTAR CAKERA DAN LONTAR PELURU

    3.1 MELEMPAR CAKERA

    Rajah 3.1: Fasa penuh lempar cakera

    Objektif utama dalam acara lempar cakera adalah untuk melempar cakera seberapa jauh

    yang boleh dari bulatan lemparan. Garis pusat bulatan adalah berukuran 2.50 meter dan

    peserta dikehendaki membuat cubaan melempar dari dalam bulatan dengan

    mengarahkan cakera ke kawasan sektor yang bersudut 40 di hadapan bulatan.

    Antara keperluan lain yang boleh membantu ialah kemampuan fizikal seseorang peserta.

    Keperluan tersebut adalah terdiri daripada kekuatan, kuasa, koordinasi dan serta ritma

    yang baik. Antara faktor-faktor lain yang boleh membantu ialah dari aspek mekanikal juga

    perlu diambil perhatian untuk keberkesanan dalam acara melempar cakera.

    Empat faktor yang mempengaruhi teknik lemparan adalah:

    (a) Ketinggian

    (b) Kelajuan

    (c) Sudut pelepasan cakera

    (d) Sifat aerodinamik(bentuk cakera)

    3.1.1 Fasa Pergerakan Melempar Cakera

    Terdapat empat fasa pergerakan melempar cakera. Fasa-fasa adalah seperti berikut:

    (a) Fasa persediaan termasuk pegangan cakera

    (b) Fasa hayunan awalan

    (c) Fasa lemparan

    (d) Fasa ikut lajak dan pemulihan

  • 41OUM

    TOPIK 3 MELEMPAR CAKERA DAN LONTAR PELURU

    3.1.2 Teknik Pegangan Cakera

    Dalam acara melempar cakera faktor utama yang turut mempengaruhi balingan cakera

    ketika di udara ialah berpandukan bagaimana cakera tersebut dipegang ketika dan

    dilempar. Pastikan ketika memegang cakera anda melakukannya dengan keadaan yang

    selamat, selesa dan sesuai dengan keluasan tapak tangan.

    Rajah 3.2: Teknik asas pegangan cakera

    Tekapkan keseluruhan tapak tangan kanan atau kiri ke bahagian paling atas muka cakera,

    kemudian ruas hujung jari anda dibengkokkan dan melekap dengan erat di tepi bahagian

    simpai logam. Rehatkan ibu jari di atas muka cakera. Periksa jarak antara jari-jari yang

    memegang di bahagian tepi simpai itu direnggangkan dengan anggaran jarak yang hampir

    sama.

    Semak Kendiri 3.1

    1. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi lontaran dalam acara

    lempar cakera

    2. Terangkan teknik yang betul memegang cakera.

  • 42OUM

    TOPIK 3 MELONTAR CAKERA DAN LONTAR PELURU

    3.1.3 Teknik Melempar Cakera Gaya Berdiri

    Rajah 3.3: Melempar cakera dari gaya berdiri

    Teknik ini yang juga dikenali dengan gaya 90 sesuai bagi mereka yang baru dalam acara

    ini. Latihan membaling dengan gaya berdiri perlu diamalkan bagi membantu mewujudkan

    prinsip ansur maju dalam latihan melempar cakera. Berikut adalah langkah-langkah bagi

    fasa ini:

    (a) Fasa 1: Persediaan

    (i) Anda perlu berdiri dengan gaya menghalakan bahu kiri (tangan bebas) ke arah

    kawasan cakera akan mendarat. Kaki berjarak seluas bidang bahu. Kedudukan

    kaki kanan lebih depan sedikit dari kaki kiri.

    (ii) Cakera dipegang dalam tangan kanan dan kemudian badan mula direndahkan.

    (b) Fasa 2: Hayunan Awalan

    (i) Untuk memulakan hayunan ke belakang, cakera terlebih dahulu digerakkan

    menyilang badan ke depan bahu kiri. Pada ketika ini, tangan kiri akan mula

    memberi sokongan kepada cakera.

    (ii) Cakera dihayun ke belakang bahu kanan dengan tangan yang diluruskan dan

    dihayun ke depan semula dekat bahu kiri. Periksa berat badan yang berubah

    dari kaki kiri ke kaki kanan mengikut rentak hayunan.

    (iii) Semasa hayunan ke belakang, rendahkan bahagian badan sedikit sambil

    membengkokkan lutut dan seterusnya gunakan badan tadi untuk mengilas ke

    belakang sambil berdiri dengan menggunakan bahagian atas hujung kaki.

    (c) Fasa 3: Lemparan

    (i) Ekoran dari hayunan belakang yang terakhir (selepas dua atau tiga hayunan),

    kilaskan badan ke hadapan. Didahului dengan siku kiri dan kepala

    didongakkan.

    (ii) Cakera digerakkan dengan cepat dan pantas ke hadapan dengan

    menggunakan tangan yang lurus. Lempar ke hadapan secara menaik apabila

    ianya sudah mencapai aras bahu kanan. Sudut lemparan 30 35 adalah sudut

    pelepasan cakera yang dianggap bersesuaian.

  • 43OUM

    TOPIK 3 MELEMPAR CAKERA DAN LONTAR PELURU

    (d) Fasa 4: Ikut Lajak dan Pemulihan

    (i) Ketika sedang melempar, gunakan pula kedua dua belah kaki untuk menolak

    permukaan tanah dan kemudian diluruskan sehingga badan terangkat.

    Tindakan kaki ini dapat membantu menambah daya kepada lemparan yang

    dibuat.

    (ii) Lemparan cakera yang cepat dan pantas itu tadi akan memudahkan kaki kanan

    terangkat ke belakang yang bertujuan mengimbangi badan yang sedang

    condong ke hadapan.

    3.1.4 Teknik Melempar Cakera Gaya Berpusing

    Rajah 3.4: Gaya berpusing dan melempar

    Teknik ini agak sukar dilakukan bagi anda yang mempunyai kelemahan dalam

    mengkoordinasi pergerakan dan mereka yang tidak menguasai sepenuhnya teknik asas

    melempar dengan gaya berdiri. Berikut adalah pecahan fasa bagi gaya berpusing dan

    melempar:

    1. Fasa Persediaan

    Dalam teknik ini ketika fasa bersedia anda perlu memulakannya dengan berdiri

    sambil membelakangkan kawasan lemparan dengan kedudukan anda hampir dengan

    bahagian belakang bulatan. Gunakan teknik pegangan cakera seperti dalam gaya

    berdiri dan sambil menjarakkan kaki seluas sebidang bahu.

    2. Fasa 1, 2: Hayunan Awalan

    Rendahkan badan anda ketika sedang memulakan hayunan di peringkat awal. Cara

    hayunan masih mengekalkan teknik hayunan gaya berdiri. Berikan tumpuan utama

    anda kepada kilasan badan yang akan dibuat diselaraskan dengan mengikuti

    hayunan tangan yang sedang memegang cakera.

    3. Fasa 3-7: Pergerakan Pusingan

    (a) Setelah hayunan akhir telah selesai dilakukan, anda perlu terus mengilas

    badan ke kiri dengan menumpukan dirian diletakkan ke atas kaki kiri. Badan

    dibiarkan berpusing secara mudah dengan memulakan langkah pusingan jam

  • 44OUM

    TOPIK 3 MELONTAR CAKERA DAN LONTAR PELURU

    dengan kaki kanan sehingga anda telah menghadap kawasan pendaratan

    cakera.

    (b) Seterusnya pastikan kaki kiri anda mula melangkah ke bahagian belakang

    sambil disusuli dengan pusingan badan. Tumpuan diri menggunakan kaki kiri.

    Badan berpusing dengan kaki kanan melangkah ke arah lawan jam sehingga

    anda berhadapan dengan kawasan pendaratan.

    4. Fasa 8-10: Pelemparan

    Apabila anda telah hampir selesai mengilaskan badan dan mula menghadap

    kawasan lemparan, hayun tangan yang sedang memegang cakera hingga sama

    dengan aras bahu tangan.

    5. Fasa 11: Ikut Lajak dan Pemulihan

    Setelah cakera dilempar, tangan yang sudah melempar itu dibiarkan terus bergerak

    sambil menyilang badan sama aras leher dan seterusnya dibengkokkan di akhir

    pergerakan. Dalam masa yang sama, pastikan kaki kanan anda telah mula berada di

    depan bulatan dan kaki kiri telah berada dalam keadaan terangkat ke belakang. Anda

    seterusnya hendaklah mengimbangkan badan sambil memerhati