2007122710125509-topic 8 low

Download 2007122710125509-Topic 8 low

Post on 07-Apr-2018

234 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 2007122710125509-Topic 8 low

    1/26

    PENGENALAN

    Selamat datang ke Topik 8 Kemahiran Asas Hoki. Topik ini merupakan lanjutanTopik 7 yang membincangkan tentang sejarah hoki. Anda tentu masih ingat bukan? Topik 8 akan menerangkan kepada anda tujuh kemahiran asas dalampermainan hoki. Akhir sekali setelah anda dapat menguasai ketujuh tujuhkemahiran asas ini, anda akan mempelajari pula tentang empat strategipermainan ini. Selamat berjuang!

    KEMAHIRAN ASAS

    Mari kita lihat tujuh kemahiran asas dalam permainan hoki iaitu:(i) Menggelecek.(ii) Tolakan.

    (iii) Menyerkap.(iv) Memukul.(v) Hantaran.(vi) Kuitan dan hantaran tinggi.(vii) Penjagaan gawang gol.

    Sekarang mari kita lihat satu persatu tujuh kemahiran ini dengan lebihmendalam.

    8.1

    TToo pp iik k 88 KemahiranAsas Hoki

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:1. menguasai tujuh kemahiran asas dalam permainan hoki; dan2. mengenal pasti empat strategi permainan hoki.

  • 8/6/2019 2007122710125509-Topic 8 low

    2/26

    TOPIK 8 KEMAHIRAN ASAS HOKI136

    8.1.1 Menggelecek

    Kemahiran asas pertama yang harus dipelajari dalam sukan hoki adalahkemahiran menggelecek. Apakah yang anda faham tentang menggelecek?

    Menggelecek adalah kemahiran yang digunakan untuk melepaskan diri dengan bola apabila dikawal oleh pemain lawan.

    Selain itu, tahukah anda apa lagi kegunaan menggelecek? Kegunaan lainmenggelecek adalah:

    (i) Mengekalkan pemilikan bola.(ii) Persediaan untuk menghantar dan menjaringkan gol.(iii) Mencari ruang dan menukar arah.(iv) Melengahkan masa.

    Tahukah anda terdapat tiga cara menggelecek? Tiga cara tersebut ialahmenggelecek longgar, menggelecek rapat dan menggelecek Indian. Mari kitalihat ketiga tiga cara menggelecek ini satu persatu.

    (a) Menggelecek LonggarBilakah kemahiran menggelecek ini digunakan? Kemahiran menggelecekini (open/loose dribble) digunakan apabila pemain hendak menggerakkan

    bola dengan cepat untuk tujuan:

    Melepaskan diri dengan bola daripada pemain lawan. Berlari dengan bola ke arah gol (Rajah 8.1).

  • 8/6/2019 2007122710125509-Topic 8 low

    3/26

    TOPIK 8 KEMAHIRAN ASAS HOKI 137

    Rajah 8.1: Menggelecek longgar sambil berlari ke arah gol

    (b) Menggelecek RapatBagaimana pula dengan menggelecek rapat? Menggelecek rapat digunakanapabila pemain hendak mengawal bola dengan rapi. Ia digunakan apabilapemain itu tidak dapat memastikan keadaan atau situasi semasa bermainsama ada selamat atau tidak untuk mendedahkan bola kepada pihak lawan(Rajah 8.2).

    Rajah 8.2: Menggelecek rapat

    (c) Menggelecek IndianAkhir sekali adalah menggelecek Indian. Menggelecek Indian sangat berguna jika pemain hendak menukar arah daripada kanan ke kiri atausebaliknya. Melalui cara ini pemain boleh melarikan diri daripada pihaklawan (Rajah 8.3).

  • 8/6/2019 2007122710125509-Topic 8 low

    4/26

    TOPIK 8 KEMAHIRAN ASAS HOKI138

    Rajah 8.3: Menggelecek Indian

    8.1.2 Tolakan

    Tahukah anda bahawa menolak adalah cara penghantaran yang paling pantaskepada seorang rakan? Ini adalah kerana sasaran bola disembunyikan sehinggasaat saat akhir untuk mengelirukan pihak lawan. Dalam keadaan tertekan, iamerupakan penghantaran yang paling selamat dan boleh dibuat dengan mudah.

    Selain itu, kemahiran ini boleh dilakukan daripada kedudukan yang sukar dimana kemahiran memukul tidak boleh digunakan.

    Walaupun kemahiran ini tidak mempunyai kuasa yang sama jika dibandingkandengan kemahiran memukul, kemahiran menolak boleh dilakukan dengan sertamerta tanpa disedari oleh pihak lawan. Kemahiran menolak sangat bergunauntuk clearance cepat atau jaringan. Kemahiran ini juga boleh dilakukandaripada kedudukan yang sukar di mana kemahiran memukul tidak bolehdigunakan. Kemahiran menolak mempunyai hantaran lengkung yang luas dan boleh dilakukan semasa pemain bergerak dengan cepat. Ini kerana pemain tidakmenggunakan hayunan ke belakang, menyebabkan kesukaran pihak lawanmelihat dan menjangka bila dan ke mana bola akan dihantar.

    Sekarang mari kita lihat mekanik menolak dari segi cara memegang kayu, cara berdiri, bola, badan dan perlaksanaan kemahiran.

    (a) Cara Memegang Kayu

    Tangan kiri memegang kayu di sebelah atas, sementara kedudukantangan kanan ialah 15 30 cm di bawah tangan kiri.

    Kayu dipegang kuat untuk melaksanakan kemahiran ini.

  • 8/6/2019 2007122710125509-Topic 8 low

    5/26

    TOPIK 8 KEMAHIRAN ASAS HOKI 139

    (b) Cara Berdiri

    Bahu kiri hendaklah menghala ke arah sasaran bola atau target. Kedudukan kaki perlu selesa untuk memberi keseimbangan. Lutut dibengkokkan berhampiran dengan kayu supaya dapat diletak

    dekat dengan bola.

    (c) Bola

    Kedudukan bola ialah 15 cm dari kaki kanan atau lebih kurang 30 cmdari kaki kiri atau lebih kurang 40 45 cm apabila kedudukan badan

    bersudut tepat.

    (d) Badan

    Badan dibongkokkan ke hadapan supaya mata dapat melihat boladengan tepat (lihat Rajah 8.4).

    Rajah 8.4: Kedudukan badan ketika hendakmembuat tolakan

    (e) Perlaksanaan Kemahiran

    Bagi perlaksanaan kemahiran ini kayu hendaklah berhampiran bola

    atau melekat dengan bola. Bola ditolak dengan tangan kanan sambil tangan kiri menekan kayu

    ke bawah. Bola ini akan bergerak leret ke arah sasaran. Hayunan kayumengikut rentak adalah penting kerana ia membantu menyentuh bolaseberapa lama yang boleh.

    Dalam perlaksanaan kemahiran ini seseorang individu perlumemindahkan berat badan dari kaki kanan ke kaki kiri.

    Dengan koordinasi dan pergelangan tangan yang kuat, penolakanyang kemas dapat dilakukan.

  • 8/6/2019 2007122710125509-Topic 8 low

    6/26

    TOPIK 8 KEMAHIRAN ASAS HOKI140

    8.1.3 Menyerkap

    Kemahiran ketiga ialah menyerkap. Tahukah anda maksud menyerkap?

    Kemahiran ini merupakan kemahiran yang paling penting dalam permainanhoki (memiliki bola). Pemain pemain harus menguasai kemahiran menyerkap bola di atas permukaan padang yang berlainan kerana permainan hoki bolehdimainkan di atas padang rumput dan juga astroturf. Pasukan pasukan yang boleh menyerkap bola dengan baik akan menguasai dan dapat menentukancorak permainan. Pemain boleh melakukan kemahiran menyerkap dalamkeadaan statik atau sedang bergerak semasa bola dihantar (lihat Rajah 8.5).

    Rajah 8.5: Menyerkap dalam keadaan bergerak semasa bola dihantar

    Apakah mekanik untuk menyerkap bola? Untuk menyerkap atau menerima bola, biar bola bergerak ke kayu anda dan bukan mencucuk bola itu. Bolasepatutnya diserkap dan dikawal dalam posisi terbaik dan bersedia untuktindakan selanjutnya. Apabila anda bersedia untuk menerima bola, anda harussentiasa ingat apa yang hendak anda lakukan sebelum bola tersebut sampai.

  • 8/6/2019 2007122710125509-Topic 8 low

    7/26

  • 8/6/2019 2007122710125509-Topic 8 low

    8/26

    TOPIK 8 KEMAHIRAN ASAS HOKI142

    (c) Badan

    Badan, kepala dan kaki berada di belakang dan selari dengan arahdatangnya bola. Kadang kala satu langkah ke hadapan diperlukanuntuk menyerkap bola.

    Gerakan ke kanan atau ke kiri adalah penting untuk menyerkap bolayang datang dari kedua dua arah itu.

    Semua pemain mestilah meletakkan badan mereka dalam kedudukanyang diperlukan dengan berat badan sentiasa berpindah dari kiri kekanan.

    Pada masa bola bersentuhan dengan kayu, tangan kiri ditegakkan

    sementara tangan kanan dibengkokkan sedikit. Pemain pemain dilarang membuangkan kayu ke arah bola. Mereka

    mesti menerima bola dari beberapa arah khasnya dari belakang, daripemain pertahanan, kiri dan kanan.

    8.1.4 Memukul

    Apakah kepentingan kemahiran memukul? Memukul merupakan kemahiranyang sangat kuat antara kesemua strok hoki. Kelebihan strok ini ialah bola bolehdigerakkan atau dihantar dengan cepat dan jauh. Selain itu, ketepatan pukulan juga adalah penting.

    Apakah mekanik memukul? Mekanikal memukul dapat kita lihat dalampegangan kayu, cara berdiri, hayunan, badan dan kuasa untuk memukul bola.

    (a) Pegangan Kayu

    Letakkan kepala kayu hoki di atas tanah, dengan jari kayu menghalake hadapan.

    Letakkan tangan kiri di hujung kayu dan genggam dengan longgar.Tangan kanan diletakkan di bawah tangan kiri, jari jari memegang batang kayu. Satu bentuk V dibentukkan dengan ibu jari dan jari

    telunjuk kedua dua tangan adalah selari dengan jari kayu hoki.Hanya sebahagian kayu hoki iaitu 4 7 cm, menjulur (protrudes) diatas tangan kiri.

    (b) Cara Berdiri

    Berdiri dengan bahu kiri menghadap sasaran atau arah pukulan.Kedudukan badan adalah seimbang. Kaki perlu dijarakkan lebihkurang lebar bahu. Jari kaki kanan tersebut tegak dengan bahu dan jari kaki kiri lebih kurang 30 40 darjah.

  • 8/6/2019 2007122710125509-Topic 8 low

    9/26

    TOPIK 8 KEMAHIRAN ASAS HOKI 143

    (c) Hayunan

    Untuk pukulan lurus, hayunan dimulakan daripada hayunan belakang ke hayunan bawah dan ikut lajak. Ia mesti mengikut lorongyang sama.

    Berdiri ke sisi ke arah bola, memegang kayu hoki dengan dua belahtangan rapat di atas kayu hoki. Pada masa kayu hoki dihayun kehadapan, pinggul (hip) berputar dan berat badan dipindahkandaripada kaki belakang ke kaki hadapan sambil bola dipukul. Padamasa memukul bola, pastikan kepala anda di atas bola dan mukakayu hoki sama rata dengan bola. Pukulan diteruskan dengan

    hayunan mengikut lajak ke arah di mana bola ditujukan (lihat Rajah8.7).

    Untuk memastikan bola akan bergerak dengan laju dan ke arahtertentu, kayu hoki mesti memukul bola dengan rata dan kuat. Kayuhoki harus bergerak sebagai bandul (pendulum) dengan tumpuankepada hayunan ke hadapan.

    Rajah 8.7: Hayunan ketika memukul bola

    (