topic 9 ar data collection considerations
Embed Size (px)
TRANSCRIPT


Sekiranya anda dikehendaki melaksanakan strategi tindakan anda (hasil dapatan tutorial 1 dan 2), bincangkan pertimbangan yang harus diambilkira semasa mengumpul data. Beri penjelasan bagi setiap pertimbangan yang diberi.
Bentangkan hasil perbincangan anda
(1 jam)

Pensampelan, Kesahan,Kebolehpercayaan, dan BiasPensampelan dan biasKesahan (Validity)
Kritikan luaran (keaslian data) Kritikan dalaman (ketepatan data) Triangulasi Data
Kebolehpercayaan – generalisasi data dapatan Etika

Tiada usaha dibuat untuk memilih pemberi maklumat (informants) secara rawak.
• Pensampelan dalam penyelidikan tindakan ialah pensampelan bertujuan (purposive sampling). Justeru, meningkatkan keadaan bias kpd data diperolehi, menjejaskan kebolehpercayaan data diperolehi & kesahan penyelidikan dijalankan & ini mempengaruhi hasil dapatan. Bagaimana bias boleh dikurangkan dalam PT?
PENSAMPELAN (sampling error)PENSAMPELAN & BIAS (sampling error)

Pemberi maklumat (informants) dipilih dalam kalangan mereka yang boleh menjawab soalan kajian dengan baik
PENSAMPELAN & BIAS (sampling error)
FINDING THE RIGHT SAMPLE

Contoh: gangsterisme, bosan
Situasi, individu & kumpulan dipilih adalah untuk meningkatkan kefahaman tentang sesuatu fenomena
yang dikaji
PENSAMPELAN (sampling error)PENSAMPELAN & BIAS (sampling error)

Pilihan saiz sampel adalah satu pertimbangan yang penting kerana ia menentukan sejauh mana penyelidik boleh membuat generalisasi (Onwuegbuzie & Leech, 2005b).
Pada amnya, saiz sampel tidak harus terlalu besar sehingga ia adalah sukar untuk menganalisis dan memilih (extract) data yang banyak & pelbagai (thick, rich data).
SAIZ SAMPEL

Pada masa yang sama, sampel tidak harus terlalu kecil sehingga ia adalah sukar untuk mencapai ketepuan data (Flick, 1998; Morse, 1995), “theoretical saturation” (Strauss & Corbin, 1990), or informational redundancy/maklumat yang berulang (Lincoln & Guba, 1985).

Kebolehpercayaan tinggi, kesahan
rendah
Kesahan tinggi, Kebolehpercayaan
rendah
kebolehpercayaan rendah, Kesahan
rendah
kebolehpercayaan tinggi, Kesahan
tinggi
Apa maksud kebolehpercayaan dan kesahan?

KESAHANMaksud kesahan?
Adakah penyelidikan itu melakukan perkara yang ia dakwa lakukan, dan bolehkah pembaca percaya keputusannya/ dapatannya?
“I don’t think that’s right. But let me check.”
@ Does the research do the things it claims to do, and can the reader believe the results?

KESAHAN
Maksud kesahan?Kesahan dalam penyelidikan ialah darjah sesuatu kajian itu jujur dan benar dari segi niat, konteks, dan laporannya. Ia adalah hasil integriti anda sebagai seorang guru dan sebagai seorang penyelidik. Ia menimbulkan soalan, "Adakah data anda menyatakan apa yang kamu katakan ia kata? ["Does your data say what you say it says?“ (MacLean & Mohr, 1999, p. 117)].

KESAHAN
Maksud kesahan?Kesahan mengukur sejauh mana alat kajian berkenaan mengukur apa hendak diukur.

Habermas Social Validation
Mengikut Habermas (1979) kriteria yang diperlukanuntuk menilai kesahihan sesuatu pengetahuan
yangdidakwa adalah : Sesuatu pernyataan adalah benar; Perbuatan pertuturan difahami; Pemberi maklumat/penceramah adalah
tulen; Keadaan adalah sesuai bagi perkara-
perkara ini yang dikatakan.

KESAHAN
Kesahan dalaman (Internal validity) menangani ketepatan maklumat dan sama ada ia sesuai/selari dengan realiti (Merriam, 1988).
Kesahan luaran (External validity) sama ada penemuan/dapatan kajian ini boleh diitlakkan/digeneralisasikan kepada contoh yang lain

KESAHAN
Beberapa prosedur yang boleh membantu meningkatkan kesahan dalaman:

TRIANGULASI
KREDIBILITI
Mengukuhkan keesahan & kebolehpercayaan
PERSPEKTIF
Mendapat gambaran yang lebih menyeluruh
INTEGRITI/ AKAUNTABILITI
Menyemak semula maklumat yang
dikumpulkan

KESAHAN
2. Membincangkan maklum balas yang diterima daripada pemberi maklumat
3. Mengenal pasti bagaimana pemberi maklumat utama (temu bual /perbincangan) dan peserta (pengumpul data) akan terlibat dalam semua fasa penyelidikan

Kesahan kandungan (content validity): mengukur sejauh mana ujian atau alat kajian boleh mengukur kandungan yang hendak diukur. Boleh ditingkatkan dengan bantuan pakar dalam bidang yang dikaji bagi memeriksa ketepatan & kesahan set soal selidik @ soalan temu bual yang disediakan. Adakah soalan-soalan disediakan sesuai bagi menilai apa yang patut dinilai?
Jenis-jenis Kesahan
Bina instrumen soal selidik
Sebelum ditadbir, beri salinan draf
kepada 3 org pakar bidang
Penyelidik menggunakan maklum balas
pakar untuk membaiki instrumen

Kesahan muka (face validity): sejauh mana ukuran dapat mengukur nilai sebenar yang ingin diukur iaitu ukuran berkenaan memberi keyakinan kepada responden terhadap item-item yang hendak dijawab. Termasuklah arahan menjawab, susunan item, kedudukan item & arahan cara menjawab
Jenis-jenis Kesahan
Bina instrumen soal selidik
Mengedarkan soal selidik tersebut kepada
responden kajian.
Memurnikan instrumen berdasarkan
kebolehan responden menjawab soalan dalam soal selidik
tersebut.

Kesahan konstruk (construct validity): mengukur sejauh mana item @ ujian boleh mengukur sesuatu konstruk, misalnya, sikap rajin dan minat. Kesahan ini boleh ditingkatkan dengan memahami ciri-ciri orang rajin dan ciri-ciri minat; dengan memahami konstruk berkenaan.
Jenis-jenis Kesahan
Memahami sesuatu konstruk; buat
rujukan
Membina instrumen
Memurnikan instrumen
Ujian rintis

Kesahan ramalan (predictive validity): berkaitan dengan tujuan kajian iaitu meramal sesuatu dengan perkara tertentu. Ia bergantung kepada kebolehan skor ujian untuk membuat ramalan tentang prestasi masa depan pelajar. Cth, UKELP diguna untuk pelatih institut perguruan sebagai syarat kemasukan –lulus? – calon guru terbaik!
Jenis-jenis Kesahan

Kesahan Semasa (Concurrent Validity): Perbezaan antara kesahan semasa dengan kesahan
ramalan Terdiri daripada kesahan serentak dan kesahan
ramalan. Sejauh mana pengukuran yang dibuat dapat meramal kriteria yang ingin diukur
Contoh: merujuk pencapaian seseorang dalam sesuatu ujian itu selaras dengan pencapaian kemudian dalam suatu ujian yang serupanya. Sekiranya ujian kedua yang sama taraf dengan ujian yang pertama ditakbirkan tidak lama kemudian, pencapaian calon biasanya lebih baik daripada ujian pertama kerana calon yang berkenaan telah memperolehi sedikit sebanyak pengalaman daripada ujian yang pertama
Jenis-jenis Kesahan

Prinsip kritikan ialah memastikan orang membuat refleksi terhadap isu-isu dan proses
Ia juga memastikan orang ramai membuat tafsiran yang jelas, berat sebelah (bias), andaian dan kebimbangan apabila penilaian dibuat.
Dengan cara ini, aspek praktikal boleh menghasilkan pertimbangan teori

Dalam penyelidikan tindakan, dakwaan (claims made) adalah sederhana dan terhasil daripada pengalaman peribadi yang cuba untuk memperbaiki keadaan.
Penyelidik seharusnya responsif kepada keperluan mereka sendiri dan konteks di mana mereka bekerja

Menyedari percanggahan dalam amalan sendiri, guru-penyelidik berhasrat menyelesaikan konflik yang wujud di antara nilai-nilai sendiri dan amalan sebenar
Ini menawarkan kritikan dialektik yang dimana sesuatu fenomena diguna untuk dikritik.
Realiti sosial dikongsi menerusi bahasa.

Elemen-elemen penting untuk diberi perhatian ialah unsur-unsur yang tidak stabil, atau bercanggah antara satu sama lain.
Inilah perkara-perkara yang paling mungkin untuk dibuat perubahan.

Kebolehpercayaan adalah ketekalan dan kestabilan sesuatu ukuran atau alat ukur (trustworthiness of the data being gathered).
Bermaksud alat ukur yang digunakan boleh digunakan untuk murid lain, tempat yang berbeza & situasi yang berlainan tetapi mendapat respon yang serupa walaupun digunakan berkali-kali
KEBOLEHPERCAYAAN

Cara meningkatkan kebolehpercayaan:1. Melalui penggunaan inter-rater (data
temu bual) : beberapa org penyelidik mengenal pasti tema-tema dalam transkripsi yang sama
2. Pemerhatian secara berulang-ulang sehingga “tepu” (tingkah-laku diperhatikan tidak berubah lagi)
3. Menggunakan nilai cronbach alfa (untuk soal selidik) (nilai > 0.60 digunakan) (Mohd Majid, 1990)
KEBOLEHPERCAYAAN

Bias dalam pengumpulan data adalah satu penyelewengan (distortion) dalam data yang dikumpul supaya ia tidak mewakili realiti.

1. Instrumen cacat (defective instruments). Contoh:
— Arahan untuk menjawab soalan kurang jelas ;
— Soalan distrukturkan kurang jelas/tepat (vaguely phrased questions); tidak menguji isu yang dikaji
— Soalan disusun dalam urutan tidak mengikut tahap kesukaran (iilogical order)
BIAS YANG MUNGKIN BERLAKU SEMASA PENGUMPULAN DATA

— ‘leading questions’ yang menyebabkan responden mempercayai satu jawapan akan diutamakan atas yang lain;
Awak faham apa yang cikgu ajar?
Awak suka makan
ayam atau ikan?

2. Bias pemerhati: Risiko penyelidik hanya melihat atau
mendengar apa yang penyelidik berminat sahaja dan maklumat yang kritikal/berguna kepada kajian sebenar tidak diperolehi
Protokol pemerhatian (perkara-perkara yang hendak diperhatikan/fokus pemerhatian) dan panduan membuat pemerhatian tidak distruktur dengan baik
BIAS YANG MUNGKIN BERLAKU SEMASA PENGUMPULAN DATA

3.Kesan temu bual ke atas pemberi maklumat/ interviewee :
Pemberi maklumat (murid) mungkin tidak mempunyai kepercayaan terhadap penemubual - akan memberi maklumat/jawapan yang tidak benar/tidak jujur
For example: in a survey on alcoholism you ask school children: ‘Does your father sometimes get drunk?’ Many will probably deny that he does, even if it is true.
Penemubual (guru) boleh mempengaruhi hasil temu bual disebabkan oleh peranan mereka. Cth: murid akan menjawab semua soalan ditanya sebab mereka yang bertanya adalah guru mereka atau takut markah mereka rendah kalau tidak menjawab, dsbg.
BIAS YANG MUNGKIN BERLAKU SEMASA PENGUMPULAN DATA

4. Bias maklumat (information bias): Maklumat itu sendiri mempunyai
kelemahan – tidak lengkap, kurang perinci, dsbg.
Rekod seperti kerja murid/ temubual mungkin mempunyai jawapan yang tidak boleh dibaca/ didengar dengan jelas
Boleh jadi juga pemberi maklumat tidak ingat jawapan untuk soalan yang ditanya (called memory or recall bias).
BIAS YANG MUNGKIN BERLAKU SEMASA PENGUMPULAN DATA


Responden diminta bekerja di tengah panas/hujan tanpa perlindungan; berlari mengelilingi padang sekolah; mendaki
biukit & meredah sungai yang berbahaya; memandu kenderaan dengan laju; minta
responden memakan ubat/ suntikan .
Misalnya, penyelidik mengkaji keberkesanan
pengetua di sekolah-sekolah pengetua rasa
terteka & tidak selesa dinilai oleh guru-guru.

2 jenis – pencerapan tersembunyi/tertutup (covert) & terbuka (overt)
Responden tidak tahu apakah aktiviti @
tingkah-laku mereka yang diperhatikan
(covert)
-Menceroboh @ mengganggu privacy responden (merakam, memasang CCTV, tanya soalan sensitif, akses kpd rekod peribadi, dll)-Melanggar kerahsiaan (identiti tidak dirahsiakan; mendedahkan maklumat yang sepatutnya menjadi rahsia)

Responden berhak membuat laporan polis jika terdapat bukti penyelidik mendedahkan rahsia mereka / berlaku tidak jujur
- Jelaskan kepada responden tujuan kajian dijalankan, kepentingan/faedah diberi oleh hasil penyelidikan, bagaimana penyelidikan dijalankan; identiti responden dirahsiakan; rahsiakan nama sekolah, guru, murid

Mencuri idea seseorang @ laporan yang ditulis tanpa memberi sebarang penghargaan (credit) yang sesuai terhadap sumbangan yang diberikan oleh orang itu adalah mencuri hak orang.

Data atau maklumat diperolehi diubahsuai bagi mendapatkan hasil sebagaimana yang dikehendaki
Penyelidik perlu melaporkan secara jujur setiap data yang diperoleh/ dicerap

Mendapatkan persetujuan & kebenaran (consent) sebelum kajian atau temu bual itu dijalankan;
Jangan meneroka isu-isu sensitif sebelum hubungan yang baik telah diwujudkan dengan pemberi maklumat ;
Memastikan kerahsiaan data yang diperolehi; dan
Pelajari dengan mendalam & mencukupi budaya pemberi maklumat untuk memastikan ia dihormati semasa proses pengumpulan data (cultural values, traditions, taboos)

Terima Kasih!