teknik menjawab soalan ringkasan.pdf

Upload: seluang1

Post on 04-Feb-2018

267 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/21/2019 TEKNIK MENJAWAB SOALAN RINGKASAN.pdf

    1/15

    @CSL2011

    Teknik Menjawab Ringkasan PMR 1

    TEKNIK MENJAWAB SOALAN RINGKASANPENILAIAN MENENGAH RENDAH

    SOALAN PMR 2010

    Bahagian A (i) Ringkasan

    [20 markah]

    Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuahringkasan tentang kepentingan sukan dalam meningkatkan kecemerlanganmurid. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patahperkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpamengubah maksud asal petikan.

    Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atauketangkasan serta tenaga seperti berenang, permainan bola sepak, tenis, lumbalari dan sebagainya. Aktiviti ini dilakukan sebagai acara pertandingan, hiburanatau untuk menyihatkan badan atau riadah. Sukan dapat meningkatkan disiplinmurid. Individu yang mempunyai disiplin yang tinggi, mampu mengawal dirisendiri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Disiplin juga membentukseseorang agar berkelakuan baik. Murid akan mematuhi arahan dan akur padanasihat ibu bapa seperti menghormati orang yang lebih tua, bersopan santundan taat pada agama.

    Seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk

    mengagihkan masa dengan sewajarnya. Dia akan menentukan masa untukbersukan dan masa untuk belajar. Biasanya, murid-murid inilah yang akanmemberikan perhatian yang sepenuhnya ketika pengajaran dan pembelajaranberlangsung. Majlis Sukan Negara (MSN) sedar bahawa sukan mampumelahirkan insan yang sihat dari segi fizikal dan mental. Oleh sebab itu, MSN

  • 7/21/2019 TEKNIK MENJAWAB SOALAN RINGKASAN.pdf

    2/15

    @CSL2011

    Teknik Menjawab Ringkasan PMR 2

    memberikan sokongan kepada kegiatan sukan dan mata pelajaran PendidikanJasmani dan Kesihatan yang dijalankan di sekolah. Tidak cukup dengan itu,pihak Kementerian Belia dan Sukan telah bekerjasama dengan pihakKementerian Pelajaran Malaysia untuk membina lebih banyak sekolah sukan

    seperti Sekolah Sukan Bukit Jalil.

    Bagi mencapai kejayaan dalam kehidupan, seseorang harus berfikiranpositif dan mempunyai keyakinan diri. Di samping itu, aktif bersukanmembolehkan seseorang itu mempunyai akal yang sempurna untuk berfikir. Halini demikian kerana mereka akan berfikiran rasional untuk membuat keputusandengan baik. Sukan juga menerapkan semangat berpasukan yang tinggi.Mereka sering berganding bahu untuk membantu pasukan menempa kejayaan.

    Murid yang aktif bersukan juga akan mempunyai semangat juang yang kental.Mereka juga berupaya untuk menerima kegagalan secara positif apabilakecundang dalam sesuatu pertandingan.

    Catatan:

    a. Kenal pasti tugasan Soalan

    kepentingan sukan dalam meningkatkan kecemerlangan murid

    b. Gunakan pen highlight, tandakan isi seperti contoh yang berikut:

  • 7/21/2019 TEKNIK MENJAWAB SOALAN RINGKASAN.pdf

    3/15

    @CSL2011

    Teknik Menjawab Ringkasan PMR 3

    Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atauketangkasan serta tenaga seperti berenang, permainan bola sepak, tenis, lumbalari dan sebagainya. Aktiviti ini dilakukan sebagai acara pertandingan, hiburanatau untuk menyihatkan badan atau riadah. Sukan dapat meningkatkan disiplin

    murid. Individu yang mempunyai disiplin yang tinggi, mampu mengawal dirisendiri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Disiplin juga membentukseseorang agar berkelakuan baik. Murid akan mematuhi arahan dan akur padanasihat ibu bapa seperti menghormati orang yang lebih tua, bersopan santundan taat pada agama.

    Seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untukmengagihkan masa dengan sewajarnya. Dia akan menentukan masa untuk

    bersukan dan masa untuk belajar. Biasanya, murid-murid inilah yang akanmemberikan perhatian yang sepenuhnya ketika pengajaran dan pembelajaranberlangsung. Majlis Sukan Negara (MSN) sedar bahawa sukan mampumelahirkan insan yang sihat dari segi fizikal dan mental. Oleh sebab itu, MSNmemberikan sokongan kepada kegiatan sukan dan mata pelajaran PendidikanJasmani dan Kesihatan yang dijalankan di sekolah. Tidak cukup dengan itu,pihak Kementerian Belia dan Sukan telah bekerjasama dengan pihakKementerian Pelajaran Malaysia untuk membina lebih banyak sekolah sukanseperti Sekolah Sukan Bukit Jalil.

    Bagi mencapai kejayaan dalam kehidupan, seseorang harus berfikiranpositif dan mempunyai keyakinan diri. Di samping itu, aktif bersukanmembolehkan seseorang itu mempunyai akal yang sempurna untuk berfikir. Halini demikian kerana mereka akan berfikiran rasional untuk membuat keputusandengan baik. Sukan juga menerapkan semangat berpasukan yang tinggi.Mereka sering berganding bahu untuk membantu pasukan menempa kejayaan.Murid yang aktif bersukan juga akan mempunyai semangat juang yang kental.

    Mereka juga berupaya untuk menerima kegagalan secara positif apabilakecundang dalam sesuatu pertandingan.

  • 7/21/2019 TEKNIK MENJAWAB SOALAN RINGKASAN.pdf

    4/15

    @CSL2011

    Teknik Menjawab Ringkasan PMR 4

    TEKNIK MENJAWAB

    1. Penanda wacana yang mesti digunakan.

    Selain itu, Di samping itu, Seterusnya, Lagipun, Tambahan pula, Akhirsekali.

    2. Prosedur jawapan:

    i. Ayat 1 : Tugasan soalan + Isi PertamaContoh:

    Kepentingan sukan dalam meningkatkan kecemerlangan muridialah sukan dapat meningkatkan disiplin murid.

    ii. Ayat 2 : Penanda Wacana + Isi 2Contoh:

    Selain itu, seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akanterdidik untuk mengagihkan masadengan sewajarnya.

    iii. Ayat 3 : Penanda Wacana + Isi 3Contoh:

    Di samping itu, sukan mampu melahirkan insan yang sihat darisegi fizikal dan mental.

  • 7/21/2019 TEKNIK MENJAWAB SOALAN RINGKASAN.pdf

    5/15

    @CSL2011

    Teknik Menjawab Ringkasan PMR 5

    iv. Ayat 4 : Penanda Wacana + Isi 4Contoh:

    Seterusnya, aktif bersukan membolehkan seseorang itumempunyai akal yang sempurna untuk berfikir.

    v. Ayat 5 : Penanda Wacana + Isi 5Contoh:

    Tambahan pula, sukan juga menerapkan semangat berpasukanyang tinggi.

    vi. Bilang jumlah perkataan. Jika masih di bawah 70 patah perkataan,bina ayat yang ke-6.Contoh:

    Ayat 1 : 12Ayat 2 : 16Ayat 3 : 13Ayat 4 : 12Ayat 5 : 9Jumlah : 62 (Teruskan dengan membina ayat ke-6)

    vii. Ayat 6 : Penanda Wacana + Isi 6Contoh:

    Akhir sekali, murid (tukar daripada perkataan asal mereka) jugaberupaya untuk menerima kegagalan secara positif apabila

    kecundang dalam sesuatu pertandingan

    vii. 62 + (Ayat 6 15 patah perkataan) = 77 patah perkataan.

  • 7/21/2019 TEKNIK MENJAWAB SOALAN RINGKASAN.pdf

    6/15

    @CSL2011

    Teknik Menjawab Ringkasan PMR 6

    Contoh penulisan ringkasan yang lengkap.

    Kepentingan sukan dalam meningkatkan kecemerlangan murid ialah

    sukan dapat meningkatkan disiplin murid. Selain itu, seseorang murid yang aktifdalam kegiatan sukan akan terdidik untuk mengagihkan masa dengansewajarnya. Di samping itu, sukan mampu melahirkan insan yang sihat dari segifizikal dan mental. Seterusnya, aktif bersukan membolehkan seseorang itumempunyai akal yang sempurna untuk berfikir. Tambahan pula, sukan jugamenerapkan semangat berpasukan yang tinggi. Akhir sekali, murid jugaberupaya untuk menerima kegagalan secara positif apabila kecundang dalamsesuatu pertandingan.

    (77 patah perkataan)

    INGAT!

    Semak ejaan dengan teliti.

  • 7/21/2019 TEKNIK MENJAWAB SOALAN RINGKASAN.pdf

    7/15

    @CSL2011

    Teknik Menjawab Ringkasan PMR 7

    PERINGATAN

    1.

    2.

    3.

    4.

    5.

    Calon menulis dalam bentuk perenggan.

    Calon menulis jawapan dalam bentuk CATATAN(poin)

    Calon menyalin semua isi dalam petikan SECARATERPILIH

    Calon menyalin semua isi dalam petikan SECARATERPILIH dan menulis dalam bentuk CATATAN (poin)

    Calon menyalin keseluruhan daripada petikan ATAUmenyalin keseluruhan daripada mana-manaperenggan

    Periksaseperti biasa.

    MarkahMaksimumBahasa = 6

    MarkahMaksimumBahasa = 5

    MarkahMaksimumBahasa = 4

    Markah Isiditolak 50%MarkahMaksimumBahasa = 2

  • 7/21/2019 TEKNIK MENJAWAB SOALAN RINGKASAN.pdf

    8/15

    @CSL2011

    Teknik Menjawab Ringkasan PMR 8

    SKEMA PEMARKAHAN

    1. Sukan dapat meningkatkan disiplin murid.

    2. Seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untukmengagihkan masadengan sewajarnya.

    3. Murid-murid inilah yang akan memberikan perhatian yang sepenuhnyaketika pengajaran dan pembelajaranberlangsung.

    4. Sukan mampu melahirkan insan yang sihat dari segi fizikal dan

    mental.

    5. Aktif bersukan membolehkan seseorang itu mempunyai akal yangsempurna untuk berfikir.

    6. Sukan juga menerapkan semangat berpasukan yang tinggi.

    7. Murid yang aktif bersukan juga akan mempunyai semangat juang yangkental.

    8. Mereka juga berupaya untuk menerima kegagalan secara positifapabila kecundang dalam sesuatu pertandingan.

  • 7/21/2019 TEKNIK MENJAWAB SOALAN RINGKASAN.pdf

    9/15

    @CSL2011

    Teknik Menjawab Ringkasan PMR 9

    LATIHAN PENGUKUHAN:

    SOALAN PMR 2009

    Berdasarkan petikan di bawah, tulis sebuah ringkasan tentang amalan-amalan

    baik dalam pemakanan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80

    patah perkataan.

    Makanan yang berkhasiat dan seimbang penting kepada semua orang.

    Hal ini demikian kerana kita memerlukan tenaga untuk aktiviti fizikal. Kita juga

    akan lebih cergas menjalani aktiviti harian. Amalan pemakanan dan kesihatanmempunyai kaitan yang rapat. Kesihatan tubuh badan bukan sahaja

    dipengaruhi oleh makanan yang seimbang dan berkhasiat semata-mata malah

    corak dan amalan pemakanan sehari-hari turut memberikan kesan yang besar.

    Makan dalam keadaan selesa dan tenang merupakan tabiat yang baik. Selain

    itu, kita perlu makan pada masa yang sesuai. Kegagalan berbuat demikian akan

    mempengaruhi kesihatan seseorang.

    Kebanyakan kita beranggapan bahawa aspek pengambilan makanan

    merupakan suatu perkara yang tidak penting. Sebenarnya, kita mesti

    memastikan bahawa jadual makan perlu teratur dan kita wajar makan dalam

    kuantiti yang sedikit untuk kekal sihat. Kegemukan atau obesiti merupakan

    kesan daripada sikap tidak mengawal makan. Makan setelah kita berasa lapar

    seharusnya menjadi amalan. Ibu bapa harus menanam sikap tersebut ketika

    anak-anak masih kecil lagi.

    Kita perlu mengambil sayur-sayuran hijau dan buah-buahan untuk

    memastikan bahawa kita mengamalkan diet seimbang. Ada dalam kalangan kita

    pula yang menggemari makanan yang telah diproses seperti mi segera dan

  • 7/21/2019 TEKNIK MENJAWAB SOALAN RINGKASAN.pdf

    10/15

    @CSL2011

    Teknik Menjawab Ringkasan PMR 10

    makanan dalam tin. Makanan seperti ini kurang zatnya kerana telah melalui

    tempoh masa yang lama dan juga mengandungi bahan kimia. Oleh itu,

    pengambilan makanan yang segar amat penting untuk memastikan makanan

    tersebut membekalkan zat yang diperlukan oleh tubuh badan.

    Kita juga perlu mengawal atau mengurangkan pengambilan makanan

    atau minuman yang tinggi kandungan gula dan garamnya. Kegagalan

    mengambil berat tentang tabiat makan yang tidak betul akan mengundang

    padah. Namun inilah yang menjadi masalah kebanyakan masyarakat kita.

    Mereka seolah-olah tidak menyedari bahawa makanan yang seimbang dapat

    mempengaruhi kehidupan kita.

  • 7/21/2019 TEKNIK MENJAWAB SOALAN RINGKASAN.pdf

    11/15

    @CSL2011

    Teknik Menjawab Ringkasan PMR 11

    LANGKAH 1: KENAL PASTI TUGASAN

    amalan-amalan baik dalam pemakanan

    LANGKAH 2: TANDAKAN ISI DENGAN PEN HIGHLIGHT

    Makanan yang berkhasiat dan seimbang penting kepada semua orang.

    Hal ini demikian kerana kita memerlukan tenaga untuk aktiviti fizikal. Kita juga

    akan lebih cergas menjalani aktiviti harian. Amalan pemakanan dan kesihatan

    mempunyai kaitan yang rapat. Kesihatan tubuh badan bukan sahaja

    dipengaruhi oleh makanan yang seimbang dan berkhasiat semata-mata malahcorak dan amalan pemakanan sehari-hari turut memberikan kesan yang besar.

    Makan dalam keadaan selesa dan tenang merupakan tabiat yang baik. Selain

    itu, kita perlu makan pada masa yang sesuai. Kegagalan berbuat demikian akan

    mempengaruhi kesihatan seseorang.

    Kebanyakan kita beranggapan bahawa aspek pengambilan makanan

    merupakan suatu perkara yang tidak penting. Sebenarnya, kita mestimemastikan bahawa jadual makan perlu teratur dan kita wajar makan dalam

    kuantiti yang sedikit untuk kekal sihat. Kegemukan atau obesiti merupakan

    kesan daripada sikap tidak mengawal makan. Makan setelah kita berasa lapar

    seharusnya menjadi amalan. Ibu bapa harus menanam sikap tersebut ketika

    anak-anak masih kecil lagi.

    Kita perlu mengambil sayur-sayuran hijau dan buah-buahan untuk

    memastikan bahawa kita mengamalkan diet seimbang. Ada dalam kalangan kita

    pula yang menggemari makanan yang telah diproses seperti mi segera dan

    makanan dalam tin. Makanan seperti ini kurang zatnya kerana telah melalui

    tempoh masa yang lama dan juga mengandungi bahan kimia. Oleh itu,

  • 7/21/2019 TEKNIK MENJAWAB SOALAN RINGKASAN.pdf

    12/15

    @CSL2011

    Teknik Menjawab Ringkasan PMR 12

    pengambilan makanan yang segar amat penting untuk memastikan makanan

    tersebut membekalkan zat yang diperlukan oleh tubuh badan.

    Kita juga perlu mengawal atau mengurangkan pengambilan makananatau minuman yang tinggi kandungan gula dan garamnya. Kegagalan

    mengambil berat tentang tabiat makan yang tidak betul akan mengundang

    padah. Namun inilah yang menjadi masalah kebanyakan masyarakat kita.

    Mereka seolah-olah tidak menyedari bahawa makanan yang seimbang dapat

    mempengaruhi kehidupan kita.

  • 7/21/2019 TEKNIK MENJAWAB SOALAN RINGKASAN.pdf

    13/15

    @CSL2011

    Teknik Menjawab Ringkasan PMR 13

    TEKNIK MENJAWAB

    1. Penanda wacana yang mesti digunakan.

    Selain itu, Di samping itu, Seterusnya, Lagipun, Tambahan pula, Akhirsekali.

    2. Prosedur jawapan:

    i. Ayat 1 : Tugasan soalan + Isi PertamaContoh:

    Amalan-amalan baik dalam pemakanan ialah makan dalamkeadaan selesa dan tenang.

    ii. Ayat 2 : Penanda Wacana + Isi 2Contoh:

    Selain itu,kita perlu makan pada masa yang sesuai

    iii. Ayat 3 : Penanda Wacana + Isi 3Contoh:

    Di samping itu, kita mesti memastikan bahawa jadual makan perluteratur.

  • 7/21/2019 TEKNIK MENJAWAB SOALAN RINGKASAN.pdf

    14/15

    @CSL2011

    Teknik Menjawab Ringkasan PMR 14

    iv. Ayat 4 : Penanda Wacana + Isi 4Contoh:

    Seterusnya, kita wajar makan dalam kuantiti yang sedikit untuk

    kekal sihat.

    v. Ayat 5 : Penanda Wacana + Isi 5Contoh:

    Tambahan pula, makan setelah kita berasa lapar seharusnyamenjadi amalan.

    viii.

    Bilang jumlah perkataan. Jika masih di bawah 70 patah perkataan,bina ayat yang ke-6.Contoh:

    Ayat 1 : 11Ayat 2 : 9Ayat 3 : 10Ayat 4 : 11Ayat 5 : 10Jumlah : 51 (Teruskan dengan membina ayat ke-6)

    vii. Ayat 6 : Penanda Wacana + Isi 6Contoh:

    Lagipun, kita perlu mengambil sayur-sayuran hijau dan buah-buahan untuk memastikan bahawa kita mengamalkan dietseimbang

    ix. 51 + (Ayat 6 15 patah perkataan) = 67 patah perkataan.(Teruskan dengan membina ayat ke-7)

  • 7/21/2019 TEKNIK MENJAWAB SOALAN RINGKASAN.pdf

    15/15

    @CSL2011

    Teknik Menjawab Ringkasan PMR 15

    x.

    Ayat 7 : Penanda wacana + Isi 7Contoh:

    Akhir sekali, pengambilan makanan yang segar amat penting

    kepada kita.

    (Ayat 7 > 10 pp + 67 = 77 patah perkataan)

    Contoh penulisan ringkasan yang lengkap.

    Amalan-amalan baik dalam pemakanan ialah makan dalam keadaanselesa dan tenang. Selain itu, kita perlu makan pada masa yang sesuai. Disamping itu, kita mesti memastikan bahawa jadual makan perlu teratur.Seterusnya, kita wajar makan dalam kuantiti yang sedikit untuk kekal sihat.Tambahan pula, makan setelah kita berasa lapar seharusnya menjadi amalan.Lagipun, kita perlu mengambil sayur-sayuran hijau dan buah-buahan untukmemastikan bahawa kita mengamalkan diet seimbang. Akhir sekali,pengambilan makanan yang segar amat penting kepada kita.

    (77 patah perkataan)