teknik menjawab sejarah
Embed Size (px)
DESCRIPTION
sejarahTRANSCRIPT
SMK JENGKA PUSAT 2
SMK JENGKA PUSAT 2TEKNIK MENJAWAB KERTAS PEPERIKSAAN SEJARAH SPM 2014
Oleh: Chegu Sejarah,Salehuddin bin Mohd Rokani
http://tanyachegusejarah.blogspot.com/Bermula tahun 2013, SPM bagi mata pelajaran Sejarah mengalami perubahan format peperiksaan.
Ia melibatkan beberapa aspek perubahan dalam kertas 1 dan kertas 2.
Sejarah Kertas 3 juga diperkenalkan untuk diuji kepada calon peperiksaan. Calon perlu melaksanakan tugasan umum dan tugasan spesifik.
Semakin banyak soalan KBAT/KBKK diuji dalam kertas 2 dan kertas 3.
PENGENALAN CIRI-CIRI KERTAS 1Bersifat objektif.Konstruk yang diukur: pengetahuan, pemahaman, aplikasi & analisis.Jumlah soalan: 40 soalan dengan taburan (no 1-20 :ting 4, no 21-40: ting 5)Jumlah markah: 40 soalan.Wajaran: 30%.Masa menjawab: 1 jam.Bentuk soalan: Aneka pilihan dan aneka pelengkap dua pilihan.
PANDUAN DAN SARANAN MENJAWAB KERTAS 1Soalan Aneka Pilihan:
Bagaimanakah kerajaan Funan boleh berubah daripada kerajaan agraria menjadi kerajaan maritim? AKekurangan hasil pertanianBPerubahan dasar pentadbiran negaraCPenguatkuasaan undang-undang yang ketat.DKedudukan pelabuhan Oc Eo yang strategik.Sambungan..Soalan Aneka Pelengkap Dua Pilihan:
Apakah kesan kemasukan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu?IPengasingan pendidikanIIPengurangan peluang pekerjaanIIIPeningkatan kadar pengangguranIVPembahagian kerja mengikut kaum
AI dan IIBI dan IVCII dan IIIDIII dan IVSambungan..Calon perlu menguasai dan memahami keseluruhan sukatan pelajaran tingkatan 4 & 5.
Memahami istilah-istilah dan konsep penting dengan merujuk Sudut Tahukah Anda dan Sudut Maklumat dalam buku teks.
Menguasai semua fakta, huraian fakta dan contoh bagi setiap sub topik.
Latih tubi menjawab soalan SPM tahun-tahun lepas ( 2009, 2010, 2011, 2012, 2013) kerana ia dapat membantu calon mengenal pasti bentuk dan trend soalan.
Kebanyakan soalan didahului dengan maklumat seperti pernyataan, rajah, gambar dsb. Anda perlu kaji maklumat tersebut dengan teliti.Strategi Menjawab Kertas 1Mengenal pasti sebab sesuatu jawapan itu salah atau betul.Lazimnya terdapat 2 pilihan jawapan yang tidak tepat, 1 jawapan penganggu dan 1 jawapan yang tepat. Kenal pasti dan fahami kehendak soalan. Gunakan kaedah singkir/hapus.Jawapan pilihan anda hendaklah ditanda terus pada kertas jawapan dengan cermat dan teliti.
Sambungan..Sekiranya terdapat soalan yang sukar dan kurang yakin jawapannya, calon seharusnya tinggalkan dahulu soalan tersebut sebaliknya meneruskan dengan soalan selanjutnya. Teliti semula soalan bermasalah selepas selesai menjawab soalan-soalan lain.
Ingat! Purata masa menjawab bagi satu-satu soalan objektif ialah 1.5 minit. Urus masa menjawab dengan bijak.
Selepas selesai menjawab, semak semua jawapan yang telah ditanda dan maklumat lain yang berkaitan.Sambungan..Tips: 15 soalan SPM berulang-ulang setiap tahun.
Latih tubi menjawab soalan SPM tahun-tahun lepas.
Tetapkan satu skor yang tinggi. (Contoh: 30/40). Jika melepasi aras tersebut, barulah menjawab soalan latih tubi selanjutnya.
Pemberatan bagi pilihan jawapan (A,B,C,D) yang betul adalah hampir sama, iaitu 10 ,tambah tolak 2. SPM 2013: A=9, B=12, C=9, D=10
SPM 2013:20 soalan= aras mudah, 12 soalan=aras sederhana, 8 soalan aras sukar.
Sambungan..Kenal pasti kata kunci soalan dan pengganggu soalan.
Kaedah ini membolehkan calon mengecilkan pilihan jawapan dengan menyingkirkan jawapan yang tidak tepat secara berhati-hati dan teliti.
Ini bermakna peluang calon mendapat markah/jawapan tepat semakin tinggi.
Dengan syarat, calon perlu menguasai keseluruhan sukatan pelajaran.
Kaedah ini sangat berguna bagi soalan aras sederhana dan sukar.
Kaedah singkir/hapus:10Contoh soalan: SPM 2013, no 30. Pada bulan Februari 1952, UMNO Kuala Lumpur dan MCA Selangor telah menjalin kerjasama dalam bidang politik. Apakah kesan kerjasama tersebut terhadap UMNO dan MCA?
Ditentang hebat oleh Parti Kemerdekaan MalayaMendapat bantuan kewangan daripada BritishGagal mendapat sokongan semua kaumMenang dalam pilihan raya majlis perbandaran
Kaedah singkir/hapus:Jawapan A adalah berkaitan dengan politik, tetapi kita KIV dahulu. Teruskan dengan meneliti jawapan lain.
Jawapan B tidak tepat kerana jawapan tersebut adalah berkaitan dalam bidang ekonomi sedangkan pengganggu soalan adalah berkaitan dengan bidang politik. HAPUS.
Jawapan C tidak tepat kerana dalam maklumat soalan telah dinyatakan kerjasama; bermaksud telah mendapat sokongan. HAPUS.
Pilihan jawapan yang tinggal ialah A dan D.Jawapan anda?
Kaedah singkir/hapusSPM 2013, no 13:13. Pedagang Islam berjaya menarik minat penduduk tempatan di Asia Tenggara untuk mendalami ajaran Islam. Bagaimanakah mereka dapat berbuat demikian?Menulis kitab agamaMendirikan madrasahMengamalkan sikap jujurMemuliakan kedudukan rajaJom cuba:SPM 2013, no 21.21. Penjajah Barat telah melaksanakan sistem birokrasi Barat di Tanah Jajahan mereka di Asia Tenggara. Apakah ciri sistem birokrasi tersebut?Pengekalan pemerintahan berajaPelantikan pembesar daerahPengenalan sistem uftiPentadbiran melalui biroJom cuba:BAHAGIAN A (STRUKTUR)Calon perlu menguasai dan memahami keseluruhan sukatan pelajaran tingkatan 4 & 5.
Memahami istilah-istilah dan konsep penting dengan merujuk Sudut Tahukah Anda dan Sudut Maklumat dalam buku teks.
Taburan soalan SPM 2013 adalah seimbang mengikut sukatan pelajaran ting. 4 dan 5 iaitu soalan 1 & 2 =tingkatan 4 manakala soalan 3 dan 4 = tingkatan 5.
STRATEGI MENJAWAB KERTAS 2CIRI-CIRI KERTAS 2Terdiri daripada 2 bahagian iaitu bahagian A (sturktur) dan bahagian B (esei).Konstruk yang diuji: pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, menilai dan menjana idea.Bahagian A: 4 soalan, jumlah markah =40.Bahagian B: 7 soalan, pilih 3, jumlah markah=60.Bahagian A: no soalan 1-2 =ting 4, no soalan 3-4=ting 5, bahagian B, no soalan 5-7 = ting 4, no soalan 8-11 =ting. 5Jumlah markah kertas 2= 100 markah.Wajaran: 50%.Masa menjawab: 2 jam 30 minit.
PANDUAN DAN SARANAN MENJAWAB KERTAS 2Semasa menjawab, baca dan fahami kehendak soalan. Pastikan jawapan ringkas, padat dan tepat serta tidak tergantung/terlalu umum.
Berikan seberapa banyak jawapan iaitu isi atau fakta yang terlintas di akal fikiran tanpa perlu memikirkan ketepatannya mahu pun peruntukan markahnya. Berikan lebih isi/fakta jika anda ingat atau mempunyai lebih masa.
Sebaik-baiknya jawapan banyak fakta dan sedikit penerangan/huraian.
Sambungan..Sehingga kini kata tugas soalan seperti nyatakan, berikan, namakan, senaraikan, apakah, terangkan, jelaskan dan sebagainya tidak memerlukan cara menjawab yang terperinci. Calon hanya menyatakan isi dan fakta yang berkaitan dengan fokus soalan.
Sekiranya terdapat soalan yang sukar dan kurang yakin jawapannya, calon seharusnya tinggalkan dahulu soalan tersebut sebaliknya meneruskan dengan soalan selanjutnya. Teliti semula soalan bermasalah selepas selesai menjawab soalan-soalan lain.
Sambungan..Soalan KBAT dalam bahagian A semakin banyak iaitu 22 markah daripada 40 markah yang diperuntukkan.
Ini bermakna soalan KBAT diuji pada setiap soalan dan semakin banyak dalam pecahan soalan.
Jawab soalan KBAT dengan relevan dan munasabah. Berani berikan apa sahaja idea walaupun anda merasakan idea anda tidak hebat.
Risiko tidak menjawab soalan KBAT: menjejas keseluruhan markah dan pastinya sifar markah.
Sambungan..Tanda pengenalan soalan KBAT: Pada pendapat/pandangan anda, berdasarkan pengetahuan sejarah anda, kesan, cadangkan, berikan alasan, kepentingan, iktibar, nilai murni, patriotisme, sebagai pemimpin/rakyat dan lain2.
Kebarangkalian untuk dapat markah dalam soalan KBAT tetap ada selagi calon menulis jawapan KBAT dan pasti 0 jika tidak menjawab soalan. Jadi menjawab lebih baik daripada tidak menjawab.
Sambungan..Ingat! Masa cadangan untuk menjawab soalan bahagian A adalah 30 minit. 1 soalan 15 minit. Perlu menjawab 4 soalan. Urus masa menjawab dengan baik.SambunganBAHAGIAN B (ESEI)Calon perlu menguasai dan memahami keseluruhan sukatan pelajaran tingkatan 4 & 5.
Memahami istilah-istilah dan konsep penting dengan merujuk Sudut Tahukah Anda dan Sudut Maklumat dalam buku teks.
Jawapan mestilah dalam bentuk esei, bukan carta, jadual, graf, lukisan, lakaran, point dsb. (-50%)
STRATEGI MENJAWAB KERTAS 2Taburan soalan SPM 2013 bagi bahagian B ialah 3 soalan tingkatan 4 (soalan 5-7) dan 4 soalan tingkatan 5 (soalan 8-11). 1 soalan =20 markah.
Jawab 3 soalan sahaja. Fahami kehendak soalan. Jawab soalan yang mudah atau yang diyakini dapat banyak markah.
Sebelum menjawab, calon dinasihatkan untuk merangka jawapan esei untuk mengelakkan kecairan idea/fakta dan juga sebagai panduan untuk menulis esei. Jangan hantar rangka jawapan.Sambungan..Jawapan esei adalah terperinci iaitu ada fakta, huraian fakta serta contoh jika ada. Ini bermaksud setiap fakta mestilah disokong dengan huraian dan contoh. Dalam sesetengah kes, 50% akan ditolak jika fakta tanpa sokongan huraian.
Esei mesti ada SUBJEK + PREDIKAT. Jangan jawab esei tergantung.Sambungan..Sebaik-baiknya esei berperenggan iaitu 1 perenggan merangkumi 1 fakta dan huraian-huraian serta contoh.
Esei tiada pengenalan dan penutup.
1 fakta=1markah, 1 huraian=1 markah, 1contoh=1markah.
Tahun tidak penting.
Boleh menggunakan kata singkatan yang dikenali: spt, yg, sgt, MU, PTM, AMDA dllSambungan..Ejaan tidak dipentingkan tetapi mestilah kemas dan teratur dan boleh dibaca oleh pemeriksa.
Tulis nombor soalan dan sub soalan.
http://padlet.com/wall/contohjwpneseisejspm
Sambungan..Soalan KBAT dalam bahagian B disusun dalam pecahan soalan c dan dipecahkan lagi kepada i dan ii.
Ia memperuntukkan 12 markah. Baki 8 markah adalah soalan fakta (ceraian a dan b).
Ini bermaksud pemberatan markah KBAT lebih banyak daripada pemberatan markah fakta.
Jumlah markah kbat= 36 markah drpd 60 markah yg diperuntukkan.
SambunganJawab soalan KBAT dengan relevan dan munasabah. Berani berikan apa sahaja idea walaupun anda merasakan idea anda tidak hebat.
Risiko tidak menjawab soalan KBAT: menjejas keseluruhan markah dan pastinya sifar markah.
Sambungan..Tanda pengenalan soalan KBAT: Pada pendapat/pandangan anda, berdasarkan pengetahuan sejarah anda, kesan, cadangkan, berikan alasan, kepentingan, iktibar, nilai murni, patriotisme, sebagai pemimpin/rakyat dan lain2.
Kebarangkalian untuk dapat markah dalam soalan KBAT tetap ada selagi calon menulis jawapan KBAT dan pasti 0 jika tidak menjawab soalan. Jadi menjawab lebih baik daripada tidak menjawab.
SambunganCIRI-CIRI KERTAS 3Berbentuk tugasan.
Tema/tajuk diberikan kepada calon 6 minggu sebelum peperiksaan SPM bertulis. Calon perlu melaksanakan tugasan umum iaitu mencari dan mengkaji maklumat dari pelbagai sumber berdasarkan tema/tajuk.
Pada hari peperiksaan, soalan akan diberikan dan calon dikehendaki menjawab soalan tersebut berdasarkan panduan yang diberikan bersama soalan (tugasan spesifik). Calon dibenarkan membawa dan merujuk segala bahan/maklumat/dapatan kajian.
PANDUAN DAN SARANAN MENJAWAB KERTAS 3Kemahiran konstruk yang diuji dalam Sejarah Kertas 3 adalah berdasarkanKemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)/High Order Thinking Skill (HOTS)iaitu pemahaman, analisis, aplikasi, menilai, menjana idea dan nilai-nilai murni/patriotisme.
Tindakan calon selepas tema/tajuk dikeluarkan oleh LPM:
Sambungan..Membuat rujukan berdasarkan tema.Dalam Sejarah Kertas 3, jawapan pecahan soalan pertama sehingga keempat boleh didapati secara terus dalam buku teks iaitu:
Sambungan..Pecahan soalan pertama: PENGENALAN[Cadangan bahan rujukan:Buku teks Sejarah Ting. 4/Ting.5]Soalan ini memperuntukkan 5 markah. Lazimnya dalam bahagian pengenalan soalan adalan berkenaan latar belakang,tempoh,bukti, lokasi dan nama-nama penting seperti tokoh, tempat dan sebagainya. Sila tandakan maklumat tersebut dengan menggunakan pen warna dalam buku teks untuk memudahkan penulisan jawapan nanti. Ingat! 5 markah sahaja. Jangan tulis jawapan berjela-jela sehingga menjejaskan masa jawapan bagi pecahan soalan yang lain. Tulis jawapan berdasarkan maklumat yang kita tanda seperti yang saya sebutkan di atas.
Sambungan..Pecahan soalan kedua: MEMAHAMI[Cadangan bahan rujukan:Buku teks Sejarah Ting. 4/Ting.5]Peruntukan markah bagi pecahan soalan ini adalah 10 markah. Soalan ini menguji kefahaman kita dalam tema/tajuk yang dikaji. Pengujiannya berbentuk proses pembentukan/ciri-ciri/latar belakang. Sama seperti di atas, buat rujukan dalam buku teks dan tandakan maklumat yang berkaitan sahaja sesuai dengan wajaran markah.
Sambungan..Pecahan soalan ketiga: MENGANALISIS[Cadangan bahan rujukan:Buku teks Sejarah Ting. 4/Ting.5]Peruntukan markah bagi pecahan soalan ini adalah 15 markah. Soalan mungkin berbentuk sumbangan/faedah atau dll.Sama seperti di atas, buat rujukan dalam buku teks dan tandakan maklumat yang berkaitan sahaja sesuai dengan wajaran markah.
Sambungan..Pecahan soalan keempat: MENGAPLIKASI[Cadangan bahan rujukan:Buku teks Sejarah Ting. 4/Ting.5]Peruntukan markah bagi pecahan soalan ini adalah 30 markah. Calon perlu mengaitkan isi (fakta dalam buku teks) dengan zaman kini. Maksudnya kita gunakan pengetahuan zaman dahulu (apa yang kita belajar dalam buku teks) dalam pelbagai bidang pada zaman moden ini. Soalan ini menguji kemahiran aplikasi calon.Sama seperti di atas, buat rujukan dalam buku teks dan tandakan maklumat yang berkaitan sahaja sesuai dengan wajaran markah.
Sambungan..Pecahan soalan kelima:MENILAI [Cadangan bahan rujukan:artikel dalam surat khabar, buku rujukan, jurnal, majalah pendidikan, menonton berita TV dan capaian internet.]Peruntukan markah bagi pecahan soalan ini adalah 10 markah. Ia menguji kemahiran menilai calon iaitu pemerhatian/kepekaan dan keprihatinan calon. Calon perlu menguasai isu-isu semasa dengan membuat rujukan seperti yang saya cadangkan diatas. Tandakan maklumat yang berkaitan sahaja sesuai dengan wajaran marka
Sambungan..Pecahan soalan keenam: MENJANA IDEA[Cadangan bahan rujukan:artikel dalam surat khabar, buku rujukan, jurnal, majalah pendidikan, menonton berita TV dan capaian internet.]Peruntukan markah bagi pecahan soalan ini adalah 10 markah. Soalannya mungkin berbentuk cadangan/pendapat bernas tentang sesuatu isu yang berkait dengan tema/tajuk yang dikaji.Calon perlu menguasai isu-isu semasa dengan membuat rujukan seperti yang saya cadangkan diatas. Tandakan maklumat yang berkaitan sahaja sesuai dengan wajaran markah
Sambungan..Pecahan soalan ketujuh: NILAI-NILAI MURNI/IKTIBAR/UNSUR PATRIOTISME [Cadangan bahan rujukan:http://tanyachegusejarah.blogspot.com/p/contoh-jawapan-kbkk-k2-sejarah-spm.htmldanhttp://tanyachegusejarah.blogspot.com/p/garis-panduan-menjawab-soalan.html]
Peruntukan markah bagi pecahan soalan ini adalah 10 markah. Calon boleh membuat rujukan melalui laman blog saya seperti yang saya sediakan diatas atau berbincang dengan guru sejarah anda. Ianya soalan berbentuk KBKK (Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis). Biasakan dengan istilah nilai, sikap dan semangat positif.
Sambungan..Pecahan soalan kelapan: RUMUSAN Pengetahuan, iktibar dan Harapan.[Cadangan bahan rujukan: buku teks Sejarah Ting. 4/Ting.5]Peruntukan markah bagi pecahan soalanini ialah 5 markah yang mana calon perlu merumus isi yang telah calon bincangkan. Sebagai kemudahan calon, calon boleh merujuk bahagian RUMUSAN di akhir setiap bab dalam buku teks sebagai modal jawapan atau kesimpulan di akhir subtopik.
Sambungan..Walau bagaimana pun K3 SPM 2013 terdiri daripada 9 soalan berbanding maklumat awal (8 soalan).Apa pun calon tidak perlu khuatir kerana kemahiran konstruk yang diuji kepada calon adalah sama.Analisis: Soalan 1=pengenalan, 2=pemahaman, 3= analisis, 4=aplikasi, 5=menilai, 6=menilai, 7=menjana idea, 8=nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme, 9=rumusan.
Sambungan..
2. Berbincang dengan guru sejarah anda dan rakan perbincangan anda.
Selepas mencari bahan rujukan, berbincanglah dengan guru sejarah anda. Tanya guru sejarah anda sama ada bahan yang anda cari sesuai atau tidak.Ikutilah nasihat guru sejarah anda. Calon juga boleh saling kongsikan dapatan rujukan masing-masing serta berbahas mengenainya!
Sambungan..
3. Bawa semua bahan rujukan dalam dewan peperiksaan semasa hari peperiksaan.
Selepas perbincangan ilmiah dan pemurnian kajian kita, bawalah semua bahan rujukan/dapatan yang kita kaji dalam dewan. Susun dengan keadaan baik. Jika dalam bentuk artikel, boleh disusun dalam bentuk fail clear holder. Susun bahan-bahan mengikut pecahan soalan. Ini memudahkah capaian semasa menulis jawapan.
Sambungan..
4. Jawab mengikut pecahan soalan [semasa hari peperiksaan]
Jawapan perlu ditulis mengikut pecahan soalan berdasarkan panduan yang diberikan bersama soalan. Sebaik-baiknya buat perenggan dalam pecahan soalan. Ini kerana ada pecahan soalan memperuntukkan markah yang tinggi yang mana isi jawapan adalah banyak. Jangan lupa tulis nombor soalan. Jangan salin semula soalan. Semoga berjaya.
Sambungan..Sila lihat di
http://tanyachegusejarah.blogspot.com/p/tematajuk-tugasan-sejarah-spm-kertas-3.htmlCadangan Dapatan Kajian SPM Sejarah K3Sila lihat di
http://tanyachegusejarah.blogspot.com/p/petuakaedah-mempelajari-sejarah-spm.htmlTeknik Belajar Sejarah SPM Soalan aras pengetahuan/pemahaman:
Nyatakan maksud jahiliah.Terangkan maksud tamadun menurut perspektif Islam.CONTOH KONSTRUK SOALANSoalan aras pemahaman:
Huraikan ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah.Jelaskan faktor-faktor imperialisme Barat di Asia Tenggara.
CONTOH KONSTRUK SOALANSoalan aras analisis.
Nyatakan faedah yang Malaysia peroleh sebagai anggota dalam pertubuhan serantau.Huraikan pengaruh agama Hindu Buddha dalam sistem pemerintahan di Asia Tenggara.CONTOH KONSTRUK SOALANSoalan aras aplikasi:
Apakah sumbangan tamadun Indus yang digunapakai pada masa kini?Bagaimana masyarakat Indus berjaya membina bandar terancang?Sumbangan Malaysia dalam pertubuhan serantau.CONTOH KONSTRUK SOALANSoalan aras menilai:
Apakah nilai-nilai penting yang ditunjukkan penjajah barat dalam usaha imperialisme mereka?Kejayaan Malaysia dalam bidang pendidikan.Muslihat British dalam melaksanakan Malayan Union di Tanah Melayu.CONTOH KONSTRUK SOALANSoalan aras menjana idea:
Cadangkan 3 langkah berkesan dalam memelihara monumen.Bincangkan usaha-usaha berkesan untuk mengelakkan penjajahan.CONTOH KONSTRUK SOALANHistory is a learning to earn love, honor and valor.