teknik menjawab tasawwur.ppt
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
-
ANJURAN :BAHAGIAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DAN MORALJABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORALKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
-
Tasawwur Islam SPM (5226)PendahuluanFormat SPM Kertas 2Contoh Soalan Kertas 1 2006Kelemahan CalonBentuk Soalan Kertas 2Kata Kunci SoalanPenutupContoh Soalan SPM Kertas 2 2006Pentaksiran & PeperiksaanFormat SPM Kertas 1Teknik menjawab yang baikRenungan
-
Pelajaran Tasawwur dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah merupakan satu mata Pelajaran Elektif ( Pilihan) Pelajaran ini ditawarkan kepada pelajar sekolah menengah atas.
Pelajaran ini selaras dengan matlamat Falsafah Fendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Islam yang menekankan perkembangan yang seimbang dan bersepadu dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi.
-
Mata pelajaran ini memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan pengetahuan dan kefahaman yang lebih mendalam tentang Islam sebagai cara hidup yang lengkap dan sempurna.
Kurikulum Tasawwur Islam ini bertujuan untuk memperkembangkan Ilmu pengetahuan yang menyeluruh dan bersepadu serta memperkembangkan kemahiran pelajar dari segi berfikir, berkomunikasi, berinteraksi dan melakukan sesuatu aktiviti yang berfaedah dan diredai oleh Allah Taala.
-
Penilaian Tasawwur Islam di peringkat sekolah dilaksanakan mengikut format Kendalian Sekolah Menengah (PKSM) manakala peperiksaan awam mengikut format Sijil Pelajaran Malaysia yang diuruskan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.Matlamat peperiksaan untuk menilai sejauh mana penguasaan pencapaian objektif mata pelajaran dan mentafsir pengetahuan serta kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
-
OP 1:Pengetahuan dan kefahaman tentang pandangan hidup Islam.OP 2:Pengetahuan dan kefahaman tentang perundangan Islam.OP 3:Pengetahuan dan kefahaman tentang kaedah penyelesaian masalah dalam Islam.OP 4:Pengetahuan dan kefahaman tentang cara hidup Islam.OP 5:Penghayatan tentang cara hidup Islam.OP 6:Mempunyai sikap bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.OP 7:Mempunyai sikap sedia berkorban untuk agama, bangsa dan negara. OBJEKTIF PENTAKSIRAN (OP) MATA PELAJARAN TASAWWUR ISLAMLEMBAGA PEPERIKSAAN
-
ARAS KESUKARAN ITEMItem-item yang dikemukakan mempunyai tiga arasAras RItem yang mempunyai aras kesukaran rendahAras SItem yang mempunyai aras kesukaran sederhana.Aras TItem yang mempunyai aras kesukaran yang tinggi.
-
Kertas 1 (5226/1)Kertas satu berbentuk ujian objektif berstrukturKertas 2 (5226/2)Kertas 2 berbentuk ujian subjektif
-
Item Soalan :Aneka PilihanBerstrukturMasa : 1jam 15 minit = 75 minit.Soalan mengenai semua topik yang telah dipelajari di tingkatan 4 dan 5Jenis InstrumenUjian Objektif2 Bahagian: A & BNombor kod 5226/1Markah : 40
-
Bahagian A20 Soalan dikemukakan = 20 MarkahSoalan Aneka Pilihan Pilihan A, B, C & DPilihan berdasarkan cadangan yang telah diberikanPilihan berdasarkan gabungan beberapa jawapan yang sesuai
Kertas 1 Bahagian B
-
Bahagian B: ( 20 Markah Soalan 21 40 )1. Tulis Istilah Yang Sesuai2. Lengkapkan Pernyataan3. Lengkapkan Rajah / Carta / Jadual4. Tuliskan Hukum / Jenis Ibadat5. Benar atau salah6. Padanan Tip Untuk Kertas 1
-
Bahagian BLarangan
BilKata KerjaTahun2004200520061Tulis Istilah / Hukum/ Jenis IbadatPPP2Lengkapkan PernyataanPP3Lengkapkan Carta / Rajah / JadualPPP4PadananP5Betul salahPPP
-
MasaCeraian SoalanJenis soalanJum SoalanSoalan dijawabTajuk soalan1 Jam 15 Minit (75 Minit)Bahagian ASoalan aneka pilihan
20
SemuaSukatan pelajaran di tingkatan 4 dan 5Bahagian BSoalan objektif berstruktur20SemuaSukatan pelajaran di tingkatan 4 dan 5
-
1. Memberikan jawapan lebih daripada satu Contohnya i. Menghitamkan lebih daripada satu jawapan pada soalan yang sama ( A, B dan sebagainya ) ii. Memberikan jawapan lebih pada soalan bahagian B ( Objektif berstruktur )iii. Memberikan jawapan yang berpola contohnya 15 soalan ditanda A 15 soalan ditanda B
-
Jawapan BerpolaMenghitam lebih daripada 1 jawapan
-
Nombor kod 5226/2Item Soalan : Respon terhadMasa : 2jam 30 minit = 150 minit. Bilangan Soalan7 Soalan ditawarkan.Jawab 5 soalan sahaja.(Soalan 1 wajib dijawab dan pilih mana-mana 4 soalan lain)Soalan mengenai semua topik yang telah dipelajari di ting 4 & 5Markah : 100
-
Sila baca dan ambil perhatian terhadap info pintar dalam buku teks Ting 5 atau Info Bestari dalam buku teks Ting 4
MasaCeraian SoalanJenis soalanJum SoalanTajuk soalan
2Jam 30 Minit (150Minit)Bahagian ASoalan Respon terhad7 soalan ( Jawab 5 sahaja)Soalan 1 wajib dijawab dan pilh mana-mana 4 soalan lainSukatan pelajaran di tingkatan 4 dan 5
-
Kata Kunci Yang Selalu Digunakan Dalam Soalan SPMTerangkanHuraikanJelaskanBerikanApakahNyatakanCadangkanSenaraikanKemukakan Bagaimanakah
-
PernyataanPerbincanganHuraianPeneranganPengertianPerbandingan
-
Contoh kata kunci soalan penyataanMengapakahKemukakan SenaraikanNyatakan.ApakahBerikan
Jawapan bagi soalan jenis pernyataan ini tidak perlu terlalu panjang. Ia memerlukan fakta yang tepat dan spesefik sahaja.
-
1 Penyelesaian masalah secara Islam menghidupkan semangat daya juang kepada individu.Mengapakah semangat daya juang penting dalam mencapai kecemerlangan dalam akademik1. Sebab semangat daya juang penting dalam mencapai kecemerlangan akademik.
Menguatkan semangat menghadapi pelajaranMemberi keyakinan kepada diri sendiri untuk berjaya.Sentiasa gigih memperbaiki kelemahan diri dalam pelajaran.Sentiasa konsisten mengikut jadual pembelajaran.
-
2. Sumbang mahram merupakan perbuatan keji yang masih berlaku dikalangan masyarakat hari iniKemukakan tiga langkah menangani perbuatan tersebut2. Tiga langkah menangani perbuatan tersebut ialah
1. Melaksanakan hukuman mengikut hukuman Islam / hukum hudud2. Memberi didikan agama yang sempurna3. Menjaga batasan aurat antara lelaki dan perempuan4. Mengamalkan akhlak mulia dalam rumahtangga dan pergaulan5. Menguatkuasakan undang-undang / tindakan tegas / membuat laporan6. Memberi kesedaran melalui kempen / ceramah / dakwah7. Memantapkan iman8. Melakukan amal soleh
-
3. Islam melarang pencerobohan terhadap harta orang lainSenaraikan empat contoh pencerobohan tersebut 3. contoh pencerobohan terhadap harta
1 - Mencuri7 - Menyamun2 - Monopoli8 - Meragut3 - Riba9 - Pecah amanah / mengambil 4 - Rasuah harta anak yatim5 - Menipu / Gharar10 - Enggan berzakat6 Merompak 11 - Manipulasi.
-
4. Nyatakan persoalan yang tidak mampu difikirkan oleh manusia tanpa bimbingan wahyu 4. Persoalan yang tidak mampu difikirkan oleh akal manusia tanpa bimbingan wahyu ialah :1. Akal manusia tidak mampu memahami perkara ghaib2. Akal manusia tidak mampu memahami perkara akidah3. Akal manusia tidak mampu memahami perkara samiyyat4. Akal manusia tidak mampu memahami hukum agama
-
5. Iman yang kukuh hasil penyelesaian masalah secara Islam memberi kesan kepada jiwa dan perlakuan seseorang. Apakah kesan tersebut ? 5. Kesan penyelesaian masalah secara Islam kepada jiwa dan perlakuan seseorang ialah : Menambah keyakinan dan kepercayaannya kepada Allah s.w.t. dan RasulDapat memberi ketenangan jiwa.Dapat menanamkan sifat ikhlas dalam jiwa.Sentiasa reda dengan qada dan qadar daripada Allah s.w.t.
-
6. Fahaman anti hadis boleh menggugat kesucian agama IslamBerikan dua hujjah anda6. Dua Hujjah fahaman anti hadis boleh menggugat kesucian agama Islam
1.Fahaman tersebut boleh menyebabkan hilangnya rasa hormat terhadap Rasulullah s.a.w2.Fahaman tersebut boleh menyebabkan umat Islam akan berpecah kerana perbezaan pendapat3. Fahaman tersebut boleh menyebabkan umat Islam tidak dapat memahami ajaran al-Quran dengan terperinci4. Penolakan hadis membawa kepada penolakan al-Quran.5.Fahaman tersebut boleh membawa kepada ajaran sesat / menyeleweng/rosak akidah / murtad
-
Contoh Kata kunciBincangkan CadangkanBagaimanakah
PerbincanganJawapan bagi soalan jenis ini memerlukan anda memberikan pandangan tentang sesuatu isu. Anda mesti memberikan fakta serta hujah yang menyokong pendapat anda
-
1. Salah satu daripada matlamat perundangan Islam ialah memelihara nyawa manusia. Bincangkan1. Perundangan Islam memelihara nyawa manusia kerana1. Nyawa merupakan anugerah manusia kepada manusia yang sangat bernilai. Islam menjamin hak seseorang untuk hidup dan menjaga anggota tubuh badan mereka.2. Islam telah mensyariatkan hukum Qisas bagi kesalahan yang melibatkan nyawa dan anggota tubuh badan.3. Islam telah mengharamkan perbuatan membunuh diri.
-
2. Anda sebagai seorang pelajar sekolah. Setiap bulan ibu bapa anda memberikan wang untuk menampung perbelanjaan sekolah sebanyak RM 50.00.Cadangkan cara anda memanfaatkan wang tersebut. 2. Cara memanfaatkan wang tersebut untuk menampung perbelanjaan sekolahMembeli keperluan pembelajaran seperti pen, buku dan sebagainyaMembayar yuran kelas tambahan.Membeli makanan dan minuman semasa di sekolah.Menabung untuk kegunaan masa hadapan.
-
3. Perpecahan dan persengketaan di kalangan masyarakat akan mengakibatkan huru hara dan ekonomi negara menjadi mundur. Bagaimanakah masalah di atas dapat dielakkan daripada berlaku ?. 3 . Masalah di atas dapat dielakkan daripada berlaku dengan cara anggota masyarakat mestilah : 1 Saling hormat menghormati antara satu sama lain2 Sentiasa bekerjasama dalam menjayakan sesuatu aktiviti masyarakat seperti gotong-royong / bantu membantu / tolong menolong3 Sentiasa mengamalkan toleransi di kalangan masyarakat yang tidak menjejaskan akidah / bersikap terbuka4 Sentiasa mengamalkan kebebasan beragama tanpa menganggu ketenteraman orang lain5 Mengadakan aktiviti berbentuk kempen / ceramah / media berkaitan perpaduan
-
Contoh kata kunciBuktikanHuraikanPenyelesaian masalah
Jawapan hendaklah mengandungi fakta dan huraian. Huraiannya mestilah tepat dan ringkas
-
1. Islam merupakan satu-satunya agama yang diterima oleh Allah s.w.t yang mempunyai keunggulannya yang tersendiri.Buktikan Islam adalah agama yang unggul.1. Bukti keunggulan Islam ialah :Ajaran Islam meliputi setiap aspek kehidupan manusia / Agama Islam adalah lengkap dan sempurna.Agama Islam adalah sesuai dengan fitrah semulajadi manusia.Ajaran Islam adalah adil dan saksama kepada semua manusia tanpa mengira pangkat dan keturunan.Ajaran Islam sesuai pada semua zaman, tempat, masa dan keadaan.
-
2. Islam tidak menafikan hak wanita untuk keluar bekerja.Huraikan tiga tuntutan Islam terhadap wanita yang bekerja bagi mengekalkan keharmonian keluarga.2. Tuntutan Islam terhadap wanita yang bekerja bagi mengekalkan keharmonian keluarga ialah :Sentiasa memelihara maruah diri dan menutup aurat semasa bekerja.Sentiasa menjaga maruah keluarga dan suami semasa bekerjaSentiasa menjaga batasan pergaulan dengan pekerja lain.Sentiasa melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah s.w.t. dengan melakukan ibadat.Sentiasa melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu dan seorang isteri walaupun sibuk bekerja
-
3. Ada remaja berfahaman bahawa mereka bebas memilih cara hidup sendiri tanpa menghiraukan kawalan ibu bapa. Apakah yang akan berlaku sekiranya remaja bertindak berdasarkan fahaman tersebut ?3. Perkara yang akan berlaku sekiranya remaja berfahaman sedemikian.Remaja tidak akan menghormati orang tua / guruWujudnya sikap derhaka kepada ibu bapa.Remaja akan terjebak dengan kegiatan jenayahRemaja akan rosak akidah
-
Contoh kata KunciBandingkanBezakanPerbandingan ialah menyatakan persamaan dan perbezaan antara dua perkara atau lebihJawapan bagi soalan jenis ini sebaik-baiknya dijawab dalam bentuk kotak. Mesti terdapat perbezaan antara kedua-dua bahagian. Jika menjawab dalam satu ayat , mesti mempunyai ayat sendikata, contohnya manakala, adapun, sedangkan dan seumpamanya.
-
1 . Jelaskan tiga perbandingan sikap orang yang beriman dengan orang yang tidak beriman dalam menghadapi ujian Allah mengenai harta1. Perbandingan antara orang beriman dengan yang tidak beriman dalam ujian harta.
Orang BerimanOrang yang tidak berimanMenunaikan ZakatMengabaikan zakatMembanyakkan derma /sedekah /belanja harta kejalan Allah Membelanjakan harta ke jalan maksiat.
Sentiasa menunaikan ibadatSering meninggalkan ibadat
-
2. Jelaskan tiga perbezaan antara sistem sosial Islam dengan Sistem barat.2. Perbezaan antara sistem sosial Islam dengan Barat ialah:
Sistem sosial IslamSistem sosial baratBerasaskan al-QuranBerasaskan pemikiran manusiaBerdasakan kepada ukhuwwahBerdasarkan warna kulit dan kedudukanMementingkan urusan dunia dan akhiratMementingkan keduniaan dan kebendaan semata-mata
-
Kata KunciTerangkanJelaskanJawapan bagi soalan ini mestilah dalam bentuk fakta yang spesifek dan tidak memerlukan huraian yang terlalu panjang
-
1. Terangkan dua daripada prinsip Syumuliyyah1. Dua prinsip syumuliyyah ialah. 1 Kesempurnaan hanya milik Allah s.w.t / manakala manusia lemah2 Semua mahkluk terikat dengan masa/tempat dan ruang / semua manusia perlu patuh kepada perintah Allah s.w.t.3 - Allah menjadikan manusia sebagai khalifah untuk mentadbir alam
-
2. Islam telah menetapkan beberapa syarat untuk menjadikan aktiviti harian sebagai ibadat. Jelaskan kepentingan ibadat dalam pembentukan akhlak seorang muslim.2. Kepentingan ibadat dalam pembentukan akhlak seorang muslim. 1. Ibadat dapat menjadikan jiwa seseorang menjadi tenang.2. Ibadat dapat mendekatkan seseorang dengan Allah s.w.t.3. Ibadat dapat menghilangkan sifat riak dalam diri seseorang4. Ibadat dapat mendidik seseorang dengan sifat merendah diri.
-
Kata KunciApakah maksudBerikan pengertian
Jawapan dalam bentuk ini memerlukan calon memberikan keterangan yang singkat tetapi jelas tentang makna sesuatu perkataan khusus, istilah atau terminologi. Berikan contohnya sekali jika ada
-
1. Ibadah terbahagi kepada ibadah khusus dan ibadah umum. Apakah maksud ibadah-ibadah tersebut1. Maksud kedua-dua ibadah tersebut ialah :Maksud ibadat khusus1 -Ibadat yang telah ditetapkan oleh Allah cara pelaksanaan dan ganjarannya.2 - Ibadat yang menghubungkan manusia dengan Allah/Tuhan3 - Ibadat wajib contohnya solat farduMaksud ibadat umum1 - Perbuatan atau amalan manusia yang dilakukan kerana Allah s.w.t.2 - Ibadat yang menghubungkan manusia sesama manusia contohnya bersedekah3 - Ibadat sunat
-
2. Akal sangat penting kepada manusia. Berikan pengertian akal 2. Pengertian akal ialah : Anugerah Allah s.w.t kepada manusia untuk berfikir/ alat untuk manusia berfikir
-
Butiran diri tidak ditulis dengan jelasJawapan tidak lengkap / terlalu ringkas.Jawapan berbelit-belitTidak cermat memilih dan memahami kehendak soalanLemah dalam memahami sesuatu istilah Tidak dapat menulis istilah tertentu dengan betulTidak mengikut panduan markah yang diberikanIsi jawapan yang berulang-ulang atau sama maksudTertinggal ceraian jawapanJawapan diberi tidak mengikut kehendak soalan
-
Jawapan yang diconteng dengan liquid paper dan tidak ditulis semulaTulisan yang tidak boleh dibaca dengan jelas oleh pemeriksaTidak menyusun kertas jawapan mengikut urutan yang sepatutnya.Menggunakan bahasa pasar atau daerah.Jawapan terlalu ringkas / kurang daripada yang diminta.Tiada nombor soalanTiada perenggan / ruang antara satu soalan dengan soalan lain
-
Mengulangkaji semua tajuk yang telah dipelajari di tingkatan 4 & 5
Teliti dan fahami kehendak soalan dengan baik
Menjawab soalan dengan struktur bahasa penulisan yang boleh difahami
Elakkan daripada mengulangi maksud isi yang sama
Elakkan daripada menjawab terlalu ringkas atau meleret-leret
-
Sesuaikan jawapan dengan arahan dalam sesuatu soalan
Memahami teknik dan cara menjawab yang betul
Tumpukan lebih perhatian kepada buku teks dan bahan rujukan hanya sebagai pelengkap sahaja.
Calon digalakkan memberi isi jawapan yang lebih jika jawapan yang diberikan tidak begitu menyakinkan.
Kuasai semua tajuk dalam sukatan pelajaran dan elakkan daripada meramal tajuk-tajuk yang akan keluar dalam peperiksaan.
-
Sepatutnya isi jawapan mesti mengandungi dua aspek iaitu:- PERKARA + HURAIAN
.Terangkan dua sebab Islam menyuruh umatnya memiliki sifat sabar.Menjadi tabahMencapai kejayaanMenjadi tabah ketika menghadapi sebarang cabaran dan dugaanMencapai kejayaan dalam pekerjaan
-
LEMAH UNTUK MEMAHAMI SESUATU ISTILAH-ISTILAH TERTENTUAPAKAH MAKSUD ..Al-Bai bithaman ajilHududAtheisKapitalismeAl-WaqiiyyahAl-MurunahDan lain-lain
-
CONTOHAtheis dieja ArtisQias dieja KiasQisas dieja Kisas
-
Apakah akibat jika mengamalkan ilmu yang tidak berasaskan wahyu?1.Ilmu tersebut tidak mendapat keredhaan Allah s.w.t2.Ilmu yang diperolehi tidak berkat Hidupnya menghadapi kekeliruan dan kesesatan
Boleh menyebabkan seseorang itu terpesong akidahnya
-
Ia akan menambahkan iman yang kuat kepada Allah
Kerana orang yang beriman sahaja akan dikasihi oleh Allah
3.Iman amat penting kerana tanpa iman manusia akan berakhlak haiwanNYATAKAN PERANAN IMAN DALAM KEHIDUPAN MANUSIA
-
MENJAWAB ISI YANG SAMA MAKSUDNYABerikan dua sebab Islam melarang umatnya bersikap sombong: Dibenci Allah Dimurkai Allah Tidak diredhai Allah Tidak disukai oleh Allah Mendapat balasan azab dari Allah Umat Islam akan dipandang hina oleh orang lainBoleh memecahbelahkan persaudaraan islam
-
Apakah asas perpaduan mengikut pandangan Islam1. Bersatu padu2. Tolong menolong antara satu sama lain3. Menjalinkan hubungan yang baik antara satu sama lainBeriman kepada AllahBerpandukan al-Quran dan HadisPegangan agama yang satu / agama yang diredai Allah
-
Perhatikan jumlah markah untuk memastikan jawapan yang sepatutnya anda berikanBuat rangka jawapan dengan ringkasMulakan menjawab soalan yang mudah dahulu kemudian diikuti dengan jawapan yang susahPastikan aspek jawapan yang perlu diambil perhatian ketika menjawab seperti bukan, tidak benar dan sebagainyaTulis nombor soalan dengan jelas dan teraturJawapan untuk setiap bahagian perlu dibuat dalam halaman yang berlainan
-
Jawapan sebaik-baiknya dalam bentuk nombor (jangan dalam bentuk ayat yang berjela-jela)Semak semula jawapan setelah selesai menjawab semua soalanSusun jawapan dan ikat mengikut urutan nombor soalanTulis butiran diri dengan lengkap pada kertas jawapan seperti Nombor kad pengenalan dan angka giliranBaca keseluruhan arahan yang terdapat diluar dan didalam kertas soalan dengan baik dan cermatPastikan anda mendapat kertas soalan yang sepatutnyaTandakan soalan yang hendak dijawab dan mendapat markah yang banyakBaca arahan dengan teliti.Jawab semua soalan yang dipilih.Jawapan bentuk fakta berikan huraian.
-
Gunakan kertas helaian baru bagi setiap no.soalan baru
Tinggalkan ruangan antara jawapan dengan jawapan seterusnya.
Jawapan dalam bentuk poin bukannya esei atau rencana
Sekiranya soalan perbezaan buatlah kotak
Jenis huraian ,hendaklah menyatakan isi,huraian dan contohnya.
Jawapan hendaklah ditulis di kertas jawapan yang diberikan sama ada bahagian A atau B ( Untuk Kertas 1 )
-
10 minit Peruntukan (menyemak) Gunakan pen biru atau hitamRangkakan jawapan dahuluCatatkan isi jawapan bagi mengelakkan fakta tertinggal. Pastikan Isi jawapan tidak berulang.Sila Jawab lebih dari soalan yang diminta.Soalan perbezaan, perlu dijawab dengan jelas.Pastikan semua dijawab sekalipun tidak dapat menjawab dengan tepat.
-
Gunakan kertas helaian baru bagi setiap no.soalan. Sedapat mungkin,: *Tiap-tiap jawapan gunakan sehelai kertas*Jangan ada jawapan soalan lain*Sebaik-baiknya pada muka hadapan sahaja*Hindarkan bentuk arahan kepada pemeriksa untuk mencari jawapan
Maaf Tuan! Jawapan tertinggal.. Jawapan ada di muka surat 5 .Sekali lagi maaf Tuan,
-
Hindarkan jawapan Menumpang
5.(a) (i) ... ... (ii) ..
###Jawapan Soalan no 3 (c) (iii) .................................................................................... (iii) . ...................................................................................
-
Ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalamIalah orang yang hari ini sama seperti semalamIalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalamKejayaan boleh dilakukan oleh insan biasa yang melakukan usaha secara yang luar biasa. Kejayaan adalah suatu pengembaraan dan bukanlah suatu destinasiKejayaan terbesar bukanlah kerana kita tidak pernah gagal, tetapi kita bangkit kembali menempa kejayaan setiap kali kita gagal. Jangan cepat berputus asa kerana kerapkali kunci yang terakhir lah yang dapat membuka pintuTidak selalu orang yang pandai akan mendapat kehidupan yang terbaik, Kerana hanya orang yang sentiasa berusaha, banyak bersabar dan tidak pernah berputus asa sahaja yang akan mencapai kejayaanBuktiKerjaya TI
-
Muka DepanPendahuluan