teknik menjawab 2015

46
Teknik Menjawab Soalan SPM 2015 1

Upload: pooranikannan

Post on 08-Dec-2015

49 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

teknik menjawab moral SPM

TRANSCRIPT

Page 1: Teknik Menjawab 2015

Teknik Menjawab Soalan SPM

2015

1

Page 2: Teknik Menjawab 2015

Pendidikan Moral SPM Kod 1225

Kertas 1: Ujian bertulis

Bahagian A: Soalan Struktur

Bahagian B: Soalan Esei

Kertas 2: Kerja Kursus

2

Page 3: Teknik Menjawab 2015

Bahagian A: Soalan Struktur Soalan Tanya Nilai

Soalan Tanya Maksud Nilai

Soalan Tanya Nilai dan Huraian

Soalan Tanya Nilai dan Huraian serta Huraian Lanjutan

Soalan Tanya Fakta

Soalan Tanya Fakta dan Huraian

Soalan KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi)

3

Page 4: Teknik Menjawab 2015

Soalan Tanya Nilai

Contoh soalan:

Apakah nilai ……… [1 markah]

Nyatakan dua nilai ……… [2 markah]

Contoh jawapan:

Amanah

Kepercayaan kepada Tuhan

4

Page 5: Teknik Menjawab 2015

Soalan Tanya Maksud Nilai

Contoh soalan:

Jelaskan maksud nilai … [2/3/? markah]

Berikan definisi bagi nilai ……… [2/3/? markah]

Contoh jawapan:

Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain

5

Page 6: Teknik Menjawab 2015

Soalan Tanya Nilai dan Huraian

Contoh soalan:

Terangkan dua nilai yang harus diamalkan oleh murid-murid agar tidak terlibat dalam ponteng sekolah. [4 markah]

Format jawapan: NH

Ayat N: Watak + Nilai

Ayat H: Bagaimana? / Mengapa? (Bukan sekadar menggunakan definisi atau kata kunci)

NH (2 markah) dan NH (2 markah) 6

Page 7: Teknik Menjawab 2015

Soalan Tanya Nilai dan Huraian Apakah teknik untuk menulis huraian lanjutan?

Tanya soalan “bagaimana” pada nilai yang anda guna.

Katakan guna nilai harga diri:

“Bagaimanakah” murid-murid harus mengamalkan nilai harga diri agar tidak terlibat dlm ponteng sekolah?

Fikir kk tetapi jangan hanya guna kk.

Jawapannya:

Contohnya, murid-murid harus menjaga nama baik diri dan keluarganya dengan tidak terlibat dalam gejala ponteng sekolah

7

Page 8: Teknik Menjawab 2015

Soalan Tanya Nilai dan Huraian Selain soalan “bagaimana” ……

Tanya soalan “mengapa” pada nilai yang anda guna.

Katakan guna nilai mematuhi peraturan dan undang-undang:

“Mengapakah” murid-murid harus mematuhi peraturan dan undang-undang?

Fikir kk tetapi jangan hanya guna kk.

Jawapannya:

Hal ini demikian kerana perbuatan ponteng melanggar peraturan sekolah.

8

Page 9: Teknik Menjawab 2015

Soalan Tanya Nilai dan Huraian Contoh jawapan:

i) Murid-murid harus mengamalkan nilai harga diri(Ayat Nilai). Contohnya, mereka harus menjaga nama baik diri dan keluarga dengan tidak terlibat dalam gejala ponteng sekolah. (Huraian – Bagaimana?)

ii) Murid-murid harus mengamalkan nilai mematuhi peraturan dan undang-undang(Ayat Nilai). Hal ini demikian kerana perbuatan ponteng melanggar peraturan sekolah. (Huraian – Mengapa?)

9

Page 10: Teknik Menjawab 2015

Soalan Tanya Nilai dan Huraian Kalau tulis jawapan guna definisi/kk, boleh tak?

i) Murid-murid harus mengamalkan nilai harga diri(Ayat Nilai). Mereka harus ada keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan dengan tidak terlibat dlm ponteng sekolah. (def) 1 MARKAH SAHAJA!

ii) Murid-murid harus mengamalkan nilai mematuhi peraturan dan undang-undang(Ayat Nilai). Mereka harus menerima peraturan dengan tidak terlibat dlm ponteng sekolah. (kk) 1 MARKAH SAHAJA!

Nilai = kata kunci / definisi = 1 markah 10

Page 11: Teknik Menjawab 2015

Soalan Tanya Nilai dan Huraian Sekiranya calon masih ingin guna definisi/kk,

dinasihatkan tambah 1 ayat huraian:

i) Murid-murid harus mengamalkan nilai harga diri(Ayat Nilai). Mereka harus ada keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan (def). Contohnya, mereka harus menjaga nama baik diri dan keluarga dengan tidak terlibat dalam gejala ponteng sekolah(Ayat Huraian – Bagaimana?).

11

Page 12: Teknik Menjawab 2015

Soalan Tanya Nilai dan Huraian Sekiranya calon masih ingin guna definisi/kk,

dinasihatkan tambah 1 ayat huraian:

ii. Murid-murid harus mengamalkan nilai mematuhi peraturan dan undang-undang. Mereka harus menerima peraturan (kk) dengan tidak terlibat dalam ponteng sekolah. Hal ini demikian kerana perbuatan ponteng melanggar peraturan sekolah (Ayat Huraian – Mengapa?).

Perhatian: “tidak terlibat dlm ponteng sekolah” dipetik dari situasi soalan – tidak dianggap sebagai huraian.

12

Page 13: Teknik Menjawab 2015

Soalan Tanya Nilai dan Huraian Terdapat jawapan di buku rujukan mencantumkan

definisi/kk dengan ayat huraian dan menjadi 1 ayat:

i) Murid-murid harus mengamalkan nilai harga diri(Ayat Nilai). Mereka harus ada keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan dengan menjaga nama baik diri dan keluarga supaya tidak terlibat dalam gejala ponteng sekolah (Ayat Huraian – Bagaimana?). JAWAPAN BEGINI PUN BOLEH…

13

Page 14: Teknik Menjawab 2015

Soalan Tanya Nilai dan Huraian Terdapat jawapan di buku rujukan mencantumkan

definisi/kk dengan ayat huraian dan menjadi 1 ayat:

ii. Murid-murid harus mengamalkan nilai mematuhi peraturan dan undang-undang. Mereka harus menerima peraturan (kk) kerana perbuatan ponteng melanggar peraturan sekolah (Ayat Huraian – Mengapa?). JAWAPAN BEGINI PUN BOLEH…

14

Page 15: Teknik Menjawab 2015

Soalan Tanya Nilai dan Huraian serta Huraian Lanjutan Contoh soalan:

Terangkan dua nilai yang harus diamalkan oleh murid-murid agar menjauhi gejala ponteng sekolah. [6 markah]

Format jawapan: NHBagaimana? HMengapa?

Ayat N: Watak + Nilai

Ayat H: Bagaimana? (Bukan sekadar menggunakan definisi atau kata kunci)

Ayat H: Mengapa? (Bukan sekadar menggunakan definisi atau kata kunci)

NHH (3 markah) dan NHH (3 markah) 15

Page 16: Teknik Menjawab 2015

Soalan Tanya Nilai dan Huraian serta Huraian Lanjutan i) Murid-murid harus mengamalkan nilai harga

diri(Ayat Nilai). Contohnya, mereka harus menjaga nama baik diri dan keluarga dengan tidak terlibat dalam gejala ponteng sekolah (Ayat Huraian – Bagaimana?). Hal ini demikian kerana mereka akan dipandang serong oleh masyarakat (Ayat Huraian – Mengapa?).

(Perhatian: perkataan “Contohnya” mahu tulis / tak mahu tulis pun boleh.)

16

Page 17: Teknik Menjawab 2015

Soalan Tanya Nilai dan Huraian serta Huraian Lanjutan ii. Murid-murid harus mengamalkan nilai mematuhi

peraturan dan undang-undang. Contohnya, mereka harus akur kepada peraturan sekolah dengan menjauhi gejala ponteng sekolah(Ayat Huraian – Bagaimana?). Hal ini demikian kerana mereka akan dikenakan tindakan demerit jika ditangkap oleh pihak sekolah(Ayat Huraian – Mengapa?).

(Perhatian: perkataan “Contohnya” mahu tulis / tak mahu tulis pun boleh.)

17

Page 18: Teknik Menjawab 2015

Soalan Tanya Fakta Contoh soalan:

Berikan tiga cara ……… [3 markah]

Nyatakan dua kesan ……… [2 markah]

Senaraikan tiga kebaikan ……… [3 markah]

Cadangkan dua usaha ……… [2 markah]

Tujuan: Menilai KBKK

Menguji kandungan akademik Ting 4 & Ting 5

Jangan tulis “amalan nilai” sebagai jawapan

Perlu tulis ayat fakta

18

Page 19: Teknik Menjawab 2015

Soalan Tanya Fakta Contoh soalan:

Berikan 3 cara yang boleh dilakukan oleh pemandu kereta agar dapat mengelakkan kemalangan di jalan raya. [3 markah]

Jawapan:

i) Pastikan tidak mengantuk semasa memandu.

ii) Pastikan kereta dalam keadaan baik.

iii)Mematuhi segala peraturan lalulintas.

19

Page 20: Teknik Menjawab 2015

Soalan Tanya Fakta serta Huraian Contoh soalan:

Huraikan tiga cara ……… [6 markah]

Terangkan dua kesan ……… [4 markah]

Jelaskan tiga kebaikan ……… [6 markah]

Cadangkan dua usaha ……… [4 markah]

Tulis jawapan seperti tulis ayat fakta tetapi perlu diikuti dengan huraian

Fakta + Huraian Cara untuk menulis ayat huraian:

Tanya soalan “Bagaimana?” Tanya soalan “Mengapa?”

20

Page 21: Teknik Menjawab 2015

Soalan Tanya Fakta serta Huraian Contoh soalan:

Terangkan 3 cara yang boleh dilakukan oleh pemandu kereta agar dapat mengelakkan kemalangan di jalan raya. [6 markah]

Jawapan: i) Pastikan tidak mengantuk semasa memandu.

(Soalan: “Bagaimana” tidak mengantuk?) Contohnya, mendapat tidur yang mencukupi sebelum memandu.

21

Page 22: Teknik Menjawab 2015

Soalan Tanya Fakta serta Huraian

ii) Pastikan kereta dalam keadaan baik. (Soalan: “Bagaimana” pasti kereta dalam keadaan baik?) Servis kereta lebih kerap.

iii)Mematuhi segala peraturan lalulintas.

(Soalan: “Bagaimana” mematuhi peraturan lalulintas?) Jangan memandu ketika mabuk.

22

Page 23: Teknik Menjawab 2015

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Contoh soalan:

Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku jika pihak berkuasa tidak… [2 markah]

(i) __________________________________

(ii) __________________________________

Soalan tidak menyatakan bilangan jawapan

Lihat peruntukan markah dan bilangan ruang jawapan (Roman i, ii)

Tuliskan jawapan seperti tulis ayat fakta, bukannya “amalan nilai”

23

Page 24: Teknik Menjawab 2015

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Contoh soalan:

Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku jika pihak berkuasa tidak… [4 markah]

(i) ___________________________________

(ii) ___________________________________

Soalan tidak menyatakan bilangan jawapan

Lihat peruntukan markah dan bilangan ruang jawapan (Roman i, ii) Tulis jawapan seperti tulis ayat fakta tetapi

perlu diikuti dgn ayat contoh / huraian lanjutan Fakta + Contoh / Huraian Lanjutan

24

Page 25: Teknik Menjawab 2015

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Contoh soalan:

Bagaimanakah anda menghargai…? Terangkan dua jawapan anda. [4 markah]

______________________________________

______________________________________

______________________________________

Lihat peruntukan markah dan bilangan jawapan yang diperlukan

Tulis jawapan seperti tulis ayat fakta tetapi perlu diikuti dengan contoh / huraian lanjutan

Fakta + Contoh 25

Page 26: Teknik Menjawab 2015

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Contoh soalan:

Adakah anda bersetuju….? Kemukakan alasan anda. [2 markah]

_____________________________________

_____________________________________

Lihat peruntukan markah dan bilangan jawapan yang diperlukan

Berikan respon (1 markah) Tuliskan alasan/fakta yg menyokong respon

mengikut baki markah

26

Page 27: Teknik Menjawab 2015

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Contoh soalan:

Adakah anda bersetuju….? Kemukakan alasan anda dengan terperinci. [3 markah]

_____________________________________

_____________________________________

Lihat peruntukan markah dan bilangan jawapan yang diperlukan

Berikan respon (1 markah) Tuliskan alasan/fakta yg menyokong respon

mengikut baki markah Alasan perlu dihuraikan. Huraian diambil kira.

27

Page 28: Teknik Menjawab 2015

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Contoh soalan:

Apakah perasaan anda….? Berikan dua alasan anda. [3 markah]

_______________________________________

_______________________________________

Lihat peruntukan markah dan bilangan jawapan yang diperlukan

Berikan respon (1 markah) Tuliskan alasan/fakta yg menyokong respon

mengikut baki markah Dua alasan perlu berasingan. Huraian tidak

diambil kira. 28

Page 29: Teknik Menjawab 2015

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Contoh soalan:

Bolehkah peristiwa tersebut dielakkan? Berikan hujah anda secara terperinci berdasarkan nilai-nilai murni. [4 markah]

_______________________________________

_______________________________________

Lihat peruntukan markah dan bilangan jawapan yang diperlukan

Berikan respon (1 markah) Tuliskan hujah yg menyokong respon mengikut

baki markah Nilai diwajibkan, Huraian lanjutan diperlukan.

NHH (3 markah) 29

Page 30: Teknik Menjawab 2015

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Contoh soalan:

Apakah rumusan yang boleh dibuat melalui ketiga-tiga gambarajah di atas? [1 markah]

_______________________________________

_______________________________________

Format jawapan untuk menulis rumusan ialah WTK dalam SATU ayat: Watak + Tindakan + Kesan

Contoh jawapan:

Rakyat (Watak) harus menyokong Kempen Membaca (Tindakan) supaya dapat melahirkan masyarakat yang berilmu. (Kesan).

30

Page 31: Teknik Menjawab 2015

Rumusan: Soalan Struktur Aspek penyoalan Markah

diberi

Jawaban yg perlu

ditulis

Terangkan maksud nilai… 1/2/3 ? Definisi sahaja

Nyatakan 1 nilai… 1 N sahaja

Berikan 2 nilai… 2 N1 & N2

Terangkan 2 nilai… 4 N1,H1,N2,H2 ATAU

N1,P1,H1,N2,P2,H2

Huraikan 2 nilai… 6

Senaraikan 2 kesan… 2 F1,F2

Cadangkan 2 cara… 4 F1,H1,F2,H2

KBAT ??? ???

31

Page 32: Teknik Menjawab 2015

Soalan Struktur: Setiap Soalan Dibenarkan Tambah 1 Jawaban

Aspek penyoalan Mark

ah

Jawaban yg perlu

ditulis

Jawaban

tambahan

Terangkan maksud

nilai…

1/2/3? Definisi + Definisi

Nyatakan 1 nilai… 1 N1 + N2

Berikan 2 nilai… 2 N1 & N2 + N3

Terangkan 2 nilai… 4 N1,H1,N2,H2 ATAU

N1,P1,H1,N2,P2,H2

+ N3,H3 ATAU

+ N3,P3,H3

Terangkan 2 nilai… 6

Senaraikan 2 kesan... 2 F1,F2 + F3

Cadangkan 2 cara… 4 F1,H1,F2,H2 + F3,H3

KBAT ??? ??? ???+1

32

Page 33: Teknik Menjawab 2015

Bahagian B: Soalan Esei Contoh soalan bertanyakan nilai:

a) Terangkan dua nilai… [10 markah]

b) Huraikan tiga nilai… [10 markah]

c) Wajarkah…? Beri hujah anda berdasarkan nilai-nilai… [10 markah]

Contoh soalan yg tidak bertanyakan nilai:

a) Terangkan lima cara… [10 markah]

b) Mengapakah…? Huraikan alasan anda. [10 markah]

c) Setujukan anda…? Huraikan tiga alasan… [10 markah]

33

Page 34: Teknik Menjawab 2015

Soalan Esei (Kalau Tulis Format NPCPC, Berapa markah?) Nilai = kata kunci / definisi = 1 markah

Ayat N: watak + nilai (1 markah)

Ayat P: watak + kata kunci 1 + isu / situasi soalan (N = KK)

Ayat C: contoh / huraian lanjutan (1 markah)

Ayat P: watak + kata kunci 2 + isu / situasi soalan (N = KK)

Ayat C: contoh / huraian lanjutan (1 markah)

34

Page 35: Teknik Menjawab 2015

Pemarkahan Bagi Esei (KBAT)

Soalan Bertanyakan

Nilai

Soalan Tidak

Bertanyakan Nilai

Jumlah

markah

3 N + 7 H 3 N + 7 H 10 m

2 N + 8 H 2 N + 8 H 10 m

1 N + 9 H 1 N + 9 H 10 m

10 H 10 m

35

Nilai: maksimum 3 Markah Huraian: maksimum 7 Markah *Dengan andaian jawapan bagi soalan tersebut mempunyai 3 nilai dan ke atas. **Fakta/Contoh/Huraian/Huraian Lanjutan semuanya dianggap H

Page 36: Teknik Menjawab 2015

Kalau bukan format NPCPC, Format ??? Ada 2 jenis format untuk dipilih: Boleh tulis Nilai (N) kemudian disokong dengan Contoh

(C) dan/atau Huraian Lanjutan (H) Boleh tulis Fakta (F) kemudian disokong dengan Contoh

(C) dan/atau Huraian Lanjutan (H) Bagi soalan yg bertanyakan nilai, jawapan calon perlu

ada sekurang-kurangnya SATU amalan Nilai (N) kemudian disokong dengan Contoh (C) dan/atau Huraian Lanjutan (H)

Bagi soalan yang tidak bertanyakan nilai, jawapan calon ada/tiada amalan nilai pun boleh

36

Page 37: Teknik Menjawab 2015

Format NCH (Guna Nilai) Mula dengan ayat Nilai, kemudian disokong

dengan C dan/atau H.

Untuk menulis Contoh (C) atau Huraian (H) bagi setiap Nilai (N) yang anda guna, tanya soalan “Bagaimana” atau “Mengapa” pada nilai tersebut.

Jawapan yang anda dapat sebenarnya adalah Contoh (C) / Huraian lanjutan (H).

Katakan N1: Kerajinan

C1: bagaimana? Contohnya….

H1: mengapa? Hal ini demikian kerana….

Hal ini demikian supaya…. 37

Page 38: Teknik Menjawab 2015

Format FCH (Tanpa Guna Nilai) Mula dengan ayat Fakta, kemudian disokong

dengan C dan/atau H.

Untuk menulis Contoh (C) atau Huraian (H) bagi setiap Fakta (F) yang anda guna, tanya soalan “Bagaimana” atau “Mengapa” pada Fakta tersebut.

Jawapan yang anda dapat sebenarnya adalah Contoh (C) / Huraian lanjutan (H).

Katakan F1: bijak memilih kawan

C1: bagaimana? Contohnya….

H1: mengapa? Hal ini demikian kerana….

Hal ini demikian supaya…. 38

Page 39: Teknik Menjawab 2015

Soalan Esei (KBAT) – Tanpa Guna Nilai Contoh soalan:

Terangkan lima cara… [10 markah] Setiap cara diikuti dengan 1 contoh/huraian 1 cara + 1 contoh/huraian = 2 markah Oleh itu, tulis 5 cara + 5 contoh/huraian = 10

markah Nasihat saya: 5 cara + 5 contoh + 5 huraian Jika ketandusan “cara”, boleh guna amalan nilai

sebagai ganti “cara” Bilangan huraian tidak terhad

39

Page 40: Teknik Menjawab 2015

Soalan Esei (KBAT) – Tanpa Guna Nilai Contoh soalan:

Setujukan anda…? Huraikan tiga alasan… [10 markah]

Beri respon = 1 markah

1 alasan + 1 contoh + 1 huraian = 3 markah

Oleh itu, tulis 3 alasan + 3 contoh + 3 huraian = 9 markah

Nasihat saya: 5 alasan + 5 contoh + 5 huraian

Jika ketandusan “alasan”, boleh guna amalan nilai sebagai ganti “alasan”

Bilangan jawapan tidak terhad 40

Page 41: Teknik Menjawab 2015

Cara Menulis Esei (KBAT) Gabungan NCH & FCH Nilai yang perlu diamalkan ialah rasional. Mereka harus menyedari kesan buruk ponteng sekolah. Hal ini demikian kerana pelajaran mereka akan terabai disebabkan oleh pengaruh rakan. Nilai yang perlu diamalkan ialah bertanggungjawab. Mereka harus memainkan peranan sebagai murid sekolah agar tidak terlibat dalam gejala ponteng sekolah. Hal ini demikian supaya mereka mempunyai masa depan yang cerah. Nilai yang perlu diamalkan ialah mematuhi peraturan dan undang-undang. Mereka harus akur pada peraturan

41

Page 42: Teknik Menjawab 2015

Cara Menulis Esei (KBAT) – Gabungan NCH & FCH (Bersambung) sekolah. Hal ini demikian supaya mereka tidak dikenakan tindakan demerit kerana telibat dalam ponteng sekolah. Murid-murid harus menjaga imej diri dengan tidak terlibat dalam gejala ponteng sekolah. Mereka tidak harus mencemarkan nama baik diri. Hal ini demikian supaya mereka tidak dipandang serong oleh masyarakat. Mereka harus menjauhi perbuatan ponteng dengan rajin datang ke sekolah. Mereka harus hadir ke sekolah setiap hari persekolahan. Hal ini demikian kerana mereka dapat menimba ilmu yang berguna di sekolah.

42

Page 43: Teknik Menjawab 2015

Cara Lain Menulis Esei (KBAT) Gabungan NCH & FCH: Nilai dikumpulkan dlm perenggan 1, yg saki baki dlm perenggan ke-2

Nilai-nilai yang perlu diamalkan ialah rasional, bertanggungjawab dan mematuhi peraturan dan undang-undang.

Mereka harus memainkan peranan sebagai murid sekolah agar tidak terlibat dalam gejala ponteng sekolah. Hal ini demikian supaya mereka mempunyai masa depan yang cerah. Mereka harus akur pada peraturan sekolah. Hal ini demikian supaya mereka tidak dikenakan tindakan demerit kerana terlibat dalam ponteng sekolah. Mereka harus menyedari kesan buruk ponteng sekolah. Hal ini

43

Page 44: Teknik Menjawab 2015

Cara Lain Menulis Esei (KBAT) Gabungan NCH & FCH: Nilai dikumpulkan dlm perenggan 1, yg saki baki dlm perenggan ke-2 (bersambung)

demikian kerana pelajaran mereka akan terabai. Murid-murid harus menjaga imej diri dengan tidak terlibat dalam gejala ponteng sekolah. Mereka tidak harus mencemarkan nama baik diri. Hal ini demikian supaya mereka tidak dipandang serong oleh masyarakat. Mereka harus menjauhi perbuatan ponteng dengan rajin datang ke sekolah. Mereka harus hadir ke sekolah setiap hari persekolahan. Hal ini demikian kerana mereka dapat menimba ilmu yang berguna di sekolah.

44

Page 45: Teknik Menjawab 2015

Pengagihan Masa Yang Betul

Bahagian Peruntukan Masa Jumlah

Masa

A

(Struktur)

8 soalan x 10 minit untuk

setiap soalan

80 minit

B

(Esei)

2 soalan x 20 minit untuk

setiap soalan

40 minit

1 soalan tambahan x 20 minit 20 minit

Semak jawapan 10 minit

Jumlah 150 minit

45

Page 46: Teknik Menjawab 2015

terima kasih

kerana sudi mendengar.

46