teknik menjawab peribahasa
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
- 1. TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU SPM KERTAS 2 (1103/2)Dihasilkan oleh ; SAHARUDDIN BIN ABDULLAH Guru Cemerlang Bahasa Melayu SMK Sijangkang Jaya. [email protected] Saharuddin-abdullah.blogspot.com
2. Kemahiran Berbahasa Peribahasa 3. Kemahiran Berbahasa Peribahasa 4. Bentuk Soalan Peribahasa A. Membina ayat daripada peribahasa: Contoh: 1. bagai menatang minyak yang penuh Ibu bapa selalunya menyayangi dan menjaga anak-anak mereka bagai menatang minyak yang penuh sehinggalah mereka dewasa. 2. seperti katak di bawah tempurung Sikap Ng Khai Liang yang sukar menerima perubahan yang berlaku menyebabkan dia berfikiran tertutup seperti katak di bawah tempurung. 3. seperti paku dengan penukul Pelajar yang malas dan bersikap seperti paku dengan penukul tidak mungkin dapat meraih kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan 5. Bentuk Soalan Peribahasa B. Mengemukakan peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi yang diberi: Contoh: Beri tiga peribahasa yang sesuai dengan cerita yang diberi. 1. Pak Hassan terkejut besar apabila anak yang dipelihara dengan penuh kasih sayang sanggup melakukan perkara yang terkutuk itu. Dia tidak menyangka bahawa anaknya itu terlibat dalam kes ragut yang telah memalukannya. Tindakan anaknya yang telah membunuh mangsa itu tidak dapat diselamatkan kerana anaknya akan menerima hukuman yang setimpal. i. bagai menatang minyak yang penuh (memelihara dengan penuh kasih sayang) ii. bagai menyonteng arang ke muka (memalukan) iii. anak emas (anak kesayangan) iv. air muka (diri, peribadi) 6. Bentuk Soalan Peribahasa C. Mengemukakan peribahasa berdasarkan ayat yang diberi: Contoh: 1. Setelah Berjaya melepaskan dirinya daripada digigit anjing liar, gadis itu terpaksa pula bergelut dengan seorang lelaki yang hendak meragut beg tangannya. * keluar mulut harimau, masuk ke mulut buaya. 2. Walaupun telah lama tinggal di luar negara namun akhirnya Rony pulang semula ke kampung halamannya kerana berasakan kampung halamannya lebih tenteram. * hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. 7. Bentuk Soalan Peribahasa D. Mengisi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai: 1. Tok penghulu kesal akan sikap penduduk kampung yang hanya membisu ketika mesyuarat dijalankan, tetapi mula bersuara apabila projek sudah dijalankan. Ada-ada sahaja yang tidak kena. Mereka bersikap umpama (i) Mereka sepatutnya tidak mengemukakan pendapat sesuka hati dan tidak mengeluarkan kata-kata yang dapat menyinggung perasaan orang lain. Hal ini demikian kerana (ii).. Walau bagaimanapun, sebagai ketua tok penghulu akan berusaha untuk menyelesaikan masalah (iii)..nya itu supaya dapat memuaskan hati semua pihak. i. rumah siap pahat berbunyi ii. mulut manusia lebih tajam daripada mata pedang / terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. iii. anak buah 8. Latihan 1 Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut. 1. bagaikan kera mendapat bunga 2. kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit 3. burung terbang dipipiskan lada 4. menegakkan benang yang basah 5. bagaikan telur dihujung tanduk 6. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya 7. bagaikan tikus jatuh di kepuk 8. matinya semut kerana gula 9. air dicincang tidak akan putus 10. bagaikan embun di hujung rumput 9. JawapanLatihan 1 1. bagaikan kera mendapat bunga -Orang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain. -Tidak berguna kita memberi hadiah basikal ini kepadanya kerana dia bagaikan kera mendapat bunga dan tidak menghargai pemberian kita itu. 2. kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit. -disebabkan seorang berbuat keburukan, nama kumpulan menjadi buruk. -Sikap Ali yang suka berbuat jahat itu menyebabkan nama baik sekolah kita tercemar kerana seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit. 3. burung terbang dipipiskan lada -mengharapkan sesuatu yang belum pasti. -Janganlah terlalu berharapkan sangat keuntungan pelaburan ini bagai burung terbang dipipiskan lada kerana belum pasti lagi keuntungan anak menjelma. 10. Jawapan Latihan 1 4. menegakkan benang yang basah -cuba menegakkan sesuatu yang salah atau tidak benar. -Janganlah kamu cuba menegakkan benang basah kerana semua rakan kita telah tahu bahawa perkara itu tidak benar. 5. bagaikan telur dihujung tanduk -dalam keadaan berbahaya. -Sejak meminjam wang daripada along tempoh hari, hidupnya bagai telur di hujung tanduk. 6. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya -orang berilmu yang merendah diri tidak akan hilang ilmunya. -Walaupun pandai namun James sentiasa merendah diri kerana ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya. 11. Jawapan Latihan 1 7. bagaikan tikus jatuh di kepuk -mendapat keuntungan yang banyak secara tiba-tiba. -Manprit telah menjadi kaya-raya sejak berkahwin dengan anak jutawan itu dan bagaikan tikus jatuh di kepuk. 8. matinya semut kerana gula -mendapat kesusahan kerana tamak akan harta benda. -Oleh sebab terlalu tamak akan kuasa dan harta, akhirnya Johan hidup melarat kerana matinya semut kerana gula. 9. air dicincang tidak akan putus -pergaduhan di antara adik-beradik tidak akan berpanjangan tetapi akan berbaik semula. -Pergaduhan anak-anak Pak Samad tidak berpanjangan kerana air dicincang tidak akan putus. 12. Jawapan Latihan 1 10. bagaikan embun di hujung rumput -kasih-sayang yang tidak berkekalan. -Cinta Sam Kong kepada Winnie bagaikan embun di hujung rumput dan tidak berkekalan. 13. Latihan 2 Beri peribahasa yang sesuai dengan ayat yang dinyatakan tersebut. 1. Kata-kata dan janji manis yang diberi oleh calon yang bertanding dalam pilihanraya itu tidak disukai oleh penduduk di kawasan itu kerana janji yang ditabur tersebut mempunyai maksud yang tertentu. 2. Selepas pertandingan memilih calon wakil rakyat itu berakhir, semua pihak yang bermusuhan telah berbaik-baik semula seperti sediakala. 3. Walaupun sudah sepuluh tahun berhijrah ke luar negara untuk mencari rezeki, namun kehidupan Encik Hamreesh masih juga susah apabila dia pulang ke kampung halamannya. 4. Walaupun berbadan besar dan kelihatan garang namun sebenarnya Encik Lin Cheng Heng seorang yang baik hari dan lemah lembut. 14. Latihan 2 5. Walaupun cuba keluarga Encik Yow Weng Fai cuba menyembunyikan kisah anaknya terlibat dalam rasuah, namun akhirnya rahsia tersebut tersebar juga kepada orang ramai. 6. Hanya Chan Wei Jian sahaja yang nakal di kelas itu tetapi semua pelajar di sekolah itu menganggap pelajar kelas tersebut sebagai kelas pelajar-pelajar nakal. 7. Walaupun asalnya How Huai Lam seorang pelajar yang lembam namun setelah diajar dengan bersungguh-sungguh oleh guru-gurunya, akhirnya dia berjaya dalam peperiksaan itu dengan cemerlang. 8. Santos seorang pelajar yang tidak tahu bermain badminton tetapi cuba mengambil bahagian dalam pertandingan badminton peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 15. Jawapan Latihan 2 1. Jawapan: Ada udang di sebalik batu / Seperti menanam tebu di tepi bibir (janji yang ada sesuatu di sebaliknya) 2.Jawapan: Biduk berlalu kiambang bertaut (perselisihan faham akan kembali tenang/ baik semula) 3.Jawapan: Bagai itik pulang petang (tiada perubahan sebelum atau selepasnya) 4.Jawapan: Meriam buluh (kelihatan garang tetapi sebenarnya baik dan lemah lembut) 5. Walaupun cuba keluarga Encik Yow Weng Fai cuba menyembunyikan kisah anaknya terlibat dalam rasuah, namun akhirnya rahsia tersebut tersebar juga kepada orang ramai. Jawapan: Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia tak dapat ditutup / bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan sehelai daun/ pelepah. (sesuatu berita yang tidak baik akhirnya akan tersebar juga) 16. Jawapan Latihan 2 5. Jawapan: Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia tak dapat ditutup / bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan sehelai daun/ pelepah. (sesuatu berita yang tidak baik akhirnya akan tersebar juga) 6. Jawapan: Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit / kerana nila setitik, rosak susu sebelanga (seorang ahli berbuat keburukan, nama baik kumpulannya akan tercemar) 7. Jawapan: Belakang parang jika diasah lagikan tajam (Orang yang bodoh jika diajar akan menjadi pandai) 8. Jawapan: Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga (Jika tidak ada kemampuan janganlah melakukan sesuatu yang kita tidak mampu lakukan) 17. Latihan 3 Beri maksud peribahasa di bawah: 1. ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi 2. baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang 3.buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali 4. harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama 5. hidup kayu biar berbuah, hidup manusia biar berjasa 6. kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau 7. umpama mintak setitik, di laut sekalipun timbul juga 8. alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan 9. bagai lebah menghimpun madu 10. cepat kaki, ringan tangan 18. Jawapan Latihan 3 1. ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi Jawapan: Semakin tinggi ilmu seseorang itu, semakin merendah diri sifatnya. 2. baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang Jawapan: Mengikut sifat orang berilmu yang suka merendah diri daripada bersikap sombong. 3.buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali Jawapan: Berbuat baik biarlah berpatutan tetapi janganlah berbuat jahat sama sekali. 4. harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama Jawapan: Perkara yang selalu dikenang apabila seseorang telah tiada ialah nama baiknya. 19. Jawapan Latihan 3 5. hidup kayu biar berbuah, hidup manusia biar berjasa Jawapan: Berbuat baiklah semasa masih hidup untu diri dan masyarakat dan jangan berbuat jahat. 6. kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau Jawapan: Orang yang berketurunan baik, ke mana dia pergi akan menjadi baik juga akhirnya. 7. umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga Jawapan: Orang yang baik jika berada di mana-manapun akan dimuliakan orang juga. 8. alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan Jawapan: Setiap perbuatan mesti dilakukan bersungguh-sungguh sehingga mendapat hasil yang baik. 9. bagai lebah menghimpun madu Jawapan: Orang yang sangat rajin mencari ilmu atau harta. 10. cepat kaki, ringan tangan Jawapan: Orang yang rajin dan cekap bekerja.