sejarah proposal

8
TAJUK: SEJARAH ASAL USUL SERTA PERKEMBANGAN KAMPUNG KALAI DARI TAHUN 1940 SEHINGGA TAHUN 2000. 1. PENGENALAN 1.1. Mengikut dari segi sejarah , Kampung Kalai pada masa dahulu adalah merupakan kawasan penempatan penduduk Thailand yang bekerja untuk Raja Siam di sawah padi dan lombong emas.Pemilik tanah,iaitu Raja Siam menggunakan ramai buruh dari Thailand . Buruh-buruh tersebut dibawa ke tempat tersebut dengan menaiki tongkang dan perahu melalui Sungai Tadoh yang mengalir di sepanjang Kampung Kalai. Mereka kemudiannya membuka penempatan dengan membina rumah dan pangkalan di kawasan tebing sungai tersebut. Sejak itu, kawasan itu dikenali dengan nama Kampung Kalai yang merupakan singkatan sebutan perkataan pangkalan yang disebut kale dalam loghat Kelantan .Ada juga yang mengatakan perkataan kale adalah berasal dari bahasa Siam. Kini, tiada apa-apa bukti yang tinggal bagi membuktikan kesahihan kisah tersebut kerana ia telah ditelan arus zaman . Namun begitu, Sungai Tadoh yang dahulunya amat dalam sehingga mampu dilalui tongkang sudah menjadi cetek akibat pasir yang dialirkan dari kawasan lombong emas yang masih wujud sehingga ke hari ini.

Upload: muhamad-nordin

Post on 30-Dec-2014

61 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

das

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Proposal

TAJUK: SEJARAH ASAL USUL SERTA PERKEMBANGAN KAMPUNG KALAI

DARI TAHUN 1940 SEHINGGA TAHUN 2000.

1. PENGENALAN

1.1. Mengikut dari segi sejarah , Kampung Kalai pada masa dahulu adalah merupakan

kawasan penempatan penduduk Thailand yang bekerja untuk Raja Siam di sawah padi

dan lombong emas.Pemilik tanah,iaitu Raja Siam menggunakan ramai buruh dari

Thailand . Buruh-buruh tersebut dibawa ke tempat tersebut dengan menaiki tongkang

dan perahu melalui Sungai Tadoh yang mengalir di sepanjang Kampung Kalai. Mereka

kemudiannya membuka penempatan dengan membina rumah dan pangkalan di kawasan

tebing sungai tersebut. Sejak itu, kawasan itu dikenali dengan nama Kampung Kalai

yang merupakan singkatan sebutan perkataan ‘pangkalan’ yang disebut ‘kale’ dalam

loghat Kelantan .Ada juga yang mengatakan perkataan ‘kale’ adalah berasal dari bahasa

Siam. Kini, tiada apa-apa bukti yang tinggal bagi membuktikan kesahihan kisah tersebut

kerana ia telah ditelan arus zaman . Namun begitu, Sungai Tadoh yang dahulunya amat

dalam sehingga mampu dilalui tongkang sudah menjadi cetek akibat pasir yang dialirkan

dari kawasan lombong emas yang masih wujud sehingga ke hari ini.

Page 2: Sejarah Proposal

2. OBJEKTIF KAJIAN

2.1. Mengkaji, menyelidik serta membongkar sejarah asal usul dan pembentukan Kampung

Kalai.

2.2. Mengkaji taraf perkembangan dan perubahan ekonomi, sosial, dan pendidikan penduduk

Kampung Kalai dari tahun 1940 sehingga tahun 1990.

2.3. Mengkaji serta menyelidik mengenai sejarah yang pernah berlaku di Kampung Kalai

dari tahun 1940 sehingga tahun 1990.

3. PERMASALAHAN KAJIAN

Dalam menyiapkan kerja khusus ini, saya menghadapi pelbagai rintangan serta halangan

untuk menyiapkan kerja kursus ini tidak kiralah dari segi mental mahupun fizikal. Masalah

ini mula timbul apabila saya mencari maklumat dan semasa saya menjalankan penyelidikan

di Kampug Kalai.

Antara masalah yang timbul ialah:-

Page 3: Sejarah Proposal

3.1. Kurangnya Kerjasama Daripada Penduduk Setempat.

Sepanjang waktu penyelidikan dilakukan,saya telah mendekati masyarakat Kampung

Kalai bagi mendapatkan seberapa banyak maklumat serta bahan yang diperlukan utuk

menjalankan tugasan ini. Walaubagaimanapun, hasil dari tinjauan saya didapati bahawa

penduduk di perkampungan ini kurang menunjukkan semangat kerjasama dalam

membantu saya menyiapkan kerja kursus ini. Mereka ini tidak memberi kerjasama

sepenuhnya dalam menunjukkan lokasi-lokasi kajian,serta kurangnya bahan bukti bagi

menjamin kesahihan cerita penduduk kampung dalam menceritakan asal usul kampung

serta sejarahnya. .

3.2. Kekurangan Maklumat Serta Kesukaran Untuk Mendapatkan Bahan-bahan.

Bagi mendapatkan lebih banyak bahan dan maklumat mengenai kampung Kalai, Saya

telah berusaha mencari pelbagai sumber yang ada .Namun begitu, sumber mengenai

kampung ini agak sukar untuk diperolehi. Hal ini kerana, sumbernya adalah sangat

terhad dan kebanyakan penduduk kampung tidak memiliki kebanyakan sumber yang

diperlukan.

3.3. Kesukaran Melawat Kawasan Kajian.

Dalam melaksanakan kajian ini juga, saya terpaksa menghadapi beberapa rintangan

dalam menuju ke kawasan bersejarah yang dikaji seperti lombong emas, terowong Jepun

dan juga kereta api lama. Persekitaran yang dikelilingi hutan tebal telah menyukarkan

saya untuk melakukan tinjauan. Malahan, dengan cuaca hujan ketika saya menjalankan

Page 4: Sejarah Proposal

kajian telah menyebabkan persekitarannya berlumpur dan menyukarkan kami

menjalankan kajian.

3.4. Kos Yang Tinggi.

Bagi menyempurnakan kajian ini, modal dan dana amat diperlukan untuk menyiapkan

kerja kursus ini. Namun begitu , saya mengalami kekurangan modal disebabkan oleh

kos untuk menyiapkan kerja ini agak tinggi. Dengan masalah ini,faktor kewangan

memperlahankan saya membuat penyelidikan serta mencari maklumat bagi

menyiapkan tugasan ini.

4.0 SKOP KAJIAN

Dalam menyiapkan kerja kursus ini, saya telah memilih untuk mengkaji Kampung

Kalai,Jeli,Kelantan. Negeri Kelantan, Kelantan berasal daripada perkataan ‘kelatana’,caton

cina menyebut ‘Ho-L0-Tan’ dan sultan Kelantan yang pertama bernama Long yunus4. Negeri

Kelantan terletak di pantai Timur Semanjung Malaysia antara garis lintang 4 darjah 32 minit

dan 6 darjah 37 minit di Timur Negeri yang bersempadan dengan Terengganu di Timur,

Page 5: Sejarah Proposal

Negeri Pahang di selantan1. Oleh itu, saya telah menetapkan tajuk kerja khusus saya iaitu

‘Sejarah asal usul serta perkembangan Kampung Kalai dari tahun 1940 sehingga tahun 2000’

.Tujuan saya membuat kajian di kampung ini ialah untuk mengkaji

sejarah,ekonomi,pendidikan,dan sosial di Kampung Kalai dari tahun 1940 hingga tahun 2000

. Saya telah memilih Kampung Kalai kerana ianya merupakan kawasan tempat tinggal saya,

malahan saya juga mempunyai pengetahuan dan pengalaman mengenai selok belok

Kampung Kalai. Hal ini kerana saya telah menetap di kampung ini sejak kecil lagi.

Sepanjang tempoh kajian, saya telah menjalankan kajian yang meliputi beberapa aspek iaitu

mengenai asal usul kampung , perkembangan ekonomi , sosial serta pendidikan masyarakat

Kampung Kalai.

5.0 KAEDAH KAJIAN

Dalam menyiapkan kerja khusus ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah serta cara-

cara mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai Kampung Kalai.

Antara kaedah yang telah saya gunakan adalah:-

5.1 Laman Sosial / Internet:

Dalam melaksanakan kajian ini,saya telah memilih teknologi internet bagi mencari

maklumat serta bahan mengenai kampung kalai. Melalui kaedah ini, saya telah

memperoleh banyak maklumat serta butiran mengenai Kampung Kalai.

Page 6: Sejarah Proposal

5.2 Temu Bual:

Bagi mendapatkan maklumat yang lebih sahih dan benar , saya telah menggunakan

kaedah temu bual. Melalui kaedah ini, saya menemubual ramai penduduk Kampung

Kalai. Saya telah menjalankan aktiviti temu bual terhadap beberapa orang penduduk serta

tokoh-tokoh kampung bagi berkongsi ilmu mengenai salasilah serta rentetan sejarah yang

pernah berlaku di Kampung Kalai.

5.3 Rujukan Di Perpustakaan:

Bagi menyelesaikan tugasan ini juga, saya telah mengunjungi beberapa perpustakaan

yang berdekatan kampung saya serta bandar Jeli bagi mendapatkan buku-buku , majalah

serta ensiklopedia yang berkaitan dengan kajian yang telah saya jalankan. Saya juga

turut, mengunjungi arkib cawangan negeri Kelantan di Kota Bharu bagi mendapatkan

lebih banyak maklumat mengenai Kampung Kalai.

5.4 Melawat Ke Lokasi Kajian:

Bagi menyelesaikan tugasan ini juga , saya telah mengunjungi beberapa lokasi kajian

bagi meninjau serta mengambil gambar di persekitaran kawasan yang dikaji . Antara

tempat yang telah saya lawati adalah seperti terowong Jepun , Lombong Emas dan

Landasan Kereta Api . Tujuan saya melawati kawasan tersebut adalah kerana untuk

membuktikan kesahihan kajian yang telah saya kaji .

Page 7: Sejarah Proposal

6 PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

6.1 Bahagian 1

Kampung kalai kini

6.2 Bahagian 2

Sejarah awal dan Penubuhan Kampung kalai

6.3 Bahagin 3

Perkembangan Ekonomi , Pembangunan dan Pendidikan .

6.4 Bahagian 4

Kesimpulan

RUMUSAN

Page 8: Sejarah Proposal

Dalam menyiapkan kerja khusus ini , saya telah berusaha sedaya upaya bagi menyelesaikan serta

mendapatkan hasil yang terbaik. Walaubagaimanapun , saya terpaksa mengalami beberapa

rintangan serta masalah di permulaan kajian . Namun begitu , saya dapat mengatasinya dengan

penuh kesabaran demi menghasilkan kerja khursus yang sempurna. Melalui kajian saya di

Kampung Kalai , saya dapat mempelajari serta mengetahui secara menyeluruh mengenai asal

usul pembentukan kampung malahan satu persatu rahsia yang selama ini tersimpan telah

terbongkar , Dalam menyiapkan kajian ini juga,saya dapat mengenal erti tanggungjawab dan

kesabaran dalam melakukan sesuatu kerja . Tatkala itu juga , saya dapat mengambil iktibar serta

pengajaran mengenai sorotan peristiwa lampau yang pernah berlaku di Kampung Kalai antara

tahun 1940 sehingga tahun 2000.