proposal suhaida
Embed Size (px)
TRANSCRIPT

1.1 Pendahuluan
Agama Nabi Ibrahim seringkali dirujuk sebagai agama Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama
yang bersusur galur daripada Nabi Ibrahim yang menyembah dan menyakini Tuhan yang Esa.
Agama-agama Nabi Ibrahim turut disebut dalam Bahasa Inggeris sebagai Abrahamic Faiths. Di
samping itu, agama Ibrahim turut sama dikenali sebagai agama Semitik, agama Samawi dan
agama Hanif. Dikategorikan sebagai agama Nabi Ibrahim kerana ianya bertitik tolak daripada
leluhur nabi yang sama iaitu Nabi Ibrahim. Ketiga-tiga agama iaitu agama Yahudi, Kristian dan
Islam turut membahaskan sejarah Nabi Ibrahim walaupun agama Kristian lebih memfokuskan
perbahasan mengenai Jesus Christ. Namun begitu, perbahasan mengenai Nabi Ibrahim
merangkumi ketiga-tiga agama besar dunia kerana mempunyai leluhur yang sama pada
pandangan agama tersebut. Oleh yang demikian, para sarjana perbandingan agama1 kini telah
menganggap ketiga-tiga agama ini sama benar dengan bersandarkan konsep leluhur kenabian
yang sama. Bahkan mereka telah menyamara tarafkan ketiga-tiga agama tersebut dengan
menganggap ketiga-tiga agama ini benar dan sahih dari segi syariat dan akidah yang dibawa oleh
Nabi Ibrahim. Hal inilah yang menjadi permasalahan utama kepada pengkajian ini apabila
timbulnya isu pluralisme agama yang menyamara tarafkan agama Yahudi, Kristian dan Islam
yang berleluhurkan nabi yang sama walaupun tidak dapat disangkal agama lain seperti Hindu,
Buddha dan sebagainya juga dianggap sama benar namun persamaan akar yang sama lebih dilhat
mendominasikan konsep pluralisme ini. Maka status dan peranan agama-agama Nabi Ibrahim
akan ditelusuri dengan lebih rencam bagi melihat sejauhmana persamaan dan perbezaan Nabi
Ibrahim di dalam ketiga-tiga agama ini sebagaimana yang didakwa oleh para sarjana
1 Para sarjana perbandingan agama yang terdiri daripada Dr.Jerald F.Dirks di dalam bukunya Abrahamic Faiths telah mendakwa bahawa agama Yahudi dan Islam adalah sama benar dengan menganalogikan sebagai sebatang pokok yang mempunyai batang yang sama.
1

perbandingan agama yang meletakkan ketiga-tiga agama ini sama valid melalui konsep
pluralisme agama.
Oleh yang demikian, bab ini adalah bab permulaan bagi kajian mengenai Nabi Ibrahim
yang menjadi personaliti utama sekaligus menjadi perbahasan utama dalam agama Yahudi dan
agama Islam. Justeru bab ini membahaskan secara terperinci latar belakang masalah kajian yang
menjelaskan secara ringkas masalah yang ingin dikaji. Seterusnya ialah permasalahan kajian
yang menjelaskan persoalan sebenar kepada masalah kajian, objektif kajian yang menjawab
kepada permasalahan kajian, skop kajian, pengertian tajuk kajian, kepentingan kajian,
metodologi kajian, sorotan perpustakaan dan susunan bab penulisan. Secara keseluruhannya, bab
ini menjelaskan kerangka awal penulisan tesis penulis supaya dapat difahami masalah kajian
yang ingin dikaji.
1.2 Latar belakang masalah kajian
Agama-agama Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Abrahamic Faiths adalah agama monoteism
yang mempercayai pada tuhan yang Esa. Kebanyakan pemikir-pemikir Barat seperti Dr.Jerald
F.Dirks2, David Kay3 berpendapat bahawa agama Ibrahim terdiri daripada agama Yahudi,
Kristian dan Islam walaupun pada hakikatnya agama Kristian mempercayai doktrin Trinity dan
menurut cendiakawan Muslim4 ianya telah menjadi agama budaya namun agama Kristian juga
termasuk di dalam kategori agama-agama Ibrahim yang pada asalnya juga mereka mempercayai
2 Dr.Jerald F.Dirks (2006), Abrahamic Faiths:Titik Temu dan Seteru antara Islam, Kristian dan Yahudi, Santi Indra (terj.), Jakarta: PT Serambi Ilmu Semesta3 David Kay (2008), The Semitics Religion: Hebrew,Jewish,Christian and Moslem, USA: Pomona Press4
2

pada konsep Tuhan yang Esa5 dan berleluhur daripada nabi yang sama. Pengiktirafan menjadi
agama Ibrahim disebabkan ketiga-tiga agama Ibrahim ini bersusur galur daripada Nabi Ibrahim
atau Abraham yang membawa ajaran monoteisme.
Selain perkataan agama Ibrahim, ianya juga dikenali sebagai agama Samawi dan agama
Semitik. Agama Semitik adalah sebuah agama yang berkaitan dengan ketuhanan. Menurut Ismail
al-Faruqi al-Raji6 terdapat lima pengkategorian agama Semitik yang dapat dilihat berdasarkan
kesusasteraan masyarakat di Timur Tengah iaitu yang pertama, hakikat kebenaran Tuhan
pencipta yang satu, yang kedua ialah mempunyai konsep penciptaan manusia, ketiga ialah
penurunan kitab suci, keempat ialah mempunyai nabi dan rasul yang bertanggungjawab dalam
memyampaikan dakwah Tuhan. Manakala yang terakhir ialah ketaatan manusia kepada perintah
Tuhan untuk mencapai kegembiraan. Maka dapatlah disimpulkan di sini agama Semitik adalah
agama ciptaan Tuhan yang mempunyai lima elemen di atas dan jika ditelusuri mempunyai
leluhur Nabi Ibrahim yang membawa agama yang menyembah Tuhan yang Esa.
Titik-titik persamaan pluralisme pada ketiga-tiga agama ini menjurus kepada personaliti
utama iaitu Nabi Ibrahim yang begitu penting mencorakkan agama tersebut pada awalnya.7
Walaupun Islam sebenarnya telah datang lebih awal iaitu seawal Nabi Adam. Secara teorinya
Islam menerima titik persamaan tersebut tetapi tidak pada keabsahan dan kebenaran agama
5 Agama Kristian tidak dianggap sebagai agama semitik kerana agama Kristian telah diseleweng oleh Paul of Tarsus sehingga menjadikan kedudukan agama Kristian itu sebagai agama budaya ciptaan manusia yang sekaligus tidak boleh dijadikan agama yang diwahyukan oleh Tuhan kerana mempercayai pada doktrin Trinity. Doktrin Trinity adalah doktrin yang terbentuk daripada 3 oknum atau personaliti iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Ruhul Qudus.6Ismail Raji al-Faruqi (1998), Islam and Other Faiths, Ataullah Siddiqui(eds.), United Kingdom: The Islamic Foundation, h. 757 Dr.Jerald F.Dirks (2006), op.cit, h. 29
3

mereka. Maka perbezaan itu jelas apabila status dan peranan baginda menurut kitab suci ketiga-
tiga agama adalah berlainan. Justeru, agama Yahudi telah mengiktiraf baginda sebagai “Father
Of Many Nation”8 di dalam Old Testament Genesis 17:5, manakala agama Kristian mengiktiraf
baginda sebagai “Father Of Faith”9 di dalam Romans 4. Sementara itu menurut agama Islam
pula mengiktiraf Nabi Ibrahim sebagai “Khalilullah” yang bermaksud kekasih Allah10.
Kisah Nabi Ibrahim yang seringkali diceritakan di dalam kitab suci al-Qur’an dan
kerapkali dikisahkan di dalam kitab-kitab suci agama Yahudi dan Kristian iaitu Torah dan Bible
sering dikisahkan mengenai pengorbanan dan kepayahan baginda dalam menyeru manusia
kepada Tuhan yang Esa. Namun, kisah dan penceritaan di dalam setiap kitab-kitab suci ini
amatlah berbeza terutamanya dalam al-Qur’an dan kitab suci agama Yahudi yang dikenali
sebagai Taurat atau Old Testament iaitu sebahagian daripada Holy Bible yang dipercayai
menjadi kitab suci agama Yahudi.
Menurut agama Yahudi perjanjian Abraham dengan Tuhan adalah satu elemen penting
sehingga meletakkan agama Yahudi begitu berbeza daripada agama Islam dan Kristian. Hal ini
jelas terbukti apabila agama Yahudi itu dikatakan sebagai agama eksklusif hanya untuk Bani
Israil sahaja. Perjanjian ini jugalah yang membawa kepada status agama Yahudi itu sendiri
8 Fatrher of Many Nation membawa maksud bapa kepada banyak bangsa. Pengiktirafan ini berikutan Nabi Ibrahim telah melahirkan Nabi Ishak dan bersusurgalur kepada Nabi Yaakob seterusnya kepada Nabi Musa yang membawa agama Yahudi.9 Father of Faiths pula bermaksud bapa keimanan yang dilihat daripada pengorbanan baginda dalam kesusahan dan kepayahan dalam penghijrahan serta pengorbanan baginda terhadap anaknya Isaac yang akan disembelih lehernya. Atas dasar inilah agama Kristian telah menganalogikan keimanan Abraham kepada Jesus Christ sebagai contoh penyelamat keimanan.10
4

sebagai agama pilihan Tuhan dan menjanjikan Bani Israel sebagai bangsa pilihan Tuhan iaitu
“The Choosen People of God” seterusnya menjadikan umat Yahudi begitu berkuasa mentadbir
dan menguasai alam untuk membentuk Kingdom of God. Maka pengkajian ini juga akan
dilakukan terhadap perjanjian yang dijanjikan oleh Tuhan di dalam agama Yahudi yang akan
dilihat dengan lebih rinci bagaimana perjanjian ini memangkinkan status dan peranan Abraham
menurut agama Yahudi. Analisis juga dilakukan terhadap perjanjian Tuhan terhadap agama
Kristian sehingga terbentuk pula Kingdom of God serta justifikasi menurut agama Islam dengan
membuat perbandingan status Abrahamic Faiths kesannya terhadap pluralisme agama di
Malaysia.
Konsep Khoirul Ummah yang selayaknya diberikan kepada umat Islam berbanding
agama Yahudi tidak wajar sama sekali diberikan kesamarataan dalam beragama. Perjanjian
Abraham dengan Tuhan itu telah meletakkan masyarakat Yahudi sebagai individu yang paling
layak mentadbir alam dan menganggap mereka adalah The Choosen People of God sehingga
membentuk Kingdom of God. Begitu halnya dengan agama Kristian yang menanggap doktrin
Trinity merupakan doktrin yang menjadikan penganutnya sebagai penyelamat untuk mencapai
Kingdom of Heavan. Persoalan tersebut telah mendorong kajian ini dijalankan untuk
menjelaskan bahawa masyarakat Muslimlah yang paling layak digelar Khoirul Ummah yang
bukannya dirujuk kepada masyarakat Yahudi mahupun masyarakat Kristian. Justeru, masyarakat
Muslim wajar memahami tugas dan tanggungjawab sebagai khalifah Allah dengan membawa
ciri-ciri Khoirul Ummah ke dalam diri dan jiwa setiap penganut Muslim.
5

Maka bertitik tolak daripada ini wajar bagi penulis menjalankan kajian berkisar kepada
status Abrahamic Faiths yang dilihat melalui Nabi Ibrahim yang menjadi personaliti utama
kepada ketiga-tiga agama terbesar dunia dan juga menjadi titik persamaan dalam agama
Semitik11. Kedudukan baginda akan dilihat dengan lebih rencam dan rinci menurut kepercayaan
agama Yahudi, Kristian dan menjadikan agama Islam sebagai justifikasi kepada kajian ini agar
kefahaman masyarakat lebih jelas berkenaan Nabi Ibrahim. Status ini akan dianalisis dengan
rinci bagaimana status Abrahamic Faiths ini mendorong kepada pembentukan pluralisme agama
sehingga memberi kesan terhadap konsep pluralisme agama di Malaysia khususnya.
1.3 Permasalahan kajian
Penulis mendapati kajian ini mempunyai persoalan yang ingin dirungkai oleh penulis agar dapat
memberi satu resolusi kepada persoalan-persoalan yang timbul. Persoalan yang timbul dewasa
ini adalah akibat dan impak daripada pemikiran masyarakat Muslim yang telah diserap secara
internal dengan pemikiran-pemikiran yang menyamatarafkan agama yang bertitik tolak daripada
leluhur nabi yang sama iaitu Nabi Ibrahim. Justeru itu banyaklah persoalan yang bersangkut paut
mengenai menyamatarafkan agama telah menganggu gugat keharmonian beragama rakyat
Malaysia sebagai contoh isu Kalimah Allah dan pemikiran Pluralisme yang masuk secara
senyap-senyap ke dalam pemikiran masyarakat Muslim kini. Oleh yang demikian adalah menjadi
kewajaran kepada kajian ini memperhalusi status Abrahamic Faiths yang dilihat menurut agama
11 Perkataan Semitik pada asalnya merujuk kepada bahasa yang digunakan oleh keturunan Shem. Semitik jugaberasal daripada perkataan Shem iaitu anak kepada Nabi Noh yang dipercayai di dalam kitab Bible. Maka bahasa semitik ini dilihat telah berkait rapat dengan agama iaitu agama Yahudi (Ibrani dan Aramia), Kristian Orthodok (Aramia dan Ge’ez) dan Islam (Arab). Manakala agama samawi adalah agama yang turun dari langit yang tidak mengalami sebarang penyelewang iaitu agama Yahudi, Nasrani dan Islam. Maka pemilihan yang dilakukan ke atas agama semitik adalah ingin melihat perbezaan agama Yahudi yang telah diseleweng mengenai Nabi Ibrahim sehingga meletakkan agama Yahudi sebagai bangsa pilihan Tuhan sehingga kepada status dan peranan baginda sebagai nabi pilihan Tuhan.
6

Yahudi, Kristian dan Islam bagi memberi satu fahaman dan pemikiran kepada fahaman
pluralisme yang menyamatarafkan agama dengan membawa kedudukan agama Samawi dan
Semitik itu yang bertitik tolak daripada leluhur nabi yang sama. Antara persoalan utama di dalam
kajian ini yang menjadi tunjang utama perbincangan adalah:
i) Apakah status agama nabi Ibrahim menurut agama Yahudi, Kristian dan Islam?
ii) Apakah konsep pluralisme menurut agama Yahudi, Kristian dan Islam?
iii) Apakah status Abrahamic Faiths telah memberi kesan dan pengaruh terhadap pemahaman
pluralisme agama di Malaysia khususnya dan dunia umumnya?
1.4 Objektif
Kajian yang dijalankan ke atas status Abrahamic Faiths yang acapkali terdiri daripada agama
Yahudi, Kristian dan Islam ini merencanakan objektif utama yang ingin ditonjolkan dalam kajin
ini. Antara objektif utama kajian ini ialah:
1.4.1 Mengemukakan status agama Nabi Ibrahim menurut agama Yahudi, Kristian dan Islam.
1.4.2 Mengkaji konsep pluralisme menurut agama Yahudi, Kristian dan Islam.
1.4.3 Menganalisis kesan fahaman pluralisme terhadap agama nabi Ibrahim dalam konsep
pluralisme di Malaysia.
1.5 Skop kajian.
7

Kajian ini akan memfokuskan beberapa subjek iaitu Abrahamic Faiths dan konsep pluralisme
agama yang akan ditelusuri dengan lebih rencam agar pemfokusan ini dapat dianalisis di akhir
kajian ini dengan lebih rinci.
Kajian ini memfokuskan Abrahamic Faiths sebagai fokus utama kajian disebabkan
agama-agama Nabi Ibrahim ini mempunyai persamaan dan perbezaan khususnya perkara
berkaitan personaliti utama iaitu Nabi Ibrahim yang menjadi titik temu antara ketiga-tiga agama
besar dunia Yahudi, Kristian dan Islam. Maka kajian akan lebih memokus status Abrahamic
Faiths yang akan dilihat dan lebih ditekankan mengenai Nabi Ibrahim bermula daripada susur
galur Nabi Ibrahim mengenai biografi baginda sehingga kepada pengorbanan dakwah baginda
serta perjanjian Tuhan sehingga meletakkan ketiga-tiga agama ini sangat berbeza statusnya.
Kajian ini juga akan memfokuskan mengenai konsep pluralisme yang menjadi
kekeliruaan apabila konsep pluralisme ini dibahaskan dan dibentuk berdasarkan kesamaan antara
agama Yahudi, Kristian dan Islam melalui status agama Nabi Ibrahim yang difokuskan kepada
nabi yang sama dan seterusnya mendakwa ketiga-tiga agama ini sama benar dan sah sedangkan
Islam itu datang bagi menasakhkan agama sebelumnya. Walaubagaimanapun, Islam tetap
menerima agama Yahudi dan Kristian sebagai suatu agama anutan tetapi tidak pada keabsahan
agama tersebut.
8

Oleh yang demikian, pemfokusan ini akan menjadi landasan pada kajian ini supaya
kajian ini lebih terfokus dan lebih tersusun bagi merencanakan status Abrahamic Faiths dan
kesannya terhadap pluralisme di Malaysia.
1.6 Kepentingan kajian
Kajian ini berkepentingan atas beberapa pertimbangan iaitu:
Pertama, kajian komperatif mengenai status Nabi Ibrahim menurut agama Yahudi,
Kristian dan Islam ini berkepentingan bagi mematahkan hujah-hujah pluralist yang mengatakan
bahawa semua agama itu adalah sama. Persamaan yang dinilai daripada leluhur yang sama iaitu
Nabi Ibrahim menjadi satu titik persamaan agenda pluralisme yang begitu hebat dicanangkan
oleh masyarakat Barat hari ini sehinggakan masyarakat Islam sekarang lebih mudah untuk
menerima pendekatan keharmonian dalam beragama tidak kiralah yang bersifat eksklusif
mahupun insklusif. Serangan dan jajahan pemikiran yang dilakukan oleh misi Kristianisasi juga
bukan sahaja akan menjatuhkan masyarakat Islam dari segi pemikiran bahkan dari aspek
pegangan akidah seterusnya dari aspek sosial seperti mana yang telah berlaku di negara
serumpun kita iaitu Indonesia yang membenarkan perkahwinan campur di antara pelbagai
agama. Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan bagi menyanggah pernyataan tersebut dan
ianya akan dijadikan rujukan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengenai isu-
isu pluralisme seperti penggunaan Kalimah Allah dan sebagainya.
9

Kedua, kajian perbandingan ini berkepentingan kepada saudara baru atau dikenali
sebagai muallaf dan juga masyarakat Islam yang lain secara umumnya dalam memahami status
dan peranan Nabi Ibrahim yang sebenar dalam misi baginda menyampaikan dakwah Allah SWT.
Hal ini disebabkan muallaf khususnya dan masyarakat Islam umumnya sering mengalami
konflik dalaman berkaitan kemusykilan mengenai perkara-perkara dalam agama Islam
khususnya kisah-kisah nabi yang digembar-gemburkan hampir serupa dengan kisah-kisah nabi
dalam kitab agama Yahudi iaitu Old Testament yang menjadi sebahagian daripada isi kandungan
The Holy Bible. Kemusykilan dan kekeliruan yang dihadapi oleh muallaf ini sebenarnya akan
membawa mereka memahami kisah dan peranan nabi khususnya Nabi Ibrahim mengikut
fahaman agama mereka. Hal ini perlu diperjelas dan diperbetul memandangkan kepercayaan
kepada rasul adalah rukun Iman yang keempat yang wajib diimani oleh setiap umat yang
bergelar Muslim. Maka kajian ini adalah bertujuan ke arah itu yang akan memberi impak yang
positif kepada Jabatan Agama Islam dalam mengajar dan memberi tunjuk ajar mengenai rukun
Iman khususnya beriman kepada Rasul secara jelas dan mapan kepada muallaf agar tidak lagi
menimbulkan kekeliruan yang akhirnya akan membawa kepada penganutan semula agama asal
mereka.
Selain itu, kajian ini amat penting untuk membezakan agama Islam adalah agama yang
bertunjangkan ajaran Hanif yang telah dibawa seawal Nabi Adam ‘a.s dan ianya tidak boleh
disamakan dengan agama Yahudi mahupun agama Kristian walaupun pada dasarnya turut
mempunyai leluhur yang sama iaitu Nabi Ibrahim. Memandangkan masyarakat Muslim kini
lebih terdedah dengan misi Kritianisasi akibat daripada dunia globalisasi maka kajian ini dapat
menjelaskan dan memberi kefahaman kepada masyarakat awam yang terdedah dengan misi
10

Kristianisasi lebih-lebih lagi bagi mereka yang bergaul dengan masyarakat bukan Islam seperti
pelajar yang ke luar negara yang tentunya terdedah dengan misi Kristianisasi.
Seterusnya kajian ini begitu penting bagi membuka ruang kepada ilmuwan Muslim yang
lain dalam mengkaji dan menjalankan penerokaan serta penggalian ilmu yang lebih mendalam
khususnya dalam ilmu Perbandingan Agama. Di samping itu dapat memperkayakan khazanah
intelektual Muslim khususnya di Malaysia dan secara umumnya di dunia Islam. Kajian ini juga
berkepentingan kepada masyarakat awam dalam memahami konsep agama Semitik yang
kebanyakannya tidak mengenali makna dan konsep agama Semitik dan kajian ini menjadi salah
satu rujukan di masa akan datang terutamanya di Malaysia yang kekurangan rujukan mengenai
agama semitik khususnya agama Yahudi.
Tambahan pula dunia globalisasi tanpa sempadan yang telah dimasuki oleh pemikiran-
pemikiran asing yang cuba untuk menghancurkan pemikiran seterusnya akidah umat Islam
secara tersembunyi khususnya pihak-pihak Barat yang mengutarakan kekeliruan berkenaan
kemaksuman dan kebenaran ajaran yang dibawa oleh para nabi di dalam Islam khususnya Nabi
Ibrahim dan umumnya nabi-nabi yang lain mengikut pemahaman kitab suci mereka maka kajian
ini berkepentingan untuk menyanggah dakwaan dan dakyah yang hanya akan mengelirukan umat
Islam hari ini.
11

Maka dengan ini wajarlah kajian ini dijalankan bagi memberi satu resolusi kepada
cabaran pemikiran dunia hari ini yang berkehendakkan kepada kesamarataan tanpa mengira ape
jua sempadan termasuklah sempadan keagamaan. Justeru, kajian ni berkisar mengenai status
Abrahamic Faiths dan kesannya terhadap konsep pluralisme agama di Malaysia.
1.7 Pengertian tajuk
Pengertian tajuk adalah sangat penting dalam membuat kajian supaya kajian yang dijalankan
jelas dari segi maknanya. Maka penulis akan memperincikan tajuk kajian dengan memberi
definisi kepada setiap perkataan berikut; status, Abrahamic, Faiths, kesan, pluralisme agama.
Status
Status menurut Kamus Dewan edisi keempat bermaksud taraf atau kedudukan. Ia
biasanya merujuk kepada kedudukan dan pada kelazimannya digunakan kepada orang, negara
dan lain-lain.12 Justeru kajian ini mengkaji status atau kedudukan yang akan juga dilihat dari segi
peranan baginda bukan hanya sebagai seorang nabi bahkan penerima perjanjian daripada Tuhan.
Abrahamic / Nabi Ibrahim
12 Hajah Noresah Baharom (2007), Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka, h.1523
12

Abrahamic adalah perkataan di dalam bahasa Inggeris yang berkata akar daripada perkataan
Abraham. Abrahamic yang didefinisikan menurut Oxford Dictionary ialah menunjukkan salah
satu atau semua agama iaitu Yahudi, Kristian dan Islam yang menghormati Abraham, bapa
bangsa al-Kitab iaitu agama yang monoteistik yang bersusur galur daripada keturunan Nabi
Ibrahim. Oleh yang demikian ianya berkaitan secara khusus dengan The Biblical patriarch
Abraham.
Nabi Ibrahim menurut al-Qur’an ialah seorang yang Hanif dan berserah diri (musliman).
Al-Qur’an di dalam surah Surah Ali-‘Imran ayat 67 ada menyatakan bahawa baginda bukanlah
seorang Yahudi mahupun Nasrani. Baginda adalah seorang yang amat penting di dalam Islam
kerana pembawa agama Hanif. Baginda telah berkahwin dengan Siti Sarah yang berketurunan
Bani Israil dan Siti Hajar yang berketurunan Arab. Kedua-dua anaknya iaitu Isma il dan Ishaq
adalah utusan Allah untuk menyampaikan dakwah Islamiyah.
Menurut buku Qisas al-Anbiya’ karangan Abi Ishaq Ahmad bin Muhammad bin
Ibrahim al-Naisaburi, nama penuh Nabi Ibrahim ialah Ibrahim bin Tarih bin Nahur bin Sarugh
bin Azghu bin Paligh bin ‘Abir bin Shalikh bin Fainan bin Ar Fahsyaz Ibn Sam bin Nuh.13
Menurut agama Yahudi Nabi Ibrahim pada asalnya dikenali sebagai Abram dan ditukar
namanya kepada Abraham kerana penganugerahan Tuhan yang dikurniakan kepada beliau yang
13 Abi Ishaq Ahmad bin Muhammad bin Ibrahim al-Naisaburi (427H), Qisasul Anbiyak al-Musamma ‘Araisul Majalis, Beirut: Maktabah Thaqafiyah, h. 63
13

telah menjadi bapa kepada banyak bangsa (Father of Many Nation)14. Abraham membawa
agama monoteisme kepada bangsa Israel untuk menyembah Tuhan yang diberi nama Yahweh.
Faiths / Agama
Diperhalusi makna faiths menurut oxford Dictionary mempunyai tiga makna yang agak serupa
berkenaan perkataan faiths yang berasal dari perkataan Latin iaitu
1. Complete trust or confidence in someone or somethings.
2. Strong belief in religion
3. A system of religius belief
Origin from latin fides15
Agama adalah suatu kata nama yang begitu sinonim dengan perkataan kepercayaan,
ajaran, ikutan, pedoman, petunjuk, ketuhanan, keimanan, din dan akidah. Menurut Kamus dewan
terdapat dua makna agama yang pertama ialah kepercayaan kepada Tuhan dan sifat-sifatnya serta
kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintahnya dan ianya juga boleh diertikan sebagai
kepercayaan kepada Maha Kuasa. Manakala yang kedua pula ialah kepercayaan kepada sesuatu
dewa dan sebagainya iaitu yang dipuja dan dianggap sebagai sesuatu yang amat berkuasa.16
Menurut pandangan sekular Barat, agama dikatakan sebagai sebahagian daripada
14 Genesis 21:515 H.36916 Hajah Noresah Baharom (2007), op.cit, h. 14
14

kebudayaan.17Menurut Freda Droes, agama itu bermaksud terikat.18Sementara menurut Peter
Bryne pula bermaksud suatu sistem yang tertentu daripada keimanan dan peribadatan yang
dilakukan.19 Manakala menurut Schellenberg agama dapat didefinisikan kepada 4 iaitu yang
pertama frekuensi pemikiran sesuatu kebiasaan yang realiti, yang kedua ialah penekanan kepada
makna yang baik, yang ketiga pula ialah penerapan dalam perhubungan, dan yang terakhir ialah
kecenderungan apabila menghadapi masalah.20
Agama dalam bahasa Arab dikenali sebagai al-Din.21 Menurut Islam, agama juga dapat
diertikan sebagai wahyu dari Allah22. Islam menyakini bahawa agama itu adalah fitrah
semulajadi manusia. Sejarah mengatakan bahawa kewujudan agama adalah selari dengan
kewujudan manusia iaitu bermula seawal penciptaan Nabi Adam.23
Kesan
Manakala kesan pula membawa kepada tiga maksud iaitu yang pertama tanda yang ditinggalkan
oleh sesuatu. Maksud yang kedua pula ialah sesuatu samaada kebaikan atau keburukan yang
timbul daripada sesuatu kejadian seperti keadaan, perbuatan, tindakan dan sebagainya. Maksud
yang ketiga ialah pengaruh pada pemikiran, sikap, watak dan sebagainya yang timbul akibat
17 Mohamad Toha (2003), Pengenalan Tamadun Islam, Artikel dalam buku Tamadun Islam dan Kenegaraan “A” ,Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, h. 518 D.Welch, Sharon (1996), Sweet Dream in Amerika:Making Ethics and Spiriuality Work, New York: Routlegde, h. 15619Peter Bryne (1999), The Pragmatics of DefiningReligion: Context, Concepts and Contests, dalam Jan G.Platvoet, Arie L.Molendijk (eds.), Boston: Brill, h. 37920 Schellenberg, J.L (2005), Prolegomena To a Philosophy of Religion, United States of America: Cornell University, h. 1221 Dr.Rohi Baalbaki(1995)al-Mawrid,ed. 7, Beirut: Dar El-Ilm Lilmalayin, h. 55722 Prof. HM. Arifin (2002), Menguak Misteri Ajaran Agama-agama Besar, Jakarta: PT Golden Trayon Press, h. 7 23 Ibid.
15

menyaksikan iaitu mendengar atau membaca sesuatu. Justeru, kesan menurut kajian ini lebih
terfokus kepada makna yang kedua dan yang ketiga yang mana kajian ini akan melihat
pengaruhnya bukan sahaja kepada perbuatan malah kepada pemikiran.24
Pluralisme
Pluralisme berasal daripada perkataan bahasa Inggeris dan menurut Kamus Dewan ianya
merujuk keadaan yang majmuk. Ianya juga merujuk kepada keadaan masyarakat yang terdiri
daripada pelbagai kaum, kebudayaan, kepercayaan agama dan sebagainya.25 Pluralisme berkata
akar daripada perkataan plural yang menunjukkan lebih daripada satu.26 Menurut Oxford
Dictionary27 pluralisme mempunyai beberapa maksud yang terdiri daripada:
1. A political system of power-sharing among a number of a political parties
2. The existence or toleration in society of a number of different ethnic groups, cultures and
beliefs
3. Holding of more then one eccle siastical office or position at the same time by one
person.
24 Hajah Noresah Baharom (2007), op.cit, h .77125 Ibid, 1219.26(1995) The Oxford Dictionary and Usage Guide To The English Language, Oxford New York: Oxford University Press H.327 Waite Maurice(ed) (2007), Oxford Dictionary and Thesaurus, 2nd edition, New York: Oxford University Press, h.787
16

Menurut Prof.Madya Dr.Fauzi Hamat pula dalam pembentangan Seminar Islam dan Hubungan
Antara Agama di Malaysia Peringkat Kebangsaan ada mengatakan bahawa:28
“Istilah Pluralisme didapati mempunyai banyak maksud, daripada suatu fakta keadaan kepada
sikap kepada falsafah tertentu”.
Menurut Zaid Ahmad dipetik daripada kata-katanya melalui pembentangan kertas kerjanya
menyatakan bahawa pluralisme pada amnya boleh difahami dan diertikan sebagai suatu keadaan
dalam suatu masyarakat yang mempunyai pelbagai ras, bangsa, keturunan, etnik mahupun
agama.29 Pluralisme ini kebiasaannya tertumpu pada banyak segi iaitu dari segi politik, sosial dan
tidak ketinggalan juga pluralisme agama yang hebat disebarkan. Oleh yang demikian, pluralisme
agama menurut ahli pemikir Barat seperti John Hick menjelaskan definisi pluralisme agama
dengan begitu jelas sekali.
Pengertian tajuk di atas diharapkan dapat menjadi satu pemahaman yang jelas dalam
memahami tajuk kajian iaitu Status Abrahamic Faiths dan kesannya teradap pluralisme agama di
Malaysia.
1.8 Metodologi kajian
28 Mohd Fauzi Hamat (2006), “Pendekatan Epistimologi Dalam Menangani Pluralisme Agama” (Kertas Kerja Seminar Islam dan Hubungan Antara Agama di Malaysia Peringkat Kebangsaan di Universiti Malaya, 18-19 Januari 2006 29
17

Metodologi kajian digunakan bagi mendapatkan suatu penyelesaian kepada masalah
kajian.30Maka penulis telah menggariskan beberapa metode kajian yang digunakan dalam
menjalankan kajian perbandingan ini supaya pengumpulan data dapat berjalan dengan lancar
seterusnya dapat menganalisis data melalui metode pengumpulan data. Metode yang digunakan
oleh penulis ialah metode pengumpulan data dan metode analisis data ialah seperti berikut:
1.8.1 Metode pengumpulan data
Dalam menjalankan metode pengumpulan data pula, penulis telah menggunakan dua metode
yang difikirkan sesuai bagi merencanakan kajian penulis iaitu metode kajian perpustakaan dan
metode kajian lapangan.
1.8.1.a Oleh yang demikian, metode kajian perpustakaan adalah metode utama dalam kajian
penulis dengan mengambil kira beberapa jenis metode iaitu metode historis, metode
deskriptif dan metode literature scripture.
I. Metode Historis
Metode Historis atau metode pensejarahan digunakan oleh penulis dalam
membahaskan dan menerangkan secara terperinci mengenai sejarah genealogi
Nabi Ibrahim menurut agama Yahudi, Kristian dan juga Islam. Kajian
pensejarahan ini akan meneliti secara terperinci kelahiran baginda, susur galur
kehidupan dan kewafatan baginda. Perincian kepada kisah-kisah baginda juga akan
30 Wayne Goddard and Stuart Melville.(2004.)Research Methodology:An Introduction(2cnd ed.)Juta & Co Ltd, h.6
18

menggunakan metode pensejarahan. Pengkajian menggunakan metode
pensejarahan ini mengambil kira ketiga-tiga buah agama iaitu agama Yahudi,
Kristian dan Islam supaya penganalisisan yang jelas mengenai status Abrahamic
Faiths dapat dianalisis dengan lebih rencam. Metode ini merangkumi bab dua
pengkajian penulis.
II. Metode deskriptif
Metode deskriptif adalah metode gambaran mengenai sesuatu kajian. Maka
metode ini digunakan untuk menerangkan secara jelas biografi Nabi Ibrahim
menurut Yahudi, Kristian dan juga menurut agama Islam. Bab dua merupakan
bab yang menggunakan metode deskriptif dalam mendapatkan pandangan yang
jelas mengenai Nabi Ibrahim menurut agama Islam dan juga agama Yahudi dan
Kristian di samping mengenai konsep agama Semitik kaitannya dengan fahaman
pluralisme khususnya di Malaysia.
III. Metode literature scripture
Seterusnya metode literature scripture yang menggunakan kitab suci al-Qur’an
dan juga The Holy Bible yang meliputi Old Testament sebagai rujukan utama
bagi kajian perbandingan ini dan menjadikan al-Qur’an sebagai justifikasi.
Penulis hanya menggunakan Old Testament disebabkan kitab suci agama Yahudi
19

adalah di dalam ruang lingkup Tanakh atau Old Testament yang terdiri daripada
Torah, Nevi’im dan Ketubim. Penggunaan literature scripture digunakan dalam
keseluruhan bab yang merangkumi bab dua, bab tiga dan bab empat yang akan
merumuskan secara terperinci dengan menggunakan hujah al-Qur’an.
1.8.1.b Seterusnya penulis juga menggunakan metode kajian lapangan kerana penulis
menyedari bahawa metode perpustakaan yang digunakan adalah secara teori maka kajian
lapangan telah dibuat bagi melengkapkan lagi kajian penulis. Kajian lapangan yang
dijalankan oleh penulis terbahagi kepada metode temubual dan metode observasi.
I. Metode temubual
Metode temubual juga digunakan oleh penulis dalam perbahasan mengenai pluralisme
agama di Malaysia dengan menemubual beberapa orang tokoh pemikir iaitu Prof. Dr.
Datuk Osman Bakar sebagai Professor Emeritus dalam bidang Falsafah di University
Malaya, Kuala Lumpur. Selain itu juga penulis menemubual Ybhg. Prof. Datin Dr.
Azizan Binti Baharuddin selaku pengerusi Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya.
Turut sama ditemubual ialah Prof. Madya Dr.Fauzi Hamat, Prof.Madya Dr. Wan Suhaimi
Wan Abdullah, Dr. Mohd Sani bin Badrun seorang cendiakawan alumnus ISTAC-IIUM,
Prof. Dr. Abdul Latif Hj. Samian selaku Profesor Falsafah dan pengarah di Institut Alam
dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia. Penulis juga menemubual Prof
Madya Dr. Muhammad Azizan Sabjan dan Dr. Nor Shakirah Mat Akhir di Universiti
Sains Malaysia,
20

Penulis telah menjalankan kaedah temubual ke atas paderi-paderi di sekitar Lembah
Klang dan juga di Melaka yang terdiri daripada Father Micheal Chua iaitu sebagai paderi
gereja Katolik, Dr. Herman Sastri selaku Presiden Katholik Malaysia. Turut sama
ditemubual ialah Pastor Tankaraj di Geraja Methodist Tamil Melake. Temubual ini
dijalankan bagi mengumpulkan maklumat terhadap pandangan tokoh-tokoh di atas
mengenai pluralisme di Malaysia yang semakin hari meresap masuk ke dalam pemikiran
rakyat Malaysia.
1.8.2 Metode analisis data
Dalam menjalankan metode analisis data, penulis menggunakan metode analisis deskriptif secara
kritis dan perbandingan dilakukan ke atas peranan Nabi Ibrahim menurut kedua-dua agama Islam
dan Yahudi. Cara perbandingan yang dilakukan berdasarkan kepada al-Qur’an dan al-Sunnah
dan Holy Bible. Selain itu, penulis juga membandingkan kisah penceritaan Nabi Ibrahim menurut
agama Yahudi, Kristian dan Islam. Metode ini juga dilakukan semasa membandingkan peranan
status agama-agama Nabi Ibrahim dan perkaitannya dengan fahaman pluralisme yang meresap
masik ke Malaysia dewasa kini. Metode perbandingan adalah sebuah metode yang menjadi
tunjang asas kepada pengkajian ini dan bab empat sebagai bab yang paling kerap menggunakan
metode ini dalam menganalisis seterusnya merumus status Abrahamic Faiths kesannya terhadap
pluralisme agama di Malaysia.
21

1.9 Sorotan perpustakaan
Sorotan kajian perpustakaan adalah salah satu perkara yang terpenting dalam menjalankan kajian
yang menggunakan sumber metode perpustakaan. Sorotan kajian ini berkepentingan bagi melihat
kelompongan yang terdapat di dalam kajian-kajian lepas agar kajian ini dapat memenuhi
kelompongan itu dengan jitu dan mampan.
Tesis Yasril Yazid31 merupakan tesis yang membahaskan mengenai konsep pro dan
kontra pluralisme dalam penerapan kepada keamanan dan keharmonian beragama di Indonesia.
Tesis ini menggunakan metode historical actual dan deskriptif analitik bagi membahaskan
fenomena yang berlaku di Indonesia dalam usaha mewujudkan keharmonian beragama melalui
dialog beragama menurut pandangan Islam. Perbezaan yang ketara tesis ini dengan penulisan
penulis ialah penulis menggunakan metode komperatif dalam membuat analisis perbandingan di
antara agama-agama Nabi Ibrahim dan menggunakan metode analisis deskriptif secara kritis.
Oleh yang demikian, penulisan yang khusus dilakukan oleh penulis kerana didapati kajian lepas
tidak mengkaji secara mendalam berkaitan agama-agama Nabi Ibrahim dan perbandingannya
seterusnya dilihat pula pada kesannya terhadap pluralisme yang semakin merebak di Malaysia.
Anis Malik Toha32dalam Muzakarah Ulama membahaskan implikasi pluralisme agama
dalam mewujudkan kedamaian beragama yang secara formal bukan pada hal-hal berbentuk
31 Yasril Yazid (2005) , “Pro Kontra Dalam Pluralisme Agama: Kajian Terhadap Konflik Sosial Keagamaan dan Sikap Toleransi Beragama Di Indonesia” (Tesis, Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya)32 Anis Malik Toha (2006), “Menangani Implikasi Faham Pluralisme Agama” ( Kertas Kerja Muzakarah Ulama 2006 di Ipoh), 11-13 Jun 2006
22

keagamaan. Pemfokusan beliau lebih kepada pluralistik formalitas. Maka dapat dilihat perbezaan
di antara kertas kerja ini dengan penulisan penulis ialah penulisan ini bagi mengisi kelompongan
mengenai status Abrahamic Faiths yang menjadi salah satu tunjang utama dalam menanggapi
konsep pluralisme agama dan kajian ini lebih terfokus di Malaysia.
SS Dato’ Seri (Dr) Hj. Harussani bin Hj Zakaria33 membahasakan sejarah kedatangan pemikiran
yang bermula seawal Perang Salib. Penulis membahaskan serangan pemikiran melalui jendela
liberalisme dan pluralisme dan singkapan pluralisme di Indonesia dan cadangan agar negara
Malaysia terhindar daripada pemikiran sedemikian. Maka perbezaan yang dapat dilihat daripada
kajian pembentangn kertas kerja ini dengan penulisan kajian penulis ialah penulis ingin mengkaji
bagaimana status Abrahamic Faiths memberi kesan terhadap pluralisme di Malaysia dan
sejauhmana ia memberi kesan kepada toleransi beragama di Malaysia.
Zaid Ahmad34 dalam membincangkan mengenai pluralisme beliau mengambil kira
implikasi dialog peradaban dengan pluralisme pada peringkat makro dan mikro, inter dan intra.
Menurut hemah beliau hal ini yang menjadi asas dialog peradaban yang disuburkan dalam
kehidupan masyarakat. Beliau juga membawa pendekatan Islam yang dilihat sebagai landasan
utama dalam membahaskan pluralisme yang menjadi penyatuan kepada masyarakat dalam
mewujudkan keharmoniaan dalam kehidupan bermasyarakat. Perbahasan ini mempunyai
beberapa kelompongan yang boleh diisi oleh penulisan kajian ini. Penulisan kajian ini akan
33 2006, Pemurnian Islam Dari Liberalisme dan Pluralisme34 Zaid Ahmad (2001), “Pluralisme dan Dialog Peradaban: Meninjau Sudut Pandangan Islam” (Kertas Kerja Seminar International Malaysian Studies Conference di Universiti Kebangsaan Malaysia), 6-8 August 2001
23

menganalisis secara rencam bagaimana status Abrahamic Faiths memberi kesan kepada
pluralisme agama di Malaysia.
Seterusnya pembentangan kertas kerja oleh Prof.Madya Dr. Fauzi bin Hamat35 yang
bertajuk Pendekatan Epistimologi dalam Menangani Pluralisme Agama. Secara jelasnya penulis
mendapati pembentangan kertas kerja ini menggunakan metode komperatif iaitu pemikiran
epistimologi Islam yg bersandarkan al-Din dan pemikiran asas epistimologi yang menjadi
landasan sandaran agama-agama lain iaitu Yahudi, Kristian, Hindu dan Budha. Kertas kerja ini
cuba menyingkap secara mendalam ilmu yang menjadi wadah kepada fahaman pluralisme yang
dibandingkan sandaran Islam dan agama-agama lain yang dilihat secara mampan bermula dari
segi literal makna pluralisme itu sendiri. Walaubagaimanapun, perbahasan yang dilakukan hanya
tertumpu kepada epistimologi yang difokuskan kepada sandaran al-Din dan sandaran agama-
agama lain. Oleh yang demikian, penulisan ini diharap dapat mengisi kelompongan dengan
mengambil kira konsep pluralisme seawal perbahasan mengenai Abrahamic Faiths dan secara
rencam akan dilihat kesannya di Malaysia.
Leonard Swirdler36 menyoroti tajuknya Plurality, Unity, Peace, penulis mendapati
bahawa kertas kerja ini menggunakan metode perpustakaan dengan ingin memberikan satu
pandangan terhadap pluraliti yang menjadi tunjang kepada keamanan dan perpaduan dan di
antaranya ditunjangi oleh dialog peradaban. Walaubagaimanapun kertas kerja ini mendapati
35 36 Leonard swirdler(seminar Kebangsaan “Pluralisme, Perpaduan dan Keamanan)(15-16 jun 2004)bertempat di auditorium kompleks kampus kota um Jalan Tun Ismail Kuala Lumpur.
24

bahawa beliau menyokong konsep kesamarataan khususnya di dalam kesamarataan beragama
untuk mewujudkan perpaduan dan keamanan tdiak mengira sempadan agama. Hal ini yang akan
dibahaskan oleh penulis berkenaan status Abrahamic Faiths yang menjadi dasar kepada
pebentukan dan pengukuhan pluralisme agama. Maka penulis akan mengisi kelompongan
terdapat di dalam kertas kerja ini.
Penulis mendapati bahawa tidak banyak penulisan tesis mengenai konsep pluralisme
yang dikaitkan dengan status Abrahamic Faiths. Juteru itu, penulis juga merujuk buku-buku
yang berautoriti dalam membincangkan status Abrahamic Faiths yang wajar dilihat melalui
personalti utama iaitu Nabi Ibrahim. Oleh yang demikian penulis merujuk beberapa buah buku
yang mengisahkan perjalanan dakwah baginda.
Buku yang membincangkan mengenai biografi dan kisah Nabi Ibrahim yang di antaranya
telah dikarang oleh Abi Ishaq Ahmad bin Muhammad bin Ibrahim al-Naisaburi37di dalam
bukunya Qisasul Anbiyak al-Musamma ‘Araisul Majalis. Buku ini adalah kitab Arab yang
menjelaskan secara deskriptif mengenai kelahiran Nabi Ibrahim dan juga Raja Namruz yang
menjadi pemimpin pada ketika itu serta kisah kelahiran putera baginda seterusnya kisah
mengenai air Zamzam dan pembinaan Ka’abah. Buku ini dapat membantu penulis mencari
maklumat mengenai biografi Nabi Ibrahim dan maklumat mengenai susur galur Nabi Ibrahim
sehingga sampai ke Nabi Musa yang membawa agama Yahudi dan bersusur galur sehingga ke
Nabi Muhammad yang membawa agama Islam. Maklumat ini akan digunapakai dalam bab
37 Abi Ishaq Ahmad bin Muhammad bin Ibrahim al-Naisaburi (427H), Qisasul Anbiyak al-Musamma ‘Araisul Majalis , Beirut: Maktabah Thaqafiyah
25

kedua penulisan. Namun buku ini hanya menerangkan Nabi Ibrahim yang dilihat dari kaca mata
Islam tanpa melihatnya di sisi agama Yahudi.
Kitab Ibn Kathir38yang bertajuk al-Bidayah wa Al-Nihayah menyatakan kelahiran dan
kewafatan Nabi Ibrahim serta perjalanan hidup dan dakwah baginda turut sama dimuatkan
salasilah keturunan anak Nabi Ibrahim. Perbandingan akan dilihat antara kitab Ibn Kathir dan
juga kitab Abi Ishaq dan diharmonikan kedua-dua maklumat tersebut. Begitu juga kitab ini tidak
menerangkan secara komperatif Nabi Ibrahim dan Abraham menurut agama Yahudi sepertimana
penulisan yang ingin dijalankan oleh penulis.
Di samping itu, bagi melengkapkan lagi penulisan mengenai biografi Nabi Ibrahim,
penulis telah mengenal pasti beberapa kitab yang membahaskan mengenai sifat dan dakwah Nabi
Ibrahim. Antara pengarang yang membahaskan mengenai Nabi Ibrahim yang dilihat dari segi
kemaksuman Nabi Ibrahim dan dakwah baginda seperti dalam kitab Al-Nubuwwah wa Anbiya’
(1970), Muhammad Ali al-Sabuni39.
Di samping itu, penulis juga telah membuat rujukan mengenai Nabi Ibrahim atau dikenali
sebagai Abraham menurut kepercayaan masyarakat agama Yahudi dan Kristian yang telah
38 Ibn Kathir (1981), al-Bidayah wa Al-Nihayah, v.1-2, Beirut: Maktabah al-Ma’arif.39 Muhammad Ali as-Sabuni (1970), An-Nubuwwah wa Anbiya’: dirasah tafsiliyah li-hayat al-Rusul al-kiram wa-da`watihim wa-atharihim fi tafsir mafahim al-bashar bi-uslub yajma` bayna al-diqqah wa-al-suhulah wa-al-jiddah wa-al-tahqiq, Beirut: Dar al-Irshad
26

dinukilkan oleh penulis-penulis barat seperti Thomas L.Thompson40di dalam bukunya The
Historicity of The Patriarchal Narratives: The Quest For The Historica,. Buku ini telah dijadikan
rujukan dalam penulisan ini kerana buku ini dibahaskan secara terperinci mengenai susur galur
dan kronologi kisah Abraham dengan membuat perbandingan antara penulisan Bible dan
arkeologi yang ditemui serta turut dibahaskan tempoh masa perjalanan ‘Patriarchal’ tersebut.
Buku ini juga menyelitkan status Abraham sebagai ‘Caravaneer’ yang diambil daripada tesis
penulisan C.H Gordon dan W.F. Albright. Namun buku ini hanya tertumpu kepada fahaman
agama Yahudi sahaja. Bukan setakat itu, malah penulis mengambil kira juga buku yang
dikarang oleh John Lord41 yang bertajuk Jewish Heroes and Prophets mengenai kisah Abraham
daripada ketamadunan zaman Abraham sehinggalah kepada perjanjian yang telah Tuhan
janjikan kepada Abraham dan keturunannya. Namun penulis melihat buku ini adalah lebih
kepada penceritaan secara deskritif mengenai perjalanan kisah-kisah nabi menurut perspektif
agama Yahudi tanpa perbandingan yang dilakukan mengenai Nabi Ibrahim menurut agama
Islam.
Tidak cukup dari itu penulis juga merujuk buku yang dinukil oleh John C. Super42 yang
merupakan sebuah buku yang membahaskan mengenai agama Yahudi dengan perincian
Abraham sebagai penerima perjanjian pertama daripada Tuhan mengenai tanah Cana’an.
Namun buku ini bukan hanya kekurangan perbahasan mengenai status Nabi Ibrahim menurut
agama Islam malah buku ini tidak dapat menjelaskan secara terperinci status Abraham itu
sebagai permulaan ketua keluarga bagi agama Yahudi.
40 Thomas L.Thompson (2002), The Historicity of The Patriarchal Narratives: The Quest For The Historica, Harrisburg:Trinity Press International41 John Lord(t.t), Jewish Heroes and Prophets, United States of Amerika: Plain Label Books 42 John C. Super, Briane K.Turley (2006), Religion In World History, New York: Routledge Taylor & Fracis Group.
27

Lebih dari itu, hasil penulisan Dan Cohn, Judaism History, Belief and Practice 43
membahaskan secara teprinci berkaitan agama Yahudi yang dilihat dari segi latar belakang
agama itu seawal zaman Mesapotamia Kuno sehinggalah kepada ritual yang dilakukan oleh
penganut agama Yahudi. Bab yang penting dalam buku ini ialah perbahasan bab mengenai
Patriak iaitu Abraham yang dilihat dari kisah-kisah Abraham sebagai bapa kepada bangsa
Yahudi. Namun bab ini tidak dapat menerangkan secara mapan bagaimana status Abraham yang
dilihat daripada ritual peribadatan yang mereka lakukan seterusnya bagaimana perjanjian Tuhan
dengan Abraham menjadi satu titik permulaan sehingga terletak dengan utuh dan kukuh dotrin
agama Yahudi.
Memandangkan rujukan yang dilakukan adalah berdasarkan kepada cendiakawan yang
beragama Yahudi dan Kristian maka penulis juga telah merujuk penulisan yang dinukilkan oleh
cendiakawan Muslim. Antaranya ialah Prof. Ahmad Shalabiy44 yang membahaskan mengenai
agama Yahudi menurut pandangan Islam yang bermula daripada Yahudi semasa zaman Nabi
Ibrahim sehingga sekarang. Kitab ini membahaskan mengenai sejarah Bangsa Yahudi
seterusnya perbahasan sikap Nabi Ibrahim yang menjadi pertikaian di antara agama serta
bagaimana al-Qur’an meletakkan posisi yang paling mulia di kalangan para nabi. Namun kitab
ini kekurangan penerangan dan penjelasan mengenai status Nabi Ibrahim yang dilihat daripada
ritual peribadatan sehingga meletakkan Nabi Ibrahim begitu mulia di sisi Islam.
43 Dan Cohn (2003), Judaism History, Belief and Practice, New York: Routledge44 Prof. Ahmad Shalabiy(1978), Muqarranat al-Adyan:al-Yahudiyah, Jil.1, Kaherah: Darul Ulum
28

Juga tidak ketinggalan merujuk penulisan Dr.Rifqi Zahid45 iaitu Qissat al-Adyan:Dirasat
Tarikhiyat Muqaranat yang menjelaskan secara umum agama Yahudi yang merangkumi asal
usul agama tersebut, firqah-firqah agama Yahudi dan sumber pemikiran Yahudi. Secara
dasarnya, kitab ini tidak membahaskan secara terperinci mengenai Nabi Ibrahim tetapi hanya
menjelaskan ringkas asal usul Yahudi dan perkataan Ibrani itu adalah daripada Nabi Ibrahim.
Selain itu al-Shahrastani46 dalam kitabnya al- Milal wa al-Nihal yang merujuk asal-usul
agama Yahudi yang bersalasilah daripada Nabi Ibrahim juga perincian Bani Israil serta
perjanjian lama yang menjadi tunjang kepada agama Yahudi turut sama dibincangkan ialah
kelompok umat Yahudi yang terbesar. Namun kitab ini tidak memfokuskan kepada status Nabi
Ibrahim yang dilihat sebagai pembawa agama yang Hanif dan perbandingannya dengan agama
Yahudi yang dilihat status Abraham itu lebih kepada ketua keluarga bagi bangsa Yahudi.
Dalam memahami dan membincangkan konsep agama Semitik, penulis telah
menitikberatkan perbahasan mengenai Ismail al-Faruqi47, Islam and Other Faiths. Penulis buku
ini menerangkan mengenai agama Semitik yang dilihat dari ciri-ciri yang perlu ada untuk
diiktiraf sebagai sebuah agama Semitik. Namun buku ini tidak menjelaskan makna agama
Semitik dan sejarah lahirnya agama Semitik sebagai agama yang bersusur galur daripada Nabi
yang satu.
45 Dr.Rifqi Zahid (1980), Qissat al-Adyan:Dirasat Tarikhiyat Muqaranat, Kaherah: Maktabah an-Nahdah al-Misriyah46Al-Shahrastani (1968), al- Milal wa al-Nihal, Kaherah: Mu'assasat al-Halabi47 Ismail Raji al-Faruqi(1998), Islam and Other Faiths, USA: The Islamic Foundation and The International Institute of Islamic Thought. Lihat juga Ismail Raji al-Faruqi(1967), Christian Ethics:A Historical and Sistematic analysis of Its Donimant Ideas, Netherlands: McGill Universiti Press
29

Seterusnya penulisan buku yang dikarang oleh W. Robertson Smith48iaitu The Religion of
The Semites mengenai agama Semitik yang lebih membahaskan mengenai isi kandungan agama-
agama semitik yang terdiri daripada agama Yahudi, agama Kristian dan agama Islam.
Pemfokusan penulisan buku ini lebih tertumpu mengenai ajaran dan perhubungan penganut
dengan Tuhan yang lebih menekankan agama Yahudi dan Kristian. Namun begitu, buku ini
tidak memperincikan secara lengkap mengenai agama Semitik yang lebih menumpukan
mengenai ciri-ciri dan jenis agama Semitik.
Caroline Large49 di dalam buku The Three Great Semitic Religions membahaskan dan
memperincikan mengenai tiga agama Semitik yang saling berkaitan iaitu agama Yahudi,
Kristian dan juga agama Islam yang difokuskan mengenai ritual peribadatan, kepercayaan dan
penyembahan ketiga-tiga agama tersebut. Penekanan buku ini adalah kepada Kristian Katholik,
Yahudi konservatif dan Islam Sunni. Namun buku ini mempunyai kelompangan yang ingin diisi
oleh penulis iaitu mengenai konsep agama Semitik dan perkaitan status nabi Ibrahim yang
menjadi personaliti utama kepada pengkajian penulis.
Atas dasar inilah yang telah mendorong penulis untuk menghasilkan penulisan mengenai
status Abrahamic Faiths kesannya terhadap pluralisme agama di Malaysia agar ianya dapat
meneroka khazanah ilmu perbandingan sekaligus dapat memberi pemahaman yang mendalam
mengenai bagaimana status Abrahamic Faiths memberi kesan kepada toleransi beragama yang
dilihat ditunjangi oleh pluralisme agama khususnya di Malaysia.
48 W. Robertson Smith (1957), The Religion of The Semites, NewYork: Meridian Books New York49 Caroline Large (1981), The Three Great Semitic Religions. Singapore: Times Books International
30

1.10 Susunan penulisan
Bagi menyempurnakan lagi kajian penulis dan nampak lebih tersusun dan teratur mengenai
perbahasan yang ingin dikupas, maka penulis telah menyediakan susunan penulisan bagi
memudahkan perbahasan dilakukan. Penulis telah membahagikan penulisan ini kepada lima bab.
Permulaan bab pertama penulisan adalah gambaran awal kepada kajian yang ingin
dilakukan. Ianya berkisar mengenai pendahuluan kepada topik kajian, latar belakang masalah
kajian, permasalahan kajian, objektif kajian, skop kajian, kepentingan kajian, sorotan kajian
perpustakaan, pengertian tajuk kajian, metodologi kajian yang terdiri daripada metode
pengumpulan data dan metode analisis data yang merangkumi kajian perpustakaan dan kajian
lapangan dan susunan bab penulisan.
Seterusnya adalah bab yang kedua membahaskan secara terperinci mengenai biografi
Nabi Ibrahim menurut agama Islam dan Abraham menurut agama Yahudi dan Kristian. Biografi
Nabi Ibrahim akan ditelusuri dengan lebih rinci mengenai genealogi baginda menurut agama
Islam dan perbahasan mengenai Abraham juga akan dilihat melalui Old Testament. Perbahasan
yang lebih mapan juga akan dilakukan ke atas kisah dan sejarah perjalanan baginda dalam
menyebarkan dakwah kepada menyembah Tuhan yang satu menurut kedua-dua agama tersebut.
Perbahasan ini dibahaskan untuk melihat perkaitan antara Nabi Ibrahim dengan agama-agama
Semitik yang sering dirujuk kepada agama Yahudi, Kristian dan Islam. Perbahasan bab ini akan
menjadi pemangkin kepada penganalisisan data pada bab yang empat penulisan ini.
31

Perbahasan bab yang ketiga lebih memfokuskan kepada konsep pluralisme terhadap
ketiga-tiga agama iaitu agama Yahudi, Kristian dan Islam dengan membuat perbandingan konsep
pluralisme yang difahami oleh kertiga-tiga agama di atas yang terdiri daripada terminologi
pluralisme, sejarah pluralisme seterusnya perkaitan pluralisme agama di Malaysia dan kesannya.
Maka bab yang keempat adalah bab analisis terhadap status Nabi Ibrahim yang dilihat
kepada perjanjian Tuhan ke atas tanah suci yang dijanjikan kepada Nabi Ibrahim. Selain itu,
analisis yang rencam akan dilakukan terhadap sanjungan dan peribadatan yang disandarkan
kepada Nabi Ibrahim yang mana ianya menjadi suatu titik tolak kepada status dan kedudukan
Nabi Ibrahim menurut kedua-dua agama tersebut. Juga akan dilihat dengan rinci biografi baginda
yang penuh dengan pengorbanan bagi kedua-dua agama tersebut sehingga meletakkan baginda
mulia di sisi penganut kedua-dua agama ini.
Kesimpulan akan tersusun pada bab yang kelima iaitu bab yang terakhir penulisan ini.
Penggulungan akan dilakukan secara kritis dengan mengambil kira kesimpulan, rumusan,
cadangan dan saranan hasil daripada penulisan yang telah dijalankan. Penutupan yang jitu akan
dilakukan agar penulisan ini memberi impak yang posif kepada negara, agama dan masyarakat
khusunya umat Islam.
Penutup
32

Secara kesimpulannya diharapkan penulisan ini dapat memberi satu impak dan resolusi
kepada pihak Jakim mengenai status Abrahamic Faiths yang akan difokuskan kepada Nabi
Ibrahim dikatakan sama dengan Abraham di dalam Old Testament menurut agama Yahudi dan
Kristian dan seterusnya menimbulkan isu pluralisme agama yang menjadi agenda pihak Barat
dan disebarkan ke dalam pemikiran masyarakat Muslim. Saranan penerangan yang jelas perlu
ditekankan kepada masyarakat Muslim yang masih lagi keliru dengan kenabian Nabi Ibrahim
menurut agama Yahudi, Kristian dan agama Islam khususnya muallaf bagi meneguhkan lagi
kefahaman mereka terhadap Islam. Jabatan-jabatan agama Islam perlu menjadikan penulisan ini
sebagai rujukan dalam menerangkan kefahaman mengenai status Nabi Ibrahim kepada
masyarakat khususnya muallaf agar kefahaman yang jitu terhadap kenabian yang menjadi
tunjang keimanan dapat dijitukan dan diperkukuhkan selayaknya sebagai seorang Muslim.
Susunan bab penulisan
Bab satu: PENDAHULUAN
1.0 Tajuk kajian
1.1 Pendahuluan
1.2 Latar belakang masalah kajian
1.3 Permasalahan kajian
1.4 Objektif
1.5 Skop kajian
1.6 Kepentingan kajian
33

1.7 Pengertian tajuk
1.8 Metodologi kajian
1.8.1Metode pengumpulan data
1.8.1.aKajian perpustakaan
I. Metode historiII. Metode deskriptif
III. Metode literature scripture
1.8.1.b Kajian lapangan
I. Metode temubualII. Metode observasi
1.8.2 Metode analisis data
1.9 Sorotan perpustakaan
1.10 Susunan penulisan
Bab dua: STATUS ABRAHAMIC FAITHS MENURUT AGAMA YAHUDI, KRISTIAN DAN ISLAM
BIOGRAFI NABI IBRAHIM DAN ABRAHAM
2.0 Pendahuluan
2.1 Abraham menurut agama Yahudi dan Kristian
2.1.1 Kelahiran
2.1.2 Anak keturunan Abraham
2.1.3 Kisah Abaraham di dalam Old Testament
2.1.4 Perjanjian Abraham dengan Tuhan
2.1.5 Kewafatan
2.2 Nabi Ibrahim menurut Islam
2.2.1 Kelahiran
2.2.2 Anak Keturunan Nabi Ibrahim
2.2.3 Perjalanan dakwah Nabi Ibrahim menurut al-Qur’an
34

2.2.4 Perjanjian Nabi Ibrahim dengan Allah
2.2.5 Kewafatan
2.3 Status Abraham menurut agama Yahudi dan Kristian
2.3.1 Patriak
2.3.2 Father of Many Nation
2.3.3 Father of Faiths
2.4 Status Abraham menurut agama Islam
3.2.1 Khalilullah
3.2.2 Nabi Ululazmi
2.5 Penutup
Bab tiga: KONSEP PLURALISME MENURUT AGAMA YAHUDI, KRISTIAN DAN ISLAM
3.1 Terminologi pluralisme
3.2 Sejarah kedatangan pluralisme
3.3 Pluralisme agama di Malaysia
3.4 Penutup
Bab empat: ANALISIS KESAN
4.0 Pendahuluan
4.1 Analisis status Nabi Ibrahim
4.2 Analisis konsep pluralisme agama
4.3 Analisis fahaman pluralisme agama di Malaysia
4.4 Penutup
Bab lima: KESIMPULAN
5.0 Pendahuluan
35

5.1 Kesimpulan
5.2 Rumusan
5.3 Cadangan
5.4 Saranan
Bibliografi
a) Kitab suci
Al-Qur’an
Holy Bible
b) Kamus
Hajah Noresah Baharom (2007), Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka
Ibn Manzur(t.t), Lisan al-Arabi, Beirut: Darul Fikr
36

Sheikh Othman Sheikh Salim etc. (2002), Kamus Inggeris Melayu Dewan:An English-Malay Dictionary, c.3, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
c) Buku
i) Bahasa Melayu
Ahmad Syalabiy,(1993 )Nabi Ibrahim mengenal Allah, Saad Ismail(terj.), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Al-Shahrastani (2005), Al-Milal wa al-Nihal, Prof.Asywadie Syukur (terj), Surabaya: PT Bina Ilmu
Dr.Jerald F.Dirks (2006), Abrahamic Faiths:Titik Temu dan Seteru antara Islam, Kristian dan Yahudi, Santi Indra (terj.), Jakarta: PT Serambi Ilmu Semesta
Dr.Muhammad Husin Az-Zahabi (1996), Kisah Israiliyat dalam Tafsir dan Hadith, Johor Bahru: Jahabersa
Prof. HM. Arifin (2002), Menguak Misteri Ajaran Agama-agama Besar, Jakarta: PT Golden Trayon Press
Muhammad Inb Muhammad Abu Syuhbah (2006), Israilliyat dan Hadith Palsu dalam Kitab-kitab Tafsir, Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
ii) Bahasa Inggeris
Caroline Large (1981), The Three Great Semitic Religions. Singapore: Times Books International
Dan Cohn (2003), Judaism History, Belief and Practice, New York: Routledge
David Kay (2008), The Semitics Religion: Hebrew,Jewish,Christian and Moslem, USA: Pomona Press
D.Welch, Sharon (1996), Sweet Dream in Amerika:Making Ethics and Spiriuality Work, New York: Routlegde
Gila Gervist(2008), Jewish History: The Big Picture, United States of Amerika: Berhman House
37

Ismail Raji al-Faruqi (1998), Islam and Other Faiths, Ataullah Siddiqui(eds.), United Kingdom: The Islamic Foundation
Ismail Raji al-Faruqi(1967), Christian Ethics:A Historical and Sistematic Analysis of Its Donimant Ideas, Netherlands: McGill Universiti Press
John c. super, Briance K. Turley (2006), Religion In World History, New York: Routledge Taylor & Francis Group
John Lord(t.t), Jewish Heroes and Prophets, United States of Amerika: Plain Label Books Marry Perry,Margerat Jacob,Myrna Carsa etc (2009), Western Civilization:Ideas,Politics and
Society ,U.S.A: Houghton Miflin Harcourt
Peter Bryne (1999), The Pragmatics of DefiningReligion: Context, Concepts and Contests, dalam Jan G.Platvoet, Arie L.Molendijk (eds.), Boston: Brill
Schellenberg, J.L (2005), Prolegomena To a Philosophy of Religion, United States of America:
Thomas L.Thompson (2002), The Historicity of The Patriarchal Narratives: The Quest For The Historica, Harrisburg:Trinity Press International
Wayne Goddard and Stuart Melville.(2004.)Research Methodology:An Introduction(2cnd ed.)Juta & Co Ltd
W. Robertson Smith (1957), The Religion of The Semites, NewYork: Meridian Books New York
iii) Bahasa Arab
Abi Ishaq Ahmad bin Muhammad bin Ibrahim al-Naisaburi (427H), Qisasul Anbiyak al-Musamma ‘Araisul Majalis, Beirut: Maktabah Thaqafiyah
Al-Shahrastani (1968), al- Milal wa al-Nihal, Kaherah: Mu'assasat al-Halabi
Doktor Ahmad Shalabiy (1978), Muqarranat al-Adyan:al-Yahudiyah, Jil.1, Kaherah: Darul Ulum
Dr.Rohi Baalbaki(1995)al-Mawrid,ed. 7, Beirut: Dar El-Ilm Lilmalayin
Dr.Rifqi Zahid (1980), Qissat al-Adyan:Dirasat Tarikhiyat Muqaranat, Kaherah: Maktabah an-Nahdah al-Misriyah
38

Ibn Kathir (1981), al-Bidayah wa An-Nihayah, v.1-2, Beirut: Maktabah al-Ma’arif
Muhammad Ali as-Sabuni (1970), An-Nubuwwah wa Anbiya’: dirasah tafsiliyah li-hayat al-Rusul al-kiram wa-da`watihim wa-atharihim fi tafsir mafahim al-bashar bi-uslub yajma` bayna al-diqqah wa-al-suhulah wa-al-jiddah wa-al-tahqiq, Beirut: Dar al-Irshad
d) Kertas kerja persidangan
Dato’ Paduka Sri Setia, Ustaz Hj. Abdul Aziz b. Junid (1990), “Kesan Psikologi di dalam Ibadat Haji” ( Kertas Kerja Seminar Haji Peringkat Asia di Universiti Malaya, 14-15 Jun 1990)
Esa Khalid (1993), “Sejarah Sains Para Nabi-Adam hingga Nabi Ibrahim”, (Kertas Kerja Seminar Falsafah Sains Ke Arah Perimbangan Spiritual dan Material , 3-5 Dis 1993 : Skudai, Johor)
Khadijah Mohd Khambali@ Hambali (1996), “Ziarah Menurut Agama Yahudi”, Jurnal Usuluddin, Bil.4, 1996, h. 127-136
e) Disertasi
Hisam Hayimaming (2006), “Isra'iliyyat dalam kisah para Nabi : kajian terhadap kepercayaan masyarakat Melayu Patani” (Disertasi, Jabatan Al-Qur’an dan Hadith , Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya)
Khairunnisa bt Ismail (2005), “Isra'iliyyat dalam tafsir Al-Quran : fokus terhadap Nabi Musa a.s” (Disertasi, Jabatan Al-Qur’an dan Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya)
Nabiroh Kassim (2006), “Kisah Nabi Musa dan Firaun di dalam al-Quran : aplikasinya di dalam pendidikan Islam” (Disertasi, Jabatan Al-Qur’an dan Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya )
Safiah binti Abd. Razak (1998), “ Konsep Kerasulan Menurut Agama Yahudi: Suatu Kajian Khusus Dalam Bible Perjanjian Lama dan Perbandingan Islam Terhadapnya” (Disertasi, Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya)
f) Artikel
39

Mohamad Toha (2003), Pengenalan Tamadun Islam, Artikel dalam buku Tamadun Islam dan Kenegaraan “A” ,Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia
40