koleksi proposal

38
Koleksi Proposal Blog ini akan memaparkan beberapa contoh proposal kajian yang boleh dijadikan panduan permulaan bagi anda untuk memulakan penulisan...mari kita mulakan..walaupun masih banyak yang perlu di pelajari..... KEMAHIRAN KOMUNIKASI GURU DALAM AKTIVITI PENGAJARAN MATA PELAJARAN BAHASA ARAB ABSTRAK Program j-QAF ( Jawi, Al-Quran dan Fardhu Ain) merupakan hasrat kerajaan yang amat mulia dan bernilai dalam arena pendidikan kebangsaan. Program ini telah mewajibkan pembelajaran Bahasa Arab kepada semua pelajar Melayu bermula dari sekolah rendah. Berhubung dengan program ini, maka kerajaan telah mengarahkan Kementerian Pelajaran menjalankan projek rintis berkaitan hasrat tersebut. Pelaksanaan projek ini adalah secara berperingkat-peringkat, dimulakan dengan sekolah-sekolah rendah gred A dan diwajibkan

Upload: raja-izurina

Post on 25-Jul-2015

93 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Koleksi ProposalBlog ini akan memaparkan beberapa contoh proposal kajian yang boleh dijadikan panduan permulaan bagi anda untuk memulakan penulisan...mari kita mulakan..walaupun masih banyak yang perlu di pelajari..... KEMAHIRAN KOMUNIKASI GURU DALAM AKTIVITI PENGAJARAN MATA PELAJARAN BAHASA ARAB ABSTRAK

Program

j-QAF

(

Jawi,

Al-Quran

dan

Fardhu

Ain)

merupakan hasrat kerajaan yang amat mulia dan bernilai dalam arena pendidikan kebangsaan. Program ini telah mewajibkan pembelajaran Bahasa Arab kepada semua pelajar Melayu bermula dari sekolah rendah. Berhubung dengan program ini, maka kerajaan telah mengarahkan Kementerian Pelajaran menjalankan projek rintis berkaitan hasrat tersebut. Pelaksanaan projek ini adalah secara berperingkat-peringkat, dimulakan dengan sekolah-sekolah rendah gred A dan diwajibkan kepada semua pelajar-pelajar Islam kelas sederhana dan cemerlang. Projek yang sedang dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah di seluruh negara ini, diharapkan dapat melahirkan pelajarpelajar yang semestinya mencapai tahap mantap dan mahir berbahasa Arab dan menguasai tulisan jawi dengan baik serta dapat melaksanakan

amal ibadat dengan baik dan sempurna. Maka kajian yang akan dijalankan nanti ialah untuk melihat jenis kemahiran komunikasi guru dalam aktiviti pengajaran Bahasa Arab dan kaedah pengajaran yang sering dilaksanakan di Sekolah Rendah. Kajian akan menilai tahap kefahaman Bahasa Arab dari segi kemahiran menulis dan menjawab soalan lisan dan bertulis dengan betul serta memberi gerak balas atau respon yang betul kepada pembelajaran mereka.

Kajian ini akan menggunakan model kajian yang djalankan oleh E.C.Bryant (1974) yang menjelaskan bahawa faktor latar belakang dan proses pendidikan seperti faktor persekitaran pelajar termasuk kemahiran komunikasi guru dan aspek pengetahuan akan

mempengaruhi pencapaian dan tahap kefahaman seseorang pelajar. Justeru kajian ini akan memfokuskan kemahiran komunikasi guru sebagai faktor yang boleh menyumbang ke arah tahap kefahaman pelajar dalam aktiviti pembelajaran mereka.

Pentingnya kajian ini kerana ia amat selari dengan kehendak dan aspirasi Perdana Menteri yang mewajibkan semua pelajar Islam mempelajari Bahasa Arab semenjak di sekolah rendah. Kajian ini juga ialah sebagai satu usaha penambahbaikan kepada Kementerian

Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran setiap negeri dan sekolahsekolah di seluruh Malaysia bagi merangka dan membina modul yang lebih bersesuaian dengan situasi pelajar dan guru khususnya guru yang terlibat dengan pengajaran tahap 1 sekolah rendah. Selain itu kajian ini akan dapat membantu mengenal pasti metod dan sumber pembelajaran yang lebih berkesan untuk pelajar sekolah rendah untuk mempelajari Bahasa Arab. Ibubapa dan waris pelajar juga dapat memanfatkan kajian ini untuk membimbing anak-anak didik mereka untuk mencintai Bahasa Arab dan pelajaran jawi dengan lebih mantap Di samping itu dapat meningkatkan peranan komunikasi guru dalam menentukan keberkesanan pengajaran Bahasa Arab di sekoalh rendah. Amat diharapkan kajian yang akan dijalankan dapat menjadi sebahagian daripada sumbangan ilmiah dalam merialisasikan projek j-QAF yang telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran pada 24 April 2004 di SMK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu, Terengganu. Selain itu dapat mengukur dan memberikan maklumat berkaitan keberkesanan program j-QAF yang telah dan sedang dijalankan oleh pihak kementerian serta dapat merancang program bagi membantu pihak sekolah merialisasikan impian dan hasrat kerajaan dalam projek j-QAF.

1.0 Pendahuluan Projek j-QAF merupakan satu aspirasi murni untuk

merealisasikan pendidikan Bahasa Arab, Jawi dan Fardhu Ain. Susunan model-model dalam program ini amat terancang dan relevan untuk dimajukan dari semasa ke semasa. Sememangnya projek ini amat dialu-alukan oleh golongan pendidik khususnya golongan pendidik bidang Bahasa Arab, Jawi dan Fardhu Ain di seluruh Malaysia. Walaupun program ini melalui tempoh masa yang masih muda dan belum mencapai tempoh lima tahun, umumnya golongan waris dan pendidik memberi sambutan yang sangat baik untuk kita terus memartabatkan projek ini. Di samping kajian-kajian, pandanganpandangan positif daripada golongan terlibat amat dialu-alukan bagi membantu memperkasakan lagi pelan baik ini.

Justeru, penulis merasa terpanggil untuk melihat keberkesanan dan hasil pencapaian program yang masih di anggap baru ini. Selain dapat menganalisis hasil pencapaian program dan mencari

rangka penambahbaikan, penulis amat berharap agar dapat melihat dan menganalisis kaedah dan modul yang digunapakai dalam projek ini demi memartabatkan bidang keguruan j-QAF dan pendidikan j-QAF itu

sendiri. Selain itu kajian ini adalah kesinambungan daripada kajian pertama dahulu.

Maka

berdasarkan

hakikat

ini

penulis

mencuba

untuk

melaksanakan kajian ini iaitu : Kemahiran Komunikasi Guru Dalam Aktiviti Pengajaran Mata Pelajaran Bahasa Arab Sekolah Rendah.

2.0

Penyataan Masalah Proses pendidikan yang baik semestinya akan membuahkan hasil

produk yang baik dan bersumberkan kepada kaedah yang jelas. Hasil yang baik dan mantap biasanya dijadikan sebagai penanda aras terhadap kejayaan dan kegagalan sesebuah program. Tanpa melalui proses muhasabah atau postmortem sesuatu program, kita seumpama berjalan tanpa panduan dan pedoman. Untuk maju kehadapan kita harus mempunyai dasar dan asas yang kukuh. Pendidikan adalah penentu corak serta mutu kehidupan seseorang manusia. Pendidikan yang utuh dan afdal akan melahirkan manusia dan bangsa yang kuat dan mulia. Bagi menjamin agar pendidikan itu berupaya membentuk manusia dan bangsa yang kuat, ia harus dibangun dan dikembangkan di atas asas-asas dan model-model yang kukuh.

Maka, kajian ini cuba untuk melihat kemahiran komunikasi guru dalam aktiviti pengajaran Bahasa Arab. Kajian ini juga akan membantu menambah baik dan mengukuhkan lagi kemahiran komunikasi guru dan memantapkan lagi kaedah pengajaran Bahasa Arab khususnya pengajaran di sekolah. Kebanyakan kajian yang telah dilaksanakan adalah berkaitan dengan perkara-perkara yang berhubung kait dengan pengurusan dan pentadbiran sekolah tetapi sangat sedikit kajian yang meninjau perihal dan permasalahan pendidikan di peringkat rendah.

Justeru itu, pengkaji dengan rasa tanggungjawab dan amat berminat berjuang untuk meninjau beberapa proses pengajaran dan pembelajaran yang bersandarkan kepada model j-QAF. Tinjauan ini adalah bagi mengenalpasti samada kemahiran komunikasi guru dapat menjadi sumbangan dan motivasi atau dapat menanam rasa cinta dalam diri pelajar untuk memahami Bahasa Arab dan belajar dengan lebih tekun seterusnya berjaya dalam pendidikan Bahasa Arab dan Jawi serta dapat meneroka pembacaan Al-Quran dengan lebih baik.Uguroglu

(1982) mengatakan bahawa motivasi merupakan pembolehubah yang paling rapat dengan pencapaian pelajar.

Stipek (1984) pula mengatakan bahawa perlunya motivasi dalaman pelajar untuk belajar. Beliau percaya bahawa terdapat banyak cara untuk meningkatkan motivasi dalaman pelajar. Antaranya ialah dengan memberikan tugasan yang mencabar, penggunaan bahasa positif dalam kelas dan pembelajaran secara koperatif. Eccless, Midgeley dan Adler (1988) menyokong pandangan ini dan mengatakan bahawa motivasi akan meningkat jika pelajar diberikan lebih banyak autonomi dan kawalan terhadap pembelajaran mereka. Pandangan mereka amat bersesuaian dengan penggunaan model-model j-QAF yang banyak melaksanakan teknik latih tubi dan teknik penekanan ingatan. Manakala guru-guru j-QAF pula memberikan perhatian serta tunjuk ajar yang tegas semasa aktiviti pemulihan dan perluasan Bahasa Arab, di samping itu tetap mendekati pelajar melalui teknik pujukan dan belaian agar pelajar dapat merasai keseronokan belajar .

Selain daripada pengkaji-pengkaji yang tersebut, terdapat ramai lagi pengkaji bahasa yang menjalankan kajian mereka untuk melihat dan menguji sesuatu perjalanan program yang telah dirancang dalam

tempoh-tempoh tertentu. Pernyataan mereka amat bermakna untuk pengkaji melihat perjalanan program j-QAF ini demi

mempertingkatkan pengajaran Bahasa Arab dan Jawi.

Antara objektif projek j-QAF ialah untuk memperkasakan Bahasa Arab , Jawi dan Al-Quran. Objektif ini telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran berdasarkan laporan sekolah terhadap

kelemahan pelajar menguasai ketiga-tiga bidang tersebut. Jadi, tajuk ini amat bertepatan dalam suasana pendidikan sekarang. Dapatan kajian ini diharap dapat memberi sedikit gambaran berkenaan hasil program j-QAF yang sedang diperkasakan.

Program Interaksi Guru Pembimbing j-Qaf yang dilaksanakan pada 14 Januari 2008 di Institut Perguruan Perlis, Perlis melaporkan bahawa terdapat segelintir pihak pentadbir sekolah yang terdiri daripada Guru Penolong Kanan HEM dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran memberi beberapa komen berkaitan guru j-QAF di sekolah. Komen-komen tersebut dapat diringkaskan seperti berikut:

i.

Segelintir guru-guru j-QAF tidak dapat menyampaikan objektif projek j-QAF dengan berkesan samada aspek pengajaran dan pembelajaran yang berunsur pemulihan dan aspek penekanan rohani.

ii.

Segelintir guru j-QAF tidak dapat memberi kerjasama yang baik dan lancar dalam beberapa aktiviti anjuran sekolah.

iii.

Segelintir guru j-QAF tidak dapat melaksanakan program atau model j-QAF seperti yang dirancang dalam takwim sekolah Berdasarkan beberapa komen di atas, dapat dirumuskan bahawa kajian ini perlu dijalankan bagi melihat status pelaksanaan program tersebut serta membuat beberapa pertimbangan dengan tidak

meminggirkan pendapat dan komen daripada pihak-pihak tertentu. Memandangkan tempoh pelaksanaan program ini yang masih baru, sememangnya wujud permasalahan yang perlu dibincangkan dan dihuraikan bersama oleh semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Justeru, pengkaji akan cuba menganalisis program ini dari aspek keberkesanan dan keperluannya terhadap generasi sekolah dan melihat

hasil pencapaian pelajar berdasarkan program yang dirangka dengan sebegitu mantap dan bersistematik. 3.0 Kepentingan Kajian. Pentingnya kajian ini kerana ianya amat selari dengan kehendak dan aspirasi Perdana Menteri yang mewajibkan semua pelajar Islam mempelajari Bahasa Arab dan memahaminya dengan lebih baik semenjak di sekolah rendah lagi. Justeru kajian ini adalah sebagai satu usaha penambahbaikan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran setiap negeri dan sekolah-sekolah di seluruh Malaysia bagi merangka dan membina modul kemahiran komunikasi guru yang lebih sesuai dan mantap dan bersesuaian dengan situasi pelajar khususnya pelajar yang berada di tahap 1 sekolah rendah.

Selain itu kajian ini akan dapat membantu mengenal pasti metod dan sumber pembelajaran yang lebih berkesan untuk pelajar sekolah rendah untuk mempelajari Bahasa Arab, Jawi dan Al-Quran. Ibubapa dan waris pelajar juga dapat memanfatkan kajian ini untuk membimbing anak-anak didik mereka untuk mencintai Bahasa Arab dan pelajaran jawi. Di samping itu dapat meningkatkan peranan bahasa

Arab sebagai wadah penting dalam proses penitisan ilmu-ilmu Islam dan subjek-subjek yang berteraskan keagamaan.

Amat diharapkan kajian yang akan dijalankan dapat menjadi sebahagian daripada sumbangan ilmiah dalam merialisasikan projek jQAF yang telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran pada 24 April 2004 di SMK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu, Terengganu. Selain itu dapat mengukur dan memberikan maklumat berkaitan keberkesanan program j-QAF yang telah dan sedang dijalankan oleh pihak kementerian serta dapat merancang program bagi membantu pihak sekolah merialisasikan impian dan hasrat kerajaan dalam projek j-QAF. Kepentingan kajian ini adalah dirumuskan seperti berikut:

3.1

Kajian ini penting untuk memberi pendedahan kepada masyarakat terutama warga pendidikan tentang keberkesanan model-model j-QAF serta kaedah-kaedah yang dijalankan melalui projek-projek yang telah dilaksanakan dan sedang dirangka seperti projek j-QAF. Projek ini diharap dapat mendidik para pelajar menjadi insan yang celik Bahasa Arab, Jawi dan Al-Quran di samping memastikan kesempurnaan serta keseimbangan jasmani, emosi, rohani dan intelek.

3.2

Membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya bahagian Pendidikan Islam bagi mengkaji, menilai, menambah baikan dalam merangka Kurikulum Sistem Pendidikan Islam dan projek j-QAF di sekolah-sekolah di Malaysia pada masa akan datang melalui analisis kajian.

3.3

Mengaplikasikan kaedah-kaedah yang bersesuaian dan mantap dalam kurikulum pendidikan Islam khusunya program j-QAF di sekolahsekolah di seluruh Malaysia.

3.4

Memberi dorongan kepada seluruh warga pendidikan agar dapat menghayati kaedah dan prinsip-prinsip pendidikan Islam menerusi

program yang disediakan. Seterusnya dapat merealisasikan objektif projek j-QAF seperti dihasratkan oleh Menteri Pelajaran serta menyempurnakan maksud yang terkandung dalam falsafah, misi dan visi pendidikan Negara.

4.0

Objektif Kajian.

4.1 Mengenalpasti kemahiran komunikasi guru dalam aktiviti pengajaran Mata Pelajaran Bahasa Arab 4.2 Mengenalpasti tahap kefahaman pelajar dalam Mata Pelajaran Bahasa Arab

4.3 Melihat hubungan antara kemahiran komunikasi guru dan tahap kefahaman pelajar dalam aktiviti pengajaran Mata Pelajaran Bahasa Arab 4.4 Meninjau bagaimana pelaksanaan kemahiran komunikasi guru dalam aktiviti pengajaran Mata Pelajaran Bahasa Arab

5.0

Soalan Kajian Apakah jenis kemahiran komunikasi guru dalam

1.

aktiviti Mata Pelajaran Bahasa Arab?2.

Apakah terdapat perbezaan tahap kefahaman pelajar

dalam Mata Pelajaran Bahasa Arab? 3. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara

kemahiran komunikasi guru dan tahap kefahaman pelajar dalam aktiviti pengajaran Mata Pelajaran Bahasa Arab?4.

Apakah teknik-teknik pelaksanaan kemahiran

komunikasi guru dalam pengajaran dan pembelajaran Mata Pelajaran Bahasa Arab? 6.0 Batasan Kajian. Fokus kajian ini akan melihat dan meninjau kemahiran komunikasi guru dalam mata pelajaran Bahasa Arab dari aspek kefahaman pelajar. Fokus kedua kajian ini akan meninjau dan menganalisis secara khusus kepada beberapa kaedah dan teknik pengajaran dan

pembelajaran yang sedang dilaksanakan oleh guru di sekolah rendah dan hanya akan melibatkan tahun 1 hingga tahun 2 sahaja. Kajan ini

akan meliputi Kurikulum Pendidikan Islam KSSR dan model Pembelajaran Bahasa Arab Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh itu kurikulum-kurikulum yang lain dari kurikulum KSSR Pendidikan Islam dan model-model j-QAF selain daripada yang disebut di atas ( Model Pemulihan Jawi, Model Tasmik Al-Quran dan Bestari Solat) adalah terkeluar dari skop kajian ini dan tidak akan dirujuk secara khusus oleh penulis.

7.0

Sorotan Karya Di dalam mendapatkan data dan maklumat tentang kajian ini,

penulis telah melakukan tinjauan terhadap kajian-kajian lampau yang mempunyai kaitan dengan tajuk kajian penulis. Menurut Abd. Rahim (1999), daya kreativiti yang tinggi membolehkan sesuatu kaedah dan metod pengajaran mencorakkan perkembangan minda, emosi, sikap dan nilai para pelajar. Kreativiti juga memerlukan daya imaginasi untuk membolehkan para pelajar meneroka dan menghayati pengajaran yang berguna dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Ketandusan unsur kreatif dalam pengajaran akan menyebabkan pelajar berasa bosan, jemu dan tidak berminat dengan mata pelajaran yang diajar di sekolah. Zawawi Hj Ahmad (1988) Strategi Pengajaran Pendidikan Islam KBSM. Fajar Bakti : Kuala Lumpur. Buku ini menerangkan tentang kaedah dan strategi yang diguna pakai dalam pengajaran pendidikan Islam KBSM. Ia menyentuh secara langsung tentang peranan guru dan kaedah yang boleh digunakan oleh mereka ketika sessi pengajaran dan pembelajaran. Buku ini amat berguna kepada penulis dalam membuat penilaian dan perbandingan dalam kurikulum pendidikan j-QAF di

Malaysia dengan pelaksanaanya secara langsung oleh guru dan isu-isu pendidikan Islam kini. Prof. Dr. Hassan Langgulung (2002) Peralihan Paradigma Dalam Pendidikan Islam dan Sains Sosial, Gaya Media Pratama : Jakarta. Isi buku ini merupakan himpunan tulisan Prof . Hassan Langgulung dalam berbagai seminar dalam dan luar negara. Ia mengandungi tema-tema penting yang berkaitan dengan falsafah pendidikan seperti Pendidikan menghadapi abad ke 21, Falsafah pendidikan guru, Falsafah Pendidikan di Malaysia , Falsafah Pendidikan Islam dan lain-lain. Buku ini mengandungi fakta-fakta dan huraian yang amat penting kepada penulis untuk memahai isi dan falsafah pendidikan Islam di Malaysia dan dalam usaha untuk membuat perbandingan tentang keberkesanan sesuatu kaedah model pengajaran

Prof. Dr.Muhammad Hamid Al-Affendi et. al(1980) Curriculum and Teachers Education, King Abd Aziz Universiti: Jeddah. Buku ini mengandungi kompilasi penulisan intelektual Islam diseluruh dunia Islam yang merasa terpanggil untuk melakukan sesuatu dalam menghadapi dan memerangi dualisme kurikulum dalam pendidikan di negara-negara umat Islam. Antara penulis dalam buku ini ialah Prof

Ahmed al-Beely yang menulis Konsep Kurikulum Pendidikan Islam, Prof. Dr Ahmad Shalaby yang menulis Kurikulum Pendidikan Islam Prof Afzalur Rahman yang menulis Pendidikan Islam Kanak-kanak Islam di Barat dan masalah kurikulum dan Sukatan Pelajaran. Buku ini amat berguna kepada penulis di dalam menilai sistem pendidikan di Malaysia dengan kurikulum pendidikan Islam yang juga dilaksanakan di negara-negara Islam seluruh dunia.

Program Interaksi Guru Pembimbing j-Qaf yang dilaksanakan pada 14 Januari 2008 di Institut Perguruan Perlis, Perlis melaporkan bahawa terdapat segelintir pihak pentadbir sekolah yang terdiri daripada Guru Penolong Kanan HEM dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran memberi beberapa komen berkaitan guru j-QAF di sekolah. Komen-komen tersebut dapat diringkaskan seperti berikut:

iv.

segelintir guru-guru j-QAF tidak dapat menyampaikan objektif projek j-QAF dengan berkesan samada aspek pengajaran dan pembelajaran dan aspek rohani.

v.

Segelintir guru j-QAF tidak dapat memberi kerjasama yang baik dan lancar dalam beberapa aktiviti anjuran sekolah.

vi.

Segelintir guru j-QAF tidak dapat melaksanakan program atau model j-QAF seperti yang dirancang dalam takwim sekolah Berdasarkan beberapa komen di atas, dapat dirumuskan bahawa kajian perlu dijalankan bagi melihat status pelaksanaan program tersebut serta membuat pendapat beberapa dan pertimbangan dengan pihak-pihak tidak

meminggirkan

komen

tertentu.

Memandangkan tempoh pelaksanaan program ini yang masih baru, sememangnya wujud permasalahan yang perlu dibincangkan dan dihuraikan bersama oleh semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung khususnya dalam konteks pedagogi guru-guru Bahasa Arab dalam projek j-QAF.

Justeru, pengkaji akan cuba menganalisis program ini dari aspek keberkesanan dan keperluannya terhadap generasi sekolah dan melihat hasil pencapaian program yang dirangka dengan sebegitu mantap dan bersistematik.

8.0 Metodologi Kajian Metodologi penelitian diertikan sebagai ilmu tentang cara mengadakan penelitian (1975). Ia berasal dari bahasa Yunani ; methodos yang bererti cara atau jalan. Dalam bidang penelitian secara ilmiah, metod merupakan cara bekerja untuk memahami objek yang menjadi sasaran penelitian. Manakala penyelidikan bermaksud tatacara yang teratur yang digunakan oleh manusia untuk menambah ilmu pengetahuan baru dan berbeza sekali dengan penemuan ilmu secara kebetulan atau spontan.

Reka bentuk kajian ialah berbentuk Kualitatif dan Kuantitatif. Kajian deskriptif adalah untuk meninjau kaedah pengajaran Bahasa Arab yang dijalankan oleh guru-guru j-QAF dan guru BahasArab melalui soal selidik. Manakala statistik deskriptif akan digunakan bagi menganalisis jenis kemahiran komunikasi guru yang diakasanakan di sekolah. Manakala kajian kualitatif pula akan meninjau teknik-teknik pelaksanaan kemahiran guru dalam pengajaran dan pembelajaran B.Arab melalui kaedah temu bual. Responden kajian ini terdiri daripada guru-guru j-QAF lelaki dan perempuan dan guru-guru Bahasa Arab yang telah dilantik dan mengajar di sekolah serta pelajar tahun 1 hingga 2 yang terlibat dengan program j-QAF dan yang belum terlibat.

Data kajian pula akan diperoleh dengan menggunakan soal selidik dan pemerhatian oleh penyelidik sendiri. Item soal selidik akan dirangka berpandukan kepada jenis kemahiran komunikasi yang telah dirangka oleh penyelidik. Manakala analisis peperiksaan pelajar akan diambil bagi membuat perbandingan keputusan dan kefahaman pelajar. 8.1 Metod Penganalisaan Data Data Soal Selidik yang dikumpul akan dianalisis menggunakan perisian SPSS Versi 15.0. Antara ujian yang akan dijalankan ialah statistik deskriptif dan ujian korelasi bagi melihat hubungan antara kemahiran guru dengan tahap kefahaman pelajar. 8.2 Instrumen Kajian Kajian ini akan menggunakan kaedah soal selidik berasaskan soalan-soalan yang akan diubahsuai daripada teknik Money Problem Checklist yang telah diterjemahkan oleh Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Kemudian teknik ini akan diubahsuai agar bersesuaian dengan kajian yang akan dijalankan. Kaedah soal selidik ini terdiri daripada angkubah-angkubah yang berhubungkait dengan model dan teknik serta penguasaan dan kemahiran guru dalam pengajaran Bahasa.

9.0 Kerangka Konseptual Kajian akan berlandaskan kepada Model Bryant (1974). Model ini menjelaskan tentang faktor-faktor yang mempunyai kaitan dengan hasil pencapaian.

Faktor Latar Belakang

Strategi Pengajaran ( Kemahiran KomunikasiGuru)

Persekitaran

Pencapaian

Proses Pendidikan

Pengaruh lain

Sumber : E.C.Bryant, Association Between Educational Outcomes And Background Variable

Denver : National Assessment Of Educational Progress, 1974, p.5.

Rajah di atas menerangkan bahawa latar belakang dan proses pendidikan memberi impak ke atas pencapaian seseorang pelajar. Berdasarkan rajah tersebut, maka pengkaji akan meninjau proses pendidikan yang berlaku di sekolah melalui aktiviti pengajaran yang berkaitan dengan kemahiran komunikasi guru dan kesannya dalam penguasaan Bahasa Arab.

Maka, dapat dirumuskan bahawa kerangka kajian yang akan dilaksanakan adalah seperti rajah berikut :

10.0 Kerangka Kajian

Pembolehubah Bebas

Pembolehubah Bersandar

Tahap Kefahaman pelajar soalan dengan betul bertindak balas dengan betul menulis dengan betul keputusan ujian yang baik dapat menjawab

Berdasarkan Kerangka Kajian di atas, maka pengkaji akan melihat aspek-aspek yang berkaitan dengan jenis kemahiran

komunikasi yang dipraktikkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kemudian, sampel soal selidik akan

melibatkan guru dan pelajar sekolah yang terlibat dengan pembelajaran Bahasa Arab.

11.0 Intepretasi Tahap Kefahaman PelajarTahap 1 Tidak dapat memahami dan bertindak balas terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran Tahap 2 Dapat memahami Tahap 3 Dapat memahami Tahap 4 Dapat memahami

beberapa arahan dan dan melakukan gerak dan bertindak balas melakukan tindak balas dengan minimum balas dalam beberapa dengan baik dan arahan dengan baik memberikan respon yang pantas dalam aktiviti

Rajah 3 : Petunjuk tahap kefahaman pelajar. 12.0 Kesimpulan Pengkaji amat berharap bahawa kajian ini dapat dilaksanakan dengan baik, berfokus serta dapat menjawab persoalan kajian yang dirancangkan.. Kemudian hasil kajian ini nanti diharapkan dapat

memberi maklumat yang positif ke arah penambahbaikan dalam rancangan dan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah khususnya menjadi respon terhadap program j-QAF dan pendidikan Bahasa Arab sekolah rendah.

Bibliografi Al-Quran al-Karim Al-Hadith al-Syarif Abd Rahim Abd Rahim. (1999). Pendidikan sejarah: Falsafah, teori dan amalan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors. Sdn. Bhd.Abdul Rahman Hj. Abdullah, Falsafah Dan Kaedah Pemikiran (2001), Kuala Lumpur: Utusan Publication.

Charles Issawi, M.A, (1963), An Arab Philosophy of History, Selections from the Prolegomena of Ibn Khaldun of Tunis (1332-1406), London: J. Murray

Ecless, J., Midgeley, C., Adler, T.F. (1984). Grade-related changes in the school environment: Effects on achievement motivation. In Advances in motivation and achievement, Vol 3. Edited by John, G.N Greenwich, Connecticut, JAI Press, 1984.

Hashim Musa (2001), Falsafah Logik, Teori Nilai Dan Etika Melayu; Suatu Pengenalan, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu

Hassan Langgulung (2003), Asas-Asas Pendidikan Islam, Jakarta: Pernerbit P. Pustaka al-Husna, cet. 5.

_______________ (1986),, Pengenalan Tamadun Islam Dalam Pendidikan Kuala Lumpur:DBP

Majid Fakhry, A Short Introduction To Islamic Philosophy, Theology and Mysticism (1997), (terj.) Jakarta: Penerbit Mizan.

Mohd Hussain Ali Yasin, Mabadi Asasiah Fi Turuk Tadris Al Am, Darul Qalam, Beirut, Lubnan _____________________(2005), Budaya Berfikir Kritis Menurut Ibn Khaldun Sebagai Asas Pembinaan Budaya Berfikir Melayu Masa Kini, kertas kerja seminar antara bangsa budaya dan pemikiran antara negara China dan Malaysia, di Universiti Beijing China pada 6-12 Jun 2005. Osman Bakar, Beberapa Aspek Falsafah Ilmu, dalam Jurnal Kesturi, bil 2, Disember 1995

Sarton,George (1975), Introduction to the History of Science, New: York: Robert E Krierger, v.3

Stipek, D.J.(1984). Motivation to learn. From theory to practice. Englewood Cliffs, New Jersey : Prantice Hall, 1988.

Wan Mohd Nor Wan Daud (2003) Budaya Ilmu satu Penjelasan, Singapura: Pustaka Nasional, 2003.