proposal 2011
Embed Size (px)
TRANSCRIPT

1
INSANCEMERLANG
Program Khas 2011
“Menjangkau Batas Sempadan Diri”
“Program
khas yang telah terbukti
berkesan dengan peningkatan
mendadak bilangan pelajar yang mencapai
keputusan 9A/10A Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) dan 9A/8A (Penilaian Menengah Rendah
(PMR) serta pencapaian cemerlang Gred Purata
Keseluruhan (GPK) sekolah dan PNGK 4.00 pelajar
IPT setiap tahun. Satu bentuk program yang unik
menggunakan pendekatan luar biasa dan
menyentuh kesemua aspek persediaan diri pelajar
merangkumi emosi, disiplin mental, teknik
belajar, komunikasi berkesan, keterampilan
diri dan kecemerlangan
kokurikulum.”
BersamaYM RAJA SHAMRI BIN RAJA HUSIN Life Coaching, Motivation and Training
proposal 2011_03_Layout 1 28/12/10 18:43 PM Page 1

2
“SUCCESS IS NOT ALL ABOUT TECHNIQUES
SUCCESS IS ALL ABOUT WAY OF LIFE”
proposal 2011_03_Layout 1 28/12/10 18:43 PM Page 2

3
Laili bt YahayaSMK Iskandar Shah, Parit Perak “Setelah mengikuti program ini, saya
berasa sungguh bertuah kerana
terpilih untuk menyertai program ini.
Program ini lebih berkesan
berbanding degan program-program
yang pernah saya sertai sebelum ini.
Kini saya sedar kemiskinan & rupa diri
bukanlah penghalang untuk mencipta
sebuah kejayaan. Jika Abang Raja
datang dari sebuah keluarga yang
miskin dan mengalami kecatatan,
apatah lagi saya yang sempurna ini.
Oleh itu, saya berjanji akan berusaha
bersungguh untuk mencipta sebuah
kejayaan seperti mana yang dicipta
oleh Abang Raja. Terima kasih.”
Arwan bin SudirKolej Ibu Zain, UKM Bangi“Setelah mendengar program ini
daripada Abang Raja, saya berharap
semoga keazaman dan kegigihan
saya di universiti akan bertambah.
Pada mula, saya buntu dalam
membentuk halatuju saya yang
sebenar di universiti, akan tetapi
setelah menyertai program Abang
Raja saya telah banyak mempelajari
strategi dan teknik yang berkesan di
universiti. Sekian terima kasih”
Cikgu RosmahSMK Dato’ Syed Isa Batu Pahat“Terima kasih di atas motivasi yang
telah dibangkitkan kepada anak didik
kami (SMKDSE). Saya sebagai guru
SMKDSE memang menantikan
kedatangan YM Raja. Detik susah di
zaman kecil kita serupa, membuatkan
saya turut mengalirkan airmata.
Motivasi itu bukan sahaja untuk murid
tetapi untuk cikgu juga. Tak rugi pihak
kami menjemput YM Raja. Semoga
terus berkongsi kejayaan dengan
anak bangsa. Semoga semangat
yang dinyalakan terus menyinari
kejayaan hidup mereka untuk hari ini
juga di masa depan. Tahniah dan
syabas!!!”
Puan MaimunGPK 1 MRSM Transkrian“Program bersama pelajar MRSM
Transkrian dan Raja Shamri diadakan
di saat akhir menjelang peperiksaan
diwaktu kami guru-guru amat risau
melihatkan prestasi semasa para
pelajar yang amat tidak
memberangsangkan. Namun
program beliau walaupun di saat-saat
akhir tersebut telah berjaya
memberikan satu sentuhan dalaman
yang amat hebat dan mengagumkan
sehingga kami akhirnya berjaya
mendapat tempat pertama PMR
MRSM se-Malaysia dan pencapaian
SPM juga meningkat cukup
mendadak sekali ... TAHNIAH untuk
beliau dan GOLDEN MINDS.”
Sofiana Abdul Aziz,SMK Mat Kilau“Perfect! Program ini berkesan. Bagi
saya biarpun apa sahaja kekurangan
kita dari segi kewangan, fizikal, ianya
bukanlah satu penghalang untuk
seseorang berjaya. Di mana ada
usaha di situ ada jalannya. Berkat
kesabaran selama ini dalam menuntut
ilmu pasti membuahkan hasil yang
lumayan. Saya akan mengikuti segala
tips yang diberikan. TERIMA KASIH!!!
Lailatul Munirah IsmailMRSM Serting“Saya berasa sangat bersyukur
kerana dapat mengikuti program ini.
Inilah kali pertama saya merasakan
ceramah motivasi yang memberi
kesan positif kepada saya.
Pengalaman abang Raja
membuatkan saya sedar dan akan
belajar bersungguh untuk menbantu
ayah saya yang sakit, mak dan
keluarga di kampung. Saya berharap
akan mendapat 9A1 dalam SPM dan
berjaya dalam kerjaya dan hidup.”
En. ShamsudinBranch Head, MAA Kelantan“Saya mengenali Raja Shamri kerana
sejak kecil kami dari sekolah yang
sama dan apa yang beliau lakukan
bersama syarikatnya Golden Minds
Consultant adalah amat
menakjubkan. Keupayaan beliau
mengendalikan program-program
yang memberikan impak besar
kepada peserta program adalah satu
kelebihan luar biasa anugerah Allah
pada beliau…”
Dr. Wan AzlizanaHospital Sultan Ismail, Johor Bharu“ Abang Raja Shamri datang ke Kolej
Matrikulasi Tangkak pada 2003
diwaktu saya benar-benar tidak
berkeyakinan untuk score cemerlang
disana apatah lagi result SPM yang
sekadar cukup makan. Namun
program sehari bersama beliau telah
mengubah saya menjadi seorang
pejuang untuk diri dan keluarga saya
dan akhirnya saya berjaya
melanjutkan pelajaran dalam bidang
kedoktoran di Sumatera dibawah
tajaan MARA. Kini saya adalah
seorang doktor di Johor Bharu dan
abang raja adalah orang yang telah
menjadikan impian saya jadi
kenyataan. Saya menunggu peluang
untuk mengubati abangraja biarpun
sekadar hanya demam …”
TESTIMONI
proposal 2011_03_Layout 1 28/12/10 18:43 PM Page 3

4
PENGENALAN
Berkat ketekunan dan semangat yang
tinggi beliau kemudiannya ditawarkan
ke Maktab Rendah Sains MARA Kota
Bharu setelah mendapat kejayaan
yang cemerlang didalam peperiksaan
SRP di Sekolah Menengah Gaal Pasir
Puteh. Setelah menamatkan pelajaran
di MRSM beliau ditawarkan pula ke
Kolej Yayasan Pelajaran MARA dan
kemudiannya ke Northern Arizona
University USA dibawah program
anjuran MARA mengikuti kursus di
bidang Pentadbiran Perniagaan.
Sekembalinya beliau dari luar negara,
beliau telah berkhidmat bersama
beberapa syarikat swasta di Kuala
Lumpur. Disebabkan rasa tandus dan
cinta kepada ilmu pengetahuan yang
semakin bergelojak, beliau
kemudiannya mengambil keputusan
untuk melanjutkan pelajaran ke
Universiti Teknologi MARA mengikuti
kursus di bidang Pengangkutan pula.
Raja Shamri kemudiannya membuka
syarikatnya sendiri berupa sebuah
syarikat perunding latihan dan motivasi
disamping terus melanjutkan pelajaran
di peringkat sarjana pula.
Semenjak kecil, kemiskinan keluarga
telah menjadikan beliau seorang yang
benar-benar tabah dan sentiasa mahu
mengubah nasib diri, keluarga dan
masyarakat. Biarpun dilahirkan cacat
tanpa sebelah kaki dan sukar untuk
bergerak namun ianya bukanlah
penghalang untuk beliau mencipta
kejayaan demi kejayaan di dalam
hidupnya baik dari segi akademik
mahupun kecemerlangan kepimpinan
dan kokurikulum. Beliau tahu tiada
sesiapa yang dapat membantu beliau
melainkan diri beliau sendiri.
Di Institut Pengajian Tinggi, beliau
terkenal sebagai seorang pemimpin
mahasiswa yang sentiasa membantu
pelajar lain dan amat disegani di
kalangan teman dan kakitangan
universiti. Sikap beliau yang sentiasa
merendahkan diri dan berfikiran positif
menjadikan beliau seorang yang
berjaya di dalam akademik dan
kepimpinannya. Bekas Pemimpin
tertinggi beberapa pertubuhan
mahasiswa dalam dan luar negara ini
cukup aktif mengendalikan program-
program pelajar.
Pelbagai anugerah yang diterima
termasuk anugerah mahasiswa
cemerlang dan Anugerah Sarjana
Cemerlang di peringkat Sarjana yang
diterima adalah bukti bagaimana
seorang anak kampung yang
mempunyai tujuh orang adik beradik
dan dengan pendapatan keluarga
hanya RM 300.00 sebulan ini mampu
untuk berjaya biarpun dilahirkan cacat
berkaki palsu.
Dengan berbekalkan pengalaman lebih
lapan tahun didalam mengendalikan
program kecemerlangan diri,
akademik, kepimpinan dan
sebagainya, Raja Shamri adalah satu
contoh anak muda Melayu Baru yang
tidak pernah mengalah, satu role-
model untuk diikuti, satu semangat
yang dicari-cari, menawarkan program
yang mengetengahkan bahawa tiada
yang mustahil didunia ini. Beliau telah
buktikannya dan akan terus
membuktikannya.
Kini beliau mengendalikan syarikatnya
sendiri Golden Minds Consultant yang
menawarkan program-program
pembangunan diri (self-development
program) untuk para pelajar sekolah
dan IPTA seluruh Malaysia, MRSM,
Kolej-kolej Matrikulasi, para usahawan
MARA, sektor awam dan korporat
seluruh negara, Brunei dan Indonesia.
Raja Shamri adalah antara motivator
anak muda melayu baru yang disegani
kerana usahanya dan prinsipnya yang
bakal dikongsi didalam setiap
program bersama beliau.
Raja Shamri bin Raja Husin dilahirkan pada 25 Mac 1975 di Pasir Puteh Kelantan. Beliau
mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Raja Pasir Puteh sebelum
melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Sains Machang (SMSM) diperingkat menengah.
Setahun sahaja di SMSM beliau terpaksa pulang ke sekolah harian biasa kerana mengalami
kesukaran untuk bergerak disebabkan kecacatan kaki yang dialaminya semenjak dilahirkan lagi.
proposal 2011_03_Layout 1 28/12/10 18:43 PM Page 4

5
OBJEKTIF PROGRAM
SedarMenyedarkan para peserta
tentang peri pentingnya
kejayaan dalam bidang
akademik bagi menjamin
kejayaan dalam hidup pada
masa-masa akan datang.
PositifMembina sikap positif
yang sepatutnya dimiliki
oleh pelajar bagi menjamin
kejayaan cemerlang
masing-masing.
YakinMenghilangkan sifat
pemalu keterlaluan
terutama untuk bertanya di
dalam kelas, berjumpa
pensyarah dan
sebagainya.
SyukurMengujudkan rasa
keinsafan dan bersyukur
di atas nikmat
kemudahan pendidikan
yang disediakan.
MahirMenjana kemahiran berfikir
ke arah kematangan
menyelesaikan masalah
peribadi dan pembelajaran.
TeknikMengetengahkan teknik-
teknik belajar yang baru
dengan satu alternatif
pendekatan yang menarik
dan efisien.
KepimpinanMemupuk ciri-ciri
kepimpinan yang harus
dimiliki oleh semua pelajar
ke arah merealisasi warga
penuntut yang mantap
dari segi akademik,
kokurikulum dan sahsiah
rupa diri.
WawasanMelahirkan pelajar yang
sentiasa menghargai dan
bijak menguruskan masa
serta belia / remaja yang
sentiasa bercita-cita
tinggi sejajar dengan
aspirasi kerajaan iaitu ke
arah pembentukan
generasi berwawasan.
proposal 2011_03_Layout 1 28/12/10 18:43 PM Page 5

6
Program bakal diadakan dalam bentuk
ceramah / seminar yang berupa
perkongsian pengalaman antara
penceremah / motivator dengan para
peserta. Disamping itu program juga
bakal melibatkan para peserta dengan
aktiviti-aktiviti yang pastinya
menyeronokkan dan amat bermanfaat
dalam menyedarkan para peserta
tentang peri pentingnya berusaha kearah
kecemerlangan diri masing-masing.
Program ini menggunakan modul
kemahiran belajar sebagai platform agar
para peserta memperolehi input dari
segenap aspek kehidupan mereka di
kampus yang meliputi motivasi,
pembentukan personaliti dan sahsiah
rupa diri, pengurusan masa berkesan,
teknik belajar berkesan dan semuanya
dalam satu program.
“KEJAYAAN ITU DICIPTAOLEH INSAN BIASA YANGBERUSAHA SECARALUAR BIASA”
PERLAKSANAAN PROGRAM
proposal 2011_03_Layout 1 28/12/10 18:43 PM Page 6

7
UmurJarak umur motivator yang masih
muda lebih berkesan di dalam
menyampaikan mesej-mesej tertentu
berdasarkan teori pengaruh rakan
sebaya (Peers Influence) berbanding
dengan penyampaian daripada
seorang ayah kepada anak seperti
selalu diadakan oleh kebanyakan
penceramah/motivator yang sedia ada.
BahasaPengunaan bahasa yang mudah dan
selari dengan frekuensi penerimaan
sasaran.
KongsiPerkongsian ilmu dan pengalaman
tersendiri menjadikan corak
penyampaian lebih berkesan kerana
segala yang diceritakan dialami sendiri
oleh motivator.
BolehPencapaian akademik dan
kokurikulum seseorang yang
dilahirkan cacat, sukar untuk bergerak
membuktikan bahawa kejayaan itu
tidak mustahil untuk dicapai.
MutakhirPendedahan terhadap perkembangan
isu semasa yang terkini terhadap
dunia pendidikan dan cabaran-
cabarannya serta menyediakan
‘input-input’ yang pastinya segar ‘up-
to-date’ untuk para peserta.
PelbagaiKaedah penyampaian menggunakan
pendekatan yang dipelbagaikan
merangkumi ‘role-play’, kisah dan
teladan, motivasi kepimpinan,
pembentukan sahsiah rupa diri,
keagamaan, muhasabah diri, dan
sebagainya menjadikan program yang
disediakan cukup menarik dan
berkesan.
PengalamanMotivator yang berpengalaman luas
dalam psikologi remaja dan telah
membuktikan program beliau adakan
telah berjaya menjadikan MRSM /
Sekolah / Pusat Matrikulasi / IPTA
mencapai bilangan pelajar cemerlang
(PNG 3.00 dan 4.00) yang amat
menakjubkan.
CabaranKecacatan fizikal motivator yang
berkaki palsu, pengalaman beliau
sebagai pemimpin pelajar sewaktu di
IPTA luar Negara dan juga dalam
Negara, keterlibatan diri beliau dalam
kokurikulum, kesusahan hidup
disebabkan kemiskinan keluarga
penoreh getah, dan kecemerlangan
beliau di dalam akademik adalah satu
CABARAN kepada para peserta.
KEBERKESANAN PROGRAM
proposal 2011_03_Layout 1 28/12/10 18:44 PM Page 7

8
SENARAI PROGRAM
Teknik dan pengajaran yang berkesan mampu membantu memaksimakan potensi
insan. Pendekatan secara menyeluruh memastikan keberkesanan program dan boleh
membina personaliti yang berkualiti secara dalam dan luaran.
• Personal Growth &Coaching
• Pengukuhan Jiwa IndividuKurang Upaya (Ibu Bapa,Pelajar, Pasangan)
• Teacher’s Training
• Neuro-LinguisticProgramming forManagers
• Strategic Thinking &Visioning
• Growing Your Business
• Teknik MenghadapiTemuduga
• Developing Disabled• Enhancing Mental
Capabilities
Program ini mensasarkan pelajar atau ibubapa
dengan memberikan sajian program motivasi
yang unik dan cukup berkesan bagi
meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar,
memperbaiki sahsiah rupa diri pelajar disamping
memberikan motivasi kepada ibubapa demi
kecemerlangan hidup didunia dan akhirat.
Bilangan Peserta: Tidak Terhad
Modul: Kecemerlangan Akademik / Kepimpinan
/ Sahsiah Rupa Diri.
Peserta: Pelajar sekolah rendah dan menengah
Penuntut IPTA/s Ibubapa Guru
Program seminar 1 hari ini lebih memberi
penumpuan terhadap daya pemikiran peserta di
samping melatih mereka meningkatkan
keupayaan mental bagi menghadapi tekanan,
masalah serta menjadi lebih bersemangat untuk
menghadapi cabaran dalam hidup samada
belajar, kerjaya, rumah tangga, sosial dan
sebagainya.
Bilangan Peserta: Terhad kepada 300 orang
Modul: Kecemerlangan Akademik / Kepimpinan
/ Sahsiah Rupa Diri
Seminar hujung minggu selama 3 hari iaitu pada
hari Jumaat, Sabtu dan Ahad ini turut
menyediakan program yang menarik untuk para
peserta. Jom bersama-sama Abang Raja
dengan mengikuti pelbagai aktiviti menarik
seperti aktiviti indoor dan outdoor game, team
building, pembentukan sikap, teknik
menghadapi temuduga serta banyak lagi.
Bilangan Peserta: 150 orang / sesi
Modul: Management Game / Team Building /
Tips menghadapi temuduga / Meningkatkan
keyakinan diri / Pembentukan Sikap / Public
speaking / Kemahiran Hidup Asas 1 dan 2 dan
lain-lain.
Peserta: Ibubapa Guru-guru Sektor awam dan
korporat Pihak pengurusan Pelajar sekolah
Menengah Penuntut IPTA/s
Bagi anda yang bergelar guru, pensyarah atau
yang seumpama dengannya, jangan lepaskan
peluang anda untuk mempelajari teknik-teknik
terbaik bagi menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih menarik. Kursus yang
merangkumi teknik dan teori ini pastinya akan
lebih menarik minat para peserta terhadap apa
yang disampaikan disamping menjadikan
peserta seorang pendidik yang disukai dan
disegani pelajar.
Modul: Management Game - Team Building -
Pembentukan Sikap - Classroom management -
Menangani pelajar bermasalah - Financial
management for teachers / educators -
Komunikasi berkesan - Good teacher vs bad
teacher - dan lain-lain.
Peserta: Pensyarah IPTA/s Guru-guru
Khusus untuk pelajar-pelajar sekolah menengah
Kem 3 hari 2 malam ini disediakan bagi mereka
yang inginkan aktiviti berbentuk kem
kecemerlangan diri bagi membuat persediaan
mental dan fizikal kea rah menjadi manusia yang
kental berusaha dan sentiasa berada dihadapan.
Kecemerlangan adalah satu titik tolak yang
mencorak masa hadapan anda!!!
Peserta: Terhad kepada 250 orang.
Sijil penyertaan - Nota ceramah - Doa Amalan
Peribadi - Buku Things To Do - Fail Program -
Golden Minds Club - Keutamaan untuk
berhubung dengan motivator melalui email dan
ToP PRoGRAM
proposal 2011_03_Layout 1 28/12/10 18:44 PM Page 8

9
PRoGRAM-PRoGRAM LAIN
EDUCATIoN AND TRAINING
• Program Khas Pecutan Terakhir Sebelum Peperiksaan
• Program Gerak Gemilang SPM/PMR
• Getting Straight A's in 90 days Bersama Abang Raja
• Program Pembentukan Jati Diri Pelajar Berasrama
Penuh
• Pembelajaran Secara Efektif Melalui Analisis SWOT
• Cemerlang IPT 1 (how to live and study in IPT)
• Cemerlang IPT 2 (how to score in IPT)
• Cemerlang IPT 3 (Persediaan ke Alam Pekerjaan; Do's
and Dont's in IPT)
• Pembentukan Peribadi dan Personaliti
• Persediaan Temuduga
• Komunikasi Berkesan di Dalam Kelas
• Menangani Masalah di Sekolah Berasrama
• Study Group dan Pembelajaran Mentor-Mentee
• Pengurusan Masa Efektif Menggunakan Buku
"Things To Do"
• Program Kepimpinan Badan Beruniform
• Mengenali Personaliti Melalui Credo Profiling (CPP)
• Seminar Bijak Belajar
• Motivasi Kecemerlangan Akademik, Kepimpinan dan
Sahsiah Rupa Diri
PARENTING
• Program Kemahiran Keibubapaan
• Program Sayangi Keluarga Anda
• Program Ibubapa Bersama Pelajar
• Kem Keluarga Bahagia
oUTDooR TRAINING
• Kem Kepimpinan Pelajar
• Kem Kecemerlangan Diri
• Kem Cuti Sekolah
• Kem Keluarga Bahagia
• Kem Kaunseling
• Kem Kerja Berpasukan: Ke Arah Kecemerlangan
Budaya Berpasukan
• Kem Pengurusan Prestasi Staf
• Development of Coaching and Mentoring Skills
CoRPoRATE TRAINING
• Program Motivasi Dalam Organisasi
• Program Kepimpinan Dalam Pengurusan
• Program Membentuk Pekerja Yang Efektif
• Program Latihan Teras Kecemerlangan
Dalam Perkhidmatan
• Program Usahawan Global
• Program Pembangunan Modal Insan
• Program Peningkatan Kualiti dan Prestasi
• Program Motivasi Keusahawanan
• Program Pengurusan Personalia
• Program Pengurusan Menangani Konflik
• Program Komunikasi Berkesan Dalam Organisasi
• Program Kerjaya Antara Realiti dan Fantasi
• Program Pengurusan Tekanan
• Program Peningkatan Produktiviti
• Total Quality Management
• Program Mengenai Personaliti Diri
• Program Pengurusan Pemantapan Diri
• Program Gerak Usahawan
• Program Peningkatan Disiplin Diri Dalam Kerja
• Program Kecemerlangan Kerjaya
• Pendekatan Psikologi dan Kaunseling Dalam
Pengurusan
• Program Pembangunan Staf
• Program Kemahiran Kepimpinan Efektif
• Acceleration of Team Building & Team Development
Processes
• Personal Development & Confidence Building for
Individual and Teams
• Boosting Communications & Unlocking Creativity
Dan banyak lagi program yang disesuaikan denganpermintaan dan kehendak klien.
proposal 2011_03_Layout 1 28/12/10 18:44 PM Page 9

10
MRSM MRSM Muadzam Shah .MRSM Kuala
Berang. MRSM Jeli. MRSM Lenggong.
MRSM Langkawi. MRSM Mersing. MRSM
Batu Pahat. MRSM Kuala Klawang. MRSM
Pontian.MRSM Kuala Terengganu. MRSM
Kota Putera. MRSM PDRM Kulim. MRSM
Besut. MRSM Kuala Krai. MRSM Terendak.
MRSM Taiping. MRSM Kuantan. MRSM
Gerik. MRSM Pasir Salak.MRSM Transkrian.
MRSM Jasin. MRSM Serting. MRSM Pasir
Tumbuh. MRSM Kuching. MRSM Kuala Lipis.
MRSM Merbok. MRSM Alor Gajah.MRSM
Gemencheh. MRSM Kubang Pasu. MRSM
Muar. MRSM Pengkalan Chepa. MRSM
Beseri. MRSM Pengkalan Hulu. MRSM Pasir
Salak. MRSM Balik Pulau. MRSM Kepala
Batas. MRSM Tun Abdul Razak.
SM TEKNIK SMT Johor Bharu. SMT Seri
Manjung. SMT Muadzam Shah. SMT
Pengkalan Chepa. SMT Kuala Kangsar. SMT
Dungun. SMT Dato’ Seri Mohd Zin. SMT
Kuala Terengganu. SMT Seri Pelindung. SMT
Kuantan. SMT Seri Iskandar. SMT Muar. SMT
Pasir Mas. SMT Bukit Piatu. SMT Segamat.
SMT Rompin. SMT Tanjung Puteri. SMT
Kangar.SMT Sungai Buloh. SMT Kuala Lipis.
SMT Ipoh. SMT Gombak. SMT Taiping. SMT
Sepang. SMT Kajang. SMT Jasin. SMT Port
Dickson. SMT Jengka. SMT Labuan. SMT
Pontian. SMT Shah Alam. SMT Kuala
Selangor. SMT Melaka Tengah. SMT Kuala
Krai. SMT Seberang Perai. SMT Slim River.
SMT Selangor. SMT Setapak. SMT Sungai
Petani (2)SMK KEBANGSAAN / SM SAINS / SBPI /SMKA SMK Tok Sera. SMK Tun Saban.
SMK Padang Saujana. SMK Padang Piol.
SMK Pulau Tawar. SMK Bandar Baru Serting.
SM Sains Muar. SMKA Tahap, Jerantut.
Smart Kuantan. SMK Merapoh. SMKP Sultan
Abu Bakar. SMK Taman Impian Mas (2). SMK
Sri Rahmat. SMK Tun Habab. SMK Jerantut.
SMK Putra Kota Bharu SMK Raja Shariman.
SMAT Sabak Bernam. SMK Merapoh. SMS
MACHANG. SMK Ismail Petra, Kota Bharu.
SMK Mutiara Rini. SM Sains Johor. SM Sains
Muar. SMK Air Lanas. SMK Pengkalan Chepa
(2). SMK Cherang Rukusms Selangor. SMK
Bandar. SMKA Tok Jiring. SMK Ibrahim Fikri.
SMK Batu 34. SMK Jengka 16. SMK Kubang
Telaga. SMK Dato' Penggawa Barat. SMK
Gelang Patah. SMK Ahmad Boestaman.
SMK Methodist. SMK Dato' Ali Haji Ahmad.
SM Sains Pasir Puteh. SMK Tun Telanai. SMK
Simpang Renggam. SMK Sultan Omar. SMK
Lukman Hakim. SMK Permas Jaya. SBPI
Kuantan. SMK Munshi Abdullah. SMK Sultan
Abdul Jalil. SMK Dato' Zulkifli Muhd. SMKA
Naim Lilbanat. SMK Seri Iskandar. SMKA
Durian Guling. SMK Derma. Asrama Semai
Bakti. SMKA Segamat. SMK Seri Intan. SMK
Kuala Nerang. SMK Panji Alam. SM Tun
Fatimah. SBPI Mersing. SMK Nazrin Shah.
SMK Seri Manjung. SMK Lambor Kiri. SMK
Rusila. SMK Selandar. SM Sains Pokok Sena.
SMK Tengku Menteri. SMK Tengku Zainal
Abidin. SMK Tun Aminah. SMK Sultan
Alauddin. Maktab Sultan Abu Bakar. SMK
Ungku Husin. SMK Taman Tasik. SMK Jalan
Kolam Air. SMK Dato' Idris. SM Sains Faris
Petra. SMK Sungai Pusu. SMK Sultan
Muzaffar Shah 1. SMK Bandar Ciku. SMK
Dato' Ismail. SMK Dato' Maharajalela. SMKA
Johor Bahru. SMK Jengka. Pusat SMK Sultan
Abdul Aziz. SMK Tan Sri Abdul Kadir. SMK
Tenggaroh A. SM Sains Tun Syed Shah
Shahabudin. SMK Iskandar Shah. SMK Batu
10 Lekir. SMKP Temenggong Ibrahim. SMK
Sultanah Bahiyah. SMK Seri Gading. SMK
Dato'ali Haji. SMK Ketengah Jaya. SMK
Tengku Mahmud Jaya. SMK Tengku Mahmud
Iskandar. SMK Chukai. SMK Sultan Sulaiman.
SMK Kg.Nyior. SMK Kubang Bemban. SMK
Belitung. SM Datuk Abdul Razak. SMK Seri
Samudera. SMK Datuk Abdul Razak. SMK
Trolak. SMK Tasek Permai. SMK Putera. SMK
Tunku Abdul Malek. SMK Pangkor. SMK
Ketereh. Maahad Islamiah Addiniah. SMK
Taman Daya. SMK Mat Kilau. SEMSAS. SBPI
Temerloh. SMS Lahad Datu. SMS Seremban.
SMK Seri Paka. SMK Tok Muda Abdul Aziz.
SMK Gerik. SMK Sungai Nibong. SMK Sultan
Yusuff. SMK Tengku Abdul Malek. SMK Bukit
Tunggal. SMK Kedai Buluh. SM Convent Batu
Pahat. SMKA Nibong Tebal. SMK Kayu Ara
Pasong. SMKP Pasir Mas. SMK Dato' Syed
Isa. SMK Dato' Husin Selama. SMK Datuk
Bendahara. SMK Senggarang. SMK Sultan
Idris Shah (2) Gerik. SMK Datin Onn Jaafar.
SMK Beserah. SMK Abu Bakar Temerloh.
SMK Taman Universiti. SMK (P) Sultan
Ibrahim. SMK Parit Betak. SMK Dato' Usman
Awg Jb. SMK Dato' Mohd Yunus Sulaiman.
SMK Tun Perak. SMK Sungai Layar. SMK
Meranti. SMK PPP Tun Abdul Razak. SMK
Sungai Koyan. SMK Bukit Mewah. SMK (A)
Lati, Pasir Mas. SMK Dato' Biji Wangsa. SMK
Seri Tualang. SMK Wakaf Bharu. SMK Lktp
Tersang. SMK Sungai Pasir. SMK Kenering.
SMK Skudai. SMK Kota Bharu. SMK (A)
Wataniah. SMK (A) Falahiah Pasir Pekan.
SMK Putra Perdana, Puchong. SMA Jaim
Assyakirin. SMA Islam Al-Hidayah. SMK
Abdul Jalil. Sam Paya Jaras. SMK Dato'
Abdul Rahman Yaakob. SMK Dato' Abdul
Rahman Andak. SMK Raja Muda. Smk
Bandar Sg.Petani.
IPTA/IPTS Kolej Matrikulasi Johor. KPM
Kuantan. KYPM Cheras. KYPM Kuantan.
KPM Indera Mahkota. Kolej Mara Kuala
Nerang. KPTM Kota Bharu. KPM Melaka.
Kolej Matrikulasi Kedah. Kolej Matrikulasi
Pahang. KPTM Kuantan. Kolej Matrikulasi
Negeri Sembilan. Kolej Matrikulasi Melaka.
Polimas. IKM Besut. KISDA. Politeknik Sultan
Idris Shah. UITM Melaka. UITM Machang.
UITM Kedah. UITM Perak. Kolej Abu Zain
(UKM). UPM. UITM Shah Alam. UDIM (Fakulti
Sains Informatik). UKM.
Sehingga tahun 2010, Raja Shamri telah berkongsi aspirasi bersama lebih 300,000
pelajar di lebih 300 institusi pengajian tinggi dan menengah di serata Malaysia
termasuk Sabah dan Sarawak.
PENCAPAIAN
ANTARANYA
proposal 2011_03_Layout 1 28/12/10 18:44 PM Page 10

11
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Golden Minds Consultant (KT0175369-P)
PT 587, Tingkat 1
Wakaf Lanas
Jalan Pasir Puteh-Kota Bharu
16800, Pasir Puteh
Kelantan, MALAYSIA
tel +609 786 8787 / 752 8787 (DL)
fax +609 786 8788
e-mail [email protected]
web: www.goldenminds.net
facebook: facebook.com/raja.shamri3
proposal 2011_03_Layout 1 28/12/10 18:44 PM Page 11

12
Golden Minds Consultant (KT0175369-P)
PT 587, Tingkat 1
Wakaf Lanas
Jalan Pasir Puteh-Kota Bharu
16800, Pasir Puteh
Kelantan, MALAYSIA
tel +609 786 8787 / 752 8787 (DL)
fax +609 786 8788
e-mail [email protected]
web: www.goldenminds.net
facebook: facebook.com/raja.shamri3
proposal 2011_03_Layout 1 28/12/10 18:44 PM Page 12