proposal saya
Embed Size (px)
TRANSCRIPT

1
PENGINTEGRASIAN PENGGUNAAN
TEKNOLOGI KOMPUTER DALAM
PEMBELAJARAN MATEMATIK
TAMBAHAN TINGKATAN EMPAT.
Oleh
RUZIHAN BINTI ABDULLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri
Jalan Labu Lama
72000 Seremban
Negeri Sembilan
Proposal Kajian Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Temuduga Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) Peringkat Sarjana Tahun 2009
Kursus B17 PENDIDIKAN MATEMATIK

2
BAB 1
PENGENALAN KAJIAN
Era perkembangan teknologi masa kini mempengaruhi setiap bidang
kehidupan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai
satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif
terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada
sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berfikiran kreatif,
dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan
inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran berhasrat untuk mewujudkan
Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan dan
perlaksanaan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor atau MSC).
Perlaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi
komputer yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem
pendidikan. Suasana ini akan mengurangkan jurang peluang antara mereka yang
berada dan berupaya menggunakan teknologi terkini di rumah, dengan mereka yang
kurang berada ( KPM, 1997 ).

3
1.1 Latarbelakang Kajian
Menurut Ng See Ngean (dalam Baharudin Moktar, 1991, m.s.2), Matematik
adalah satu mata pelajaran yang bersifat hierarki, iaitu pembelajaran secara
berperingkat-peringkat. Sehubungan itu, pelajar yang menghadapi masalah
penguasaan bagi sesuatu tajuk pada awal proses pembelajaran dan pengajaran akan
menghadapi masalah pada masa akan datang atau penguasaan pada bab yang
mendatang. Hal ini perlu diberi penekanan atau dijadikan fokus utama kepada pelajar
yang bermasalah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan
lancar.
1.2 Pernyataan Masalah
Temubual dengan pelajar tingkatan 4 mengatakan mereka tidak memahami
kemahiran-kemahiran abstrak daripada beberapa tajuk tingkatan 4 sungguhpun
mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam subjek matematik dalam PMR.
Peratus pelajar mendapat A dalam PMR tahun 2007 dan jika dibandingkan dengan
keputusan Peperiksaan Awal Tahun 2008. (akan diambil data daripada pelajar) .
Sebahagian daripada mereka (Pelajar Tingkatan 4) mengaku sungguhpun
daripada mereka dapat menjawab soalan dengan baik, namun mereka masih tidak
memahami apakah sebenarnya yang mereka lakukan. (Pn. Azizah Binti Mohamad
(2008), Guru Cemerlang Matematik Tambahan , Kajian Tindakan : Pengajaran dan
Pembelajaran Matematik Tambahan melalui Perisian Geometer’s Sketch Pad)

4
1.3 Objektif Kajian
Teknologi maklumat seperti pemprosesan perkataan, kalkulator, 'spreadsheet
tool' (seperti MS Excel),Geometry Sketchpad dan internet akan membolehkan
pelajar-pelajar yang mempunyai tahap pencapaian sederhana untuk menumpukan
pembelajaran di tahap yang lebih tinggi seperti mempelajari dan menguasai teknik-
teknik komunikasi dan penyelesaian masalah yang mana merupakan suatu kebolehan
yang sangat berharga dalam pemikiran matematik. Oleh kerana teknologi maklumat
sudah menjadi salah satu daripada budaya yang hebat, maka ia menjadi lebih telus
dan dilihat sebagai suatu implementasi untuk mengangkat keupayaan manusia dan
komunikasi. Justeru itu, teknologi di dalam kelas sepatutnya memainkan peranan
yang sama sebagai alat harian yang dapat menambahkan kuasa pelajar untuk
menyiasat dan menguasai idea-idea penting dan seterusnya menjana kebolehan
personal yang sangat bernilai.
1.4 Objektif Khusus
Teknologi akan diintegrasi apabila ia digunakan untuk melibatkan pelajar
supaya belajar dengan lebih bermakna. Maka matlamat sebenar dan utama
pengintegrasian teknologi adalah bukan untuk pelajar menggunakan teknologi
semata-mata tetapi untuk melibatkan pelajar dalam pembelajaran bermakna.
Pengintegrasian teknologi yang berkesan tidak berlaku dalam sebarang persekitaran.
Ia hanya akan berlaku secara berkesan dalam persekitaran pembelajaran yang
menekankan pembelajaran bermakna. Untuk membina persekitaran pembelajaran
yang sesuai bagi pengintegrasian, kita perlu memikirkan suatu pendekatan
pengajaran pembelajaran yang berlainan daripada yang diamalkan secara tradisional

5
hari ini. Pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran akan hanya
berlaku secara berkesan dalam kelas yang berpusatkan pelajar di mana guru
berperanan sebagai fasilitator.
Untuk mencapai matlamat tersebut (ke arah persekitaran yang aktif). Di
dalam persekitaran konstruktif pula, pelajar mengintegrasi idea baru kepada
pengetahuan sedia ada untuk membina makna. Mereka menggunakan komputer
sebagai alat kognitif atau media mempertingkatkan wacana. Apabila pelajar bekerja
sebagai suatu komuniti pembelajaran di mana setiap ahli komuniti tersebut
menyumbang ke arah mencapai matlamat individu dan kumpulan pula, ia dinamakan
persekitaran kolaboratif. Melalui persekitaran sebegini, teknologi digunakan oleh
pelajar untuk menyokong kerja koperatif bagi memudahkan kolaborasi. Seterusnya,
dalam suasana pembelajaran bermatlamat pula, pelajar akan berusaha mencapai.
Persekitaran yang aktif akan melibatkan pelajar dalam pemprosesan maklumat
secara bermakna kerana mereka menggunakan teknologi sebagai alat kognitif
matlamat dan objektif kognitif mereka. Komputer membolehkan mereka untuk
memperkembangkan cara mengorganisasi aktiviti dan tugasan ke arah mencapai
matlamat dan objektif ini.
Melalui persekitaran berwacana, pelajar akan memperolehi manfaat dengan
menjadi ahli komuniti yang membina ilmu di mana pelajar saling bertukar idea dan
saling membina pengetahuan masing-masing. Internet akan melanjutkan komuniti
pembelajaran melampau dinding bilik darjah. Apabila berhadapan dengan suasana
pembelajaran yang berkonteks, pelajar sebenarnya berdepan dengan tugasan
pembelajaran yang tersasar dalam tugasan dunia sebenar atau yang di simulasikan
melalui aktiviti yang berasaskan masalah. Perisian simulasi akan membina semula

6
senario untuk dianalisis oleh pelajar. Akhir sekali, persekitaran pembelajaran yang
reflektif membenarkan pelajar membuat refleksi tentang proses yang telah
disempurnakan dan keputusan yang telah diambil semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dan menerangkan dengan jelas apa yang telah mereka pelajari.
Hasilnya, pelajar akan menggunakan komputer untuk menunjukkan apa yang mereka
tahu.
Dalam penggunaan teknologi bagi pengajaran dan pembelajaran matematik
ada beberapa perkara yang harus dielakkan oleh guru. Pertamanya, guru tidak boleh
terlalu fokus kepada teknologi dan kurang kepada matematik. Ini kerana, teknologi
hanyalah sebagai alat dan bukannya objek pembelajaran. Kedua, guru harus
mengelakkan daripada menggunakan teknologi secara ekslusif. Teknologi secara
tabiinya adalah abstrak. Pembelajaran akan menjadi bermakna jika teknologi
digunakan dengan alat-alat lain seperti bahan manipulatif. Pembelajaran tidak akan
menjadi bermakna jika pelajar tidak diminta untuk menyelesaikan masalah dunia
sebenar.
Perkara ketiga ialah, elakkan daripada menggunakan teknologi untuk
melakukan lebih daripada yang diminta dalam matematik. Kadangkala kita
mendapati pelajar melaporkan jawapan sesuatu pengiraan sehingga lapan rumah
perpuluhan kerana teknologi yang digunakan menunjukkan hasil pengiraan sehingga
lapan tempat perpuluhan. Ini satu contoh dimana pelajar menggunakan teknologi
untuk melakukan lebih daripada yang diharapkan oleh matematik. Seterusnya,
perkara keempat ialah tidak terlalu bergantung kepada sejenis teknologi sahaja.
Tidak satu teknologi yang ada hari ini yang boleh dikatakakan sempurna dan boleh
menyelesaikan semua masalah yang diberikan. Sebarang pelaburan besar yang

7
dibuat dalam mendapatkan sesuatu teknologi akan berkesudahan dengan pelaburan
yang mengongkong. Teknologi akan berubah, jadi kita perlu memastikan pelaburan
yang dibuat tidak akan mengekang kita daripada mendapatkan teknologi yang lain.
Akhir sekali perkara ke lima ialah, teknologi sepatutnya tidak digunakan
untuk 'streaming'. Kita kadangkala berjumpa dengan komputer yang digunakan
sebagai ganjaran atau sebagai alat melatih tubi. Komputer hanya boleh digunakan
bila pelajar telah menyiapkan tugasan mereka. Sepatutnya teknologi diberikan
kepada semua untuk berpeluang menggunakannya dalam situasi dan masalah yang
mencabar dan menarik. Dengan membolehkan setiap pelajar berpeluang
menyelesaikan masalah yang mencabar, mereka akan melihat sebab mengapa
mereka harus mempelajari asas matematik.
1.5 Kepentingan Kajian
Kajian yang dinyatakan bagi mengubah persepsi pelajar matematik tambahan
itu abstrak, sukar difahami. Pelajar juga perlu memahami bahawa asas matematik
adalah algebra dan asas algebra terdapat dalam subjek matematik tambahan
tingkatan 4 contohnya pembezaan dan pengamiran. Oleh yang demikan kajian
tentang penggunaan teknologi ICT dalam matematik tingakatan 4 ini akan dapat
memberikan satu fenomena baru kepada pelajar bahawa matematik tambahan amat
seronok dipelajari dan pelajar akan dapat melihat kepentingan subjek ini ketika ingin
melanjutkan pelajaran selepas peperiksaan SPM. Selaras dengan hasrat Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) mengintegrasikan ICT dalam Pengajaran dan
Pembelajaran diharap usaha ini akan dapat merealisasikan hasrat tersebut.

8
1.6 Kesimpulan
Kajian ini akan dapat menjadikan subjek matematik tambahan subjek
kegemaran (favourite subject) pelajar bukannya subjek menyusahkan (killer
subject). Semoga dengan pengintegrasian teknologi ICT dengan menggunakan
Geometry Sketch Pad (GSP), spreadsheet tool (MS Excel) dan penggunaan WWW
(Laman Web Matematik - Internet) akan menerjemahkan hasrat ini menjadi
kenyataan.

9
BAB 2
SOROTAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan
Mata pelajaran Matematik merupakan mata pelajaran teras bagi setiap pelajar
samada sekolah menengah mahupun sekolah rendah. Pendidikan matematik
bukanlah satu mata pelajaran yang asing dalam kalangan pelajar dan masyarakat
Malaysia. Penguasaan dalam matematik ini adalah amat penting kerana merupakan
salah satu syarat bagi pelajar-pelajar untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat
yang lebih tinggi iaitu memerlukan keputusan kredit dalam matapelajaran
matematik. Dengan itu, pelajar perlu sentiasa mempersiapkan diri mereka untuk
menguasai konsep dan kemahiran dan mengaplikasikannya dalam mata pelajaran ini.
2.2 Kajian Terdahulu
Tamrin Anuar (2003) bahawa kemajuan dunia dan adunan baru dalam sistem
pendidikan akan membawa rakyat ke era teknologi maklumat. Tengku Mohd
Azzman (2001) pula berpendapat bahawa,
... teknologi mahupun insfrastruktur yang dihasilkan bukanlah penggerak utama.
Nadinya ialah maklumat dan ilmu yang menggerakkan revolusi ilmu semasa.
Manusia pula merupakan medan dan punca utama maklumat dan ilmu tersebut.
Perubahan yang sedang melanda dalam dunia pendidikan kini tentunya akan
merubah kandungan dan reka bentuk kurikulum setiap mata pelajaran (Jamaludin,
1989; Nik Azis, 1989). Kurikulum matematik juga tidak dapat lari daripada arus
teknologi ini (Fatimah & Munirah, 1995; PPK, 1993;Nik Azis, 1989).

10
Pendidikan komputer dalam kurikulum melibatkan tiga peranan penting (Nik
Azis, 1989);
i) Pembelajaran tentang komputer perisian, perkakasan dan pengaturcaraan
komputer
ii) Penggunaan komputer untuk menyelenggara dan memproses data
• memproses data penyelidikan
• memproses perkataan
iii) Penggunaan komputer untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran
• pengaturan murid
• pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ( PPBK ).
Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) ialah aturcara
komputer yang menggunakan teknik-teknik kepintaran buatan untuk membantu
seseorang belajar ( Jamaluddin, 1989 ). Mikrokomputer digunakan untuk
menyelenggara aktiviti pengajaran dengan berpandu kepada program yang dibentuk
oleh penulis perisian. Murid berinteraksi dengan program komputer atau perisian
melalui terminal (Nik Azis,1989).
Dalam pengajaran berbantukan komputer ( CAI ), komputer boleh dianggap
sebagai tutor atau guru. Dalam proses pengajaran sebenar dalam bilik darjah, guru
berperanan sebagai pengajar (instructor), penerang (explainer) dan pemudahcara
(facilitator). Semua peranan ini boleh diambil alih oleh komputer dalam CAI ( Abd.

11
Rahman, 1995). Pengajaran berbantukan komputer melibatkan sistem tutorial,
permainan dan simulasi di samping aktiviti latih tubi (PPK, 1993; Jamaludin, 1989).
Penggunaan komputer dalam pengajaran matematik dapat memperkembang
dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Lebih seabad yang lalu, NCTM
(National Council of Teachers' of Mathematics, 1980) mencadangkan supaya
pengajaran matematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh komputer.
Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran
matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah
penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus
matematik. Keadaan yang sama juga mungkin wujud dalam pengajaran dan
pembelajaran matapelajaran lain di sekolah. Aktiviti penyelesaian masalah adalah
bahagian terpenting dalam pendidikan matematik.
Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak bermakna jika seseorang
pelajar tidak mampu melakukan proses penyelesaian masalah. Laporan Cockcroft
(1982) menegaskan bahawa masalah matematik harus diterjemahkan kepada sebutan
dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini
memerlukan fahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam
masalah tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di
kalangan setengah-setengah pelajar. Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui
penggunaan komputer ( Al Ghamdi, 1987; Lim, 1989 ).
Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson and
Landersman, 1992, Chazan, 1988; McCoy, 1991; Al Ghamdi, 1987) didapati :

12
• pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap
yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan
menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.
• Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat
membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah
dan berkesan
• Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang
ketara
• Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan
mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat
menggunakannya dalam bidang-bidang lain.
Kelembapan dan kebantutan perkembangan CAI dalam pendidikan matematik
khususnya, pada pertengahan tahun 70 an hingga 80 an adalah disebabkan oleh kos
perkakasan komputer yang terlalu tinggi, bilangan perisian yang sedikit, kemahiran
dan pengetahuan tentang komputer yang rendah dan tidak kurang juga kebimbangan
dan kurang keyakinan di kalangan pendidik ( PPK, 1993 ). Walau bagaimanapun
keadaan tersebut telah berubah, di mana harga komputer telah banyak menurun dan
mampu dibeli oleh ramai orang serta berbagai kursus telah dan sedang dianjurkan
oleh pihak kementerian untuk memberi kesedaran, keyakinan, pengetahuan serta
kemahiran dalam penggunaan komputer.
Dalam pendidikan matematik, komputer boleh berperanan untuk melaksanakan
aktiviti-aktiviti berikut
• Penghasilan Bahan Kurikulum

13
• Latih Tubi
• Tutorial
• Ulangkaji
• Pemulihan dan Pengayaan
• Simulasi
• Pengiraan
• Alat Bantu Mengajar
• Tutee
2.3 Penggunaan spreadsheet
Terdapat banyak kajian tentang penggunaan spreadsheet dalam pengajaran
matematik. Kajian-kajian yang telah dijalankan mencadangkan berbagai cara
penggunaan spreadsheet dalam pengajaran matematik ( Janet, 1988; Lim, 1995;
Fatimah & Munirah, 1995). Ada juga kajian yang mencadangkan penggunaan
spreadsheet dapat mengurangkan kesilapan konsep tentang sesetengah konsep
matematik ( Catterall and Lewis, 1985 dalam Fatimah & Munirah, 1995 ). Mungkin
guru-guru di Malaysia juga boleh menggunakan speadsheet dalam pengajaran
matematik sementara menunggu pakej CAI yang sesuai.
2.4 Penggunaan grafik (Geometri Sketch Pad)
GSP (Geometer’s Sketchpad) membantu proses pengajaran dan pembelajaran
dalam penghasilan gambar rajah geometri dan boleh mengukur lilitan, sudut-sudut
dalam bulatan dan sebagainya (Siti Nuradibah Binti Haji Edros – 2007)

14
Perisian Geometer’s Sketchpad boleh digunakan dengan pelbagai cara.
Chanan (2002) mencadangkan pelbagai cara pengajaran dan pembelajaran perisian
ini, antaranya menggunakan makmal komputer dan menggunakan satu komputer.
Walau bagaimanapun guru-guru selalunya lebih cenderung untuk menggunakan
kaedah tertentu sahaja dalam pengajaran dan pembelajaran perisian ini.
Menggunakan perisian Geometer’s Sketchpad guru-guru matematik dapat
menjalankan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar yang memberi
peluang kepada pelajar untuk menjalankan penyiasatan, penerokaan, dan membina
konsep sendiri. Untuk mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran sedemikian
rupa, guru-guru matematik sudah tentu perlu mengajar murid menguasai perisian ini
terlebih dahulu sebelum menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran
topik-topik tertentu dalam mata pelajaran matematik sedangkan masa untuk guru
menghabiskan sukatan mata pelajaran matematik sendiri sangat terhad (Halimah
Binti Haji Che Mat, UKM Bangi)
2.5 Penggunaan Internet
Internet atau ' International Network of Networks ' ialah sebuah rangkaian
komputer diperingkat antarabangsa. Ia mengandungi lebih daripada 50 ribu
rangkaian komputer di seluruh dunia, lebih daripada 6.6 juta komputer hos dan lebih
daripada 50 juta pengguna dari lebih daripada 160 buah negara ( Zoraini, 1995 ).
Dalam rangkaian Internet, terdapat berbagai jenis sumber yang berjuta-juta
bilangannya. Sumber ini termasuklah kertas persidangan, artikel majalah, perisian
komputer, gambar, video dan sebagainya. Seseorang guru boleh mendapat rancangan
pengajaran dari guru lain atau pun dari komputer yang menyimpannya. Atau pun

15
sumber pengajaran seperti peta, gambar dari angkasa lepas dan sebagainya boleh
didapati dalam Internet.
Di dalam Internet terdapat lebih daripada 8 000 kumpulan diskusi eletronik.
Kumpulan ini mungkin terdiri dari beberapa orang sehinggalah ke beberapa ribu
orang yang berbincang tentang perkara yang sama, termasuklah tentang matematik.
Topik-topik perbincangan bermacam-macam dari Antropologi sehinggalah ke
Zoologi. Bagi guru matematik, terdapat beberapa kumpulan diskusi eletronik yang
dapat disertai secara percuma. Antaranya; IMSE-L dan MATHEDCC. Selain
daripada diskusi eletronik, WWW (World Wide Web) juga menyediakan berbagai
sumber pengajaran dan pembelajaran , khususnya dalam bidang matematik ( Zoraini,
1995; Lee, 1996 )
Beberapa tajuk yang boleh diperolehi dari WWW :
� Global Network Navigator - Mathematic
� Math Section
� Mathematics - Singapore Min of Education
� Math Launchpad
� Mathematics Archives - K12 Internet Sites
� K-8 dan K-12 Mathematics Education
� Math and Numbers
� The Math Forum
� Ask Dr Math
� Math Archives
� Internet Math Class

16
� Forum Guru dan Pelajar - TM School On Line
� Nota dan Soalan Latihan ( UPSR, PMR dan SPM ) - TM School On Line
Sila rujuk dalam
http://www.geocities.com/Athens/Acropolis/2766/tzz.html )
Menyedari potensi dan keupayaan Internet sebagai wadah komunikasi dan
interaksi eletronik yang berkesan maka Kementerian Pendidikan telah mengambil
langkah untuk memperkenalkan Internet kepada para pelajar dan pendidik. Dengan
kerjasama serta bantuan kepakaran daripada MIMOS, Kementerian Pendidikan telah
melancarkan projek Jaringan Pendidikan ( Sulaiman, 1996 ). Dalam perlaksanaan
projek ini, Kementerian Pendidikan telah:
• menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar
dan golongan pendidik di sekolah dan maktab-maktab perguruan
• melatih dan membimbing guru-guru dengan kemahiran menggunakan
kemudahan yang disediakan
• merancang, melaksana dan menyelia pelbagai aktiviti pendidikan berasaskan
penggunaan rangkaian meluas ke arah mengembangkan minda dan
pengetahuan di samping menggalakkan perlaksanaan pelbagai aktiviti kreatif
dan inovatif berasaskan teknologi maklumat
Segala kemudahan yang sedia ada perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Bidang
teknologi maklumat yang menjadi sebahagian daripada kandungan sukatan kursus
akan memberi peluang kepada guru pelatih untuk menambahkan pengetahuan dan
meningkatkankemahiran dalam penggunaan komputer, khususnya untuk aktiviti

17
pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula pada hari ini, terdapat berbagai
program pendidikan yang dicipta dan dipasarkan, yang meliputi hampir semua
peringkat.
Penggunaan komputer dalam pendidikan adalah merupakan langkah awal ke arah
mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat Wawasan 2020. Institusi
pendidikan sebagai wadah terpenting perlu mengalami perubahan terlebih awal
berbanding dengan institusi-institusi lain ke arah mencapai matlamat tersebut.
Potensi dan kecanggihan teknologi perlu dimanfaatkan sepenuhnya.
Untuk mancapai matlamat pendidikan di Malaysia, satu anjakan paradigma
diperlukan dalam cara pemikiran dan penggunaan teknologi ( Wan Zahid, 1996 ).
Usaha perlu dibuat dan penglibatan secara menyeluruh perlu dilakukan sehingga kita
mampu mereka dan menghasilkan sesuatu mengikut acuan pemikiran kita sendiri,
tanpa bersandar dan berharap kepada orang lain. Selagi kita bertaraf ‘pengguna’,
selagi itulah kita tidak mampu merubah apa-apa.

18
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan
Bahagian ini menerangkan bagaimana method atau kaedah kajian di atas
akan dijalankan. Perkara yang akan dibincangkan termasuk reka bentuk kajian,
lokasi kajian , subjek kajian alatan kajian dan prosedur kajian.
3.2 Reka Bentuk Kajian
3.2.1 Secara Kuantitatif
Sebelum kajian dijalankan penyelidik telah mendapatkan data keputusan
peperiksaan pelajar tingkatan 4 dibandingkan dengan peperiksaan Peperiksaan
Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2008 dalam mata pelajaran matematik
keputusan mata pelajaran matematik tambahan dalam peperiksaan awal tahun 2009.

19
Setelah data diperolehi didapati bahawa,
Kelas 4 Delta (2009)-Aliran Sains
Jumlah pelajar 36 orang
Keputusan Matematik dalam PMR tahun 2008
Gred A B C D E
Bilangan Pelajar 34 2 0 0 0
Keputusan Matematik Tambahan dalam Peperiksaan Awal Tahun 2009
Keputusan Lulus Gagal Tidak
Hadir
Bilangan Pelajar 16 19 1
Keputusan Matematik dalam PMR tahun 2008
Kelas 4 Beta – Aliran Bukan Sains
Jumlah Pelajar 41 orang
Gred A B C D E
Bilangan Pelajar 30 8 4 0 0

20
Keputusan Matematik Tambahan dalam Peperiksaan Awal Tahun 2009
Keputusan Lulus Gagal Tidak Hadir
Bilangan Pelajar 18 23 1
3.2.2 Secara Kualitatif
Sebagai langkah permulaan, penyelidik telah menemubual dengan beberapa
orang pelajar tingkatan 4 pendapat pelajar berkenaan dengan mata pelajaran
Matematik Tambahan. Antara jawapan yang diperolehi ialah pelajar mengatakan
mata pelajaran ini sukar kerana tidak memahami konsep asas bagi sesuatu tajuk,
formula yang banyak , terlalu abstrak dan tidak tahu menggunakan konsep tertentu
apabila menjawab soalan dalam peperiksaan.
3.3 Subjek Kajian
3.3.1 Populasi Kajian
Populasi kajian terdiri daripada pelajar tingkatan empat pelajar SMK Puteri ,
Seremban yang mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan. Pelajar terdiri
daripada lima kelas aliran sains dan dua kelas aliran bukan sains.
3.3.2 Sampel Kajian
Sampel terdiri daripada satu kelas pelajar aliran sains dan satu kelas aliran
bukan sains pelajar SMK Puteri , Seremban.Sebanyak 30% daripada seluruh pelajar
akan dijadikan sampel daripada populasi pelajar yang mengambil mata pelajaran ini.

21
3.4 Alatan Kajian
3.4.1 Soal Selidik
Soal selidik terhadap pelajar tingkatan 4 juga akan dijalankan. Populasi yang
terdiri daripada semua pelajar tingkatan 4 yang mengambil mata pelajaran
Matematik Tambahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri manakala sampel
pula terdiri daripada dua kelas daripada tujuh kelas yang mengambil matapelajaran
ini.
Cadangan soalan yang bakal dikemukakan
1) Gred Matapelajaran Matematik dalam peperiksaan PMR anda
i)A ii)B iii)C iv)D v)E
2) Gred yang anda perolehi dalam mata pelajaran Matematik Tambahan dalam
peperiksaan Awal Tahun
i)A ii)B iii)C iv)D v)E vi)F vii)G
3) Adakah anda berminat dengan mata pelajaran Matematik Tambahan?
i))Sangat minat ii) Minat iii) Kurang minat iv)) Tidak minat

22
4) Adakah anda setuju menggunakan komputer dalam pembelajaran
Matematik Tambahan?
i))Sangat Setuju ii) Setuju iii) Tidak Setuju
3.4.2 Secara Praktikal
Melaksanakan Ujian Pra- Mendapatkan markah pelajar
Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran menggunakan aplikasi teknologi ICT
( Spreadsheet, Geometry Sketch Pad dan Internet)
Melaksanakan Ujian Post- Mendapatkan markah pelajar
3.4.3 Soal Selidik Lanjutan
Maklum Balas pelajar setelah penggunaan ICT dalam mata pelajaran Matematik
Tambahan dalam bentuk temu bual dengan pelajar dan soal selidik pelajar.

23
3.5 Prosedur Kajian
Berikut langkah-langkah kajian ini akan dijalankan
Mendapatkan maklumat
tentang pengalaman dan
pendapat pelajar dengan mata
pelajaran Matematik
Tambahan
Temubual dan Soalselidik
Melaksanakan Ujian Pra
Menjalankan pengajaran dan
pembelajaran dengan aplikasi
teknologi ICT
Spreedsheet, GSP dan Internet
( Mengikut tajuk tingkatan
empat Myang bersesuaian)
Menjalankan Ujian Post
Melaksanakan Soal Selidik
Memproses Data Yang
diperolehi dengan
menggunakan SPSS
Membuat Penganalisisan Data
Menulis Laporan Akhir

24
3.6 Pengujian Hipotesis
Data yang diperolehi akan dianalisa berdasarkan tujuan dan hipotesis kajian.
Untuk pengujian hipotesis ini alat statistik seperti ujian –t dan anova digunakan.
3.7 Kesimpulan
Sebagai rumusan , penyelidik ingin melihat perbezaan antara sikap dan
dapatan markah pelajar dalam ujian pra dan ujian post yang dijalankan dalam mata
pelajaran matematik tambahan . Pembolehubah utama yang akan seperti pencapaian
mata pelajaran matematik dalam PMR dan Awal Tahun , etnik, jurusan dan taraf
sosio ekonomi .
Persampelan pula, diperolehi daripada dua kelas daripada jurusan yang
berlainan iaitu jurusan sains dan sebaliknya. Semoga dengan hasil kajian ini akan
memberi peluang kepada pelajar lebih berminat dan menerokai mata pelajaran
matematik tambahan sebagai permulaan mereka meneruskan bidang yang mereka
minati kelak.

25
BIBLIOGRAFI
Majlis Guru Cemerlang Negeri Sembilan Darul Khusus. 2008. Jurnal
Pendidikan Sempena Perhimpunan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan
Darul Khusus.
Pn Azizah Bt Ibrahim . 2008. Pengajaran dan Pembelajaran Matematik
Tambahan Melalui Perisian Geometer’s Sketchpad. Majlis Guru Cemerlang
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan KPM. 2006.
Manual Kajian Tindakan . Percetakan Watan Sdn. Bhd.
Sidek Mohd Noah. 2002. Reka Bentuk Penyelidikan Falsafah , Teori dan
Praktis . Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Wan Chik Ibrahim Ph.D. 1997. A Guide to writing research proposal . Darul
Fikir.
http://jpnperak.edu.my/portal/index.php
http://akademik.ukm.my/eda/projekge6553/matematik.htm#PEMBANGUNA
N%20PERISIAN%20PENGAJARAN%20DAN
http://www.geocities.com/kump_kon/visualisasi.html
http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2003/samsudinSM
KBarukk.pdf
http://jusni.tripod.com/penggunaan_internet.html
http://akademik.ukm.my/eda/projekge6553/komputer.htm
http://members.tripod.com/~MUJAHID/komputer1.html
http://www.geocities.com/fmurni/ithila.html
http://www.dynamicgeometry.com/
http://www.amazon.com/Mathematics-Computer-Graphics-Applications-
Mortenson/dp/083113111X