proposal kajian sejarah

28
Penggunaan Komik Dalam Meningkatkan Pemahaman Pelajar Dalam Mata Pembelajaran Sejarah Tingkatan 3 Oleh Nairee Kuasa CT1021051 !bstrak Penulisan ilmiah ini adalah untuk mengkaji dan mengetahui keberkesanan penggunaan komik sebagai alat bantu mengajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan pemahaman pelajar dalam mata pelajaran Sejarah Tingkatan 3. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan ke atas pe tingkatan 3 berprestasi sederhana seramai 10 orang di Sekolah Menengah Usukan, Kota Belud. Kajian ini menggunakan instrumen seperti pemerhatian, temubual, penelitian dan analisis dokumen. apatan daripada analisis data !ang diperolehi menunjukkan baha"a komik mampu merangsang situasi pembelajaran dalam kelas dan situasi baru ini telah membantu membangkitkan keupa!aan pelajar dalam ke#ahaman terhadap sejarah Mala!sia. apatan ini seiring dengan beberapa kajian lepas berkaitan dengan komik sebagai bahan bantu mengajar !ang berkesan dalam bilik darjah. $usteru, mendidik sambil menghibur murid dengan menggunakan komik merupakan salah satu langkah e#ekti# dalam sesi pengajaran dan 1

Upload: ridawati-limpu

Post on 02-Nov-2015

80 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Keberkesanan

TRANSCRIPT

Penggunaan Komik Dalam Meningkatkan Pemahaman Pelajar Dalam Mata Pembelajaran Sejarah Tingkatan 3

OlehNairee KuasaCT10210517

Abstrak

Penulisan ilmiah ini adalah untuk mengkaji dan mengetahui keberkesanan penggunaan komik sebagai alat bantu mengajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan pemahaman pelajar dalam mata pelajaran Sejarah Tingkatan 3. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan ke atas pelajar tingkatan 3 berprestasi sederhana seramai 10 orang di Sekolah Menengah Usukan, Kota Belud. Kajian ini menggunakan instrumen seperti pemerhatian, temubual, penelitian dan analisis dokumen. Dapatan daripada analisis data yang diperolehi menunjukkan bahawa komik mampu merangsang situasi pembelajaran dalam kelas dan situasi baru ini telah membantu membangkitkan keupayaan pelajar dalam kefahaman terhadap sejarah Malaysia. Dapatan ini seiring dengan beberapa kajian lepas berkaitan dengan komik sebagai bahan bantu mengajar yang berkesan dalam bilik darjah. Justeru, mendidik sambil menghibur murid dengan menggunakan komik merupakan salah satu langkah efektif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan tumpuan dan seterusnya kefahaman murid dalam mata pelajaran Sejarah.BAB 1

PENGENALAN

1.1 Latar belakang kajianPeranan guru bukan sekadar meyampaikan maklumat semata-mata dengan menggunakan teknik yang sama, tetapi guru juga sebenarnya perlu juga berusaha mempelbagaikan kaedah pengajaran agar pelajar tidak mudah bosan dengan penyampaian isi kandungan sesebuah mata pelajaran. Sejarah merupakan mata pelajaran yang memerlukan murid mengingat banyak fakta yang mana mereka mungkin tidak mampu mengingati kesemuanya dalam jangka masa pendek dan ini mendorong kepada pencapaian yang kurang memberangsangkan dalam peperiksaan. Guru perlu kreatif dalam membina inovasi baru dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) khususnya mata pelajaran Sejarah ini kerana strategi yang betul dan berkesan adalah perlu bagi memastikan setiap pelajar dapat mencapai target pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan itu, pengkaji telah memilih untuk menggunakan unsur komik sebagai salah satu cara membimbing pelajar agar sukakan mata pelajaran Sejarah dan terus berminat untuk mendalami mata pelajaran ini. Komik dikatakan mampu menjadikan gaya pembelajaran dalam kelas menjadi lebih santai dan secara tidak langsung boleh menjana pemikiran kreatif dalam kalangan pelajar untuk berkarya atau berimaginasi. Maklumat sejarah juga boleh disampaikan dalam bentuk karakter tokoh sejarah yang dikenali oleh pelajar. Selain itu, guru juga boleh memilih karakter komik yang terkenal pada masa kini yang mampu mencuit hati pelajar untuk meneruskan fokus dalam sesi P&P.

1.2 Pernyataan MasalahSepanjang perjalanan pengkaji sebagai tenaga pengajar di sekolah menengah, pengkaji mendapati bahawa masih ramai pelajar yang masih lagi belum menguasai Sejarah meskipun kini sudah berada di tahun yang ketiga mengenali dan mempelajari mata pelajaran ini. Situasi ini sememangnya amat membimbangkan kerana seolah-olah pelajar tidak berminat mengetahui kisah sejarah yang menjadikan negara aman dan harmoni pada masa kini. Walaupun Sejarah bukanlah mata pelajaran yang digeruni oleh para pelajar namun hakikatnya pelajar masih belum lagi menguasai mata pelajaran ini. Ini semua berlaku disebabkan oleh tanggapan awal mereka bahawa Sejarah adalah mata pelajaran hafalan, kaku dan mati dan tiada unsur-unsur menarik yang mampu membuka minda mereka untuk menguasainya sepenuh hati. Hasil pemerhatian pengkaji selama ini menunjukkan pelajar tidak serius belajar untuk menghadapi peperiksaan, tidak membuat latihan dan menyiapkan nota dan juga tidak dapat mengingat fakta sejarah dalam hayat yang lama.Malahan pelajar juga kurang meminati pelajaran Sejarah kerana mereka menganggap merupakan mata pelajaran Sejarah amat membosankan dan mereka sukar mengingati fakta-fakta, tajuk-tajuk dan nama-nama tokoh atau lokasi. Pelajar juga menghadapi masalah memahami konsep keseluruhan kerana sikap malas membaca dan mencari fakta di dalam buku teks serta rujukan.Penggunaan komik dalam mengatasi kesemua masalah pelajar dalam pembelajaran Sejarah adalah efektif dalam aspek meningkatkan pemahaman mereka. Sesungguhnya, pelajar berupaya mengingati fakta apabila mereka memahami kronologi Sejarah sesuatu peristiwa. Oleh itu komik akan digunakan untuk menjadikan P&P Sejarah akan lebih ceria kerana adanya unsur kreativiti, humor, warna dan kemahiran berfikir. Selain itu, pembinaan skrip humor dan melukis watak yang melucukan adalah aktiviti yang menyeronokkan dan mengembangkan sifat kreatif pelajar.

1.3 Objektif Kajian1.3.1 Objektif UmumObjektif umum bagi kajian ini adalah untuk meningkatkan pemahaman dan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah.

1.3.2 Objektif KhususObjektif khusus adalah untuk menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah dengan membantu pelajar menguasai teknik kemahiran belajar, dan meningkatkan tumpuan pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Sejarah dengan pengunaan komik sebagai bahan bantu mengajar.

1.4 SasaranSasaran kajian ini adalah pelajar tingkatan 3 di SMK Usukan, Kota Belud iaitu seramai 10 orang dan mereka tergolong dalam kategori pelajar berprestasi rendah dalam mata pelajaran Sejarah.

1.5 Soalan KajianSoalan kajian akan memfokus kepada:1.5.1 Adakah pengunaan komik dapat meningkatkan pemahaman pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah Tingkatan 3 ?1.5.2 Adakah kaedah komik dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan/ujian mata pelajaran Sejarah Tingkatan 3?1.5.3 Sejauh manakah keberkesanan komik dalam meningkatkan minat pelajar ke atas mata pelajaran Sejarah Tingkatan 3?

1.4 Kepentingan kajianKajian ini diharapkan dapat memperlihatkan keberkesanan komik sebagai bahan bantu mengajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dan dapat menarik minat murid-murid dalam memahami dan seterusnya menguasai mata pelajaran Sejarah Tingkatan 3. Bahan komik yang dipilih juga diharapkan dapat menarik minat pelajar untuk terus berusaha mendalami mata pelajaran Sejarah agar dapat menimbulkan dan meningkatkan semangat kecintaan terhadap negara.Kajian ini juga boleh digunakan oleh para guru untuk dijadikan contoh atau panduan untuk mata-mata pelajaran lain kerana komik amat mudah untuk menarik minat pelajar terutama dalam peringkat ini. Semoga kajian ini dapat memberi inspirasi kepada para guru untuk menerokai dan berusaha mencari kaedah lain yang berkesan.Kajian ini juga penting kepada guru Sejarah yang menghadapi masalah yang sama untuk dimanfaatkan sebaik-baiknya demi membangunkan bangsa dan negara pada peringkat awal. Pengkaji mengharapkan agar dapatan kajian ini akan dapat mengubah tanggapan pelajar terhadap Sejarah dan menjadikan Sejarah sebagai salah satu mata pelajaran yang amat menarik untuk dipelajari.

1.5 Batasan kajianKajian ini dilakukan dalam jangka masa yang pendek, oleh itu terdapat beberapa batasan yang terpaksa ditempuhi. Ketepatan dapatan kajian ini juga dipengaruhi oleh kesungguhan dan pengetahuan responden untuk menjawab. Beberapa batasan lain yang ditemui adalah seperti berikut:

1.5.1 Kajian hanya melibatkan pelajar Tingkatan 3 di SMK Usukan, Kota Belud sebagai sampel kajian. Maka kita tidak boleh menyimpulkan bahawa dapatan kajian adalah seragam kepada semua pelajar Tingkatan 3 di negara ini.1.5.2 Kajian adalah terhad dan hanya melihat satu aspek sahaja iaitu untuk melihat pengunaan komik dan keberkesanannya dalam meningkatkan pemahaman dan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Keberhasilan untuk menguasai kemahiran lain tidak diutamakan. Maka pelajar mungkin akan mempunyai tahap pencapaian yang tidak seragam dalam semua aspek Sejarah.1.5.3 Bahan komik yang dipilih oleh pengkaji mungkin susah untuk difahami oleh pelajar. Kualiti komik yang dibina oleh pengkaji juga ringkas dan kesetiaan pelajar untuk terus fokus dalam kelas mungkin berkurangan.1.5.4 Bahan komik untuk pembelajaran pelajar sekolah menengah adalah terhad di Malaysia.

1.6 Definisi Operational1.6.1 KomikKomik sebagai karya sastera gambar didefinisikan oleh Eisner (2008:1) sebagai seni berurutan/gambar berurutan (sequential art). Sementara menurut McCloud (2001: 20) komik adalah gambar-gambar atau lambang-lambang lain yang disusun dalam urutan tertentu bertujuan untuk memberikan informasi dan mencapai tanggapan dari para pembacanya.Komik adalah satu bentuk seni yang menggunakan gambar-gambar tidak bergerak yang disusun sehingga membentuk jalinan cerita. Biasanya, komik dicetak di atas kertas dan dilengkapi dengan teks atau juga dikenali sebagai dialog. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan komik yang diambil dari Internet, surat khabar dan buku secara rambang untuk dijadikan bahan bantu mengajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu beserta dialog.1.6.2 SejarahSejarah ialah mata pelajaran teras dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang wajib dipelajari oleh semua pelajar secara berterusan selama lima tahun. Penyemakan kurikulum Sejarah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) (2000) bertujuan memantapkan Akta Pendidikan 1996, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan menyediakan warganegara Malaysia untuk menghadapi cabaran pendidikan pada abad ke-21. Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) Sejarah seharusnya menjadi sesuatu yang hidup dan boleh menarik minat pelajar. Menurut Anuar Ahmad, Siti Haishah Abd Rahman & Nur Atiqah T. Abdullah (2009).

1.7 RumusanSememangnya komik merupakan bahan bantu mengajar yang berkesan dalam kelas kerana boleh mendorong pelajar untuk meningkatkan pemahaman Sejarah mereka. Walaupun komik masih belum luas sumbernya dan kesesuaiannya untuk pembelajaran, sekurang-kurangnya, pelajar boleh dapat memajukan diri mereka sendiri dengan bahan bantu mengajar yang menyeronokkan ini.

BAB 2

SOROTAN LITERATUR

2.1PENDAHULUANBab ini akan menerangkan kajian lampau berkenaan komik yang dapat membantu pelajar menguasai mata pelajaran Sejarah. Bab ini juga akan turut mengupas tentang tinjauan literatur dan kajian berkaitan dalam bidang yang sama. Kajian pendidikan yang berkaitan tentang penggunaan komik yang djalankan oleh penyelidik yang berpengalaman juga akan dibincangkan. Terdapat kajian terdahulu yang khusus mengenai penggunaan komik dalam proses pengajaran dan pembelajaraan. Dalam kajian ini, pengkaji memberi penumpuan kepada keberkesanan komik dalam meningkatkan pemahaman pelajar tingkatan 3 dalam mata pelajaran Sejarah.

Penggunaan Bahan Bantuan Mengajar (BBM) Menurut Thomas & Swartout (1963), mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar memperoleh pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiah dan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan. BBM yang digunakan melibatkan penggunaan deria pelajar seperti pendengaran, penglihatan, sentuhan, rasa dan bau. Dengan penglibatan semua deria, pelajar bukan sahaja tertumpu kepada pengajaran dan pembelajaran guru, malah pelajar lebih mudah memahami dan mengingati bahan pelajaran yang disajikan kepadanya. Penggunaan BBM yang melibatkan deria semasa pengajaran dan pembelajaran akan menjadikan pengajaran guru lebih berkesan. BBM bukan sahaja membantu menghidupkan kelas, malah mempelbagaikan perkembangan kognitif dan afektif pelajar. Pendapat ini dipersetujui oleh Lester (1956), Bruner (1966), Wilkinson (1971), Charles (1972).

2.2TINJAUAN LITERATUR

Dalam kajian Maria Johana dan Ari Widayanti (2007), mereka berpendapat bahawa komik mampu menjadi media pembelajaran yang paling komunikatif kerana komik adalah media yang menarik dengan ilustrasi yang dipenuhi dengan warna, tema dan plot sederhana serta mudah difahami. Komik juga membantu pembacaan kerana komik mengandungi ayat mudah yang sebenarnya menggambarkan karakter karikatur dalam sesuatu komik. Karikatur komik ini juga dapat menarik hati pembaca untuk meneruskan pembacaan mereka.

Menurut Yang (2003) dalam Ong dan Ahmad Nizam (2009), komik mempunyai kekuatannya yang tersendiri dalam bidang pendidikan iaitu dapat memotivasikan pelajar kerana komik merupakan satu material yang sangat popular. Oleh itu, komik amat mudah menjadi pengantara murid dan guru di dalam kelas. Malahan, dengan menggunakan komik, mesej tersurat dan tersirat akan lebih mudah disampaikan khususnya kepada pelajar sekolah.

Kajian mengenai penggunaan komik atau istilah lainnya kartun juga telah dibuat oleh Jacobs D. Pada tahun 2007, dalam jurnalnya More Than Words: Comics as a Means of TeachingLiteracies dalam Wertham F. (1954), beliau menyatakan visual adalah lebih mudah difahami dan ditafsirkan berbanding tulisan teks biasa. Gene Y. (2003) pula mendakwa kekuatan pendidikan yang terkandung dalam komik adalah seperti memotivasikan, visual, kekal, bersifat pengantara dan juga popular. Dengan ini, komik dianggap batu loncatan untuk mencapai kemahiran yang lebih tinggi.

Sebagai alat bantu mengajar, komikdiutamakan untuk memotivasikan pelajar yang lambat dalam pembelajaran, khususnya mereka yang tidak gemar membaca. Dalam mata pelajaran Sejarah, membaca adalah penting kerana itu merupakan kaedah utama pelajar utuk mendapatkan dan memahami isi pelajaran. Jacobs D. menyatakan lagi bahawa komik adalah teks berasaskan perkataan yang dipermudahkan dan seseorang akan mudah memahami sesuatu pelajaran melalui gambar komik. Dari segi aspek visual, antara ciri-ciri yang diambil berat adalah penggunaan garis, tempat kosong, teknik bayang-bayang, perspektif, jarak, kandungan komik, mimik muka, postur badan watak komik dan juga persekitaran dalam komik. Pengetahuan individu dalam penggunaan bahasa, audio, visual, pergerakan dan penggunaan ruang dalam gambaran komik akan mempengaruhi makna pemahaman terhadap komik tersebut. Segala aktiviti yang dilakukan pelajar dalam membina makna dari komik akan membantu perkembangan pelajar untuk menjadi seorang pembaca yang berkebolehan. Tambahan lagi, pelajar akan dibantu untuk menjadi pereka cipta yang aktif disebabkan interaksi dengan pelbagai teknik pembacaan komik yang pelbagai.

Sementara itu, kajian berkenaan penggunaan komik untuk menggalakkan kefahaman pembacaan telah dijalankan oleh Irwan Fahmi Anuar (2003). Dalam kajian tersebut, beliau telah menggunakan pelbagai sumber komik yang didapati di majalah dan akhbar dalam menilai kebolehan pemahaman dan kefasihan pelajar dalam bahasa Inggeris melalui soal selidik dan juga ujian pencapaian. Akhirnya, beliau telah mendapat keputusan bahawa minat pelajar dalam pembacaan komik adalah meningkat kerana mereka dapat memahami komik berkenaan dengan pantas dalam pembelajaran mereka.

Satu kajian telah dijalankan oleh Whipple B.D. (2007) mengenai keberkesanan penggunaan komik dalam merangsang pembacaan pelajar. Dalam kajian beliau, pelajar telah dipilih sebagai responden daripada mereka yang tidak suka membaca sebarang bahan bacaan, termasuk komik. Whipple telah menubuhkan satu kelab buku yang hanya menjurus kepada pembacaan komik dan novel. Setelah kajian berakhir, Whipple merumuskan dapatan kajian beliau bahawa jika pelajar diberikan bahan bacaan yang menyeronokkan, seperti komik, dan disediakan persekitaran yang sesuai, maka sikap mereka yang tidak suka membaca akan berubah kepada lebih tertarik untuk membaca.

Seorang pelukis komik, Wiley Miller telah menyatakan bahawa ada stigma yang menentang komik di Amerika disebabkan komik tidak dianggap sebagai bahan bacaan yang serius dan sesuai. Bagi beliau, mendesak pelajar supaya tidak membaca komik adalah tindakan yang bodoh dan kebudak-budakan kerana ia akan menyinggung pelajar.

Manakala, Cleaver S. (1999) pula telah menulis mengenai penggunaan komik dalam bilik darjah dalam jurnalnya, iaitu Comics & Graphic Novels. Beliau menyatakan bahawa komikadalah berkesan untuk menarik perhatian pelajar yang tidak bersungguh-sungguh dalam pembelajaran.

Menurut Mulyanto (2002) pula, komik sebagai cerita kartun sebenarnya menonjolkan gambar untuk menjelaskan isi cerita kepada pembaca. Biasanya komik berbentuk buku, cerita bergambar, cerita dalam surat kabar atau majalah, atau dalam bentuk filem kartun. Kebanyakan komik berkaitan dengan hal-hal yang dijumpai dalam kehidupan sehari-hari.

Komik juga mempunyai unsur humor yang boleh menyegarkan minda murid dalam kelas. Menurut Loomax dan Moosavi (1998), penggunaan humor dalam pengajaran dan pembelajaran dapat mengurangkan tekanan, meningkatkan suasana pembelajaran yang positif serta menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih seronok malah dapat menarik perhatian pelajar serta meningkatkan interaksi antara pelajar dengan guru.

2.3 KAJIAN BERKAITAN

Komik sudah lama digunakan sebagai media pembelajaran. Robert Thorndike bekerjasama dengan DC Comics dan Harold Downes mencipta buku latihan bahasa yang menggunakan gambargambar Superman (Sones, 1944). Para pendidik di Amerika juga telah mencipta komik yang menyokong kurikulum pendidikan pada masa itu.

Robert Schoof menganggap komik berguna untuk pembelajaran (Koenke, 1981). Kay Haugaard (1973) dan Constance Alongi (1974) menyarankan komik digunakan sebagai bahan bacaan utama bagi murid yang tidak suka membaca. Bruce Brocka (1979) pula menyatakan bahawa komik boleh menjadi alat untuk mengurangkan amalan membaca yang disebabkan oleh kegemaran menonton televisyen. Malahan, terdapat ramai cendekiawan yang percaya bahawa komik dapat mengalihkan perhatian pelajar dari televisyen dan permainan video (Bacon, 2002).

Komik, kartun dan pelajar sememangnya tidak dapat dipisahkan. Senario ini kadang-kadang tidak boleh diterima oleh para ibu bapa. Mereka beranggapan bahawa bahan-bahan bacaan seperti ini akan menjejaskan daya perkembangan minda anak-anak mereka. Sebenarnya jika komik, kartun dan seumpamanya diaplikasikan dengan baik, maka kesan positifnya amat ketara. Komik dan kartun memainkan peranan yang besar dalam menggalakkan budaya minat membaca dalam kalangan pelajar seterusnya menjadi pemangkin ke arah pembentukan budaya ilmu.

2.3.1KOMIK SEBAGAI MEDIA PEMBELAJARAN

Menyampaikan pengajaran dengan berkesan merupakan tanggungjawab guru. Guru juga perlu kreatif dalam menyediakan suasana yang menyeronokkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berjalan. Salah satu cara untuk membuat pembelajaran menjadi seronok adalah dengan menggunakan komik sebagai media pembelajaran.

Media pembelajaran adalah media yang membawa maklumat dengan tujuan untuk memberi pengajaran. Penggunaan media yang tepat akan meningkatkan hasil pembelajaran dan membuatkan proses tersebut menarik dan menyenangkan. Komik dapat mengurangkan salah faham dan kekeliruan yang dialami oleh murid sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.

Komik sebagai media berperanan sebagai alat yang mempunyai fungsi menyampaikan intipati pembelajaran. Dalam konteks ini, pembelajaran merujuk kepada sesuatu proses komunikasi antara pelajar dan bahan bantu mengajar (komik). Komunikasi murid akan berjalan dengan maksimum jika isi pelajaran dapat disampaikan secara jelas, sistematik dan menarik.

2.3.2 KOMIK DALAM SEJARAHMenurut Horword Gardner (1943), setiap pelajar mempunyai potensi yang berbeza. Potensi yang dirujuk boleh diukur dengan darjah kecerdasan. P&P melalui komik sejarah menawarkan gaya pembelajaran yang lebih ringan dan santai, menjana kemahiran kreatif dan bakat membuat imaginasi serta kemahiran berkarya. Proses pembelajaran dilaksanakan secara tidak langsung melalui aspek aspek berikut berikut:

i. Fakta Sejarah diterjemahkan dalam bentuk watak.Maklumat sejarah disampaikan melalui waktak dalam bentuk karektor. Namun begitu imej wajah seseorang tokoh boleh dikenali. Umpamanya, watak Tuanku Abdul Rahman, Ibrahim Yaacob, J.W.W. Birch dan lain-lain. Watak karektor ini memudahkan pelajar mengingat peranan dan peristiwa penting yang berkaitan dengan tokoh.

ii. Maklumat Sejarah diterjemah dalam bentuk gambarMaklumat sejarah disampai melalui gambar seperti aksi perjuangan, kegiatan pertanian (getah, kopi, nanas), sistem pengangkutan, perkembangan perlombongan timah dan lain-lain lagi. Sebagai contohnya tahap teknologi dalam perlombongan bijih timah digambarkan melalui aktiviti mendulang, lombong dedah dan kapal korek. Perjuangan pahlawan tempatan seperti Tok Janggut dan Haji Abdul Rahman Limbong serta lain-lain pahlawan boleh digambarkan dalam bentuk aksi. Sehubungan itu memahami dan mengingat fakta berlaku dengan hanya melihat gambar adalah aktiviti pembelajaran yang amat menarik.

iii. Fakta dan maklumat didapati daripada dialog.Dialog yang dilontar oleh setiap watak mengandungi fakta sejarah yang tepat. Namun begitu, fakta disampaikan dalam bahasa yang mudah dan mungkin berbentuk humor. Melalui pendekatan ini, pelajar dapat mengingati fakta dengan santai tanpa tekanan. Situasi ini menjadikan aktiviti membaca dan mengulangkaji amat menyeronokkan.

iv. Fakta dan maklumat didapati daripada sudut infoSudut info menjelaskan rentetan cerita dan maklumat atau fakta yang tidak terkandung dalam dialog.

v. Fakta didapati semasa persediaan membuat komik. Pelajar juga boleh mempelajari sejarah bukan sahaja dengan hanya berpandukan sepenuhnya bahan komik yang disediakan oleh guru malah pelajar boleh diasuh untuk membuat komik. Komik sejarah memerlukan kreativiti dan bakat seni. Aduan warna, dialog dan lakaran menghasilkan komik yang bermaklumat. Sebelum penghasilannya, pelajar hendaklah menguasai dan memahami fakta atau pengetahuan daripada topik yang akan dikomikkan. Berbekalkan pengetahuan tersebut pelajar menghasilkan skrip, melakar dan mewarna. Pembelajaran komik berupaya meningkatkan potensi intelektual, bakat kreatif dan seni pelajar. Maklumat dan fakta diterjemahkan menjadi gambar dan dialog. Sepanjang proses penghasilan komik ini, pelajar sudah pun menguasai isi kandungan pelajaran. Oleh itu adalah tidak sukar jika sekiranya guru menguji pelajar mengenai perjalanan komik yang telah mereka hasilkan.

Matlamat pembelajaran melalui komik sejarah ialah:i. Meningkatkan daya kreatif dan imaginatif pelajarii. Mengukuhkan kefahaman dan kuasa mengingat pelajar. iii. Mengwujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. iv. Meransangkan serta meningkatkan minat dan motivasi pelajar untuk belajar sejarah. v. Menggalakkan pembelajaran akses kendiri iaitu tabiat belajar sendiri bertanggungjawab untuk kemajuan sendiri.

2.3.3 KELEBIHAN KOMIK DALAM PENDIDIKAN

Menurut Gene Yang (2003) komik memiliki lima kelebihan dalam pembelajaran.

a) MemotivasiHutchinson (1949) mendapati bahawa 74% guru yang menganggap komik memberi motivasi manakala 79% lagi mennyatakan komik dapat meningkatkan penglibatan individu. Malah, ada juga guru yang turut mengatakan bahawa komik menjadikan pembelajaran menjadi sangat mudah. Pengkaji-pengkaji lain seperti DC Comics, Thorndike, dan Downes juga turut menyokong pernyataan ini kerana sememangnya komik mampu memotivasikan murid.

b) VisualKomik terdiri daripada gambargambar yang merupakan media visual. Sones (1944) membuat kesimpulan bahawa kualiti gambar komik dapat meningkatkan kualiti pembelajaran. Dapatan Sones ini adalah berdasarkan hasil ujian yang dijalankannya ke atas murid-murid sekolah dengan menggunakan komik sebagai bahan dalam pengajaran dan pembelajaran.

c) Pencetus MinatKarl Koenke (1981) mengatakan bahawa komik dapat mendorong murid untuk mempunyai disiplin membaca khususnya mereka yang tidak suka membaca atau yang khuatir akan melakukan kesalahan dalam pembacaan. Komik boleh menjadi jambatan untuk membaca buku dengan lebih serius. Kenyataan Karl ini turut disokong oleh Haugaard (1973) dengan mengatakan bahawa komik boleh mengubah muridnya menjadi seorang yang malas membaca kepada seorang pencinta komik.

d) PopularTimothy Morrison, Gregory Bryan, and George Chilcoat (2002) mengatakan bahawa dengan memasukkan budaya popular ke dalam kurikulum, budaya suka membaca dapat mempengaruhi pencapaian mereka dalam mata pelajaran bahasa. Karakter komik yang popular seperti Spiderman dan Batman boleh membawa pengaruh kepada murid untuk fokus dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

e) KekalBudaya yang digunakan dalam komik adalah tetap dan tidak berubah mengikut peredaran masa. William (1995) menyatakan bahawa komik berbeza dengan filem dan animasi kerana bahasa dan aksi yang terdapat di dalam filem dan aksi boleh berubah mengikut situasi semasa. Pernyataan William turut disokong oleh McCloud (1993) yang menerangkan bahawa komik merupakan bahan pembelajaran yang menyatukan ruang dan masa. Masa untuk memahami bahan pembelajaran ini dikawal oleh pembaca. Oleh itu, pembaca atau murid dapat menentukan masa mereka sendiri berkomunikasi dengan komik sehingga mereka memahami kontekd ysng terkandung di dalamnya.

Dengan kelebihankelebihan komik seperti yang disebutkan di atas, pembelajaran diharap dapat menjadi lebih efektif sekaligus efisien. Untuk lebih menariknya, ada baiknya jika guru menggunakan komik yang terkenal. Misalnya komik Garfield. Namun, perlu diperhatikan bahawa tidak semua komik sesuai digunakan untuk media pembelajaran Bahasa Melayu.

2.4 KERANGKA KONSEPTUAL

Pemerhatian dalam KelasTemubualAnalisis Dokumen

KESUKARAN PELAJAR TINGKATAN 3 MENGUASAI MATA PELAJARAN SEJARAH

APLIKASI KOMIK DALAM SESI P&P SEJARAH TINGKATAN 3

HASIL PENCAPAIAN PELAJAR

2.5RUMUSANKebanyakan kajian lepas menunjukkan bahawa komik merupakan bahan bantu mengajar yang berkesan dalam kelas kerana boleh mendorong murid untuk meningkatkan kemahiran berbahasa mereka. Walaupun komik masih belum luas sumbernya dan kesesuaiannya untuk pembelajaran, sekurang-kurangnya, murid boleh dapat memajukan diri mereka sendiri dengan bahan bantu mengajar yang menyeronokkan ini.

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1PENDAHULUANBab ini akan membincangkan kaedah kajian yang digunakan sepanjang proses kajian ini dilakukan termasuklah reka bentuk kajian, instrumen yang digunakan serta prosedur dan teknik mengumpul data.

3.2REKA BENTUK KAJIANReka bentuk yang digunakan di dalam kajian ini ialah dengan menggunakan model kajian tindakan melalui pendekatan Spiral.

3.3POPULASI DAN SAMPELPopulasi kajian ini adalah di SMK Usukan, Kota Belud, Sabah. Sampel terdiri 10 pelajar dari kelas Tingkatan 3. Daripada 10 pelajar itu, 7 adalah pelajar lelaki manakala 3 lagi pelajar perempuan. Pemilihan ini dibuat berdasarkan pencapaian ujian bulanan dalam mata pelajaran Sejarah yang mana 10 pelajar ini merupakan pelajar yang mempunyai pencapaian yang rendah dalam mata pelajaran Sejarah.

3.4INSTRUMEN KAJIANInstrumen ialah alat untuk mengumpul data yang dikehendaki bagi menjawab soalan penyelidikan yang telah ditetapkan. Dalam kajian ini, pengkaji mengunakan tiga instrumen iaitu temubual, pemerhatian dalam kelas (lapangan) dan juga penelititan dokumen.

3.4.1 TemubualMenurut Chua Yan Piaw (2006), temubual adalah perbualan dua hala yang bertujuan untuk mengumpul maklumat kajian. Temubual melibatkan interaksi bersemuka antara penemubual dan responden. Goode & Hatt pula menyatakan temubual sebagai proses sosial di mana penembual mesti mengambil perhatian tentang proses tersebut jika tidak timbul masalah kebolehpercayaan dan kedalaman data serta keputusan kajian.

3.4.2 Pemerhatian LapanganPemerhatian adalah satu kaedah memerhati, mencatat dan merekod peristiwa dan tingkahlaku dalam bidang yang dikaji. Walaupun penyelidik mengikuti tingkah laku subjek, pengkaji tidak mempengaruhi peserta kajian ke arah tingkah laku tertentu. Dengan penghayatan tersebut, pengkaji mempunyai persepsi yang benar mengenai maklumat yang dikumpul (Mohd. Majid 2000). Data yang diperolehi melalui pemerhatian dikenali sebagai nota lapangan dimana ia mengandungi maklumat terperinci mengenai apa yang diperhatikan. Setiap pemerhatian mestilah mempunyai tujuan tertentu, dilakukan secara sistematik, mempunyai fokus, dan mestilah dicatatkan secara rapi dan betul. Catatan yang dibuat mestilah tepat, sah, dan boleh dipercayai.

3.4.3 Penelitian DokumenPenelitian dokumen merupakan merupakan satu teknik pengumpulan data dengan menghimpun dan menganalisis dokumen-dokumen sama ada dokumen bertulis, gambar mahupun elektronik. Dokumen yang telah diperoleh kemudian dianalisis, dibandingkan dan digabungkan untuk membentuk satu hasil kajian yang sistematik, padu dan utuh. Jadi penelitian dokumen bukan sekadar mengumpul, menulis atau melaporkan malah penelitian ini juga perlu melibatkan analisis terhadap dokumen-dokumen tersebut.

Dalam kajian ini, lembaran kerja, sukatan pelajaran dan huraian sukatan pengajaran Sejarah Tingkatan 3, buku rancangan mengajar harian dan buku teks Sejarah Tingkatan 3, buku latihan, kertas kerja, kertas ujian dan borang senarai semak merupakan dokumen penting yang diteliti sepanjang peoses kajian ini dilakukan.

3.5 KAEDAH 3.5.1 Pemerhatian Dalam Kelas.Dalam kajian ini, seramai 10 pelajar Tingkatan 3 di SMK Usukan, Kota Belud telah dijadikan subjek kajian. Sesi pengajaran dan pembelajaran pula berlangsung selama 80 minit. Pengkaji menggunakan borang senarai semak untuk merekod pemerhatian dan mencatat perkara yang timbul semasa pengaplikasian komik dalam sesi P&P, komunikasi di dalam bilik darjah dan pembelajaran antara pelajar.

3.5.2Penelitian dan Analisis DokumenPenelitian dokumen dilakukan sepanjang proses kajian. Dokumen yang diteliti adalah lembaran kerja pelajar selepas kaedah komik diaplikasikan dalam kelas. Selain itu, guru juga akan meneliti komik dan dialog yang dibina oleh pelajar sama ada mereka memahami isi kandungan pembelajaran ataupun tidak.

3.5.2 TemubualSebelum guru mengaplikasikan dahulu pengunaan komik dalam kelas, guru sebagai penyelidik terlebih dahulu akan menemubual responden yang terlibat dlam kajian. Guru akan cuba mendapatkan data penting agar pelaksanaan kaedah pembelajaran melalui komik dapat berjalan dengan baik. Data itu termasuklah latar belakang keluarga pelajar dan pendapat mereka berkenaan mata pelajar Sejarah dan anggapan mereka terhadap kaedah pengajaran guru di sekolah.

3.6 KAEDAH ANALISIS DATADapatan data yang diperolehi daripada ujian pengesanan dijadikan sebagai data maklumat. Pengkaji akan meneliti setiap hasil karangan pelajar yang telah dipilih sebagai sampel kajian. Setiap kesalahan yang dilakukan akan ditanda, dicatat dan dikategorikan berdasarkan jenis-jenis kesalahan yang telah ditetapkan. Data yang diperoleh akan dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif untuk mendapatkan kekerapan dan peratus dan dipersembahkan ke dalam bentuk jadual, graf dan carta.

3.7 RUMUSANData-data yang diperolehi daripada kajian ini akan dijadikan bahan analisis selari dengan kehendak kajian. Sehubungan dengan itu, untuk mendapatkan data yang boleh dipercayai kejituan dan kejujuran semasa proses mengumpul data dilakukan adalah amat diperlukan.

BIBLIOGRAFI

Atan Long (1980). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Burke A. (1996). Profesionalisme : Its Revelance for Teachers and Teachers Education in Developing Countries dalam PROSPECTS, UNESCO, 1996.Clever S. (1999). Comics & Graphic Novels [Electronic version]. Instructor. Diperoleh Oktober 12, 2008 daripada http://proquest.umi.comFullan, M. (2001). The New Meaning of Education Change. (Ed. Ke-3). New York: Teachers College Press.Gene Y. (2003). Comics in Education. Diperoleh Ogos 29, 2008 daripada http://www.humblecomics.com/comicsedu/index.html.Irwan Fahmi Anuar (2003). The Effectiveness of Using Comic Strips to Promote Reading Comprehension. Tesis Sarjana Muda yang tidak diterbitkan. Tanjung Malim. Universiti Pendidikan Sultan Idris.Jones G, Jacobs W. (1997). The Comic Book heroes. USA, Prima PublishingMcCloud, S. (1993). Understanding comics: The invisible art. Northampton, MA: Kitchen Sink Press.Norazman Mahat. (2009). Panduan Menulis Karangan. http://karanganbagus.blogspot.comOmardin Ashaari. (1999). Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rabideau, D. (1993). Integrating reading and writing into adult ESL instruction. ERIC Digest. Washington, DC: National Center for ESL Literacy Education. Riding. R & Rayner. S. (2002). Cognitive Style and Learning Strategies: Understading Style Differences in Learning and Behaviour. London: David Fullton PublishersRoselan Baki. (2003). Pengajaran dan Pembelajaran penulisan Bahasa Melayu. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. BhdSones, W. (1944). The comics and instructional method. Journal of Educational Sociology, 18, 232-240.Teuku Iskandar.(1970). Kamus Dewan Bahasa.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Versaci, R. (2001). How comic books can change the way our students see literature: One teacher's perspective. English Journal, 91 (2), 61-67.Wertham F. (1948). The psychopathology of comic books: a symposium. American Journal of Psychotherapy 2(3) pp472-490.Whipple B. D. (2007). Comic Books : Theyre Good For You!: Tesis Master yang diterbitkan. United States: Pacific Lutheran UniversityWilliams, N. (1995). The comic book as course book: why and how. Long Beach, CA: Annual Meeting of the Teachers of English to Speakers of Other Languages. Yang Gene-Comics in Education 2003 online version of the final project proposal for Masters of Education degree of the author at California State University at Hayward. www.humblecomics.com/comicsedu/index.html. Retrieved on 15-2-07.

LAMPIRAN

(Sumber: Kertas Kerja Masariah Mispari, 2007)30