proposal tesis

56
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Pembuatan keputusan adalah salah satu cabang psikologi yang meliputi kajian tentang tingkah laku kognitif seseorang individu dan meliputi suatu proses mental manusia di mana seseorang individu itu bertindak dan bertingkah laku dalam membuat keputusan atau pelan pilihan yang terbaik untuk dirinya berdasarkan tujuan dan strategi-strategi tertentu yang telah di tetapkan oleh mereka. Menurut Robin Forgarty dan James Bellanca (1990) dalam Mohd Azhar Abdul Hamid (2003) telah mengkategorikan kemahiran berfikir dalam pembuatan keputusan sebagai pemikiran yang kritis dan mereka telah mendifinisikannya sebagai “ Making a choice based on reasoned judgement”. Mereka memberikan kata sinonim ‘decision making’ dengan ‘judging’, ‘choosing’, ‘selecting’. Mereka juga memberikan menu untuk menggunakan kemahiran ini berdasarkan akronim J. U. D. G. E. 1

Upload: irfan-haziq

Post on 04-Jul-2015

2.288 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Proposal Tesis

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Pembuatan keputusan adalah salah satu cabang psikologi yang meliputi kajian

tentang tingkah laku kognitif seseorang individu dan meliputi suatu proses mental

manusia di mana seseorang individu itu bertindak dan bertingkah laku dalam

membuat keputusan atau pelan pilihan yang terbaik untuk dirinya berdasarkan tujuan

dan strategi-strategi tertentu yang telah di tetapkan oleh mereka.

Menurut Robin Forgarty dan James Bellanca (1990) dalam Mohd Azhar Abdul

Hamid (2003) telah mengkategorikan kemahiran berfikir dalam pembuatan keputusan

sebagai pemikiran yang kritis dan mereka telah mendifinisikannya sebagai “ Making

a choice based on reasoned judgement”. Mereka memberikan kata sinonim ‘decision

making’ dengan ‘judging’, ‘choosing’, ‘selecting’. Mereka juga memberikan menu

untuk menggunakan kemahiran ini berdasarkan akronim J. U. D. G. E.

J  untuk Jot down occasion for decision

U untuk Use brainstorming for alternatives

D untuk Decide on best possibilities

G untuk Gauge positive and negative outcomes

E untuk Express selection; DECIDE

Sehubungan dengan itu terdapat tiga situasi di dalam pembuatan keputusan yang

perlu kita ketahui. Antaranya ialah situasi mudah, situasi sederhana dan situasi rumit.

Sebagai contoh dalam situasi sederhana ialah memilih pekerjaan atau hendak

1

Page 2: Proposal Tesis

menyambungkan pengajian. Manakala dalam situasi rumit seperti hendak membina

masjid atau hendak melabur saham di Singapura.

Terdapat dua kategori dalam membuat keputusan. Keputusan yang pertama ialah

keputusan yang di programkan (Programmed decision). Ia merupakan situasi-situasi

yang berlaku selalunya cukup untuk membolehkan peraturan membuat keputusan

dibina dan digunakan untuk masa hadapan. Selain itu dibuat dalam menangani

masalah yang berulang didalam sesebuah organisasi. Keputusan yang kedua ialah

keputusan yang tidak di programkan (Unprogrammed Decisions). Ia berkaitan dengan

tindakbalas terhadap situasi yang unik, tidak jelas dan mempunyai kesinambungan

terhadap sesuatu organisasi. Anon. (2011)

Perbezaan antara keputusan yang di programkan dengan keputusan yang tidak

diprogramkan berasaskan kepada beberapa faktor. Antaranya ialah:-

1. Kepastian (Certainty)

Di mana kesemua maklumat yang diperlukan sudah sedia ada

2. Risiko (Risk)

Keputusan mempunyai matlamat yang jelas. Jika keputusan itu jelas maka dapat

kita membezakan sesuatu perkara atau matlamat dengan lebih baik. Selain itu

terdapat maklumat yang baik dan keputusan akan datang dikaitkan dengan setiap

alternatif atau jalan penyelesaian tertakluk kepada peluang yang ada.

3. Ketidakpastian (Uncertainty)

Di dalam ketidakpastian ini, pengurus mengetahui matlamat mana yang hendak

dicapai terlabih dahulu. Sebarang maklumat tentang pemilihan dan situasi yang

belum wujud dan akan dating kemungkinan besar tidak tepat. Mungkin perkara-

perkara sedemikian perlu menggunakan kaedah, cara, metod dan pendekatan yang

lebih kreatif untuk alternatif yang sedia ada.

2

Page 3: Proposal Tesis

4. Kekeliruan (Ambiguity)

Faktor kekeliruan seperti keputusan yang paling sukar untuk di buat adalah

menjadi masalah yang utama kepada pengguna di dalam membuat keputusan

membeli sesuatu barangan atau produk. Selain itu matlamat yang tidak jelas dalam

pembelian juga mempengaruhi pembuatan keputusan pengguna. Pilihan yang ada

susah untuk di kenal pasti kerana terdapat pelbagai jenama, kualiti, produk dan harga

untuk di pertimbangkan. Dan yang terakhir sekali kemungkinan maklumat-maklumat

tentang barangan yang hendak dibeli tidak mencukupi atau tiada.

Dalam proses kognitif, analisis masalah dan pembuatan keputusan ini terdapat

tiga perkara yang digunakan semasa pengguna bertindak untuk membuat pembuatan

keputusan terhadap pemilihan dan pembelian barangan. Antaranya ialah penakulaan,

pembuatan keputusan dan penyelesaian masalah. Elemen-elemen yang di sebutkan

tadi mempengaruhi pembuatan keputusan seseorang pengguna dalam pembelian

mahupun pembuatan keputusan dalam kes-kes yang lain.

Sebelum membeli, pengguna akan menggunakan akal fikiran yang melibatkan

proses kognitif untuk menaakul dimana pengguna akan membuat satu pertimbangan

yang wajar yang melibatkan sesuatu penilaian semasa proses pembelian barangan.

Pengguna akan berfikir dahulu samada mereka berhak untuk membeli barangan

tersebut atau tidak. Mereka akan bertindak secara bijak dalam proses ini. Penaakulan

yang dikatakan ini terdiri dari dua jenis yang dikenali sebagai deduktif dan induktif.

Jika deduktif ia merupakan proses yang mengemukakan proposisi umum pengguna

atau individu tentang apa yang mereka ketahui. Segalanya akan berakhir dengan

kesimpulan yang pasti dan wajar dari segi logik. Manakala penaakulan induktif

adalah penakulaan yang bertujuan dan akan menghasilkan segala kesimpulan

berdasarkan kenyataan dan pemerhatian seseorang pengguna semasa strategi, proses

atau teknik individu membuat keputusan pembelian barangan.

Penyelesaian masalah adalah satu proses aktiviti yang begitu luas dan melibatkan

keputusan. Keputusan ini mempunyai tahap-tahap di mana tahap akhir atau tahap-

tahap yang lain akan membuat pemilihan dua alternatif atau lebih.

3

Page 4: Proposal Tesis

Manakala pengguna akan membuat keputusan dimana proses ini merupakan

proses kognitif terakhir yang mana melibatkan satu keputusan yang adil dalam

membuat pertimbangan atau ramalan sebelum pengguna membeli sesuatu barangan.

Selain itu ia juga dinilai atau menilai barangan yang hendak dibeli sejajar dengan

kepuasan yang ada pada diri pengguna. Contoh yang boleh di berikan seperti

seseorang pengguna memilih jenis kereta untuk di beli agar ia paling memuaskan

dengan jumlah wang yang mereka ada.

Gelagat atau tingkah laku seseorang pengguna pada perubahan-perubahan yang

berlaku di sekitarnya terutama semasa memasarkan Sesuatu produk atau barangan

adalah perkara yang paling penting dan memainkan peranan yang utama dalam

menarik minat pengguna untuk membeli sesuatu barangan. Selalunya pengguna akan

di pengaruhi dengan perubahan pada harga, iklan, kaedah pemasaran dan cara

pembungkusan barangan. Pengguna akan bertindak untuk membeli dan merasai

barangan tersebut samada mereka berpuas hati atau pun tidak. Jika pengguna berpuas

hati mereka akan mengulagi perbuatan tersebut untuk membeli barangan setiap kali

mereka memerlukannya. Seseorang yang dikatakan pengguna ialah apabila mereka

sendiri akan membuat keputusan untuk pembelian barangan yang mereka perlukan.

Engel et. al., (1978) dalam bukunya consumer behavior mengakui kepentingan

aktiviti pengguna yang mempengaruhi pemerhatian dan pemilihan mereka kepada

kelakuan pasaran seperti hubungan dengan penjual, media dan pengaruh iklan,

maklumat serta membuat keputusan.

Ahli-ahli ekonomi, fisiologi, pengurusan dan pemasaran berpendapat pengguna

adalah manusia yang mempunyai tingkah laku kognitif dan pembuatan keputusan

dengan secara rasional terhadap pembelian barangan mengikut strategi yang di

tetapkan oleh pengguna itu sendiri. Mereka membuat keputusan berdasarkan

kepuasan pada diri mereka.

Definisi tingkah laku pengguna adalah satu gelagat, gaya, tindakan, kelakuan atau

sikap kepada sesuatu pembelian barangan yang mereka beli. Berdasarkan pada

takrifan yang di berikan, kesimpulan yang boleh di buat ialah manusia adalah orang

biasa yang terdiri dari pelbagai kaum, status perkahwinan yang berbeza. Begitu juga

pada pendapatan bulanan dan pekerjaan. Semua ini bergantung pada keupayaan dan

4

Page 5: Proposal Tesis

kerelaan atas diri pengguna itu sendiri dalam strategi pembuatn keputusan terhadap

pembelian dan pemilihan barangan yang mereka beli dan perlukan.

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

Kajian yang di kaji ini menumpukan perhatian terhadap faktor-faktor yang

mempengaruhi pembuatan keputusan dalam pemilihan dan pembelian barangan di

kalangan pengguna. Kajian ini akan mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi

pengguna dalam membuat keputusan membeli barangan. Selain itu kajian ini ingin

melihat bagaimana mereka membuat pemilihan, membuat penilaian ke atas barangan

yang ingin di beli.

Sehubungan dengan itu, pengkaji ingin mengetahui apakah yang mendorong,

menarik perhatian pengguna bertindak dan bertingkah laku membeli semasa

pembelian barangan. Dari perspektif psikologi, seseorang pengguna yang membeli

barangan, akan membelinya sekali lagi apabila pengguna merasakan yang barangan

tersebut memuaskan hati. Manakala jika barangan yang di beli itu tidak memuaskan

hati mereka, pengguna tidak akan mengulangi tindakan tersebut.

Dalam proses pemilihan barangan, strategi memainkan peranan penting untuk

pengguna membuat keputusan. Pengguna akan berfikir dahulu sebelum membeli

samada pemilihan barangan ini adalah yang terbaik atau tidak untuk mereka. Begitu

juga dengan pembelian barangan dimana pengguna akan berfikir samada mereka

memerlukan barangan tersebut atau tidak. Maka kita tahu pengguna adalah manusia

biasa yang banyak di pengaruhi oleh persekitaran luar. Motivasi yang tinggi akan

mendorong mereka membeli atau tidak membeli barangan. Pengguna bertindak dalam

segala keperluan dan kehendak mengikut kepuasan hati mereka. Pengguna

mempunyai pemikiran yang berbeza-beza. Jadi, apa yang mereka buat ialah membuat

keputusan dengan bijak dan menyelesaikan masalah dengan baik tanpa berlakunya

pembaziran.

Ahli-ahli psikologi telah mengatakan bahawa salah satu pembolehubah yang kuat

dalam menentukan kekuatan sesuatu kebiasaan ialah jumlah peneguhan yang diterima

oleh seseorang individu (Berkman dan Gilson, 1981).

5

Page 6: Proposal Tesis

Oleh itu, kesedaran tentang sesuatu jenama, pengiklanan, pembungkusan, kualiti

dan popular di gunakan, barang boleh mempengaruhi pemilihan barangan pengguna.

sebagai satu nama yang jelas yang mengidentifikasikan barangan pengeluar. Hasty

dan Will (1977) dalam Siti Aisyah, Ishak dan Azizah (2004) pula, memberikan

pengertian yang lebih komprehensif lagi. Bagi mereka jenama ialah simbol, istilah,

tanda, nama atau kombinasi kesemuanya yang bertujuan untuk mengenalpasti

barangan yang dihasilkan oleh pengeluar. Jenama boleh berupa apa sahaja kecuali

pembungkusan atau bentuk keluaran tersebut.

Sehubungan dengan itu, faktor jenama adalah salah satu faktor yang memberi

kepuasan yang lebih kepada pengguna dimana ia adalah satu titik kepercayaan dan

sikap pengguna yang perihatin dengan jenama yang di pilih. Maklumat-maklumat

juga boleh mempengaruhi persekitaran pengguna seperti dari televisyen, radio, surat

khabar, internet, keluarga dan rakan-rakan anda. Maklumat-maklumat ini di

sampaikan melalui pelbagai cara iaitu audio, lisan mahupun bukan lisan.

Berdasarkan perbincangan di atas, kajian ini cuba melihat apakah faktor-faktor

yang mempengaruhi pembuatan keputusan pengguna dalam pemilihan dan pembelian

barangan. Kajian ini mengkaji bahagian A dan bahagian B dimana bahagian A

mengkaji demografi pengguna dan menjadikan pembolehubah-pembolehubah

pengguna seperti taraf pekerjaan, status perkahwinan, jantina dan pendidikan untuk

dinilai, dihurai dan menganalisis data kajian tersebut.

Manakala di bahagian B sebanyak 16 soalan diukur untuk melihat tahap

signifikan. Di antara pembolehubah-pembolehubah tersebut ialah keliru dengan

pilihan yang terbaik, tabiat setia jenama, gerak hati atau pengguna cuai, fesyen

terkini, kesempurnaan dan kualiti tinggi, kesedaran pada harga, rekreasi pengguna

atau hedonistic dan kesedaran pengguna pada jenama memainkan peranan yang

penting dalam mengkaji tingkah laku pengguna semasa pembelian dan pemilihan

barangan di lakukan.

6

Page 7: Proposal Tesis

1.3 PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini cuba melihat faktor-faktor yang mempengaruhi pembuatan keputusan

dalam pemilihan dan pembelian barangan ketika berbelanja dan perbezaannya

mengikut faktor-faktor seperti jantina, umur, taraf pendidikan, etnik, status

perkahwinan dan pendapatan pengguna. Berdasarkan permasalahan di atas, kajian ini

dijalankan untuk menjawab beberapa soalan-soalan seperti berikut:-

1) Apakah faktor-faktor yang mendorong pengguna membuat keputusan dalam

pemilihan dan pembelian barangan semasa berbelanja?

2) Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan barangan dan perkhidmatan

di kalangan pengguna.?

3) Adakah terdapat perbezaan terhadap membuat keputusan dalam memilih

barangan berdasarkan faktor-faktor demografi iaitu etnik, taraf pekerjaan , status

perkahwinan, pendidikan dan jantina?

4) Harga barangan mempengaruhi pembuatan keputusan pengguna.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

1) Melihat perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi pembuatan keputusan dalam

tingkah laku berbelanja berdasarkan pendapatan jantina pengguna.

2) Melihat perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi pembuatan keputusan dalam

tingkah laku berbelanja berdasarkan taraf pendidikan pengguna.

3) Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pembuatan keputusan dalam

tingkah laku berbelanja berdasarkan status perkahwinan.

4) Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pembuatan keputusan dalam

tingkah laku berbelanja berdasarkan taraf pekerjaan.

7

Page 8: Proposal Tesis

1.5 SIGNIFIKAN KAJIAN

Signifikan kajian adalah bertujuan untuk mengkaji tingkah laku manusia dalam

membeli barangan. Ianya sangat perlu kerana psikologi banyak mempengaruhi

tingkah laku pengguna dalam bertindak membuat keputusan. Ramai di luar sana

hanya mengkaji dari perspektif ekonomi, pengurusan, perniagaan mahupun pasaran.

Dari sudut psikologi tidak ramai yang mengkaji masalah ini dengan mendalam.

1.5.1 Signifikan kajian kepada khazanah ilmu

Dari segi khazanah ilmu, kajian ini diharapkan dapat memperkembangkan

teori dan model kajian terdahulu tentang faktor-faktor yang mempengaruhi

pembuatan keputusan terhadap pembelian dan pemilihan barangan di kalangan

pengguna. Kajian ini juga diharapkan dapat menambahkan pengetahuan mengenai

psikologi terutama sekali pada subjek analisis masalah dan pembuatan keputusan,

psikologi kognitif dan modifikasi tingkah laku. Selain itu menambahkan bahan

bacaan kepada pelajar-pelajar serta para ilmuan di masa akan datang.

1.5.2 Signifikan kajian kepada organisasi

Di Malaysia, kajian mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi pembuatan

keputusan dalam tingkah laku pembelian barangan di lihat masing kurang

dijalankan. Hal ini berkemungkinan terjadi kerana kurangnya pengkaji mengkaji

kerana kebiasaannya pengkaji banyak mengkaji dari perspektif yang lain. Maka

dengan itu, kajian ini dijalankan untuk memberi sedikit gambaran yang jelas

kepada organisasi-organisasi yang wujud untuk membuka mata mereka supaya

mereka faham tingkahlaku pengguna adalah memainkan peranan yang penting

dalam bidang psikologi. Pengguna ialah penjana pendapatan negara. Senang bagi

setiap organisasi menarik perhatian pengguna dalam membuat keputusan membeli

barangan seperti membuat tawaran yang hebat. Ini akan mempengaruhi tingkah

laku dan kemungkinan besar akan menguntungkan organisasi tersebut. Organisasi

perlu mempelajari tingkah laku manusia dengan lebih mendalam untuk menarik

perhatian pengguna membeli barangan.

8

Page 9: Proposal Tesis

1.5.3 Signifikan kajian kepada pengguna/ individu

Pengguna perlu tahu dan memahami dengan lebih mendalam tingkah laku

yang mereka wujudkan semasa pembuatan keputusan terhadap pembelian

barangan. Kemungkinan besar mereka di pengaruhi elemen-elemen dari

persekitaran mereka. Pengguna perlu peka supaya tidak melakukan pembaziran.

Tetapi inginkan kepuasan pengguna membuat keputusan dengan sewajarnya.

Selain itu pengguna dapat menilai diri mereka dalam membuat keputusan dan

pemilihan barangan secara ekonomis semasa berbelanja. Mungkin di sebabkan

pendapat yang berbeza-beza dalam membuat keputusan.

1.6 HIPOTESIS KAJIAN

1) Terdapat perbezaan yang signifikan antara lelaki dan perempuan terhadap

faktor-faktor pembuatan keputusan semasa pemilihan dan pembelian

barangan dalam tingkah laku berbelanja di kalangan pengguna.

2) Terdapat perbezaan yang signifikan antara pendidikan sekolah

menengah/sekolah rendah dan pendidikan universiti/kolej terhadap faktor-

faktor pembuatan keputusan semasa pemilihan dan pembelian barangan

dalam tingkah laku berbelanja di kalangan pengguna.

3) Terdapat perbezaan yang signifikan antara status perkahwinan terhadap

faktor-faktor pembuatan keputusan semasa pemilihan dan pembelian

barangan dalam tingkah laku berbelanja di kalangan pengguna.

4) Terdapat perbezaan yang signifikan antara status pekerjaan terhadap

faktor-faktor pembuatan keputusan semasa pemilihan dan pembelian

barangan dalam tingkah laku berbelanja di kalangan pengguna.

5) Harga barangan mempengaruhi pembuatan keputusan pengguna.

9

Page 10: Proposal Tesis

1.7 SKOP KAJIAN

Kajian ini dijalankan terhadap responden di pasaraya terpilih sekitar

bandaraya Alor Setar dan Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Responden di pilih

di kalangan lelaki dan perempuan tidak mengira umur, bangsa, agama, taraf

pekerjaan dan status perkahwinan. Bilangan sampel yang di pilih dan di edarkan

sebanyak 100 borang soal selidik. Kajian ini di pilih dan menggunakan pemilihan

sample secara rawak serta persampelan bola bersaji.

Kajian ini telah di lakukan di pasaraya seperti TESCO, giant dan

Econsave. Kajian ini menumpukan kepada pengguna yang mempengaruhi mereka

dalam pembuatan keputusan apabila mereka membeli sesuatu barangan. Ia

melibatkan faktor-faktor seperti tingkah laku penggua dan faktor-faktor yang

mempengaruhi pembuatan keputusan pengguna.

1.8 TEORI/ MODEL KAJIAN

1.8.1 Teori keputusan klasik/ Teori model normative

Dalam kajian ini, saya meggunakan teori keputusan klasik di mana ia

merupakan model yang paling awal di gunakan untuk menghurai, menafsir dan

menilai individu, pengguna atau masyarakat membuat sebarang keputusan. Tidak

kira apa pun keputusan yang di buat seperti dalam memilih dan membeli barangan

isi rumah, kereta, komputer atau yang lain, pembuatan keputusan yang di buat

hendaklah bijak, teratur dan ada strategi yang tersendiri bagi menggelakkan

pembaziran. Teori ini juga dikenali sebagai teori model normative yang menjadi

bahan kajian kepada ahli ekonomi dan sains pengurusan tradisional.

Jika kita melihat di dalam teori ini, kriteria digunakan untuk memilih

alternative dan sejauhmana alternatif itu dapat memberi keuntungan yang

maksimum. Model ini juga dikenali sebagai nilai utiliti yang dijangkakan. Orang

ekonomi atau pengurus yang rasional adalah individu yang membuat keputusan

ekonomi dengan menggunakan model ini.

10

Page 11: Proposal Tesis

Di dalam pembuatan keputusan ada beberapa perkara yang penting untuk

di ambil kira. Antaranya ialah 1) Pengguna sekurang-kurangnya mesti

mempunyai pengetahuan yang terbaik tentang pelbagai pilihan semasa membuat

pembelian. 2) Kepekaan yang mendalam dalam sesuatu perkara semasa membuat

sebarang keputusan. 3) Berfikir secara rasional dan membuat tindakan yang

sepatutnya dari aspek pemilihan dan pembelian barangan.

Untuk memahami dengan lebih mudah tentang pembuatan keputusan dalam

pemilihan dan membeli sesuatu barangan satu contoh di berikan seperti berikut.

Pembuat keputusan adalah pengguna. Bertingkah laku membeli dan membuat

pilihan sesuatu barangan dengan mempertimbangkan salah satu daripada 2 jenis

barangan yang ditawarkan. Kedua-duanya menawarkan tawaran yang hebat, harga

yang berpatutan, berkualiti dan berjenama. Melalui model teori normatif ini,

pembuat keputusan di jangka akan membuat pengiraan untuk menentukan

kebarangkalian objektif sebagai satu pilihan. Contohnya, 0.5 darab 0.20=0.1

untuk barangan yang pertama manakala 0.9 darab 0.10=0.09 untuk barangan yang

kedua.

Contoh di atas tadi, pembuat keputusan akan mengira ke semua yang

melibatkan keuntungan yang berpotensi memperolehi kos yang mungkin akan di

tanggung bagi setiap barangan, dan memilih barangan yang menawarkan

keuntungan maksimum dengan kosnya yang paling rendah.

1.8.2 Teori utiliti jangkaan subjektif/ Teori utiliti jangkaan positif

Dari perspektif psikologi satu lagi teori yang menyediakan huraian dalam

pembuatan keputusan ialah Teori utiliti jangkaan subjektif yang mana melibatkan

individu membuat keputusan ke atas sesuatu perkara. Teori USJ adalah satu teori

dimana sebarang keputusan yang di buat sentiasa mencari keseronokan dan

kepuasan yang maksimum semasa pemilihan dan pembelian barangan ketika

berbelanja. Ia juga di kenali sebagai utiliti positif. Dalam usaha mencapai

matlamat, pengiraan diutamakan kerana ia menentukan utility subjektif,

maknanya pemberatan utiliti yang di pertimbangkan individu, bukannya

11

Page 12: Proposal Tesis

berasaskan kriteria objektif. Teori ini adalah untuk memahami dan mencadangkan

tindakan yang perlu di ambil kira untuk menghasilkan pulangan atau keuntungan

yang maksimum dengan makna yang lain ialah kepuasan hati pengguna membeli

barangan.

1.8.3 Teori/Model respon kognitif

Teori ini melibatkan perubahan tingkah laku manusia terhadap komunikasi

yang berbentuk pemujukan. Ia menerangkan sikap manusia bertindak di dalam

hal-hal komunikasi. Seperti contoh yang diberikan iaitu teori respon kognitif.

Teori ini boleh dikaitkan dengan tingkah laku pengguna dalam pembuatan

keputusan pembelian barangan. Kebiasaanya pengguna akan membuat keputusan

yang sewajarnya dalam pembelian. Faktor-faktor yang mempengaruhi pembuatan

keputusan akan mendorong pengguna membeli dan memilih barangan yang

mereka inginkan dengan kepuasan masing-masing.

Kebiasaanya pengguna akan tertarik dengan kaedah, proses dan cara-cara

komunikasi syarikat penjualan barangan dimana mendorong, menarik perhataian

dan minat pengguna cuba untuk membeli barangan tersebut.

Mereka akan menggunakan daya komunikasi yang tinggi dan canggih

yang melibatkan tawaran hebat, promosi, harga rendah, gaya pembungkusan

sesuatu barangan, kualiti dan jenama yang tebaik. . Faktor-faktor yang dinyatakan

tadi adalah perkara-perkara yang memepngaruhi pembuatan keputusan pengguna

terhadap tingkah laku pembelian barangan. Maka di sini pengguna akan tertarik

dan bertindak membuat keputusan untuk membeli barangan.

Apabila pengguna menerima informasi yang di sampaikan, maklumat

yang sedia ada akan di hubungkaitkan dengan pemikiran. Pemikiran tadi akan

aktif dan bertindak untuk membeli barangan.

Teori ini mula diambil perhatian oleh Anthony G. Greenwald pada tahun

1930 an. Kajian beliau adalah berkenaan dengan perubahan sikap. Perubahan

sikap ini berhubung dengan pembelajaran, persepsi, fungsi dan konsistensi.

Keistimewaan teori ini adalah teori ini diambil daripada teori-teori yang lain dan

12

Page 13: Proposal Tesis

dengan mengumpulkan teori-teori ini, maka muncullah apa yang dikenali oleh

Greenward sebagai Kognitif respons.

1.8.4 Berkepuasan dalam membuat keputusan.

Pada awal tahun 1950an, ahli Psikologi Kognitif telah mempersoalkan

kerasionalan manusia yang dikatakan tiada batasan seperti yang terdapat dalam

teori utiliti jangkaan subjek. Mereka mengakui manusia bukanlah selalu membuat

keputusan yang boleh di anggap sebagai ideal tetapi mencadangkan manusia

bukannya tiada batasan dari kerasionalan untuk membuat keputusan. (Herbert A

Simon (1957) dalam Muhamed B. Awang (1999) mencadangkan manusia tidak

semestinya tidak rasional langsung tetapi mereka memperlihatkan kerasionalan

terbatas.

Menurut Simon (1957), beliau mencadangkan dalam keadaan biasa

manusia menggunakan strategi membuat keputusan yang di istilahkan sebagai

berkepuasan. Dalam strategi ini manusia tidak mempertimbangkan semua pilihan

dan mengira tepat pilihan yang di buat bagi memaksimumkan keuntungan dan

meminimumkan kerugian. Pertimbangan yang di buat itu dianggap memuaskan

dan memenuhi penerimaan.

Menurut Umar Burhan, (2006) dalam Konsep Dasar Ekonomi, nilai guna

sesuatu barang adalah perkara yang paling penting untuk diambil kira. Barangan

yang dibeli hendaklah berketepatan dan dapat memberikan kepuasan terhadap

pengguna. Ia dikenali sebagai utiliti dimana nilai guna barangan yang satu tidak

selalu dengan nilai guna barang yang lain. Nilai guna juga adalah berbeza

mengikut situasi tertentu pengguna.

Selain dari itu, pengguna juga sepatutnya membuat pemilihan barangan

yang di beli adalah berguna dan memberi faedah kepada diri mereka. Maksudnya

pengguna tidaklan membeli barangan sembarangan dan membazirkan.

Sehubungan dengan itu, pengguna hendaklah jelas dalam pembelian dan

pemilihan barangan ketika berbelanja. Dengan faktor nilai guna barangan adalah

lebih bermanfaat dan dapat memberikan kepuasan kepada pengguna.

13

Page 14: Proposal Tesis

TEORI DAN MODEL KAJIAN

Menurut Henryassael (1998), proses pembuatan keputusan pengguna bukanlah

hanya satu proses yang setara setiap masa. Proses pembuatan keputusan untuk membeli

kereta adalah berbeza dengan cara pembuatan keputusan untuk membeli ubat gigi. Rajah

2.4 menunjukkan dua aspek penting yang terlibat dalam pembuatan keputusan di

kalangan pengguna iaitu keluasan pembuatan keputusan dan darjah penglibatan dalam

pembelian.

KEPUTUSAN

PEMBELIAN

(penglibatan tinggi)

KEPUTUSAN

PEMBELIAN

(penglibatan rendah)

PEMBUATAN

KEPUTUSAN

KOMPLEKS

(sering mencari

maklumat produk dari

pelbagai jenama)

Pembuatan

keputusan yang

kompleks

(barang elektronik,

eksesori kenderaan)

Pembuatan keputusan

yang terhad

(produk makanan

kesihatan)

PEMBUATAN

KEPUTUSAN

TABIAT BIASA

(kurang mencari

maklumat dan berpuas

hati dengan satu

jenama)

Kesetiaan jenama

(kasut sukan,

pakaian ke pejabat)

Inertia

(sabun, ubat gigi,

makanan ringan, tisu)

14

Page 15: Proposal Tesis

Rajah 2.4 Penglibatan pengguna dalam pembuatan keputusan. Sumber : Henryassael,

1998

Dalam gambarajah yang di tunjukkan seperti di atas terdapat 2 aspek yang

penting. Pada aspek pertama ia meliputi tentang seluruh tahap keluasan atau darjah bagi

pembuatan keputusan samada ia berbentuk pembuatan keputusan yang kompleks, tingkah

laku, habit atau tabiat yang biasa dilakukan oleh pengguna. Di dalam pembelian,

pemprosesan tentang pencarian maklumat dan data merupakan suatu perkara yang

penting. Atau sebaliknya, kepuasan yang memainkan peranan dalam pembelian barangan

dan meneruskan pembelian barangan itu secara konsisten dan sewajarnya.

Dalam aspek yang kedua, ia meliputi penglibatan pengguna pada tahap atau

darjah yang rendah. Sehubungan dengan itu faktor-faktor yang mempunyai kaitan dengan

pengguna seperti usia, risiko, sosial akan mempengaruhi imej, sikap, tingkah laku,

persoanaliti seseorang pengguna. Kebiasaannya tahap penglibatan yang rendah, kurang di

pengaruhi oleh faktor-faktor pembelian.

Selain itu, menurut Harold (1978) satu model ringkas telah dibangunkan oleh

Gordon (1994) untuk menunjukkan hubungan sosiobudaya, faktor sosial dan faktor

individu dalam mempengaruhi kelakuan dan pembuatan keputusan pengguna. Ketiga-tiga

faktor ini dilihat sebagai sangat mempengaruhi keputusan pembelian pengguna dalam

pemilihan produk dan perkhidmatan yang terbaik. Rujuk Rajah 2.5 untuk melihat

kedudukan faktor-faktor tersebut dalam Model Gelagat Pengguna Allport.

Faktor sosiobudaya berkaitan dengan faktor budaya,sosial dan pesekitaran di

sekeliling kita. Kita sebagai manusia dan pengguna banyak di pengaruhi pelbagai cara

seperti apa yang pengguna lain menggunakan sesuatu barangan, kemungkinan tingkah

laku tersebut kita akan ikut dan menjadi model untuk kita mencuba dan membeli.

Kebiasaannya melibatkan kelas tahap atau taraf hidup dan di peringkat umur.

Faktor sosial melibatkan pengaruh daripada kumpulan dalam lingkungan

pengguna yang terlibat terhadap proses pembuatan keputusan sewaktu pengguna

membeli barangan. Faktor individu pula melibatkan pengetahuan seseorang pengguna,

persepsi, sikap dan personaliti pengguna (Harold, 1978).

15

Page 16: Proposal Tesis

Faktor

Sosiobudaya

Faktor

sosial

Faktor individu Objek

rangsangan

Rajah 2.5: Model Gelagat Pengguna Allport Sumber : Gordon (1994), The Nature of

Prejudice.

Misalnya dalam kajian yang saya kaji, ketiadaan masa yang mencukupi untuk

memasti, menilai dan meneliti sesuatu barangan dan memilih barangan yang terbaik di

lihat berasaskan demensi bagi menilai barangan yang di beli. Pelbagai faktor boleh

menyebabkan pengguna dipengaruhi semasa membuat keputusan pembelian sesuatu

barangan.

9.1 DEFINISI KONSEP

1.9.1 Pengguna

Menurut Schiffman dan Kanuk (1999), istilah pengguna seringkali digunakan

untuk menjelaskan pengguna yang berbeza iaitu pengguna individu dan pengguna

organisasi. Pengguna individu merupakan individu-individu yang membeli barangan dan

perkhidmatan untuk kegunaannya sendiri, isi rumah, salah seorang ahli dalam isi rumah

ataupun sebagai hadiah kepada kawannya. Ia berbeza dengan pengguna organisasi yang

merujuk kepada peniaga-peniaga swasta, agensi-agensi kerajaan dan institusi-institusi

Budaya Kelas

sosial

Pengaruh

kumpulan

Motivasi

dan

personaliti

Penyesuaian

16

Tingkatkanmembeli

Produk dan service

Page 17: Proposal Tesis

yang masing-masing membeli barangan, kelengkapan dan perkhidmatan demi untuk

keperluan organisasi mereka samada bagi tujuan yang menguntungkan atau sebaliknya.

Nordstrom (1981) mendefinisikan pengguna sebagai sesiapa sahaja yang

menggunakan sesuatu hasil pengeluaran. Pengguna juga ialah seseorang yang membeli

sesuatu barangan untuk kegunaannya sendiri. Menurutnya lagi, pengguna bukan

merupakan individu yang membeli hasil keluaran tertentu tetapi tidak menggunakannya.

Menurut Wasson (1975) pengguna adalah berbeza daripada penjual. Walaupun

mereka sama-sama membeli dan menjual sesuatu. Manakala Herzberg (dalam Britt,

1966) pula mendefinisikan pengguna sebagai seorang individu yang membeli sesuatu di

suatu tempat dengan tujuan dan tingkat harga tertentu.

Mohd Ali Hassan (1984) pula menyatakan bahawa pengguna adalah sesiapa

sahaja yang menggunakan barangan, perkhidmatan serta kurniaan alam semulajadi untuk

kepuasan dan kepentingan hidupnya.

Di dalam penjanaan ekonomi, pengguna memainkan peranan yang penting buat

Negara. Pengguna akan berbelanja walaupun sedikit pada setiap hari kepada penjual,

pemborong dan sebagainya dan seterusnya mereka yang menjual itu akan menggunakan

wang tadi untun pembelian sesuatu barangan untuk di jual. Maka aliran wang itu tidak

kemana-mana hanya berada di dalam negara. Ini menjelaskan bahawa keuntungan

ekonomi negara datangnya dari penjanaan ekonomi yang mantap iaitu dari pengaliran

wang dalam negara sahaja tanpa wang itu keluar Negara. Kepentingan pengguna perlu di

ambil perhatian kerana pengguna lah yang akan memaju dan memperkembangkan

ekonomi negara seta berdaya saing dengan Negara-negara luar yang maju

Menurut Wikipedia dalam Ensiklopedia bebas, pengguna ialah istilah luas yang

merujuk kepada mana-mana individu atau isi rumah yang menggunakan barangan dan

perkhidmatan yang dihasilkan dalam ekonomi. Konsep pengguna boleh digunakan dalam

konteks yang berlainan, dengan itu penggunaannya boleh mMakroekonomi (dari awalan

"macr(o)-" bererti "besar" + "ekonomi") merupakan cabang ekonomi yang berkaitan

dengan prestasi, struktur, dan tingkah-laku ekonomi oleh keseluruhan masyarakat,

samaada negara, kawasan, atau keseluruhan dunia. Bersama mikroekonomi,

Makroekonomi merupakan satu daripada dua bidang umum dalam ekonomi.

17

Page 18: Proposal Tesis

Ia merupakan kajian pada semua aspek, terutamanya tingkah-laku dan membuat

keputusan, keseluruhan ekonomi. Kajian makroekonomi menghimpun petunjuk seperti

KDNK, kadar pengangguran dan indeks harga bagi memahami bagaimana keseluruhan

ekonomi berfungsi. Makroekonomi membangunkan model yang menjelaskan kaitan

antara faktor sedemikian seperti pendapatan kebangsaan, keluaran negara, penggunaan,

pengangguran, inflasi, penyimpanan, pelaburan, pelaburan, perdagangan antarabangsa

dan kewangan antarabangsa. Sebaliknya, mikroekonomi kebanyakannya menumpukan

pada tindakan agen persendirian, seperti entiti perniagaan dan pengguna, dan bagaimana

tindakan mereka menentukan harga dan kuantiti dalam pasaran khususerujuk kepada

makna berlainan.

Keputusan ialah suatu perbuatan (sikap) pemilihan daripada sejumlah, kemungkinan

alternatif dan sejumlah alternatif tersebut tidak harus dipilih semua, tetapi dipilih beberapa

saja, atau dipilih satu saja.

Keputusan ialah suatu perbuatan (sikap) pemilihan daripada sejumlah, kemungkinan

alternatif dan sejumlah alternatif tersebut tidak harus dipilih semua, tetapi dipilih beberapa

saja, atau dipilih satu saja. Tingkah laku pengguna ialah sebarang tindakan oleh individu

yang berhubung dengan penggunaan bahan-bahan ekonomi dan perkhidmatan termasuk

proses membuat keputusan yang menentukan tingkah laku tersebut (Block dan Roering,

1979)

Dalam kajian ini, konsep pengguna merujuk kepada seorang atau satu kumpulan

manusia yang membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan dan benar-benar

menggunakannya sendiri atau untuk digunakan oleh orang lain.

Secara operasionalnya, pengguna boleh dapat dihuraikan bahawa tingkah laku

pengguna dalam faktor-faktor yang mempengaruhi pembuatan keputusan terhadap

pemilihan dan pembelian barangan di kalangan pengguna mempunyai hubungan rapat

dari perspektif psikologi modifikasi tingkah laku. Selain dari itu bidang-bidang yang

berkaitan juga turut terlibat memberi sumbangan dan huraian terhadap kajian ini.

Antaranya ialah dari bidang ekonomi, sosial dan kognitif. Bidang-bidang ini semua

merangkumi dalam aspek psikologi.

18

Page 19: Proposal Tesis

Pengguna atau di kenali dengan guna lebih bersinonim dengan memanfaatkan

sesuatu keadaan dan benda. Ia berkaitan dengan faedah, kelebihan, kebaikan, fadilat,

keuntungan dan juga peranan individu dalam sesuatu situasi.

Selain daripada itu pengguna juga dapat ditakrifkan sebagai seorang individu

atau masyarakat yang membeli apa-apa jua barangan untuk keperluan diri sendiri, isi

rumah dan sebagainya. Ia melibatkan tingkah laku berbelanja dan tingkah laku individu

dalam membuat keputusan Sebelum berbelanja pengguna akan membuat keputusan untuk

memilih dan membeli barang yang diperlukan. Sehubungan dengan itu pengguna

mengatur strategi yang bijak semasa berbelanja. Pengguna adalah pelanggan yang

puratanya membeli belah pada hujung bulan untuk keperluan diri dan juga keluarga

masing-masing.

1. 9.2 Definisi Pembuatan Keputusan

Menurut Mc. Farland beliau menyatakan pembuatan keputusan ialah “ A decision

an act of choice when in an executive forms a conclusion about what muse or must not be

done in a given situation”. ( Pembuatan Keputusan ialah satu tindakan di mana

melibatkan pemilihan dan menentukan kesimpulan tentang perkara yang tidak harus di

lakukan di dalam situasi yang tertentu. (Keputusan ialah suatu tindakan pemilihan di

mana Pimpinan menentukan suatu kesimpulan tentang apa yang harus atau tidak harus

dilakukan dalam suatu situasi yang tertentu). Keputusan ialah suatu perbuatan (sikap)

pemilihan daripada sejumlah, kemungkinan alternatif dan sejumlah alternatif tersebut

tidak harus dipilih semua, tetapi dipilih beberapa saja, atau dipilih satu saja.

Membuat keputusan adalah merujuk kepada pilihan yang dibuat berdasarkan

kepelbagaian jalan penyelesaian. Pemilihan merupakan fungsi kepada objektif si pembuat

keputusan tadi, maka dalam penilaian alternatif yang sedia ada untuk dipilih, si pembuat

juga berminat untuk mengetahui dengan lebih jelas tentang akibat daripada tindakan,

ekoran daripada pilihan yang dibuatnya. Pilihan-pilihan yang di buat oleh si pembuat

keputusan juga melibatkan elemen ketakpastian.

Menurut Durvasula dan Lysonski (1993), ia merujuk kepada orientasi mental

yang menjelaskan bagaimana seseorang pengguna atau individu membuat pilihan dalam

19

Page 20: Proposal Tesis

pembelian sesuatu barangan. Apabila membuat keputusan pembelian barangan, pengguna

mempunyai beberapa dimensi untuk dipertimbangkan.

Menurut Sprole and Kendall (1986) dalam Fan dan Xio (1997), terdapat lapan

dimensi model pembuatan keputusan pengguna. Ia terdiri daripada komponen

Perfectionist, High Quality Conscious Consumer, Brand Conscious, “Price Equals

Quality” Consumer, Novelty-Fashion Conscious Consumer, Recreational, Hedonistic

Consumer, Price Conscious, “Value For Money” Consumer, Impulsive, Careless

Consumer, Confused by Over- Choice Consumer and Habitual, Brand-Loyal Consumer.

Menurut kamus komputer, sistem yang digunakan untuk membantu manusia

membuat keputusan terbaik tentang sesuatu masalah berdasarkan rancangan, peraturan,

atau model yang telah ditetapkan. Selain itu, sistem atau peraturan yang digunakan untuk

pembuatan keputusan apabila peristiwa atau masalah yang dijangkakan itu wujud.

Secara operasional, Pembuatan keputusan ialah satu jenis yang berbentuk

alternatif dimana ia melibatkan pemilihan seseorang individu membuat keputusan dengan

membuat suatu pembelian barangan yang mereka inginkan. Ia juga merupakan satu sikap

manusia untuk bertindak dalam sesuatu keputusan. Pembuatan keputusan amat penting

untuk pengguna kerana boleh membantu pengguna membuat pemilihan barangan yang

berpatutan dan sewajarnya.

Sehubungan dengan itu, pembuatan keputusan merupakan suatu jalan atau

alternatif yang dirancang oleh pengguna. Ia adalah pelan strategi dalam menentukan apa

yang ingin dilakukan dan di kehendaki. Ia juga membabitkan ketidakpastian sesuatu

perkara dalam menentukan alternatif dan menempuh pelbagai kesukaran untuk mencapai

matlamat yang dingini.

1.9.3 Definisi Tingkah Laku Pengguna

Menurut Lewis M. Beaker (2001) Sebarang perbuatan yang di lakukan samada

secara terus atau tidak dan secara sedar atau separa sedar. Menurut Gary Martin & Joseph

Pear (2003) tingkah laku merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, tindakan dan reaksi. Selain

dari itu, menurut kamus wikipedia menyatakan bahawa tingkah laku manusia ialah

sekumpulan tingkah laku yang ditonjolkan oleh manusia dan dipengaruhi oleh budaya,

sikap, emosi, nilai, etika, autoriti, hubung baik, hipnosis, pujukan, paksaan, dan atau

20

Page 21: Proposal Tesis

genetik. Ia merupakan salah satu faktor yang penting dalam masyarakat manusia.

Menurut sudut pandangan humanisme, setiap manusia mempunyai tingkah laku yang

berbeza.

Manakala menurut Imam Al-Ghazali dalam bukunya Nasihat Al Mulk, dari

pandangan perspektif Islam beliau menyatakan setiap manusia berasaskan dorongan dan

tujuan. Dorongan atau motivasi itu berasal dari dalam diri manusia. Motivasi boleh di

ransang oleh ransangan-ransangan luar atau dalaman yang berkaitan dengan keperluan

fisiologi dan emosi. Motivasi juga menggalakkan individu mendorong sesuatu perkara

untuk di lakukan oleh manusia. Tingkah laku yang timbul berkaitan dengan perasaan dan

kesedaran terhadap suatu situasi. Interaksi memainkan peranan yang penting dalam

menggerakkan motivasi dan tingkah laku. Mengikut Kamus Dewan ;ia bermaksud budi

pekerti, kelakuan, watak, pengetahuan berkaitan kelakuan tingkah laku manusia dan

sebagainya sama ada baik atau jahat. Mengikut Mafhum kata-kata Aishah yang dirumus

dari sabda Nabi Muhammad s.a.w berkaitan ahhlak Baginda.

Seterusnya mengikut Istilah ; segala tingkah laku perbuatan yang telah menjadi

adat kebiasaan,apabila dilakukan tidak perlu lagi berfikir panjang setelah tingkah laku

diamalkan sekian lama dan diterima masyarakat sebagai sebahagian dari cara hidup

Menurut Islam pula ia beerti“satu sifat atau sikap keperibadian yang melahirkan tingkah

laku perbuatan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan

kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah“.

Secara operasionalnya, segala tingkah laku dan perbuatan adalah menjadi adat

kebiasaan kepada manusia,apabila manusia melakukan sesuatu perkara sesetengah

mereka tidak berfikir secara panjang setelah tingkah laku diamalkan sekian lama dan

diterima masyarakat sebagai sebahagian dari cara hidup. Menurut Islam pula ia

beerti“satu sifat atau sikap keperibadian diri yang melahirkan tingkah laku, perbuatan dan

tindakan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan

kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah“.

Tingkah laku adalah suatu gerakan, aktiviti dan tindakan yang dilakukan oleh

manusia yang melibatkan satu hubungan dengan situasi persekitaran. Tingkah laku

mempunyai tiga ciri yang patut kita ketahui. Di antaranya ialah tingkah laku bersifat

sedar dan separa sedar, rela mahupun tidak rela dan secara sejadi atau di pelajari. Dalam

21

Page 22: Proposal Tesis

bidang sosiologi tingkah laku mempunyai hubungan dengan hubungan sosial,

penggunaan dalam ekonomi, perniagaan dan pemasaran yang melibatkan tindakan dan

sikap pengguna, hiburan mahupun pakaian.Tingkah laku da tabiat adalah saling

berkaitan. Ia sesuatu tindakan yang berdasarkan logik manusia. Maka tidak hairanlah

tabiat memainkan peranan penting dalam situasi kesikapan pengguna dalam pembuatan

keputusan dari segi menilai,memilih dan membeli barangan yang ingin di beli di pasaran

mengikut kehendak da keperluan masing-masing.

Selain daripada itu tingkah laku adalah peranan utama dalam diri manusia untuk

menggerakkan tindakan dan melakukan aktiviti-aktiviti yang manusia perlukan seperti

bertindak dalam membuat keputusan membeli barangan. Tingkah laku juga banyak

berkaitan dengan persekitaran luaran mahupun dalaman untuk melakukan sesuatu

pekerjaan dalam keadaan dan situasi yang berbeza. Sehubungan dengan itu, tingkah laku

manusia adalah satu cara untuk mereka berhubung di sekeliling mereka dengan

mempelajari cara membuat sesuatu keputusan, pendapat, persepsi, dan ia mempengaruhi

antara satu sama lain. Manusia dimotivasikan untuk bertingkah laku dalam keadaan yang

tertentu dan seterusnya mereka akan bertindak mengikut cara masing-masing dengan

pelbagai alternatif yang kreatif.

Secara umumnya, manusia mempunyai sistem saraf yang sempurna begitu juga

dengan haiwan. Tetapi manusia mempunyai akal fikiran yang lebih dan pandai mengatur

susun segala tingkah laku mereka. Manusia akan belajar dari orang sebelumnya untuk

mempelajari dan mengetahui tentang gerak balas yang mereka lihat dan baru bagi

mereka. Jika tingkah laku itu sesuai dengan situasinya maka manusia atau individu

tersebut akan bertindak mengulangi tindakan tersebut. Seperti contoh yang boleh

diberikan ialah seorang pengguna membuat keputusan dalam membeli barang.pengguna

tersebut tertarik dengan tawran harga yang berpatutan. Jika barangan tersebut sesuai bagi

dirinya, kemungkinan besar pengguna akan membeli lagi barangan tersebut.

Semua tingkah laku yang dilakukan oleh pengguna atau seseorang individu boleh

di perhati, di ukur dan di nilai. Selain itu ia merupakan satu manifestasi fizikal sebagai

suatu sikap yang berdasarkan nilai-nilai tertentu.

KAJIAN LEPAS

22

Page 23: Proposal Tesis

Menurut Kurt Lewin(1986), tingkah laku pengguna ini banyak di pengaruhi oleh

pelbagai faktor. Di antara faktor-faktor tersebut ialah faktor dalaman yang sememangnya

secara semulajadi ada di dalam diri manusia seperti sikap, tabiat, demografi, keperluan,

persepsi, pembelajaran dan motivasi seseorang manusia yang semuanya bergelar sebagai

pengguna.

Manakala faktor luaran terdiri daripada budaya dan agama yang dianuti individu

itu, sosial dan ekonomi serta pengaruh yang terdekat pada diri kita seperti kawan-kawan

dan keluarga.

A.R Anderson (1965) telah mengkaji tentang faktor-faktor yang banyak

mempengaruhi keputusan pengguna untuk membeli sesuatu barangan yang mereka

perlukan. Beliau telah menyatakan cirri-ciri seperti demografi,persepsi emosi, motivasi

dan pengaruh luaran adalah peranan utama dalam pengguna bertingkah laku semasa

membuat pembelian. Kebiasaannya, pengguna di pengaruhi oleh faktor-faktor seperti

harga barangan, kualiti dan jenama barangan, promosi dan tawaran hebat dan

pembungkusan barangan yang akan mendorong menarik minat pengguna untuk bertindak

dengan lebih jauh dan mendalam supaya mereka boleh membuat keputusan yang terbaik

semasa membeli.

Menurut F.M Nicosia (1966), beliau mereka cipta satu model yang di beri nama

model Nicosia dimana melibatkan pembuatan keputusan dalam membeli suatu barangan.

Ia bergantung kepada faktor dalaman yang di kaitkan dengan cirri-ciri seperti jantina,

tahap pendidikan, sikap dan persepsi individu. Selain dri itu faktor pasaran juga adalah

penting dalam pembuatan keputusan pengguna. Ciri-cirinya terdiri daripada barangan

yang dibeli, harga barangan,tawaran,cara membuat pembelian barangan, serta

kesenangan mendapatkan barangan yang ingin dibeli. Kedua-dua faktor ini saling

berkaitan dengan situasi persekitaran semasa.

Menurut pandangan pakar-pakar pengkaji dalam gelagat atau tingkah laku

pengguna seperti Engel, Koulat dan Blackwell (1982), tiga pengaruh memainkan peranan

penting dalam mempengauhi pembuatan keputusan pengguna dalam tingkah laku

berbelanja. Di antaranya ialah persekitaran dimana melibatkan cirri-ciri budaya,

sosioekonomi dan keluarga. Manakala pengaruh yang kedua datangnya dari dalaman. Ia

23

Page 24: Proposal Tesis

melibarkan faktor seperti keperluan, sikap, persepsi. Jika kita lihat faktor-faktor ini

bertindak memainkan peranan yang kuat dalam psikologi membentuk manusia atau

pengguna bertindak dan bertingkah laku dalam membuat sebarang keputusan.

Pengaruh yang ketiga ianya terdiri daripada promosi, pengiklanan, barangan dan

juga pengagihan barangan di pasaran. Ciri-ciri yang disebutkan tadi adalah peranan

utama dalam tingkah laku. Ia akan mempengaruhi pembuatan keputusan terhadap

pemilihan dan pembelian barangan di kalangan pengguna. Banyak perkara yang perlu

difikirkan terlebih dahulu sebelum membeli sesuatu benda, produk atau barang kerana

kemungkinan besar akan melibatkan perbelanjaan yang banyak dan tidak menepati

kehendak pengguna.

Walaupun kita sedia berfikir dalam membuat keputusan yang baik tetapi kadang

kala tindakan dan sikap kita sebagai pengguna yang inginkan kepuasan dan keseronokan

dalam membeli adalah punca utama untuk kita menyesal selepas membeli barangan. Dari

situ baru kita sedar bahawa barangan itu di perlukan atau tidak. Permainan mental

kognitif dan psikologi dengan pengaruh persekitaran dan dalaman menyebabkan kita

bertukar fikiran dan membuat tindakan serta mencari sesuatu alternatif dalam segala

pembuatan keputusan yang diperlukan.

Pengaruh pasaran juga memainkan peranan utama dalam mempengaruhi

keputusan pembelian pengguna. Craig, Lees, Joy dan Browne (1984) menyatakan faktor-

faktor seperti produk, harga, promosi, pengiklanan dan pengagihan mempunyai pengaruh

yang lansung ke atas pengguna.

Sehubungan dengan itu, Delighton, Nestlin dan Henderson (1994) pula

menyatakan, pengiklanan yang di lakukan oleh sesebuah syarikat, kedai ataupun pasaraya

melalui majalah, televisyen , radio, surat khabar sangat besar mempengaruhi seseorang

pengguna. Mereka juga telah berpendapat bahawa sesorang pengguna tidak akan

membeli sesuatu barangan jika pengguna tidak mengenali barangan tersebut ataupun

kurangnya pendedahan terhadap pengguna terhadap sesuatu produk atau barangan di

pasaran.

Krishna (1994), mendapati harga sesuatu produk atau barangan pada masa kini

dan pada masa hadapan akan mempengaruhi gelagat pembelian seseorang pengguna.

Menurut beliau lagi, sekiranya peruncit, pemborong atau pengeluar produk itu

24

Page 25: Proposal Tesis

meletakkan harga yang tinggi ke atas barangan tersebut, maka ramai pengguna berpotensi

dalam membuat keputusan untuk tidak membeli.

Jacobson dan Obbermiller (1990), menerangkan bahawa seseorang individu tidak

akan membeli sesuatu produk yang tinggi harganya walaupun produk tersebut membawa

kelebihan dan pengguna tersebut akan mencari alternatif-alternatif yang lain serta berpuas

hati dengan alternatif tersebut.

Sementara itu Assael (1992), menerangkan budaya di ertikan sebagai nilai, tradisi

dan norma di mana seseorang individu mempelajari dari masyarakat sekeliling yang

mana akan menuju kepaa corak kelakuakan yang biasa di dalam masyarakat tersebut.

Menurut Thompson, Polio, B.Locander (1994) faktor budaya seperti tradisi dan

agama boleh mempengaruhi pengguna dalam pembuatan keputusan untuk membeli

sesuatu barangan. Ia berkaitan dengan sesuatu barangan atau produk yang mungkin

terjadi kerana tidak sesuai dengan faktor budaya dan agama pengguna.

Menurut Delk, Wallendrof dan Sherry (1985) mereka berpendapat bahawa

persekitaran memainkan peranan penting, Seorang pengguna yang pertama kalinya

memebli sesuatu barangan. Jika barangan itu sesuai maka pengguna tersebut akan

mengulangi tindakan membeli barangan itu berualang kali kerana kemungkinan sesuai

dengan budaya dan tradisi pengguna.

Charles Soule E. (1987) menerangkan bahawa bagaimana pengaruh luaran seperti

sosio-ekonomi yang terdiri daripada faktor pendapatan pengguna berperanan dalam

segala tingkah laku pembuatan keputusan pengguna. Kemungkinan pengguna melihat

kepada kualiti dan jenama dan dapat memuaskan hati mereka dan berbaloi semasa

membuat keputusan dalam pembelian.

Menurut L.V Domminin Quez (1998) tahap sosio-ekonomi yang paling

mempengaruhi keputusan membeli sesuatu barangan adalah berkaitan dengan factor

pendapatan dimana seorang individu akan membeli sekiranaya pendapatan yang mereka

terima adalah cukup.

Menurut P.D Martineau (1989) sesetangah individu tidak akan membuat

keputusan membeli barangan walaupun mereka sedar barangan tersebut membawa pada

kelebihan. Kemungkinan ini berlaku di sebabkan dorongan motivasi yang tinggi untuk

tidak membeli barangan adalah kuat kerana di sebabkan oleh situasi dan keadaan

25

Page 26: Proposal Tesis

pengguna yang tidak dapat dinilai dan dihuraikan secara luaran. Di sini pengaruh dari

segi psikologi amat penting dalam memainkan peranan mereka untuk mengkaji individu

tersebut kenapa mereka bertingkah laku sedemikian.

Menurut Assael (1992), pengaruh demografi yang mempengaruhi keputusan

untuk membeli adalah terdiri daripada faktor umur, jantina, tahap pendidikan, dan status

perkahwinan .

Moyer dan D. Hutt (1978), mendapatkan bahawa sekiranya seseorang itu

mempunyai tahap pendidikan yang tinggi maka individu tersebut akan lebih mengetahui

mengenai kelebihan satu barangan dan akan menbeli barangan tersebut berbanding

dengan mereka yang ada tahap pendidikan yang rendah.

Menurut Engel dan Blackwell (1990), taraf perkahwinan seseorang individu

mempengaruhi pembuatan keputusan pembelian suatu barangan atau prouk yang di beli

oleh pengguna, dan sesuai digunakan ke atas diri mereka dan stiap ahli-ahli kelaurganya

maka, pengguna akan membeli lagi barangan tersebut kerana ianya memberi kelebihan

dan keuntungan bagi semua pihak.

Menurut P. Rotter (1982) faktor keperluan merupakan faktor dalaman yang wujud

dalam diri pengguna. Menurut beliau lagi, apabila wujud faktor keperluan maka

seseorang individu itu akan membuat keputusan membeli barangan.

Selain daripada itu, Azleeny Ramli 2008 dalam kajiannya menyatakan kualiti dan

kepuasan memainkan peranan yang penting dalam pembelian barangan. Kualiti dan

kepuasan pengguna adalah saling berkaitan. Kepuasan pengguna merupakan gambaran

yang terbaik tentang kualiti barangan dan sesuatu perkhidmatan. Di dalam organisasi ia

menjadi ukuran kejayaan dalam syarikat.

Menurut Woo et al (2004) telah menjelaskan bahawa kualiti adalah bersifat

kognitif, sedangkan kepuasan adalah dari reaksi emosi. Oleh yang demikian, persepsi dan

pandangan dari pengguna berkenaan dengan kualiti adalah berdasarkan kepada penilaian

objektif dimana sesuatu perkhidmatan atau produk barangan yang dijual mempunyai

ciri-ciri yang tersendiri. Kepuasan sebaliknya melibatkan gerak balas dan tindakan dari

reaksi emosi dan pengalaman yang menggunakan produk barangan yang dibeli secara

umum.

26

Page 27: Proposal Tesis

BAB 111

METODOLOGI

3.1 PENDAHULUAN

Bab ini membincangkan metodologi bagi kajian ini. Sehubungan dengan itu, bab ini akan

memfokuskan kepada reka bentuk kajian, jenis penyelidikan, kerangka kajian, Sampel

dan tempat kajian, pembinaan instrumen, pengumpulan data dan analisis data.

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

Dala reka bentuk kajian ini ia merujuk kepada bagaimana sesuatu maklumat itu dapat di

capai dengan lebih baik dan teratur mengikut cara-cara yang ditentukan bagi mencapai

sesuatu matlamat dengan lebih sempurna. Menurut Mohd Majid (1994), beliau

menyatakan bahawa reka bentuk kajian ini berdasarkan kepada bagaimana untuk

mendapatkan maklumat bagi mencapai sesuatu matlamat kajian. Mengikut Ahmad

Mahdzan (2002), reka bentuk kajian ialah segala prosedur yang di ambil untuk mencapai

objektif kajian. Manakala pendapat Mohd Majid (1994) dan Ahmad Mahdzan (2002) di

sokong oleh Cooper dan Schindler (1998) yang menegaskan bahawa reka bentuk kajian

adalah satu perancangan dan struktur penyiasatan bagi mendapatkan jawapan kepada

semua persoalan kajian. Babbie (1995), menjelaskan reka bentuk kajian merupakan

perancangan saintifik bagi memperoleh dapatan yang diinginkan serta mampu memberi

penjelasan kepada permasalahan kajian.

Berdasarkan kepada empat persoalan utama kajian iaitu adakah apakah faktor-

faktor yang mendorong pengguna membuat keputusan dalam pemilihan dan pembelian

barangan semasa berbelanja. Kedua, apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan

barangan dan perkhidmatan di kalangan pengguna. Ketiga, Adakah terdapat perbezaan

terhadap membuat keputusan dalam memilih barangan berdasarkan faktor-faktor

demografi iaitu etnik, taraf pekerjaan , status perkahwinan, pendidikan dan jantina dan

27

Page 28: Proposal Tesis

yang keempat ialah adakah harga barangan mempengaruhi pembuatan keputusan

pengguna. Oleh itu penyelidik mendapati kajian ini perlu meggunakan kaedah

penyelidikan kuantitatif.

Menurut Ary, Jacobs, Razaviegh, (1990), Penyelidikan kuantitatif merupakan

suatu kaedah penyelidikan yang banyak menggunakan pendekatan yang di kenali sebagai

deduktif di mana pendekatan ini menerangkan sesuatu fenomena yang berlaku. Di

perjelaskan lagi dengan lebih mudah, dimana kajian ini menggunakan nilai angka yang

menunjukkan sifat berkaitan dengan objek pembolehubah. Menurut Gay dan Airasian,

(2000), kaedah ini merupakan kaedah yang di aplikasikan untuk mengumpulkan data

daripada sampel yang besar dengan menggunakan pelbagai kaedah pengumpulan data

seperti menggunakan borang soal selidik. Ahmad Mahdzan, 2002 & Mohd Majid, 1994)

menyatakan reka bentuk penyelidikan kuantitatif deskriptif adalah di gunakan dalam

kajian ini. Penyelidikan kuantitatif deskriptif merupakan penyelidikan yang di

aplikasikan bagi menerangkan fenomena yang berlaku di sekeliling kita. Manakala

Salkind (2004) menjelaskan bahawa penyelidikan deskriptif merupakan penyelidikan

yang menerangkan fenomena semasa. Selain itu Salkind (2000) menerangkan

penyelidikan deskriptif mampu menyediakan gambaran yang jelas terhadap fenomena

yang sedang di terokai oleh para penyelidik.

Telah di jelaskan oleh Salkind (2000) dan di perkukuhkan lagi oleh Gay dan

Airasian (2000) yang menegaskan bahawa penyelidikan deskriptif dapat menjelaskan

sesuatu permasalahan yang berlaku. Mereka juga telah mencadangkan penyelidikan yang

sangat sesuai di gunakan ialah kaedah deskriptif yang banyak merungkai isu-isu yang

berkaitan dengan permasalahan kajian.

Sehubungan dengan itu, dapatlah di perjelaskan bahawa kaedah deskriptif adalah

menerangkan apa yang sedang berlaku. Penyelidik akan mengkaji sesuatu bidang yang

sesiapa pun belum mengkaji dan kekurangan dalam Sesuatu kajian atau bidang tersebut.

Maka pengkaji akan membuat penyelidikan dengan lebih terperinci dan menjelaskan

serta meghuraikan permasalahan kajian, objektif kajian, persoalan kajian dengan lebih

mendalam.

Selain menggunakan kaedah deskriptif, kajian ini guna meggunakan kaedah

inferensi dimana analisis statistik di gunakan dengan menggunakan sistem SPSS untuk

28

Page 29: Proposal Tesis

menganalisis data dan penyelidikan yang dilakukan. Teknik analisis inferensi ini di

gunakan dalam kajian-kajian untuk mengetahui data yang di kumpul dan di huraikan

dengan lebih jelas dengan menggunakan konsep dan hokum kebarangkalian. Ianya di

lakukan untuk memberi jaminan bahawa generalisasi dan kesimpulan yang di buat secara

menyeluruh adalah tepat. Selain itu beberapa tatacara kebarangkalian perlu diikuti agar

pemerihalan data terhadap populasi besar yang di kaji kadang-kadang bersifat sejagat

sehingga boleh menyakinkan walaupun pengkaji hanya menggunakan data daripada

sampel kajian.

3.3 KERANGKA KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pembuatan

keputusan semasa pemilihan dan pembelian barangan ketika berbelanja di kalangan

pengguna. Oleh itu, satu kerangka di perlukan sebagai panduan kepada penyelidik di luar

sana dalam usaha untuk mencari jawapan kepada persoalan serta mencapai semua

objektif kajian yang telah di nyatakan dalam bab satu. Berdasarkan perbincangan di atas,

kajian ini telah membuat dua kerangka kajian dimana di bahagikan kepada dua bahagian

iaitu bahagian A dan bahagian B. Kerangka kajian ini menjelaskan dengan lebih

terperinci dan ditunjukkan dalam Rajah 1 dan 2.

Demografi (Bahagian A)

Jantina

Pendidikan

Taraf Pekerjaan

Status Perkahwinan

Faktor-faktor yang mempengaruhi pembuatan keputusan

Rajah 3.1 : Kerangka Kajian Bahagian A

29

Page 30: Proposal Tesis

Tingkah Laku Pengguna (Bahagian B)

Keliru dengan pilihan yang banyak

Tabiat setia jenama

Gerak hati/ pengguna cuai

Fesyen terkini ……………………… Pembuatan keputusan pengguna

Kesempurnaan dan kualiti tinggi

Kesedaran harga

Reakresi

Kesedaran pada jenama

Rajah 3.2 Kerangka Kajian Bahagian B

3.4 JENIS PENYELIDIKAN

Kajian ini akan dijalankan secara kuantitatif yang dikaitkan dengan data numerika yang

dipungut dengan ujian statistik. Kaedah kajian yang dipilih ialah melalui cara survei yang

melibatkan soal selidik. Dalam soal selidik yang dijalankan ini, satu set borang soal

selidik dihasilkan, dan responden dalam populasi yang ingin dikaji diminta untuk mengisi

borang tersebut.

Kajian secara servei ini di lihat untuk meneroka dan memperihalkan sesuatu

populasi dan seterusnya mengeneralisasikan kepada populasi. Selain itu tujuan survey ini

di buat adalah untuk membezakan setiap kumpulan dan kelompok dalam populasi.

Dengan itu, kajian servei ini juga menjelaskan dengan menghubungkaitkan fakta dan

pembolehubah. Dri situ pengkaji boleh membuat huraian, menjelaskan dengan lebih

kompleks serta menyelidik tujuan kajian yang dilakukan.

3.5 TEMPAT KAJIAN

Kajian ini akan dijalankan ke atas pengguna-pengguna di sekitar pasaraya-pasaraya

terpilih Alor Setar dan Sungai Petani Kedah Darul Aman. Sampel terdiri daripada 100

orang pengguna yang terdiri daripada lelaki dan wanita dari pelbagai umur, bangsa,

agama, status perkahwinan dan taraf pekerjaan masing-masing.

30

Page 31: Proposal Tesis

Kaedah persampelan yang dipilih ialah persampelan rawak mudah dan persampelan bola

salji. Persampelan rawak mudah digunakan agar subjek kajian yang dipilih memiliki

unsur-unsur yang diperlukan oleh kajian dan mewakili apa yang dikehendaki dalam

rekabentuk kajian. Manakala persampelan bola salji pula digunakan agar memudahkan

responden dikenalpasti dan dihubungi. Persampelan jenis ini diperolehi melalui rangkaian

kenalan pengguna itu sendiri.

3.5 SUBJEK KAJIAN

Subjek kajian meliputi seramai 100 orang responden dimana lelaki lebih ramai sebanyak

57 orang manakala wanita sabanyak 43 orang dalam menjawab borang soal selidik yang

saya edarkan kepada mereka. Ke semua subjek ini merupakan pengguna-pengguna yang

saya jumpa di pasaraya-pasaraya sekitar Sungai Petani dan Alor Setar beserta dengan

pengedaran borang soal selidik di sekitar Sedim Resort, Kulim, Kedah dimana terdapat

sebilangan sukarelawan dari Yayasan Sultanah Bahiyah Alor Setar yang membuat aktiviti

di sana. Maka saya mengambil peluang untuk memberi borang soal selidik berkaitan

kepenggunaan untuk di jawab.

3.6 LATAR BELAKANG RESPONDEN

Etnik Melayu yang menjawab soal selidik ini seramai 42 orang dan yang selebihnya 15

orang di kalangan bukan melayu. Selain itu umur responden di bahagikan kepada dua

kategori iaitu 40 tahun ke atas hingga 60 tahun ke atas seramai 33 orang manakala bagi

kategori 40 tahun ke bawan hingga 20 tahun ke bawah seramai 24 orang.

Selain daripada itu, pendidikan seperti sekolah menengah dan rendah seramai 30 orang.

Yang selebihnya seramai 27 orang dari kategori pendidikan kolej atau universiti.

Kebanyakkan pengguna yang di beri borang soal selidik ini bekerja di sector swasta

seramai 34 orang dan di sector kerajaan seramai 23 orang. Tingkat pendapatan pengguna

juga di ambil kira. 35 orang pada kategori RM 1000 keatas dan 22 orang pada kategori

RM 999 ke bawah. Faktor demografi seperti status perkahwinan seramai 32 orang masih

belum berkahwin dan seramai 25 orang sudah pub berkahwin.

Kekerapan berbelanja pengguna di kategorikan kepada tiga. 7 orang akan berbelanja

dalam seminggu sekali, 29 orang dalam masa dua minggu sekali. Selebihnya 21 orang

31

Page 32: Proposal Tesis

sebulan sekali. Bagi Anggaran perbelanjaan sebulan pengguna mereka telah

menghabiskan sebanyak RM 100 ke bawah seramai 12 orang, RM 101 hingga RM 300

seramai 34 orang manakala RM 301 hingga RM 500 seramai 8 orang. Dan yang

selebihnya pengguna yang membelanjakan barangan setiap kali pembelian sebanyak RM

501 keatas hanya 3 orang sahaja.

3.7 LATAR BELAKANG BORANG SOAL SELIDIK

Satu set soal selidik digunakan mendapatkan maklumat yang di perlukan bagi kajian ini.

Dalam borang soal selidik ini di kategorikan kepada dua bahagia dimana bahagian A

tentang demografi atau latar belakang pengguna manakala di bahagian B tentang

kelakuan atau tingkah laku pengguna. Borang ini di ambil dari kajian yang lepas di mana

kajian itu mengkaji proses membuat keputusan dalam tingkah laku membeli di kalangan

pengguna: kajian kes di Johor Bahru. Kajian ini di kaji oleh penyelidik dari Fakulti

Pengurusan Sumber Manusi, Universiti Teknologi Malaysia tahun 2004 terdiri dari tiga

orang iaitu Siti Aisyah Bt Panatik, Ishak Bin Mad Shah dan Azizah Bt Rejab. Soalan

yang asal terdiri dari bahagian A sebanyak 9 soalan di mana soalan yang bernombor tujuh

di kategorikan kepada 7 A dan 7 B. Borang soal selidik di bahagian B yang asal terdiri

daripada 40 soalan. Ia boleh di rujuk di lampiran kajian ini.

Sementara pada kajian yang di kaji oleh saya, saya mengambil soal kaji selidik di

bahagian A dengan membuat sedikit perubahan. Ia boleh dilihat dalam lampiran kajian

ini. Selain itu di bahagian B saya telah memendekakan borang kaji selidik ini sebanyak

18 soalan sahaja. Borang yang telah di buat perubahan boleh dirujuk di bahagian

lampiran kajian.

3.8 ALAT UKURAN

Satu set soal selidik digunakan mendapatkan maklumat yang di perlukan bagi kajian ini.

Dalam borang soal selidik ini di kategorikan kepada dua bahagia dimana bahagian A

tentang demografi atau latar belakang pengguna manakala di bahagian B tentang

kelakuan atau tingkah laku pengguna. Borang kaji selidik ini berdasarkan kepada 9 item

di bahagian A dan 18 item di bahagian B. Ia berdasarkan skala Likert dengan 5 pilihan

jawapan seperti Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak Setuju dan Sangat Tidak

32

Page 33: Proposal Tesis

Setuju. Alat ukuran ini di rangka untukmelihat tahap-tahap pengguna dalam factor-faktor

yang mempengaruhi pembuatan keputusan pengguna semasa membeli barangan. Alat ini

di gunakan kerana sifat-sifatnya mudah, jelas dan dapat di fahami kerana ianya senag di

markatkan.

Subjek atau responden di minta untuk menjawab soal selidik ini berdasarkan kepada

jawapan yang telah dinyatakan dan pengguna merasakan ada kaitan dengan diri mereka.

Terdapat 5 pilihan jawapan seperti Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak Setuju dan

Sangat Tidak Setuju.

Jadual 3.1 Darjah Persetujuan Item

_______________________________________________________________________

_

Darjah Persetujuan Nilai

________________________________________________________________________

Sangat Setuju 5

Setuju 4

Tidak Pasti 3

Tidak Setuju 2

Sangat Tidak Bersetuju 1

_______________________________________________________________________

3.10 PENGUMPULAN DATA

Data dalam kajian ini dikumpulkan melalui kaedah soal selidik. Borang soal selidik ini

dihasilkan untuk mengukur sejauh mana faktor-faktor yang mempegaruhi pembuatan

keputusan terhadap pembelian dan pemilihan barangan dalam tingkah laku berbelanja di

kalangan pengguna.

Soal selidik ini dilakukan secara bersemuka dengan pengguna dan menghantar

borang soal selidik berkenaan kepada responden di lokasi kajian yang telah dipilih seperti

di TESCO, GIANT dan ECONSAVE. Terlebih dahulu responden akan diberitahu tentang

objektif utama kajian tersebut dijalankan. Responden diminta mengisi borang soal selidik

33

Page 34: Proposal Tesis

tersebut dengan lengkap agar segala data dapat dikaji. Segala maklumat yang diperolehi

daripada responden akan dirahsiakan dan maklumat peribadi tidak akan didedahkan.

Dalam borang soal selidik berkenaan, saya menggunakan soalan jenis tertutup

melalui Skala Likert. Soalan yang dikemukakan berbentuk mudah difahami, ringkas dan

jelas bagi menyenangkan responden pelbagai bangsa dan usia menjawabnya.

3.11 PENGANALISISAN DATA

Penganalisisasan data di lakukan dengan menggunakan sistem statistik dengan lebih

terperinci yang di kenali sebagai Statistical Package For Social Science (SPSS) Versi 17.

Untuk kajian ini, data yang diperolehi melalui kaedah tinjauan soal selidik akan

dikumpulkan dan dikaji. Pengiraan data banyak menggunakan program Analisis Data

Berkomputer SPSS yang memudahkan dan mempercepatkan pengiraan sesuatu data.

Dalam kajian ini, maklumat demografi responden seperti umur,etnik,agama,status

perkahwinan atau pun pekerjaan akan dianalisis menggunakan teknik peratusan dan min.

Penyajian dan huraian data akan dilakukan dalam bentuk graf, carta, jadual, gambar rajah

dan sebagainya bagi menunjukkan hasil data yang berjaya dikumpulkan. Kaedah korelasi

dan t-test akan digunakan untuk kajian ini bagi menguji hipotesis yang telah dilakukan

dalam kajian ini. Dalam analisis data penyelidik memilih pendekatan deskriptif dan

inferensi dalam kajian ini:

3.11.1 Pendekatan Deskriptif

Pendekatan deskriptif di gunakan terdiri daripada peratus dan juga frekuensi. Peratusan

dan frekuensi ini di gunakan untuk analisis komposisi demografi responden. Pendekatan

deskriptif yang penyelidik kaji ini merangkumi borang soal selidik bahagian A iaitu

jantina, etnik, umur, pendidikan, taraf pekerjaan, tingkat pendapatan, status perkahwinan,

kekerapan berbelanja dan anggaran perbelanjaan sebulan.

3.11.2 Pendekatan Inferensi

Pendekatan ini melihat tahap-tahap perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi

pembuatan keputusan ketika pembelian barangan di kalangan pengguna mengikut jantina,

pendidikan, taraf pekerjaan dan status perkahwinan.

34

Page 35: Proposal Tesis

3.11.3.1 Ujian T

Ujian T terbahagi kepada dua bahagian iaitu ujian-t sampel tidak bersandar dan ujian-t

sampel berpasangan. Ujian ini terdapat pada sistem SPSS for windows.

1) Ujian-t sampel tidak bersandar, hanya digunakan semasa hendak membandingkan skor

min bagi dua kumpulan yang berbeza.

2) Ujian-t sampel berpasangan, hanya di gunakan semasa hendak membandingkan skor

min bagi sekumpulan individu yang sama ke atas dua situasi yang berbeza.

Dalam kajian ini, ujian-t sampel tidak bersandar di gunakan untuk melihat:

1)

3.11.3.2 Korelasi

Sebagai penyelidik yang menggunakan metod-metod penyelidikan, kita mungkin tertarik

dengan satu-satu kajian yang boleh menunjukkan hubungan di antara satu pembolehubah

dengan pembolehubah yang lain dan mempunyai kaitan diantara faktor-faktor yang di

kaji. Sebagai contoh, Kajian yang dijalankan oleh Iran Herman dan Asmah Bee Md. Noor

(2000) menyatakan fenomena prestasi akademik pelajar universiti dan hubungannya

dengan penghargaan kendiri. Dalam kajian terhadap nilai kerja di kalangan kakitangan

sebuah organisasi di Kuala Lumpur di buktikan mempunyai ikatan dengan prestasi kerja

dan kepuasan kerja Iran Herman dan Mohd Khadri Suray (2001).

Metod korelasi adalah metod analisis data dimana ia sesuai di gunakan dalam menguji

pola dan sejauhmana terdapat hubungan dua pembolehubah yang kaji. Metod ini telah

digunakan sekian lama semenjak tahun 1885 apabila Franus Galton dalam bbukunya

yang bertajuk ‘Regression Towards Mediocrity in Hereditary Stature’ telah meramalkan

bahawa cirri-ciri fizikal anak-anak dapat di tentukan oleh kriterium yang terdapat pada

ibubapa.

35

Page 36: Proposal Tesis

3.12 KESIMPULAN

Dalam kajian metodologi, semua yang berkaitan dengan demografi dan penganalisisan

data yang di ambil adalah sangat penting dalam penghuraian dan penilaian kajian yang

dikaji untuk mengetahui hasil keputusan dan dapatan kajian. Metodologi memainkan

peranan penting untuk memulakan sesuatu penghuraian di mana bab ini menerangkan

keseluruhan pelbagai sudut yang terdapat dalam borang soal selidik yang di edarkan

kepada responden untuk mengumpulkan data-data penting.

36