resepi soto

5
MEE HOON SOTO bawang merah bawang putih halia sedikit lengkuas kunyit serai (blend semua bahan di atas - bahan2 ni tiada sukatan khusus ikut la berapa banyak kita nak masak agak2 aje la ye...) rempah tumis (4 sekawan) rempah soto sup bunjut Kiub ayam 2 sudu santan garam secukup rasa 2 sudu kerisik 1 ekor ayam - ayam ni terpulang pada kita kalau nak potong kecil2 pun boleh atau nak rebus seekor pas tu siat2 pon boleh ikut citarasa tukang masak.. Tumiskan rempah tumis dan bahan yg diblend sampai garing kemudian masukkan rempah soto yg dibancuh bersama sedikit air. Masak lagi sampai garing. Bila dah garing masukkan air. Tunggu hingga kuah mendidih pas tu masukkan ayam. Rebusan ayam tadi hingga empuk. Masukkan sup bunjut dan kiub ayam biar sampai didih. Pas tu barulah masukkan garam secukup rasa. Boleh lah dikeluarkan ayam untuk disiat2 isinyer. Kalau dah potong kecil2 tak payah lah siat lagi. Kemudian masukkan kerisik dan santan. Biar kuah mendidih sekali lagi. Siap untuk hidangan. Mee Hoon Soto ni di makan bersama bahan2 dibawah Mee hoon - dicelur taugeh kacang goreng daun sup n daun bawang bawang goreng

Upload: amizah-sabri

Post on 20-Dec-2015

13 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

..

TRANSCRIPT

Page 1: Resepi Soto

MEE HOON SOTO

bawang merahbawang putihhaliasedikit lengkuaskunyitserai(blend semua bahan di atas - bahan2 ni tiada sukatan khusus ikut la berapa banyak kita nak masak agak2 aje la ye...)

rempah tumis (4 sekawan)rempah sotosup bunjutKiub ayam2 sudu santangaram secukup rasa2 sudu kerisik1 ekor ayam - ayam ni terpulang pada kita kalau nak potong kecil2 pun boleh atau nak rebus seekor pas tu siat2 pon boleh ikut citarasa tukang masak..

Tumiskan rempah tumis dan bahan yg diblend sampai garing kemudian masukkan rempah soto yg dibancuh bersama sedikit air. Masak lagi sampai garing. Bila dah garing masukkan air. Tunggu hingga kuah mendidih pas tu masukkan ayam. Rebusan ayam tadi hingga empuk. Masukkan sup bunjut dan kiub ayam biar sampai didih. Pas tu barulah masukkan garam secukup rasa. Boleh lah dikeluarkan ayam untuk disiat2 isinyer. Kalau dah potong kecil2 tak payah lah siat lagi. Kemudian masukkan kerisik dan santan. Biar kuah mendidih sekali lagi. Siap untuk hidangan.

Mee Hoon Soto ni di makan bersama bahan2 dibawah

Mee hoon - dicelurtaugehkacang gorengdaun sup n daun bawangbawang gorengcili kicapklu suka masam boleh perahkan sedikit limau

Page 2: Resepi Soto

SOTO By : Yatie

Nasi Impit secukupnya1 ekor ayam - dipotong 4 - 3 kpng di goreng dan 1 kpng di cincang kecil23 s/b rempah sup/ rempah soto1 ketul sup bunjut adabi1 s/b lada sulah- di tumbuk lumat1 ketul kiub pati ayam6 cwn air atau secukupnya

Bahan TumisRempah tumis - 1 kayu manis, 1 bnga lawang, 2 buah pelaga dan 2 biji cengkih2 biji bwng merah - di hiris2 ulas bwng putih - di hiris2 btng serai - di titik2 cm lengkuas - dititik

Bahan Kisar1 biji bawang besar5 ulas bawang merah3 ulas bawang putih1 inci halia

Bahan utk tabur dan di makan bersama nasi impit 1 mangkuk kecil tauge 1/2 cwn kcng tanah- di goreng1 paket kecil su'un- di gorengsambal kicap secukupnya2 tangkai daun sup dan daun bawang - dihiris halusSedikit bawang gorengGaram dan sedikit gula

Goreng 3 keping ayam yg dilumur sedikit garam dan serbuk kunyit hingga sedikit garing.Angkat dan ketepikan dahulu.Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumiskan rempah tumis, bwng merah dan bwng putih yg di hiris, serai dan lengkuas yang telah dititik hingga naik bau, kemudian masukkan bahan kisar, kacau hingga garing.Masukkan rempah sup dan serbuk lada sulah, kacau sebati dan masukkan kiub ayam tadi, masukkan air dan ayam yg di cincang tadi... gaul rata.Masukkan sup bunjut adabi dan gaul sebati.Biarkan sehingga mendidih, masukkan garam dan sedikit gula, kacau rata dan perasakan.Sekiranya rasa dah ok, matikan api dan bolehlah hidangan bersama nasi impit.Sementara itu siat2kan isi ayam hingga habis.

Page 3: Resepi Soto

Masukkan nasi impit yg telah di potong kecil kedalam mangkuk hidangan, kemudian letakkan sedikit tauge, ayam yg telah di siat2 tadi, kcng tanah goreng, su'un goreng dan tuangkan kuahnya, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Letakkan sedikit sambal kicap.

SAMBAL KICAP8 biji cili padi1 ulas bawang putih1 sudu teh garamKicap manis secukupnyajus limau kasturi secukupnya

Kisar cili, bawang, garam dan kicap manis hingga lumatPerahkan jus limau kasturiSedia di nikmati

CILI KICAP GULA MELAKA15 tangkai cili padi ~ boleh kurangkan jika tak suka pedas3 ulas bawang putihKicap manis secukupnya1 sudu besar kicap masin3 sudu besar gula Melaka yang telah di hiris halusSedikit perahan jus limau nipis

Kisar semua bahan di atas kecuali jus limauMasukkan dalam bekas dan perahkan sedikit jus limau nipisSedia dinikmati.

Page 4: Resepi Soto

BEGEDIL AYAM GORENG3 biji kentang ~ dikupas kulit, di hiris bulat dan di goreng1 keping dada ayam ~ di gaul kunyit dan garam dan di goreng, kemudian di siat halus.garam secukup rasaSecubit lada sulah1 pokok daun sup dan daun bawang ~ di hiris halus1 batang cili merah ~ di buang bijinya dan di cincang halus1 gengam bawang goreng2 biji telur ayamSedikit minyak untuk mengoreng

Kentang di kupas kulitnya, di potong bulat dan di goreng.Setelah masak, terus di tumbuk lumat ketika ia masih panas-panas lagiDada ayam yang telah di goreng, di siat halusKemudian masukkan dalam kentang tadi dan tumbuk semula hingga bersatuMasukkan secubit garam dan secubit lada sulahGaul rataKemudian masukkan bawang goreng, daun bawang dan cili merahGaul rata.Ambil sedikit dan bulat-bulatkan, kemudian di leperkan sedikit lebih kurang sebesar 20 senPanaskan sedikit minyak dalam kuali leper.Jangan goreng terendam ye.. guna minyak sedikit aje.Pecahkan 2 biji telur dalam mangkuk lain dan kocokkan sedikitCelupkan begedil tadi dalam telur dan goreng dalam kuali leperBalik-balikkan supaya rata masaknyaAngkat dan toskan atas kitchen towel setelah masak kekuningan.