proposal

52
MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN HURUF BESAR DIPERMULAAN PENULISAN AYAT BAGI MURID TAHUN 5 BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Kemahiran menulis merupakan kemahiran Bahasa Melayu untuk murid-murid sekolah rendah. Hal ini amat penting untuk mereka mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan tentang kemahiran menulis Bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah rendah di luar Bandar (Abdul Rasid Jamian, 2011) Kemahiran menulis merupakan suatu budaya intelek yang saling melengkapi antara kemahiran membaca dan menulis, keupayaan menulis merupakan suatu kemahiran yang menjadi punca atau asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah. Pencapaian kemahiran membaca dan menulis pasti dapat 1

Upload: cid-hamdan

Post on 05-Nov-2015

20 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

PENYELIDIKAN PENDIDIKAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN HURUF BESAR DIPERMULAAN PENULISAN AYAT BAGI MURID TAHUN 5

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Kemahiran menulis merupakan kemahiran Bahasa Melayu untuk murid-murid sekolah rendah. Hal ini amat penting untuk mereka mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan tentang kemahiran menulis Bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah rendah di luar Bandar (Abdul Rasid Jamian, 2011) Kemahiran menulis merupakan suatu budaya intelek yang saling melengkapi antara kemahiran membaca dan menulis, keupayaan menulis merupakan suatu kemahiran yang menjadi punca atau asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah. Pencapaian kemahiran membaca dan menulis pasti dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran murid dalam Bahasa Melayu dan mata pelajaran tertentu (Abdul Rasid Jamian).

Menurut Abdul Rasid dan Zulkifli(2008), masalah menguasai kemahiran membaca dan menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya.

Levin (1987) yang dikutip oleh Noraini Ombi (2009), cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan oleh murid. Kelemahan dalam motor halus menyebabkan kanak-kanak menghadapi kesukaran memegang pensel, memasang butang baju dan menyusun manik. Kanak-kanak yang menghadapi dyspraxia motor halus menunjukkan kelemahan dalam koordinasi motor. Kanak-kanak ini tidak berupaya mengawal saraf memegang dan menggerakkan pensel secara stabil. Kanak-kanak yang tidak menggunakan motor halus ketika menulis menyebabkan cengkaman pensel yang tidak kuat. Mereka sebenarnya menggunakan lengan dan pergelangan tangan dan bukan jari untuk menulis.

Sasson (1993) pula mendapati guru kurang memberi penekanan kepada pengajaran menulis di kelas khususnya cara memegang alat tulis dengan betul, menulis huruf mengikut pergerakan yang betul, menentukan saiz huruf dan menentukan ruang antara huruf dan perkataan. Kanak-kanak sepatutnya didedahkan kepada kaedah menulis yang betul pada peringkat awal lagi supaya kanak-kanak minat untuk melahirkan idea melalui tulisan yang cantik dan penuh dengan kesenian.

Brenna (1995) pula menyatakan kanak-kanak cenderung untukmemanipulasikan pengetahuan yang mereka ada untukmenyelesaikan sesuatu masalah.Contohnya, seperti ketika mereka berhadapan dengan masalah hurufterbalik, iaitu memberikan jawapan alternatifb kepadap yang ditunjukkan. Selain dari masalah kekeliruan huruf terbalik, kekeliruan jenis imej cermin juga wujud dan contoh kekeliruan yang sering didapati adalah kekeliruan antara huruf b dengan huruf ddan hurufp dengan q ( Higgins et al.1996).Satu analisis menunjukkan bahawa satu kajian telah dibuat untuk kanak-kanak tadika oleh Popp (1964) melaporkan bahawa mereka mengalami kesukaran memadankan bentukhuruf kecil seperti u, q, d, h, p, v, b, c, f, l, j dan k.Kajian Popp (1964) jugamenunjukkan kanak-kanak tadika juga mengalami kekeliruan abjad dalam usaha memadankan bentuk-bentuk huruf kecil seperti b-d,p-q, b-q, dan d-p yang dinamakan masalah pembalikan huruf (reversal of letters).

Merujuk pada pandangan tokoh yang telah dinyatakan di atas, pengkaji dapati perkara yang dijelaskan ini sama dengan masalah yang pengkaji hadapi. Pengkaji menghadapi masalah murid yang tidak menggunakan huruf besar di tempat yang betul. Walaupun setiap kali pengajaran dan pembelajaran dalam kelas pengkaji akan sentiasa mengingatkan murid tetapi masih tetap ada juga kesilapan yang dibuat oleh murid. Murid tidak dapat membezakan kata nama am dan kata nama khas.

Sehubungan dengan itu, pendidikan Bahasa Melayu masa kini tertumpu pada usaha menguasai kemahiran, bukannya pengetahuan. Satu daripada kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar ialah kemahiran menggunakan huruf besar. Kegagalan menguasai kemahiran ini boleh mencacatkan mutu penulisan mereka, khususnya dalam peperiksaan berpusat seperti UPSR.

1.2 PENYATAAN MASALAHKegagalan mengusai sesuatu kemahiran dalam penyelidikan Bahasa Malaysia pada peringkat tahap satu akan memberi kesan negatif pada peringkat tahap dua. Pemerhatian menunjukkan bahawa banyak pelajar tahap 2 belum menguasai beberapa kemahiran yang sepatutnya dikuasai oleh murid pada tahap satu. Antaranya ialah kemahiran menggunakan huruf besar. Pelajar melakukan pelbagai kesilapan seperti tidak menggunakan huruf besar di tempat yang sepatutnya. Pelajar mungkin juga menggunakan huruf besar pada tempat yang perlu menggunakan huruf kecil sahaja seperti Rajah 1

Rajah 1Kemahiran menggunakan huruf besar kelihatan seperti masalah yang kecil sahaja. Akibatnya pelajar mengabaikan perkara ini dalam penulisan mereka. Oleh itu, pengkaji berusaha mengesan sebab-sebab yang menjadi punca pelajar mengabaikan kemahiran ini. Diharapkan guru dapat mengubahsuai kaedah pengajaran mereka bagi mengatasi masalah ini.Berdasarkan pemerhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di dalam kelas terdapat dua fenomena yang menyebabkan berlakunya masalah ini. Pertama pelajar hanya menggunakan kemahiran ini ketika proses pembelajaran. Kesilapan tetap berulang kerana mereka hanya membetulkan kesilapan apabila ditegur. Kedua, pelajar tidak tahu membezakan kata nama am dan kata nama khas. Akibatnya mereka tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya melakukan kesilapan.1.3 OBJEKTIF KAJIANObjektif Umumi) Meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar.Objektif Khususi) Meningkatkan penguasaan murid untuk menggunakan huruf besar pada permulaan ayat dan pengejaan kata nama khas sebelum teknik penggunaan pensil warna digunakan.ii) Meningkatkan daya ingatan murid terhadap penggunaan huruf besar selepas teknik penggunaan pensil warna digunakan.iii) Menentukan sama ada terdapat perbezaan tahap penguasaan murid dalam penggunaan huruf besar dalam penulisan di permulaan ayat dan kata nama khas sebelum dan selepas teknik penggunaan pensil warna digunakan.1.4 PERSOALAN ATAU HIPOTESIS KAJIANKajian ini dibuat untuk menjawab persoalan seperti:1.Apakah kesan penggunaan pensel warna terhadap kekeliruan penggunaan huruf besar dalam penulisan bagi murid tahun 5 Usaha ?2.Bagaimanakah penggunaan pensel warna menambah baik amalan pengkaji dalam mengatasi kekeliruan penggunaan huruf besar dalam penulisan?1.5KEPENTINGAN KAJIANKajian ini mempunyai beberapa kepentingan, kerana di sini guru memainkan peranan sebagai seorang penyelidik yang mengkaji sistem pengajaran dan pembelajarannya di kelas. Pelaksanaan kajian tindakan di dalam kelas ini bertujuan untuk:1.Meningkatkan keberkesanan pengajaran guru.2.Meningkatkan prestasi pencapaian murid.3.Mengatasi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf besar .4.Membantu murid mencapai tahap cemerlang dalam satu-satu mata pelajaran.Selain bertujuan untuk menangani masalah pembelajaran khususnya yang berkaitan dengan pencapaian rendah di kalangan murid. Kajian ini juga boleh dijadikan strategi untuk memperbaiki lagi pencapaian murid yang berada pada tahap baik ke tahap cemerlang.Hasil kajian yang dijalankan ini dapat dimanfaatkan oleh pihak guru untuk melihat faktor-faktor yang menjadi halangan kepada murid-murid Tahun 5 dalam menguasai kemahiran membina penggunaan huruf besar, ini juga diharap akan menjadikan sesi pembelajaran Bahasa Malaysia dalam bilik darjah menjadi lebih menarik dan menambahkan keyakinan kepada murid.Kajian ini amat selari dengan kehendak dan aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di mana dalam dokumen KSSR (2011), dinyatakan antara objektif kemahiran menulis Tahun Dua adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan: i. menulis secara mekanis pelbagai perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul serta tulisan yang kemas dan cantik; ii. membina dan menulis, perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi perkataan diftong, vokal berganding , digraf dan konsonan bergabung dengan betul serta tulisan yang kemas dan cantik; iii. membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan soalan dan bahan grafik dengan betul dan tulisan yang kemas; iv. menghasilkan penulisan berbentuk naratif dan bukan naratif secara separa terkawal dengan betul; dan v. mengedit dan memurnikan perkataan dalam ayat daripada aspek ejaan dan tanda baca. Mana mungkin objektif kemahiran menulis Tahun 5 dicapai jika muridnya masih lemah untuk penggunaan huruf besar, yang sepatutnya masalah ini diselesaikan pada Tahun Satu. Justeru, kajian ini dapat membantu pihak sekolah khasnya dan kementerian amnya dalam meningkatkan kemahiran murid-murid dalam penulisan bahasa seterusnya mencapai objektif ini. Diharapkan kajian ini juga dapat memperbaiki keputusan peperiksaan bagi mata pelajaaran Bahasa Malaysia Kertas 2 UPSR serta meningkatkan lagi peratus lulus para pelajar di sekolah kebangsaan.1.6 SKOP DAN BATASAN KAJIANSewaktu mata pelajaran Bahasa Melayu, saya dapati masih ketara di kalangan murid Tahun 5 Usaha tidak dapat menulis ayat dengan lengkap iaitu tidak menggunakan huruf besar dan tanda bacaan di tempat yang sepatutnya seperti menulis jawapan pemahaman, menyalin ayat dan sebagainya. Oleh kerana saya mengajar murid yang sama semasa Tahun 5 Usaha (2014), maka agak mudah untuk pengkaji mengesan pencapaian mereka. Situasi ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana penggunaan huruf besar dan tanda bacaan adalah penting setiap kali menulis. Kemungkinan besar jika masalah ini tidak di atasi, peratus markah dalam subjek Penulisan Bahasa Melayu Tahap 2 nanti akan terjejas. Merujuk Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4, setiap Rancangan Mingguan terdapat kemahiran menulis menitik beratkan penggunaan tanda baca. Contoh : Aras 1 : 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.i. Menulis perkataan dan ayat tunggal dengan cara yang betul dan tulisan yang cantik.Aras 2 : 10.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan.ii. Mengenal pasti dan membetulkan kesilapan ejaan perkataan dan tanda baca dalam ayat.Aras 3 : 9.1 Mengambil imlak teks yang diperdengarkan.i. Mengambil imlak teks yang diperdengarkan menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul.Oleh itu, pengkaji mesti lakukan sesuatu. pengkaji perlu meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar melalui teknik yang dirancang.1.7 DEFINISI ISTILAH1.7.1 MENINGKATKANMenurut Kamus Pelajar Edisi Kedua makna meningkatkan ialah meninggikan kedudukan, taraf dll. Mereka berusaha utk ~ taraf hidup.1.7.2 KEMAHIRANMenurut Kamus Pelajar Edisi Kedua makna kemahiran ialah kecekapan dan kepandaian melakukan sesuatu.1.7.3 PENGGUNAANMenurut Kamus Pelajar Edisi Kedua makna penggunaan ialah perbuatan (usaha, kegiatan dsb) menggunakan sesuatu1.7.4 HURUF BESARMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat makna huruf besar ialah digunakan utk menulis pd permulaan perkataan (pd permulaan ayat, nama orang atau tempat, dll);

1.8 RUMUSANBab ini menghuraikan latar belakang, tujuan, objektif, soalan kajian, kepentingan dan batasan kajian. Kemahiran asas membaca dan menulis amat penting kepada murid mengusai sebarang tajuk dan kemahiran yang akan diajar. Ketidakbolehan dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis akan menjejaskan pengusaan murid dalam kemahiran seterusnya. Bagi memastikan kemantapan murid mengusai kemahiran asas ini, proses pengajaran dan pembelajaran harus diuruskan dengan cara yang lebih sistematik terutamanya dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran. Tanpa proses pengajaran yang sistematik, pengajaran dan pembelajaran berkesan tidak mungkin dapat dilaksanakan. Ini akan mengyebabkan murid akan mudah berasa bosan dan hilang tumpuan sewaktu proses pembelajaran Bahasa Malaysia Penulisan dijalankan. Oleh itu kajian yang dilakukan akan membantu meningkatkan pencapaian murid. Di akhir kajian kita akan dapat melihat perbezaan kemajuan murid dalam menguasai kemahiran pengunaan huruf besar dalam setiap penulisan ayat dan kata nama khas.

BAB 2SOROTAN LITERATUR2.1 PENDAHULUANKajian ini adalah mengenai penggunaan untuk meningkatkan kaedah penggunaan huruf besar dalam penulisan ayat dan kata nama khas dalam kemahiran murid-murid Tahun 5. Jadi dalam bab ini beberapa teori dan kajian terdahulu berkenaan pembelajaran Bahasa Malaysia dan pembinaan ayat dibincangkan. Kemahiran untuk menulis ayat dalam sesuatu bahasa dipengaruhi secara lansung oleh kebolehan murid menguasai bahasa itu. Pemerolehan bahasa terutama kosa kata antara elemen penting yang akan meningkatkan kebolehan membina ayat. Beberapa teori kaedah permerolehan bahasa telah diketengahkan oleh pengkaji-pengkaji bahasa.2.2 TEORI YANG BERKAITANKamaruddin Hj. Husin (1988) menyatakan bahawa Tulisan ialah bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi. Ketika tulisan itu dibunyikan semula, ia dikatakan bahasa (ms 178).Oleh itu, kemahiran menulis mestilah dikuasai oleh murid semenjak daripada sekolah rendah lagi sebelum masuk ke alam sekolah menengah untuk mengelak permasalahan yang berkaitan dengan kemahiran menulis berlaku seperti kekeliruan dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam penulisan.Keupayaan menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan dalam kamahiran menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas.Menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hushim Haji Musa dan Abdullah Hamid Mahmood (2007), kata nama am ialah perkataan yang merujuk kepada benda atau perkara yang umum sifatnya. Kata nama am abstrak. Dari aspek penulisan kata nama am, huruf pertama tidak semestinya huruf besar. Kata Nama Khas ialah kata yang mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama Kata Nama Khas ditulis dengan huruf besar.Zalian Jemat (2005) ada menyatakan bahawa huruf besar tidak boleh dituliskan ditengah sesuatu perkataan kerana perbuatan itu merupakan suatu kesalahan tanda baca. Hal tersebut merupakan masalah yang dihadapi oleh beberapa orang peserta kajian saya. Kaedah penggunaan pensel warna dipilih bagi membantu masalah murid dalam menggunakan huruf besar pada huruf pertama perkataan sesebuah ayat, menggunakan huruf kecil pada Kata Nama Am dan huruf besar pada Kata Nama khas. Selain itu, penyelidikan yang telah dibuat oleh Jerome Agong, Jamurah Galitang dan Sobina Boisi (2008)dilaksanakan dengan menggunakan kaedah gambar dan pengkaji mendapati murid-murid diajar menulis ayat menggunakan perkataan yang diberi berdasarkan gambar dengan betul.Campbell(1989) menggunakan Teori Kecerdasan Pelbagai sebagai teknik bagi menarik perhatian murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Hasil daripada kajian beliau mendapati murid-murid menunjukkan kemajuan yang baik dalam pelajaran termasukkah dari segi kemahiran dan disiplin. Selain daripada membantu murid-murid untuk belajar. Campbell telah dapat memperkembangkan pelbagai kemahiran murid.Ribot (20040 menyatakan pengalamannya menggunakan Kecerdasan Pelbagai dalam mengajar bahasa Inggeris. Beliau melaporkan keputusan yang agak memuaskan. Bagi kecerdasan imej visual, beliau telah memperkenalkan satu aktiviti kepada murid-murid beliau iaitu My city in a box yang merupakan satu pembelajaran koperatif. Murid-murid diminta untuk membina bangunan yang mereka pernah lawati dengan menggunakan kadbod, kotak kecil dan kertas warna. Selesainya aktiviti tersebut, beliau menyatakan bahawa saya amat teruja melihat murid-murid berjaya mencipta objek-objek tambahan seperti perabot, pintu dan jendela. Ini telah memberi peluang kepada saya untuk memperkenalkan lebih banyak kosa kata pada hari tersebut(ms 52).Carmelya (2010) telah menggunakan imej visual untuk membantu mengurang masalah murid dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam penulisan yang mana beliau menggunakan keluarga ayamsebagai bahan bantu utama untuk mengatasi masalah pernggunaan huruf besar pada huruf pertama dalam perkataan pertama pada sesebuah ayat dalam penyelidikan beliau. Penyelidikan beliau berakhir dengan sebuah kejayaan yang bermakna kerana berjaya mengatasi masalah yang murid beliau hadapi.

2.3 KEMAHIRAN MENULISHuraian Sukatan Pelajaran KBSR Bahasa Melayu (2011) menghuraikan kemahiran menulis sebagai keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif.Kemahiran menulis mempunyai beberapa fungsi tertentu. Ann Raimas (1983) telah menggariskan tiga fungsi kemahiran menulis iaitu: 1. Mengarang dan melahirkan tatabahasa, idea, kosa kata dan perasaan. 2. Memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka bidang bahasa. 3. Memperluaskan pengetahuan, melahirkan idea dan menggunakan seluruh anggota mekanis (mata, tangan, akal dan lain-lain) untuk lebih merangsangkan pembelajaran.Empat fungsi kemahiran menulis di peringkat sekolah telah dinyatakan oleh Donn Byrne (1979) iaitu: 1. Terdapat perbezaan kecenderungan individu atau pelajar yang menguasai kemahiran belajar. Misalnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa, terdapat sesetengah pelajar yang lebih cenderung kepada kemahiran membaca daripada kemahiran menulis atau sebaliknya. 2. Bagi memenuhi keperluan psikologi pelajar di mana kemahiran menulis dapat meningkatkan kemahiran penguasaan bahasa pelajar dan seterusnya memberi kepuasan kepada mereka melebihi pencapaian yang diperolehnya. 3. Dapat mewujudkan pelbagai aktiviti di dalam bilik darjah. Hal ini secara tidak langsung dapat mengelakkan perasaan jemu dan bosan pelajar dalam masa menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila pengajaran guru hanya ditentukan kepada satu-satu kemahiran sahaja, mungkin akan timbul kebosanan. 4. Aktiviti secara formal dan tidak formal dapat dijalankan secara serentak dalam bilik darjah. Misalnya, semasa mengikuti penerangan guru, pelajar secara tidak langsung boleh membuat catatan terhadap isi pelajaran yang dianggap penting. Kemahiran menulis dalam kalangan pelajar penting kerana mereka bakal menjadi penulis yang mengisi khazanah ilmu dan budaya bangsa. Jika kita menganggap penulisan adalah suatu yang mudah dan dapat dilakukan tanpa terikat kepada satu bentuk disiplin diri, maka ia akan mengakibatkan lahirnya penulis santai. Ini kerana penulis hanya menulis apa yang terlintas di fikirannya, tanpa rasa tanggungjawab terhadap karyanya (Awang Sariyan, 1991).Fungsi kemahiran menulis dapat disamakan dengan tujuan menulis iaitu keinginan untuk meluaskan pengetahuan, pengalaman, perhubungan dan matlamat menerusi penulisan. Penulisan juga memberi kepuasan jiwa melaui luahan pemikiran, pengalaman dan perasaan. Kemahiran penulisan akan dapat menyediakan pelajar dengan pengetahuan supaya mereka dapat memenuhi kehendak dan hasrat masyarakat moden, khususnya bagi kepentingan diri sendiri dan orang ramai amnya.Menurut Mahzan Arshad (2003), terdapat tiga kaedah menulis dalam Bahasa Malaysia iaitu menulis bebas, menulis berkolabratif dan menulis berkoperatif. Menulis bebas hanya memerlukan bantuan yang minima daripada guru dan sumber lain. Tujuannya adalah untuk menggalakkan murid bebas menggunakan kreativiti untuk menghasilkan karya yang diingini. Menulis berkolabratif dilakukan secara berpasangan secara bergilir-gilir untuk berkongsi idea seperti bergilir-gilir menghasilkan perenggan dalam karangan untuk membantu murid yang kurang bermotivasi dalam menulis. Menulis berkoperatif ialah satu kaedah pengajaran menulis yang memerlukan guru memberi bantuan kepada murid. Guru dan murid akan sama-sama menulis di papan tulis. Cara lain ialah setiap ahli dalam kumpulan sama-sama mencari isi penting, membuat huraian dan mencari contoh yang sesuai bagi huraian.2.4 SOROTAN KAJIANKajian mengenai pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis di sekolah rendah telah dijalankan oleh Che Zanariah Che Hassan & Fadzilah Abd Rahman (2011). Mereka telah meninjau pendapat guru tentang sikap mereka terhadap pelaksanaan kemahiran menulis serta meninjau strategi pengajaran yang diaplikasikan oleh guru, menganalisis permasalahan kemahiran menulis yang dihadapi oleh guru dan murid dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Mereka mendapati guru bersetuju bahawa mengajar kemahiran menulis merupakan tanggungjawab guru yang mencabar. Dari segi pengaplikasian strategi pengajaran pula, guru bersetuju bahawa mereka mengajarkan murid kemahiran penulisan yang mudah kepada sukar kerana dapat membantu memudahkan pemahaman murid terhadap kemahiran menulis yang dipelajari. Kajian mereka juga menunjukkan terdapat permasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia iaitu masalah pengetahuan dan kemahiran guru serta masalah kelemahan murid dalam kemahiran menulis. Kajian ini mencadangkan guru-guru perlu bersikap positif terhadap kemahiran menulis dan melaksanakan kemahiran menulis dengan strategi yang lebih berkesan.Kajian mengenai penggunaan kartun sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan Bahasa Melayu telah dijalankan oleh Abdul Rashid Jamian et al. (2012) melibatkan persepsi 56 orang guru Bahasa Malaysia sekolah rendah di daerah Sepang, Selangor. Kajian menunjukkan bahawa jenis kartun yang kerap digunakan dalam pengajaran penulisan karangan ialah animasi, komik bersiri dan gag. Strategi pengajaran yang banyak diamalkan ialah murid diminta membina beberapa ayat berdasarkan bahan gambar kartun dan juga murid diminta untuk menyebut beberapa perkataan berdasarkan bahan gambar kartun. Mereka menyimpulkan bahawa penggunaan bahan kartun masih lagi tidak popular dalam kalangan guru yang mengajar penulisan karangan sekolah rendah di daerah Sepang, Selangor. Yahya Othman & Dk. Suzanawaty Pg. Osman (2014) telah mengkaji melihat kesan pembelajaran berasaskan projek melalui penulisan berbentuk risalah bagi menguasai kemahiran menulis dalam kalangan murid tahap sederhana di sekolah rendah. Seramai 39 orang murid Tahun 5 tahap sederhana di salah sebuah sekolah rendah kerajaan kawasan Brunei IIA menjadi sampel kajian. Hasilnya, kajian ini mendapati pembelajaran berasaskan projek melalui penulisan berbentuk risalah dapat membantu untuk meningkatkan keupayaan kemahiran menulis dalam kalangan murid dan sesuai dijalankan di sekolah-sekolah rendah.

BAB 3METODOLOGI KAJIAN3.1 PENDAHULUANPenyelidikan ini melibatkan 22 orang murid Tahun 5 Usaha yang terdiri daripada 10 orang murid lelaki dan 12 orang murid perempuan. Semua murid kelas 5 Usaha boleh membaca dengan lancar dan boleh membina ayat tunggal dan majmuk dengan baik. Walau bagaimanapun, mereka tidak menitik beratkan penggunaan huruf besar dalam penulisan mereka. Oleh itu, penyelidikan tindakan ini dijalankan sekurang-kurang bagi mengurangkan masalah yang mereka hadapi. Pada masa yang sama, penyelidikan ini boleh menambah baik amalan pengajaran saya dalam Bahasa Melayu. Tiga puluh orang murid yang mempunyai pencapaian akademik yang sederhana dalam kelas dan empat orang adalah sebaliknya. Dalam kajian ini metodologi yang digunakan tertumpu kepada keberkesanan penggunaan pensel warna dapat membantu murid peningkatan pengguasaan huruf besar dalam membina ayat. Di samping itu, kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan kaedah tersebut terhadap peningkatan minat murid untuk belajar.3.2 Rekabentuk KajianKajian akan dilakukan menggunakan kaedah power point untuk membezakan kata nama am dan kata nama khas. Selepas murid memahami dan dapat membezakan kata nama am dan kata nama khas , guru akan menggunakan pensel warna apabila setiap kali mereka membuat latihan dalam kelas.

3.3 SAMPEL KAJIANKajian ini akan dijalankan di sebuah sekolah rendah di Wilayah Persekutuan. Sekolah ini mempunyai 4 kelas dalam aliran tahun 5. Kelas yang dipilih ialah kelas 5 usaha kerana penyelidik mengajar mata pelajaran bahasa Melayu dalam kelas 5 Usaha. Oleh itu, memudahkan penyelidik untuk menjalankan kajian ini.3.4 INSTRUMEN KAJIAN Instrumen kajian yang penyelidik gunakan dalam kajian ini ialah pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual. Kaedah pemerhatian secara langsung telah saya pilih kerana ini mudah serta menyeluruh. Kaedah ini tidak memerlukan apa-apa peralatan khusus melainkan pensel, dan kertas sahaja. Instrumen yang digunakan juga telah pun disahkan oleh Ketua Panitia Bahasa Malaysia SK Seri Murni dan Guru penanda soalan kertas penulisan UPSR. Mereka merupakan guru pakar Bahasa Malaysia Sekolah ini.a) Pemerhatian

Instrumen yang penyelidik gunakan dalam teknik pemerhatian ini ialah catatan refleksi. Catatan refleksi ditulis selepas setiap kali berlangsungnya pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aktiviti yang berkaitan dengan kajian ini. Berikut merupakan contoh catatan refleksi yang saya gunakan.

Masih ramai murid yang tidak dapat membezakan Kata Nama am dan Kata Nama Khas walaupun telah diajar oleh guru. (Catatan refeklsi, 25 April 2015)

Sikap murid dilihat secara tidak langsung sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung.b) Analisis dokumen(Item Ujian)

Penyelidik telah menggunakan dua set ujian iaitu ujian pra dan ujian pos. Ujian pra bertujuan mendapatkan gambaran tahap penguasaan kemahiran pelajar terhadap penggunaan huruf besar dalam penulisan Bahasa Malaysia. Ujian pos bertujuan mengetahui pencapaian pelajar terhadap masalah yang dikaji semasa dan setelah diberi bimbingan.

c) Soal selidik .Borang soal selidik diberi kepada murid, dan guru pula membacakannya untuk mendapatkan jawapan yang tepat secara jujur. Selain itu, pengkaji juga menemubual guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia untuk mengenal pasti samada murid-murid yang dipilih turut membuat kesilapan yang sama. Penyelidik menemubual guru yang mengajar Pendidikan Sivik Kewarganegaraan dan Kajian Tempatan bagi tahun 5 Usaha . Soalan soalan yang penyelidik tanyakan adalah seperti berikut:1. Adakah murid-murid ini dapat menulis dengan baik semasa pengajaran dan pembelajaran cikgu?2. Daripada hasil penulisan murid 5 Usaha , adakah mereka mengalami masalah dari segi penggunaan huruf besar dalam penulisan?

d) Tindakbalas di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaranTindakbalas murid dinilai semasa mereka menjawab soalan yang dikemukakan. Pengkaji turut menggunakan analisis dokumen dalam bentuk hasil kerja murid. Setelah pengkaji memperkenalkan kaedah yang pengkaji rancang, pengkaji menganalisis dan menyemak secara terperinci buku latihan dan lembaran kerja sama ada dalam bahagian penulisan, tatabahasa, pemahaman atau ujian imlak supaya pengkaji dapat menilai tahap perkembangan murid dalam menguasai kemahiran berkenaan.3.5 PROSEDUR PENGUMPULAN DATAKaedah penggunaan pensel warna bagi menulis huruf besar dipermulaan ayat telah digunakan bagi mengatasi masalah kekeliruan penggunaan hurf besar ini. Berikut adalah langkah-langkah untuk menjalankan kaedah ini: Langkah 1Untuk langkah pertama ini, pengkaji akan menjalankan pemerhatian untuk mengenalpasti secara tidak langsung tentang kekeliruan terhadap penggunaan huruf besar. Pemerhatian akan dilakukan dengan pengkaji membuat pemerhatian terhadap hasil kerja murid di dalam buku tulis mereka. Di situ terdapat masalah di mana murid sering kali salah dalam menulis huruf besar dalam setiap ayat yang dibina. Selain itu, pengkaji juga membuat ujian pra terhadap murid-murid. Ujian ini dijalankan semasa ujian bulan April yang lalu dalam ujian penulisan bahagian A. Jadi hasil daripada ujian inilah guru dapat merancang latihan yang bersesuaian dengan murid. Ujian ini juga dapat melihat kemahiran yang diajar adalah berpandukan kepada kelemahan murid tersebut.Dalam langkah ini juga , pengkaji akan menjalankan sesi temubual bersama guru mata pelajaran lain. Temubual ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti kelemahan murid-murid tersebut. Dalam temubual itu pelbagai soalan akan ditanya dan fokus temubual ini adalah untuk menentukan tahap seseorang murid dalam masalah yang dikaji.Langkah 2Setelah mendapat hasil keputusan ujian pra dan juga temu bual bersama guru mata pelajaran lain , tindakan selanjutnya adalah dengan memulakan sesi penerangan dan pengajaran teknik menggunakan pensel warna untuk membetulkan penggunaan huruf besar dalam ayat. Dalam langkah ini, pengkaji akan menerangkan kepada murid yang akan digunakan dalam kajian saya nanti.Langkah 3Dalam langkah ini, pengkaji akan menerangkan pada murid perbezaan kata nama am dan kata nama khas dengan menggunakan slaid power point. Kemudian, apabila murid faham, pengkaji akan meminta murid menggunakan pensel warna setiap kali apabila membina ayat dalam latihan di dalam kelas. Cara ini bagi membiasakan murid apabila menggunakan huruf besar mereka akan menggunakan huruf besar supaya mereka lebih mengingati terutamanya dipermulaan ayat. Manakala ujian pos pula akan dijalankan setelah selesai sesi pembelajaran selama enam minggu. 3.6 ANALISIS DATAPengkaji turut menganalisis data-data yang telah diperolehi setelah melalui proses pengutipan data melalui rancangan mengajar, pemerhatian, temubual, ujian pra membina ayat dan pasca ujian terhadap sampel kajian. Hal ini bersesuaian dengan kenyataan Mohd Majid Konting (1990), iaitu data-data yang dikumpulkan daripada sesuatu penyelidikan merupakan bahan mentah yang tidak mempunyai nilai kecuali diproses. Menurut beliau lagi, data yang banyak dan pelbagai perlu diolah, dianalisis, disimpan dan dikeluarkan untuk menghasilkan sesuatu maklumatAnalisis data dilakukan dengan menentukan markah skor bagi kedua-dua ujian iaitu ujian pra dan ujian pos. Skor maksimum dalam setiap ujian ialah 10. Skor-skor yang diperoleh dikategorikan kepada tahap-tahap pencapaian pelajar iaitu baik, sederhana dan lemah seperti yang ditunjukkan dalam jadual 1

SkorTahap Pencapaian

8-10Sangat Baik

5-7Baik

3-4Sederhana

2-3Lemah

0-1Sangat Lemah

Jadual 1: Skor markah Ujian dan Tahap Pencapaian PelajarSetelah melihat masalah kekeliruan murid-murid dari perspektif psikologi, termasuklah setiap aspek perkembangan fizikal, mental, emosi dan juga intelektual, sekali lagi persekitaran murid-murid ini baik di sekolah ataupun di rumah harus diberi perhatian yang secukupnya terutama sekali aspek ejaan kerana terdapat interaksi antara perkembangan dan persekitarannya. Walau apa jua kaedah yang hendak digunakan adalah untuk membantu murid-murid ini dengan membuat penyesuaian yang cukup dengan permintaan situasinya, dengan tidak melupakan batasan yang dikenakan oleh keadaan dan kebolehan semulajadinya. Kaedah untuk mengatasi masalah kekeliruan penggunaan huruf besar dan huruf kecil akan dijelaskan.Penganalisaan data dilakukan untuk membandingkan tahap pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pos. Bagi meninjau persepsi pelajar terhadap keberkesanan penggunaan kaedah pembelajaran , pengkaji akan mentafsir datanya dan skor setiap item dalam soal selidik. Sekiranya terdapat peningkatan markah maka menunjukkan penerimaan murid baik dalam kaedah yang digunakan.3.7 RUMUSANDalam bab ini, pengkaji telah menjelaskan reka bentuk, sampel instrument, prosedur pengumpulan data dan analisis data yang dipilih untuk menjalankan kajian mengikut permasalahan yang ingin diselesaikan oleh pengkaji. Diharapkan kajian yang dijalankan menemui kejayaan, contohnya perbandingan analisis data antara pra membina ayat dan pasca membina ayat akan menampakkan perubahan yang positif iaitu bilangan betul sampel ujian satu dan ujian dua bertambah peratusnya atau diharapkan semua sampel dapat peningkatan penggunaan huruf besar di permulaan ayat dan kata nama khas.

RUJUKAN Abdullah Hassan. (1996). Isu-isu Pembelajaran dan pengajaran Bahasa Malaysia di Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan di Negeri Selangor. Tesis Master. Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Abdul Karim Bin Haji Jawi.(2003). Meningkatkan Penguasaan Murid Tahun 5 Hudiya dalam Aspek Tanda Baca dengan kaedah Pembelajaran Khusus serta Bimbingan Rakan Sebaya. Prosiding Seminar Kajian Tindakan 2003 Anjuran Bersama MPTAR dan JPB Sri Aman Betong.

Abdul Rasid Jamian, Shamsudin Othman & Humaizah Hashim. (2012). Persepsi guru terhadap penggunaan kartun dalam transformasi pengajaran penulisan karangan Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol. 2, Bil. 1 (Mei 2012): 129- 140

A.Rahman Haron, Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Sharifah Nor Puteh & Jamaludin Badusah. (2012). Teknik SALAK dalam menjana idea membina ayat dengan cepat dan efektif. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM Vol. 2, Bil. 2 (Nov. 2012): 84-93.

Azman Wan Chik. (1994) . Pengujian Bahasa: Kes Bahasa Melayu. Edisi Kedua . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 5 Dewan Bahasa dan Pustaka.

Che Zanariah Che Hassan & Fadzilah Abd Rahman (2011). Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol. 1, Bil. 1 (Mei 2011): 67-87.

Creswell, J.W. (2005). Educational Research: Planning, Conducting, and Evaluating Quantitative and Qualitative Research. The University of Michigan: Merrill

Esa Bin Awang dan Md. Hatta Md. Nor. (2003). Tahap Penguasaan Tatabahasa bahasa Melayu di Kalangan Guru Pelatih KDPM di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim Johor Bharu , Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim.

Hasnalee Bin Tubah. ( 2008 ).Tahap Penguasaan dan Kesukaran Membaca dan Menulis dalam Kalangan Murid KIA2M. Jurnal Penyelidikan Pendidikan 2008 Institit Pendidikan Tun Abdul Razak, Kota Samarahan Sarawak.

Kamus Dewan Edisi Ke-4. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2010). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu Tahun Satu. Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2011). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu Tahun Dua. Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah SK Tahun 2 Bahasa Melayu. Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5 Unit Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

Kamaruddin Hj. Husin.(1998). Pedagogi bahasa (perkaedahan). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Mahzan Arshad. (2003). Pendidikan literasi bahasa Melayu: Satu pendekatan bersepadu. Kuala Lumpur: Utusan Publications& Distributor Sdn. Bhd.

Mohd Majid Konting. (1990). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2008). Tatabahasa Dewan. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor Haliza Md Thaib & Harun Aminarrashed Nik Mahmood. (2013). Menguasai kemahiran membina ayat berdasarkan gambar murid tahun empat menggunakan modul membina ayat [MoMaA]. Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013, ms 149-158.

Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Semya Chundi. ( 2003 ).Menangani Masalah Mengenal dan Menyebut Huruf Besar Seorang Murid Tahun 4 dengan Pendekatan Latih Tubi. Prosiding Seminar Kajian Tindakan 2003. Anjuran Bersama MPTAR dan JPB Sri Aman-Betong.

Siti Zainab bt Haji Md Saman. ( 2003 ). Jadual Formula Warna Kaedah untuk Menerangkan Fakta. Penyelidikan Meningkatkan Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran.Kementerian Pelajaran Malaysia

http://www.moe.gov.my/v/falsafah-pendidikan-kebangsaanhttp://www.ipgkbl.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/2012/BM/7%20ARTIKEL%20AMIRAH.pdfhttp://.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kemahiran&d=10http://pbahasa.dbp.my/wordpress/?p=457

BORANG SOAL SELIDIK MURIDTAHUN 5 USAHA2015BIL.SILA JAWAB DENGAN JUJURYa (/)Tidak ( x )

1.Pengajaran cikgu menyeronokkan

2.Cikgu beri tumpuan kepada saya

3.Saya minat mata pelajaran Bahasa Melayu

4.Keluarga beri bimbingan di rumah

5.Bimbingan yang cikgu beri mencukupi

6.Belajar menyeronokkan

7.Kerja sekolah yang diberi mudah

8.Saya suka menulis

9.Saya suka membaca

10.Saya faham arahan cikgu

11.Percakapan cikgu terlalu laju

Contoh : BORANG SKOR ITEM

MENYALIN AYATBILNAMA MURIDUJIAN PRAUJIAN POS PERBANDINGAN

1A

2B

3C

4D

5E

6F

7G

8H

9I

10J

11K

12L

13M

14N

150

16P

17Q

18R

19S

20T

21U

22V

CONTOH LATIHAN DALAM BUKU TEKS TAHUN 5

CONTOH LATIHAN 2

Latihan penulisan murid lemah tahun 5

Latihan penulisan huruf besar di permulaan ayat

Ujian penulisan tahun5

1