proposal master

44
0 PROPOSAL PENYELIDIKAN (SARJANA) Tajuk Cadangan: KEBERKESANAN PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP PEMBENTUKAN BUDAYA PELAJAR : KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH TUN ALWI, MELAKA Penyelia Cadangan (sekiranya ada) Disediakan oleh: 1

Upload: latiba

Post on 05-Aug-2015

58 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Proposal master

0

PROPOSAL PENYELIDIKAN (SARJANA)

Tajuk Cadangan:

KEBERKESANAN PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP

PEMBENTUKAN BUDAYA PELAJAR : KAJIAN

DI SEKOLAH MENENGAH

TUN ALWI, MELAKA

Penyelia Cadangan (sekiranya ada)

Disediakan oleh:

1

Page 2: Proposal master

ISI KANDUNGAN

1.0

2.0

3.0

4.0

5.0

6.0

7.0

8.0

9.0

10.0

11.0

12.0

13.0

PENGENALAN

LATAR BELAKANG MASALAH KAJIAN

PERSOALAN KAJIAN

PENGERTIAN TAJUK

OBJEKTIF KAJIAN

KEPENTINGAN KAJIAN

SKOP KAJIAN

KAJIAN-KAJIAN LEPAS

METODOLOGI KAJIAN

GARIS KASAR LAPORAN KAJIAN

PERANCANGAN GERAK KERJA

RUJUKAN CADANGAN

PENUTUP

3

3

6

7

10

11

12

13

14

38

41

42

44

2

Page 3: Proposal master

1.0 PENGENALAN

Pada dasarnya, pembentukan kurikulum agama Islam bagi sekolah-sekolah

menengah Malaysia mempunyai tujuan tertentu yang pada realitinya untuk

mendidik individu supaya menjadi manusia yang sempurna dalam sebarang

aspek, berilmu dan bertaqwa. Tujuan murni dapat dicapai menerusi silibus

pengajian Islam yang komprehensif, iaitu ibadah, akidah dan akhlak. Namun

mutakhir ini pelbagai isu disiplin dan keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja

Muslim dilaporkan dalam keadaan membimbangkan. Seolah-olah pendidikan

Islam yang dipelajari di sekolah tidak dapat membentuk budaya yang positif

dalam kalangan pelajar. Justeru, kajian ini akan meneliti keberkesanan Pendidikan

Islam di sekolah dalam membentuk budaya pelajar dengan menfokuskan pelajar

Sekolah Menengah Tun Alwi, Melaka.

2.0 LATAR BELAKANG MASALAH KAJIAN

Budaya merupakan satu cara hidup yang komprehensif merangkumi seluruh

aspek kehidupan sama ada bahasa, politik, sosial, ekonomi, dan seumpamanya.

Pendidikan adalah salah satu daripada aspek budaya. Dalam sistem pendidikan

yang formal, sekolah merupakan medium interaksi sosial dan medan sosialisasi

budaya. Sekolah adalah satu institusi yang berkait rapat dengan pelajar yang rata-

ratanya adalah golongan remaja. Ia adalah tempat yang mana pelajar saling

berinteraksi sesama pelajar dan antara pelajar dengan guru. Pendek kata ia

3

Page 4: Proposal master

merupakan satu tempat yang mengamalkan satu sistem hidup (budaya) secara

formal dan eksklusif.

Sistem hidup ini berasaskan kepada tradisi ilmu iaitu pengajaran dan

pembelajaran (P & P). Proses pengajaran dan pembelajaran tersebut berpandukan

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang disediakan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia bagi peringkat menengah. Kurikulum ini

meliputi subjek Sains seperti Kimia, Biologi dan seumpamanya, subjek sastera dan

kemanusiaan seperti Sejarah, Bahasa Melayu, Inggeris dan sebagainya, malah

subjek pengajian Islam seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islam,

Tasawwur Islam dan lainnya.

Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran wajib bagi semua peringkat

persekolahan. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) ini merupakan

kesinambungan daripada program Pendidikan Islam Kurikulum Bersepadu

Sekolah Rendah (KBSR). Dahulunya, KBSR menekankan kemahiran membaca al-

Qur’an, Asas ‘Ulum Syar‘iyyah dan Asas Akhlak Islamiah sebagai fardu ‘ain

kepada setiap individu. Kini ditambah lagi dengan program j-QAF yang

menekankan penguasaan bacaan dan tulisan jawi dengan baik, mampu khatam al-

Quran, penguasaan Bahasa Arab dan asas Fardu Ain yang mantap. Manakala

dalam peringkat KBSM pula, para pelajar ditingkatkan lagi pengetahuan dan

penghayatan mereka dalam bidang Tilawah al-Quran, ‘Ulum Syar‘iyyah (‘Aqidah,

Ibadah & Sirah Nabawiyyah/Tamadun Islam) dan Akhlak Islamiah.

4

Page 5: Proposal master

Selain itu, ia juga memberikan penekanan dan tumpuan yang sepenuhnya

kepada aspek pengukuhan akidah Islamiah, pemahaman dan amalan ibadah

dalam kehidupan harian serta asuhan budi pekerti dan akhlak yang mulia.

Menyedari akan hakikat bahawa Islam itu merangkumi keseluruhan cara hidup

harian seorang Muslim, maka Pendidikan Islam menekankan aspek amalan dan

penghayatan.

Penghayatan fardu ‘ain akan dipupuk kepada pelajar pada peringkat

sekolah menengah. Pelajar akan mengamalkan kewajipan ini sebagai tuntutan

asasi dan benteng yang padu bagi menangani arus globalisasi dan cabaran sosial

dalam kehidupan seharian. Bagi memastikan lagi keberkesanan program

Pendidikan Islam ini, orientasi pengajaran dan pembelajarannya (P&P) hendaklah

sentiasa dikaitkan dengan pelbagai aspek amalan dalam kehidupan harian agar

cita-cita untuk melahirkan insan harmonis, seimbang dan bertakwa akan tercapai.

Secara langsung, proses P & P ini akan membentuk suatu budaya yang positif

kalangan pelajar.

Walaupun begitu, tidak dapat dinafikan sistem atau cara hidup yang tidak

formal di luar kawasan sekolah turut mewarnai akhlak dan peribadi remaja.

Pelbagai masalah sosial yang melibatkan remaja bersekolah akhir-akhir ini,

contohnya seks bawah umur, melahirkan anak, bohsia, menghisap rokok, main

judi mesin slot, ponteng sekolah dan seumpamanya.

5

Page 6: Proposal master

Sehubungan dengan itu, kajian ini merupakan suatu kajian tinjauan yang

bertujuan untuk mengetahui dan memahami aspek-aspek budaya yang diamalkan

pelajar di SMTA, juga mengenal pasti kesan-kesan dari pengaruh Pendidikan

Islam terhadap pembentukan budaya serta pandangan responden berkaitan

apakah kesan-kesan dari amalan budaya pelajar sesuai atau tidak dengan prinsip

Pendidikan Islam dalam kalangan pelajar SMTA Melaka.

3.0 PERSOALAN KAJIAN

Pengkaji merumuskan beberapa persoalan yang perlu dikaji berkenaan

Keberkesanan Pendidikan Islam terhadap Pembentukan Budaya dalam Kalangan

Pelajar Di Sekolah Menengah Tun Alwi. Di antara persoalan utama yang akan

dikaji adalah seperti berikut:

i. Apakah bentuk budaya yang mempengaruhi pelajar di Sekolah

Menengah Tun Alwi, Melaka?

ii. Apakah kesan-kesan Pendidikan Islam terhadap budaya pelajar di

Sekolah Menengah Tun Alwi, Melaka?

iii. Adakah kesan-kesan dari pengaruh budaya di Sekolah Menengah Tun

Alwi, Melaka, bersesuaian dengan asas Pendidikan Islam atau

sebaliknya?

6

Page 7: Proposal master

4.0 PENGERTIAN TAJUK

Dalam kajian ini, terdapat tiga konsep utama iaitu:, “Keberkesanan”, “Pendidikan

Islam” dan “Budaya”. Ketiga-tiga konsep ini adalah tunjang kepada kajian ini.

Untuk memahaminya secara jelas akan dihuraikan konseptual berkenaan.

Keberkesanan:

“Keberkesanan” adalah kata terbitan yang berasal dari perkataan kesan iaitu

tanda yang ditinggalkan oleh sesuatu bekas. Perkataan “berkesan” bermaksud

mendatangkan sesuatu pengaruh kepada pemikiran atau sikap watak seseorang

atau sesuatu golongan, seperti mengubah sikap, membangkitkan sesuatu

kecenderungan atau perasaan.1 Oleh itu, “Keberkesanan” dalam kajian ini

dapatlah difahamkan sebagai penghasilan sesuatu tindakan yang diharapkan agar

membawa kepada suatu perubahan yang positif dari keberkesanan Pendidikan

Islam terhadap pembentukan budaya pelajar di Sekolah Menengah Tun Alwi,

Melaka.

1 Hajah Noresah Baharom et al. (eds.), (2005), Kamus Dewan, edisi keempat, Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka, hh. 771-772.

7

Page 8: Proposal master

Pendidikan Islam:

Perkataan “Pendidikan” adalah kata terbitan yang berasal dari akar kata didik

iaitu pelihara, jaga (dengan hati-hati) dan ajar.2 Merujuk Ensiklopedia Indonesia

bermaksud proses membimbing manusia dari kegelapan kebodohan kepada

kecerahan pengetahuan.3 Perkataan “Islam” merujuk Ensiklopedia Islam adalah

berasal dari kata aslama-yuslimu-islaman yang memberi beberapa pengertian iaitu

melepaskan diri dari segala penyakit zahir dan batin, kedamaian dan keamanan,

ketaatan dan kepatuhan.4

“Pendidikan Islam” menurut Hassan Langgulung terdapat dua pengertian.

Pertama Pendidikan Islam yang bersifat umum dan meliputi segala aspek, iaitu

pendidikan jasmani, rohani, sosial, politik, budaya, sains dan lain-lain. Pendek

kata meliputi segala aspek kehidupan manusia. Manakala pengertian kedua pula

merujuk kepada makna yang terbatas, iaitu merangkumi pengajaran berbagai-

bagai mata pelajaran yang bersangkut paut dengan ilmu-ilmu agama seperti fiqh,

tauhid dan lain-lain yang berkait dengan fardu ain dan fardu kifayah. Pendek

kata, ia merupakan sub-mata pelajaran yang diajar di sekolah kebangsaan dan

sekolah jenis kebangsaan sebagai sebahagian daripada keseluruhan sistem

pendidikan kebangsaan (nasional).5 Dalam konteks ini, Pendidikan Islam adalah

2

3

4

5

Ibid., h. 350.

Hassan Shadali (1984), Ensiklopedia Indonesia, j. 5, Jakarta : PT. Ichtiar Baru Van Hoeve, h. 2627.

H. A Hafizh Dasuki (1994), Ensiklopedia Islam, j. 2, Jakarta : PT Ichtiar Baru Van Hoeve, h. 246.

Hassan Langgulung (2002), Peralihan Paradigma Dalam Pendidikan Islam dan Sains Sosial, Jakarta:

Gaya Media Pratama, h. 105.

8

Page 9: Proposal master

subjek keagamaan yang berasaskan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

(KBSM) berlandaskan garis panduan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Budaya:

“Budaya” bermaksud satu peradaban, cara berfikir atau kemajuan.6 Menurut

huraian ahli kebudayaan, perkataan “budaya” berasal daripada “budi” dan

“daya”. “Budi” bererti cahaya atau sinar yang terletak dalam batin manusia.

“Daya” memberi erti usaha atau kegiatan manusia melaksana dengan apa yang

digerakkan oleh budinya.7 Manakala perkataan Inggeris, istilah “culture” berasal

dari perkataan Latin “colere” yang bermaksud menyedia dan mengerjakan tanah

atau menanam.8 Orang Eropah memilih perkataan “culture” untuk

menggambarkan pemikiran mereka di mana salah satu dari maknanya adalah

berhubungan dengan kehidupan mereka yang sangat rapat dengan aktiviti

pertanian (agriculture) pada masa tersebut. Justeru, sesiapa menyebut “cultivated

person” merujuk seseorang yang mempunyai “culture”.9 Menurut Kamus Inggeris

Melayu Dewan, perkataan culture merujuk kepada the total of ideas, customs, beliefs,

knowledge, art that shared by members of group.10 Manakala dari segi istilah, Sidi

6

7

Ensiklopedia Dunia Melayu, (1997), j. 2, Kuala Lumpur : Piramid Perdana, h. 42.

Abdul Samad Ahmad (1981), “Warisan Budaya Malaysia Ciri-ciri Budaya Budi yang Terabai”,

(kertas kerja Bengkel Kepimpinan dan Pengajian Kebudayaan Negeri Melaka, Melaka), h. 2.

8 William L. Reese (1980), Dictionary of Philosophy and Religion : Eastern and Western Thought. NewJersey : Humanities Press, h. 115.

Roy Wagner (1975), The Invention of Culture. New Jersey : Prentice Hall Inc., h. 21.

A.H. Johns & D.J. Prentice (eds.) (1999), Kamus Inggeris Melayu Dewan, c. 2, Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 336.

9

10

9

Page 10: Proposal master

Gazalba menghuraikan kebudayaan meliputi seluruh aspek kehidupan yang

mengandungi ruang dan waktu semenjak lahir sampai mati.11

Berdasarkan ketiga-tiga konsep ini dapatlah disimpulkan bahawa kajian ini

adalah untuk mengkaji sejauh mana keberkesanan Pendidikan Islam terhadap

pembentukan budaya pelajar di SMTA.

5.0 OBJEKTIF KAJIAN

Secara umumnya, kajian ini adalah bertujuan untuk menjelaskan mengenai

pengaruh Pendidikan Islam terhadap budaya yang diamalkan oleh pelajar di

Sekolah Menengah Tun Alwi, Melaka. Selain itu, di antara objektif kajian dalam

kajian ini adalah:

i. Menyorot perkembangan Pendidikan Islam di negeri Melaka

umumnya dan di Sekolah Menengah Tun Alwi, Melaka (SMTA),

khususnya.

ii. Memperolehi data mengenai aspek budaya yang mempengaruhi

pelajar dan mengenal pasti kesan dari pengaruh Pendidikan Islam

terhadap pembentukan budaya pelajar di SMTA.

iii. Mengenal pasti pembentukan budaya di SMTA itu bersesuaian atau

tidak dengan asas Pendidikan Islam yang dipelajari.

11 Sidi Gazalba (1976), Masyarakat Islam Pengantar Sosiologi dan Sosiografi, Kuala Lumpur :

Penerbitan Pustaka Antara, h. 13.

10

Page 11: Proposal master

6.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Sekolah merupakan sebuah institusi sosial yang penting dalam penerapan

pengaruh budaya yang berkesan kepada warga sekolah terutamanya pelajar.

Namun begitu masih terdapat pengaruh budaya yang mengganggu keberkesanan

pendidikan di sekolah. Kenyataan di atas menarik minat pengkaji untuk

menjalankan kajian terhadap pengaruh budaya di sekolah dari sudut

keberkesanan Pendidikan Islam yang dipelajari oleh pelajar. Kepentingan kajian

ini diharapkan dapat membantu beberapa pihak dari segi:

i. Memberi sumbangan kepada bidang pengajian pendidikan Islam

yang mana ia dapat memberi maklumat baru bagi kegunaan kajian-

kajian yang akan datang.

ii. Memberi maklumat dan bahan rujukan kepada pihak sekolah

tentang aspek-aspek budaya yang mempengaruhi pelajar di Sekolah

Menengah Tun Alwi, Melaka (SMTA), supaya mendapat perhatian

bersama terhadap masalah pelajar di sekolah.

iii. Menyalurkan maklumat dan bantuan kepada kaunselor dan guru

disiplin dalam menangani gejala sosial atau budaya negatif dalam

kalangan pelajar SMTA.

iv. Dapat membantu guru Pendidikan Islam di SMTA berusaha untuk

mempertingkatkan pengaruh budaya yang bersesuaian prinsip-

prinsip Pendidikan Islam di SMTA.

11

Page 12: Proposal master

Semoga kajian ini dapat memberi faedah kepada semua pihak dan

memberi garis panduan dalam mengenal pasti perkembangan pengaruh budaya

di kalangan pelajar-pelajar sekolah khususnya di negeri Melaka.

7.0 SKOP KAJIAN

Memandangkan budaya satu perbincangan yang luas, sudah tentu pelbagai aspek

yang boleh diteliti. Namun demikian, kajian ini hanya terbatas kepada beberapa

perkara sahaja seperti berikut:

i. Kajian ini hanya mengenai pengaruh budaya yang mempengaruhi

pelajar di sekolah dan sejauh mana kesan dari pengaruh budaya itu

selaras dengan prinsip-prinsip Pendidikan Islam.

ii. Kajian mengenai keberkesanan Pendidikan Islam terhadap

pembentukan budaya pelajar hanya dibataskan kepada aspek sosial,

bahasa, pakaian, makanan, kesenian dan budaya ilmu.

iii.

iv.

Lokasi kajian ini hanyalah Sekolah Menengah Tun Alwi, Melaka.

Sampel kajian ini terdiri daripada 200 orang pelajar lelaki dan

perempuan. Ianya mewakili dari tingkatan satu hingga tingkatan

lima. Pelajar beragama Islam dipilih kerana bersesuaian dengan

kajian tentang pengaruh budaya yang berkaitan dengan Pendidikan

Islam.

12

Page 13: Proposal master

8.0 KAJIAN-KAJIAN LEPAS

Secara umumnya, terdapat banyak kajian yang telah dihasilkan oleh ahli-ahli

akademik dan sarjana mengenai budaya dan Pendidikan Islam dalam pelbagai

aspek mengikut pendekatan yang mereka gunakan. Di antara buku dan kajian

tersebut adalah:

i. Ahmad Mohd Salleh (2003), Pendidikan Islam, Falsafah, Sejarah dan Kaedah

Pengajaran dan Pembelajaran.

Buku ini membahaskan mengenai Pendidikan Islam dari segi falsafah,

sejarah dan menumpukan tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran

sebagai panduan kepada guru dan pendidik.

ii. Sharifah Md. Nor (2000), Keberkesanan Sekolah Satu Perspektif Sosiologi.

Penulis buku ini cuba menjelaskan ciri-ciri sekolah berkesan serta

memahami budaya sekolah dan matlamat sekolah berkesan.

Selain itu, terdapat juga kajian ilmiah yang telah dijalankan, di antaranya

Umi Nafisah binti Md. Sirat (2000), “Budaya dan Iklim Sekolah Berasrama Penuh

Perempuan: Satu Kajian Awal di Sekolah Berasrama Penuh di Kuala Lumpur”.

Dalam kajian ini, budaya yang diketengahkan oleh pengkaji meliputi keseluruhan

aspek yang terdapat di sekolah yang dikaji. Selain itu, terdapat juga kajian lain

seperti Ahmad Jusoh (1998), “Kualiti Buku Teks Pendidikan Islam KBSM :

Analisis Kandungan”, (Disertasi (M.Ed.), Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya),

13

Page 14: Proposal master

kajian oleh Fadzliyah Hashim (2004), “Kesan Pendidikan Islam terhadap cara

hidup pelajar : suatu kajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abd. Aziz,

Simpang Empat, Alor Star, Kedah”, (Disertasi (M.Usuluddin), Jabatan Sejarah dan

Tamadun Islam, Bahagian Pengajian Usuluddin, Universiti Malaya); Siti Fatimah

Tasir (2005), “Pengaruh Pendidikan Islam Terhadap Akhlak Pelajar-Pelajar Uitm:

Satu Kajian Khusus Di UiTM Kampus Machang, Kelantan”, (Disertasi

(M.Usuluddin), Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya), dan sebagainya.

Setelah diteliti melalui kajian-kajian yang lalu, pengkaji mendapati

kebanyakan penulisan memberi tumpuan kepada pelbagai aspek budaya dan

Pendidikan Islam secara menyeluruh. Walaupun begitu, dalam kajian ini,

pengkaji hanya menggunakan pendekatan yang khusus dan hanya membicarakan

sebahagian daripada aspek budaya yang berkaitan bersesuaian dengan keperluan

Pendidikan Islam di sekolah menengah.

(Literature review ini adalah terlalu minimum, sebaiknya pelajar dapatmembincangkan dengan lebih mendalam dengan bimbingan penyelia)

9.0 METODOLOGI KAJIAN

Metodologi ialah gabungan antara dua perkataan Yunani iaitu “methodos” yang

bermaksud cara atau jalan dan “logos” bererti ilmu. Hasil gabungan daripada dua

perkataan ini membawa pengertian bahawa metodologi ialah cara atau jalan bagi

14

Page 15: Proposal master

memahami sesuatu perkara yang berkaitan dengan ilmu yang hendak dikaji.12

Kenneth D. Bailey mendefinisikan metodologi ialah falsafah proses penyelidikan

dan kriteria yang digunakan oleh penyelidik untuk mentafsirkan data dan

membuat kesimpulan.13 Manakala Imam Barnadib pula menjelaskan metodologi

sebagai ilmu tentang menjalankan penelitian.14 Dengan kata lain, metodologi ialah

ilmu tentang cara atau kaedah yang digunakan untuk melakukan sesuatu kajian

atau penyelidikan.

Penyelidikan pula menurut Tuckman seperti mana dinukilkan dalam Sidek

Mohd. Noah, menjelaskan ia sebagai satu usaha yang sistematik untuk mendapat

jawapan kepada sesuatu masalah.15 Penyelidikan juga bermaksud sesuatu yang

dijalankan sama ada untuk mengetahui apa yang sedang berlaku, telah dan akan

berlaku bagi menambah pengetahuan.16 Oleh itu penyelidikan ialah tatacara yang

digunakan secara sistematik untuk mengetahui sesuatu masalah yang dikaji

untuk menambah ilmu pengetahuan.

Kesimpulannya, metodologi penyelidikan ialah kaedah yang sistematik

dalam proses mengumpul data atau maklumat untuk menyelesaikan sesuatu

12

13

Koentjaraningrat (1977), Metode-metode Penelitian Masyarakat, Jakarta : PT Gramedia, h. 16.

Bailey Kenneth (1982), Kaedah Penyelidikan Sosial, (terj.) Hashim Awang, Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka, h. 47.

14

15

Imam Barnadib (1982), Arti dan Metode Sejarah Pendidikan, Yogyakarta : Yayasan FIK-IKIP, h. 51.

Sidek Mohd. Noah (2000), Reka Bentuk Penyelidikan, Falsafah, Teori dan Praktis, Serdang : UPM, h.

2.

16 Mohd Shafie Abu Bakar (1991), Metodologi Penyelidikan Untuk Ekonomi dan Bidang-bidang

Berkaitan, edisi kedua, Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia, h. 12.

15

Page 16: Proposal master

masalah yang dikaji sebagai menambah ilmu pengetahuan dalam bidang

penyelidikan. Secara umumnya dalam menghasilkan kajian ini, pengkaji

menggunakan Metode Pengumpulan Data dan Metode Analisis Data dan Metode

Persampelan.

9.1 Metode Pengumpulan Data

Metode pengumpulan data ialah kaedah mengumpul maklumat secara terperinci

yang diketahui atau telah dikumpulkan mengenai sesuatu dan seterusnya

dijadikan asas untuk membuat kajian secara analisis atau kesimpulan.

Terdapat dua bentuk kaedah penyelidikan dalam kajian ini iaitu

penyelidikan kualitatif dan kuantitatif. Penyelidikan kualitatif adalah penggunaan

fakta, maklumat, pernyataan, ulasan, tanggapan, maksud, konsep, ciri-ciri, simbol,

persepsi, metafora, perasaan dan seumpamanya. Melalui kaedah kualitatif ini,

penyelidik dapat mengkaji secara mendalam fenomena yang berlaku dalam

pengkajian tersebut secara realitinya.17 Sumber data yang diperolehi dalam

penyelidikan kualitatif ini adalah dalam bentuk buku, majalah, disertasi, jurnal,

kertas kerja, buku, seminar, buku harian rasmi, pamplet, wawancara dan

observasi. Semua data yang diperolehi keseluruhannya terdapat pada bab kedua,

ketiga dan keempat dalam kajian ini.

17 Idris Awang (2001), Kaedah Penyelidikan : Suatu Sorotan, Kuala Lumpur : Akademi Pengajian

Islam Universiti Malaya, hh. 6-7.

16

Page 17: Proposal master

Penyelidikan kuantitatif pula adalah data yang diperolehi dalam bentuk

angka atau bilangan dan dikumpulkan dengan menggunakan kaedah-kaedah

yang tertentu. Penganalisisan data kuantitatif selalunya dilakukan dengan

menggunakan kaedah statistik. Data-data yang diperolehi di kemukakan dalam

bentuk carta dan jadual.18 Sumber data yang diperolehi dalam penyelidikan

kuantitatif adalah terdiri daripada borang soal selidik yang telah diedarkan

kepada responden-responden yang telah dipilih.

Dalam usaha mengumpul data yang diperlukan, pengkaji menggabungkan

beberapa metode dengan melakukan dua bentuk penyelidikan utama iaitu Kajian

Perpustakaan (Library Research) dan Kajian Lapangan (Field Research)

a) Kajian Perpustakaan (Library Research)

Penyelidikan perpustakaan merupakan satu teknik yang digunakan oleh

seseorang penyelidik bagi mendapatkan data dan bukti melalui kajian ke atas

dokumen dan rekod.19 Ia hampir sama dengan metode dokumentasi. Ia merujuk

kepada proses pengumpulan data dengan melakukan kajian dan pembacaan

terhadap dokumen-dokumen yang ada hubungannya dengan masalah-masalah

yang diteliti.20 Dengan ini metode dokumentasi ialah cara pengumpulan data

dengan melakukan studi terhadap dokumen-dokumen yang ada hubungan

dengan masalah yang di teliti.

18

19

20

Ibid., h. 6.

Mohd Shafie Abu Bakar (1991), op.cit., h. 41.

Charles Issawi (1962), Filsafat Islam Tentang Sejarah, (terj.) Ali Mukti, Jakarta : Tinta Mas, h. 36.

17

Page 18: Proposal master

Dalam kajian ini, pengkaji mengumpul data-data dengan merujuk kepada

dokumen-dokumen yang diperolehi. Setelah itu dibaca, diteliti, dianalisis

seterusnya dirumuskan dan membuat kesimpulan kepada persoalan yang

berkaitan dengan masalah yang dikaji. Metode dokumentasi ini banyak terdapat

di dalam bab pertama, bab kedua, rumusan dan kesimpulan. Penggunaan metode

ini memberi fungsi yang penting bagi menyiapkan disertasi ini.

Pengkaji akan mengunjungi beberapa buah perpustakaan untuk

mengumpul bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk kajian ini. Bahan-bahan

yang diperolehi pengkaji adalah seperti buku-buku ilmiah, jurnal, majalah, kertas-

kertas seminar, akhbar dan lain-lain. Antara perpustakaan yang dikunjungi oleh

pengkaji untuk mendapatkan sumber rujukan data dan fakta ialah:

i-

ii-

iii-

iv-

v-

vi-

vii-

viii-

ix-

Perpustakaan Negara.

Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia

Perpustakaan Utama, Universiti Malaya.

Perpustakaan Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Perpustakaan Peringatan Za‘ba, Universiti Malaya.

Perpustakaan Awam Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Perpustakaan Awam Negeri Melaka.

Arkib Negara.

Perpustakaan Pusat Sumber, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.

18

Page 19: Proposal master

b) Kajian Lapangan (Field Research)

Dalam penyelidikan ini, kajian lapangan banyak digunakan bagi melengkapi data

perpustakaan selain membantu pengkaji untuk mendapatkan maklumat-

maklumat yang baru. Ini adalah kerana tidak semua maklumat boleh didapati di

perpustakaan. Dalam konteks ini, apa yang dihadapi adalah area penghayatan

dan pengamalan yang dipanggil pendekatan empirikal.21

Sehubungan dengan itu, pengkaji mengunjungi tempat kajian untuk

membuat pengamatan secara langsung dengan lebih jelas mengenai objek

penelitian. Ia bertujuan membuat penyelidikan secara langsung dengan

mendatangi responden atau objek yang menjadi sasaran untuk dikaji serta dibuat

perumusan dan kesimpulan yang diperlukan. Semasa menjalankan kajian ini,

pengkaji memulakan proses kajian lapangan dengan beberapa prosedur, di

antaranya:

a) Memohon kebenaran secara lisan dari Pengetua SMTA untuk

menjalankan kajian ini.

b) Mendapat bantuan dari Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMTA bagi

memperolehi bilangan pelajar Muslim sesi pagi.

c) Memohon kebenaran dari Penyelia Petang SMTA bagi memperolehi

senarai pelajar Muslim sesi petang.

21 H. Syahrin Harahap (2001), Metodologi Studi dan Penelitian Ilmu-ilmu Ushuluddin, Jakarta: PT

RajaGrafindo Persada, h. 7.

19

Page 20: Proposal master

d) Pengkaji juga memohon kebenaran dan bantuan guru-guru kelas untuk

mengedar borang soal selidik.

Setelah semua permohonan kebenaran diperolehi, pengkaji akan melantik

seorang guru sebagai pembantu untuk mengedarkan borang soal selidik kepada

sampel serta memberi penerangan ringkas mengenai tujuan soal selidik

dijalankan. Pengkaji juga memilih masa yang sesuai iaitu sekitar akhir tahun 2012,

kerana dalam masa ini, pelajar telah menerima segala tugasan dalam aktiviti

kurikulum dan ko-kurikulum. Ia untuk memastikan responden sudah

mempelajari sebahagian besar silibus Pendidikan Islam berasaskan sukatan dan

tahap pengajian mereka.

Dengan cara sedemikian juga memberi peluang kepada mereka supaya

bersedia memberi maklumat yang tepat dalam soalan yang dikemukakan. Selepas

itu responden diminta mengembalikan soal selidik kepada guru yang telah

dilantik oleh pengkaji dan diserahkan kepada pengkaji untuk proses analisis.

Justeru metode-metode yang digunakan dalam kajian lapangan ini adalah

seperti berikut:

i. Metode Temubual (Interview)

Metode temubual atau wawancara ialah cara yang digunakan untuk

mendapatkan keterangan atau pendirian secara lisan daripada responden dengan

20

Page 21: Proposal master

bercakap-cakap berhadapan muka (face to face) dengan orang itu.22 Kaedah

temubual juga merupakan satu kaedah pengumpulan maklumat yang melibatkan

interaksi sosial antara individu,23 dan ia adalah salah satu cara yang terbaik untuk

mengetahui bagaimana sesuatu situasi dilihat dari perspektif orang lain.24

Dalam usaha untuk mendapatkan data serta maklumat, pengkaji telah

menggunakan metode ini dengan memilih beberapa orang responden yang

dirasakan mempunyai kelayakan yang secukupnya. Responden yang dipilih

terdiri daripada Pengetua sekolah SMTA, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, dan

seorang guru iaitu Ketua Panitia Pendidikan Islam yang mewakili guru

Pendidikan Islam.

Selain itu juga, temubual tidak berstruktur dengan pentadbir, kaunselor,

guru disiplin dan wakil dari guru Pendidikan Islam di SMTA turut dilakukan

untuk mendapat maklumat tambahan. Kaedah temubual juga dapat memberi

maklumat berkenaan perasaan, kehendak dan sebagainya untuk mencapai

sesuatu objektif penyelidikan.25

22 Koentjaraningrat (1991), Metode-metode Penelitian Masyarakat, cetakan kedua, Jakarta : Pustaka

Utama Gramedia, h. 129.

23 Unit Penyelidikan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (2003), Manual

Kursus Kajian Tindakan, Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia, h. 29.

24

25

Ibid.

Mohd Majid Konting (1998), op.cit., h. 202.

21

Page 22: Proposal master

Temubual tidak berstruktur dijalankan adalah untuk mendapat maklum

balas yang di luar jangkaan pengkaji. Temubual tidak berstruktur sesuai

digunakan sekiranya soalan yang dikemukakan menghendaki jawapan yang

memerlukan pemikiran kritis bila mana pengkaji tidak dapat menjangka dengan

tepat semua kemungkinan jawapan yang diberi oleh subjek.26

Pengkaji menjalankan temubual ini ke atas beberapa orang responden yang

terpilih untuk membantu melengkapkan penyelidikan ini, di antaranya:

a. Pn. Hjh Sharifah Amalina Syed Ali, selaku pengetua SMTA. Persoalan

yang dikemukakan kepada beliau ialah berkenaan dengan sejarah dan

prestasi sekolah serta mendapat pandangan beliau mengenai pengaruh

budaya di sekolah tersebut.

b. Puan Siti Zakiyah Mohd Shafie, Penolong Kanan Hal ehwal Murid

(HEM) SMTA. Pengkaji telah mengemukakan persoalan kepada beliau

mengenai pandangan beliau berkenaan pengaruh budaya yang

mempengaruhi pelajar-pelajar di SMTA serta cadangan untuk

mempertingkatkan budaya yang bersesuaian dengan prinsip

Pendidikan Islam di SMTA.

c. Pn. Khairina Hj. Mat Saud, Ketua Panitia Pendidikan Islam mewakili

guru Pendidikan Islam di SMTA. Persoalan yang dilontarkan oleh

pengkaji mengenai pandangan beliau tentang kesan dari pengaruh

26 Deobold B. Van Dalen (1993), op.cit., h. 25.

22

Page 23: Proposal master

budaya terhadap Pendidikan Islam di SMTA sama ada bersesuaian

atau tidak dengan prinsip Pendidikan Islam.

d. Puan Balkis Abdul Rahim, Guru Kanan SMTA merangkap Guru

Pendidikan Seni SMTA, Melaka. Beliau merupakan tenaga pengajar

paling lama dan berpengalaman dalam masalah disiplin pelajar SMTA.

Persoalan yang diutarakan kepada beliau adalah mengenai budaya

pelajar SMTA sama ada yang positif mahupun negatif.

Tujuan pengkaji mengadakan temubual ini adalah untuk mendapatkan

maklumat yang sukar diperolehi secara langsung seperti isu sensitif, sensasi dan

sebagainya. Melalui metode ini juga pengkaji akan mendapat maklumat sokongan

mengenai pengaruh budaya di SMTA bagi melengkapkan kajian ini.

ii. Metode Pengamatan (Observation)

Metode pengamatan ialah cara pengumpulan data dengan melakukan

pengamatan secara langsung terhadap sesuatu penelitian atau objek yang dikaji.27

Cara pemerhatian amat berkesan sekali untuk melihat perkembangan dan

perubahan yang berlaku ke atas perkara yang diperhatikan.28

27 Abdul Halim bin Haji Mat Diah (1987), Suatu Contoh Tentang Huraian Metodologi, Kuala

Lumpur: Fakulti Usuluddin Universiti Malaya, h. 129.

28 Samarudin Rejab & Nazri Abdullah (1982), op.cit., h. 33.

23

Page 24: Proposal master

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan metode pengamatan (observasi)

sama ada secara langsung atau tidak langsung bertujuan untuk mendapat

gambaran umum yang berkaitan dengan nilai, sikap dan budaya pelajar di SMTA.

Metode ini juga boleh membantu pengkaji mengenal pasti aspek-aspek budaya

yang mempengaruhi pelajar di sekolah yang dikaji. Pengkaji juga menggunakan

pengamatan untuk menganalisis data sebelum membuat kesimpulan.

Observasi yang akan dijalankan dalam kajian ini adalah berdasarkan

pengalaman pengkaji kerana pengkaji sendiri adalah salah seorang bekas tenaga

pengajar di sekolah tersebut. Pengalaman daripada pengamatan ini tidak hanya

terhad kepada pengkaji sahaja bahkan meliputi apa sahaja observasi yang telah

dijalankan oleh orang lain di samping merujuk kepada mereka yang lebih

berpengalaman. Pengkaji berpandangan metode observasi memainkan peranan

yang penting dalam pengumpulan data dan maklumat bagi menyelesaikan kajian

ini.

iii. Metode Soal selidik (Questionaire)

Metode soal selidik digunakan untuk mendapat maklumat daripada responden

yang ramai.29 Soal selidik merupakan suatu senarai yang terdapat rangkaian

pertanyaan mengenai sesuatu hal atau dalam sesuatu bidang. Oleh yang demikian

29 Unit Penyelidikan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (2003), op.cit., h.

29.

24

Page 25: Proposal master

soal selidik bermaksud suatu daftar atau senarai pertanyaan untuk memperolehi

data yang merupakan jawapan-jawapan daripada para responden.30

Menurut Mohd Majid Konting, soal selidik merupakan alat ukur yang

digunakan di dalam penyelidikan pendidikan. Ia bertujuan untuk mendapat

maklumat berkenaan fakta-fakta kepercayaan, perasaan, kehendak dan

sebagainya. Penggunaan soal selidik adalah lebih praktikal dan berkesan jika saiz

sampel adalah besar.31 Ia berbentuk satu senarai soalan-soalan yang bertulis.

Soalan-soalan ini disediakan oleh pengkaji yang difikirkan merangkumi

subjeknya dengan menyenaraikan soalan-soalan yang terang dan senang

difahami.32

Metode soal selidik akan diaplikasi dalam kajian ini untuk mendapatkan

maklumat terperinci dan signifikan berhubung dengan aspek budaya yang

mempengaruhi pelajar di SMTA dan keberkesanan Pendidikan Islam terhadap

pembentukan budaya di sekolah yang dikaji.

Sehubungan dengan itu, pengkaji akan mengedarkan borang-borang soal

selidik kepada responden dalam kalangan pelajar untuk mendapat maklum balas

30 Selo Soemardjan (1985), “Penyusunan dan Penggunaan Kuessioner”, dalam Koentjaraningrat

(ed.), Metod-metod Penelitian Masyarakat, cetakan ketujuh, Jakarta : PT Gramedia, h. 173

31 Mohd Majid Konting (1998), Kaedah Penyelidikan, cetakan ketiga, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa

dan Pustaka, h. 202.

32 Samarudin Rejab & Nazri Abdullah (1982), Panduan Menulis Tesis, Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka, h. 30.

25

Page 26: Proposal master

bagi menentukan latar belakang sampel, persoalan berkaitan dengan aspek-aspek

budaya yang mempengaruhi pelajar, kesan dari pengaruh Pendidikan Islam

terhadap pembentukan budaya pelajar. Soal selidik di kalangan pelajar

dibahagikan kepada empat bahagian A, B, C dan D.

Bahagian A menjelaskan tentang latar belakang responden. Jenis soalan

yang dikemukakan adalah berbentuk demografi iaitu mendapatkan maklumat

asas tentang responden yang kemudiannya digeneralisasikan kepada populasi

kajian.33 Di antaranya:

i)

ii)

iii)

iv)

v)

vi)

Umur responden.

Tempat tinggal responden.

Bentuk pemilikan rumah.

Pekerjaan ibubapa / penjaga.

Pendidikan ibubapa / penjaga.

Pendapatan ibubapa / penjaga.

vii) Bilangan adik-beradik.

viii) Hubungan dengan keluarga.

ix)

x)

xi)

Budaya makan bersama keluarga.

Keprihatinan keluarga terhadap pelajaran.

Keprihatinan keluarga terhadap solat.

33 Unit Penyelidikan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (2003), op.cit., h.

30.

26

Page 27: Proposal master

Bahagian B mengandungi empat belas item yang berhubung dengan aspek

budaya yang mempengaruhi sampel di SMTA. Item-item ini merangkumi aspek

fizikal sekolah, aspek sosial, bahasa, pakaian, makanan, kesenian dan aspek

budaya ilmu. Di antaranya:

Aspek fizikal:

i- Sentiasa selesa di sekolah kerana persekitarannya yang ceria dan

menarik.

ii- Sentiasa menggunakan kemudahan awam di sekolah mengikut

peraturan.

Aspek Sosial:

iii-

iv-

Sentiasa mengucap salam apabila bertemu dengan guru.

Sentiasa mempunyai hubungan rapat dengan rakan-rakan di sekolah.

Aspek Bahasa:

v-

vi-

Sentiasa menggunakan istilah panggilan bahasa yang lembut.

Nama terpengaruh dengan bahasa Arab.

Aspek Pakaian:

vii- Sentiasa memakai pakaian menutup aurat di sekolah sahaja.

viii- Keluarga memahami perihal menutup aurat menurut pandangan

Islam.

27

Page 28: Proposal master

Aspek Makanan:

ix-

x-

Selalu membaca doa sebelum dan selepas makan.

Sentiasa prihatin terhadap yang halal dan haram sebelum membeli.

Aspek Kesenian:

xi- Minat dengan lagu-lagu berunsur Islam dan nasihat.

xii- Sering menonton tv sehingga mengganggu pelajaran.

Aspek Budaya Ilmu:

xiii- Sering terganggu apabila belajar.

xiv- Belajar inginkan pekerjaan.

Soalan bahagian B berbentuk dichotomous, iaitu soalan yang memerlukan

jawapan sama ada ya atau tidak, benar atau salah.34 Tujuan utama soalan ini

adalah untuk mendapat data mengenai aspek-aspek budaya yang mempengaruhi

sampel di SMTA.

Soalan bahagian C pula mengandungi enam soalan yang berkaitan dengan

kesan-kesan Pendidikan Islam terhadap pembentukan budaya di SMTA. Item-

item tersebut ialah :

i) Pelajar sentiasa memelihara persekitarannya yang bersih dan ceria.

34 Ibid., h. 30.

28

Page 29: Proposal master

ii) Guru Pendidikan Islam mempunyai hubungan yang baik dengan

pelajarnya.

iii) Guru Pendidikan Islam di sekolah sampel sentiasa bersungguh-

sungguh semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

iv) Pelajar sentiasa menjaga adab dalam majlis semasa program

dijalankan di sekolah.

v) Program penghayatan Islam sering diadakan dapat memberi kesan

yang positif terhadap perubahan diri dan sahsiah sampel.

vi) Sampel selalu membaca al-Qur’an.

Bahagian C pula soalan yang dikemukakan adalah berbentuk Skala Likert

iaitu mendapatkan tingkat pemilihan, persepsi atau persetujuan sampel.35

Bahagian ini terdiri daripada lima respons seperti:

a)

b)

c)

d)

e)

Tidak setuju.

Kurang setuju.

Kurang pasti.

Setuju.

Sangat setuju.

Skor maksimum bagi setiap soalan adalah 5, manakala skor minimumnya

adalah 1. Tujuan utama bahagian C ini ialah untuk mendapat maklumat mengenai

35 Ibid.

29

Page 30: Proposal master

kesan dari pengaruh budaya sama ada sesuai atau tidak dengan prinsip-prinsip

Pendidikan Islam di SMTA.

Manakala bahagian D pula merupakan bahagian soal selidik yang terakhir,

ianya berbentuk open-ended iaitu mendapatkan pendapat responden dengan

menulis sendiri pandangannya.36 Responden boleh memilih untuk menjawab atau

tidak menjawab bahagian ini. Item ini adalah sebagai bantuan untuk

memperkukuhkan dapatan pengkaji dalam memberi cadangan dan saranan di

bahagian akhir kajian ini.

Metode soal selidik merupakan tunjang dalam penyelidikan ini kerana

hasil daripada maklumat yang diperolehi akan dianalisis secara statistik dan akan

dibincangkan di dalam bab keempat.

9.2 Metode Analisis Data

Perkataan analisis bermaksud penyelidikan atau penghuraian sesuatu persoalan.37

Metode analisis data pula ialah satu cara yang berhasil bagi menyimpul

persoalan-persoalan yang diajukan dalam penelitian.38 Dalam erti kata yang lain,

setelah data-data dan maklumat ini dianalisis dan diterjemahkan atau dihuraikan

mengikut fahaman pengkaji sebelum membuat kesimpulan.

36

37

38

Ibid.

Hajah Noresah Baharom et al. (eds.), (2005), op.cit., h. 51.

Koentjaraningrat (1977), op.cit., h. 328.

30

Page 31: Proposal master

Dalam menganalisis data, pengkaji secara umumnya menggunakan metode

analisis deskriptif kualitatif (menilai mutu dan kesahihan). Penggunaan metode

ini dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu:

i. Metode Pensejarahan

Sejarah ertinya jumlah kajian, perubahan, peristiwa, masa lampau. 39 Sejarah juga

merupakan gambaran masa lalu tentang manusia dan sekitarnya sebagai makhluk

sosial yang disusun secara ilmiah dan lengkap meliputi urutan fakta masa

tersebut dengan tafsiran dan penjelasan, yang memberi pengertian dan

kefahaman tentang apa yang berlaku.40

Metode ini merujuk kepada kajian yang menumpukan pada proses gejala,

peristiwa atau konsep yang lahir masa lalu.41 Pendekatan ini diaplikasikan dengan

merujuk catitan hasil sarjana Muslim yang berautoriti dalam bidang berkaitan.42

Metode pensejarahan diaplikasikan dalam kajian ini dengan menganalisis

data dan menyusunnya berdasarkan kronologi pensejarahan. Ia digunapakai

terutamanya dalam bab ketiga. Ia merangkumi huraian yang berkaitan dengan

39

40

41

42

Abdul Halim Haji Mat Diah (1987), op.cit, h. 120.

Sidi Gazalba (1976), op.cit, h. 44.

Sidi Gazalba (1981), Pembimbing Latihan Ilmiah dan Tesis, Kuala Lumpur: Pustaka Antara, h. 77.

Lihat Qasim Ahmad (2000), Karya Sejarah : Pendekatan dan Persoalan, edisi kedua, Kuala Lumpur

: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 96.

31

Page 32: Proposal master

sejarah Pendidikan Islam di negeri Melaka umumnya sama ada sebelum atau

selepas merdeka dan secara khususnya membincangkan sejarah Sekolah

Menengah Tun Alwi, Melaka.

ii. Metode Induktif

Perkataan induktif berasal daripada bahasa Latin inducere bermaksud membawa

atau menuju kepada. Pemikiran induktif biasanya menuju daripada penyataan

khusus kepada penyataan umum.43 Manakala metode induktif pula ialah pola

berfikir yang mencari pembuktian dari hal-hal yang bersifat khusus untuk sampai

kepada dalil yang umum.44 Oleh itu penggunaan metode ini adalah bagi

menghuraikan data-data yang bersifat khusus kepada kesimpulan yang bersifat

umum.45

Metode induktif ini terdapat pada bab kedua untuk mengetahui budaya

dan ciri-cirinya. Begitu juga tentang Pendidikan Islam dan aspek-aspeknya.

Manakala di dalam bab keempat pula metode ini digunakan untuk menganalisis

aspek budaya yang mempengaruhi pelajar di sekolah yang dikaji dan mengkaji

kesan Pendidikan Islam terhadap pembentukan budaya pelajar.

43 Mohd Michael Abdullah (1995), Pemikiran Kritis, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, h.

103.

44

45

Imam Barnadib (1982), op.cit., hh. 52-53.

Mohd Majid Konting (1998), op.cit., h. 317.

32

Page 33: Proposal master

iii. Metode Deduktif

Perkataan deduktif juga berasal daripada bahasa Latin, iaitu deducere yang

membawa erti membawa atau menuju daripada. Perbahasan deduktif biasanya

menuju daripada penyataan umum kepada pernyataan khusus.46 Metode deduktif

bermaksud cara menganalisis data dan melakukan penulisan yang berdasarkan

kepada pola berfikir mencari pembuktian dengan berpandukan kepada dalil yang

umum terhadap hal-hal yang khusus.47

Penggunaan metode ini membantu pengkaji menganalisis data dan

maklumat fenomena yang dikaji bagi mengaplikasikan teori dalam menyelesaikan

masalah kajian. Contohnya, pengkaji memulakan penulisan ini dengan

menceritakan asal usul negeri Melaka disusuli sejarah Melaka sebagai pusat

pentadbiran dan penyebaran Islam, dan akhirnya memberi penumpuan kepada

pengkajian khusus di Sekolah Menengah Tun Alwi, Melaka. Selain itu juga,

pengkaji mencari contoh-contoh khusus tentang aspek-aspek budaya yang

mempengaruhi pelajar di sekolah yang dikaji kemudian membuat kesimpulan ke

atas maklumat itu secara khusus.

46

47

Mohd Michael Abdullah (1995), op.cit., h. 55.

Imam Barnadib (1982), op.cit., h. 55.

33

Page 34: Proposal master

iv. Metode Komparatif

Metode komparatif ialah cara membuat kesimpulan dengan melakukan

perbandingan terhadap beberapa data yang diperolehi.48 Menerusi metode ini,

pengkaji membuat kesimpulan dengan membandingkan data-data yang

diperolehi bagi mendapatkan maklumat yang berkualiti dan tepat. Penggunaan

metode komparatif di dalam kajian ini terdapat dalam bab kedua, pengkaji dapat

membandingkan antara pandangan sarjana Barat dan sarjana Islam tentang

konsep budaya. Selain itu juga, metode diaplikasi untuk membandingkan data-

data yang diperolehi dalam bab keempat dengan menggunakan kaedah statistik.

v. Metode SPSS

Metode SPSS (Statistical Package for the Social Sciences)49 diaplikasi dalam

menganalisis borang soal-selidik yang telah dikembalikan. Setelah data diperolehi

dan diproses dengan menggunakan “Kaedah SPSS” untuk menunjukkan

perolehan data. Kaedah ini adalah satu program komputer yang disusun khas

untuk menganalisis data daripada metode soal-selidik. Dengan kaedah SPSS ini

48

49

Abdul Halim Hj Mat Diah (1987), op.cit., h. 136.

Zulkarnain Zakaria & Hishamuddin Md. Som (2001), Analisis Data Menggunakan SPSS Windows,

Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

34

Page 35: Proposal master

seseorang penyelidik boleh membuat perkiraan mengenai purata (min), sisihan

piawai, varians dan lain-lain bagi sesuatu pembolehubah.50

Apabila data melalui metode soal-selidik telah dikumpulkan dan dikey-in

dalam borang yang disediakan dalam program SPSS, ia akan dianalisis dan

dikemukakan dalam bentuk statistik deskriptif. Menurut Alias Baba, statistik

deskriptif digunakan untuk memperihalkan keadaan data yang terdapat pada

sampel kajian. Ianya ialah proses mengumpul data, membuat rumusan dan

menyampaikan rumusan dan bentuk yang senang difahami oleh kumpulan

sasaran.51 Selain itu, statistik deskriptif bertujuan memberi penerangan yang

sistematik mengenai fakta dan ciri-ciri sesuatu populasi atau bidang yang

diminati secara fakta dan tepat.52

Oleh itu statistik deskriptif adalah memperihal keadaan data yang terdapat

pada sampel bermula dari proses pengumpulan sehingga kepada rumusan

dengan cara sistematik dan tepat. Segala data yang diperolehi daripada temubual

tidak berstruktur juga dianalisis secara kualitatif bagi menyokong dan dapat

menguatkan lagi kajian ini.

50 Ahmad Mahdzan Ayob (1983), Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi: Suatu Pengenalan, Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 106.

51 Alias Baba (1997), Statistik Penyelidikan Dalam Pendidikan dan Sains Sosial, cetakan kedua, Bangi :

Universiti Kebangsaan Malaysia, h. 22.

52 Sidek Mohd Noah (2000), op.cit.

35

Page 36: Proposal master

9.3 Metode Persampelan

Sampel adalah sekumpulan kecil unsur yang telah diambil daripada satu rangka

persampelan.53 Sampel juga dikatakan mewakili sesuatu populasi di dalam

sebarang tinjauan dan tinjauan ini bertujuan membuat kesimpulan mengatasi

populasi berdasarkan maklumat yang terkandung di dalam sampel.54

Dalam penyelidikan pendidikan, kesukaran sering dialami untuk

menggunakan seluruh ahli populasi. Dengan adanya pendekatan statistik,

inferensi tentang populasi yang dikaji boleh dibuat. Berdasarkan maklumat yang

didapati daripada sampel membolehkan tinjauan yang dilakukan terhadap

sebahagian populasi yang dikaji. Sampel rawak digunakan bagi mewakili

populasi.55

Metode persampelan yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah

pengumpulan data yang tidak menyeluruh dan ianya melibatkan sebahagian

daripada populasi sahaja iaitu menentukan Sekolah Menengah Tun Alwi, Melaka.

Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah memilih pelajar SMTA

sebagai sampel kajian. Walaupun di sekolah ini terdiri daripada pelajar Melayu,

Cina dan India, pengkaji hanya memilih pelajar Muslim sahaja bagi menjalankan

kajian ini. Pemilihan ini dilakukan untuk memudahkan pengkaji melakukan

53

54

55

Ahmad Mahdzan Ayob (1983), op.cit., h. 45

Ibid.

Ibid.

36

Page 37: Proposal master

kajian dari segi keberkesanan Pendidikan Islam terhadap pembentukan budaya di

Sekolah Menengah Tun Alwi, Melaka.

Pengkaji telah memilih seramai 200 orang pelajar lelaki dan perempuan

mewakili sesi pagi dan sesi petang daripada bilangan pelajar yang

keseluruhannya seramai 2000 orang pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan

lima. Sampel kajian menggambarkan populasi iaitu satu set ciri yang

menunjukkan cerapan atau ukuran yang tertentu ke atas sekumpulan individu

atau objek.56 Pemilihan sampel adalah secara rawak berstrata atau persampelan

berlapis berkadar.57 Pengambilan sampel ini merangkumi dua sesi pengajian (pagi

dan petang). Ianya mewakili pelajar lelaki dan perempuan dari tingkatan satu

hingga tingkatan lima. Berasaskan jumlah inilah, pengkaji akan menganalisis data

yang diperolehi. Jumlah sampel adalah seperti jadual 1 berikut:

Jadual 1 : Taburan Sampel Mengikut Tingkatan

TINGKATAN JUMLAH SAMPEL PERATUS

SATU

DUA

TIGA

EMPAT

LIMA

JUMLAH

40

40

40

40

40

200

20

20

20

20

20

100

56

57

Mohd. Majid Konting (1993), op.cit., h. 58.

Deobold B. Van Dalen (1993), op.cit., h. 125; Syed Arabi Idid (2002), Kaedah Penyelidikan

Komunikasi dan Sains Sosial, c. 3, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 58.

37

Page 38: Proposal master

Tujuan pemilihan pelajar ini sebagai sampel kajian adalah untuk menilai

berdasarkan pandangan pelajar terhadap pengaruh budaya yang menjadi amalan

mereka. Pengkaji berpendapat cara ini adalah valid kerana pelajar Melayu yang

beragama Islam merupakan responden utama dalam perlaksanaan penyelidikan

di sekolah yang dikaji.

Berdasarkan dapatan penilaian sampel dari kalangan pelajar yang telah

dibuat pemilihan, maka pengkaji dapat mengenal pasti keberkesanan Pendidikan

Islam terhadap pembentukan budaya pelajar SMTA itu, sama ada selari atau tidak

dengan prinsip Pendidikan Islam.

10.0 GARIS KASAR LAPORAN KAJIAN

Secara umumnya penulisan bersistematik adalah penting untuk menghasilkan

sebuah disertasi yang baik. Oleh yang demikian, penulisan ini disusun mengikut

garis panduan oleh peraturan penulisan disertasi Ijazah Tinggi Akademi

Pengajian Islam, Universiti Malaya 2001.58 Pengkaji akan membahagikan kajian

ini kepada perbincangan berikut:

Abstract

Abstrak

Dedikasi

Penghargaan

Daftar Isi

58 Buku Panduan Penulisan Tesis/Disertasi Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam, (2001), Kuala

Lumpur: Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, hh. 8-12.

38

Page 39: Proposal master

Senarai Jadual

Senarai Lampiran

Senarai Kependekan

Panduan Transliterasi

BAB PERTAMA - BAHAGIAN PENDAHULUAN

1.1

1.2

1.3

1.4

1.5

1.6

1.7

1.8

LATAR BELAKANG MASALAH KAJIAN

RUMUSAN MASALAH KAJIAN

PENGERTIAN TAJUK

OBJEKTIF KAJIA N

KEPENTINGAN KAJIAN

SKOP KAJIAN

KAJIAN–KAJIAN LEPAS

METODOLOGI KAJIAN

1.8.1

1.8.2

1.8.3

1.9

Metode Pengumpulan Data

Metode Analisis Data

Metode Persampelan

SISTEMATIKA PENULISAN

BAB KEDUA - BUDAYA: KONSEP DAN HUBUNGANNYA DENGAN

PENDIDIKAN

2.1

2.2

PENGENALAN

KONSEP BUDAYA

2.2.1

2.2.2

2.3

2.4

2.5

Pengertian Bahasa

Pengertian Istilah

CIRI-CIRI BUDAYA

HUBUNGKAIT BUDAYA DENGAN PENDIDIKAN

PENDIDIKAN ISLAM : FALSAFAH DAN OBJEKTIFNYA

2.5.1

2.5.2

2.5.3

Konsep Pendidikan Islam

Falsafah Pendidikan Islam

Objektif Pendidikan Islam

39

Page 40: Proposal master

2.6 KESIMPULAN

BAB KETIGA - SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM DI NEGERI MELAKA

3.1

3.2

PENGENALAN

SISTEM PENDIDIKAN ISLAM DI NEGERI MELAKA

3.2.1

3.2.2

3.3

Sistem Pendidikan Islam Sebelum Merdeka

Sistem Pendidikan Islam Selepas Merdeka

SEKOLAH MENENGAH TUN ALWI, MELAKA (SMTA)

3.3.1

3.3.2

Latar belakang SMTA

Pendidikan Islam di SMTA

3.4 KESIMPULAN

BAB KEEMPAT - ANALISIS KEBERKESANAN PENDIDIKAN ISLAM

TERHADAP PEMBENTUKAN BUDAYA PELAJAR DI SMTA

4.1

4.2

PENGENALAN

ANALISIS DATA

4.2.1

4.2.2

4.2.3

Latar belakang Responden

Aspek Budaya Yang Mempengaruhi Responden di SMTA

Pengaruh Budaya Terhadap Keberkesanan Pendidikan

Islam di SMTA

4.3 KESIMPULAN

BAB KELIMA - BAHAGIAN PENUTUP

5.1

5.2

5.3

5.4

DAPATAN KAJIAN

SARANAN

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

KESIMPULAN

BIBLIOGRAFILAMPIRAN

40

Page 41: Proposal master

11.0 PERANCANGAN GERAK KERJA

Kajian yang dirancangkan mengambil masa lebih kurang 12 bulan iaitu pada

keseluruhan kajian dari awal perancangan hinggalah ke penulisan laporan. Ia

dapat dilihat dalam jadual 2.

Jadual 2: Fasa Gerak Kerja

Fasa Tempoh          1 bulan

3 bulan

1 bulan

                          Gerak kerjaBerbincang dengan penyelia

Membuat sorotan literature & menambahbaiki proposalMembuat persediaan pembentanganproposalMembentang proposal

Menyiapkan bab 1

1 bulan Mengenal pasti responden & informankajian yang terlibatMenyerahkan bab 1 kepada penyelia

Merangka set soal selidik dan temu bual

Menyiapkan bab 2

1 bulan Menjalankan kajian rintis bagi set soalselidik yang disediakanMenyerahkan bab 2 kepada penyelia

Menyiapkan bab 3

1 bulan

1 bulan

3 3 bulan

1 bulan

1 bulan

Membaiki set soal selidik

Menyerahkan bab 3 kepada penyeliaMengedarkan soal selidik kepadaresponden/pelajar yang terlibatMengadakantemubualdenganinforman/guru Pendidikan IslamMenganalisissoalselidikdanmenyiapkan bab 4Menyerahkan bab 4 dan menyiapkan bab5

1

1 bulan

2 3 bulan

41

Page 42: Proposal master

4 3 bulan

Menyerahkan bab 5Mencetak draf pertama & membuatpembaikianMenyerahkandrafkajianuntukpemeriksaan dan membuat pembaikianterhadap hasil pemeriksaan

12.0 RUJUKAN CADANGAN

Abdul Ghani Hj. Shamsudin (1994), “Falsafah Pendidikan Islam: Suatu Perspektif

Baru”, dalam Abd Halim El-Muhammady (ed.), Pendidikan Islam:

Peranannya Dalam Pembangunan Ummah, Bangi: Persatuan Bekas

Mahasiswa Islam Timur Tengah.

Abdul Halim El-Muhammady (1991), Pendidikan Islam: Falsafah,Disiplin dan

Peranan Pendidik, Petaling Jaya: Dewan Pustaka Islam.

Abdullah Ishak (1995), Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia, Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Kilani Mohamed (2003), Pengurusan Pendidikan di Sekolah : Huraian

Menurut Perspektif Islam, Skudai : Universiti Teknologi Malaysia.

Ahmad Mahdzan Ayob (1983), Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi: Suatu Pengenalan,

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Mohd Salleh (2003), Pendidikan Islam : Falsafah, Sejarah dan Kaedah

Pengajaran Pembelajaran, Selangor: Fajar Bakti.

Alias Baba (1997), Statistik Penyelidikan Dalam Pendidikan dan Sains Sosial, cetakan

kedua, Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Amri Daud, “Kajian keberkesanan perlaksanaan program j-Qaf di dua buah

sekolah rintis di Terengganu”, (Dissertation (M.Ed.) -- Fakulti Pendidikan,

Universiti Malaya), 2005.

42

Page 43: Proposal master

Attas, Syed Muhammad Naquib al- (1992), Aims and Objectives of Islamic Education,

(terj.) Samsudin Jaapar, Tujuan dan Objektif Pendidikan Islam, Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral (2002), Huraian Sukatan

Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 1, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

_____________________________ (2002), Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam

Tingkatan 2, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

_____________________________ (2002), Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam

Tingkatan 3, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

_____________________________ (2002), Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam

Tingkatan 4, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

_____________________________ (2002), Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam

Tingkatan 5, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Buku Panduan Penulisan Tesis/Disertasi Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam, (2001),

Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Hasan Mahmud al-Hafiz (1995), Mengenal Qiraat Al-Quran. Kuala Lumpur:

Darul Nu’man.

Hassan Langgulung (1986), Pengenalan Tamadun Islam Dalam Pendidikan, Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hazil Abdul Hamid (1990), Sosiologi Pendidikan Dalam Perspektif Pembangunan

Negara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Yusuf Ahmad (2004), Falsafah dan Sejarah Pendidikan Islam, cetakan kedua,

Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

Muhammad Kamal Hassan (1996), Towards Actualizing Islamic Ethical and

Educational Principles in Malaysian Society: Some Critical Observations,

Petaling Jaya: Muslim Youth Movement of Malaysia.

43

Page 44: Proposal master

Samarudin Rejab & Nazri Abdullah (1982), Panduan Menulis Tesis, Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sharifah Md. Nor (2000), Keberkesanan Sekolah Satu Perspektif Sosiologi, Serdang:

Universiti Putra Malaysia.

Sidek Mohd. Noah (2000), Reka Bentuk Penyelidikan, Falsafah, Teori dan Praktis,

Serdang : UPM.

Sobri Salamon & Haron Din (1988), Masalah Pendidikan Islam di Malaysia, Kuala

Lumpur: al-Rahmaniah.

13.0 PENUTUP

Pengajian Islam memainkan peranan yang penting dalam melahirkan pelajar yang

mengamalkan budaya yang baik dan akhlak yang mulia. Oleh itu diharapkan

dengan kajian ini, tahap keberkesanannya di SMTA dapat dikenal pasti dan

langkah penambahbaikan dapat dilaksanakan bagi menyemarakkan lagi budaya

yang baik dalam kalangan generasi muda.

44