peranan sdp

6
3.0 SEJAUH MANA MATA PELAJARAN SENI DALAM PENDIDIKAN DAPAT MEWUJUDKAN PELAJARAN YANG OPTIMUM, BERSEPADU, MENYERONOKKAN DALAM APLIKASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN LAIN Seni dalam pendidikan merupakan gabungan tiga komponen utama iaitu seni, muzik dan pergerakan. Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Seni Dalam Pendidikan dapat menjana perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan persepsi, estetika dan kreativiti mereka yang melibatkan ketiga-tiga jenis seni tersebut dan seterusnya dapat membantu membentuk insan yang lebih bersifat holistik. Mengikut Teori Konstruktivisme, kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif dan mempunyai interaksi sosial dalam persekitaran yang selamat dan kondusif melalui aktiviti meneroka, bereksperimen dan mengolah objek. Oleh itu, Seni Dalam Pendidikan membolehkan murid / kanak-kanak mengekspresikan idea-idea mereka secara bebas dan kreatif. Seni menekankan unsur warna, muzik menekankan penggunaan irama manakala gerakan lebih kepada penggunaan ruang. Unsur warna, irama dan pergerakan digabungkan untuk menghasilkan satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Hal ini akan mendorong guru dan pelajar lebih kreatif. Seni Dalam Pendidikan dilaksanakan di sekolah rendah dengan menghubungkaitkan mata pelajaran PSV dengan mata pelajaran lain. Banyak kesan positif aplikasi SDP dalam mata pelajaran yang lain.

Upload: mohamad-irfan

Post on 29-Nov-2015

71 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan SDP

3.0 SEJAUH MANA MATA PELAJARAN SENI DALAM PENDIDIKAN DAPAT

MEWUJUDKAN PELAJARAN YANG OPTIMUM, BERSEPADU,

MENYERONOKKAN DALAM APLIKASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MATA PELAJARAN LAIN

Seni dalam pendidikan merupakan gabungan tiga komponen utama iaitu seni,

muzik dan pergerakan. Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual,

seni muzik dan seni pergerakan. Seni Dalam Pendidikan dapat menjana

perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan persepsi, estetika dan kreativiti

mereka yang melibatkan ketiga-tiga jenis seni tersebut dan seterusnya dapat

membantu membentuk insan yang lebih bersifat holistik.

Mengikut Teori Konstruktivisme, kanak-kanak membina pengetahuan secara

aktif dan mempunyai interaksi sosial dalam persekitaran yang selamat dan kondusif

melalui aktiviti meneroka, bereksperimen dan mengolah objek. Oleh itu, Seni Dalam

Pendidikan membolehkan murid / kanak-kanak mengekspresikan idea-idea mereka

secara bebas dan kreatif. Seni menekankan unsur warna, muzik menekankan

penggunaan irama manakala gerakan lebih kepada penggunaan ruang. Unsur

warna, irama dan pergerakan digabungkan untuk menghasilkan satu suasana

pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Hal ini akan mendorong guru dan

pelajar lebih kreatif. Seni Dalam Pendidikan dilaksanakan di sekolah rendah dengan

menghubungkaitkan mata pelajaran PSV dengan mata pelajaran lain. Banyak kesan

positif aplikasi SDP dalam mata pelajaran yang lain.

          a) Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok.

Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni

dan berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur

dan papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat dapat menjadikan

murid berasa lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih

mudah untuk mengingati sesuatu topik yang diajar. Contohnya, dalam mata

pelajaran matematik untuk mengingat sifir, murid diajar dengan kaedah menyanyi.

Dengan cara ini murid lebih cepat ingat. Kaedah belajar secara pergerakan dengan

membuat simulasi pergerakan planet pula bukan sahaja memudahkan pemahaman

murid, malah dapat membina dan menjalinkan perhubungan sosial sesama murid.

Selain itu, perhubungan sesama murid juga dapat bertambah mesra dan dapat

Page 2: Peranan SDP

bekerjasama melalui aktiviti-aktiviti permainan secara kumpulan. Ini turut membantu

dalam penyemaian nilai-nilai murni di dalam diri dan meningkatkan motivasi untuk

mengikuti proses pembelajaran.

b) Memenuhi keperluan sosial yang asas

Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai

dengan minat dan kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi ideal yang

dapat memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu keinginan diterima sebagai

anggota kelompok. Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah

kelompok dan pada masa yang sama memerlukan kasih sayang. Integrasi muzik,

visual dan pergerakan yang dilakukan secara berkumpulan dapat mewujudkan

suasana yang harmonis dan menyebabkan murid merasakan bahawa guru dan

rakan-rakan prihatin terhadap dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki. Hal ini

kerana dengan aplikasi SDP murid berpeluang untuk mewarna, menyanyi, berlari

dan sebagainya. Hasilnya pembelajaran yang optimum dan menyeronokkan dapat

diwujudkan.

     c) Murid berpeluang menjalani proses penerokaan semasa P&P

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkan

sebagai penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum

diketahui. Penerokaan dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namun begitu,

proses ini memerlukan pelbagai bahan dan kaedah. Pengalaman meneroka juga

merupakan sesuatu situasi pembelajaran. Meneroka dijalankan dengan membuat

eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan.

Sebagai contoh murid membuat eksperimen keperluan asas tumbuhan. Melalui

penerokaan murid mampu membina pengetahuan sendiri.

d) Menarik minat murid

Badan yang sihat merupakan komponen penting dalam mencapai kejayaan.

Namun begitu suasana dan persekitaran zaman sekarang menjadikan murid malas

untuk bersenam. Semasa proses P&P Pendidikan Jasmani sekalipun, ramai murid

yang malas dan tidak menunjukkan minat untuk bersenam. Dengan aplikasi SDP

guru boleh menarik minat murid dengan menggabungkan pergerakan senaman

dengan muzik. Contohnya aktiviti senamrobik. Guru membuat contoh di hadapan

Page 3: Peranan SDP

dan murid meniru perbuatan di samping mengikut bit lagu atau muzik. Murid lebih

tertarik untuk bersenam kerana adanya unsur yang menyeronokkan.

Kesimpulannya, kesemua bidang SDP iaitu seni visual, muzik dan pergerakan perlu

diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan tujuan yang sama.

e) Membantu perkembangan otak

Integrasi seni muzik dengan matapelajaran lain membantu dalam

mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan. Banyak topik yang boleh

diguna guru dengan aplikasi muzik. Dalam mata pelajaran bahasa Melayu

contohnya murid diajar bersyair, gurindam dan seloka. Aplikasi muzik mendorong

murid lebih menghayati maksud tersirat rangkap-rangkap yang dilontarkan.

Walaupun setiap pengkaedahan muzik mempunyai latar belakang yang berbeza

tetapi setiap daripada mereka banyak memberi perhatian kepada penghayatan

kepada murid. Secara yang tersirat, pengertian ini menunjukkan bahawa murid-

murid akan belajar menggunakan kemahiran berfikir dan penghayatan.

f) Membantu proses imaginasi

Aktiviti seni pergerakkan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi,

ekspresi, inkuiri, dan kecerdasan pelbagai. Dalam mata pelajaran sains, terdapat

satu subtopik yang memerlukan murid untuk memahami pergerakan planet

menegelilingi matahari. Dengan aplikasi SDP guru boleh meminta murid membuat

simulasi pergerakan planet mengelilingi matahari. Langkah ini akan mendorong

murid menggunakan imaginasi, ekspresi dan kecerdasan pelbagai. Hasilnya

pembelajaran optimum dapat diwujudkan. Ini kerana setiap pergerakan mendapat

kawalan yang dipantau oleh otak kiri dan kanan melalui proses mengimaginasi.

Seterusnya, pergerakan-pergerakan kreatif ini pula membolehkan murid menaakul

dan membuat pertimbangan-pertimbangan rasional menganai apa yang hendak

mereka lakukan.

g) Meningkatkan pengamatan

Bidang seni visual pula mendatangkan kesan positif dari segi meningkatkan

kebolehan murid dalam pengamatan dan memperkaya pengetahuannya tentang

perbezaan-perbezaan setiap objek atau imej tampak di sekeliling mereka. Sebagai

contoh, untuk membuat perbezaan antara ciri-ciri daun selari dan jejala, murid

Page 4: Peranan SDP

disuruh melukis daun tersebut. Cara ini menjadikan murid mudah faham dan lebih

pakar dalam subtopik tersebut. Ini kerana pengalaman kanak-kanak dalam

memerhati ketika melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan-

kebolehan murid dalam aspek yang disebutkan. Begitu juga dalam mata pelajaran

kemahiran hidup yang memerlukan murid melakar dahulu bentuk model sebelum

mencipta model tersebut. Jika kanak-kanak diberi pendedahan kaedah dan teknik

yang sempurna, mereka akan berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang kritis.

h) Melahirkan insan yang sentiasa bersyukur

Seni dalam pendidikan berupaya membantu murid meningkatkan rasa

kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan

seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri,

keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Bagi guru pula, bidang seni dalam pendidikan akan memudahkan guru

menyediakan pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik kepada

murid. Guru juga lebih mudah untuk merancang, mereka bentuk serta melaksanakan

aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran yang lain.

Secara kesimpulannya, aplikasi seni dalam pengajaran sememangnya amat

penting untuk diaplikasikan oleh semua guru mata pelajaran bagi membantu proses

pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Selain dapat menarik minat

para pelajar mengikuti pembelajaran, ia juga dapat meningkatkan perkembangan diri

pelajar itu sendiri apabila terlibat secara aktif semasa proses pengajaran dan

pembelajaran. Jelaslah di sini bahawa Seni Dalam Pendidikan dapat mewujudkan

pembelajaran yang optimum, bersepadu dan menyeronokkan dalam aplikasi setiap

mata pelajaran yang diajar.