esaimen sdp sem 7

21
Seni Dalam Pendidikan 1.0 Pendahuluan Seni didefinisikan sebagai karya seperti sajak, lukisan, muzik dan lain-lain yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah. Dalam erti kata lain, untuk menghasilkan sesuatu produk seni, bakat, kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting. Kebolehan adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk. Bakat pula adalah sesuatu yang berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini saling berkait rapat di dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi. Dari sudut agama, Imam Muslim melalui penulisan kitabnya, Kitab Al- Iman, menjelaskan tentang kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai pertemuan antara seseorang yang mempunyai pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui. Dalam erti kata lain, Muslim menjelaskan seni itu sebagai suatu bentuk ilmu ( pengetahuan ) di mana seseorang yang mempunyai ilmu ataupun pengetahuan seni tersebut akan mencipta serta melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaannya terhadap sesuatu objek yang dihayatinya melalui karya-karya seni, ataupun setidak-tidaknya akan menghargai keindahan objek serta karya tersebut, sekiranya tidak mampu menghasilkan karya seni. Ini adalah kerana seni itu sendiri mempunyai pertalian erat di antara penggiat dan khalayak seni itu sendiri. Menurut Herbert Read ( buku, The Meaning of Arts ) pula seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik ( Art is 1

Upload: halimaton-saadiah

Post on 04-Oct-2015

55 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

seni dalam pendidikan

TRANSCRIPT

Seni Dalam Pendidikan

Seni Dalam Pendidikan

1.0 Pendahuluan

Seni didefinisikan sebagai karya seperti sajak, lukisan, muzik dan lain-lain yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah. Dalam erti kata lain, untuk menghasilkan sesuatu produk seni, bakat, kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting. Kebolehan adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk. Bakat pula adalah sesuatu yang berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini saling berkait rapat di dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.Dari sudut agama, Imam Muslim melalui penulisan kitabnya, Kitab Al- Iman, menjelaskan tentang kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai pertemuan antara seseorang yang mempunyai pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui. Dalam erti kata lain, Muslim menjelaskan seni itu sebagai suatu bentuk ilmu ( pengetahuan ) di mana seseorang yang mempunyai ilmu ataupun pengetahuan seni tersebut akan mencipta serta melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaannya terhadap sesuatu objek yang dihayatinya melalui karya-karya seni, ataupun setidak-tidaknya akan menghargai keindahan objek serta karya tersebut, sekiranya tidak mampu menghasilkan karya seni. Ini adalah kerana seni itu sendiri mempunyai pertalian erat di antara penggiat dan khalayak seni itu sendiri.Menurut Herbert Read ( buku, The Meaning of Arts ) pula seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik ( Art is Expression ). Kesenangan estetik di sini adalah merujuk kepada konsep kesenangan yang terhasil kesan oleh penghayatan terhadap keindahan seni visual. Kepuasan, kenikmatan, kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di dalam kesenangan ini.

2.0 Konsep dan Prinsip Seni Dalam Pendidikan.

Seni dalam Pendidikan (SDP) memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Penggabungan tiga jenis seni yang terdiri daripada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih bersifat holistik dan menyeluruh. SDP tidak merujuk kepada bidang seni lain seperti seni teater, seni sastera, seni fotografi, seni mempertahankan diri dan lain lain.Terdapat beberapa pandangan yang menyokong bahawa Seni dalam Pendidikan memberi manfaat dari segi jangka panjang. Antaranya adalah teori dan pandangan daripada tokoh-tokoh seperti berikut:a) Teori konstruktivisme menyatakan bahawa kanak-kanak tidak beroleh pengetahuan secara pasif tetapi mereka membina pengetahuan secara aktif. Pembelajaran secara aktif dan interaksi sosial digalakkan dalam persekitaran yang selamat dan kondusif di mana pembelajaran dicapai melalui aktiviti meneroka, bereksperimen dan mengolah objek atau bahan. Oleh itu, Seni dalam Pendidikan boleh dijadikan sebagai wadah untuk membolehkan murid mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif.b) Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner mengesyorkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan di kalangan murid melalui pengenalan pelbagai mata pelajaran di sekolah. Realitinya, kebanyakan sekolah hanya memberi penekanan terhadap kecerdasan linguistik dan matematik logik sahaja. Teori Kecerdasan Manusia ini menyokong kesepaduan subjek yang digabung seperti dalam matapelajaran Seni dalam Pendidikan. Selain daripada itu, ia dapat menjana kecerdasan minda murid dengan lebih menyeluruh, terutamanya apabila strategi pembelajaran dan pengajaran yang dirancang dapat dilaksana dengan baik dan berkesan.c) Hermann (1991) di dalam Quadrant Concept yang mengkaji perkembangan otak kanan dan kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu.d) Einstein pula mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan untuk memahami deria manusia dimantapkan untuk pendidikan kanak-kanak. Gabungan dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti kecerdasan muzik, intuitif, personal, intrapersonal, praktik, estetika, holistik, analitik, emosional, fizikal dan intelektual.e) Leonardo da Vinci merupakan model manusia dalam kajian Seni dalam Pendidikan. Beliau adalah seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis. Beliau menggabungkan bidang-bidang ilmu tersebut untuk membentuk keunggulan diri dalam kehidupannya.

3.0 Bagaimana anda dapat mengaplikasikan ketiga-tiga komponen seni visual, muzik dan pergerakan dengan mata pelajaran lain.

Seni merupakan sesuatu yang subjektif untuk digambarkan. Seni bukan sahaja diaplikasikan dalam satu bidang tetapi dalam beberapa bidang seperti seni suara, seni tari dan seni lakon. Kesemua seni yang dinyatakan merupakan seni yang memerlukan pergerakan, suara, dan ekspresi dalam melahirkan sesuatu yang indah dari dalam diri kita. Seni juga diaplikasikan dalam pengajaran. Pengajaran memerlukan pemahaman dan pemahaman memerlukan tarikan yang menarik dan kreatif. Seni yang disematkan dalam setiap pengajaran haruslah memberi satu nilai dalam jangka masa yang panjang dan memberi impak yang positif untuk seseorang individu.Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran seseorang manusia yang diolah secara halus dan sederhana. (Pahlawi Web Al. Mei 2007). Kenyataan tadi mendefinisikan seni sebagai satu pergerakan yang dinamik dan pemikiran logik manusia yang diwujudkan melalui ketekunan dan kehalusan budi yang ditentukan oleh ilmu, moral, dan ketakwaan manusia terhadap sang pencipta. Seni juga merupakan satu disiplin ilmu yang bersama-sama terbentuk dalam mencapai kedewasaan akhlak dan tabiat seseorang muslimseperti jujur, rajin , taqwa serta sabar. Apabila dasar pembelajaran seni ini diterapkan, pembelajaran menjadi lebih lengkap dari pelbagai aspek.Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari. Warna merupakan elemen yang penting dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan akan menjadi tidak bermakna. Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidak menarik. Warna juga turut digunakan dalam seni dalam pendidikan iaitu dalam komponen Pendidikan Seni Visual. Warna memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan sesebuah kebudayaan, emosi. dan maksud dalam karya seni visual.Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Irama dapat dinyatakan sebagai rentak yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Dalam mata pelajaran matematik, muzik dapat diselangseli dengan pembelajaran. Contohnya, guru meminta murid menghafal sifir sambil muzik dimainkan. Semua ini merupakan irama yang wujud disekeliling kita tanpa kita sedari dan kebanyakan ianya berlaku setiap masa.. Dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu susunan corak yang berulang dan susunan sekata yang mewujudkan pergerakan.Kanak-kanak akan mula memahami sesuatu kemahiran yang berbentuk irama sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari, melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran muzik, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti dengan lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan aktviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik.Irama yang diaplikasikan dalam pengajaran akan menjadikan pelajar banyak melakukan pergerakan dan secara tidak langsung, elemen yang ketiga dipenuhi. Elemen-elemen seni dalam pengajaran ini menjadi satu hubung kait yang kukuh dalam menjadikan pengajaran lebih efektif dan kreatif. Kanak-kanak akan menjadi lebih terdorong untuk memahami sesuatu perkara secara seronok. Kesimpulannya, guru perlu mengambil langkah dalam memanipulasikan elemen seni dalam pengajaran supaya pengajaran mereka akan menjadi lebih berkesan.Menurut Kenneth M.Lansing ( 1973 ) dalam bukunya Art, Artist dan Art Education menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi sebagai satu cabang komunikasi. Kebolehan guru dalam menyampaikan pengajaran dan menggunakan kaedah yang betul akan dapat memenuhi keperluan. Selain itu, guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam mengolah sukatan pelajaran dengan menumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni Dalam Pendidikan sebenarnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat, sentuh,bergerak dan berfikir dalam setiap aktviti pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara tidak langsung, ia mengajar murid untuk menguruskan sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif.

4.0 Penutup / Rumusan

Secara kesimpulannya, seni dalam pendidikan adalah sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, pengajaran seni dalam pendidikan dapat memupuk minat pelajar serta menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menyeronokkan dan tidak lagi membosankan. Oleh itu, guru harus mengaplikasikan seni dalam pengajaran untuk memastikan penyampaian pengajaran guru tersebut dapat merangsang kearah pembelajaran yang berkesan. Di samping dapat mengalakkan pelajar bergerak aktif ketika proses P&P ini berlangsung kerana tertarik dengan kaedah yang digunakan ini.

5.0 Refleksi Kendiri

Dengan berasa bersyukurnya, saya telah dapat menyiapkan kerja kursus subjek WAJ 3107 Seni dalam Pendidikan. Dalam proses saya menyiapkan kerja kursus ini, saya telah banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan yang betapa penting kepada saya terutamanya dalam bidang kerja saya yang boleh saya upgrade kan pada masa yang akan datang iaitu sebagai seorang guru di sekolah rendah. Semasa proses saya menjalankan kerja kursus tersebut, saya telah melalui beberapa halangan untuk mencapai kejayaan. Halangan yang pertama saya temui adalah semasa saya menerima kerja kursus ini di dalam kelas. Saya berasa begitu risau dan bimbang kerana saya langsung tidak mempunyai idea dan ilmu untuk menghasilkan boneka di mana ia merupakan salah satu hasil kerja kursus. Pada masa tersebut, saya memang rasa gelisah kerana tarikh hantar kerja kursus tersebut hanyalah 30 hari selepas saya menerima kerja kursus tersebut. Selepas beberapa hari berfikir, saya telah mempunyai idea dan konsep untuk menghasilkan boneka saya. Selepas itu, saya pun memulakan langkah untuk menghasilkan boneka. Pada masa yang sama, saya diminta untuk memilih sebuah cerita rakyat untuk menyesuaikan watak-watak di dalam cerita untuk menghasilkan boneka. Boneka-boneka tersebut dihasilkan adalah untuk persembahan yang perlu saya rakam dan perlu memainkan boneka-boneka tersebut bersama dengan lirik muzik dan pergerakan boneka. Masalah seterusnya yang saya temui adalah semasa pemilihan cerita rakyat yang sesuai untuk kerja kursus saya. Cerita rakyat yang saya pilih perlu sesuai untuk pelajar tahun 3 atau 4 sekolah rendah di mana cerita tersebut seharusnya tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek, dan cerita tersebut haruslah menarik. Oleh sebab pengetahuan saya tentang cerita rakyat amat terhad, jadi, saya pun menuju ke perpustakaan untuk mencari maklumat tentang cerita yang sesuai untuk kerja kursus kami ini. Bak kata perpatah, Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Setelah beberapa jam saya mencari cerita rakyat yang menarik, akhirnya saya memperolehi beberapa cerita yang menarik dan boleh dijadikan cerita yang dapat disembahkan dengan menggunakan boneka yang saya ingin hasilkan. Dengan perasaan gembira, saya pun meminjam buku-buku cerita tersebut balik untuk membuat pilihan yang terakhir. Setelah berfikir panjang saya membuat keputusan untuk memilih cerita Sang Kancil, Sang Kerbau dan Sang Buaya untuk menjadikan cerita pilihan saya bagi proses rakaman vcd. Dengan bersyukurnya, saya berjaya untuk mengatasi masalah pilihan cerita ini dengan cepat dan berkesan.Oleh kerana ini adalah tugasan individu, saya tidak perlu menunggu lama. Jadi saya segera bertindak supaya tugasan saya dapat disiapkan dalam masa yang di peruntukkan oleh pensyarah saya. Pertama sekali saya mula menghasilkan boneka bagi watak-watak utama iaiatu Sang Kancil, Sang Kerbau dan Sang Buaya. Walaupun saya tidak mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk menghasilkan boneka, akan tetapi, saya tidak pernah berputus asa dengan mencari maklumat tentang cara untuk menghasilkan boneka watak-watak tersebut dengan bersungguh-sungguh. Saya telah puas mencari maklumat dan rakaman video di internet tentang cara untuk menghasilkan boneka dan juga contoh-contoh boneka yang telah dihasilkan dan sedang dijual di pasaran untuk mendapatkan idea saya yang tersendiri. Untuk menghasilkan idea yang kreatif, saya telah mengambil gambar semua boneka yang telah saya jumpai untuk membuat rujukan bagi menghasilkan boneka saya. Setelah beberapa hari saya membuat kajian tentang boneka di pasaran dan di internet, saya pun bermula untuk melakar boneka saya sendiri. Kelemahan saya adalah melukis dan saya mengalami masalah yang paling rumit sekali adalah semasa saya membuat lakaran boneka saya. Saya telah melukis beberapa keping lakaran boneka saya tetapi masih tidak dapat menonjolkan idea yang terdapat pada minda saya dengan sempurna. Akhirnya, saya ,mengambil keputusan dengan mencari gambar-gambar tersebut di internet seterusnya mencetak gambar tersebut. Akhir sekali saya perlu mengguntingnya. Saya berasa bersyukur kerana dapat peluang untuk menghasilkan boneka ini dalam kerja kursus ini.Seterusnya, proses merakam Boneka Cerita Rakyat. Saya bukannya seorang yang mahir dalam bidang ini. Saya terpaksa meminta pertolongan suami dan anak-anak untuk menjayakan proses merakam cerita rakyat ini kepada bentuk VCD. Saya berasa gembira kerana saya mempunyai keluarga yang memahami tugas saya sebagai pelajar dan sanggup menolong saya untuk merakam cerita rakyat ini. Tugasan saya dapat disiapkan dengan cepat dan lancar. Dalam proses menghasilkan VCD ini, saya dapat merasai kepentingan sikap tolong-menolong ini dalam kehidupan kita sebagai seorang manusia. Bak kata perpatah, Sikap budi akan dibalas dengan budi, setiap orang manusia mesti akan mengalami keadaan di mana kita memerlukan pertolongan orang lain, jadi, kita haruslah menghulurkan bantuan kepada orang yang memerlukan bantuan di sekeliling kita. Dengan bersyukurnya, saya dapat juga menghasilkan satu rakaman VCD boneka yang menarik dalam masa yang begitu singkat dan pendek. Selain daripada halangan dan pengetahuan telah saya pelajari, saya juga telah menguasai beberapa kemahiran yang penting dan berfaedah untuk pekerjaan saya sebagai seorang guru pada masa hadapan. Kemahiran yang pertama saya tuntut melalui kerja kursus ini adalah kemahiran untuk mencari maklumat dari pelbagai sumber. Sebelum bermulanya kerja kursus ini, saya mendapati bahawa sumber saya tentang maklumat boneka adalah sangat sedikit. Saya telah mencuba sedaya upaya untuk mencari maklumat yang lebih tentang cerita yang saya pilih. Bak kata perpatah Nak seribu daya, tak nak seribu dalih, sekiranya kita inginkan sesuatu, dengan usaha kita, kita mesti akan dapat pada akhirnya. Dalam proses ini, saya telah mempelajari bahawa maklumat tidak hanya boleh didapati di pusat sumber, maka kita juga boleh dapatkan maklumat yang lebih lanjut daripada pasaran yang menjual boneka, laman web yang mengajar cara untuk menghasilkan boneka dan juga buku-buku yang menunjukkan cara untuk membuat boneka. Pada pendapat saya, sebagai seorang guru, kita seharusnya mempelajari banyak kemahiran supaya kemahiran tersebut akan membantu kita pada masa yang akan datang. Dengan ini, kanak-kanak akan lebih tertarik dan pengajaran dan pembelajaran saya akan tercapai dengan lebih berkesan. Selain daripada itu, saya juga perlu menyiapkan story board untuk cerita rakyat tersebut. Sebelum bermula untuk menghasilkan papan cerita tersebut, saya telah membuat perancangan yang teliti dan mendalam tentang cara untuk menghasilkan papan tersebut. Oleh kerana kesuntukkan masa, saya telah menghasilkan story board dengan mencari gambar daripada internet seterusnya menggunakan perisian powerpoint untuk menghasilkannya. Walaupun penat, tetapi saya berasa bangga dan gembira kerana berjaya menghasilkan story board yang agak menarik. Dalam proses menghasilkan story board, saya telah mempelajari bahawa sekiranya kita inginkan sesuatu, kita akan mencari jalan untuk mendapatkannya tidak kira bagaimana. Sekiranya kita tidak berputus asa, pada akhirnya kita akan mendapat apa yang kita inginkan. Setelah siap story board, saya pun bermula untuk menghasilkan latar belakang bagi boneka saya. Sebelum bermula, saya berasa risau kerana tiada idea untuk menghasilkan latar belakang yang kreatif dan berlainan. Dengan ini, saya pun mencari idea dari internet, buku dan juga majalah yang terdapat di pusat sumber. Akhirnya, saya berjaya juga menghasilkan latar belakang dengan idea saya sendiri. Walaupun proses ini amat memakan masa, tetapi saya tetap berusaha untuk menghasilkan latar belakang ini dengan sedaya upaya dan penuh semangat. Akhirnya, saya telah pun menghasilkan satu latar belakang yang memuaskan dan sesuai dengan boneka dan cerita saya yang bertajuk Sang Kancil, Sang Kerbau dan Sang Buaya. Dalam proses ini, saya telah mempelajari satu pengajaran yang penting iaitu, semangat dan tenaga yang dihasilkan adalah kuat dan bertenaga untuk mengatasi apa jua halangan yang saya alami.Dalam mencari kesan bunyi yang sesuai untuk cerita saya, saya banyak meminta pertolongan suami. Seperti yang kita semua tahu, kesan bunyi ini memainkan peranan yang amat penting terutamanya dalam persembahan boneka. Sekiranya tiadanya kesan bunyi tersebut, maka persembahan boneka tersebut akan menjadi bosan dan kering. Jadi, untuk menyempurnakan persembahan, saya wajib mencari kesan bunyi yang sesuai dengan cerita. Akhirnya saya mampu juga mencari beberapa kesan bunyi yang saya inginkan untuk membuat persembahan boneka saya. Dalam proses saya mencari kesan bunyi ini, saya telah mempelajari banyak kemahiran dan pengajaran yang penting. Bak kata perpatah, Segan tanya sesat jalan. Itulah maksudnya sekiranya kita tidak mahir atau pandai dalam sesuatu perkara, kita haruslah bertanya kepada mereka yang pakar atau lebih pandai. Jika kita malu untuk bertanya, kita tidak mungkin akan mendapat apa yang kita inginkan pada akhir nanti. Seterusnya dalam penghasilan skrip. Dalam proses kami menghasilkan skrip bagi cerita, saya juga telah mengalami beberapa halangan. Pada masa tersebut, saya tidak mempunyai idea yang bagus untuk menghasilkan skrip yang sempurna bagi memaparkan cerita yang saya pilih. Dengan itu, saya pun bermula untuk mencari bahan bacaan kanak-kanak daripada pusat sumber untuk mendapatkan idea yang lebih kreatif. Selain itu, saya juga merujuk kepada sumber daripada internet untuk menjana idea yang lebih canggih dan berkualiti. Akhirnya, saya bercadang untuk mengikut format yang saya dapat daripada internet. Untuk menyempurnakan kerja ini, saya telah berbincang dengan rakan sekelas. Oleh sebab tahap bahasa saya tidak begitu tinggi sehingga mampu menghasilkan sesuatu produk yang tiada kesilapan, saya telah pun meminta bantuan daripada beberapa kawan di sekolah yang lebih mahir dalam bidang bahasa untuk menyemak semula skrip saya untuk menunjukkan kesalahan yang saya perlu baiki. Dalam proses ini, saya telah memahami bahawa setiap manusia mesti akan membuat kesilapan dan kesalahan, yang penting, kita semua haruslan mengakui kesilapan kita dan cuba untuk membaikinya. Kesalahan tidak memalukan tetapi sekiranya seseorang yang tidak mengakui kesalahannya adalah sesuatu perkara yang amat memalukan. Hal ini penting kerana, dalam proses kita mempelajari sesuatu, kesilapan dan kesalahan juga merupakan salah satu proses belajar. Sekiranya tiadanya kesilapan, maka kita pun tidak akan merasai perasaan berjaya pada akhir nanti. Selain halangan dan dugaan yang telah saya alami semasa proses menghasilkan kerja kursus Seni dalam Pendidikan tersebut, saya juga telah mempelajari beberapa pengajaran yang penting dan amat berguna terutamanya dalam menambahkan dan meningkatkan ilmu perguruan saya. Yang pertama sekali adalah tentang pengurusan masa dengan baik dan berkesan. Dalam proses saya menghasilkan kerja kursus tersebut, kebanyakan masa saya menyiapkan kerja dalam keadaan tergesa-gesa. Dengan ini, saya tidak dapat menikmati setiap proses yang dilalui. Pada pendapat saya, bagi sesuatu kerja kursus tersebut, tidak sahaja hasil kerjanya adalah penting, tetapi proses menghasilkan juga merupakan proses yang tidak dapat disisirkan. Dengan adanya kerja kursus ini, persahabatan antara rakan sekelas akan bertambah erat. Masing-masing akan lebih memahami antara satu sama lain. Dengan ini, semangat bekerjasama akan dapat dipupuk dan akhirnya kerja akan dapat disiapkan dengan lebih cepat dan sempurna. Jadi, saya berpendapat bahawa untuk menyiapkan kerja kursus seperti ini pengurusan masa amat penting. Sekiranya kita gagal untuk menguruskan masa kita untuk menghasilkan kerja kursus, maka kita tidak dapat menikmati manfaat yang sebenarnya dapat diperolehi daripada kerja kursus tersebut. Selain daripada pengurusan masa, perancangan yang strategik juga merupakan langkah yang tidak boleh dilupai sebelum melaksanakan kerja yang seterusnya. Dalam proses saya menyiapkan kerja kursus ini, saya telah membuat perancangan yang kurang memuaskan sehingga menyebabkan proses saya menghasilkan kerja kursus saya menjadi lambat dan tidak lancar. Pada pendapat saya, perancangan adalah amat penting sebelum kita bermula untuk melaksanakan tugasan kita. Sekiranya kita tidak dapat merancang dengan baik, maka kerja yang kita akan laksanakan akan menjadi tidak tersusun dan akhirnya masa yang diperuntukkan untuk menjalankan tugasan tersebut akan menjadi lebih panjang. Jadi, untuk menghasilkan satu tugasan yang sempurna, kita mestilah merancang terlebih dahulu sebelum bergerak atau bermula. Sekian. Terima kasihDisediakan oleh, Halimaton Saadiah bt. Abdullah

SKRIP Hikayat Sang Kancil, Sang Kerbau dan Sang Buaya.Pada suatu hari ada seekor kerbau jantan hendak minum air.Kerbau itu berjalan melalui satu lorong menuju ke sungai.Sungai itu agak luas.Airnya cetek saja, jernih dan sejuk.Kerbau itu mengharung air.Air itu hanya setakat lutut sahaja.Kerbau itu menuju ke tengah-tengah sungai kerana air di bahagian tengah sungai lagi jernih.Ketika menghirup air, kerbau terdengar sesuatu di tepi sungai.Kerbau merenung ke arah suara itu. Kerbau ternampak air terhambur naik di tebing sungai.Tiba-tiba terdengar suara dari tepi sungai dekat rimbunan buluh.Buaya : Tolong! Tolong! Tolong aku , kerbau!Kerbau cuba memerhati dan meneliti suara itu. Kerbau ternampak sesuatu berbalam-balam dari jauh seperti batang kelapa ditindih sebatang kayu.Suara meminta tolong terus bergema.Merayu-rayu bunyinya.Kerbau mendekati suara itu.Rupa-rupanya ada seekor buaya ditindih oleh pokok kayu, betul-betul di tengah belakangnya.Kerbau : Oh, buaya! Kenapa ini?Buaya : "Tolong aku, kerbau! Aku ditimpa oleh pokok yang tumbang.Aku tidak boleh bergerak. Berat sungguh batang kayu ini,"Kerbau kasihan melihat buaya. Kerbau cuba mengangkat kayu itu dengan tanduknya. Apabila batang kayu terangkat, buaya cepat-cepat melepaskan dirinya.Sebaik-baik sahaja kerbau menghumban kayu itu ke bawah, buaya segera menangkapnya.Kerbau : "Eh, buaya! Kenapa ini?"Buaya : "Aku hendak makan kau. Hari ini kau menjadi rezeki aku."Kerbau : "Kaulah binatang yang amat jahat dalam dunia ini. Tidak tahu membalas budi.Orang berbuat baik, kau balas jahat.Sepatutnya buat baik dibalas baik.Buat jahat dibalas jahat. "Buaya : "Aku tidak peduli."Kerbau cuba menanduk buaya tetapi buaya menguatkan lagi gigitannya. Kerbau tidak mampu melepaskan diri kerana berada dalam air. Kalau buaya menariknya ke bawah tentulah ia akan lemas. Kerbau merayu supaya buaya tidak membunuhnya.Kerbau : "Janganlah bunuh aku, buaya! Aku pun mahu hidup. Kau makanlah benda lain."Buaya : "Aku boleh melepaskan kau tetapi dengan satu syarat."Kerbau : "Apakah syaratnya?"Buaya : "Kita cuba dapatkan jawapan, betul atau tidak bahawa berbuat baik dibalas baik? Kita tanya apa-apa yang lalu di sini.Kalau jawapannya sama sebanyak tiga kali, aku akan bebaskan kau."Kerbau bersetuju dengan syarat yang dicadangkan oleh buaya.Mereka bersama-sama menunggu sesiapa sahaja yang lalu atau yang hanyut di dalam sungai itu.Tiba-tiba mereka ternampak sebuah saji yang buruk hanyut.Buaya pun bertanya pada saji.Buaya : "Saji, betulkah berbuat baik dibalas baik?"Saji : "Tidak betul. Berbuat baik dibalas jahat.Di rumah, aku digunakan untuk menutup makanan.Nasi, lauk, kuih, dan apa-apa sahaja aku lindungi. Pendek kata, aku banyak menolong dan berbakti kepada tuan aku. Kucing dan tikus tidak boleh mencuri lauk.Aku lindungi.Tetapi aku amat sedih, apabila aku buruk dan koyak, tidak berdaya lagi menutup makanan, aku dibuang ke sungai.Itulah sebabnya aku berkata berbuat baik dibalas jahat. "Saji menamatkan ceritanya dan terus hanyut.Buaya : ."Macam mana kerbau?Betul atau tidak apa yang aku kata?"Kerbau berdiam diri kerana berasa cemas dan sedih.Kerbau berdoa di dalam hati supaya Tuhan menolongnya."Tuhan tentu akan menolong orang yang baik," kata kerbau dalam hatinya.Tidak lama kemudian, kelihatan sepasang kasut buruk pula hanyut di situ.Sebelah daripada kasut itu tenggelam kerana tapaknya berlubang.Tetapi kasut itu bergantung kepada pasangannya dengan tali. Kedua-dua belah kasut itu hanyut bersama-sama .Buaya : "Hah, itu satu lagi benda hanyut! Kita cuba tanya. Kasut, betul atau tidak berbuat baik dibalas baik?"Kasut : Tidak betul kerana berbuat baik dibalas jahat.Hancurlah harapan kerbau untuk hidup apabila mendengar kasut memberi jawapan itu.Kasut lalu bercerita.Kasut :Pada suatu masa lalu, aku amat disayangi oleh tuanku. Setiap hari aku dibersihkan dan dikilatkan.Apabila malam, aku disimpan di tempat selamat.Aku juga hanya dipakai oleh tuanku apabila pergi ke bandar sahaja.Kalau tuanku pergi ke tempat berpasir atau berlumpur, aku tidak dipakainya.Tetapi apabila sudah buruk, aku tidak disayangi lagi.Badanku tidak dikilatkan lagi.Aku dibaling ke tepi tangga selepas digunakan.Apabila malam, aku ditinggalkan di halaman rumah.Aku dibiarkan berembun dan berhujan.Ketika itu juga, aku menjadi tempat persembunyian katak puru untuk menangkap nyamuk.Apabila sudah terlalu buruk dan koyak, aku dibuangkan ke dalam sungai.Itulah sebabnya aku hanyut ke sini.Kasut menamatkan ceritanya lalu pergi bersama-sama arus air.Buaya : "Sudah dua jawapan. Engkau kalah.Tetapi aku bagi satu peluang lagi. Kalau datang yang ketiga, sama jawapannya, engkau akan menjadi habuanku. "Ketika kerbau dan buaya menanti kedatangan benda yang ketiga, tiba-tiba datang seekor kancil hendak minum air.Kancil itu pergi ke tebing tempat buaya dan kerbau.Kancil terkejut apabila melihat buaya menggigit kaki kerbau.Kancil melihat air mata kerbau berlinang.Manakala buaya pula kelihatan bengis.Kancil : "Ada apa kerbau? Kenapa buaya gigit kaki engkau?"Buaya : "Mujurlah engkau datang, kancil! Kami sedang menunggu hakim yang ketiga untuk mengadili kami."Kancil : Mengapa?Buaya : Kami bertengkar, berbuat baik adalah dibalas jahat."Kancil : "Tetapi kenapa kamu gigit kaki kerbau?"Buaya lalu bercerita mengenai dirinya yang ditindih batang kayu.Kerbau datang menolong.Tetapi buaya tidak mahu membalas perbuatan baik kerbau.Buaya menganggap kerbau itu patut menjadi rezekinya.Kancil : "Tetapi sebelum aku memberikan keputusan, aku mahu tengok kejadian asalnya."Buaya : "Mula-mula aku kena tindih batang pokok patah. Batang pokok itu jatuh menimpa belakang aku."Kancil : "Boleh aku tengok macam mana pokok itu berada di atas belakang kau?"Buaya : "Macam mana aku hendak tunjukkan, kerbau sudah alihkan batang kayu itu."Kancil : "Baiklah! Sekarang engkau pergi duduk tempat asal, tempat engkau kena tindih."Buaya mengikut sahaja arahan kancil.Buaya melepaskan kaki kerbau lalu duduk dekat batang pokok.Kancil : "Kerbau! Cuba engkau tunjukkan, bagaimanakah kayu itu berada di atas belakang buaya?Tunjukkan padaku, bagaimanakah caranya engkau mengangkat batang kayu itu?"Kerbau melakukan apa yang disuruh oleh kancil.Kancil : "Cuba engkau bergerak, buaya! Bolehkah kayu itu diangkat?Cuba lagi, seperti engkau mula-mula kena tindih. Kuat lagi, kuat lagiBuaya terus mencuba tetapi tidak berupaya melepaskan diri. Buaya cuba mengumpul kekuatan untuk mengangkat batang kayu itu, tetapi gagal. Ekornya sahaja membedal air tetapi batang kayu tetap itu tidak bergerak.Buaya sudah penat.Kerbau pula menunggu arahan kancil.Kancil : "Selepas itu apakah yang terjadi?"Kerbau : . "Selepas itu aku datang menolong.Aku mengangkat batang pokok itu.Apabila buaya terlepas, ia gigit kaki aku."Kancil : "Bagaimanakah cara kamu mengangkatnya?"Kerbau segera mendekati batang pokok itu.Kerbau menundukkan kepala hendak mengangkat batang kayu itu.Kancil : "Sudah! Setakat itu dulu.Aku sudah faham.Jangan angkat kayu itu."Kerbau : "Habis itu macam mana pula dengan buaya? Tentu buaya akan mati."Kancil : "Engkau ini sangat lurus dan jujur, wahai kerbau! Biarlah buaya ini mati.Kalau buaya ini hidup, engkau tentu mati.Buaya yang jahat ini patut menerima balasannya kerana tidak tahu membalas budi baik."Kancil lalu berlari naik ke atas tebing sungai.Buaya bertempik apabila mendengar kata-kata kancil. Buaya tahu ia sudah kena tipu. Buaya membedal ekornya dengan sekuat-kuat hatinya.Air sungai melambung naik.Kerbau segera melompat lalu berlari naik ke atas tebing mengikut kancil.Buaya : "Jaga, kancil! Kautipu aku. Ingat, kancil! Aku akan makan kau."Namun, kancil dan kerbau tidak mempedulikan buaya lagi.Kerbau mengucapkan terima kasih kepada kancil.Kedatangan kancil ke tebing sungai itu telah menyelamatkan nyawanya.Buaya sudah menerima balasan yang setimpal dengan perbuatan jahatnya itu.

6.0 18