tugasan sdp sem 6

29
ISI KANDUNGAN BI L ISI KANDUNGAN CATATAN 1 BIODATA PELAJAR 2 2. 2.0 PENGENALAN 3 3 3.0 TUGASAN 1: Esei Konsep dan prinsip Seni dalam Pendidikan 4-13 4 4.0 Tugasan 2 4.1 story board 4.2 VCD video 14-18 19 6 REFLEKSI KESELURUHAN INDIVIDU 20-21 7 RUJUKAN 22 1

Upload: siti-mastura

Post on 27-Sep-2015

257 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

sharing n caring

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGANBILISI KANDUNGANCATATAN

1BIODATA PELAJAR2

2.2.0 PENGENALAN 3

33.0 TUGASAN 1:

Esei Konsep dan prinsip Seni dalam Pendidikan

4-13

4 4.0 Tugasan 2

4.1 story board4.2 VCD video

14-1819

6REFLEKSI KESELURUHAN INDIVIDU

20-21

7RUJUKAN

22

NAMA PENUH : SITI MASTURA BINTI GHANINAMA PANGGILAN : MAS NO KAD PENGENALAN : 790502-03-5836UMUR : 35 TAHUNTARIKH LAHIR : 2 MEI 1979TEMPAT LAHIR :HOSPITAL BESAR KOTA BAHARU KELANTANANAK KE :KE DUASTATUS : BERKAHWINBIL ANAK : 4 ORANG ( 3 PEREMPUAN 1 LELAKI)ALAMAT TEMPAT TINGGAL :NO 10, JALAN 2 TAMAN BERLIAN , 71600 KUALA KLAWANG NEGERI SEMBILAN.MENGAJAR DI:SEKOLAH KEBANGSAAN UNDANG JELEBUNO TELEFON :019-6992579PENGALAMAN MENJADI GURU : 14 TAHUNSUBJEK YANG DI AJAR : MATEMATIK DAN PJK

1.0 PengenalanMengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya ( sajak, lukisan, muzik dan lain-lain ) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah. Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk seni, bakat, kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting. Kebolehan adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu yang berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini saling berkait rapat di dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.Menurut Herbert Read ( buku, The Meaning of Arts ) pula seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik ( Art is Expression ).Kesenangan estetik di sini adalah merujuk kepada konsep kesenangan yang terhasil kesan oleh penghayatan terhadap keindahan seni visual. Kepuasan, kenikmatan, kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di dalam kesenangan ini. Pandangan daripada sudut agama,Imam Muslim melalui penulisan kitabnya, Kitab Al- Iman, menjelaskan tentang kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai pertemuan antara seseorang yang mempunyai pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui. Dalam erti kata lain, Muslim menjelaskan seni itu sebagai suatu bentuk ilmu ( pengetahuan ) di mana seseorang yang mempunyai ilmu ataupun pengetahuan seni tersebut akan mencipta serta melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaannya terhadap sesuatu objek yang dihayatinya melalui karya-karya seni, ataupun setidak-tidaknya akan menghargai keindahan objek serta karya tersebut, sekiranya tidak mampu menghasilkan karya seni. Ini adalah kerana seni itu sendiri mempunyai pertalian erat di antara penggiat dan khalayak seni itu sendiri.

2.0 Pengenalan Konsep Seni Dalam Pendidkan Seni dalam pendidikan memainkan peranan penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif,inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang holistik.Terdapat beberapa tokoh yang member pandangan yang menyokong bahawa Seni Dalam Pendidikan memberi manfaat dari segi jangka panjang. Berikut merupakan pandangan daripada tokoh-tokoh . Seni dalam Pendidikan meliputi pengetahuan asas dalam Seni Visual yang menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu. Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni visual di sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Teori konstruktivisme - kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif. Seni Dalam Pendidikan boleh dijadikan sebagai wadah untuk membolehkan murid mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif. Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner terdapat tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan. Pengabungan kesuburan dapat menangani masalah penyuburan kecerdasan minda kanak-kanak dapat menjana kecerdasan minda murid dengan lebih menyeluruh. Howard Gardener (1983) pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif.Hermann (1991) didalam Quadrant Concept yang menkaji perkembangan otak kanan dan kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu.Einstein pula mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan untuk memahami deria manusia dimantapkan untuk pendidkan kanak-kanak. Gabungan dari pelbagai penidikan kanak-kanak. Gabungan dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti kemahiran muzik,kecerdasan yang berkaitan dengan kecerdasan intutif,personal dan intrapersonal,praktik dan estetika, holistic dan analitik,emosional dan fizikal dan intelektual. Leonardo da Vinci merupakan model manusia dalam kajian Seni Dalam Pendidikan. Beliau adalah seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis. Beliau menggabungkan bidang-bidang ilmu tersebut untuk membentuk keunggulan diri dalam kehidupan.Seni Dalam Pendidikan akan menjadikan mata pelajaran yang dipelajari oleh murid di sekolah menjadi lebih seronok. Selain itu ia membantu guru itu sendiri untuk memahami diri sendiri. Kemudian ia juga membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah. Selain itu ia juga memotivasikan guru untuk menjadi lebih kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Kemudian ia juga membantu perkembangan insane secara seimbang dan menyeluruhPendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.

Selain itu, Seni Dalam Pendidikan juga memasukan Muzik sebagai unsur atau elemen penting yang perlu digarap bersama dalam menzahirkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menggembirakan. Muzik adalah sebahagian daripada alam kehidupan pelajar yang sukar untuk dipisahkan. Tanpa Muzik bererti dunia pelajar adalah kosong. Selain itu, Muzik juga merupakan budaya masyarakat. Pelajar sentiasa memberi respon kepada Muzik dan berasa senang hati apabila dapat melahirkan ekspresi diri apabila mendengar muzik. Asas muzik iaitu irama dan ton juga menjadi amalan pertuturan dan interaksi harian. Sifat cenderung kepada muzik yang sedia ada pada pelajar mempunyai peranan tertentu dalam proses perkembangan diri dari segi kualiti dan sahsiahnya.Peranan guru ialah ke arah memperkembangkan sifat sifat yang merangkumi aspek aspek emosi kreativiti, nilai estetik dan etika tertentu. Dengan penglibatan pelajar secara aktif dalam kegiatan muzik akan dapat membina pertumbuhan dan perkembangan fizikal, emosi, mental dan sosial pelajar itu sendiri. Selain itu, pengalaman muzik yang menarik akan membantu meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran lain. Pendidikan dalam apa jua bidang sekalipun haruslah berbentuk pengalaman yang bermakna. Pendidikan juga haruslah memberangsangkan dan menghasilkan kepuasan yang semerta serta menimbulkan minat bagi mendapatkan pengetahuan seterusnya. Hal ini boleh dicapai dengan menggunakan pergerakan sebagai media pembelajaran. Pembelajaran melalui pergerakan bukanlah sesuatu yang baharu. Pendidikan pergerakan adalah sesuatu kaedah pengajaran yang ketara uniknya kerana pelajar sedang belajar untuk bergerak dan mereka juga akan belajar sambil atau semasa bergerak. Melalui pergerakan, pelajar itu bergerak, berfikir, dan merasai sesuatu secara langsung. Pelajar akan dapat mempelajari tentang dirinya sendiri.

Penekanan kepada pergerakan kini banyak tertumpu kepada potensi nilai pendidikannya, potensi sumbangan terhadap perkembangan kecerdasan dan potensinya sebagai pemangkin kemahiran dan tabii sosial yang murni. Matlamat pendidikan pergerakan dalam konteks persekolahan adalah untuk menyediakan pengalaman pengalaman berkaitan bagi membantu pelajar dalam mencapai keupayaan sebagai warga yang bertanggungjawab dan penyumbang aktif dalam masyarakat.

Pendidikan pergerakan merupakan salah satu wacana yang menyumbang ke arah perkembangan keseluruhan pelajar dalam bentuk sikap dan sahsiah pelajar tentang keperluan keperluan sosial, emosi dan estetik pelajar berdasarkan kepada holistik perkembangan kanak kanak. Pendidikan pergerakan boleh diperhebatkan lagi keberkesanannya dengan menjadikannya sebagai alat pendidikan yang mendorong kepada kegiatan penerokaan, kreativiti, proses proses berfikir dan penyelesaian masalah serta pengukuhan imej kendiri yang utuh. Dalam hubungan ini matlamat dan prinsip pendidikan pergerakan tidak akan menyimpang daripada landasan konsep kanak-kanak.Belajar melalui pergerakan membolehkan perkembangan yang menyeluruh diri kanak - kanak iaitu perkembangan fizikal dan psikologi, kebolehan untuk belajar dan bergaul antara satu sama lain. Perasaan terhadap diri sendiri dan perhubungan dengan persekitarannya turut berkembang melalui pergerakan itu. Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Penyemakan kurikulum memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat menyediakan peluang pendidikan berterusan yang memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Penggubalan ini bertujuan untuk menyediakan warga Malaysia yang mampu menghadapi cabaran pendidikan masa kini selaras dengan perubahan globalisasi yang pesatMenurut Kenneth M.Lansing ( 1973 ) dalam bukunya Art, Artist dan Art Education menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi sebagai satu cabang komunikasi. Kebolehan guru dalam menyampaikan pengajaran dan menggunakan kaedah yang betul akan dapat memenuhi keperluan. Selain itu, guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam mengolah sukatan pelajaran dengan menumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni Dalam Pendidikan sebenarnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat, sentuh,bergerak dan berfikir dalam setiap aktviti pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara tidak langsung, ia mengajar murid untukmenguruskan sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif Seni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan menyeluruh dan seimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari denganFalsafah Pendidikan Negara. Seni dalam pendidikan bermatlamat untuk menyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengintergrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelbagai bidang matapelajaran lain. Melalui aktiviti ini, ianya akan dapat mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai. Integrasi seni dalam pendidikan akan mambantu dan memudahkan lagi guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan teori-teori pembelajaran dalam proses tersebut terutama di sekolah rendah. Di antara faedah dan kepentingan seni kepada seorang pendidik seperti melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonalti yang berketrampilan dan professional. Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis menyatakan bahawa dengan penghayatan seni yang betul, ianya akan memotivasikan kita untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif, peka,berpesonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Guru yang kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian atau tumpuan pelajar untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan. Contohnya melalui aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan, guru dapat membantu murid-muridnya melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, eksperesi, inkuiri dan kecerdasan kepada murid-murid dan ini akan lebih menyeronokkan murid-murid tersebut. Ianya juga Membantu guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran dan pembelajaran. Seni membantu para guru dalam memahami diri dan persekitaran. Aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan memudahkan proses menghubungkait semua benda dalam alam ini. Dengan demikian, seni dapat membantu untuk mengaktifkan proses pembelajaran dan perpindahan pembelajaran. Guru juga senang mencapai objektif atau matlamat. Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. QuadrantConcept (1991) oleh Hermann menunjukkan perkembangan otak kiri dan kanan,menyatakan bahawa seni membantu pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang terutama untuk guru agar mereka dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Justeru itu, dengan pengetahuan tentang keistimewaan seni, guru senang mencapai objektif dan matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu guru juga dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pangajaran dan pembelajaran. Dalam Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat tujuh jenis kecergasan tetapi kebanyakkan sekolah memberi penekanan kecergasan linguistik dan matematik sahaja.Kecergasan lain mungkin akan hilang.Teori ini menyokong seni perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum, ini kerana manusia memperolehi pengetahuan melalui pelbagai kecergasan dan juga melalui perbagai teknik pengajaran. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi serta kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Seni menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu. Dalam setiap kegiatan seni perkara seperti pemupukan nilai dan pemahaman unsur seni dihubungkaitkan dengan kemahiran asas seni. Cara bekerja yang teratur, cermat dan selamat dalam proses membuat sentiasa ditegaskan

3.0 Implikasi Atau Kesan Positif Seni Visual sekolah rendah disusun bertujuan melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual. Dengan mempelajari Seni Visual di sekolah rendah, murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antara pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual. Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan. Bidang Seni Visual akan memberikan implikasi atau kesan yang positif dalam pengajaran dan pembelajaran melalui organisasi pendidikan Seni Visual yang disusun rapi melalui aspek yang dipentingkan. Antara implikasi atau kesan yang diperolehi melalui bidang seni ini, ialah Menajamkan Perkembangan Emosi dan Imaginasi melalui aspek pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Selain memperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini. Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak. Berlaku pembelajaran secara tidak langsung dalam Bidang Seni Visual menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni pada masa akan datang.Aplikasi dalam kehidupan harian sebenar juga memainkan peranan penting dalam implikasi dari Bidang Seni Visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pelbagai cara. Melalui seni visual ini juga akan menjadikan murid boleh mengaplikasikan kemahiran seni yang dipelajari dalam kehidupan harian yang sebenar. Contohnya, cara memberus warna boleh diaplikasikan dalam kerja kerja mengecat peralatan kecil di rumah dan sebagainya Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan. Asas muzik iaitu irama dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan dan pergerakan harian. Keadaan ini menjadikan kanak-kanak berasa senang dan memberi respon secara spontan dalam melahirkan ekspresi diri. Kecenderungan seperti ini apabila dikendalikan dengan baik, memainkan peranan yang efektif dalam proses perkembangan diri kanak-kanak. Bidang ini melihat perkembangan diri murid dari sudut penghayatan estetik dalam seni muzik. Sesuai dengan statusnya dalam struktur KBSR, matapelajaran ini memberi tumpuan kepada peranannya memperkembangkan domain efektif murid khususnya dalam bidang kesenian. .

4.0 Rumusan

Matlamat guru-guru sekolah rendah dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati, kesedaran dan arif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstur dan irama. Melalui aktiviti seni daya estetik kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Contohnya menggunakan lagu untuk memperkenalkan tajuk Rama-rama. Semasa kanak-kanak menyanyikan lagu, mereka akan bergerak mengikut irama seperti lebah sedang terbang. Semua aktiviti seni dalam pendidikan yang dialami oleh kanak kanak sangat berkesan dalam mempengaruhi kehidupan mereka kerana melaluinya akan membolehkan kanak-kanak meluahkan keinginan dan keperluan mereka. Lazimnya mereka dapat membina pengalaman baru hasil daripada beberapa penerokaan dalam kehidupan seharian dan akan berasa seronok apabila dapat mencipta sesuatu yang baru. Untuk meluahkan rasa hati, mereka akan mencipta sesuatu dengan menggunakan kaedah dan cara tersendiri dalam pelbagai bentuk Secara kesimpulannya, seni dalam pendidikan adalah sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, pengajaran seni dalam pendidikan dapat memupuk minat pelajar serta menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menyeronokkan dan tidak lagi membosankan. Oleh itu, guru harus mengaplikasikan seni dalam pengajaran untuk memastikan penyampaian pengajaran guru tersebut dapat merangsang kearah pembelajaran yang berkesan. Di samping dapat mengalakkan pelajar bergerak aktif ketika proses P&P ini berlangsung kerana tertarik dengan kaedah yang digunakan ini.

STORY BOARD PEGEMBALA BIRI-BIRI BERSAMA SERIGALA

STORY BOARD Tajuk : Pegembala Biri-biri Bersama Serigala Watak yang dilakokan :

1. Pegembala biri-biri

2. Orang kampong

3. Biri-biri

4. Serigala

Scene Foto Audio /muzikSkrip Duration(min)

1. Pencerita mencerita kisah yang akan dilakonkan. Tiada Tiada 1,2,30.11

2. Cerita bermula. Pegembala biri-biri dengan rasa senang hati dengan kerja pegembala yang biasa dilakukannya

Irama piano Saya gembala biri-biriSemua dijaga rapi-rapiSudah dibawa makan mariBoleh berehat senang hati

1.02

3. Babak 2 Biri si jarjit meluahkan perasaan nya dan mencerita perkara yang dilakukan setiap hari. 3 ekor biri-biri ranjit menyayi suka hati..

Irama gitar./piano Kami biri-biri Si JarjitHari-hari makan rumput jeJalan bersama atas bukitNikmati indahnya dunia Saya kambing yang paling sihatDia kata saya terlembeeekSaya kambing yang paling cantikSaya suka, saya suka!0.39

4. Babak 3Biri-biri pun memulakan cerita kisah pegembalanya.

Irama piano Mari-mari dengar cerita kamiKisah penggembala dan biri-biri

0.08

5. Babak 4 Pengembala merasa bosan dengan kerja seharian adalah sama. Pegembala mendapat satu idea membuat satu lakonan bahawa biri-birinya telah dimakan serigala. Kemudian datang orang kampong untuk membantu. Tapi penduduk kampong kecewa kerana pegembala hanya menipu saja

Irama piano / muzik dari video upin ipin Tolong! Tolong! Ada serigala di sini!Tolong! Tolong! Selamatkan biri-biri!

Serigala? Serigala? Mana? Mana?Mari kita tolong!

1.42

6. Babak 5 Pegembala biri-biri masih lagi tidak insaf dengan perbuatnya. Pegembala itu pengulang kembali perbuatanya itu. Penduduk kampong sekali lagi dating untuk membantu . Kecewa sekali lagi penduduk kampong

. Irama piano / muzik dari video upin ipinTolong! Tolong! Ada serigala di sini!Tolong! Tolong! Selamatkan biri-biri!

Serigala? Serigala? Mana? Mana?Mari kita tolong!

0.29

7. Babak 6. Kali ini nasib pegembala tidak berapa baik kerana serigala benar dating untuk memakan biri-birinya.

Bunyi suspen

Irama piano

Bunyi serigalaGrrr! Awoo!Akulah serigala yang lapar!

Aku mahu biri-biri!Nyam, nyam! Aum! Hahahaha!

0.04

8. Babak 7 Kali ini pegembala pula berasa kecewa apabila tidak ada sesiapa yang mahu membantunya.

Irama piano(sedih)

Muzik video upin ipin dan irama piano

Tolong! Tolong! Ada serigala di sini!Tolong! Tolong! Habis biri-biri saya!

Serigala? Serigala? Mana? Mana?Kami tak percaya lagiDia selalu mainkan kamiBiarkanlah diaKita sambung kerja kita ..Jom!1.00

9. Babak 8 Orang kampong tidak percaya dengan pegembala biri-biri itu. Sedang kejadian itu benar-benar berlaku Pegembala sangat kecew.Biri-biri saya dah hilangHabis dimakan serigalaKamu semualah, tak datangTinggal saya seorang saja

Itulah orang sudah kataJangan biasa memperdayaNanti orang dah tak percayaBila terkena padan muka

10. Klip Penutup.Semua para pelakon boneka yang dibuat keluar sebagai acara penutup. Semua pelakon

Irama piano

Tamatlah sudah alkisah tadiTerima kasih dan jumpa lagi

0.10

VCD RAKAMAN BONEKA CERITA RAKYAT

REFLEKSI INDIVIDU

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnianya saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus WAJ 3073 bagi semester 7 ini. Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pensyarah saya LIAU SWEE FOONG telah banyak membantu dan memberi banyak pengetahuan baru dalam melaksanakan kerja kursus ini. Semasa saya melaksanakan tugasan ini pelbagai juga kebaikan dan keburukan yang saya perolehi. Di dalam saya menyiapkan nota mengenai konsep dn prinsip seni dalam pendidikan ini banyak perkara yang berguna saya perolehi. Seni merupakan sesuatu yang subjektif untuk digambarkan. Seni itu indah dan halus. Seni bukan sahaja diaplikasikan dalam satu bidang tetapi dalam beberapa bidang seperti seni suara, seni tari dan seni lakon. Kesemua seni yang dinyatakan tadi merupakan seni yang memerlukan pergerakan, suara, dan ekspresi dalam melahirkan sesuatu yang indah dari dalam diri kita. Seni juga diaplikasikan dalam pengajaran. JIka saya menggunakan seni dalam pendidikan ini Pengajaran saya hendaklah memerlukan pemahaman dan pemahaman juga memerlukan tarikan yang menarik dan kreatif. Seni yang disematkan dalam setiap pengajaran haruslah memberi satu nilai dalam jangka masa yang panjang dan memberi impak yang positif untuk seseorang individu. Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran seseorang manusia yang diolah secara halus dan sederhana. (Pahlawi Web Al. Mei 2007). Kenyataan tadi mendefinisikan seni sebagai satu pergerakan yang dinamik dan pemikiran logik manusia yang diwujudkan melalui ketekunan dan kehalusan budi yang ditentukan oleh ilmu, moral, dan ketakwaan manusia terhadap sang pencipta. Seni juga merupakan satu disiplin ilmu yang bersama-sama terbentuk dalam mencapai kedewasaan akhlak dan tabiat seseorang muslimseperti jujur, rajin , taqwa serta sabar. Kanak-kanak akan mula memahami sesuatu kemahiran yang berbentuk irama sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari, melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran muzik, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti dengan lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan aktviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik. Dengan nota yang telah saya perolehi saya gunakan pula untuk menyiapkan rakaman visual saya. Pada mulanya amat buntu saya memikirkan bagaimana untuk saya melakukan persembahan ini dengankekangan masa. Bahan-bahan untuk persembahan ini juga menjadi saya runsing bagaimana dan dimanakan saya perlu dapatkan. Setelah saya mencari maklumat dari internet, buku-buku cerita rakyat dan rakan sekerja mahupun rakan sekelas. Dengan sumber yang saya perolehi saya telah mendapat idea dari cerita upin ipin yang biasa anak-anak saya tonton.Setelah saya mendapat idea, saya memulakan tugasan kedua ini dengan membuat story board sebelum saya membuat rakaman. Kemudian saya membina boneka mengikut watak-watak yang diperlukan. Setelah selesai saya menyiapkan watak boneka yang telah saya pilih saya pun memulakan membuat pentas pertunjukkan untuk boneka yang telah saya buat.Setelah siap pentas yang dibuat untuk persembahan cerita pegembala biri-biri bersama serigala saya memulakan rakaman video saya dengan bantuan suami daanak-anak saya. Saya telah merakam dan sekaligus memasukan muzik di dalam rakaman saya itu. Akhirnya siap jua tugasan saya ini walaupun banyak kenkangan yang berlaku. Diantara kekangan yang berlaku ialah saya menghadapi masalah rakaman yang saya buat tidak boleh dipindahkan ke dalam computer riba saya. Saya terpaksa meminta bantuan dari juruteknik sekolah bagaimana untuk menyelesaikan masalah saya itu. Akhirnya masalah saya itu selesai.Saya amat berharap pengalaman dan ilmu yang saya dapat daripada tugasan Seni dalam pendidikan ini akan saya gunakan sehingga saya masih bergelar guru.

RUJUKAN

Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin (2012), Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku, KualaLumpur:Freemind Horizons.

Bhasah Abu Bakar. 2009. Asas Pengukuran Bilik Darjah. Tanjung Malim: QuantumPermainan bahasa dalam pengajaran. (2007). Didapatkan September 2013, 2013, daripada Knowledge Park:

http://mayaknowledgeblog.blogspot.com/2007/12/permainan-bahasa-dalam-pengajaran-di.html

Emeir, E. (t.t).PERMAINAN BAHASA. Didapatkan September 1, 2013, daripada Wordpress: http://afiqekie.wordpress.com/download-permainan-bahasa/Esse, S. (2013, Januari 9).Perkataan KVK. Didapatkan September 1, 2013, daripada i-Cikgu | Bahan Bantu Mengajar: http://i-cikgu.blogspot.com/

Suppiah Nachiapan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Abdul Shukor. 2008. Psikologi Pendidikan. Selangor:Oxford

Izan, C. (t.t).Blog Cikgu Izan. Didapatkan September 1, 2013, daripada CONTOH BAHAN BANTU BELAJAR VIDEO: http://khaizan-pemulihankhas.blogspot.com/p/bahan-bantu-belajar.html

Video upin ipin siri Pegembala bersama serigala

22