peranan & kepentingan seni kepada manusia(sdp).pptx

41
PERANAN DAN KEPENTINGAN Seni Dalam Pendidikan

Upload: makos-kosma-jenal

Post on 30-Sep-2015

178 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

PERANAN & KEPENTINGAN SENI KEPADA MANUSIA

PERANAN DAN KEPENTINGAN Seni Dalam Pendidikan

Kehidupan manusia tidak terlepas dari kesenian. Ia timbul kerana manusia selalu ingin yang indah, dengan jalan menciptakan benda-benda yang indah.

Keindahan selalu menimbulkan kebahagiaan dan manusia ingin bahagia.

SENI, adalah manifestasi keindahan manusia yang diungkapkan melalui penciptaan suatu karya seni. Seni lahir bersama dengan kelahiran manusia.

Dari zaman ais sampai kini ternyata gejala seni itu sudah ada, sehingga lahirlah pendapat yang menyatakan, art is as old as mankind (seni berumur setua manusia).

Seni mempunyai banyak makna, termasuk kemampuan mentafsir, memproses dan menghasilkan. PERANAN DAN KEPENTINGAN SENI KEPADA MANUSIASejak zaman pra sejarah manusia sudah mengenal kesenian mendahului lain-lain bentuk kebudayaan

Dapat di lihat pada lukisan, topeng dan patung-patung primitif, dongeng-dongeng yang tak tertulis dalam lingkungan suku bangsa yang hidupnya masih sederhana dan sebagainya.

Dimana ada kesenian di situ ada manusia :Kesenian Sebagai Pembentuk Peradaban ManusiaKesenian Sebagai Keperluan hidupKesenian untuk Kebahagian Manusia

Seni masih sukar untuk diberikan pengertian dalam beberapa kalimat.Peranan seni dalam kehidupan manusia dari zaman ke zaman sentiasa mengalami perubahan.

Kebudayaan manusia berganti dan selera perseorangan serta zaman selalu berubah.

Seni berkait rapat dengan kehidupan

3SENI SEBAGAI ALAT KOMUNIKASI

Seni tampak mempunyai simbol-simbolnya yang tersendiri yang perlu dikuasai. Sebelum manusia menggunakan huruf, lukisan adalah merupakan alat utama untuk berkomunikasi. Menerusi seni fakta-fakta keagungan kerajaan zaman silam terus dapat dikekalkan, walaupun ia telah ratusan abad berlalu. Kita juga dapat mengetahui keadaan masyarakat di zaman batu dahulu menerusi lukisan-lukisan gua mereka seperti yang terdapat di gua Niah, Sarawak.Sehingga kini, pengiklan-pengiklan kontemporari menggunakan warna, bentuk, rupa dan imej tampak untuk mempeengaruhi pengguna terhadap barang-barang keluaran mereka.Bahasa seni juga jelas terdapat pada bungkusan barang-barang di pasar raya di sekitar kawasan kediaman kita, poster-poster dan iklan sering terdapat di dalam majalah, akhbar dan di dalam televisyen serta banyak lagi bidang-bidang komersial yang menggunakan unsur seni untuk tarikan pengguna. seni kini menjadi sebahagian daripada kehidupan harian.Seperti contoh, dalam proses komunikasi non-verbal yang menggunkan bahasa tampak.

Dapat kita lihat pada masjid Sultan Salehuddin di Shah Alam, apabila kita berada betul-betul di tengah-tengah masjid itu serta memandang ke langit-langitnya, barulah dapat kita rasakan betapa hebat dan indahnya reka bentuk yang telah di cipta oleh Dato Baharuddin, arkitek tempatan yang terkenal. Kehebatan itu tidak akan dapat dirasai jika hanya diberitahu secara lisan atau melalui tulisan.Seni Untuk Kefahaman Dan Perkembangan Ilmu Pengetahuan

Ilmu pengetahuan tentang kesenian, samada kesenian semasa atau yang silam adalah berperanan bagi mengembangkan kefahaman dan pengetahuan seseorang. Banyak malumat seni yang boleh kita dapati apabila kita berhadapan dengan sesebuah karya seni. Maklumat-maklumat itu sememangnya tidak mampu didapati daripada media-media komunikasi yang lain. Pengalaman seni itu mendorong seseorang membuat renungan terhadap idea-idea, perasaan, pengamatan seterusnya mendorong seseorang memahami dirinya sejauh mana yang ia tahu dan faham. Juga dapat meneliti dan memahami alam persekitaran di sekeliling.Seni Untuk Ekspresi

Menerusi pernyataan seni akan memberi peluang seseorang itu menyatakan idea-ideanya, perasaannnya dan pengamatannya. Untuk tujuan ini ini mereka memerlukan suatu bentuk pengenalan tentang apa yang dilukis, diukir, dibina atau yang dibentuk. Seperti contoh, apabila kita melihat sehelai kain batik, secara amnya ramai akan menyatakan tentang sehelaikain yang cantik dan boleh dijadikan pakaian baru. Tetapi bagi mereka yang lebih peka dan mempunyai pengetahuan tentang bentuk pengenalan sesebuah hasil seni mereka akan terus bertanya berkaitan dengan kehalusan seni batik itu, dan keharmonian rekaannya.Seni Untuk Diwarisi (kenal diri)

masyarakat khususnya para remaja akan mendapat manfaat juga apabila mempelajari berkaitan sejarah seni. Pelbagai gaya, simbol, konsep, pengamatan dan perasaan yang berbeza-beza yang menggambarkan kebudayaan masyarakat sesuatu era, atau zaman yang berkenaan. Generasi muda juga akan dapat lebih mengenali siapakah diri mereka sebenarnya bila dikaitkan dengan sejarah dan asal-usul peninggalan khazanah seni masyarakat turun-temurun.Kreativiti adalah satu potensi yang wujud dalam diri setiap individu.Kajian Fryer dalam tahun 1989 (Fryer 1996) telah mendapat respons tentang maksud kreativiti. Kreativiti adalah sesuatu yang asli, satu proses separa sedar, sesiapa sahaja boleh menjadi kreatif tetapi tidak semua orang kreatifKreativiti melibatkan pemikiran dan khayalan dan kreativiti adalah kebolehan untuk melihat sesuatu dalam cara yang berbeza, untuk mencari kepuasan dalam membuat atau menghasilkan sesuatu dan memerlukan ketekunan sehingga terhasilnya suatu produk. SENI SEBAGAI KREATIVITI4) kreativiti sebagai hasil PEMIKIRANHasil sama ada dalam bentuk pemikiran mahupun hasil maujud merupakan suatu bentuk kreatif yang telah melalui proses pemikiran, penjanaan dan penghasilan.Kanak-kanak terlalu sedikit yang mempunyai potensi hasil kerana mereka cepat bosan, namun jika digalakkan dan dimotivasikan, akan menjadi hasil yang mereka banggai.5) Kreativiti sebagai kemahiran mereka yang mempunyai kreativiti kemahiran biasanya mempunyai potensi bakat. Namun jika kemahiran ini tidak diasuh dan digunakan ianya kan pudar.6) Kreativiti sebagai tret/TRAIT personaliti(INTRINSIK)Ia sebagai bentuk personaliti seseorang yang terdapat di dalam dirinya.Berdasarkan berbagai definisi yang telah diberikan, dapat disimpulkan bahawa kreativiti seseorang itu membezakan dirinya dengan orang lain kerana keupayaan melihat peluang yang sama dengan pendekatan yang berbeza. Sesuatu masalah itu boleh ditukar kepada satu peluang yang menguntungkan bagi dirinya dengan menggunakan pemikiran kreatifnya (Habibah & Noran 2002).

Terdapat 4 ciri seni kreatif yang diamalkan oleh seniman dalam menghasilkan kerja-kerja seni dan nilai-nilai ini digunakan dalam penghasilan karya mereka.Menghasilkan karya lebih baik malahan lebih sempurna dari sebelumnya.Cuba menerokai sesuatu yang asli berkaitan dengan symbol-simbol imaginatif, bentuk, rupa, bentuk, rupa bentuk, warna-warna, untuk meluahkan idea-idea, atau hasil daripada pengamatan dan persaan.Cuba menyelesaikan masalah baru atau mencari jawapan baru kepada masalah lama.Menonjolkan ciri-ciri individu dengan keunikannya dalam karya mereka.

Dalam proses berkreatif: seseorang individu perlulah berfikirpandai membuat telahan atau andaianmembuat pemilihan yang tepat dan berani.kesemua ini memerlukan nilai-nilai keyakinan diri, berani menghadapi kemungkinan dan mampu menghadapi risiko yang tinggi.Tidak memerlukan model untuk diikut sebagai contohTidak mementingkan jawapan benar atau salahCuba jaya dan inkuri penemuanDapat menerima kegagalan, bersikap terbukaMenurut Jeromi Bruner (1960), kreativiti boleh dilatih menerusi kegiatan seni secara formal Viktor Lowenfeld menjelaskan ciri-ciri individu kreatif adalah mereka yang cuba menguasai sebanyak ilmu Satu kajian yang dibuat(American Educational Policies Commission, 1968) mendapati bahawa pengalaman kegiatan seni, dapat merangsang daya imaginatif pelajar dan mengembangkan pemikiran kreatif pelajar.8 KATEGORI KREATIF MENURUT VIKTOR LOWENFELDRisk taking kepada persekitaran dan kehidupan, dapat mengenalpasti masalah yang wujud dalam sesuatu situasiKelancaran dalam berfikir keterbukaan, dan kebebasan dapat mengaitkan satu dengan yang lain, imaginatif dalam mebuat hubung kair idea dalam menghasilkan kerja kreatifKelenturan dapat menerima perubahan dan merubah mengikut situasi. Tidak tersepit dengan keadaanKeaslian keupayaan sendiri, kemampuan melahirkan idea sendiri tanpa mengikut orang lainPemikiran elobaratif(bercapah)Curiosity (mempunyai perasaan ingin tahu)mempunyai keupayaan menganalisaComplexity keupayaan sintesisMemberi makna baru

Apabila terlibat dengan kerja-kerja kreatif dalam media seni, segala deria akan digunakan.

Kegiatan seni itu sendiri tidak memerlukan kemahiran yang halus seperti seorang yang telah mahir tetapi ianya boleh di kembangkan potensinya dengan latihan yang beransur-ansur serta berterusan.

Dengan penglibatan yang kerap, secara ansur-ansur dan sistematik, seseorang pelajar itu akan bertambah mahir dan mempunyai perasaan perlunya memberikan tumpuan yang lebih berhati-hati dalam menggunakan bahan dan alat.

Latihan kemahiran yang berasaskan prosedur yang betul adalah amat penting.

SENI SEBAGAI SATU KEMAHIRANManusia mempunyai perasaan dan perasaan itu wujud dari interaksi kita dengan alam sekitar, dengan diri sendiri, dengan peristiwa, atau dengan rangsangan lain.Tetapi rangsangan itu perlu dikawal seperti tuntutan agama, dan kadangkala kita perlu meluahkannya.Oleh itu, kita perlu meluahkannya dengan pelbagai cara. Ianya bukan sahaja luahan perasaan yang negative (marah, benci dan gila-gila) tetapi juga luahan positif (riang, indah dan lain-lain)Moholy Nagey, (1974), satu cara menghilangkan iliterasi emosi adalah dengan menggunakan seni untuk merangsang emosi itu.Menerusi kegiatan arca, catan, seramik dan kraf, dapat diperolehi perasaan ketenangan, kedamaian suasana tanpa desakan. Melalui penggunaan alat dan bahan, akan dapat memindahkan persaannya seterusnya melahirkan sesuatu yang baru.SENI SEBAGAI ALAT PERKEMBANGAN ESTETIKContohnya, apabila pelajar berhadapan dengan aktiviti seni, ia akan memindahkan idea, perasaan dan pengalamannya menerusi media yang digunakan. Kini hasil kerja itu menjadi sebahagian daripada cerminan perasaannya dan secara langsung ia makin mengenal dirinya.Menerusi kegiatan seni, kita boleh melahirkan rasa puas, lega, melapangkan fikiran, menstabilkan perasaan dan ketenangan Contohnya murid-murid digalakkan, melukis tentang rakan,bintang pujaan, atau kebencian.Hasilnya adalah lukisan luahan perasaan.Hasilnya adalah kejayaan kerana dapat meluahkan perasaan yang terbuku di kalbu.Di sini ia telah berfungsi sebagai alat terapi bagi memulihkan perasaan dan menstabilkan pemikiran individu.Bila disebut tentang seni, ia tidak dapat di pisahkan dengan seniman. Penghasilan sesuatu karya itu, dipengaruhi oleh persekitaran, pengalaman, penghayatan, harapan, untuk mengganggu,mencabar audian dan lain-lain. Keupayaan seniman mepengaruhi pandangan tampak banyak audaian dipengaruhi oleh aspek-aspek kemantapan idea, kemantapan pengalaman, di samping mampu menonjolkan isu-isu semasa yang menjadi tarikan audian. Kepekaan terhadap persekitaran itu penting, Robert Ross (1963-2)MAKNA DAN PERANAN Seni Dalam PendidikanThe successful artist in his approach to creativity establishes the thought, selects the best medium to convey the concepts,and develops his creation in a manner observed and understoodMenurut Prof. Dr. Abdul Shukor Hashim (1998), Pendidikan seni sewajarnya menepati objektif pendidikan Negara yang mementingkan pembangunan individu, pembangunan danintegrasi social serta mengekalkan, membangun serta menyalurkan budaya dan warisan Negara.Greer, Dwaine, (1984) dalam Dicipline-Based Art Education, menjelaskan Pendidikan seni boleh menyumbangkan kepada pembinaan masyarakat yang baik. Memperkembangkan kreativiti, asas disiplin untuk melahirkan idea yang menarik. Kepentingan guru Pendidikan seni adalah sebagai jambatan antara seni dan masyarakat.Dzul Hilmi Md Zain (1992) menjelaskan paduan elemen dan prinsip seni yang direncanakan dengan baik akan melahirkan sImbol-simbol yang seterusnya mendukong makna terbahagi kepada 3 peringkat iaitu:makna asasmakna sekundermakna mujarat

Contohnya dalam Kesenian Tradisi melayu, melihat pucuk rebung itu mempunyai pelbagai maksud-peringkat asasPucuk rebung itu, adalah khusus kepada tumbuhan yang merujuk kepada dunia imajan. Berfungsi sebagai pembawa makna dalaman yang merujuk kepada nilai-nilai sImbol. Begitu juga kaitannya dengan pepatah melayu berbunyi melentur buluh biarlah dari rebungnyaPeringkat asas dan sekunder berfungsi ditahap peribadi, manakala diperingkat mujarad berfungsi ditahap makna awam.

SENI SEBAGAI ALAT KEPEKAAN DAN PENGAMATANKita mengenali dunia melalui semua pancaindera (deria seni)PenglihatanPendengaran SentuhanBauan Rasa

Misalannya aktiviti melukis memerlukan tumpuan dan penghayatan terhadap sesuatu benda secara teliti.Tumpuan haruslah di berikan dari berbagai-bagai sudut termasuklah unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan.Melalui pengalaman ekspresi seni itu akan melatih keselarasan pancaindera dan psikomotor.Hasilnya dapat meningkatkan kemahiran motor untuk melukis dengan baik.Dapat mematangkan lagi proses pengamatan dan menambahkan dan meningkatkan perkembangan literasi pengamatan seseorang.

SENI SEBAGAI ALAT PERKEMBANGAN ESTETIK

Kesedaran estetik merupakan faktor asas dalam membuat sesuatu pemilihan di dalam kehidupan individu.

Eisner dalam tulisannya menyatakan persoalan mengapa pelajar harus mempelajari pendidikan seni.

Antara 4 sebab tersebut ialah TamadunMembuat pilihanKreativitikomunikasi

Kemahiran membuat pilihan menerusi seni menimbulkan kesedaran estetik.Pemilihan dalam kehidupan seperti pakaian, jam tangan, kasut , kereta, jam, barang keperluan yang lain melatih manusia membuat pilihan dan apabila mereka boleh membuktikan kesedaran estetik itu wujud dalam diri.Dengan adanya nilai estetik yang tinggi ini membolehkan golongan seperti artis, pereka hiasan dalaman , arkitek wujud.

Seni menekankan pembentukan jiwa kanak-kanak ke arah yang lebih aktif dan kreatif agar kanak-kanak suka membuat apa yang mereka suka dan mencipta sesuatu yang baru.

Kanak-kanak di berikan kebebasan dalam memperkembangkan fantasinya melalui lukisan.

Seni juga dapat membantu kanak-kanak memperkembang peribadi secara menyeluruh. (JERIS). Aspek kognitif merangkumi pemikiran kritis dan kreatif

SENI SEBAGAI PERKEMBANGAN KEHIDUPAN

Kemampuan menggunakan otot otot tangan dengan sempurna, berlaku usaha untuk mengkoordinasi setiap gerak geri secara serentak.Ini terbukti melalaui pendapat cizek yang mengatakan seni memberi kanak-kanak membesar, berkembang dan matang.Secara tak langsungh berlaku pembelajaran nilai..KAWALAN OTOTDapat meningkatkan daya kecerdasan kanak-kanak pada pemahamannya terhadap corak-corak, harmoni dan warna.Di gunakan sebagai suatu alat untuk menguji, menunjukkan kebolehan mental seseorang.Seni juga dapat menentukan perkembangan emosi kanak- kanak dan memperkembang daya pemikirannya.Pakar- pakar psikologi menggunakan lukisan atau kerja tangan kanak-kanak untuk di kaitkan dengan masalah yang di hadapi.

KOGNITIF

Kanak-kanak inginkan kegembiraan dan kebebasan untuk mengeluarkan dan meluahkan perasaan sama ada yang baik atau yang buruk.Kanak-kanak gemar berfantasi dan suka membentuk khayalan-khayalan yang lebih kreatif serta konstruktif.Membuatkan kanak-kanak menjadi lebih teliti, memahami,kesedaran kepada keadaan sekeliling.Pengalaman melihat , memerhati, membawa kanak-kanak berfikir dan berimiginasi sesuatu melalui lukisan.EMOSIMengasuh kanak-kanak untuk menyesuaikan diri sebagai ahli dalam kelompok pelajar.Belajar bekerjasama dan menyesuaikan diri dengan rakan sebaya.Belajar bekerjasama.Mengasuh ke arah perkembangan diri dengan mengawal diri sendiri atau disiplin diri sendiri ketika menjalankan sesuatu aktiviti.SOSIALBelajar menhargai kebudayaan sendiri dan budaya bangsa lain.Kebudayaan tersebut di hayati dan menghargai nilai-nilai yang indah di dalamnya.Melatih kanak-kanak menilai dan menghayati keindahan semula jadi ciptaan Tuhan.Dengan menilai keindahan tersebut akan lahir rasa seronok dalam diri kanak-kanak tersebut untuk lebih dekat dengan alam.ESTETIKAMelatihcara untuk membuat pemerhati dan pemikiran untuk merakamkan dengan teliti.Dengan ini daya pengamatan kanak-kanak dapat di percepatkan.Dapat menggunakan kekuatan pancaindera untuk menggabungjalin kan pengalaman-pengalaman pengamatan untuk melahirkan idea.Menarik perhatian/ pengamatan kanak-kanak kepada objek-objek di sekeliling.PERSEPSI/ PENGAMATANViktor Lowenfeld mendefinisikan kreativiti adalah satu naluri yang di punyai oleh setiap manusia.Kreativiti perlu digalakkan pada peringkat kanak-kanak lagi.Kreativiti yang di maksudkan ialah kebolehan dan kemampuan untuk melahirkan sesuatu yang baru.Lukisan adalah salah satu contoh alat untuk meningkatkan kreativiti.

KREATIVITI: PERANAN DAN PENGARUH LUKISAN KEPADA KANAK-KANAKFIZIKALMelatih tangan untuk membuat sesuatu dengan penuh penelitian mengikut aturan.

Daya pergerakan tangan dapat di kawal dengan baik umpamanya dalam menggunakan gunting atau pisau.

Seni juga memperlihatkan lukisan cakar ayam kanak-kanak kepada lukisan yang lebih realistik.

LUKISAN DENGAN KANAK-KANAKLukisan merupakan satu perlambangan grafik awal kepada kanak-kanak untuk memudahkan kefahaman dan pengukuhan sesuatu konsep asas dalam kehidupan. HOWARD GARDNER (1980) mencadangkan agar orang dewasa menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk melakukan aktiviti seni tanpa di sekat kerana kanak-kanak meluahkan apa yang mereka rasai dan mempunyai makna tersendiri terhadap lukisan yang mereka hasilkan.Perkembangan kanak-kanak juga dapat dikesan menerusi penghasilan lukisan tersebut.Seni juga dapat menentukan perkembangan emosi kanak- kanak dan memperkembang daya pemikirannya.

Lukisan sebagai satu cabang seni. Bantu membentuk pemikiran kanak-kanak lebih awal untuk pengukuhan ingatan.

Kanak-kanak tidak pandai menggunakan kata-kata justeru lukisan sebagai pengganti sebagai bahan perantaraan untuk menyatakan tentang perasaan mereka.

Lukisan menjadi bahan terapi yang di terima guna terutama dalam mengatasi masalah kanak-kanak yang menghadapi tekanan.Proses perkembangan kreatif- seniMengutamakan proses penghasilanBereksperimen (meneroka alat & bahan)Membuat imiginasiMengurangkan rasa takutMembina keyakinan diriMembina interaksi sosial.

LUKISAN MENJADI ALAT MENJANA KREATIVITI KANAK-KANAKMemperkenalkan Idea-Idea Yang Tertentu.

Peranan pendidikan seni ialah dapat memperkenalkan idea-idea yang tertentu dalam proses membina artistik di kalangan pelajar.

Pendekatan Ke Arah Memahami Alam Semulajadi

Perhubungan dengan alam sekitar merupakan pendekatan awal bagi pelajar mengenali hakikat dirinya dengan alam. Sensitiviti pelajar terhadap alam akan memberi banyak sumber idea kepada penciptaan hasil karya.

Makna dan peranan Pendidikan Seni dan remajaAplikasi Pengalaman Harian dalam penghasilan karya

Para pelajar atau golongan remaja dapat mengaplikasikan pengalaman harian dalam menghasilkan apa juga karya. Guru-guru dapat mencungkil pengalaman lampau dan harian remaja melalui :PerbincanganBerceritaSoal jawabSimulasiSumbangsaranPengalaman hidup untuk Seni

Pengalaman lampau dan pengalaman harian pelajar boleh ditafsirkan.

Pengalaman diri sendiri yang berkaitan dengan soal-soal personaliti seperti :Mimpi, Kasih Sayang, Cita-cita , Harapan

Pengalaman Dalam Kelompok Masyarakat

Pengalaman dalam kelompok masayarakat di luar sekolah juga boleh dijadikan idea penting kepada pelajar. Pengalaman yang mungkin agak terbatas tetapi penuh makna ini sering memberi kesan positif kepada para remaja. Antara pengalamannya ialah Berkelah bersama rakan dan Sambutan Tahun Baru Cina.

Pengalaman bersama keluarga :Kasih sayang, Gotong-royong, Menonton TV, Makan sekeluarga, Lawatan

Pengalaman di sekolah merupakan pengalaman yang penuh dengan situasi pendidikan formal, antaranya :Belajar di kelas, Belajar di perpustakaan,Sukan tahunan, Aktiviti kelab, Membersih bilik darjah, Hari Penyampaian Hadiah dsb.Percubaan Ke Arah Idea Baru

Pada umumnya, dalam proses artistik percubaan ke arah idea baru menyebabkan perlunya menukar kebiasaan bekerja kepada pelajar. Malahan tempat dan lokasi juga sering diubah bagi mendapatkan suasana dan mood yang berbeza. Perubahan tersebut akan menghasilkan karya-karya yang dinamik yangmeminta audien berfikir.Penghuraian makna dan simbol Dengan Seni

Pendedahan kepada makna dan simbol bermakna mengajak pelajar berfikir secara kritis dan kreatif. Merenung dan menaakul makna dan simbol yang ada pada alam ini bertujuan mencari idea untuk diterjemahkan dalam bentuk seni visual, muzik atau pergerakan