kerja kursus sdp edit.docx

22
NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN 690810-13-5566 / PPGBM2611 WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN 1.0 Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian ( RPH) mengikut bidang pengajian dengan mengintegrasikan elemen Seni Visual, Muzik dan Pergerakan. 1.1 Rancangan Pengajaran Harian RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 2 Tahun : 2 Arif Bilangan Murid : 30 Orang Tarikh /Hari : 20 Ogos 2014 Masa : 9.10 – 10.10 pagi Hari : Isnin Tema : Saya Anak Malaysia Tajuk : Bunga Raya Fokus Utama STANDARD KANDUNGAN 3.3 . Membina dan menulis perkataan , frasa, ayat dengan betul STANDARD PEMBELAJARAN 3.3.4 membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarka grafik dengan betul. Fokus Sampingan STANDARD KANDUNGAN 4.1 Memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur. STANDARD PEMBELAJARAN 4.1.1 Menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui nyanyian secara didik hibur. Objektif : Pada akhir proses pengajaran ini, murid dapat: 1

Upload: norhayati-ahmad-osman

Post on 14-Nov-2015

133 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566 / PPGBM2611WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

1.0 Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian ( RPH) mengikut bidang pengajian dengan mengintegrasikan elemen Seni Visual, Muzik dan Pergerakan.1.1 Rancangan Pengajaran Harian

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 2

Tahun: 2 ArifBilangan Murid: 30 OrangTarikh /Hari : 20 Ogos 2014Masa : 9.10 10.10 pagiHari : IsninTema : Saya Anak MalaysiaTajuk : Bunga Raya Fokus UtamaSTANDARD KANDUNGAN3.3 . Membina dan menulis perkataan , frasa, ayat dengan betul

STANDARD PEMBELAJARAN3.3.4membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarka grafik dengan betul.

Fokus SampinganSTANDARD KANDUNGAN4.1 Memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur.

STANDARD PEMBELAJARAN4.1.1Menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui nyanyian secara didik hibur.

Objektif :Pada akhir proses pengajaran ini, murid dapat:i.Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan gambar bunga raya.ii Menyebut seni kata lagu dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonansi yang betul mengikut irama lagu. iii Menghasilkan gambar bunga raya dengan teknik kolaj

Pengisian Kurikulum/ Elemen Merentas Kurikulum

Ilmu : Pendidikan Muzik, Pendidikan Seni Visual dan PJKNilai Murni : Kesyukuran, Keberanian, Petriotisme,kerjasamaStrategi:KB: Menghubung kait.TKP: Verbal linguistik. Interpersonal , kinestatik , Verbal linguistik, Intrapersonal, muzik dan Kinestatik.BCB : Mengumpul maklumat dan memproses maklumat tentang lirik lagu. Pembelajaran Kontekstual : Menghubung kait dengan amalan kebudayaan Kreatif dan inovasi.EK 1: 1.4 Daya kreativiti dan inovasi : memerhati dengan bertujuan dan menghasilkan banyak idea.Sistem bahasaTatabahasa : Ayat penyata.Kosa kata : mekar, tumbuh,berseri,pertiwi.Bahan Bantu Belajar : Komputer riba, Rakaman lagu,LCD, Slaid Lirik Lagu Bunga Raya, Kolaj bunga raya.Pengetahuan Sedia Ada:Murid telah mengetahui dan mengenal bunga raya, bunga kebangsaan Negara Malaysia.

Langkah Pengajaran dan Pembelajaran

Langkah /masaIsi pelajaranAktiviti pengajaran dan pembelajaranCatatan

Induksi Set (5 minit)

Topeng Bunga Raya

Pantun Teka teki

Tumbuh melata penyeri taman,Lima kelopak merah warnanya,Cuba teka wahai teman,-teman,Bunga Kebangsaan apa namanya?

1. Pernahkan kamu melihat bunga ini ?2. Berapa kelopak bunga raya?3. Apa keistimewaan bunga raya?

1. Seorang murid memakai topeng bunga raya berjalan bersama guru.

2. Murid tersebut memperkenalkan diri dengan memberikan satu teka teki.

3. Murid murid lain mendengar teka teki dengan teliti dan meneka jawapan teka-teki tersebut.

4. Murid dan guru bersoal-jawab tentang bunga raya dan mengaitkan dengan tajuk pelajaran hari ini.

BBB Topeng Bunga Raya

Teknik -Soal jawap - Sumbangsaran TPK Verbal Linguistik Kinestetik Interpersona

BCB - K. mendengar - K. bertutur

NILAI MURNI Menghormati Bersyukur

Pembelajaran KontekstualMenghubung kait kan dengan pengalaman dalam kehidupan

Langkah 1 (10 minit)

Nyanyian Lagu Bunga Raya

Lirik Lagu Bunga Raya

Kembang mekar di waktu pagiBunga Raya merah berseriWarna merah gagah beraniBunga raya bunga pertiwiHidup subur merata-rataMenghiasi kota dan desaKebanggaan rakyat semuaBunga raya bunga negara

1. Murid mendengar lagu Bunga Raya .

2. Murid melihat lirik lagu yang dipaparkan pada skrin. 3. Murid menyanyikan lagu Bunga Raya dengan bimbingan guru.

3. 4. Seorang murid diminta memakai topeng bunga raya dan melakukan pergerakan mengikut lirik dan irama lagu.

3.Murid lain menyanyi lagu sambil melakukan gerakan seperti murid yang memakai topeng bunga raya mengikut irama dan lirik lagu.

BBM Rakaman lagu LCD

KBMenghubung kait

KP-Verbal linguistik- Muzik -Kinestetik

BCB K. mendengar K. bertuturNilai MurniHormat- menghormatiKasih sayang Konteksual Menghubung kaitkan pengalaman di taman bunga.

Langkah 2( 10 minit)

Slaid Lirik Lagu Bunga Raya

Contoh: Kosa kata yang berkaitan dengan Gambar / Lirik Lagu: mekar merah berseri gagah pertiwi subur Kota Desa Rakyat

1. Murid ditunjukkan slaid Lirik lagu bertajuk Bunga Raya

2. Murid membaca lirik lagu dengan nada dan intonansi yang betul dengan bimbingan guru.

3. Murid membaca kuat lirik lagu Bunga Raya dengan dengan nada dan intonansi yang betul serta lancar secara kelas dan kumpulan .

4. Murid diminta mengenalpasti dan menyenaraikan kosa kata dalam lirik lagu Bunga Raya

BBBSlaid Lirik Lagu Bunga Raya

(

TKP-Verbal linguistik

- Interpersonal

BCB K. bertutur K. membaca

Teknik perbincangan

Nilai Murni - Kesyukuran-Keberanian

KB -Menjana idea -menghubungkait

.

Langkah 3

( 12 minit)

Langkah 4

( 8 minit) 1. Contoh Kolaj Bunga Raya

2. Penerangan Alat dan bahan Seni

3. Demontrasi membuat kolaj

4. Penghasilan gambar bunga dengan teknik kolaj

Apresiasi Seni 1. Murid ditunjukkan sampel Kolaj Bunga Raya . 2. Guru dan murid bersoal jawab tentang sampel kolaj bunga raya yang ditunjukkan. 3. Murid melihat demontrasi membuat kolaj bunga raya. 4. Murid diagihkan kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan diagihkan alat dan bahan- bahan untuk membuat kolaj bunga raya. 5. Murid murid menghasilkan karya secara berkumpulan; i- melakar bentuk daun,batang,bunga raya ii- menggunting objek lakaran iii- menampal objek lakaran pada kertas keras . 6. Lagu Bunga Raya diperdengarkan semasa murid-murid menjalankan aktiviti membuat kolaj.6.

1. Murid mempersembahkan hasil karya kumpulan masing-masing di hadapan kelas.2. Persembahan nyanyian setiap kumpulan3. Guru dan murid berkongsi pendapat mengenai hasil kerja murid dari segi kesesuaiannya, corak, kombinasi warna dan kekemasan. BBM

Rakaman laguHasil Kolaj Bunga Raya Kertas keras Span getah gunting,gam

TKP -Visual ruang -Verbal linguistik - kinestetik

BCBK. BertuturK. BertuturTeknikDemontrasiPerbincangan

Nilai BekerjasamaBerhati-hati

BBM

Hasil karya murid CD

TKP -Muzik -Verbal linguistik - kinestetik

Teknik

Perbincangan

Nilai BekerjasamaBerhati-hati

Langkah 5( 10 minit)

Ayat penyata

Lembaran Kerja Kumpulan A

-Membina ayat

Lembaran Kerja Kumpulan B

-Melengkapkan ayat

Lembaran Kerja Kumpulan A

-Menyusun perkataan menjadi

ayat1.Murid diberikan lembaran kerja mengikut tahap kebolehan.

Kumpulan A Murid membina lima ayat penyata berpandukan gambar bunga raya.Kumpulan BMurid melengkapkan ayat berpandukan perkataan yang diberi.Kumpulan CMurid menyusun perkataan-perkataan menjadi ayat yang betul.2. Murid dibimbing membina ayat penyata dengan ejaan dan tanda baca yang betul.3. Murid dipilih secara rawak untuk membaca ayat penyata yang telah dibina. 4. Murid memurnikan ayat-ayat yang telah dibina

BBB

Lembaran kerja

KP -Verbal LinguistikIn -Intrapersonal

TKPTKP -Verbal linguistik - Kinestetik

BCBK. menulisK. Membaca

TeknikPembentanganPerbincangan

Nilai Murni

-Tekun-Berani

Penutup(5 minit)

Rumusan

1. Penerapan Nilai Murni

2. Menyanyi sambil mengaksikan lagu Bunga Raya 1. Murid menilai keupayaan dan perasaan terhadap hasil kerja dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran hari ini.2. Murid menyanyikan semula

lagu Bunga Raya dengan melakukan pergerakan bebas.3. Guru membuat rumusan tentang penglibatan murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran serta menerapkan nilai murni.BBMLCD Video lagu

TPK Verbal Linguistik Kinestetik Interpersonal

KBMerumus

NilaiMenghormatipetriotisme

KP:Verbal linguistikIntrapersonal

Refleksi : ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

1.2 Diskripsi Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 2 Seni dalam Pendidikan menyarankan pelbagai aktiviti melalui perasaan, pernyataan emosi, idea dan manifestasi pemikiran.Aktiviti Seni dalam Pendidikan memberi peluang untuk murid membina keyakinan menajamkan persepsi, meningkatkan kreativiti dan meningkatkan nilai estetik Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Bahasa Melayu Tahun 2 yang saya sediakan mengintegrasikan tiga elemen iaitu elemen Seni Visual, Muzik dan Pergerakan . Selain itu, RPH Bahasa Melayu yang saya sediakan juga menerapkan Kemahiran Berfikir dan Penerapan NilaiMurni . Pengintegrasian elemen Seni Visual, Muzik dan gerakan diharapkan dapat memberi peluang murid-murid untuk meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera selain dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan 1.2.1 Pengintegrasian Elemen Seni MuzikAspek senimuzikmerupakansalah satuelemen yangboleh menjadikansesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. itu menarik dan mendapat penglibatan murid secara menyeluruh. Dalam penulisan RPH di atas, elemen muzik ini telah diterapkan pada langkah pertama sesi pengajaran dan pembelajaran . Murid murid dipaparkan slaid lirik lagu Bunga Raya: pada skrin untuk dibaca sebelum ditayangkan video lagu Bunga Raya dimainkan. Seorang murid diminta memakai topeng bunga raya sambil melakukan pergerakan mengikut lirik dan irama semasa lagu dimainkan . Murid-murid diminta menyanyikan lagu Bunga Raya sambil menggayakan pergerakan yang sesuai dengan lirik lagu . Penerapan Elemen muzikmerupakansalah satuelemen yangboleh memberi peluang murid-murid memupuk nilai keyakinan, disiplin diri dan daya estetika muzik.

1.2.2 Pengintegrasian Elemen Seni VisualElemen Seni Visual juga turut diintegrasikan dalam penyediaan RPH Bahasa Melayu Tahun 2. Menurut Dewey, konsep aktiviti seni merupakan satu pengalaman kepada kanak-kanak. Fungsi Pendidikan Seni adalah untuk memimpin kanak-kanak ke arah suatu fahaman tentang seni sebagai cara penyusunan pengalaman. Pendidikan adalah satu proses untuk mengembangkan kecerdasan manusia. Sekolah seharusnya memberi kanak-kanak kebebasan untuk perkembangan fizikal, emosi dan intelektual (kecerdasan fikiran) melalui seni.Pengintegrasian elemen Seni Visual saya integrasikan dalam langkah set induksi dan dalam langkah pengajaran yang ke tiga. Dalam set induksi, guru masuk ke dalam kelas dengan diiringi seorang murid yang memakai topeng bunga raya.Topeng bunga raya yang berwarna merah yang berbentuk 3 dimensi ini dapat menarik minat murid. Pengintegrasian elemen seni visual ini diterapkan sepenuhnya dalam aktiviti langkah ke 3 iaitu menggambar menggunakan teknik kolaj. Penerapan elemen seni visual ini membolehkan murid-murid berpeluang meneroka bahan-bahan serta mempraktikan membuat gambar dengan teknik kolaj. Dalam penghasilkan kolaj bunga raya , murid-murid berpeluang melakukan aktiviti melakar , menggunting dan menampal objek pada kertas keras. Penerapan elemen sini visual dalam aktiviti ini berinteraksi secara langsung dengan persekitaran dan belajar mengembangkan kebolehan mereka untuk membuat pertimbangan yang baik melalui pengalaman yang diperoleh.1.2.3 Pengintegrasian Elemen PergerakanKonsep asas pergerakan bermaksud proses yang memandu pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Elemen pergerakan terbahagi kepada dua elemen iaitupergerakan kreatif danpergerakan gimnastik.Elemen pergerakan ini amat penting untuk diterapkan dalam setiapsesi pengajaran dan pembelajaran dalam mana- mana subjek sekalipun. Dalam penulisan RPH ini, saya telah mengintegrasikan elemen pergerakkan di dalam beberapa bahagian dalam langkah pengajaran .Antaranya ialah semasa menyanyikan lagu Bunga Raya , saya menyelitkan unsur pergerakan anggota badan seperti menegakkan kepala, berjalan dan menghayun tangan mengikut lirik dan irama lagu.1.2.4 Aplikasi Penerapan Nilai Penerapan nilai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mestilah disampaikan secara bersahaja dan tidaklangsung dan sentiasa berterusan. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan strategi penerapan nilai-nilai murni secara komprehensif di mana:" Nilai-nilai murni akan disisipkan melalui kesemua mata pelajaran dan akan diperkukuhkan melalui kegiatan-kegiatan ko-kurikulum, formal dan tidak formal, didalam dan di luar bilik darjah, akan digunakan sepenuhnya dengan cara bersepadu untuk memastikan penerapan nilai-nilai murni akan berhasil dan berkesan. Dalam penulisan RPH saya pada kali ini, penerapan nilai sememangnya saya lakukan secara bersahaja dan spontan agar lebih berkesan dan mendapat penerimaan yang baik oleh murid-murid. Antara nilai murni yang boleh diterapkan semasa sesi pengajaran ini ialah semangat patriotisme terhadap negara,kerjasama dalam melaksanakan tugasan, menghormati lambang negara dan sebagainya. 16 nilai yang boleh diajar dan diserapkan kepada semua pelajar di Negara ini untuk membentuk pelajar yang seimbang dan menyeluruh dari segi kognitif, afektif,psikomotor dan akhlak.Tujuan pendidikan nilai murni ialah untuk membentuk murid-murid supaya berperibadi mulia dan mampu dalam membuat keputusan berdasarkan nilai moral diri,keluarga, komuniti dan masyarakat.Sikap sentiasa mengambil berat terhadap perasaandan kebajikan orang lain secara tulus ikhlas. Sikap baik hati boleh dilihat denganmenilai tindak tanduk orang lain

1.3 Manual Aktiviti 1. TOPENG BUNGA RAYA - Seorang Murid dipakaikan topeng untuk langlah set induksi - Murid memperdengarkan teka teki - Topeng akan digunakan oleh wakil setiap kumpulan mempersembahkan hasil perbincangan.

2. CD

- Murid ditayangkan video Lagu Bunga Raya- Murid menyanyi sambil melakukan gerakan mengikut lirik dan irama lagu.- Murid ditunjukkan slaid Lirik lagu Bunga Raya-Murid menyenaraikan kosa kata yang terdapat dalam lirik lagu3. Kolaj Bunga Raya- Murid ditunjukkan hasil karya kolaj Bunga Raya

4. Demontrasi cara membuat kolaj Bunga RayaAktiviti

Penerangan

1. Penerangan alat dan bahan

Kertas keras Span getahGam PensilGunting

2.

Membuat lakaran pada span getah

3.

Menggunting lakaran yang dilukis

4.

Menyusun objek lakaran pada kertas keras

5.

Menyapu gam pada bahagian belakang objek

6.

Menampal objek pada kertas keras

2.0 Tugasan 2 : Kit Pengajaran Bahasa Melayu Tahun 2 Kit Pengajaran Bahasa Melayu dihantar bersama tugasan ini. Antara yang terkandung di dalam kit Pengajaran tersebut ialah; 1. Topeng Bunga Raya 2. CD

3. Hasil Karya Kolaj Bunga Raya

RefleksiTugasanWAJ 3073 ini meliputidanmenepati skopperbincangan soalan yang digariskan dan dikehendaki. Sepanjang menjalankan tugasan ini, saya telah mendapat banyak ilmu berkaitan kreativiti guru dalam menerapkan unsur-unsur seni dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran.Pada awal tugasan, penumpuan diberikan pada tugasan untuk membuat penulisan RPH yang mengintegrasikan elemen seni visual , seni muzik dan pergerakan di samping penerapan Nilai murni .Melalui tugasan ini saya dikehendaki menjelaskan sebab-sebab kaedah, teknik dan strategi tersebut dipilih. Selain itu , saya juga perlu menyiapkan tugasan yang ke 2 iaitu membina kit pembelajaran mengikut opsyen sendiri. Saya telah berjaya menyiapkan satu set Kit Pengajaran untuk mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2. Set Pengajaran tersebut terdiri daripada Topeng Bunga Raya, CD Rakaman Lagu dan Hasil Karya Kolaj . Saya telah berusaha mencari maklumat yang berkaitan melalui buku-buku di perpustakaan dan juga maklumat-maklumat tambahan daripada internet. Sesungguhnya, bukan mudah untuk menjumpai sumberrujukan yang saya kehendaki bagi menyiapkan tugasan ini. Tugasan subjekWAJ 3073,Seni DalamPendidikan, banyak perkarabaru yang saya peroleh. Setelah melalui beberapa interaksi bersama pensyarah berpengalaman,saya dapat membuat kesimpulan bahawa Seni dalam pendidikan merupakan suatu elemen wajib yang perlu diterapkan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran(P&P) berlangsung. Secara umumnya, seni dalam pendidikan dapat dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu yang pertama seni visual, seni muzik dan seni pergerakan . Ketiga-tiga elemen ini mempunyai skop dan konsep yang berbeza. Namun, seorang guru yang bijak menggabungkan ketiga-tiga elemen ini dan mengintegrasikan ke dalam proses P&P,sudah pasti akan menghasilkan momentum yang luar biasa dalam kalangan murid. Alhamdulillah,akhirnyadenganlimpahkurniasertainayahdari-Nyadapatjua saya menyiapkan tugasan ini sebagaimana yang dikehendaki tepat pada tarikh dan masanya dengan sempurna.Akhirkata,sayainginmerakamkanpenghargaankepadamereka yangtelah banyak terlibat secara langsung dan juga secara tak langsung dalam menyiapkan kerja kursus ini, khasnya kepada pensyarah subjek ini , Encik Ismail bin Taril serta rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus membantu samada secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini.(1560 Patah perkataan)1